peraturan berbahasa minggu ke-10.pptx
TRANSCRIPT
Disediakan oleh :Tan Yoong Ming
Roger Wong Soon YangWong Hong HuiKong Jun Hong
Peraturan Berbahasa
Menurut Asmah Haji Omar (2002: 8), santun
bahasa ialah penggunaan bahasa berpandukan peraturan- peraturan yang tertentu.
Seseorang yang mematuhi peraturan berbahasa dalam komunikasi akan dianggap sebagai individu yang mengamalkan santun bahasa.
Peraturan Berbahasa
Aspek Linguistik
Aspek Sosiolinguistik
Aspek Pragmatik
ASPEK PERATURAN BERBAHASA
Peraturan lingustik berkaitan dengan peraturan penggunaan
bahasa yang menitikberatkan ketepatan bentuk dan binaan bahasa.
Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan bahasa sesuatu bahasa ialah sebutan, intonasi dan tatabahasa.
Kepatuhan kepada peraturan linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi.
Bagi urusan tidak rasmi kadang-kadang pengaruh dialek bahasa akan digunakan oleh penutur.
Peraturan tatabahasa yang betul merupakan sebahagian daripada peraturan linguistik yang mesti dipatuhi terutama dalam majlis rasmi.
Peraturan linguistik
untuk menjaga kesempurnaan perjalanan
sesuatu urusan - memastikan bahawa semua yang terlibat
dengan urusan dapat mengurangkan jurang komunikasi
Tujuan Linguistik
penggunaan tanda baca seperti tanda soal, koma, titik
dan sebagainya mestilah dipatuhi dalam komunikasi bertulis seperti dalam penulisan surat, laporan dll.
Begitu juga penggunaannya dalam komunikasi lisan seperti kata ganti diri yang tepat terhadap seseorang.
Intonasi percakapan hendaklah rendah apabila bercakap dengan ibu bapa atau orang yang lebih tua.
Sebutan perkataan hendaklah jelas dan tepat serta halus supaya dapat menjelaskan mesej dengan baik serta santun.
Contoh Peraturan linguistik
Sebab pertama peraturan linguistik dipatuhi
adalah untuk menjaga kesempurnaan perjalanan urusan atau majlis yang bergantung pada kejelasan mesej yang disampaikan.
Sebab kedua ialah untuk memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan atau majlis rasmi itu dapat dapat mengurangkan jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek atau keragaman bahasa yang digunakan oleh sesuatu pihak.
Sebabnya
Peraturan sosiolinguistik berkaitan dengan penggunaan
bahasa yang menitikberatkan hubungan sosial antara pembicara dengan pendengar (dalam konteks komunikasi lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan)
Peraturan sosiolinguistik merupakan peraturan yang mengawal ketertiban seseorang ketika bertutur dengan seseorang yang lain.
Menitikberatkan hubungan antara pembicara dengan pendengar
Menitikberatkan hubungan antara penulis dengan pembaca Tujuan: Peraturan yang mengawal ketertiban seseorang
ketika bertutur dengan seseorang yang lain.
Peraturan sosiolinguistik
Contohnya ialah penggunaan kata sapaan yang betul,
sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan hormat yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat.
Sebagai contoh, dalam urusan dan majlis rasmi, perlu dipatuhi penggunaan kata sapaan rasmi yang betul.
Penggunaan gelaran( seperti Tun, Tan Sri, Dato’, Dato’ Seri dan lain-lain), panggilan hormat (seperti Yang Amat Berhormat, Yang Berhormat, Yang Amat Berbahagia, Yang Berbahagia, YangBerhormat Mulia dan sebagainya) serta kata ganti nama diri (seperti tuan dan puan) amat penting diberi perhatian sebagai salah satu adab atau unsur kesantunan bahasa.
Contoh-contoh sosiolinguistik
alam suasana tidak rasmi juga masih diperlukan penggunaan
gelar dan kata ganti nama diri yang menepati kedudukan seseorang dan juga hubungannya dengan orang yang berbicara.
Sebagai contoh, orang yang bergelaran tetap perlu disapa dengan gelaran yang dimilikinya.
Demikian juga kata sapaan yang mewakili sistem kekeluargaanperlu digunakan dengan betul sebagai tanda hormat.
Seorang anak saudara yang seusia atau lebih tua daripada ayah saudara atau ibu saudaranya tetap perlu menyapa ayah saudara atau ibu saudaranya itu dengan panggilan pak cik atau mak cik atau dengan panggilan lain yang setara dengannya , misalnya pak ngah, pak su, mak andak dan sebagainya.
Jarak sosial
giliran percakapan
cara memula dan mengakhiri percakapan
Konteks percakapan
Peraturan berbahasa
Maksudnya komunikasi yang santun mestilah diambil kira
faktor jarak sosial. Jarak sosial ialah satu pemisahan sosial yang benar-benar
wujud di antara individu-individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.
Sekiranya kita berbual dengan orang yang jarak sosialnya rapat dengan kita seperti rakan-rakan, maka kita menggunakan perkataan, sebutan dan intonasi yang berbeza sama sekali sekiranya kita berbual dengan ibu bapa atau orang-orang yang lebih tua daripada kita.
Begitu juga jika kita berinteraksi dengan orang yang mempunyai status yang lebih tinggi seperti sultan, menteri, pengarah dan sebagainya sudah pasti berbeza sebutan, pemilihan kata, sebutanbahasa yang digunakan.
Jarak Sosial
Aspek sosiolinguistik seterusnya ialah cara memula
dan mengakhiri percakapan juga mempengaruhi kesantunan berbahasa.
Bagi masyarakat Melayu percakapan yang santun mestilah dimulai dengan assalamualaikum dan salam sejahtera atau selamat pagi/selamat petang dan memberikan kata-kata hormat kepadahadirin, orang-orang yang berpengaruh dan orang-orang tua.
Manakala mengakhiri percakapan dengan mengucapkan terima kasih dan diakhiri dengan wabillahhitaufik warahmatullahhiwabaratuh.
cara memula dan mengakhiri percakapan
Selain itu, masyarakat Melayu juga mementingkan giliran
percakapan. Orang-orang muda hendaklah bercakap selepas orang-
orang tua selesai bercakap. Sekiranya hendak menyampuk perbualan orang-orang tua
mestilah memastikan orang tua telah habis bercakap dan memulakan bicara dengan berkata “ maafkan saya, bolehkah saya memberikan pendapat.”
Begitu juga seorang anak dianggap biadab sekiranya memintas atau menyampuk percakapan ibu bapanya yang sedang bercakap. Jika hendak bercakap pastikan ibu bapa telah selesai bercakap.
giliran percakapan
Konteks percakapan juga sangat penting dalam
mempengaruhi kesantunan berbahasa. Misalnya jika konteks percakapan bertujuan untuk meminta
sesuatu, maka penggunaan kata seperti “ tolong, ambilkan buku itu kepada saya.”
Sekiranya bertujuan untuk memberikan nasihat hendaklah menggunakan bahasa yang memujuk dan halus serta tidak meninggikan nada suara.
Sekiranya dalam majlis rasmi hendaklah menjaga protokol dan etika semasa berkomunikasi.
Sekiranya majlis tidak rasmi, etika dan protokol majlis tidaklah begitu ketat dipatuhi.
Konteks percakapan
Namun begitu, kesantunan berbahasa dari segi konteks percakapan bergantung kepada perkara-perkara berikut:→ Pertama, berbahasa santun itu tidak hanya berkaitan dengan perkataan, tetapi juga berkaitan dengan perbuatan. Perkataan yang tergolong santun, tetapi apabila diiringi dengan perbuatan dan cara pengungkapan yang tidak santun, maka perkataan itu dikatakan tidak santun.→ Kedua, perkataan santun atau tidak santun itu bergantung pada keadaan. Suatu perkataan diucapkan dalam keadaan tertentu mungkin dipandang santun, tetapi jika diucapkan pada keadaan yang lain mungkin dianggap tidak santun.→ Ketiga, aspek santun atau tidak santun itu bergantung sepenuhnya pada tujuan percakapan. Sebagai contoh, suami benar-benar bermaksud santun memuji masakan isteri dengan mengatakan ‘ Masakan sayang sedap!, tidak dianggap santun oleh isterinya sekiranya dinterpretasikan sebagai sindiran, misalnya dalam konteks suami menyindir istrinya yang tidak pandaimemasak.
Peraturan ini dilaksanakan untuk mencapai matlamat
interaksi secara sopan dan berkesan. Dalam kehidupan seharian, interaksi ini berlaku dengan
pelbagai perasaan dan perasaan tersebut digambarkan secara cara percakapan.
Percakapan dengan menggunakan bahasa yang halus dan sopan menunjukkan sikap baik, tetapi percakapan menggunakan cara kasar menunjukkan perasan marah dan tidak puas hati seseorang.
Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan komunikasi.
Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.
Peraturan pragmatik
Oleh itu, dalam perundingan, jual beli, ceramah, dialog dan
sebagainya diperlukan penguasaan peraturan pragmatik supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan pada waktu yang samakesopanan bahasa terpelihara dan pembicara tidak menyakiti perasaan orang lain.
Antara aspek yang perlu dipatuhi termasuklah pemilihan kata, ungkapan dan wacana yang sesuai dengan tujuan pembicara.
Terdapat pelbagai jenis wacana seperti wacana penceritaan, pemaparan, penghujahan , pembujukan dll.
Setiap wacana tersebut memerlukan pemilihan kata yang berbeza yang sesuai dengan tujuannya dan matlamatnya.
Misalnya wacana jenis penceritaan seperti
cerpen dan novel memerlukan bahasa yang halus, pemilihan kata yang puitis, serta penggunaan ayat-ayat yang menarik supaya menarik minat pembaca.
Jika kita menggunakan wacana lisan jenis memujuk penggunaan kata-kata pujian banyak digunakan seperti sayang, cinta, terima kasih dll supaya dapat mempengaruhi oarang yang dipujuk.
Keadaan di mana seseorang atau masyarakat yang
berbeza tingkat peradabannya dengan orang lain atau masyarakat lain meskipun pada dasarnya berada dalam zaman atau masa yang sama.
Perbezaan di dalam masyarakat menunjukkan adanya lapisan yang tinggi dan lapisan bawah
Setiap lapisan tersebut disebut starata sosial. Dinyatakan sebagai perbezaan kelompok-kelompok
masyarakat secara horizontal berdasarkan jarak peradabannya
Jarak perabadan muncul kerana adanya perbezaan dalam ilmu pengetahuan dan kemajuan
Jarak Sosial
darjah keakraban perbezaan status Usia jantina Pendidikan Kelas Pekerjaan etnik.
Faktor-faktor yang menentukan jarak
sosial
Menurut Brown dan Yule (1983), menganalisis
wacana semestinya menggunakan pendekatan pragmatic untuk memahami pemakaian Bahasa
Dalam setiap interaksi verbal selalunya terdapat beberapa faktor yang mengambil peranan dalam sesuatu peristiwa itu, misalnya penutur, pokok percakapan, tempat bicara dan lain-lain.
Dibahagikan kepada lapan jenis:
KONTEKS PERCAKAPAN
Penutur dan pendengar yang terlibat dalam
peristiwa percakapan disebut peserta. Berkaitan dengan peserta, yang perlu diperhatikan
adalah latar belakang sosial, budaya dan lain-lain. Mengetahui latar belakang peserta akan
memudahkan untuk menginterpretasikan apa yang hendak dituturkan penuturnya.
Hal ini kerana makna wacana tertentu akan mempunyai makna yang berbeza jika dituturkan oleh penutur yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
Penutur dan Pendengar
Dengan mengetahui topic pembicaraan,
pendengar akan sangat mudah memahami isi wacana, sebab topic pembicaraan yang berbeza akan menghasilkan bentuk wacana yang berbeza pula.
Di sampig itu, penutur dan pendengar menangkap dan memahami makna wacana berdasarkan topic yang dibicarakan
Topik pembicaraan
Latar peristiwa mungkin merupakan tempat,
keadaan psikologi penutur dan pendengar atau semua hal yang melari terjadinya peristiwa percakapan.
Latar peristiwa
Penghubung adalah medium yang digunakan untuk
menyampaikan perihal percakapan. Untuk menyampaikan maklumat, seorang penutur dapat
menggunakan penghubung dengan Bahasa lisan atau tulisan.
Ujaran secara lisan dapat dibezakan berdasarkan sifat hubungan penutur sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Hubungan langsung terjadi dalam dialog tanpa perantara sedangkan hubungan tidak langsung terjadi dengan perantara telefon.
Ujaran secara lisan juga dapat dibezakan menjadi regam resmi dan tidak resmi
Penghubung
Penutur dan pendengar harus dapat memilih laras
Bahasa yang sesuai berdasarkan situasi dan keadaan serta dapat menjiwai perasaan tentang perkara yang dituturkan.
Amatlah ganjil jika ragam Bahasa baku diguna pakai dalam urusan tawar-menawar di pasar.
Jika berasa anah atau ragum tidak baku digunakan dalam acara rasmi seperti menyampaikan kulian akademik.
Laras Bahasa
Pesanan dan maklumat yang hendak disampaikan
haruslah tepat, kerana bentuk pesanan dan maklumat bersifat fundamental.
Bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat umum jika pendengar terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Jika pendengar terdiri daripada satu lapisan masyarakat bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat khusus.
Isi dan bentuk pesanan hendaklah sesuai dengan kehendak pendengar untuk mengelakkan sukar dicerna oleh pendengar.
bentuk pesanan dan maklumat
Peristiwa percakapan bermaksud peristiwa
yang mewadahi kegiatan percakapan. Contohnya pidato, perdebatan, seminar dan
sebagainya. Peristiwa percakapan tertentu akan
membentuk bentuk dan isi wacana yang akan dihasilkan.
Contohnya, wacana yang dipersiapkan untuk pidato pasti berbeza bentuk dan isinya dengan wacana untuk seminar.
Peristiwa percakapan