peraturan-peraturan am pesta sukan se · pdf file5.1.3 bola jaring (wanita) 5.1.4 bola tampar...

15
4 PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31 TAHUN 2017 PERATURAN 1. NAMA Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Pesta Sukan Ukur Se Malaysia Ke XXXI Tahun 2017 atau disebut sebagai PESUMA KE-31. PERATURAN 2. PENGUASAAN Semua pertandingan permainan PESUMA KE-31 akan mengikut Undang- undang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Pesta Sukan Ukur Se Malaysia Ke XXXI Tahun 2017 atau disebut PERATURAN-PERATURAN AM PESUMA KE-31. PERATURAN 3. PENGELOLAAN 3.1 Seluruh pengelolaan pertandingan permainan PESUMA KE-31 akan dikelolakan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ukur Kelantan (KESUKA), Negeri Kelantan sebagai tuan rumah kejohanan ini. 3.2 KESUKA selaku pengelola bolehlah menggubal peraturan- peraturan dan undang-undang permainan yang bersesuaian dengan PESUMA KE-31 dengan perakuan Majlis Sukan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Majlis Sukan JUPEM).

Upload: trinhngoc

Post on 30-Jan-2018

247 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

4

PERATURAN-PERATURAN AM

PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31

TAHUN 2017

PERATURAN 1. NAMA

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Pesta Sukan Ukur Se Malaysia

Ke XXXI Tahun 2017 atau disebut sebagai PESUMA KE-31.

PERATURAN 2. PENGUASAAN

Semua pertandingan permainan PESUMA KE-31 akan mengikut Undang-

undang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Pesta Sukan Ukur Se

Malaysia Ke XXXI Tahun 2017 atau disebut PERATURAN-PERATURAN

AM PESUMA KE-31.

PERATURAN 3. PENGELOLAAN

3.1 Seluruh pengelolaan pertandingan permainan PESUMA KE-31

akan dikelolakan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ukur

Kelantan (KESUKA), Negeri Kelantan sebagai tuan rumah

kejohanan ini.

3.2 KESUKA selaku pengelola bolehlah menggubal peraturan-

peraturan dan undang-undang permainan yang bersesuaian

dengan PESUMA KE-31 dengan perakuan Majlis Sukan Jabatan

Ukur dan Pemetaan Malaysia (Majlis Sukan JUPEM).

Page 2: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

5

PERATURAN 4. TARIKH DAN TEMPAT

PESUMA KE-31 akan diadakan pada 25 hingga 28 Ogos 2017 bertempat

di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan Darul

Naim.

PERATURAN 5. JENIS SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN

5.1 Acara-acara rasmi yang akan dipertandingkan dalam PESUMA

KE-31 seperti berikut:-

5.1.1 Sepak Takraw (Lelaki)

5.1.2 Badminton (Campuran)

5.1.3 Bola Jaring (Wanita)

5.1.4 Bola Tampar (Lelaki)

5.1.5 Bola Tampar (Wanita)

5.1.6 Bola Sepak (Lelaki)

5.1.7 Dam Aji (Lelaki)

5.1.8 Damak (Lelaki)

5.1.9 Damak (Wanita)

5.1.10 Karom (Lelaki)

5.1.11 Karom (Wanita)

5.1.12 Ping Pong (Campuran)

5.1.13 Tenis (Lelaki)

5.1.14 Tarik Tali

5.1.15 Catur (Campuran)

5.1.16 Congkak (Wanita)

5.1.17 Perbarisan

5.1.18 Golf VIP (Acara Khas)

5.1.19 Bowling VIP (Acara Khas)

PERATURAN 6. UNDANG – UNDANG PERMAINAN

Undang-undang permainan antarabangsa semasa yang sedang berkuat

kuasa kini hendaklah digunakan bagi setiap permainan dan menjadi

undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan PESUMA

Page 3: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

6

KE-31 dan dipersetujui oleh Ahli Gabungan yang mengambil bahagian

dalam kejohanan ini.

PERATURAN 7. KELAYAKAN

7.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli gabungan Majlis

Sukan JUPEM dan pasukan jemputan dari kelab sukan yang lain.

7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan

lantikan tetap atau sementara dan juga yang berkhidmat secara

sambilan atau kontrak sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum

pertandingan.

7.3 Pihak Pengelola Pesta dengan persetujuan Majlis Sukan JUPEM

berhak menjemput kelab-kelab sukan yang lain untuk menyertai

pesta ini.

PERATURAN 8. PENDAFTARAN

8.1 Semua penyertaan bagi setiap acara sukan hendaklah

didaftarkan sebelum atau pada 26 Jun 2017 dengan

menggunakan Borang Penyertaan Acara (Borang PESUMA–31)

seperti dilampirkan dan perlu dihantar kepada Pengerusi,

Jawatankuasa Pengelola PESUMA KE-31, d/a Jabatan Ukur dan

Pemetaan Kelantan, Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu,

Kelantan Darul Naim atau melalui

Faks : 09-7443923 untuk perhatian Sr Mohd Affan bin Jusop

(e-mail [email protected]). Borang Penyertaan Acara

tersebut hendaklah ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau

Yang Dipertua Kelab Sukan masing-masing.

8.2 Pendaftaran peserta pula hendaklah dengan menggunakan

Borang Pendaftaran Pemain (Borang PESUMA- **) bagi setiap

acara seperti terkandung dalam Peraturan-peraturan Am

PESUMA KE-31 sebelum 26 Jun 2017 kepada Urus setia

PESUMA KE-31 seperti alamat di para 8.1 di atas

8.3 Bayaran penyertaan untuk acara-acara yang disertai di PESUMA

KE-31 ini adalah sebanyak RM 50.00 untuk setiap satu acara

Page 4: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

7

yang disertai kecuali acara perbarisan (tanpa bayaran

penyertaan) di mana adalah acara wajib untuk disertai oleh

setiap kontinjen yang menyertai kejohanan ini manakala bayaran

tambahan penyertaan bagi acara-acara sukan Golf dan Bowling

hendaklah dibuat menggunakan cek atas nama "Kelantan

Survey Department Sports And Welfare Club", (No. Akaun

Semasa : Bank Islam 03018010022009) sebelum atau pada 26

Jun 2017 dan dihantar kepada Urus setia PESUMA KE-31 seperti

alamat di para 8.1 di atas.

8.4 Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengadakan Mesyuarat

Pengurus-Pengurus Pasukan sebelum pertandingan dijalankan

bagi membincangkan pengurusan pertandingan serta

menguruskan apa-apa pertukaran pemain. Selepas mesyuarat

tersebut, sebarang pertukaran pemain tidak dibenarkan.

PERATURAN 9. PAKAIAN PERMAINAN

9.1 Tiap-tiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam yang

sopan dan menutup aurat bersesuaian mengikut jenis

permainan. Denda akan dikenakan berdasarkan Seksyen 5 (1)

Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan.

9.2 Nombor-nombor pada jersi hendaklah serupa iaitu sama dengan

nombor-nombor yang didaftarkan di dalam borang

pertandingan.

9.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya,

pasukan yang namanya mula-mula tercatat di dalam jadual

pertandingan hendaklah menukar jersi yang lain warnanya.

PERATURAN 10. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA

10.1 Menentukan tempat, tarikh dan masa pertandingan permainan

PESUMA KE-31.

10.2 Melantik pegawai-pegawai yang diperlukan.

Page 5: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

8

10.3 Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti

padang, gelanggang, tempat penginapan, kenderaan, minuman

dan lain-lain yang berkaitan dengan pertandingan.

PERATURAN 11. SISTEM PERTANDINGAN

11.1. Undian kumpulan/giliran akan dilakukan dan ditetapkan oleh

Jawatankuasa pengelola.

11.2. Format Penentuan Kumpulan

Format bagi sistem liga adalah seperti berikut:-

JUMLAH PASUKAN FORMAT PASUKAN DALAM KUMPULAN

5 LIGA SATU KUMPULAN

6 3,3

7 3,4

8 4,4

9 3,3,3

10 3,3,4

11 3,4,4

12 3,3,3,3

13 3,3,3,4

14 3,3,4,4

15 3,4,4,4

16 4,4,4,4

17 5,4,4,4

18 5,5,4,4

11.3. Pusingan Kalah Mati

11.3.1. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan liga adalah layak

untuk memasuki Pusingan Kalah Mati

11.3.2. Semua pertandingan peringkat suku, separuh dan akhir

akan dijalankan secara KALAH MATI.

Page 6: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

9

11.3.3. Susunan pusingan seterusnya bagi 2 Kumpulan adalah

seperti berikut:-

JOHAN A

NAIB JOHAN B

NAIB JOHAN A

JOHAN B

11.3.4. Susunan pusingan seterusnya bagi 3 Kumpulan adalah

seperti berikut:-

JOHAN A

NAIB JOHAN C

NAIB JOHAN B

JOHAN C

NAIB JOHAN A

JOHAN B

Page 7: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

10

11.3.5. Susunan pusingan seterusnya bagi 4 Kumpulan adalah

seperti berikut:-

JOHAN A

NAIB JOHAN D

NAIB JOHAN B

JOHAN C

JOHAN D

NAIB JOHAN A

NAIB JOHAN C

JOHAN B

11.4. Setiap pasukan yang bertanding di peringkat liga akan diberi

mata kemenangan berdasarkan format berikut:

11.4.1 Menang - 3 mata

11.4.2 Seri - 1 mata

11.4.3 Kalah - 0 mata

11.5. Penentuan Kedudukan dalam Kumpulan

11.5.1. Kedudukan dalam kumpulan ditentukan melalui mata

kemenangan (Rujuk 11.4.) yang dikumpulkan, iaitu

kedudukan teratas dikira berdasarkan jumlah mata

tertinggi.

Page 8: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

11

11.5.2. Sekiranya terdapat jumlah mata yang sama, maka

kedudukan akan ditentukan berdasarkan jumlah

jaringan/gol/skor yang dimenangi

11.5.3. Sekiranya terdapat jaringan/gol/skor yang sama, maka

kedudukan akan ditentukan berdasarkan perbezaan

jaringan/gol/skor dan jaringan/gol/skor kena yang sikit

Nilai perbezaan

= (jaringan/gol/skor pasukan) –( jaringan/gol/skor kena)

11.5.4. Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan

lawannya dikira menang.

11.5.5. Sekiranya masih sama, maka keputusan akan ditentukan

dengan cara lambungan syiling sebanyak tiga (3) kali

dikira sebagai pemenang.

PERATURAN 12. PENANGGUHAN PERMAINAN/PERTANDINGAN

Sekiranya pada pendapat Pengadil/Refri Kehormat atau Lembaga

Pengadil/Refri Kehormat mengenai keadaan atau situasi adalah tidak

sesuai untuk meneruskan permainan/pertandingan, maka

permainan/pertandingan pada ketika itu akan ditangguhkan kepada

suatu masa dan tarikh yang lain. Penetapan masa dan tarikh akan

ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Segala keputusan adalah

MUKTAMAD.

PERATURAN 13. MENARIK DIRI / MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA

13.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang 30 minit

sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan.

13.2 Pasukan yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan

akan dianggap sebagai telah memberi kemenangan percuma

bagi lawannya.

Page 9: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

12

13.3 Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah

menarik diri dari pertandingan berkenaan dan tidak dibenarkan

menyertai perlawanan-perlawanan seterusnya.

13.4 Pasukan yang menarik diri selepas Pengesahan Penyertaan yang

boleh mengakibatkan acara tidak dapat dipertandingkan akan

dikenakan denda RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus

sahaja) dan yuran penyertaan tidak dikembalikan serta penalti 7

mata ditolak dari kontinjen.

PERATURAN 14. PENGADIL

14.1 Jawatankuasa Pengelola akan melantik pengadil-pengadil yang

bertauliah dan diberi kuasa sepenuhnya dalam membuat

keputusan dan KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.

PERATURAN 15. BANTAHAN DAN RAYUAN

15.1 Keputusan pengadil dalam tiap-tiap perlawanan adalah

muktamad. Segala bantahan mengenai undang-undang

permainan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan.

15.2 Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan

berjalan, mesti memberitahu pengadil secara lisan. Walau

bagaimanapun perlawanan akan diteruskan "Dalam Bantahan".

Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat

bantahan.

15.3 Bantahan bertulis hendaklah dibuat menggunakan Borang

Bantahan atau Rayuan (Borang PESUMA-B/R) yang

ditandatangani oleh Pengurus Pasukan permainan berkenaan

hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa

Pengelola atau wakilnya di pejabat urus setia tidak lewat

daripada 30 minit selepas perlawanan berakhir dan disertakan

dengan wang tunai sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga

Ratus sahaja) yang akan dikembalikan sekiranya bantahan itu

diterima.

Page 10: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

13

PERATURAN 16. JAWATANKUASA BANTAHAN/RAYUAN

16.1 Jawatankuasa Pengelola menubuhkan Jawatankuasa Bantahan

dan Jawatankuasa Rayuan bagi memutuskan sebarang bantahan

dan rayuan.

16.2 Jawatankuasa Bantahan terdiri daripada:-

16.2.1. Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Pertandingan atau

wakilnya

16.2.2. Setiausaha Jawatankuasa Sukan dan Pertandingan

16.2.3. Sekurang-kurang tiga (3) orang Pengurus Permainan yang

tidak terlibat dalam kes bantahan.

16.3 Ahli-ahli Jawatankuasa Rayuan ini terdiri daripada :-

16.3.1. Pengerusi : Timbalan Yang Di Pertua I Majlis Sukan

JUPEM

16.3.2 Ahli : Naib Yang Di Pertua I Majlis Sukan JUPEM

16.3.3 Ahli : Naib Yang Di Pertua II Majlis Sukan JUPEM

16.3.4 Ahli : Setiausaha Kehormat Majlis Sukan JUPEM

16.3.5. Ahli : Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Majlis

Sukan JUPEM

16.3.6. Ahli : Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Majlis

Sukan JUPEM

16.3.7. Ahli : Penolong Setiausaha Kehormat Majlis

Sukan JUPEM

16.3.8. Ahli : Bendahari Kehormat Majlis Sukan JUPEM

Page 11: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

14

16.3.9. Ahli : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola

PESUMA KE-31.

16.3.10. Ahli : Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan

Pertandingan PESUMA KE-31

16.4 Jika sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan

Jawatankuasa Bantahan/Rayuan, salah seorang dari ahli

jawatankuasa yang hadir hendaklah dilantik sebagai pengerusi.

16.5 Jawatankuasa Bantahan/Rayuan terdiri daripada tidak kurang 3

orang akan bersidang dalam masa satu jam sebaik sahaja

menerima bantahan/rayuan itu dan akan menyampaikan

keputusan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola untuk

diumumkan.

16.6 Pengerusi Jawatankuasa Bantahan/Rayuan akan memutuskan

siasatan dan cara mengendalikan perbicaraan atau siasatan ke

atas rayuan / bantahan.

16.7 Jawatankuasa Bantahan/Rayuan adalah berhak mendapat

maklumat dari mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara

yang dibincangkan untuk membuat keputusan.

PERATURAN 17. TANGGUNGAN JAWATANKUASA PENGELOLA

17.1 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas

kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan

seseorang pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan,

asrama, hotel atau perkampungan sukan dan sebarang

kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa PESUMA

KE-31 dijalankan. Namun begitu, segala usaha akan diambil oleh

pihak pengelola bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak

diingini daripada berlaku.

PERATURAN 18. PINDAAN / TAMBAHAN KEPADA UNDANG-UNDANG DAN

PERATURAN-PERATURAN INI

Page 12: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

15

18.1 Jika terdapat sebarang percanggahan undang-undang dan

peraturan am mengenai pertandingan, Jawatankuasa Pengelola

dengan perakuan Majlis Sukan JUPEM boleh meminda atau

menambah peraturan-peraturan pertandingan.

PERATURAN 19. HADIAH / CENDERAMATA

19.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pemenang-pemenang semua

pertandingan termasuklah acara-acara khas.

19.2 Penerima hadiah bagi pertandingan-pertandingan bercorak liga

adalah :-

19.2.1 Pasukan Johan

19.2.2 Pasukan Naib Johan

19.2.3 Pasukan Ketiga

19.3 Piala Pusingan akan dihadiahkan kepada Pasukan Johan bagi

pertandingan-pertandingan Per. 5.1.1 hingga 5.1.17 (Peraturan

ini tidak tertakluk kepada pasukan Jemputan.)

19.4 Kontinjen pasukan yang berjaya merebut Piala Pusingan

bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan piala berkenaan

dan bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali kepada

pihak Majlis Sukan JUPEM dua bulan sebelum Pesta Sukan Ukur

Se Malaysia berikutnya berlangsung.

19.5 Sekiranya dalam penjagaan, Piala Pusingan ini didapati rosak

atau hilang, maka kontinjen berkenaan bertanggungjawab untuk

memperbaiki ataupun mengganti dengan nilai yang ditetapkan

oleh Majlis Sukan JUPEM.

PERATURAN 20. JUARA KESELURUHAN PESTA SUKAN

20.1 Untuk menentukan Juara Keseluruhan Pesta Sukan ini, markah

yang akan diberikan bagi tiap-tiap permainan adalah seperti

berikut:-

Page 13: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

16

20.1.1 Johan - 7 Markah

20.1.2 Naib Johan - 5 Markah

20.1.3 Tempat ketiga - 3 Markah

20.1.4 Tempat keempat - 2 Markah

20.1.5 Penyertaan - 1 Markah

20.1.6 Tiada Penyertaan - 0 Markah

20.2 Kontinjen yang memperoleh jumlah markah yang tertinggi akan

diisytiharkan sebagai ‘Juara Keseluruhan Pesta Sukan’ tidak

termasuk markah bagi pasukan jemputan yang bukan ahli

gabungan Majlis Sukan JUPEM.

20.3 Dalam situasi di mana jumlah kutipan mata seri untuk gelaran

juara, kontinjen yang mempunyai lebih banyak tempat pertama

(Johan Pertandingan) di dalam acara yang disertai akan dikira

sebagai juara.

20.4 Sekiranya masih dalam situasi seri mengikut para 20.3 di atas,

kontinjen yang memenangi lebih banyak tempat kedua (Naib

Juara) dalam acara yang disertai akan diumumkan sebagai Juara.

PERATURAN 21. PERUNTUKAN AM

21.1 Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak untuk mengambil

sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam

pesta ini yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan

ini dan keputusannya adalah muktamad. Jawatankuasa

Pengelola juga berhak meminda sebarang undang-undang pesta

ini jika didapati perlu.

21.2 Tiap-tiap Kontinjen dikehendaki menyerahkan satu (1) helai

bendera Negeri dan satu (1) helai bendera kelab sukan masing-

masing kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum kejohanan

bermula. Kedua-dua bendera tersebut akan dikembalikan

semula selepas kejohanan.

21.3 Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu kontinjen adalah

tanggungjawab Ketua Kontinjen masing-masing dan diharap

Page 14: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

17

semua akan memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Pengelola

supaya Pesta Sukan ini boleh dijalankan dengan lancar dan

berjaya.

PERATURAN 22. HAD UMUR PESERTA VETERAN

22.1 Umur untuk peserta veteran ialah tidak kurang dari

Empat Puluh Lima (45) tahun pada 1 Januari 2017 bagi semua

acara.

PERATURAN 23. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

23.1 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan PESUMA KE-31 adalah

berhak mengambil atau membuang sebarang keputusan jika

timbul sesuatu masalah dalam mana-mana pertandingan yang

dianjurkan yang mana tidak disebut dalam peraturan

pertandingan. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat

sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, ‘venue’

pertandingan dan perkara-perkara lain yang berkaitan untuk

melicinkan perjalanan pertandingan. SEMUA KEPUTUSAN

JAWATANKUASA PENGELOLA ADALAH MUKTAMAD.

Disediakan oleh :

Page 15: PERATURAN-PERATURAN AM PESTA SUKAN SE · PDF file5.1.3 Bola Jaring (Wanita) 5.1.4 Bola Tampar ... 7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan ... Susunan pusingan seterusnya

18

Pengerusi

Jawatankuasa Pengelola Kejohanan PESUMA KE-31

Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Ukur Kelantan (KESUKA)

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia