peraturan sekolah

7
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH 1. KEHADIRAN 1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib. 1.2 Hadir ke sekolah hendaklah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. Waktu Datang *Sebelum pukul 7.00pagi Waktu Rehat *10.00-1015 pagi-Tahun 4,5,dan 6 (Sesi pagi ) * 3.00-3.20 petang – Tahun 1,2,dan 3 ( Sesi Petang ) Waktu Pulang *Tahun 1,2,3 :Hari Isnin-selasa – 5.30 Petang Rabu- Jumaat - 5.30 Tengahari *Tahun 4,5,6 :Hari Isnin-Selasa – 12.50 Tengahari Rabu - Khamis -12.20 Tengahari Jumaat - 11.20 Tengahari 1.3 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah perlulah membuktikan dengan mengemukakan surat akuan doktor atau surat daripada ibu bapa atau penjaga. 1.4 Murid-murid dikehendaki terus masuk ke kawasan sekolah tidak dibenarkan berjalan-jalan atau merayau-rayau di pintu atau di luar kawasan sekolah. 1.5 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut tanpa sebab atau pemberitahuan, akan dianggap ponteng sekolah dan diberi surat peringatan. 2. PERHIMPUNAN SEKOLAH 2.1 Perhimpuan sekolah adalah pada setiap hari Isnin. 2.2 Perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah.Semua guru dan murid diwajibkan hadir. 2.3 Semua murid dikehendaki ke tempat perhimpunan mengikut kelas masing-masing dalam barisan dengan tenang dan tidak bising. 2.4 Apabila di tempat perhimpunan, murid-murid beratur mengikut kelas masing- masing mengikut peraturan barisan rendah di hadapan dan tinggi di belakang. 2.5 Ketua Kelas atau Penolong berdiri di hadapan. 2.6 Semasa menyayikan lagu Kebangsaan,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah murid

Upload: ummu-sarafilza-zamri

Post on 15-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

peraturan sekolah

TRANSCRIPT

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH

1. KEHADIRAN

1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib.

1.2 Hadir ke sekolah hendaklah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan.

Waktu Datang

*Sebelum pukul 7.00pagi

Waktu Rehat

*10.00-1015 pagi-Tahun 4,5,dan 6 (Sesi pagi )* 3.00-3.20 petang Tahun 1,2,dan 3 ( Sesi Petang )

Waktu Pulang

*Tahun 1,2,3 :Hari Isnin-selasa 5.30 Petang

Rabu- Jumaat - 5.30 Tengahari

*Tahun 4,5,6 :Hari Isnin-Selasa 12.50 Tengahari

Rabu - Khamis -12.20 Tengahari Jumaat - 11.20 Tengahari

1.3 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah perlulah membuktikan dengan mengemukakan surat akuan doktor atau surat daripada ibu bapa atau penjaga.

1.4 Murid-murid dikehendaki terus masuk ke kawasan sekolah tidak dibenarkan berjalan-jalan atau merayau-rayau di pintu atau di luar kawasan sekolah.

1.5 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut tanpa sebab atau pemberitahuan, akan dianggap ponteng sekolah dan diberi surat peringatan.

2. PERHIMPUNAN SEKOLAH

2.1 Perhimpuan sekolah adalah pada setiap hari Isnin.

2.2 Perhimpunan sekolah adalah acara rasmisekolah.Semuaguru dan murid diwajibkan hadir.

2.3 Semua murid dikehendaki ke tempat perhimpunan mengikut kelas masing-masing dalam barisan dengan tenang dan tidak bising.

2.4 Apabila di tempat perhimpunan, murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing mengikut peraturan barisan rendah di hadapan dan tinggi di belakang.

2.5 Ketua Kelas atau Penolong berdiri di hadapan.

2.6 Semasa menyayikan lagu Kebangsaan,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah murid hendaklah menyanyi dengan penuh semangat.

2.7 Semua murid hendaklah diam dan menadah tangan semasa bacaan doa.

2.8 Semua murid dikehendaki mendengar dan memberi perhatian kepada ucapan yang disampaikan oleh guru-guru semasa perhimpunan.

2.9Semuamurid dikehendaki berdiri tegak dan berhenti berjalan ketika lagu negaraku ,negeri,sekolah dinyanyikan serta semasa doa dibacakan

3.PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

3.1 Semua pelajar dimestikan memakai pakaian seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Lelaki -Seluar tidak ketat,tidak terlalu labuh dan tidak besar,berambut pendek.

Perempuan- berbaju kurung tradisional yang tidak ketat, kain tidak terlalu labuh, singkat.

3.2 Berkasut putih (kanvas) dan bersetokin putih.

3.3 Memakai lencana sekolah adalah diwajibkan.

3.4 Murid perempuan tahap dua diwajibkan memakai tudung putih(mini telekung) yang tidak mempunyaihiasan.BagiTahap satu-murid perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dengan kemas.

3.5 Pemakaian barang kemas adalah tidakdibenarkan.Pihaksekolah tidak bertanggungjawab jika berlaku kehilangan.

3.6 Murid hendaklah berpakaian sopan semasa di kelas mahupun di luar waktu belajar.

4.PENDIDIKAN JASMANI / KESIHATAN

4.1 Murid dikehendaki memakai seluar sukan berwarna gelap dan baju T, kasut berwarnaputih atau yang dijual oleh pihak sekolah dan berkasut.

4.2 Murid perempuan tidak dibenarkan memakai tudung yangberwarna-warni.Hanyatudung yang berwarna putih.

4.3 Semasa turun ke padang dan balik ke kelas, murid kehendaki dalam keadaan beratur.

4.4 Pakaian untuk Pendidikan Jasmani hanya di benarkan pakai sehingga waktu rehat sahaja.

4.5 Pakaian mesti ditukar di bilik persalinan yang disediakan sahaja.

5.LALULINTAS

5.1 Murid dikehendaki masuk dan keluar kawasan sekolah hanya melalui pintu yang ditetapkan sahaja yang dijaga oleh pengawal keselamatan sekolah.

5.2 Tidak dibenarkan murid-murid mangambil jalan rentas dengan melalui pintu yang tidak dikhaskan, menyusup, melompat pagar sekolah atau melintas mana-mana kawasan larangan lalu lalang.

5.3 Murid yang menaiki bas, hendaklah beratur semasa menaiki bas, jangan berebut-rebut dan jangan sesekali bermain di tangga.

5.4 Murid yang berjalan kaki hendaklah mengikut di sebelah kanan jalan dan tidak bergandingan.

.

6.KELAS

6.1 Semasa berada di dalam kelas semua murid hendaklah diam/senyap.

6.2 Semasa semua murid keluar atau masuk ke kelas hedaklah berada dalam barisan.

6.3 Semua murid dikehendaki beratur semasa berjalan menuju ke kelas.

6.4 Waktu perhimpunan murid ke tempat perhimpunan dalam barisan mengikut kelas masing-masing.

6.5 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing.

6.6 Murid-murid juga patut menjaga keselamatan alatan yang ada di kelas mereka.

6.7 Semua murid adalah dilarang mengalihkan kerusi atau meja dari satu kelas ke kelas yang lain kecuali dengan arahan guru serta mencontengnya.

6.8 Kelas mestilah sentiasa kemas dan bersih.

6.9 Pada satu-satu masa hanya seorang murid lelaki atau dua orang murid perempuan sahaja dibenarkan keluar dari kelas semasa belajar.

6.10 Semua murid mesti mengamalkan sikap mengetuk pintu sebelum memasuki ke dalam kelas,bilik guru dan pejabat sekolah.

7.KANTIN

7.1 Murid dibenarkan ke kantin hanya di waktu rehat dan sebelum loceng berbunyi.

7.2 Murid hendaklah berbaris semasa membeli makanan.

7.3 Selepas makan,sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan,pinggan kotor pula hendaklah diletakkan ke dalam besen yang disediakan.

7.4 Semua murid dikehendaki menjaga kebersihan kerusi dan meja kantin.

7.5 Semua murid dilarang berebut-rebut dan bising semasa membeli makanan.

7.6 Semua murid dilarang membeli di tempat lain selain di kantin semasa berada di sekolah.

8. IBUBAPA

8.1 Ibu bapa dilarang meninjau atau memasuki kelas semasa murid-murid sedang belajar.Sebarang hal atau masalah sila rujuk kepada pentadbir sekolah.

8.2 Kenderaan yang datang mengambil atau menghantar murid dilarang memasuki kawasan sekolah.

8.3 Ibu bapa dan penghantar murid juga dilarang menurunkan murid dan penumpang di hadapan pintu pagar kerana menghalang guru yang hendak masuk ke kawasan sekolah.

8.4 Sila pastikan murid dan penumpang dihantar sebelum 7.00 pagi.

9. KELUAR SEKOLAH / BERTUKAR SEKOLAH

9.1 Penjaga mestilah datang ke sekolah berjumpa dengan pihak pentadbir untuk mengisi borang pertukaran sekurangnya satu minggu sebelum tarikh pertukaran dikehendaki.

9.2 Murid mestilah memberitahu guru kelas untuk menguruskan pemulangan buku teks dan lain-lain.

9.3 Murid hendaklah berjumpa dengan guru bertugas jika ada masalah sama ada sakit atau sebagainya.

9.4 Murid hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru bertugas pentadbiran untuk keluar dari sekolah.

9.5 Murid hanya dibenarkan keluar bersama guru atau penjaga setelah memaklumkan kepada guru bertugas / pentadbir.

10.BUKU TEKS

10.1 Semua murid layak diberi pinjaman.

10.2 Buku teks hendaklah dibalut dengan plastik dan dijaga dengan baik.

10.3 Buku teks tidak boleh ditinggalkan di sekolah.

10.4 Buku-buku rosak atau hilang mestilah diganti.

10.5 Buku hendaklah dipulang semula pada masa yang ditetapkan.

11. WAKTU REHAT

11.1 Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas.

11.2 Murid mestilah beratur sewaktu membeli di kantin.

11.3 Pembalut kertas atau plastik hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan.

11.4 Segala peralatan seperti sudu/garfu dan sebagainya hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan setelah menggunakannya.

11.5 Pengawas hendaklah menjalankan tugas yang ditetapkan.

12.PERATURAN KE TANDAS

12.1 Murid yang hendak ke tandas mestilah mendapat kebenaran guru atau ketua ketua kelas.

12.2 Murid hendaklah menjaga kebersihan tandas.

13.KELAS TAMBAHAN

13.1 Murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah semasa menghadiri kelas tambahan.

14. KEGIATAN KOKURIKULUM

14.1 Murid-murid tahap 2 diwajibkan mengikuti satu kegiatan unit uniform dan satu kegiatan ko akademik/kelab/persatuan.

14.2 Datang pada masa yang ditetapkan (jangan terlalu awal) dan terus pulang ke rumah setelah selesai aktiviti.

14.3 Pakai pakaian yang dikhaskan sesuai dengan aktiviti.

14.4 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli rumah sukan dan mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu acara sukan yang dianjurkan(sekiranya ada)

15.PERATURAN-PERATURAN AM

15.1 Semua murid dikehendaki menghormati semua guru dan kakitangan sekolah

15.2 Sebelum loceng pertama dan loceng naik rehat berbunyi, murid dilarang daripada bermain di luar kawasan sekolah dan dalam bilik darjah.

15.3 Murid yang hendak keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan mestilah mendapat kebenaran dari guru bertugas harian terlebih dahulu

15.4 Murid yang terjumpa duit atau barang berharga di kawasan sekolah hendaklah menyerahkannya kepada guru bertugas harian.

15.5 Murid dilarang mengambil/mencuri/merosakkan harta benda sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid lain.

15.6 Murid-murid dilarang menconteng dinding sekolah, kelas, bilik air dan tandas.

15.7 Murid-murid dilarang membazirkan elektrik dan air.

15.8 Murid-murid dilarang membawa sebarang alat permainan ke sekolah kecuali dengan arahan dari guru.

15.9 Murid-murid yang menghadapi masalah di sekolah seperti sakit semasa belajar, dibuli oleh murid lain, kehilangan barang atau lain-lain masalah hendaklah melaporkannya kepada guru kelas masing-masing dengan segera.

15.10. Sebelum meninggalkan kelas, pastikan semua lampu dan kipas diputuskan litarnya terlebih dahulu.

15.11. Buku-buku perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik, tidak meroskkan , menconteng dan menghilangkannya.

15.12. Buku-buku yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan mengikut arahan.

15.13. Murid diwajibkan hadir untuk aktiviti ko-kurikulum

15.14. Setiap murid diwajibkan membayar bayaran tambahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah pada masa mendaftar atau pada masa-masa yang ditetapkan.

15.15. Semua pelawat/penjaga mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah sebelum menemui murid demi keselamatan murid-murid.

15.16. Penggunaan pensil makanikal adalah DILARANG SAMA SEKALI

15.17. Murid- murid adalah TIDAK DIBENARKAN membawa TELEFON BIMBIT ke sekolah

PERANAN SEORANG PENGAWAS Mengawal disiplin pelajar. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior. Menjaga imej dan nama baik sekolah. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar. Memastikan keceriaan sekolah dijaga. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya. Memimpin rakan-rakan pelajar. Mencegah kes jenayah di sekolah. Menghormati guru. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin