pergerakan kaden

Upload: kay

Post on 18-Jul-2015

350 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Pergerakan KadenPergerakan kaden mengharmonikan sesuatu melodi. Terdapat dua jenis kaden iaitu kaden lengkap dan kaden tidak lengkap. Terdapat banyak jenis pembentukan kaden iaitu, pembentukan kaden dalam kedudukan perdu, pembalikan pertama dan pembalikan kedua dalam kord tonik, supertonik, subdominan, dominan dalam sesuatu nada. Dalam proses pengharmonian melodi ataupun pergerakan kaden kita perlulah menitikberat tentang pembentukan kaden, pemilihan kord yang sesuai untuk kaden pada melodi, kaden lengkap dan juga kaden tidak lengkap. Pembentukan kord Pembentukan kord diaplikasikan kepada semua nada major dan minor. Kord kedudukan perdu biasanya ditulis a di sebelah huruf roman. Contohnya Va. Untuk kord lima dalam kedudukan perdu. Tetapi simbol a tidak digunakan. Kita hanya perlu menulis V dan secara automatik ia menunjukkan kedudukan perdu. Jikalau kita tengok pembalikan pertama ianya ditulis sebegini Vb. Iaitu kord lima dalam pembalikan pertama dan untuk Vc ia menunjukkan kord lima pembalikan kedua. Kita harus menulis simbol selepas huruf roman bagi pembalikan pertama dan kedua. Contoh : C major Kord I atau Ia (kedudukan perdu) ialah not 1,3 dan 5 iaitu C,E dan G. Kord 1b (pembalikan 1) ialah not 3, 5 dan 1 iaitu E,G dan C. Kord 1c (pembalikan 2) ialah not 5, 1 dan 3 iaitu G,C dan E Kord ii atau iia (kedudukan perdu) ialah 2,4 dan 6 iaitu D,F dan A. Kord iib (pembalikan 1) ialah 4,6 dan 2 iaitu F,A dan D. Kord iic (pembalikan 2) ialah 6,2 dan 4 iaitu A, D dan F Kord V atau Va (kedudukan perdu) ialah 5,7 dan 2 iaitu G,B dan D. Kord Vb (pembalikan 1) ialah 7,2 dan 5 iaitu B,D dan G Kord Vc (pembalikan 2) ialah 2, 5 dan 7 iaitu D,G dan B

Kord dalam skel minor Dalam skel minor harmonik, not yang ke-7 dinaikan satu semiton. Not-not manaik dan menurun adalah sama. Contoh : A B C D E F G# A

Tetapi dalam skel minor melodik menaik dan menurun adalah berbeza. Semasa menaik not ke 6 dan ke 7 perlu dinaikkan satu semiton. Contoh: A B C D E F# G# A

Semasa menurun kenaikan satu semiton untuk not ke 6 dan ke 7 tadi perlu dibatalkan. Contoh: A B C D E F G A

Kaden Kaden terdapat pada akhir frasa dalam sesuatu lagu. Kaden berfungsi untuk membawa muzik pada satu penutupan. Terdapat dua jenis kaden. Iaitu

Kaden LengkapKaden Plagal (kord IV ke kord I )

Kaden Perfek (kord V-kord I)

Kaden Tidak LengkapKaden Imperfek Kord I ke V Kord ii ke V Kord IV ke V Kaden melencong (Kord V ke vi)

Penulisan kaden lengkap dan kaden tidak lengkap

Kaden ditulis mengikut peraturan SATB. Iaitu Soprano, Alto, Tenor dan Bass. Contoh : C major

Kaden perfek

kaden plagal

kaden imperfek

kaden imperfek

kaden imperfek

kaden melencong

A minor

Kaden perfek

kaden plagal

kaden imperfek kaden imperfek kaden imperfek

kaden melencong