pergerakan lokomotor, bukan lokomotor serta alatan
DESCRIPTION
lokomotorTRANSCRIPT
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini. 1.0 Pengenalan
Pergerakan Asas merupakan salah satu daripada sukatan mata pelajaran
yang terkandung dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bagi
Semester 2 Ambilan Januarai 2008. Secara amnya, pergerakan asas
terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan
manipulatif alatan. Semua pelajar bagi program ini diwajibkan untuk
menyiapkan satu tugasan taksiran Kerja Kursus Pendek berkaitan dengan
Pergerakan Lokomotor dan Bukan Lokomotor dengan Alatan. Secara
terperincinya, kami perlu menyediakan dan melaksanakan satu perancangan
rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan menggunakan
alatan. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara individu. Perancangan yang
dilakukan haruslah meliputi tiga pergerakan utama iaitu:
i. Lokomotor
ii. Bukan lokomotor
iii. Manipulatif alatan.
2.0 Matlamat
Terdapat pelbagai tujuan tugasan ini dilaksanakan. Antara tujuannya adalah
untuk memberi pendedahan, peluang, dan pengalaman berkaitan pergerakan
asas kepada individu khususnya guru pelatih. Tujuan utama pengajaran dan
pembelajaran Pergerakan Asas adalah bagi membolehkan bakal guru
menguasai sesuatu kemahiran atau beberapa kemahiran yang terdapat
dalam pergerakan asas ini. Pergerakan asas merupakan salah satu proses
pengajaran dan pembelajaran yang memberi pendedahan kepada pelajar
berkaitan dengan tiga pergerakan utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor
dan manipulatif alatan di samping menguji ketahanan jasmani, emosi, rohani,
intelek, dan sosial. Selain itu, melalui aktiviti seperti ini juga mampu memupuk
semangat toleransi dan kerjasama di samping dapat membentuk kepimpinan
serta sahsiah yang baik sebagai seorang bakal guru.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
3.0 Objektif
� Memberi kesedaran kepada guru pelatih tentang potensi tubuh badan
mereka dalam melakukan pelbagai pergerakan.
� Menbantu guru pelatih menguasai semua kemahiran pergerakan asas
dengan berkesan..
� Memperkembangkan kebolehan dalam diri setiap guru pelatih bagi
membentuk pergerakan yang kreatif.
� Memahami dan meningkatkan kemahiran kepimpinan bakal guru
dalam membuat perancangan dan strategi.
� Mampu membentuk keperibadian, sikap, akhlak, dan disiplin sebagai
seorang bakal guru.
4.0 Tarikh
7 Ogos 2008
5.0 Masa
11.30 pagi
6.0 Tempat
Padang bola jaring Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
7.0 Senarai mengikut susunan perancangan
Jenis Pergerakan Aktiviti
Lokomotor
1. Guling ke hadapan
2. Guling ke belakang
3. Skip ke hadapan
4. Berjalan pendek
5. Teng-teng
Bukan Lokomotor
1. Berdiri bentuk Y
2. Tekan tubi
3. Lari setempat
4. Hayun tangan
5. Lompat setempat
6. Lompat bintang
Manipulatif Alatan
1. Melanton bola sambil berjalan
2. Berjalan sambil mengimbang
bola di kaki
3. Melantun bola sambil
mengimbang badan
4. Menggelecek bola sambil berlari
5. Melambung bola ke udara
6. Skkipping sambil berlari
7. Memusingkan gelung dengan
tangan
8. Berlari mengundur sambil
menggerakkan reben
9. Menggerakkan reben sambil
mengimbangkan badan
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
8.0 Senarai alatan
Jenis Alatan Alatan Bilangan
Alatan Berat Kon
Tilam
16
2
Alatan Tangan Gelung rotan
Bola sepak
Bola keranjang
Reben
Tali skipping
1
1
1
1
1
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
9.0 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi
PERGERAKAN LOKOMOTOR
1. Berjalan pendek
i. Badan berada dalam keadaan
yang lurus.
ii. Mata memandang ke
hadapan.
iii. Angkat kaki kanan dan
melangkah ke hadapan
dengan jarak yang kecil.
iv. Angkat kaki kiri dan
melangkah ke hadapan
dengan jarak yang kecil.
2. Teng teng
i. Kaki kanan di angkat
kebelakang sehingga
mencapai sudut 90 darjah.
ii. Badan berada dalam keadaan
tegak.
iii. Mata memandang ke
hadapan.
iv. Kaki kiri menjengkek ke
hadapan.
v. Pelajar hanya dibenarkan
menggunakan sebelah kaki
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
sahaja untuk bergerak
kehadapan.
3. Skip ke hadapan
i. Kaki kanan diangkat dan lutut
dibengkokkan 90 darjah.
ii. Kaki kiri melangkah ke
hadapan dengan kaki kanan
berada dan sebaliknya.
iii. Mata memandang ke
hadapan.
iv. Tangan dihayun sehingga
paras bahu.
v. Koordinasi kaki, tangan dan
mata.
4. Guling ke hadapan
i. Berdiri tegak dengan tangan
diluruskan ke atas dan ambil
nafas.
ii. Bengkokkan lutut, tangan
diluruskan dan bersedia untuk
berguling.
iii. Naikkan pinggul dan rapatkan
tangan dan dada ke tilam
kemudian berguling.
iv. Guling ke hadapan.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
v. Kembali kekedudukan dekam
dan luruskan kedua-dua
tangan.
5. Guling ke belakang
i. Bersedia dengan tangan lurus
ke atas.
ii. Bengkokkan lutut, tapak
tangan ke atas dan jari
menghala ke belakang.
iii. Sedia untuk berguling ke
belakang dan letakkan
punggung di atas tilam.
iv. Tolak badan dan tangan.
v. Guling ke belakang.
vi. Mendekam dan berdiri
semula.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR
1. Berdiri bentuk Y
i. Badan berada dalam keadaan
lurus dan tegak.
ii. Kaki kanan diangkat ke atas
secara perlahan-lahan sehingga
bukaan kaki mencapai 160
darjah dan tarik nafas.
iii. Kedua-dua tangan diangkat ke
atas membentuk huruf ‘Y’.
iv. Imbangkan badan.
2. Tekan tubi
i. Badan meniarap di atas lantai.
ii. Kedua-dua tapak tangan
dikembangkan dan siku
diluruskan.
iii. Tangan menahan berat badan.
iv. badan diluruskan.
v. Badan diturunkan rapat ke lantai
dan siku dibengkokkan.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
vi. Badan dinaikkan semula dan
siku diluruskan.
vii. Aktiviti ini diteruskan mengikut
kiraan yang ditentukan.
3. Lari setempat
i. Badan berada dalam keadaan
tegak.
ii. Berlari setempat dan tangan
dihayunkan di mana siku
membentuk 90 darjah.
iii. Lutut diangkat tinggi ke atas.
iv. Mata pandang ke hadapan.
4. Hayun tangan
i. Tangan kanan diangkat ke
hadapan dan tangan kiri
diangkat ke belakang.
ii. Kedua-dua tangan dihayun pada
arah yang berbeza.
iii. Tangan kanan dihayun dari
bawah ke belakang.
iv. Tangan kiri dihayun dari atas ke
hadapan.
v. Kedua-dua tangan dihayun
secara serentak dengan arah
yang berbeza.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini. 5. Lompat setempat
i. Badan berada dalam keadaan
lurus.
ii. Kedua-dua kaki diangkat ke atas
secara serentak.
iii. Kedua-dua belah lutut diangkat
tinggi sehingga mencapai paras
dada.
iv. Lompat setempat dengan mata
memandang ke hadapan.
6. Lompat bintang
i. Badan berdiri tegak.
ii. Tangan didepakan pada paras
bahu dan kaki dibuka selaras
dengan bukaan tangan semasa
melompat.
iii. Badan kembali tegak selepas
melompat.
iv.
MANIPULATIF ALATAN
1. Melanton bola sambil berjalan
i. Badan berada dalam keadaan
yang lurus.
ii. Mata memandang ke hadapan.
iii. Tangan memegang bola.
iv. Angkat kaki kanan dan
melangkah ke hadapan dan kaki
kiri berada dibelakang.
v. Angkat kaki kiri dan melangkah ke
hadapan dan kaki kanan berada
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
di belakang.
vi. Bola dilantunkan semasa
berjalan.
vii. Koordinasi tangan dan kaki.
2. Berjalan sambil mengimbang
bola di kaki
i. Badan berada dalam keadaan
yang lurus.
ii. Mata memandang ke hadapan.
iii. Bola diletakkan di atas kaki
kanan.
iv. Angkat kaki kanan dan
melangkah ke hadapan dengan
jarak yang sederhana.
v. Angkat kaki kiri dan melangkah ke
hadapan dengan jarak yang
sederhana.
vi. Pergerakan kaki dilakukan secara
perlahan-lahan dan imbangkan
kedudukan bola supaya tidak
jatuh.
3. Melantun bola sambil
mengimbang badan
i. Bahagian badan dibengkokkan ke
hadapan sehingga mencapai
sudut 90 darjah.
ii. Kaki kanan diangkat ke atas
perlahan-lahan sehingga bukaan
kaki mencapai sudut 90 darjah.
iii. Tangan kanan melantun bola
dengan mata memandang ke
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
hadapan.
iv. Tangan kiri dirapatkan ke sisi.
v. Kedudukan badan dimbangkan
dan ambil nafas.
4. Menggelecek bola sambil
berlari
i. Kon disusun dengan jarak yang
sama dalam bilangan lima.
ii. Badan berada dalam keadaan
tegak dan berdiri lurus di hadapan
kon yang telah disusun.
iii. Bola digelecek menggunakan
kedua-dua belah kaki dan melalui
kon-kon yang telah disusun
mengikut arah zig zag.
iv. Bola digelecek sambil berlari.
5. Melambung bola ke udara
i. Badan berdiri tegak.
ii. Tangan memegang bola.
iii. Bola dilambung ke udara bermula
dari paras pinggang dan ke atas.
iv. Sambut bola apabila bola jatuh ke
bawah.
6. Skipping sambil berlari
i. Badan berdiri tegak.
ii. Kedua-dua tangan memegang
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
hujung tali skipping.
iii. Lari beberapa langkah ke
hadapan kemudian lompat tali
skipping.
iv. Tali skipping dihayun ke hadapan
semasa berlari.
v. Kaki melompat apabila tali
skipping mencecah kaki.
vi. Lutut diangkat tinggi semasa
melompat.
7. Memusingkan gelung dengan
tangan
i. Badan berdiri tegak.
ii. Tangan kanan didepakan dan
gelung diletakkan di tangan
kanan.
iii. Dalam keadaan berdiri, tangan
kanan dipusingkan dari depan ke
belakang membentuk satu
bulatan.
iv. Gelung dipusingkan secara
automatik semasa tangan
dipusingkan.
v. Tangan kiri dirapatkan ke sisi.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini. 8. Berlari mengundur sambil
menggerakkan reben
i. Badan berada dalam keadaan
sedia.
ii. Mata memandang ke hadapan.
iii. Berlari secara mengundur ke
belakang.
iv. Tangan kanan menggerakkan
reben kanan ke kiri.
v. Kedua-dua aktiviti ini dilakukan
secara serentak.
9. Menggerakkan reben sambil
mengimbangkan badan
i. Bahagian badan dibengkokkan ke
hadapan sehingga mencapai
sudut 90 darjah.
ii. Kaki kanan diangkat ke atas
perlahan-lahan sehingga bukaan
kaki mencapai sudut 90 darjah.
iii. Tangan kanan menggerakkan
reben dari atas ke bawah sambil
badan memusing dari kanan
untuk membentuk bulatan..
iv. Tangan kiri dirapatkan ke sisi.
v. Kedudukan badan dimbangkan
dan ambil nafas.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
10.0 Pelan Kedudukan Ujian Amali
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
Petunjuk Alatan Berat
Tilam
Kon
Petunjuk Alatan Tangan
Bola sepak
Bola keranjang
Tali skipping
Reben
Gelung rotan
11.0 Pelan Pergerakan Ujian Amali
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
12.0 Rumusan
Secara keseluruhannya, pergerakan asas terdiri daripada tiga
komponen utama iaitu lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan.
Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu
tempat yang lain. Pergerakan lokomotor melibatkan arah, aliran, haluan
dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan
tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih
menekankan kepada keseimbangan pergerakan badan. Manipulatif alatan
menekankan kepada cara untuk menggayakan atau menggunakan alatan
dengan cara yang betul dan cekap untuk membentuk sesuatu gerakan.
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
13.0 Refleksi
Pelajar PISMP-IPG Semester 2 Ambilan Januari 2008 telah
menerima tugasan taksiran kerja kursus pendek Program Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan bagi mata pelajaran Pergerakan Asas pada 21 Jun
2008. Taklimat berkaitan dengan kerja kursus ini telah disampaikan oleh
Puan Punithavathi a/p Sinnapoo kepada kumpulan PISMP-IPG 2A
semasa berada di dalam kelas. Berdasarkan kepada kertas soalan yang
kami terima, kami dikehendaki menyediakan dan melaksanakan satu
perancangan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
dengan menggunakan alatan. Kerja kursus ini harus dilaksanakan secara
individu.
Sebelum kami melaksanakan tugasan ini, Puan Punitha telah
memberi sedikit pendekatan berkaitan dengan jenis-jenis pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor serta alatan yang boleh digunakan untuk
membuat sesuatu pergerakan. Kami telah menjadikan pendekatan
tersebut sebagai garis panduan untuk kami merancang pergerakan yang
kreatif. Selain daripada merujuk buku-buku rujukan, kami juga berusaha
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
mencari maklumat melalui internet dan membuat rujukan daripada nota-
nota yang telah diberi oleh Puan Punitha semasa waktu kuliah. Kami
hanya diberi masa selama 3 minggu bagi menyiapkan tugasan ini.
Tugasan kami dimulakan dengan menyenaraikan jenis-jenis
pergerakan yang ingin dilakukan. Pergerakan yang kami pilih merangkumi
kemahiran lokomotor, bukan lokomotor dan manipulatif alatan. Hal ini
lebih memudahkan kami untuk mengembangkan idea merangka
rangakian pergerakan yang kreatif. Secara keseluruhannya, saya telah
mendapat input yang banyak mengenai Pergerakan Asas.
Bagi mendapatkan satu rangkaian pergerakan yang terancang,
saya menyusun pelan kedudukan ujian amali terlebih dahulu.
Berdasarkan kepada pelan tersebut, terdapat 11 stesen yang digunakan.
Melalui stesen-stesen tersebut, saya telah menyusun dan menyesuaikan
semua pergerakan yang telah dipilih. Secara keseluruhannya, bilangan
pergerakan yang perlu kami lakukan adalah sebanyak 20 pergerakan.
Jadi, saya telah membahagikan setiap stesen kepada 2 pergerakan.
Beralih pula kepada alatan pula, saya menggunakan alatan berat
dan alatan tangan. saya turut menyusun kedudukan setiap alatan yang
digunakan berdasarkan kepada aktiviti yang dilakukan. Saya cuba untuk
meminimumkan penggunaan alatan bagi menggelakkan sebarang
kesulitan yang timbul semasa menyusun pelan kedudukan.
Setelah selesai draf rangkaian pergerakan yang pertama, saya
terlebih dahulu menunjukkan draf tersebut kepada Puan Punitha untuk
diperbetulkan. Selepas meneliti draf rangkaian pergerakan tersebut, Puan
Terima kasih kerana memuat turun nota ini. Dapatkan koleksi nota lain dari www.NotaMurid.com atau hantarkan email anda kepada [email protected] untuk mendapatkan nota terkini.
Punitha bersetuju dengan hasil kerja saya. Bagi membuktikan
keberkesanan pergerakan yang saya rangka, saya telah diminta oleh
Puan Punitha untuk melaksanakan demonstrasi awal sebelum tibanya
ujian amali yang sebenarnya.
Semasa saya membuat demonstrasi, terdapat beberapa masalah
yang timbul. Antaranya ialah susunan alatan yang tidak betul dan
mengelirukan. Masalah ini berlaku kerana berlakunya kesilapan semasa
saya menyusun dan menyediakan stesen seperti yang telah dirancang
dalam draf. Selain itu, Puan Punitha juga meminta saya mengubah
beberapa pergerakan kepada pergerakan yang lain bagi menyesuaikan
pergerakan tersebut dengan stesen yang telah saya susun.
Setelah mendapat teguran dan komen daripada Puan Punitha,
saya telah membuat pembetulan terhadap beberapa pergerakan dan
susunan stesen. Saya rangka semula rangkaian pergerakan yang lebih
tersusun dan sistematik di samping menitik beratkan cadangan dan
komen yang diberikan oleh pensyarah.
Secara keseluruhannya, saya berasa amat gembira dan bersyukur
kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya tanpa sebarang
masalah selain daripada mendapat input yang berguna hasil daripada
pencarian maklumat yang kami laksanakan. Selain daripada maklumat
yang kami perolehi, kami juga telah dibantu oleh Puan Punitha di mana
beliau banyak memberi input berkenaan dengan Pergerakan Asas
teruatamanya ketika sesi kuliah di kelas. Akhir sekali, saya berharap agar
hasil kerja kami ini dapat diterima oleh Puan Punitha dengan hati yang
terbuka. Sekian, MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.