peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · peribahasa 600 peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44...
TRANSCRIPT
1
1. Adat bersendi syarak, sejarak bersendi adat
Makna Segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama
Ayat Jangan lakukan sesuatu dengan sesuka hati, ingatlah adat bersendi syarak, sejarak bersendi adat.
2. Ada air adalah ikan
Makna Barang di mana kita tinggal ada juga rezekiAyat Rezeki ada di mana-mana kerana ada air
adalah ikan.
600Peribahasa
600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM
2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD
3. Air tenang jangan disangka tiada buaya
Makna Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut
Ayat Pemuda itu hendaklah didekati juga kerana air tenang jangan disangka tiada buaya.
4. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
Makna Setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati
Ayat Kita tidak boleh melakukan sesuatu pekerjaan dengan sewenang-wenangnya kerana hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
600 Peribahasa 2016.indd 2 12/8/2015 11:03:44 PM
40 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD
132. Tak pernah masuk gelanggang bergong
Makna Tercengang-cengang kehairananAyat Biarlah Ah Chong kehairanan kerana dia tak
pernah masuk gelanggang bergong.
133. Bergelanggang di tepi matanya, bergelanggang mata orang banyak
Makna Sudah terang dan nyata sekaliAyat Aku fikir aku tidak perlu beri keterangan
lagi kerana semuanya bergelanggang di tepi matanya, bergelanggang mata orang banyak.
134. Geleng seperti si patung kenyang
Makna Berjalan dengan sombongnyaAyat Baru sahaja naik pangkat sedikit, sudah geleng
seperti si patung kenyang.
600 Peribahasa 2016.indd 40 12/8/2015 11:03:51 PM
41
600 PERIBAHASA
135. Habis geli oleh geletek, habis bisa oleh biasa
Makna Kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi
Ayat Razali sudah biasa hidup susah, oleh itu habis geli oleh geletek, habis bisa oleh biasa.
136. Menggeli induk ayam
Makna Memberanikan seseorang penakutAyat Jali Tahu Ah Meng penakut, oleh itu dia
menggeli induk ayam.
137. Geluk tinggal di air (bagai)
Makna Orang yang melarat hanya menunggu bantuan orang
Ayat Keluarga itu sungguh melarat bagai geluk tinggal di air.
138. Tupai bergelut (bagai)
Makna Perihal kehebatan langkah dan lain-lain seorang pendekar
Ayat Kedua-dua orang pendekar itu menunjukkan kehebatan bagai tupai bergelut.
600 Peribahasa 2016.indd 41 12/8/2015 11:03:51 PM
77
600 PERIBAHASA
257. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas
Makna Berhenti kerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat
Ayat Jika kamu tidak suka lagi bekerja di sini, biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas.
258. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa
Makna Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya
Ayat Pemuda itu terpilih sebagai pengurus syarikat itu kerana jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.
600 Peribahasa 2016.indd 77 12/8/2015 11:03:56 PM
78 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD
259. Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor
Makna Orang yang berani bercakap besar di belakang sahaja
Ayat Tindakan anda semua tidak bererti kalau jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.
260. Jauh panggang dari api
Makna Jawapan atau sindiran yang tidak tepatAyat Bagaimana hendak lulus kerana jawapan
kamu jauh panggang dari api.
261. Menjemur sementara hari panas
Makna Kesempatan yang baik itu janganlah dilepaskan
Ayat Kata orang kesempatan tidak datang selalu, oleh itu menjemur sementara hari panas.
262. Yang sejengkal tiada dapat jadi sehasta
Makna Kalau nasib sudah tidak baik, betapa pun diusahakan tentu tidak akan berjaya
Ayat Semuanya bergantung pada nasib kita kerana yang sejengkal tiada dapat jadi sehasta.
600 Peribahasa 2016.indd 78 12/8/2015 11:03:56 PM
159
600 PERIBAHASA
523. Sambil menyelam minum air
Makna Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai
Ayat Ah Foong pemuda yang rajin, dia sambil menyelam minum air, pendapatannya tentulah berganda.
524. Hendak terbang, tiada bersayap
Makna Hendak berbuat sesuatu tetapi tidak berupayaAyat Sue Lee yang masih muda hendak menjadi
pengurus syarikat ayahnya seumpama hendak terbang, tiada bersayap.
600 Peribahasa 2016.indd 159 12/8/2015 11:04:08 PM
160 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD
525. Dari semak ke belukar
Makna Meninggalkan sesuatu yang buruk, tetapi mendapat yang buruk juga
Ayat Dia berhenti di syarikat itu dengan harapan mendapat gaji yang tinggi di syarikat baru, rupa-rupanya dari semak ke belukar.
526. Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira
Makna Orang yang kelihatan soleh tetapi suka mengerjakan perkara yang terlarang
Ayat Semua sahabat handai mengenali Tuan Pang berhati mulia tetapi rupa-rupanya dia sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira.
527. Menyembelih ayam dengan pisau, menyembelih orang dengan kapas
Makna Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut
Ayat Kamu harus mengambil hati bapa saudara kamu kerana menyembelih ayam dengan pisau, menyembelih orang dengan kapas.
600 Peribahasa 2016.indd 160 12/8/2015 11:04:08 PM
Beli sekarang diwww.lazada.com.my/shop/prestasi/
atau Whatsapp ke 011-6099 0899
ISBN 978-983-166-394-3