peringatan: penghantaran laporan penyata … · pemegang pajak gadai (ppg) berlesen dikehendaki...

7

Upload: dangliem

Post on 18-Mar-2019

355 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PERINGATAN:PENGHANTARAN LAPORAN PENYATA TRANSAKSI

TAHUN 2015

“Semua Pemberi Pinjam Wang (PPW) dan Pemegang Pajak Gadai (PPG) Berlesen wajib menghantar laporan penyata transaksi tahun 2015 kepada Pendaftar Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak lewat daripada 01 Februari 2016.

Jika disabitkan kesalahan:

Peraturan 16(1), Akta 400 (PPW) - Penalti denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 12 bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan.

Peraturan 22(1) Akta 81 (PPG) - Penalti denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan.

Keterangan lanjut: layari www.kpkt.gov.my / telefon: 03-8891 4656/4665/4668.

Rujukan Kami : KPKT/BL19/8 – 2/ Jld.2 ( )

Tuan/Puan,

PERINGATAN PENGHANTARAN LAPORAN PENYATA TRANSAKSI TAHUN 2015

Peringatan daripada BPWG/KPKT

2. Sukacita dimaklumkan bahawa semua Pemberi Pinjam Wang (PPW) danPemegang Pajak Gadai (PPG) Berlesen dikehendaki menghantar laporan penyata transaksi tahun 2015 kepada Pendaftar Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak Gadai, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) tidak lewat daripada 01 Februari 2016.

3. Jika PPG gagal mengemukakan penyata transaksi berkenaan menggunakanborang di Lampiran A, tindakan lanjut akan diambil di bawah Peraturan 22(1) Akta 81, di mana penalti denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan.

4. Jika PPW gagal mengemukakan penyata transaksi berkenaan menggunakanborang di Lampiran B & B1, tindakan lanjut di bawah Peraturan 16(1), Akta 400, dimana penalti denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari 12 bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“KITAR SEMULA - FIKIR DULU SEBELUM BUANG”

Saya yang menurut perintah,

b.p. Pendaftar Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak GadaiKementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

LAMPIRAN B1

PERATURAN-PERATURAN PEMBERI PINJAM WANG ( KAWALAN DAN PERLESENAN ) 2003( Subperaturan 16(1) )

REKOD TRANSAKSI TAHUNAN MENGIKUT PERINCIAN PINJAMAN BAGI TAHUN …..............................

NAMA SYARIKAT PEMBERI PINJAM WANG : ….......................................................................................................

Bil

(1)

Nama Peminjam

(2)

Jumlah Pinjaman

(RM)(Jumlah Pokok + Faedah)

(3)

Baki Pinjaman

(RM)(4)

Tempoh Pinjaman(Bulan)

(5)

Tarikh Pinjaman

(6)

No. Telefon

Peminjam

(7)

Kadar Faedah Setahun

(%)(8)

Bercagar/ Tanpa

Cagaran(9)

Syarikat Individu Nota #

Bumi

(10)

Bukan Bumi(11)

Kaum

(12)

Majikan*

(13)

Gaji (RM)

(14)(15)

JUMLAHMajikan * : Kerajaan/Swasta/Berniaga/Kerja Sendiri/Tidak BekerjaNota# :

1- Pinjaman Selesai 2- Pinjaman Semasa 3- Dalam Proses Dapat Balik 4- Dalam Tindakan Mahkamah

Panduan Mengisi Borang Lampiran B1(Rekod Transaksi PPW)

(1) Nombor perjanjian yang disusun mengikut tarikh pinjaman dikeluarkan.

(2) Nama peminjam mengikut kad pengenalan peminjam.

(3) Jumlah pinjaman, termasuk jumlah pokok dan jumlah faedah yang dikenakan mengikut perjanjian yang telah

ditandatangani. [ Jadual Pertama ]

(4) Baki pinjaman, termasuk pokok dan faedah dan caj bayaran lewat selepas ditolak pembayaran.

(5) Tempoh pinjaman seperti yang dinyatakan dalam perjanjian. [ Jadual Pertama ]

(6) Tarikh pinjaman seperti di dalam Jadual Pertama.

(7) Nombor telefon peminjam – (telefon bimbit, rumah dan pejabat).

(8) Kadar faedah seperti di dalam Jadual Pertama.

(9) Nyatakan sama ada pinjaman yang diberikan bercagar ataupun tanpa cagaran.

(10) – (15) Butir-butir peminjam.