perintah zikir di dalam al quran

4
Perintah Zikir di dalam Al-Quran Perintah zikir secara terbatas dan tak terbatas Al-Ahzab 33:41-44 ا ث ا ك ر ك ذ ه ل وا ال ر ك وا اذ ن آم ين ذ ال ا ه ي ا أ يWahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

Upload: khairul-anwar-sedek

Post on 07-Jul-2015

189 views

Category:

Spiritual


1 download

DESCRIPTION

Makna dan amalan zikir

TRANSCRIPT

Page 1: Perintah zikir di dalam al quran

Perintah Zikir di dalam Al-Quran

Perintah zikir secara terbatas dan tak terbatas

Al-Ahzab 33:41-44

يا أي ها الذين آمنوا اذكروا الله ذكرا كثرياWahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta

sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

Page 2: Perintah zikir di dalam al quran

وسبحوه بكرة وأصيل Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

ن الظلمات إل هو الذي ي صلي عليكم وملئكته ليخرجكم م

وكان بالمؤمنني رحيما النور Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi

kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada

cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-

limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).

يت هم ي وم ي لقونه سلم م أجرا كراوأعد ل تSambutan penghormatan yang akan diberi Tuhan kepada mereka semasa

menemuiNya ialah ucapan "Salam" (selamat sejahtera); dan Ia telah menyediakan

untuk mereka pahala balasan yang mulia.

Larangan yang disebaliknya (lupa dan lalai) Al-A’raf 7:204

وإذا قرئ القرآن فاستمعوا له وأنصتوا لعلكم ت رحون Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah

(dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.

Page 3: Perintah zikir di dalam al quran

Keuntungan yang bergantung kepada banyaknya zikir dan tetap dengannya

Al-Anfal 8:45

كم يا أي ها الذين آمنوا إذا لقيتم فئة فاث بتوا واذكروا الله كثريا لعل

ت فلحون Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan

(musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta

ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai

kemenangan).

Pujian terhadap pelakunya dan pemberitahuan tentang syurga dan

keampunan yang dijanjikan Allah bagi mereka

Surah Al-Ahzab 33:35

إن المسلمني والمسلمات والمؤمنني والمؤمنات والقانتني

والقانتات والصادقني والصادقات والصابرين والصابرات والاشعني

قات والصائم قني والمتصد ني والصائمات والاشعات والمتصد

اكرات أعد اكرين الله كثريا والذ والافظني ف روجهم والافظات والذ

غفرة وأجرا عظيما الله لم مSesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang

Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang

beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat,

dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan

orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-

orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang

Page 4: Perintah zikir di dalam al quran

merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-

orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta

orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara

kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya,

dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang

perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan

bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.

Perkhabaran tentang keruguan mereka yang mengabaikan zikir dan sibuk

dgn selainnya

Surah Al-Munafiqun 63:9

يا أي ها الذين آمنوا ل ت لهكم أموالكم ول أولدكم عن ذكر الله

لك فأولئك هم الاسرون ومن ي فعل ذWahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta

benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan

perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka

itulah orang-orang yang rugi.sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah

orang-orang yang rugi.

Rujukan Ubnu Qayyim Al-Jauziyyah (440-444)