perjalanan hidup seorang anak...

4
Julai-September 2011 Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia Shalom! Kami mendapat banyak kesaksian dan berita yang menyenangkan daripada kanak-kanak (dan keluarga) bagaimana mereka diberkati dengan buku “101 Cerita-Cerita Dari Alkitab”. Di Mulu Sarawak, kanak-kanak tidak sabar untuk membaca buku tersebut. Dan sebuah gereja Baptis telah mengedar 4,500 buah buku di hampir 200 rumah panjang Iban sepanjang Sungai Baram melalui kempen “Satu Pintu, Satu Buku” mereka. Mereka perlukan 3,000 buah lagi untuk projek ini! Kami juga bersyukur kepada Tuhan atas terbitnya Alkitab Kanak-Kanak baru-baru ini. Kami telah mencetak 10,000 buah dan hampir setengahnya sudah diedarkan di Sabah & Sarawak. Kami mendorong anda dan gereja anda untuk mensponsor cetakan yang selanjutnya untuk kanak-kanak yang berbahasa Malaysia. Jadilah berkat untuk memberkatilah gereja BM Krismas ini apabila kami melancarkan Kempen “Satu Anak, Satu Alkitab” pada 26 hb November 2011 nanti. Semoga anda tertantang dan tercabar dengan tulisan dalam edisi kali ini! Berita Rakan Penabur ialah penerbitan elektronik Wawasan Penabur yang mengandungi berita dan maklumat tentang pelayanan serta bahan sumber Kristian BM yang baru. Untuk maklumat dan maklum-balas, hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Pejabat Pos Kelana Jaya 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Fax: 03-7727 7271 Email: [email protected] Website: www.wawasanpenabur.org Akaun Bank kami: (1) Public Bank, Cawangan Kelana Jaya. Account No: 3127674507 (2) CIMB Bank, Cawangan Damansara Utama Account No: 1250 000 7114 058 Perjalanan Hidup Seorang Anak Kristian Memperkenalkan Esther and Joshua… mereka mewakili majoriti Kristian berbahasa Malaysia dari Sabah dan Sarawak. Ketika mereka masih kecil, mereka tidak ada pilihan selain daripada belajar di TASKA, TABIKA dan TADIKA kelolaan KEMAS. Di sana mereka diajar tentang Tuhan dan cara berdoa oleh ustazah. Nilai-nilai agama rasmi telah diterapkan kepada mereka sejak mereka berusia 2 tahun. Hanya sekali dalam seminggu mereka berkesempatan untuk belajar tentang Musa, Daud dan Yesus apabila mereka ke Sekolah Minggu. Itupun kalau ibu bapa mereka bawa mereka ke gereja. Selepas TADIKA, mereka masuk ke sekolah rendah tempatan. Di sana mereka belajar tentang Islam dan sumbangan bangsa serta parti politik tertentu dalam pembentukan bangsa Malaysia dalam kelas Sivik dan Kajian Tempatan mereka. Walaupun Esther seorang Iban dan Joshua orang Dusun, mereka tidak dapat ambil Bahasa Iban atau Kadazan sebagai subjek elektif mereka. Sebaliknya mereka harus belajar Bahasa Arab. Beberapa ibu bapa komplain tetapi mereka diberitahu oleh Guru Besar tidak ada guru Bahasa Iban atau Kadazan walaupun mereka tinggal di komuniti Iban dan Dusun! Ustaz dan ustazah dari Semenanjung juga mengajar mereka Jawi, J-Qaf dan ayat-ayat dari Al-Quran. Selepas 6 tahun di sekolah rendah, mereka masuk ke sekolah menengah. Untuk 5 tahun berikutnya, mereka belajar lebih mendalam tentang Islam dan sumbangan bangsa serta parti politik tertentu di Mlaysia melalui Kurikulum Baru Sejarah. Ibu bapa mereka kata sejarah yang mereka belajar lain daripada apa yang mereka belajar dulu. Bangsa lain juga terlibat dalam perjuangan kemerdekaan. Tapi Esther dan Joshua tidak tahu apa yang ibu bapa mereka katakana. Mereka hanya tahu apa yang diajar dalam kelas Sejarah mereka. Di Tingkatan 4, mereka belajar tentang sejarah Gereja. Tapi agama Kristian digambarkan sangat negative sekali. Mereka belajar tentang Zaman Kegelapan di Eropah, di mana Gereja hanya tahu mengekploitasi sumber- sumber alam bangsa lain, menjajah mereka kemudian membiarkan bangsa pribumi yang dijajah dalam kemiskinan. O ya, ada subjek elektif yang mereka dipaksa ambil - Tasawur Islam. Ada beberapa guru Kristian yang cuba memulakan Bible Knowledge sebagai satu subjek, tetapi beberapa bulan kemudian guru itu dituakr ke tempat lain dan usaha itu terbengkalai. Selepas SPM, mereka belajar dengan lebih mendalam tentang tamadun Islam dan Melayu dalam sejarah Tkn 6 mereka. Sejarah adalah subjek wajib lulus untuk SPM dan STPM. Jadi mereka harus tahu sejarah Malaysia dan Islam untuk lulus! Sambung

Upload: hoangthien

Post on 02-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Julai-September 2011

Warta suku tahun yang menghubungkan penerbitan sumber dalam BM dengan gereja-gereja berbahasa Malaysia di Malaysia

Shalom!

Kami mendapat banyak kesaksian dan berita yang menyenangkan daripada kanak-kanak (dan keluarga) bagaimana mereka diberkati dengan buku “101 Cerita-Cerita Dari Alkitab”. Di Mulu Sarawak, kanak-kanak tidak sabar untuk membaca buku tersebut. Dan sebuah gereja Baptis telah mengedar 4,500 buah buku di hampir 200 rumah panjang Iban sepanjang Sungai Baram melalui kempen “Satu Pintu, Satu Buku” mereka. Mereka perlukan 3,000 buah lagi untuk projek ini! Kami juga bersyukur kepada Tuhan atas terbitnya Alkitab Kanak-Kanak baru-baru ini. Kami telah mencetak 10,000 buah dan hampir setengahnya sudah diedarkan di Sabah & Sarawak. Kami mendorong anda dan gereja anda untuk mensponsor cetakan yang selanjutnya untuk kanak-kanak yang berbahasa Malaysia. Jadilah berkat untuk memberkatilah gereja BM Krismas ini apabila kami melancarkan Kempen “Satu Anak, Satu Alkitab” pada 26

hb November

2011 nanti. Semoga anda tertantang dan tercabar dengan tulisan dalam edisi kali ini!

Berita Rakan Penabur ialah penerbitan

elektronik Wawasan Penabur yang mengandungi berita dan maklumat tentang pelayanan serta bahan sumber Kristian BM yang baru. Untuk maklumat dan maklum-balas, hubungi: Wawasan Penabur Sdn. Bhd P.O.Box: 8327, Pejabat Pos Kelana Jaya 46787 Petaling Jaya, SELANGOR Fax: 03-7727 7271 Email: [email protected] Website: www.wawasanpenabur.org Akaun Bank kami: (1) Public Bank, Cawangan Kelana Jaya. Account No: 3127674507 (2) CIMB Bank, Cawangan Damansara Utama Account No: 1250 000 7114 058

Perjalanan Hidup Seorang Anak Kristian

Memperkenalkan Esther and Joshua… mereka mewakili majoriti Kristian berbahasa Malaysia dari Sabah dan Sarawak. Ketika mereka masih kecil, mereka tidak ada pilihan selain daripada belajar di TASKA, TABIKA dan TADIKA kelolaan KEMAS. Di sana mereka diajar tentang Tuhan dan cara berdoa oleh ustazah. Nilai-nilai agama rasmi telah diterapkan kepada mereka sejak mereka berusia 2 tahun. Hanya sekali dalam seminggu mereka berkesempatan untuk belajar tentang Musa, Daud dan Yesus apabila mereka ke Sekolah Minggu. Itupun kalau ibu bapa mereka bawa mereka ke gereja.

Selepas TADIKA, mereka masuk ke sekolah rendah tempatan. Di sana mereka belajar tentang Islam dan sumbangan bangsa serta parti politik tertentu dalam pembentukan bangsa Malaysia dalam kelas Sivik dan Kajian Tempatan mereka. Walaupun Esther seorang Iban dan Joshua orang Dusun, mereka tidak dapat ambil Bahasa Iban atau Kadazan sebagai subjek elektif mereka. Sebaliknya mereka harus belajar Bahasa Arab. Beberapa ibu bapa komplain tetapi mereka diberitahu oleh Guru Besar tidak ada guru Bahasa Iban atau Kadazan walaupun mereka tinggal di komuniti Iban dan Dusun! Ustaz dan ustazah dari Semenanjung juga mengajar mereka Jawi, J-Qaf dan ayat-ayat dari Al-Quran.

Selepas 6 tahun di sekolah rendah, mereka masuk ke sekolah menengah. Untuk 5 tahun berikutnya, mereka belajar lebih mendalam tentang Islam dan sumbangan bangsa serta parti politik tertentu di Mlaysia melalui Kurikulum Baru Sejarah. Ibu bapa mereka kata sejarah yang mereka belajar lain daripada apa yang mereka belajar dulu. Bangsa lain juga terlibat dalam perjuangan kemerdekaan. Tapi Esther dan Joshua tidak tahu apa yang ibu bapa mereka katakana. Mereka hanya tahu

apa yang diajar dalam kelas Sejarah mereka.

Di Tingkatan 4, mereka belajar tentang sejarah Gereja. Tapi agama Kristian digambarkan sangat negative sekali. Mereka belajar tentang Zaman Kegelapan di Eropah, di mana Gereja hanya tahu mengekploitasi sumber-sumber alam bangsa lain, menjajah mereka kemudian membiarkan bangsa pribumi yang dijajah dalam kemiskinan.

O ya, ada subjek elektif yang mereka dipaksa ambil - Tasawur Islam. Ada beberapa guru Kristian yang cuba memulakan Bible Knowledge sebagai satu subjek, tetapi beberapa bulan kemudian guru itu dituakr ke tempat lain dan usaha itu terbengkalai. Selepas SPM, mereka belajar dengan lebih mendalam tentang tamadun Islam dan Melayu dalam sejarah Tkn 6 mereka. Sejarah adalah subjek wajib lulus untuk SPM dan STPM. Jadi mereka harus tahu sejarah Malaysia dan Islam untuk lulus!

Sambung…

Sekarang mereka lebih tahu tentang Islam daripada agama mereka. Sangat susah untuk mendapatkan Alkitab. Ada teman- teman Joshua yang terpaksa membayar RM 68.00 untuk senaskah Alkitab Indonesia. Ibunya kata Alkitab sangat susah didapati

sejak akhir 1980-an. Dia kata ada banyak halangan untuk membawa masuk Alkitab dari Indonesia. Joshua menerima Alkitabnya yang pertama dari pastornya selepas dia dibaptis. Tapi dia tidak dapat memahami sepenuhnya bahasa itu. Jadi Alkitab Indonesia itupun disimpan di almari untuk kutip debu.

Esther tidak ke Tkn 6. Keputusan SPMnya yang cemerlang menem-patkan dia di program Pra-U di sebuah universiti lokal. Sejarah Islam menentukan 25% daripada skor keseluruhannya. Tamadun Islam adalah subjek wajib. Kerana format peperiksaan dalam bentuk objektif, dia harus tahu Sejarah Islam dan Tamadun Islam untuk menjawab 100 soalan dalam 2 jam.

Tidak lama kemudian, dia mula tertarik dengan beberapa jejaka Melayu. Beberapa Kakak yang peramah mula menemaninya kerana dia adalah satu-satunya pelajar bukan Islam di asrama. Kini dia dapati dia lebih banyak memakai baju kurung, dan kadang-kadang dia memakai tudung ketika mengikuti mereka menghadiri beberapa ceramah agama. Joshua dan Esther akhirnya Berjaya masuk ke menara gading. Tamadun Islam terus menjadi subjek wajib lulus. Kini mereka mempunyai lebih banyak kawan Melayu daripada Kristian, kerana budaya mereka lebih dekat kepada Melayu daripada budaya Cina atau India. Ini tidak dapat dinafikan kerana mereka telahpun belajar cara “berdoa” ketika mereka di TABIKA dan TASKA. Mereka belajar Bahasa Arab di sekolah rendah. Mereka mempelajari sejarah Islam dan Melayu di sekolah menengah. Dan mereka mendalami tamadun Islam di universiti.

Kini, selepas keluar dari universiti dan mula bertugas di jabatan kerajaan, mereka harus duduk peperiksaan Biro Tata Negara (BTN) pula sebelum mereka disahkan jawatan. Dan dalam BTN, sekali lagi mereka harus

mengetahui tamadun Islam serta sumbangan bangsa dan parti politik tertentu dalam pembentukan bangsa Malaysia dalam konsep Satu Malaysia. Hanya tinggal selangkah saja lagi untuk mereka memeluk agama Islam dengan mengucapkan kalimah syahadat atau berkahwin dengan orang Islam yang mereka pacari! (Foto-foto oleh Bob Teoh & Randy Singkee)

Membangun Iman Anak Kita Bayangkan semua “Esther dan Joshua” di Sabah dan Sarawak. Mereka mewakili kanak-kanak Kristian di pedalaman. Mungkin saja mereka adalah anak saudara anda, anak teman anda, anggota gereja anda, atau anak anda sendiri. Bayangkan tekanan teman sebaya yang mereka hadapi. Bayangkan kegoyahan iman mereka… dan bayangkan setiap hari iman mereka dicerobohi oleh kepercayaan dari agama sebelah.

(Sekumpulan kanak-kanak Dusun dari Ranau, Sabah)

Dan di kebanyakan gereja di bandar, kita berdoa untuk kebangunan iman dan revival di Malaysia. Tetapi kita tidak sedar bahawa generasi pelapis kita sedang diserang, dan mereka dibiarkan tanpa dilengkapi secara rohani. Mereka adalah satu batalion tentera Tuhan yang tidak berpedang, tidak bertali pinggang, tidak ada perisai atau helmet! Sebaliknya, mereka adalah target pembantaian secara agresif dan halus (tersembunyi) pengislaman di sekolah! Jadi bagaimana kita dapat menguatkan dan membangun iman kanak-kanak serta muda-mudi kita? Bagaimana kita boleh mempersiapkan satu generasi pelapis Gereja yang kuat dan teguh imannya? Perkembangan anak memberitahu kita apabila seorang anak meningkat dari tadika ke sekolah rendah, apa yang mereka pelajari di sekolah akan menjadi lebih masuk akal. Cerita-cerita yang mereka pernah dengar atau diberitahu kepada mereka sejak mereka belajar bercakap, sekarang akan mula terkumpul menjadi satu realiti dalam otak mereka. Sebab itulah pendidikan agama sangat penting dan kritikal dalam golongan usia mereka. Dari kecil kanak-kanak diajar prinsip asas seperti “Yesus cinta kamu” dan “Alkitab adalah buku Tuhan.” Walaupun mereka mendengar puluhan kali cerita yang sama dan menghafal ayat-ayat Alkitab, apabila seorang anak mencapai umur 5 atau 6 tahun, dia mula mendengar cerita tersebut dari sudut yang lain, dan mengertinya dengan konsep baru yang mereka pelajari dalam hidup. Pada masa inilah orang Kristian dewasa mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membantu membina satu asas iman Kristian anak-anak mereka. Ini harus dilakukan dalam zaman kanak2 mereka. Jika kita gagal, maka satu sistem nilai yang tersirat secara diam-diam dalam sistem pendidikan sekolah kita akan mula menggantikan semua nilai-nilai Kristian yang kita pegang. Cont…

(c) Siri “Windows of Encounter – Believing is Living” Sesuai untuk umur 4-12.

(b) Siri Pendidikan Anak dari House Agape mempunyai 2 jilid, dengan jilid ketiga sedang dicetak. Siri ini sesuai untuk Sekolah Minggu usia dari 4-10.

d) Siri OBOR Belia Wawassan Penabur sangat sesuai untuk program pemuridan muda/i dan belia. Kurikulum untuk 5 tahun ini diolah khas untuk gereja BM dengan ciri-ciri:

Pengajaran yang sesuai dengan budaya dan konteks tempatan gereja-gereja BM

Aktiviti menarik dan interaktif untuk menarik perhatian para peserta

Satu perspektif luas yang merangkumi pelbagai aspek penting dalam satu kehidupan Kristian

Aplikasi kebenaran Alkitabiah yang releven untuk para belia, termasuk isu-isu yang sering dihadapi oleh para belia

Strategi mengajar yang pelbagai untuk berbagai corak dan cara pembelajaran

Bagaimana kita dapat membangun asas iman tersebut? Kita boleh lakukannya dengan menerapkan kebenaran Firman Tuhan di zaman kanak2 mereka. Ada beberapa sumber dalam BM yang dapat membantu kita:

dari Alkitab. Ini akan menyiapkan mereka untuk menggunakan Alkitab apabila mereka meningkat dewasa.

2. Cerita-Cerita Dari Alkitab Ada ibu bapa yang merasa tidak berbekal dalam pengetahuan Alkitab mereka sehingga tidak mahu memberitahu cerita2 dari Alkitab. Untuk golongan ini, “101 Cerita-Cerita Dari Alkitab” (dan Alkitab Kanak-Kanak) akan banyak membantu. Mereka boleh mengajar dengan penuh keyakinan diri iman Kristian dari cerita-cerita yang ada di PL dan PB, dan membantu anak-anak mereka mempercayai Tuhan kita yang sangat berkuasa.

3. Bahan Pendidikan Alkitab Untuk Kanak-kanak Penat mencari bahan Sekolah Minggu? Ada beberapa sumber yang anda boleh dapati:

1. Alkitab Sesuai Dengan Umur Berikan Alkitab dan buku cerita Alkitab yang sesuai untuk anak anda. “101 Cerita-Cerita Dari Alkitab” dan “Alkitab Kanak-Kanak” sudah tersedia sekarang untuk mereka. Melalui Alkitab Kanak-Kanak mereka akan disiapkan dengan petikan-petikan langsung

(a) Siri Penjelajah Alkitab Kanak-Kanak dari Pristine World mengandungi 2 jilid (1 & 2) untuk mempelajari kehidupan Kristus. Ada buku panduan untuk pengajar dan buku latihan untuk murid (usia 5-7 dan 8-10).

(Untk maklumat, hubungi Pristine World di [email protected] )

Untuk maklumat lanjut, sila hunbungi Angelina Lai di: [email protected]

Jika anda berminat, hubungi Selwyn atau Alice di [email protected]

Ketika proses iman itu suatu yang sangat menakjubkan, ia tidaklah semisterius yang kita fikirkan. Yesus menerangkan ini dalam perumpamaan-Nya tentang si penabur (Matius 13:1-23). Pengajaran yang diterima tanpa pemahaman akan membunuh buah tersebut. Iman yang berakar cetek akan layu dan mati. Gangguan, kebimbangan dan keinginan benda lain akan mencekik Firman tersebut. Tetapi orang yang mendengar Firman Tuhan dan mengertinya akan berbuah. Yesus menyimpul perumpamaan-Nya dengan berkata, “Orang yang menabur benih di tanah yang subur adalah orang yang mendengar Firman itu dan mengerti. Dia akan membuahkan buah yang banyak . Ada yang sehingga 100 kali ganda, ada 60 kali ganda, dan ada yang 30 kali ganda.” (Matius 13:23).

Pohon yang bagaimanakah yang anda ingin tanam dalam kehidupan anak-anak anda?

(Kunjungi website kami di www.wawasanpenabur.org)

Pelancaran

Kempen “Satu Anak, Satu Alkitab”

pada 26hb

November 2011.

Maklumat lanjut tentang masa & tempat

akan diberitahu kepada anda tidak lama lagi.

Bagaimana Kita Boleh Bekerjasama?

Ada banyak cara kita boleh bekerjasama dalam pelayanan menabur, menanam dan menyebar bahan sumber yang terbaik kepada gereja-gereja BM.

Terlibat dalam projek penulisan dan penterjemahan. Saya

ingin menyumbang dalam pengembangan sumber BM dengan para

penulis, penterjemah dan penerbit yang lain..

Membangun kesedaran dan menggalang dana. Saya percaya

pelayanan ini berpotensi jangka panjang. Saya ingin berperanan

aktif untuk memberitakan inisiatif ini supaya orang lain juga akan

beriltizam menguatkan gereja BM melalui tenaga, dana dan doa.

Doa Syafaat. “Jikalau bukan TUHAN yang membangun rumah,

sia-sialah usaha kita yang membangunnya”. Saya mahu serahkan diri

kepada Tuhan untuk berdoa bagi gereja-gereja BM dan pelayanan

Wawasan Penabur.

Ini adalah sumbangan saya/kami untuk Wawasan Penabur: RM __________________________

Saya / Organisasi/Syarikat saya mahu menyumbang untuk pelayanan Wawasan Penabur Sdn. Bhd.

Nama : ________________________________________________ Email: ________________________________

Alamat : ______________________________________________________________________________________

Tel: _________________(R) ____________________ (O) _____________________ (HP) __________________ (fax)

Badan Penasihat

Rev. Wong Fong Yang

Senior Pastor Gereja City Discipleship

Presbyterian Church dan mantan Moderator

untuk Synod Presbyterian Synod di Malaysia

Pr. Danil Raut

Presiden, SIB Semenanjung

Badan Pengurus (Penabur)

Chow Chee Yan

Petaling Jaya Evangelical Free Church

Roshan Thiran

Pusat Injil Kelana Jaya

Pr. Alfred R. Tais

Setiausaha Eksekutif, Komisi Bahasa Malaysia

NECF

Randy Singkee

Sungai Way-Subang Methodist Church

Mensponsor buku-buku terbitan Wawasan Penabur untuk Sabah

dan Sarawak. Saya percaya dengan pemberian saya, umat Kristian

berbahasa Malaysia - Orang Asli, Sabah & Sarawak – akan diberkati.