perjuangan dalamkarya pengarang - …pustaka2.upsi.edu.my/eprints/531/1/perjuangan perempuan dalam...
TRANSCRIPT
PERJUANGAN PEREMPUAN DALAM KARYA
PENGARANG PEREMPUANMALAYSIA DANINDONESIA DI AWAL ABAD KE-21:
SATU KAJIAN BANDINGAN
DR. RAJAH SITI KHARIAH MOHD ZUBIR
KOD PENYELIDIKAN: 01-01-111-05
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2007
11
PENGAKUAN
Sayamengaku bahawa penyelidikan ini adalah basil kerja saya sendiri kecuali nukilandan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya
12 September 2007 DR. HAJAH SITI KHARIAHMOHD ZUBlRKOI076
111
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmannirrahim
Bersyukur kepada Allah kerana dengan keizinNya penyelidikan ini dapat disiapkan.
Adanya penyelidikan ini sebegini rupa, sesungguhnya bukan1ah usaha saya sendiri tetapi
dengan kerjasama pihak-pihak tertentu. Dalam ruangan ini saya merakamkan setinggi
tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat sehingga penyelidikan ini dapat
diselesaikan.
Setinggi perhargaan dan terima kasih kepada Ibu Widyastuti Purbani dan Ibu Sri
Sumardiningsih dari Universitas Negeri Yokyakarta, Indonesia yang menjadi rakan
kongsi dalam menjayakan penyelidikan ini. Tanpa kelian berdua penyelidikan uu
mungkin tidak dapat dilaksanakan dalam tempuh jangka masa yang diberikan.
Rakaman ini ditujukan khas kepada suami tercinta yang telah banyak memberikan
pengorbanan dalam menjayakan penye1idikan ini. Jasa dan budimu tetap dalam ingatan.
Kepada cahaya mataku Ijal, Zarima, Hana, Ehsan, Liza dan Aziim, kejayaan ibu sebagai
pendorong untuk: anda berjaya.
Sekian, terima kasih.
IV
ABSTRAK
Kajian "Perjuangan Perempuan Dalam Karya Pengarang Perempuan Malaysia danIndonesia Di Awal Abad Ke-21: Sebuah Kajian Bandingan" merupakan kajian terhadaptiga persoalan penting. Pertama,. persoalan perjuangan perempuan dalam bidang sosialsama ada di Malaysia ataupun di Indonesia. Kedua, persoalan perjuangan perempuandalam bidang politik. Persoalan ini hanya digarap oleh penulis-penulis novel Malaysiasahaja dan tidak dapat untuk dibuat perbandingan kerana penulis-penulis novel Indonesiayang dikaji tidak membincangkan persoalan ini ..Ketiga, persoalan perjuangan perempuandalam bidang ekonomi khususnya pemiagaan juga tidak dapat untuk dibuat perbandingankerana novel-novel yang dikaji tiada langsung menyentuh perkara ini. Kajian inidilaksanakan dengan menggunakan empat teori, iaitu teori feminisme, teori psikologi,teori sosiologi dan teori Islam (kebebasan perempuan). Objektif kajian ini dibahagikankepada empat, iaitu mengenalpasti dan menganalisis watak-watak perempuan yangterdapat dalam novel, memperlihat dan membuktikan keterlibatan watak perempuanmemperjuangkan emansipasi, membandingkan perjuangan atau emansipasi yangditonjolkan oleh pejuang-pejuang perempuan Malaysia dan Indonesia meIalui karyamereka dan melihat persamaan dan perbezaan perjuangan perempuan yang utama olehpengarang perempuan dalam karya mereka. Perbincangan kajian ini pada peringkatawalnya didasarkan kepada penyelidikan yang telah dibuat berkenaan dengan wanita dan
emansipasi. Di samping itu kajian lebih banyak memfokuskan perjuangan perempuandalam bidang sosial seperti menuntut hak atau emansipasi, perjuangan perempuan untukmenuntut ilmu, perjuangan perempuan dalam memilih jodoh, perjuangan perempuandalam mendapatkan perlindungan daripada keganasan rumah tangga dan perjuanganperempuan dalam menuntut hak perlindungan daripada diperkosa. Selain itu, pengkajijuga memaparkan tentang perjuangan perempuan dalam bidang politik dan ekonomi,tetapi terhad kepada perbincangan yang terdapat dalam novel-novel di Malaysia sahajakerana dalam novel-novel Indonesia tidakmemaparkan langsung perkara ini.
v
ABSTRACT
The study on "'\\lomen's Fight' by Malaysian and Indonesian Women Writers in the
Early 21st Century: A Comparative Study" focuses on three important questions. Thefirst concerns Malaysian and Indonesian women's social fight. Secondly, women's
political fight in Malaysian is done. But a comparative study is not clone as Indonesianwriters did not co-ver the issue. Moreover, a comparative study of Malaysian andIndonesian women's economic fight especially on business could not be done as theIndonesian novels studied did not portray the issue. Four theories were used: the feminist
theory, psychology theory, sociology theory as well as Islamic theory on women's
freedom. The study has four objectives, namely to identify and to analyze women
characters, to show and to prove that women were involved in emancipation, to compareMalaysian and Indonesian women's fight for emancipation through the created novels, as
well as to study similarities and differences between main women characters' fight as
depicted by women writers. The early stage of the discussion is based on research doneon women's emancipation. The study focuses more on women's social rights, women'sbattle for knowledge, women's battle to choose spouses, women's battle for protectionagainst violence at home and also women's fight for protection against rape. Finally, theresearcher's study on women's political and economic battle is limited to Malaysiannovels as the Indonesian novels studied do not discuss the issues.
v
ABSTRACT
The .study on "'Women's Fight' by Malaysian and Indonesian Women Writers in the
Early 21st Century: A Comparative Study" focuses on three important questions. Thefirst concerns Malaysian and Indonesian women's social fight. Secondly, women's
political fight in Malaysian is done. But a comparative study is not done as Indonesianwriters did not cover the issue. Moreover, a comparative study of Malaysian andIndonesian women's economic fight especially on business could not be done as theIndonesian novels studied did not portray the issue. Four theories were used: the feminist
theory, psychology theory, sociology theory as well as Islamic theory on women'sfreedom. The stuely has four objectives, namely to identify and to analyze women
characters, to show and to prove that women were involved in emancipation, to compareMalaysian and Indonesian women's fight for emancipation through the created novels, as
well as to study similarities and differences between main women characters' fight as
depicted by women writers. The early stage of the discussion is based on research cloneon women's emancipation, The study focuses more on women's social rights, women'sbattle for knowledge, women's battle to choose spouses, women's battle for protectionagainst violence at home and also women's fight for protection against rape. Finally, theresearcher's study on women's political and economic battle is limited to Malaysiannovels as the Indonesian novels studied do not discuss the issues.
vi
SENARAI SINGKATAN
MB Menteri Besar
RA Radiallahhuanhu
SABERKAS Syarikat Bekerjasama Am Saibumi
SAW Sallallah Alaihi Wasallam
STPM Siti Tinggi PelajaranMalaysia
SWT Subhanahuwatala
TV Televisyen
UPM Universiti PutraMalaysia
WAO Woman's Aid Organization
KANDUNGAN
HALAMAN
iiPENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
111
IV'
.•,
*
v
viiSENARAI SINGKATAN
BABI: PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 PemyataanMasalah
1.3 Kepentingan Kajian
1.4 ObjektifKaj ian
1.5 Batasan Kajian
1.6 Definisi Konsep
1.6.1 Perjuangan
1.7 Kaedah Kajian
1
13
16
17
17
18
18
20
BAB 2: SOROTAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 21
2.2 Sorotan LiteraturDi Peringkat Doktor Falsafah 23
2.3 Sorotan Literatur Peringkat Sarjana 26
VII
2.4 Sorotan LiteraturDi Peringkat SarjanaMuda 33
2.5 Kesimpulan 34
BAB 3: METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Teori Feminisme 35
3.3 Teori Psikologi 41
3.4 Teori Sosiologi 46
3.5 Teori Islam (kebebasan wanita) 50
BAB4: PERJUANGAN PEREMPUAN DALAM KARYAPENGARANGPEREMPUAN
4.1 Perjuangan Perempuan Dalam Bidang Sosial 54
4.1.1 Pengenalan 54
4.1.2 Emansipasi Perempuan 59
4.1.3 Perjuangan Perempuan UntukMenuntut llmu 78
4.1.4 Perjuangan Perempuan Dalam Memilih Jodoh 96
4.1.5 Perjuangan Perempuan DalamMendapatkanPerlindungan Daripada Keganasan Rumah Tangga 105
4.1.6 Perjuangan PerempuanMenuntut HakPerlindungan Daripada Diperkosa 109
4.2 Perjuangan Perempuan Dalam Bidang Politik 121
4.2.1 Pengenalan 121
4.2.2 Perjuangan Perempuan UntukMenjadi Wakil
Rakyat Atau Ahli Parlimen 125
viii
4.3 Perjuangan Perempuan Dalam Bidang Ekonomi 136
4.3.1 Pengenalan 136
4.3.2 Perjuangan Perempuan Dalam Bidang Perniagaan 142
BAB 5: PENEMUAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Penemuan
5.3 Kesimpulan
153
154
162
BffiLIOGRAFI 167
IX
BABl
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Henry H.H. Remark (1990: 1) menyatakan bahawa sastera bandingan merupakan
kajian sastera di luar batas sesebuah negara dan kajian tentang hubungan di antara
sastera dengan bidang ilmu serta kepercayaan yang lain seperti seni (misalnya,
seni lukis, seni ukir, seni bina dan seni muzik), falsafah, sejarah, sains sosial
(misalnya, politik, ekonomi, sosiologi), sains, agama dan lain-lain Secara
umumnya, sastera bandingan ialah membandingkan sastera sesebuah negara lain
dan membandingkan sastera dengan bidang lain sebagai keseluruhan ungkapan
kehidupan.
2
Kesusasteraan bandingan merupakan salah satu disiplin baru dalam
kesusasteraan. Ia merupakan kajian bandingan yang dilakukan secara sistematik
antara Negara. Kajian sastera bandingan bermula secara formal pada abad ke-19,
tetapi kemuncaknya ialah pada era perantaraan kedua-dua Perang Dunia (1913-
1940) apabila terhasil dan terbit begitu banyak kajian tentang perhubungan antara
sastera lengkap dengan bibliografi.
Di Malaysia, kajian bandingan antara karya Malaysia dengan karya dari
Indonesia sudah lama berlaku. Ini kerana kedua-dua negara datang dari rumpun
yang sama, iaitu Nusantara serta mempunyai persamaan dalam sistem bahasa dan
sejarah negara. Ia selari dengan tujuan kesusasteraan bandingan yang bertujuan
untuk menilai mutu karya sastera sesebuah negara dengan membandingkan
dengan sesebuah karya dari negara luar bagi mempertingkatkan mutu keindahan
karya sastera negara.
Kajian bandingan antara novel "Perjuangan Perempuan Dalam Karya
Pengarang Perempuan Malaysia dan Indonesia Di Awal Abad Ke-21" mula
mendapat tempat di kalangan pengkaji kesusasteraan bandingan. Ini kerana
kedua-duanya mempunyai agenda perjuangan yang hamper sarna dan mentaliti
pengarang perempuan kedua-dua negara juga harnpir sarna yang mengarnalkan
teori atau pendekatan feminisme.
3
Feminisme ialah sebahagian daripada wacana pengajian perempuan yang
muneul dalam pengajian antara budaya yang bersifat interdisiplinari. Ini
termasuklah pengajian budaya yang bermula daripada proses produksi hingga ke
aspek penghayatan dan jati diri dengan senantiasa menyoal andaian dan perspektif
dominan tentang budaya berkenaan. Sejarah feminisme bermula sejak kurun ke-
13 dan telah tersebar ke seluruh pelusuk dunia. Ia mempunyai pelbagai bentuk
dan rupa tetapi tidak bersifat monolitik. Tumpuan dan perhatiannya lebih pada
persoalan keadilan, peningkatan martabat dan empowerment. Pada abad ini
hinggalah akhir abad ke-18, telah berlaku satu perubahan intlektual di Eropah dan
Amerika yang didominasikan oleh suasana optimistik mengenai isu kemanusiaan
dan salah satu daripadanya ialah isu feminisme. Terdapat dua gelombang
feminisme di Eropah dan Amerika. Gelombang pertama disebut 'first wave' atau
'old wave' bennula pada tahun 1890-1920, yang lebih menekankan persoalan
persamaan hak lelaki dan perempuan yang digelar feminisme ekuiti. GeJombang
ini membolehkan perempuan mengundi, mendapatkan kebajikan dan menjadi
tenaga buruh di sektor perkilangan. Dengan ini, mereka akan rnendapat hak yang
sarna di samping rnendapat kebebasan yang diinginkan.
Selepas Perang Dunia Ke-2, tirnbul pula gelornbang yang kedua, dikenali
sebagai 'new wave' atau 'second wave'. Dalam gelornbang kedua ini mereka
lebih radikal dan cenderung rnembincangkan tentang isu gender, penampilan
perempuan dalam konteks sosiobudaya, identiti, kekeluargaan, perbezaan ras dan
sebagainya. Justeru ia disebut feminisrne gender yang bergabung dengan feminine
4
kontemporari untuk menjadi organisasi keilmuan. Oleh itu, golongan intelektual
feminis memberikan kesan tindak balas terhadap pembentukan institusi barn
dalam pengajian perempuan dan pengajaran budaya.
Kemunculan tokoh-tokoh feminis di rantau dunia ketiga menampilkan
Laila Abdul yang terkenal dengan bukunya Women And Gender In Islam (1992),
Kumarijaya Wardena yang menyentuh aktiviti sosiobudaya dan ekonomi
perempuan dalarn bukunya Feminism And Nasionalism In The Third World
(1986). Kecenderungan feminis yang dibawa lebih menumpukan isu mengenai
pendidikan dan kerja, hak perempuan dalarn hubungan perkahwinan dan pada
waktu yang sarna ia turut menghadapi isu ketidakadilan dan penekanan. Menurut
Zalila Sharif (2003: WI) bahawa feminis di rantau dunia ketiga berbeza dengan
feminis di Barat. Di Barat feminisme memperjuangkan politik yang
berhubungkait dengan perubahan hubungan kuasa atau 'power' antara lelaki
dengan perempuan dalam sesebuah masyarakat. Oleh sebab itu, Weedan (1987:
47) menyatakan bahawa 'feminisme is a political movement for the emancipation
ofwomen'.
Showalter (1986: 45) dari University of Princeton berpendapat bahawa
kecenderungan feminisme dalarn sastera bukan sekadar memuatkan karya-karya
sastera dalam kurikulum tetapi apa yang lebih penting ialah 'defamilianzation of
masculinity'. Konsep ini berlandaskan satu metodologi kritis yang melihat
perbezaan seks dan jantina, Teori yang dipersembahkan ini lebih memfokuskan
5
interaksi antara idea-idea feminis dengan kesusasteraan dalam tradisi Inggeris
Amerika,
Rosnah Baharudin (2003: 16) menyatakan bahawa di Malaysia pengaruh
feminisme itu tetap melanda pemikiran ahli masyarakatnya pada dekad awal abad
ke-20, walaupun istilah itu belum wujud namun semangatnya tetap sama.
Kesedaran itu bermula awal abad ke-20 dipelopori oleh intelektual, pemikir dan
pemimpin masyarakat untuk membaiki nasib perempuan. Mereka ini termasuklah
golongan guru yang sedar terhadap masalah yang dihadapi golongan perempuan
yang agak ketinggalan dalam semua bidang pendidikan, sedangkan perempuan
merupakan hampir separuh dari penduduk negara ini.
Goiongan intelektual ini seeara kasar dapat membahagikan kepada dua,
iaitu yang mendapat pendedahan pendidikan di luar negara termasuk di negara
Mesir, Mereka itu terdiri dari ulama' yang berfikiran terbuka atau golongan
modenis. Antara ulama' dan modenis yang mendapat pendedahan dan pendidikan
di Timur Tengah ialah Syed Sheikh al-Hadi. Kesedaran terhadap pentingnya
perempuan diberi pendidikan sebagai persiapan untuk menjadi guru nombor satu
di rumah disalurkan dalam reneana-raneananya yang diterbitkan dalam Al-Iman
(1906), Al-Ikhwan (1926) Syed Sheikh al-Hadi sebagai pengarang dan penerbit.
Goiongan yang kedua ialah golongan guru dan wartawan Ielaki dan
perempuan yang terdedah kepada pembaeaan dan maklumat yang dapat
6
membangkitkan kesedaran pembaca terhadap masalah semasa, Mereka
menyalurkan pendapat dengan lebih jitu lagi melalui rencana-rencana yang
disiarkan dalam Majalah Guru (1921-1941) dan Bulan Melayu (1930-1941).
Dengan penuh kesedaran menerusi tulisan, mereka telah menggalakkan ibu bapa
menghantar anak-anak mereka ke sekolah Inggeris untuk meluaskan peluang
mereka menimba pelajaran.
Pemikiran terhadap kepentingan pendidikan oleh guru-guru lelaki dan
perempuan ini selaras dan selari dengan kehendak agama bahawa menuntut ilmu
itu wajib bagi lelaki dan perempuan yang masih agak kurang dihayati oleh
masyarakat Islam ketika itu. Di samping itu pemahaman terhadap kepentingan
pendidikan kepada perkembangan mental anak-anak perempuan belum meluas.
Faktor lain seperti kedudukan sekolah yang jauh dati rumah, keselamatan anak
anak, pelajar sekular dianggap akan mengkristriankan orang-orang Melayu
menjadi hambatan kepada peluang anak-anak perempuan dihantar sekolah. Antara
faktor menarik berkait dengan hal ini ialah usaha yang dilakukan oleh guru-guru
perempuan yang merupakan golongan yang terpelajar ketika itu. Melalui
penulisan, mereka telah meningkatkan kesedaran ibu bapa mengenai kepentingan
pelajaran kepada anak-anak perempuan yangmerupakan kunci kepada kemajuan.
Rosnah Baharudin (2003: 17) menyatakan bahawa antara tokoh perempuan
yang paling menonjoi di antara tahun 1903-1989 ialah Hajah Zainun Sulaiman
atau dikenali dengan nama Ibu Zaino Beliau banyak menyuarakan pendapat
7
tentang perlunya anak perempuan tahu membaca, menjaga kesihatan, mengurus
rumah tangga melalui tulisan-tulisannya dalam majalah Majalah Guru atau Bulan
Melayu, antaranya dengan menggunakan nama samaran Zainah al-Nadrah, Beliau
merupakan tokoh perernpuan awal menerima pendidikan Inggeris dan rnenjadi
guru. Pada tahun 1927 beliau dilantik menjadi Penyelia Sekolah-Sekolah
Perempuan Melayu Johor. Kedudukannya ini telah digunakan sebaiknya untuk
menyeru ibu bapa menghantar anak perempuan mereka ke sekolah.
Anmi Hidayatun Noor at. el. (2002: 10) menyatakan bahawa kebangkitan
Islam menyebabkan kedudukan perempuan didefinisikan secara redikal. Pertama,
Islam melarang "pembunuhan bayi perernpuan" dan mengembalikan hak-hak
lahir bagi perempuan. Dengan demikian Islam telah mengangkat perempuan pada
kedudukan sebagai manusia yang berharga dan bennartabat di mata lelaki. Baik
lelaki mahupun perempuan dihargai sarna dari segi kemanusiaannya. Rasullullah
S.A.W. bersabda, "semua manusia adalah sama seperti halnya gigi pada sikat
rambut". Tidak ada yang boleh merasa lebih baik atas yang lain. Hanya
ketakwaan sahajalah yang paling disukai oleh Allah.
Untuk mengembalikan status perempuan dalam masyarakat Islam mencela
mitos lama tentang Hawa dianggap sebagai penggoda dan sumber kejahatan
sebagai penyebab dosa asal dan jatuhnya umat manusia. Menurut Al-Quran tidak
bertanggungjawab atas kesalahan Adam yang pertama, kedua-duanya sarna-sarna
8
bersalah kerana tidak taat kepada Tuhan. Kedua-duanya telah memohon ampun
dan kemudian diampuni.
Islam juga telah mengubah mentaliti kaum lelaki dan perempuan dan
kemudian mencipta sebuah bentuk hubungan yang barn di antara keduanya
didasarkan pada rasa paling hormat dan saling pengertian disertai penekanan
untuk menjaga dan menghormati kaum wanita. Kedudukan kaum perempuan
diangkat oleh Islam dengan memberikan hak-hak untuk melakukan kontrak
(perjanjian), menjalankan pemiagaan dan memiliki barang secara merdeka, tidak
bergantung kepada suami ataupun keluarga lelaki mereka. Sejak awal, Islam telah
menekankan bahawa kaum perempuan yang mernpakan sebahagian dari
masyarakat, haruslah diberi kesempatan yang memungkinkan terjadinya
perkembangan kemampuan alamiah yang mereka miliki sehingga mereka boleh
berpartisipasi secara efektif dalam penggabungan masyarakat. Islam juga
menekankan bahawa kaum perempuan (harus) diizinkan untuk mencapai tingkat
kemajuan tertinggi dalam hal material, intelektual dan spiritual. Dalam konteks
ini, Islam telah memperluaskan hak-hak perempuan dalam berbagai bidang sosial,
politik, ekonomi, pendidikan, keterampilan serta kesempatan bekerja, Untuk
melindungi agar hak-hak itu tidak disalahgunakan oleh kaum lelaki, maka Islam
memberikan perlindungan hukum yang kuat terhadap hak perempuan.
Apabila memperkata tentang perjuangan perempuan, perkataan feminisme
tidak akan ketinggalan. Perkara-perkara yang bersangkutan dengan feminisme
9
banyak diperkatakan oleh penulis-penulis perempuan dalam karya mereka.
Perempuan masuk dalam kesusasteraan Melayu Iebih kebeIakang dari lelaki
kerana berbagai-bagai alasan, terutamanya kerana mereka hadir dalam sistern
pendidikan sesudah lelaki, maka sekarang ini perempuan belum rarnai
menceburkan diri dalam bidang penuIisan.
Perempuan tiba dalam dunia kesusasteraan sesudah lelaki dan dengan
jumlah yang lebih rendah. Dengan demikian, kalau karya sastera lelaki yang
pertama bertarikh 1920, cerpen "Kecelakaan Pemalas" karangan Nordin Ibrahim,
karya sastera perempuan pertama ialah cerpen "Kesedihan Perkahwinan Paksa"
karya Hafsah, iaitu pada tahun 1935, empat belas tahun kemudian. Novellelaki
yang pertama bertarikh 1927 Kawan Benar karangan Ahmad Bin Haji Ahmad
Rashid Talu. Novel perempuan pertarna muncuI pada tahun 1941 yang berjuduI
Cinta Budiman oleh Rafiah Yusof.
Menurut Monique Zaini-Lojoubert (1990: 49) menyatakan bahawa dalam
penulisan kaum perempuan Iebih suka menulis karya mereka yang bertemakan
perhubungan langsung dengan masalah mereka sendiri dan terutama sekali yang
mengenai rumah tangga dan keluarga, yang hampir tidak disentuh oleh lelaki.
Dengan demikian, berkat karya-karya perempuan tema barn atau yang jarang
disentuh oleh lelaki dimasukkan dalam sastera. Misalnya, situasi ustazah Zahirah
dalam Sayang Ustazah Sayang (1968) karangan Salmi Manja, jarang dilukiskan
oleh pengarang-pengarang lelaki. Sebagai seorang perempuan dari segi kewangan
10
bergantung sepenuhnya pada suaminya, dia tidak dapat minta diceraikan. Dia
tidak akan mempunyai pendapatan apa pun kalau dia hidup sendiri kerana itu, dia
tidak mempunyai pilihan lagi daripada tinggal dengan suaminya, walaupun dia
tidak memperlakukannya dengan baik (Rosnah Baharudin 1979: 120).
Di lain pihak, karya-karya perempuan tersebut memungkinkan
memperbaiki imej perempuan yang sering kali streotaip dan dangkal dalam karya
karya sasterawan lelaki dan dengan demikian memberikan lebih banyak otentisiti
kepada watak-watak perempuan, Penulis lelaki juga kurang menonjolkan watak
perempuan sebagai watak penting. Kebanyakan watak perempuan hanya
memainkan peranan yang kecil dan ada juga yang menggambarkan watak
perempuan yang terbatas serta melukiskan watak-watak ini, namun sering kali
dicerminkan prasangka-prasangka negatif mereka terhadap perempuan.
Kebanyakan daripada watak tersebut adalah perempuan yang tidak berpendidikan,
yang mengabdikan diri pada rumah tangga mereka dan dati segi kewangan,
bergantung sepenuhnya pada suami mereka.
Anis Sabirin (1969: 128) menyatakan ada rasa berat sebelah, apabila
pengarang lelaki menampilkan watak perempuan dalam karya sastera seperti
dalam bidang novel. Seringnya, penulisan lelaki menonjolkan lelaki sebagai wira
dan perempuan sebagai watak sampingan. Watak perempuan juga dibahagikan
kepada dua, iaitu baik dan buruk, Pembahagian ini pula didasarkan kepada nilai
budaya lelaki. Namun begitu, tidak semua penulis lelaki menggambarkan citra
11
perempuan begitu. Kemunculan penulis perempuan cuba memaparkan watak
perempuan sebagaimana perspektif dan prasangka mereka sendiri dengan harapan
pembaca perempuan akan berpuas hati, Zaharah Nawawi (1994: 1) merupakan
seorang penulis perempuan yang prolifik dan produktif menyatakan dalam
eseinya :
"Unsur feminisme diketengahkan keranamahumembuktikan bahawaperempuan tidak semestinya berlenangan air mata dan perempuantidak semestinya menjadi mangsa sebagaimana yang digambarkanoleh sesetengah penulis lelaki."
Menurut Siti Aishah Murad (1998: 14) apabila meninjau kehidupan realiti,
sejak awal abad ke-20, perempuan berpeluang untuk mendapatkan pelajaran.
Tetapi orang tua lebih mengutamakan anak lelaki kerana menurut mereka kerana
perempuan terbatas pada hanya sebagai isteri dan ibu. Kemudian berlaku
perubahan dan ramai perempuan yang berpeluang ke universiti. Manakala Rosnah
Baharudin (1995: 10) mendapati bahawa rarnai perempuan yang telah diberikan
Sherin dalam Sebelum Berhujungnya Musim Bunga (1972) karya Zaharah
kesempatan bertindak menghasilkan sesuatu yang positif dan dalarn hidup.
Keadaan ini rupanya mempengaruhi para novelis dalam karya mereka. Dengan
muncullah watak Mazni dalam Badai Semalam (1968) karya Khadijah Hashim.
Nawawi dan Diana dalam SerojaMasih Di Kolam (1968) karya Adibah Amin. Di
sini jelas bahawa, dalam karya sastera, watak perempuan bukan hanya menjadi
watak sampingan tetapi watak penting dalam cereka seperti novel.
12
Novel dipilih untuk: penelitian dalam kajian ini kerana novel dapat
menggambarkan masyarakat keseluruhan dengan persoalan yang tersendiri.
Novel-novel Malaysia yang dipilih ialah novel yang dihasilkan oleh penulis
perempuan, Novel-novelnya ialah Trilogy Khadijah Hashim Jilid 11 (2000) yang
ditulis oleh Khadijah Hashim, novel Shumul (2002) karya Azmah Nordin, novel
Haruman Kencana (2004) basil buah tangan Zaharah Nawawi dan novel keempat
ialah novel Salam Maria (2004) hasil nukilan Fatimah Busu. Manakala novel
novel Indonesia yang dipilih untuk membuat perbandingan ialah novel Nayla
(2005) karya Djener Maesa Ayu, Geni Jora (2004) nukilan Adibah EI Khalieqi,
Atap (2002) buah tangan Fira Basuki dan Larung (2001) hasil tulisan Ayu Utami.
Bahasa yang digunakan dalam novel-novel ini lebih jelas dan tidak banyak bahasa
metafora seperti bahasa dalam puisi.
Persoalan juga lebih mudah dikemukakan kerana novel adalah satu-satunya
media sastera yang boleh membincangkan dan menganalisa rencamnya kehidupan
dengan lebih luas dan lega. lni ditambah pula dengan sifat novel itu sendiri yang
lebih panjang, melibatkan banyak watak yang dikembangkan dengan lebih
terperinci. Dalam keempat-empat buah novel ini, pengkaji akan melihat dan
meneliti tentang perjuangan perempuan dari segi sosial, politik dan ekonomi.
Melalui novel-novel yang dikaji dapat dilihat tema yang berbagai, mencakupi
masalah peribadi, masalah sosial, masalah politik, masalah ekonomi, masalah
negara, masalah perjuangan perempuan untuk menuntut kesamarataan hak dan
sebagainya.
13
Adanya analisis perbandingan karya kreatif seperti novel ini akan
menunjukkan kepada masa bahawa sastera (novel) adalah penting dan
mempunyai peranan tersendiri dalam mendidik manusia. Justeru diharap kajian
sastera bandingan ini akan dapat memperbanyakkan khazanah kritikan sastera
untuk pembacaan para peminat dan pengkaji sastera.
1.2 Pernyataan Masalah
Pengkajian ini dibuat setelah melihat kurangnya penyelidikan dan kajian terhadap
sastera bandingan untuk menyampaikan mesej perjuangan perempuan yang ingin
disampaikan oleh penulis perempuan dalam karya-karya mereka. Penulis-penulis
ini sebenarnya cuba memperlihatkan perjuangan perempuan untuk: menuntut hak
kesamarataan dengan kaum lelaki yang dibenarkan oleh Islam. Golongan
perempuan ini cenderung untuk memaparkan kepada masyarakat kedudukan dan
peranan perempuan dalam sesebuah institusi kekeluargaan amat penting dan
memberikan impak yangmendalam terhadap keutuhan ummah.
Justeru, pengkaji merasa terpanggil untuk meneroka dengan lebih
mendalam tentang permasalahan perjuangan perempuanMalaysia-Indonesia yang
berlaku dalam realiti kehidupan perempuan melalui pencetusan idea yang
diungkapkan oleh empat orang penulis perempuan Malaysia, iaitu Khadijah
Hashim, Azmah Nordin, Fatimah Busu dan Zaharah Nawawi manakala penulis
14
Indonesia pula terdiri daripada Djenr Maesa Ayu, Adibah El Khalieqi, Fira
Basuki dan Ayu Utami. Mereka terkenal sebagai penulis yang begitu peka tentang
hal-hal yang menyentuh aspek keperempuanan mela1ui karya mereka. Temyata
kelebihan yang dikurniakan oleh Allah S.W.t. ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk
menanamkan rasa kesedaran bahawa manusia sebagai hamba Allah tidak dapat
lari dari ujian dan dugaan bagi menguji tahap keimanan seseorang terhadap Allah
s.w.t,
Selain itu, pengkaji merasakan perlunya satu kajian yang agak
komprehensif tentang perjuangan perempuan Melayu. Idea ini tercetus setelah
meneliti satu perbandingan antara realiti kehidupan perempuan dengan gambaran
yang dipaparkan dalam sesebuah karya yang meletakkan perempuan sebagai
pendukung utama karya tersebut amat diperlukan.
Menurut pendapat Mohamad Daud Mohamad (1992: 6) sukar bagi kita
untuk menentukan gambaran perjuangan perempuan (emansipasi) yang patut
diwujudkan dalam sesebuah karya sastera. Masalah itu berterusan dan usaha
untuk mencari penyelesaiannya dalam Seminar Citra Wanita 1930-1990 pada 22
Januari 1992 juga menemui jalan buntu.
Pengkaji juga melihat kepada perkembangan aliran feminisme dalam arus
perkembangan kesusasteraan Melayu moden khususnya dalam penghasilan novel.
Aliran ini semakin hebat diperkatakan oleh pengarang perempuan dan pengarang