perkaitan pemberontakan p rri indonesia) ke atas ......perkaitan pemberontakan p rri (pemerintahan...

11
Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari 1958 - 5. 0ktober 1961 KUNASEELAN AIL MUNIANDY SINOPSIS This paper examines the extent to which a local Indonesian rebellion, the Pemberontakan Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia, affected Indonesian- Malayan relations in the period}ust after Malaya's independencefrom Britain and before the formation of Malaysia. The paper begins with a discussions of the causes of the rebellion, which broke out in Sumatra in 1958 during the administration of President Sukarno. Malaya's response to the rebellion is also examined in detail. The paper then focuses on the Indonesian Government's accusations against Malaya"- that it aided the rebels and provided political asylum to some of them. The Malayan Government under Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, denied these accusations. Relations between the two countries a/so worsened because of smuggling activities by the rebels in order to raise funds for their rebellion. Indonesia strongly opposed these smuggling activities and accused Malaysia of aiding the rebels. The paper ends with a discussion of how the malter Was resolved amicably, through negotiations and an armistice. The themes of conflict and cooperation in the Malayan-Indonesian relationship are clearly manifested in their reactions to the PRRI rebellion. Fortunately, cooperation between them eventually triumphed over conflict in this incident. Sebagai salah satu masalah politik yang penting di Indonesia, isu pemberontakan PRRI telah banyak dikaji dan dianalisa oleh para sarjana sains politik mahupun sejarah. Pemberontakan ini penting dalam politik Indonesia kerana ianya dilancarkan oleh komander-komander tentera daerah terhadap kerajaan pusat Indonesia yang boros dan yang telah mengabaikan kemakmuran rakyatnya. Setakat ini belum ada suatu kajian yang menyeluruh mengenai perkaitan Tanah Melayu dengan soal pemberontakan PRRI, dan rencana ini mengkaji masalah pemberontakan PRRI dalam konteks hubungan Tanah Melayu - Indonesia. Tujuan rencana ini adalah untuk melihat kedudukan Tanah Melayu dalam masalah pemberontakan yang berlaku di antara komander-komander daerah tempatan dengan Regim Sukarno. Apabila pemberontakan ini dilancarkan pada 15 Februari 1958, Perdana Menteri Tanah Melayu Tuariku Abdul Rahman telah memberitahu pendirian resmi kerajaannya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur bahawa, isu PRRI adalah Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Upload: others

Post on 17-Dec-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah

Melayu - Indonesia, 15 Februari 1958 - 5.0ktober 1961

KUNASEELAN AIL MUNIANDY

SINOPSIS This paper examines the extent to which a local Indonesian rebellion, the

Pemberontakan Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia, affected Indonesian­Malayan relations in the period}ust after Malaya's independencefrom Britain and before the formation of Malaysia. The paper begins with a discussions of the causes of the rebellion, which broke out in Sumatra in 1958 during the administration of President Sukarno. Malaya's response to the rebellion is also examined in detail. The paper then focuses on the Indonesian Government's accusations against Malaya"- that it aided the rebels and provided political asylum to some of them. The Malayan Government under Prime Minister, Tunku Abdul Rahman, denied these accusations. Relations between the two countries a/so worsened because of smuggling activities by the rebels in order to raise funds for their rebellion. Indonesia strongly opposed these smuggling activities and accused Malaysia of aiding the rebels. The paper ends with a discussion of how the malter Was resolved amicably, through negotiations and an armistice. The themes of conflict and cooperation in the Malayan-Indonesian relationship are clearly manifested in their reactions to the PRRI rebellion. Fortunately, cooperation between them eventually triumphed over conflict in this incident.

Sebagai salah satu masalah politik yang penting di Indonesia, isu pemberontakan PRRI telah banyak dikaji dan dianalisa oleh para sarjana sains politik mahupun sejarah. Pemberontakan ini penting dalam politik Indonesia kerana ianya dilancarkan oleh komander-komander tentera daerah terhadap kerajaan pusat Indonesia yang boros dan yang telah mengabaikan kemakmuran rakyatnya. Setakat ini belum ada suatu kajian yang menyeluruh mengenai perkaitan Tanah Melayu dengan soal pemberontakan PRRI, dan rencana ini mengkaji masalah pemberontakan PRRI dalam konteks hubungan Tanah Melayu - Indonesia. Tujuan rencana ini adalah untuk melihat kedudukan Tanah Melayu dalam masalah pemberontakan yang berlaku di antara komander-komander daerah tempatan dengan Regim Sukarno.

Apabila pemberontakan ini dilancarkan pada 15 Februari 1958, Perdana Menteri Tanah Melayu Tuariku Abdul Rahman telah memberitahu pendirian resmi kerajaannya dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur bahawa, isu PRRI adalah

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

masalah dalam negeri Indonesia dan kerajaan Tanah Melayu lidak akan bercampurlangan. Walau bagaimanapun apabila para pemimpin PRRI melarikan diri ke Tanah Melayu, mereka lelah diberi perundungan poutik oleh Kuala Lumpur dan ini merupakan sokongan lidak rasmi Tanah Melayu kepada PRRJ. Apabila kerajaan Indonesia menimbulkan isu ini, maka Tanah Melayu berkata pemberian perlindungan politik adalah berdasarkan kepada faklor kemanusiaan yang lulin .

Merujuk kepada hubungan Tanah Melayu - Indonesia secara menyeluruh pada lempoh ini, lerdapal kerjasama di antara kedua-dua negara dalam aspek bahasa, misalnya kerjasama unluk menyamakan sislem ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia. Kedua-dua negara lelah bekerjasama dalam bidang ekonomi khususnya kedua-dua negara sebagai pengeluar ulama gelah dan timah bekerjasama untuk menstabilkan harga. Sebaliknya, isu PRRI dan masalah Irian Barat lelah menimbulkan konflik di anlara kedua-dua negara.

Dalam mengkaji perkailan Tanah Melayu dengan soal PRRI, lema konflikjelas kelihalan. Pada masa yang sarna, lema kerjasama lerjelma kerana kedua-dua negara mempunyai warisan sejarah dan mempunyai keinginan unluk menyelesaikan masalah ini serla memulihkan hubungan di anlara mereka. Konflik dan kerjasama ini dapal dilihal dalam dua aspek penling iailu, kemasukan pemberontak-pemberonl!ik PRRI ke Tanah Melayu dan masalah penyeludupan yang diamalkan oleh mereka. Di samping ilu rencana ini juga melihal reaksi Kuala Lumpur dan Jakarta terhadap masalah kemasukan para pemberonlakan PRRJ ke Tanah Melayu serla kegiatan penyeludupan yang diamalkan oleh mereka.

Pemberonlakan PRRI berpangkalan di Padang, Sumatera, dipimpin oleh Sjafruddin Prawiranegara, bekas Gabenor Bank Indonesia, melelus pada lahun 1958 untuk menenlang kerajalln pusal Indonesia. Pemberonlakan ini melibalkan lenlera daerah di Sumalera dan Sulawesi yang mendapal kerjasama daripada segenap rakyal di daerah-daerah lersebu!.! Pemberonlakan yang dihadkan kepada Sumalera, khasnya, dan Sulawesi mempunyai kesan penting dalam hubungan Tanah Melayu­Indonesia. Faklor geografi memainkan peranan penling dalam hal ini. Sumalera dan Tanah Melayu dipisahkan oleh Selal Melaka yang lebamya cuma duapuluh empal (24) balu sahaja. Ini membolehkan para pemberontakan PRRJ melarikan diri ke Tanah Melayu dengan mudah dan bersembunyi di pulau-pulau bakau di sepanjang panlai Tanah Melayu. Pihak peronda Indonesia mahupun Tanah Melayu mendapali sukar unluk menghapuskan kegialan ini. 2

Terdapal perbezaan pendapat di kalangan penulis, mengenai sebab-sebab mengapa pemberonlakan ini melelus.

Guy Pauker, seorang ahli sains polilik, berpendapal bahawa perlumbuhan benih­benih pemberonlakan PRRI - Permesla bermula pada 5 Disember 1952 iailu sejak Kolonel Nasulion dipecat sebagai Ketua Staf Angkalan Daral Indonesia.3 Sejak ilu berlakunya masalah untuk melanlik Kelua Staf Angkalan Darat kerana lerdapat persaingan di kalangan komander-komander lentera unlukjawalan Ketua Star. Pada Oktober 1955, kabinel bersetuju untuk melanlik semula Nasution sebagai Ketua Staf alas desakan parli Nahadalul Ulama dan Kolonel Sudirman, Panglima Jawa Timur.4

Perlantikan Nasution dibangkang oleh komander-komander daerah seperti Kolonel

I Sjafruddin dan komander-komandcr ~era dacrah yang mcneRlang rcgirn Sukarno lelah mcngistiharkan Republik Indonesia barudengan Bukit Tinggi sebagai ibu kOla PRRI , Pada tcmpoh yangsama berlakujuga pemberonlakanjcnis sarna di Sulawesi yang disebul perjuangan Semesta (Permesta). PRR[ dan Permesla lelah bersatu untuk menentang kerajaan pusat Indo nesia. J.M. Van der Kroef. "Disunited Indonesia."

For £ost,," Surl't')". vol. xv vi i. no 4, April 1958. hal. 49dan Herber! Feith and Daniel S. Lev, "The End orlhe Indonesia Rebellion", Pacific Affairs. vol. 36. no. I. Spring 1963. hal.

1 H.F. Armstrong "The Troubled Birth of Malaysia:' For~jgn Affairs. vol. 41 . No.4. July 1963, hal. 681. 3 Usman Tampubolan. "Pt-mberonlakan PRRI-Permesla : Tahap Akhir Pemennlah Yang Labil", Prisma. No.7 August

1978. hal. 73. Nasution dipec-.u dari jawatan Ketua Star Angkatan Darat adalah dan lekanan politik. 4 Ibid. hal . 75. Pencalunan Nasulion dipersetujui oleh Presiden Sukamo dan Nasulion dinaikkan pangkat sebagai Major

Gent-raJ.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

Simbolon, Kolonel Lubis ·dan Kolonel Kawilarang> Robert Curtis, seorang lagi ahli sains politik, dalam rencananya yang bertajuk,

"Malaysia and Indonesia", mengatakan bahawa, pemberontakan PRRI berpunca akibat keinginan komander-komander tentera daerah (Regional commander) dari pelbagai bahagian Sumatera, Sulawesi dan Selatan Borneo untuk menubuhkan kerantanan (regional government) yang bebas dari kerajaan pusat di Jakarta.6 Mereka tidak puas hati dengan pentadbiran Jakarta yang tidak memberi otonomi yang cukup. Pemimpin daerah harus pergi ke Jakarta untuk memperolehi persetujuan kerajaan pusat untuk membuat keputusan bagi soal-soal keeil.7

Benjamin dan Jean Higgins menghuraikan pemberontakan ini berpunca dari masalah ekonomi di Indonesia· Kadar inflasi telah meningkat dan hutang negara Indonesia telah bertambah akibat perbelanjaan besar yang diperuntukan untuk pihak tentera bagi membebaskan Irian Barat dari penjajahan Belanda. Penduduk Sumatera tidak puashati dengan sikap kerajaan pusat Indonesia yang membelanjakan hast! pengeluaran Sumatera (khususnya minyak) untuk melengkapkan angkatan tentera dengan peralatan yang moden dan tidak membelanjakan hasil minyak Sumatera untuk ketnakmuran rakyat. 9 Pemimpin-pemimpin PRRI seperti Kolonel Lubis dan Ahmad Hussein berkata, mereka setia kepada Presiden Sukarno tetapi menentang pengaliran kekayaan Sumatera ke Jawa di mana wang tersebut disalahgunakan oleh pentadbiran yang koruplO

Marvin Ott pula berpendapat bahawa pemberontakan ini adalah bertujuan untuk menentang regim Jakarta yang didominasi oleh orang-orangjawa. Pihak PRRI merupakan kumpulan yang konservatif, yang berpegang teguh kepada agama Islam, lebih mirip kepada Barat dan terdiri dari orang-orang bukan Jawa." Sikap anti-Jawa bertambah apabila Mohammad Hatta meletakan jawatan sebagai Wakil Presiden pada Disember 1956. Bagi orang-orang bukan Jawa, khasnya bagi penduduk Sumatera, mereka memandang Hatta sebagai wakil mereka di kerajaan pusat.'2 PRRI juga bertujuan menghapuskan pengaruh komunis dalam kerajaan." Mereka tidak puashati dengan ide Sukarno untuk mengadakan sistem pemerintahan demokrasi terpimpin di Indonesia kerana sistem itu membolehkan Parti Komunis Indonesia (PKI) mengambil bahagian dalam pentadbiran negara.

Sementara Arnold Brackman dalam bukunya, Southeast Asia Second Front, berpendapat PRRI bukan merupakan kumpulan pemisah tetapi pemberontakan mereka bertujuan untuk memulihkan sistem berperlembagaan di Indonesia dan mengekalkan Sukarno sebagai Presiden Indonesia. Akan tetapi kerajaan pusat Indonesia di Jakarta telah mengeluarkan metos bahawa matlamat PRRI adalah untuk berpisah dari Republik Indonesia." Sungguhpun terdapat banyak pendapat mengenai mengapa pemberontakan PRRT meletus, tetapi adalah sangat sukar untuk menentukan faktor utama yang menyebabkan pemberontakan ini berlaku. Ini adalah kerana setiap faktor yang dikemukan oleh para sarjana ada kebenarannya. Penulis

5 Kctidakpuasan Icrhadap perlantikan Nasution (dah mcnycbabkan komandcr·komandcr daerah mencari saluran baru unluk menyampaikan tuntutan mereka. Antara lain mereka mcnuduh Jakarta tidak beri olanomi kcpada pcntadbiran daerah dan regim Jakarta menjamin kepentingan suku Jawa. Ibid, hal.76.

6 Robert Curtis. "Malaysia and Indonesia", New lift Re~ieK'. no. 28, Noy·Dec. 1964. hal. 16. 1 Usman Tampubalan. "Pcmberonlakan PRRI-Pennesta," hal. 16. 8 Benjamin dan Jean Higgins., "Indonesia : Now or Never", Foreign Affair!, vol. 37, no I, October 1958, hal. 158. 9 William Stevenson. Bird's Nest in Their &arth. Hutchinson &. Co . London, 1963. hal. 31. Pengeluaran minyak

Sumatera membawa 72% daripada pertukaran asing Indonesia. 10 Ibid. hal. 31. I J Marvin OU. "The Sources and Content of Malaysian Foreign Policy Toward Indonesia and The Philippines : 1957·

1965" (ph.D Dissertation), John Hopkins University. Baltimore. 1971. hal. 116. 12 Usman Tampubolan. "Pemberontakan PRRI·Pennesta", hal . 79. Halta meletakan jawatan Wakil Presiden ker-dna

beliau Lidak bersependapat dengan Sukamo dalam urusan pentadbiran negara. 13 Kroef, "Disunited Indonesia", hal. 49 dan juga Stevenson. Bird's N~sts. hal. 12. 14 Arnold Brackman. South~ast Asia S~cond FrDnt : Th~ POM:~r Strugg/~ in Ih~ Mala)' Archipelago. Frederict A. Praeger,

New York. 1966, hal. 98.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

berpendapat, pemberontakan PRRI berpunca dari masalah ekonomi dan masalah perebutanjawatan Ketua Staf Angkatan Darat. Peruntukan besar untuk pembebasan Irian Barat telah menyebabkan pembangunan ekonomi diabaikan oleh pihak kerajaan pusat. Di samping itu, pihak tentera di daerah juga tidak mendapat peruntukan cukup untuk membiayai perbelanjaan mereka. Ini menyebabkan pegawai-pegawai tentera daerah menjalankan kegiatan penyeludupan untuk mendapatkan wang bagi kesejahteraan daerah dan para perajurit IS Aktiviti penyeludupan telah merugikan kerajaan pusat. Perlantikan semula Nasution sebagai Ketua Staf telah menyebabkan perpecahan dalam angkatan tentera. Ketua-ketua tentera daerah yang seangkatan dengan Nasution, seperti Kolonel Simbolan, Lubis dan Subroto juga mempunyai kelayakan untuk menjadi Ketua Staf Angkatan Darat. Mereka tidak dipilih sebagai Ketua Staf kerana penglibatan pihak politik dalam urusan pemilihan ketua staf tersebut. I.

Menjelang akhir bulan November 1957, Indonesia gagal membawa isu Irian Barat ke mesyuarat ~gung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini menimbulkan reaksi yang kuat di Indonesia. Harta-harta yang dimiliki oleh orang­orang Belanda diambilalih oleh tentera Indonesia.17 Menteri Kehakiman Indonesia telah mengarahkan 46,000 warganegara Belanda meninggalkan Indonesia secepat mungkin. Tindakan ini dikritik pedas oleh Hatta, parti-parti Kristian, Masjumi dan Parti Sosialis Indonesia (PSI). Justeru kritikan ini menyebabkan mereka dituduh sebagai musuh negara. Pemimpin-pemimpin Masjumi iaitu Natsir, Burhanuddin Harahap dan Syafruddin Prawiranegara telah melarikan diri ke Padang, Sumatera dari Jawa. IS Setiba di Padang, ahli-ahli politik ini telah mengadakan beberapa rundingan dengan komander-komander tentera daerah dan mengeluarkan satu ultimatum pada 10 Februari 1958.

Ultimatum Padang ini dihantar ke Jakarta dengan syarat-syarat bahawa. Kabinet Djuanda harus dibubarkan dalam masa lima hari; Hatta atau Sultan Jogjakarta harus dirujuk oleh parlimen untuk bentuk kabinet baru; dan Sukarno harus kembali sebagai Presiden berperlembagaan. I'

Kabinet Djuanda telah menolak Ultimatun ini pada hari berikutnya dan sekaligus memecatkan kolonel-kolonel daerah yang terlibat dan memerintah penangkapan mereka.20 Tetapi pihak pemberontakan merasa diri mereka cukup kuat untuk mengambil tindakan terakhir dan pada 15 Februari 1958 mereka memproklomasikan Pemerintah Revolusioner Republik Indonesia di Padang dengan Sjafruddin sebagai Perdana Menterinya. 21 Dengan itu pemberontakan PRRI bermula dengan resmi dan berakhir pada 5 Oktober 1961. Pada 17 Februari 1958, Kolonel Sombo, Komander Daerah Sulawesi Utara telah memutukan hubungan dengan kerajaan pusat di Jakarta dan mengumunkan sokongannya kepada PRRJ. 22

IS Vahya A. Muhaimin. Perkembangan Mililer Da/am Polilik Indonesia , 1945·/965, Gadjah Mada University Press. logjakarta. 1982. hal. 84.

16 Dan segi senioriti KoJoncJ Simbalan lebih layak menjadi Itelua Star Anpatan Daral. Beliau tidak dipilih kemna beberapa pemimpin parti Masjumi tidalt mahu .seoranl Kristian menduduki jawatan Kelua Srar.

17 Nasution telah menggunakan undang-undang (eRtera untuk mengawaJ harta orang-orang Belanda di Indonesia. Feith &. Lev, "The End of the Indonesian Rebellion", hal. 34.

18 Usman T3mpubdon. "Pemberontakllln PRRI-Permesta," hal. 80. Lihatjup Feith &. Lev. "The End oflhe Indonesian Rebellion:' hal. 35.

19 Sila lihat. Vsman Tampubolon, "Pcmberontakan PRRI.Pennesta," hal. 80 .. Feith &. lev. "The End of the Indonesian Rebellion. hal. 35, dan Hal Kosut (edi) IndOMsio : Th~ Su/cOI'nO Years. Fact on File. Inc .. New York. hal. 65.

20 Usman Tampubolon. "Pcmberontakan PRRI·Pennesta." haUl 21 Ibid. lihat jup Yahya A. Muhaimin. Mililu Doltlm Polilik IMOM.fio. hal. lOS, dan Herben Feith. TIw fhdinf' of

COfUliluliOllOi /kmocTOCY in IndoMsiIJ. Come)) University Press. Ithaca. New York. 1918. hal. 586. . 22 Usman Tumpbolon. "Pcmberontakan PRRI·Permesta." hal. 81 dan Yahya A. Muhaimin. MiJjl~r Dolllm Politi!.

IndoMsio. hal . 105. James Mossman pula mengatakan bahawa Kolonel Ventje Sumual yang mengisliharkan sokon,an Pcnnesta kepada PRRI. James Mossam. Rebels in PQrQdis~ : IndoMsiIJ Civil War. Jonathan Cape. london. 1961. hal. 188.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

Tentera kerajaan telah melakukan serangan ke atas kubu-kubu PRRI mulai 21 Februari 1958. Tentera Udara Indonesia telah mengebom Padang dan Bukit Tinggi, manakala Tentera Laut Indonesia telah menyekat pelabuhan-pelabuhan Sumatera dan Sulawesi untuk semlla kapal. Menjelang 7 Mareh 1958, pihak tentera telah melancarkan gerakan secara besar-besaran terhadap kawasan-kawasan PRRI. 23

Memandang masalah pemberontakan genting dengan serangan secara besar­besaran oleh tentera Indonesia ke atas kubu-kubu PRRI, kerajaan Tanah Melayu, pada bulan Mae 1958, telah membuat pend irian resmi yang tidak bercampurtangan dalam isu ini. Tanah Melayu mengamalkan polisi tidak bercampurtangan kerana ia berpendapat soal pemberontakan PRRI itu merupakan soal dalam negeri bagi Indonesia dan ingin mengekalkan hubungan baik dengan Jakarta kerana kedua-dua negara mempunyai warisan sejarah yang hampir sarna. Lagipun kerajaan Indonesia tidak mengisytiharkan "a state ofinsurgeney."24 lni adalah kerana Jakarta bimbang bahawa jika ia membuat peristiharan tersebut maka ini bermakna bahawa terdapat dua buah kerajaan di Indonesia, iaitu satu di Jakarta dan sat", lagi di Bukit Tinggi. Hal ini akan menyebabkan isu PRRI sebagai satu masalah antarabangsa dengan kuasa­kuasa asing bersaing memberi sokongan kepada kerajaan di Jakarta atau kerajaan PRRI di Bukit Tinggi. Untuk mengekalkan kuasa-kuasa asing mengiktiraf kerajaan PRRI, maka Jakarta tidak mengisytiharkan "state of isuregeney"."

Semasa pemberontakan PRRI berlaku, ramai pemimpin pemberontakan telah masuk dan keluar dari Tanah Melayu dan juga dari Singapura dengan bebas?6 Mereka masuk ke kawasan Tanah Melayu dan Singapura untuk berlindung dari serangan tentera Indonesia dan juga untuk .memperolehi bekalan senjata dan perubatan. Mengenai jumlah pemberontak yang masuk ke Tanah Melayu, tidaklah jelas kerana ramai di antara mereka yang melarikan diri dari Sumatera telah bersembunyi di pulau-pulau bakau sepanjang pantai Tanah Melayu dan kegiatan ini sukar dihapuskan. 2 7 Para pemberontak tersebut mendapat rasa simpati dari Tanah Melayu kerana mereka berjuang untuk menentang sebuah regim yang boros, yang tidak pentingkan kemakmuran orang-orang Sumatera dan yang pro-komunis. Kebebasan ahli-ahli PRRI untuk keluar masuk ke Tanah Melayu dengan senang dikritik oleh pihak Indonesia. Sejak meletusnya pemberontakan pada 15 Februari 1958, akhbar-akhbar Indonesia menuduh Tanah Melayu memberi perlindungan kepada para pemberontakan PRRI yang masuk ke Tanah Melayu. Presiden Sukamo juga menuduh Tanah Melayu memberi perlindungan kepada pemberontakan PRRI:

Wilayah yang diperintah oleh Tunku Abdul Rahman Putra. seorang yang terus terang anti Indonesia, memberi perlindungan. subsidi dan sampai sekarang menyembunyikan sejumlah besar pemberontakan yang meneolang saya pada tahun 1958.2 8

Soal ini telah merenggangkan lagi hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia kerana sebelum ini Indonesia merasa tidak puas hati dengan Tanah Melayu yang bersikap berkecuali dalam soal tuntutan Irian Barat dari Belanda. Tanah Melayu berkecuali dalam pengundian membawa isu Irian Barat ke agenda mesyuarat

23 Kosut. TM Su1corlfO YC'Qr.r, hal. 66. 24 MQlayQllndon~.fiQ R~Jation.f. 31st Augtl.u/957-151h &pt~mht!r /961, labatan Penerangan. Kuala Lumpur(K.L), 1963. hal. 4. dan l .A.C. Mackie. Kon/mlll4fi : Tk /ndonesiIJ - Malay.fia Dispute, 1961-1966. Oxford University Press, K.K 1914. hal. 29. 25 Sejak peristiharan PRRI pada IS Fcbruari 1958. tidak ada ncgars yang mcngiktiraf PRRI. sungguhpun Amerika

memberi bantuan senjata kcpada pcrjuangan PRRI. Feith. The Decline ofConstitutiontd Democracy, hal. 586 dan juga Feith &. Lev, "The End oflhe Indonesian Rebellion," hal. 33-34. Sementara itu, Menteri Kabinc:t PRRI, Prof. Sumito berkata, Washington menyokong PRRI menyingkirkan Sukarno secara tidak resmi dan Britain membenarkan pemberontak PRRI yang cedent dirawat di hospital-hospital Singapura. Stevenson, Bird'3 Nest, hal. 30.

26 Mackie, Kon/ro/ua.Ji, hal. 29 dan juga ZainaJ Abidin Wahid. Sejarah Dtuar Luar MolaY31o, Siri Kebudayaan, Kemc:nterian Kebudayaan, Selia dan Sukan, K.L. 1978, hal. 16.

27 Armstrong. ''The Troubkd Brith of Malaysia", hal. 681. 28 Cindy Adam, Sukarno : An Autobiography, Gunung Agung, Hong Kong, 1966. hal. 302.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20 September 1957 kerana inilah kali pertama wakil Tanah Melayu menghadiri perbincangan di PBB dan Tanah Melayu baru tiga hari menjadi ahli badan tersebut. Oleh itu Tanah Melayu tidak ada masa yang cukup untuk mengkaji masalah Irian Barat dan mengambil pendirian. 29 Walau bagaimanapun Indonesia melihat sikap berkecuali Tanah Melayu sebagai tidak menyokong perjuangannya memperolehi Irian Barat.

Encik Senu Abdul Rahman, Duta Besar Tanah Melayu ke Indonesia, memberitahu akhbar Waspada bahawa tidak adanya bukti yang menunjukkan Tanah Melayu memberi perlindungan kepada para pemberontak PRRI sungguhpun terdapat pemberontak-pemberontak itu keluar masuk ke Tanah Melayu. Tanah Melayu tidak menghalang ahli-ahli PRRI keluar-masuk ke Tanah Melayu kerana tidak ada undang-undang yang boleh menghalang mereka msuk ke Wilayah Tanah Melayu. Tambahan pula, mereka menggunakan dokumen perjalanan dan paspot Indonesia yang sah30 BeHau menegaskan bahawa sikap Tanah Melayu itu tidak bermakna Tanah Melayu memberi perlindungan kepada para pemberontak tersebut.

Kerajaan Indonesia telah mentinta kerajaan Tanah Melayu mengambil tindakan luar biasa untuk membantu Jakarta membenteras pemberontakan. 31 Perntintaan ini termasuk menghalang kemasukan para pemberontak PRRI ke dalam wilayah Tanah Melayu. Tetapi Kuala Lumpur telah menolak tuntutan kerajaan Indonesia dengan mengatakan bahawa selagi pemberontakan PRRI menggunakan dokumen perjalanan dan paspot Indonesia yang sah, Tanah Melayu tidak akan menyekat kemasukan ahli­ahli PRRI masuk ke wilayahnya.32 Kerajaan Tanah Melayu melihat permintaan Indonesia itu sebagai satu langkah yang bertentangan dengan perlaksanaan undang­undang antarabangsa. Oleh yang demikian, Tanah Melayu tidak dapat memberi kerjasama kepada Indonesia, seperti yang diminta oleh negara itu. Pihak Indonesia pula tidak mengharamkan paspot-paspot para pemberontak kerana tindakan yang sedentikian akan dianggap sebagai pengiktirafan pihak kerajaan Indonesia ten tang kewujudan keadaan pemberontakan di Indonesia." Kerajaan Indonesia juga bimbang bahawa negara-negara yang tidak puas hati dengan regim Sukarno akan memberi bantuan kepada PRRI. Bantuan asing ini akan menguatkan lagi perjuangan PRRI menentang Jakarta.

Menjelang 7 Mac 1958, tentera kerajaan Indonesia melancarkan serangan besar­besaran ke atas Sumatera. 34 Tentera kerajaan telah mendapat kejayaan dalamjangka masa yang singkat iaitu mereka telah menawan Padang pada 17 April 1958 dan Bukit Tinggi pada 5 Mei 1958. Pada akhir Julai 1958, perjuangan PRRI menjadi lemah kerana semua bandar-bandar utama mereka ditawan oleh tentera kerajaan. 3S Para pemberontak PRRI telah melarikan diri ke kawasan pendalaman dan melancarkan serangan gerila tetapi perjuangan mereka kurang berkesan untuk merampas semula kawasan-kawasan mereka. Ini adalah kerana kekuatan tentera kerajaan ternyata lebih kuat. 3.

Berikutan dari kegagalan pemberontak pada pertengahan 1958, lebih kurang 30 Orang pemimpin PRRI termasuk pemimpin-pemimpin parti Masjunti dan PSI telah

29 Lihat Peter Boyce, Malaysia and Singapore in inttnt(Jtiona/ Dip/omocy : Documents and Commtnttuils, Sydney University Press, Sydney, 1968. hal. S4.

30 AnIwa: Daily News Bullttin, New York. 22 May 1958. 31 Malayo/lndonesia Rela/iam. hal.4. 32 (bid, hal. 5 dan Zainal Abidin Wahid. Sejoralr Dasar Luar Malaysia. hal. 16. 33 Zainal Abidin Wahid. Sejarah Dasar Luar Malaysia, hal. 16 dan 17. 34 Yahya A. Muhaimin. Mililer Do/om Polilik IndoMSia, hal. lOS. ' 3S Feith. The DecliMo!ConstitutilNUli Democracy, hal. 589. UbatjugaJ.D. Legge.Sulcarno : A PoliticaJ Biography, Praeger

Pub. New York. 1972, hal 296. 36 Nasib yang sarna dialami oleh pemberontakan Pcmesta Sulawesi. Tcntera Kcrajaan berjaya menawan kubu pentinS

much, Menado, pada 26 Jun 1958. Walau baaaimanapun para pemberontaJc tersebut meneruskan perjuanaan mereka sehingga pemberontakan ini tamat denaan rasmi pada S Oktober 1961.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

pro-pemberontakan di jalankan oleh rakyat Indonesia di Tanah Melayu. Kerajaan Indonesia bimbang sokongan rakyat Indonesia di Tanah Melayu boleh menguatkan semangat semula perjuangan PRRI. Jurucakap Kedutaan Indonesia menjelaskan bahawa adalah harapan Indonesia untuk mengekalkan keharmonian dalam hubungan Tanah Melayu-Indonesia.48

Masalah pemberontakan ini memuncak pada awal Januari 1960, apabila polis marin Tanah Melayu menangkap sebuah bot yang membawa 30 orang pemberontak Indonesia di perairan Tanah Melayu, berhampiran Sungai Krian. Mereka telah dibawa ke Pulau Pinang untuk dibicara atas tuduhan memasuki wilayah Tanah Melayu secara haram dan memiliki senjata api secara haram.49 Kerajaan Indonesia telah mengemukakan tuntutan resmi kepada kerajaan Tanah Melayu untuk menyerahkan 30 orang pemberontak kepada pihak Indonesia. Kerajaan Tanah Melayu tidak menunaikan permintaan Indonesia kerana, kalau kumpulan tersebut dianggap sebagai pemberontak, maka mereka berhak untuk memohon perlindungan politik mengikut undang-undang antarabangsa dan penyerahan itu juga bermakna sebagai pengiktirafan di Indonesia. so Pada masa yang sarna, kerajaan Indonesia tidak mengiktiraf kewujudan pemberontakan di negaranya. Sekiranya mereka tidak dianggap sebagai pemberontak, maka Tanah Melayu enggan menyerahkan mereka kepada Indonesia, kerana kedua-dua negara tidak mempunyai perjanjian penyerahan. Sl Menteri Luar Negeri Tanah Melayu, Dato' Dr. Is",ail, memberi jawapan resmi mengenai 30 orang pemberontak PRRI kepada Duta Besar Indonesia ke Tanah Melayu, Dr. Mohd. Razif, seperti berikut:

With regard to the request by the Indonesian Government that the prisoners should behanded over, this cannot be done. since this mattcr must be treated in accordance with the established principles of intcrnational law and code of international conduct by which the Federation. as an independent country and a member of the United nations. is bound to uphold and also because there was no extradition agreement between the two conlnes.52

Pada masa yang sarna akhbar-akhbar di Jakarta telah mendesak kuat kerajaan Tanah Melayu untuk menyerahkan kumpulan PRRI itu kepada kerajaan Indonesia. Kenyataan-kenyataan dalam lidah pengarang akhbar-akhbar Indonesia merumitkan lagi hubungan Tanah Melayu-Indonesia. Akhbar Indonesia Observer menulis:

The friendly relations between Indonesian and Malaya are put under severe strain at the moment by the refusal of the latter to handover 30 armed rebels detained by Malay Police authorities to the Indonesian Government. It is hoped that the Federation or Malaya Government realizes the importance of keeping high the spirit of treaty offriendship and consequently does not resort to juridical hairsplitting in finding a solution for the case of armed rebels.'l

Sementara itu, akhbar Straits Times pula mengkritik permintaan kerajaan Indonesia terhadap 30 orang pemberontak tersebut. Menurut Straits Times, ketiadaan perjanjian penyerahan bukanlah sebab mengapa Tanah Melayu tidak menyerahkan para pemberontak tersebut kepada pihak Indonesia tetapi pihak Indonesia sendiri tidak mengetahui siapakah mereka itu dan tidak mengetahui apa-apa maklumat tentang 30 orang itu kecuali keterangan yang diberikan oleh para pemberontak itu, bahawa mereka adalah pemberontak yang dalam perjalanan dari Riau ke Aceh.S4

Kemudian pemberontak-pemberontak itu dibicarakan di Mahkamah Pulau Pinang. Dalam keterangan di mahkamah, Johannes Chuldi, jurucakap bagi para 48 Ibid. 49 Ibid. 8 Januari 1960. so Zainal Abidin Wahid. S~jarah Dasar Luar Mala}'sia. hal. 17 dan Malayallndon~siQ R,lot;ons. hal. 5. 51 Ibid dan lihatjuga Malayallndon~siD R~/ations. hal. S. S2 "'nlara, 12 January 1960. S3 "'ntara. 11 January 1960. 54 Lihat Straits T"s, 23 Januari 1960 dan Anlura. 2S January 1960.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 8: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

pemberontak berkata dia dan rakan-rakannya tidak berniat untuk membawa senjata ke Tanah Melayu. Mereka memasuki perairan Tanah Melayu semasa perjalanan dari Riau ke Aceh kerana bot mereka telah rosak dan angin keneang telah menukar haluan peIjalanan mereka. 55 Mahkamah Pulau Pi nang menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda seratus ringgit ($100/-) bagi setiap orang untuk kesalahan pertama dan untuk kesalahan kedua, mereka dihukum penjara sebulan dan denda seratus dua puluh ringgit ($125/-) bagi setiap orang,,6

Dalam usabanya untuk mendapatkan 30 orang pemberontak itu, kerajaan Indonesia pada 28 Januari 1960, telah meminta kerajaan Tanah Melayu untuk mengadakan satu perjanjian penyerahan (extradition) yang melibatkan pesalah­pesalah politik. Permintaan Indonesia telah ditolak oleh Kuala Lumpur kerana dalam undang-undang antarabangsa tidak ada ruang untuk menyerahkan pesala'h-pesalah politik.57 Tanah Melayu hanya bersetuju untuk mengadakan perjanjian penyerahan yang melibatkan pesalah-pesalah jenayah sahaja. Sejak Tanah Melayu menolak eadangan Indonesia, ia tidak menerima sebarang jawapan dari pihak berkuasa Indonesia mengenai perjanjian tersebut. 58 Dengan itu masalah mengadakan peIjanjian penyerahan dibiarkan begitu sahaja.

Pada bulan May 1960, Kumpulan 30 orang PRRI itu telah dibebaskan dan mereka diberi pas semen tara untuk tinggal di Pulau Pi nang tetapi mahkamah telah melarang mereka memasuki Semenanjung Tanah Melayu. Sementara itu kerajaan Tanah Melayu menolak permintaan mereka untuk mendapatkan perlindungan politik sebagai mematuhi janji yang diberi oleh Tun Razak kepada kerajaan Indonesia semasa lawatan beliau ke Indonesia pada November 1958. Oleh kerana Tanah Mehiyu tidak memberi perlindungan politik, maka 22 orang daripada kumpulan itu telah memohon perlindungan politik di Thailand dan 8 orang lagi telah pulang ke Indonesia. ,.

Perselisihan di antara Tanah Melayu dengan Indonesia masih berterusan apabila sekumpulan diplomat Indonesia di Eropah, yang menyokong pemberontakan PRRI, telah meminta perlindungan politik di Tanah Melayu pada Oktober 1960. Pada mulanya, Tanah Melayu telah menolak permohonan mereka tetapi selepas memohon beberapa kali, maka mereka diberi perlindungan politik atas dasar perikemanusiaan dan mereka disyaratkan supaya telah melibatkan diri dalam aktiviti politik.60

Beberapa orang daripada mereka berpeluang untuk bereakap di Radio Malaya dan mereka menggunakan kesempatan ini untuk mempropagandakan perjyangan PRRI akan tetapi kerajaan Tanah Melayu menolak dakwaan terse but. 6'

Pendirian Tanah Melayu tidak bereampur tangan dalam soal pemberontakan PRRI di pertikaikan oleh pihak Indonesia. Pemberian perlindungan politik kepada para pemberontak yang melarikan diri ke Tanah Melayu dan keengganan Tanah Melayu mengadakan perjanjian penyerahan yang melibatkan penyerahan penjenayah politik dengan Indonesia dilihat oleh Indonesia sebagai sokongan yang diberikan kepada pemberontakan PRRI. Subandrio, Menteri Luar Indonesia, menuduh bahawa Tunku telah memberi semua jenis bantuan kepada pihak pemberontak dengan harapan Sumatera dapat digabungkan dengan Tanah Melayu.62 An/ara juga melapurkan bahawa pemimpin PRRI di Tanah Melayu berkerjasama rapat dengan Tunku untuk menyatukan Sumatera bersama Tanah Melayu. An/ara juga

55 Antara, 14 January 1960. Liha1 juga Zainal Abidin Wahid, &jorah Dasar Luo, Malo.\'sla. hal. 17. 56 Antara. 8 February 1960. 57 Malaya/Indonesia Relations. hal. 5 dan 6. 58 Ibid. hal. 6. S9 Antara. 8 February 1960, 12 May 1960 dan 17 Mci 1960. 60 Ma/o)"o flndOMsUJ Relations. hal. 6 dan juga Ou. "The Source and Content of malaysian Foreign Policy", hal. 119. 61 Armstrong. "The Troubled Birth of Malaysia." hal. 681. . 62 Gordon . The Dimension of Conflict in Southeast Asia, hal. 88.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 9: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

melaporkan bahawa terdapat persediaan baru untuk aktiviti subversif63 Menurut Subandrio, Tunku bertujuan memisahkan Sumatera dari orbit Jakarta dan menyatukannya ke dalam orbit Kuala Lumpur dan Singapura supaya mengimbangi penduduk bangsa Melayu dengan penduduk berbangsa China di Tanah Melayu.64 Kerajaan Tanah Melayu bimbang terhadap masyarakat China yang menguasai ekonomi Taoah Melayu akan juga menguasai politik Tanah Melayu jika terdapat percantuman Singapura dengan Taoah Melayu. Jika ini berlaku, orang-orang Melayu akan hilang hak memerintah Tanah Melayu kerana mereka tidak akan meodapat majoriti. Oleh yang demikian Subandrio mendakwa Tunku memerlukan Sumatera untuk mengimbangi penduduk China dan terus berkuasa.

Menyentuh soal peoyatuan Tanah Melayu dengan Sumatera, terdapat suara dari penduduk Sumatera sendiri bahawa Sumatera akan mencapai kemakmuran yang tinggi jika bersatu dengan Tanah Melayu.65 Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dan bijih timah mempunyai tarar hidup kedua tertinggi di Asia selepas Jepun. Sumatera yang menghasilkan 72% daripada pertukaran .asing Indonesia melalui pengeluaran minyak akan sarna-sarna menikmati kemakmuran, jika bersatu dengan Tanah Melayu.66 Tambahan pula, Kuala Lumpur merupakan regim yang liberal yang mementingkan kemakmuran rakyatnya. Sultan.Deli dari Sumatera yang meoetap di Jobor berkata, "Sumatera must leave the Repbulic (Indonesia) and join the Malay Federation." Di samping itu beliau menuduh regim Sukamo sebagai "black colonialism" yang enggan beri persamaan hak untuk penduduk bukan Jawa.67

Konsul-General Indonesia di Singapura iaitu Brigediar general Ajatikusomo (yang dilantik pada November 1958) telah secara terus-terang dan tidak berdiplomatik memberi ucapan-ucapan yang mementang pemberontakan dan juga terhadap mereka yang bersimpati dengan pemberontakan di Singapura dan di Tanah Melayu. Beliau juga telah menggalakkan ·orang-orang Melayu di Tanah Melayu dan di Singapura mengenali diri mereka sebagai rakyat Indonesia. Ajatikusomo telah menghubungi pelbagai kumpulan pro-Indonesia dan menyediakan kumpulan­kumpulan tersebut sebagai organisasi perisikan.68 Kerajaan· Tanah Melayu telah mengikuti kegiatan Ajatikusomo dengan rapi supaya tidak mengancam keselamatan Tanah Melayu.6•

Menjelang tahun 1961, peljuangan PRRI semakin merosot akibat serangan dan sekatan yang dibuat oleh pihak tentera Indonesia terhadap pemberontakan. Ini menyebabkan mereka menghadapi kesulitan untuk memperolehi bekalan senjata dari luar negeri, di samping itu pada akhir tahun 1960, Amerika dan Taiwan· telah memberhentikan penghantaran senjata kepada PRRI. 70 Mulai Februari 1961, seorang demi seorang pemimpin PRRI dan Permesta telah menyerah diri. Kolonel Laures Saereng menyerah diri pada Februari 1961, Kolonel Kawilarang pada april 1961, Kolonel Hussein pada Jun 1961 dan Kolonel Simbolon pada Julai 1961.71

Uiituk menyelesaikan masalah pemberontakan ini dengan secepat mungkin, General Nasution dan Dr. Djuanda, Perdana Menteri Indonesia telah mendesak Sukarno untuk memberi pengampunan kepad para pemberontak. Sukarno dalam ucapan kemerdekaan pada 17 Ogos 1961 telah mengumumkan untuk memberi pengampunan kepada para pemberontak jika mereka serah diri sebelum 5 Oktober

63 Ibid. 64 ' Parllmentary Dehofe.f, Dewan Rakyat . o.Ukial Report. 11 Mac 1963. col. 3962 dan Curtis "Malaysia and Indonesia",

hal. 21. 65 Curtis "Malaysia and Indonesia", hal. 21. 66 Stevenson. Bird's Nt'si. hal. 31. 61 Ihid. hal. 152. 68 Mackie. Kon/ronlo:Ji. hal. 30 dan Ou. "The Sources and Content of Malaysia Foreign Policy", hal. 121. 69 011. "The Sources and Content of Malaysia Foreign Policy", hal. 112. 70 Feith and L..cv "The End of the Indonesian Rebellion", hal. 41-42. 71 Ihid. hal. 43.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 10: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

1961. Perdana Menteri PRRI. Sjafruddin te1ah menyerah diri pada 28 Ogos 1961 dan telah meminta penyokong-penyokongnya untuk menyerah diri kerana kerajaan pusat mengistiharkan pengampunan. Dengan itu pemberontakan PRRI tamat pada Oktober 1961.72

Satu lagi aspek yang menimbulkan ketegangalJ. dalam isu PRRI ialah soal penyeludupan. Pemberontak-pemberontak PRRI telah menyeludup bahan-bahan pengeluaran penting Sumatera termasuk getah. lada hitam. tembakau dan kelapa sawit. 73 Mereka memberi bahan-bahan ini dengan harga yang tetap dari kawasan pendalaman dan menjual bahan-bahan ini kepada saudagar-saudagar China dengan harga yang menguntungkan. Saudagar-saudagar China membayar para pemberontak dengan emas dan mata wang asing. Dengan emas dan mata wang asing ini. pemberontak-pemberontak membeli senjata. makanan. bekalan ubat. pakaian dan adat pengangkutan untuk perjuangan mereka.7'

Kerajaan pusat telah kehilangan sejumlah besar pertukaran asing dan duti kastam akibat perbuatan pemberontak PRRI mahupun Permesta yang menyeludup barang-barang keluaran Indonesia ke pelabuhan-pelabuhan di Singapura dan Tanah Melayu.75 Kegiatan penyeludupan ini telah menguntungkan para penguasa kapal dan saudagar-saudagar di Singapura di Tanah Melayu. Kerajaan Indonesia telah mengambil langkah-Iangkah untuk menghapuskan penyeludupan yang diamalkan oleh pemberontak PRRI. Indonesia telah mengharamkan perdagangan barter yang berlangsung di antara Indonesia dengan Tanah Melayu dan Singapura kerana ia merupakan salah saluran untuk menyeludup barang-barang keluaran Indonesia. Tentera Laut Indonesia telah menyekat tongkang-tongkang yang terlibat dalam perdagangan barter dan menahan saudagar-saudagar China yang terlibat dalam kegiatan ini.76 Di samping itu Tentera Laut Indone.ia telah menahan dan mengancam bot-bot nelayan Tanah Melayu di Selat Melaka dengan alasan terlibat dalam penyeludupan. Duta Indonesia. Dr. Mohd. Razif. telah meminta kerajaan Kuala Lumpur untuk menghapuskan penyeludupan di Selat Melaka. 77

Sungguhpun Tanah Melayu dan Singapura terlibat dalam penyeludupan ini. tetapi Singapura merupakan pusat penyeludupan yang sangat penting. Kerajaan Tanah Melayu dan pihak berkuasa British di Singapura telah dituduh oleh kerajaan Indonesia sebagai tidak berusaha untuk membenteras penyeludupan. Pihak British khususnya membisu dalam hal ini kerana kegiatan penyeludupan sangat menguntungkan ekonomi Singapura. 78 Para pemberontak PRRI membeli senjata untuk perjuangan mereka dengan hasil penyeludupan mereka di Singapura kerana Singapura merupakan "rendezvous centre" bagi pemberontak PRRI.79 Selain daripada itu para pemberontakjuga mendapat bantuan dari Taiwan dan pihak Barat khususnya dari Amerika Syarikat. Kebanyakan daripda bantuan ini disalurkan melalui CIA.80 (Central Int~lIigence Agency). bantuan juga di'terima dari Tanah Melayu seeara sulit tetapi Tanah Melayu bukan sumber bekalan senjata yang penting bagi PRRI81

72 Yahya A. Muhaimin. MiI;/~' Dalam Politik Indon~sja, hal. 125. 1) Mackie. Konfronllui. hal. 30 dan Amara. 31anuari 19S8 . . 74 Massman. Rroeil!s in ParadiH. hal. 116. 75 Donald Hindley, "Jndonesia's Confrontation with Malaysia : A Search for Motives," Asian Surrry. vol. IV. no. 6. June

1964. hal. 901 dan Mackie. Konjronlosi, hal. 39. 76 Amara, 24 January 1958, 14 May 1958 dan 4 October 1961. 77 Ibid, 24 January 1958. 78 Dallon, "The Development of Malayan Extemal Policy", (Ph.D dissertation) University orOxford. Oxford, 1967. hal.

143. 79 Para pemberonlak PRRJ tdah membeli senjaLa di Singapura dan di sempadan Tanah Melayu.~ailan~ dari ~as~!

penjualan bahan-bahan keluaran dari Sumatera. Sila lihat. Ou, "The Sources and Content or Malaysia Foreign Pohcy, hal. 117; Gullick, Malaysia .- /Is Polilil'Q/ Qnd EconomiC's Drf~/opm~nl, hal. 20 dan Dalton, "The Development or Malaysia External Policy", hal. 143.

80 Curtis, "Malaysia and Indonesia", hal. 21 dan Hindley, "Indonesia's Conrronlation with Malaysia," hal. 907. 81 J.8 . Dalton, "The Development or Malayan External Policy, 1950-1963", hal. 144.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 11: Perkaitan Pemberontakan P RRI Indonesia) Ke Atas ......Perkaitan Pemberontakan P RRI (Pemerintahan Revolusioner Republik Indonesia) Ke Atas Hubungan Tanah Melayu - Indonesia, 15 Februari

Kesimpulan Pemberontakan PRRI telah menyebabkan hubungan Tanah Melayu-Indonesia

bertambah dingin kerana perhubungan di antara kedua-dua negara sebelum ini telahpun menjadi dingin akibat sikap Tanah Melayu yang berkecuali terhadap usaha Indonesia untuk membawa soal tuntutan Irian Barat ke agenda mesyuarat agung PBB pada September 1957. Isu pemberontakan ini telah memperkuatkan lagi konflik dalam hubungan Tanah Melayu-Indonesia. Masalah di antara kedua-dua negara dapat dilihat dalam dua prkara penting, iaitu pertama, masalah pemberian perlindungan politik oleh Tanah Melayu kepada pemberontak PRRI dan kedua, kegiatan penyeludupan yang berlaku di antara .kedua-dua negara. Selepas kejayaan pihak tentera kerajaan Indonesia mematahkan .pemberontakan secara besar-besaran pada pertengahan tahun 1958 .. rarnai pemimpin PRRI melarikan diri ke Tanah Melayu dan memohon perlindungan politik Tanah Melayu. Kerajaan Tanah Melayu memberi perlindungan politik kepada pemberontak PRRI atas dasar perikemanusiaan. Pemberian perlindungan politik dilihat oleh Indonesia sebagai sokongan Tanah Melayu kepada PRRI. Untuk mendapat balik para pemimpin PRRI yang berlindung di Tanah Melayu, kerajaan Indonesia meminta kerajaan Tanah Melayu untuk mengadakan perjanjian penyerahan yang meliputi pesalah-pesalah politik. Kuala Lumpur telah menolak permintaan Jakarta mengadakan perjanjian penyerahan yang melibatkan pesalah-pesalah politik sebagai suatu yang bertentangan dengan pengalaman undang-undang antarabangsa. Pendirian Kuala Lumpur ini juga disalah ertikan oleh Jakarta sebagai sokongan kerajaan Tanah Melayu kepada PRRI untuk menggulingkan regim Sukarno. Perselisihan faham ini telah menimbulkan syak wasangka di Jakarta bahawa Kuala Lumpur menolong PRRI memisahkan Sumatera dari orbit Jakarta dan memasukkan ia ke orbit Kuala Lumpur. Dengan itu perhubungan di antara kedua-dua negara bertambah dingin .

Perkara kedua yang menimbulkan konflik dalam hubungan Tanah Melayu­Indonesia ialah kegiatan penyeludupan yang diamalkan oleh pihak PRRI. Akibat penyeludupan, kerajaan pusat Indonesia mengalami kerugian berjuta-juta ringgit dalam bentuk pertukaran asing dan cukai kastam. Penyeludupan yang dijalankan oleh PRRI menguntungkan pihak Tanah Melayu, khususnya Singapura kerana mereka dapat membeli barang-barang seludupan tanpa cukai yang dikenakan oleh kerajaan Indonesia. Oleh itu Indonesia meminta kerjasama daripada Kuala Lumpur dan Singapura untuk menghapuskan penyeludupan letapi reaksi Kuala Lumpur dan Singapura tidak menggembirakan pihak Indonesia. .

Konflik yang wujud dalam hubungan Tanah Melayu Indonesia, akibat isu PRRI kemudaian digunakan oleh pihak Indonesia, khususnya Presiden Sukarno, sebagai salah satu sebab untuk menentang Persekutuan Malaysia yang dicadangkan oleh Tuanku pada Mei 1961. Sukarno seterusnya melancarkan konfrontasi terhadap Malaysia pada tahun 1963.82 Kemungkinan masalah-masalah yang wujud dalam hubungan Tanah Melayu-Indonesia akibat pemberontakan PRRI dapat diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan jika terdapat pertubuhan seperti ASEAN8J pada ketika itu. Dengan pertubuhan seperti itu kedua-dua negara dapt menyelesaikan masalah ·tersebut dengan semangat setiakawan. Pemberontakan PRRI menjejaskan hubungan Tanah Melayu- Indonesia selama tiga tahun dan menyebabkan salah faham di antara mereka. , Walaupun terdapat konflk pada mulanya, mujurlah semangat kerjsama di antara kedua-dua pihak, berdasarkan persaudaran dan kepentingan bersama, kemudiannya dapat menolong mengatasi perselisihan itu.

82 Sila lihat Cindy Adam. Bung Karno : Pen}'ambung Lidah RaJcyolltuionesia. GURung Agung, Djakarta 1966. bal. 445-447.

83 ASEAN ialah Assocition of South East Asian Nalions yang ditubuhkan pada tahun 1967 oleh Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan Singapura. Brunei menjadi ahli pada tahun 1984.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia