perkembangan bayi dalam kandungan

21
Perkembangan  Bayi Dalam Kandungan 21 August 2013 Royzaliyana 0 Comments Bahagianya bila mengetahui di hamil, tidak kira lah bayi sulung, kedua atau keberapa sahaja. Kita sebagai wanita akan terasa bahagia dan lengkap manakala pihak suami pasti merasa gembira dan teruja apabila mengetahui isteri yang dicintai hamil zuriatnya. Namun tahukah anda perkembangan bayi dalam kandungan ini Di sini ingin Yana kongsikan Perkembangan Bayi Dalam Kandungan sepanjang kehamilan iaitu dari minggu pertama sehingg minggu ke 40. Mari kita terokai Perkembangan Bayi Dalam Kandungan : Minggu 1 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim. Bayi Anda Lapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim. Perkembangan Bayi Dalam Kandungan : Minggu 2  Blastocyst me nggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbagi kira-kira 2 kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Upload: mohd-fahmi-ahmad

Post on 17-Oct-2015

185 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pregnancy

TRANSCRIPT

PerkembanganBayi Dalam Kandungan21 August 2013Royzaliyana0 CommentsBahagianya bila mengetahui di hamil, tidak kira lah bayi sulung, kedua atau keberapa sahaja. Kita sebagai wanita akan terasa bahagia dan lengkap manakala pihak suami pasti merasa gembira dan teruja apabila mengetahui isteri yang dicintai hamil zuriatnya. Namun tahukah anda perkembangan bayi dalam kandungan iniDi sini ingin Yana kongsikanPerkembangan Bayi Dalam Kandungan sepanjang kehamilan iaitu dari minggu pertama sehingg minggu ke 40. Mari kita terokaiPerkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 18 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.Bayi AndaLapan hari selepas persenyawaan, blastosis akan merembeskan mukus untuk menyatakan kehadirannya di dalam rahim.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 2Blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbagi kira-kira 2 kali sehari sehingga pada hari yang ke-12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.Bayi AndaBlastosis mula mengelembung dan membahagi dua kali dalam tempoh sehari. Pada hari ke-12, jumlahnya akan menjadi beribu-ribu. Setelah itu, blastosis ditanam dengan kukuh pada endometrium.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 3Saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih (sel) daripada organ badan yang akan bergabung.Bayi AndaSelepas tiga minggu persenyawaan, saiz embrio ialah sepanjang 2 mm. Gen janin mula membentuk tiga lapisan sel daripada organ badan yang akan bergabung.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 4Janin sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci (6 mm = sebesar biji tembikai). Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).Bayi AndaBentuk asas seorang manusia mula bergabung. Panjang embrio lebih kurang 6 mm. Pada minggu ini, akan kelihatanlah bentuk awal otak dan tulang belakang fetus. Jantungnya mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang mengalirkan darah daripada jantung).Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 5Embrio akan terus membesar. Terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif. Sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.Bayi AndaWalaupun anggota tubuh badan embrio yang jelas kelihatan hanyalah matanya, namun otaknya kini dalam proses perkembangan. Begitu juga dengan saluran darah yang tidak lama lagi akan bertukar menjadi jantung. Saiz embrio sudah mencecah 4 mm.Tubuh andaHaid anda tidak datang. Minggu ini merupakan minggu paling sesuai untuk anda menjalani ujian air kencing yang boleh menentukan sama ada anda hamil ataupun sebaliknya.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 6Sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepala dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.Bayi AndaJantungnya kini sudah terbentuk dan mula berdenyut. Di akhir minggu ini, saluran yang menghubungkan embrio dengan plasenta mula membesar menjadi tali pusat. Selain itu, saluran darah juga terbentuk. Saiz embrio kini sebesar jari kelengkeng dan pergerakannya hanya dapat dilihat melalui ujian imbasan.Tubuh andaJika anda menderita morning sickness, bau-bau tertentu akan membuatkan anda jadi lebih teruk lagi. Kulit anda juga berubah menjadi lebih gelap sehingga menjadi bertompok-tompok dan mengelupas.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 7Pembentukan bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair (air ketuban atau amnotic sac) yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.Bayi AndaFetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.Tubuh andaAnda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 8Seluruh organ tubuh utama bayi telah terbentuk meskipun belum berkembang sempurna. Mata dan telinga mulai terbentuk. Jantung berdetak kuat. Dengan ultrasound kita dapat melihat jantung janin berdenyut.Bayi AndaFetus kini berukuran 1.3 sm. Lubang hidung, bibir, lidah dan giginya dalam proses pembentukan. Manakala kaki dan lengannya kian berkembang. Dalam pada itu, tulang belakang, usus dan otak hampir terbentuk sepenuhnya.Tubuh andaAnda mungkin berasa pening ataupun pengsan jika anda berdiri terlalu lama. Selain itu, jika anda berada dalam keadaan sesak, anda juga mungkin berkeadaan sebegini. Anda juga turut mudah berasa letih. Jadi pastikan anda mendapat rehat secukupnya.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 9Telinga bagian luar mulai terbentuk, kaki dan tangan terus berkembang berikut jari kaki dan tangan mulai tampak. Ia mulai bergerak walaupun Anda tak merasakannya. Dengan Doppler, Anda bisa mendengar detak jantungnya. Minggu ini, panjangnya sekitar 22-30 mm dan beratnya sekitar 4 gram.Bayi AndaBentuk muka fetus mula berkembang, malah mulut dan hidungnya jelas kelihatan. Begitu juga dengan kaki dan tangannya. Fetus kini berukuran kira-kira 3 sm.Tubuh andaBerat anda mula bertambah. Anda digalakkan untuk merekodkan setiap pertambahan berat badan yang dialami. Ketika ini, gusi anda menjadi lebih lembut dan nipis disebabkan oleh perubahan hormon. Jadi, beri perhatian khusus kepada kebersihan gigi.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 10Semua organ penting yang telah terbentuk mulai bekerjasama. Pertumbuhan otak meningkat dengan cepat, hampir 250.000 sel saraf baru diproduksi setiap menit. Ia mulai tampak seperti manusia kecil dengan panjang 32-43 mm dan berat 7 gram.Bayi AndaTelinga luaran fetus mula jelas kelihatan. Tubuhnya kini mula memanjang di mana ibu jari dan jari-jari yang lain jelas terlihat tetapi bentuknya belum sempurna seperti jari normal manusia. Pada tahap ini, saiz fetus ialah 4.5 sm dan beratnya pula 5 g.Tubuh andaJumlah darah yang mengalir di dalam tubuh kian meningkat. Ini akan membuatkan anda berasa lebih panas daripada biasa. Saiz rahim anda kini sebesar buah oren. Perubahan fizikal memaksa anda memakai pakaian yang lebih selesa sesuai dengan saiz baru anda.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 11Panjang tubuhnya mencapai sekitar 6,5 cm. Baik rambut, kuku jari tangan dan kakinya mulai tumbuh. Sesekali di usia ini janin sudah menguap.Gerakan demi gerakan kaki dan tangan, termasuk gerakan menggeliat, meluruskan tubuh dan menundukkan kepala, sudah bisa dirasakan ibu. Bahkan, janin kini sudah bisa mengubah posisinya dengan berputar, memanjang, bergelung, atau malah jumpalitan yang kerap terasa menyakitkan sekaligus memberi sensasi kebahagiaan tersendiriBayi AndaDi minggu ini, majoriti organ kandungan anda sudah terbentuk. Jadi, sesetengah kesakitan yang dialami akan berakhir pada penghujung minggu ini. Kini, fetus berada dalam zon selamat daripada sebarang ketidaknormalan pada janin dan jangkitan tertentu. Berat fetus pada minggu ini sepatutnya mencecah antara 10 gm dan panjangnya pula 5.5 sm.Tubuh andaSebarang perubahan (kesakitan) yang dialami akan membuatkan anda mudah berasa letih. Jadi, anda perlu mengambil peluang merehatkan diri jika ada kesempatan. Selain itu, jika berasa khuatir dengan perubahan-perubahan yang berlaku, segeralah bertemu dengan doktor agar kemusykilan anda dapat dileraikan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 12Panjang janin sekarang sekitar 6,5 cm dan bobotnya sekitar 18 gram. Kepala bayi menjadi lebih bulat dan wajah telah terbentuk sepenuhnya. Jari-jari tangan dan kaki terbentuk dan kuku mulai tumbuh. Bayi mulai menggerak-gerakkan tungkai dan lengannya, tetapi ibu belum dapat merasakan gerakan-gerakan ini.Bayi AndaJantung fetus berdegup antara 110 hingga 160 kali seminit. Pada minggu ini dadanya turun naik kerana dia sudah mula bernafas. Bentuk tubuhnya sudah mula kelihatan. Ibu jari dan jari-jari lainnya sudah lengkap terbentuk. Begitu juga dengan kukunya. Fetus sudah mampu menghisap ibu jarinya dan menelan cecair amniotik seterusnya menukarkannya menjadi urin. Cecair amniotik akan diganti setiap 24 jam. Panjang fetus kini ialah 6.5 sm manakala beratnya pula 20 gm.Tubuh andaBerat badan anda akan bertambah kira-kira satu perempat daripada berat badan normal di antara minggu ini hingga minggu 20. Ketika minggu ini anda akan berasa lebih bertenaga berbanding minggu-minggu sebelumnya. Teliti gaya hidup dan pemakanan anda dan pastikan diet anda mengandungi himpunan makanan yang baik dan seimbang untuk anda dan kandungan.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 13Bayi AndaSaiz fetus kini 7.5 sm dan beratnya pula 30 gm. Tulangnya mula berkembang, begitu juga dengan gigi. Pada tahap ini, fetus sentiasa menggerakkan bibirnya sebagai persediaan untuk merangsang otot bibirnya supaya daya hisapannya dapat berfungsi dengan baik setelah dia lahir nanti.Tubuh andaPerubahan saiz rahim yang kian membesar akan membuatkan anda menyedari bahawa perasan perut anda buncit. Dalam pada itu, perubahan warna puting turut berlaku. Warna bahagian tersebut berubah menjadi lebih gelap dan urat biru pada payu dara anda mula jelas kelihatan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 14Bayi AndaPada trimester kedua, organ-organ bayi dalam kandungan sudah mulai matang. Dagu, dahi dan hidung kini semakin menyerlah. Bayi anda juga berupaya untuk mengerak-gerakkan kepalanya dan ada kalanya dia boleh mengerutkan kening. Bayi anda kini berukuran 9 sm dengan berat sebanyak 60 gm.Tubuh andaKuantiti darah yang mengalir dalam badan semakin banyak. Dalam masa yang sama bayi juga perlukan oksigen. Oleh yang demikian, jantung perlu bekerja kuat. Jadi, tidak hairanlah jika ketika ini jantung anda kelihatan sedikit besar. Semua itu adalah untuk memastikannya mampu menjalankan tugas sebaiknya. Hasil daripada pertambahan kuantiti darah dalam badan, anda kini jadi lebih bertenaga berbanding sebelumnya. Dalam erti kata lain, inilah waktu yang paling sesuai untuk anda dan keluarga pergi bercuti sebelum melahirkan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 15Bayi AndaTulang rangka bayi anda sedang giat berkembang. Kini kakinya lebih panjang daripada tangan. Rambut pada kepala juga semakin menebal. Begitu juga dengan kening dan bulu matanya. Semua makin jelas kelihatan. Bayi anda pada ketika ini sudah boleh mendengar. Antara yang paling jelas didengarnya ialah suara anda selain daripada degupan jantung dan bunyi perut anda. Bayi anda sekarang sudah sepanjang 12 sm dan beratnya kira-kira 100 gm.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 16Bayi AndaBayi semakin kerap bergerak. Tubuh mereka juga pada ketika ini mula diselaputi lanugo iaitu rerambut halus. Tujuannya ialah untuk mengekalkan keseimbangan suhu badan. Jantina bayi anda juga sudah boleh diketahui semasa ultrasound dilakukan. Bayi anda kini berukuran 16 sm panjang dengan beratnya 135 gm.Tubuh andaPada saat ini anda sepatutnya rasa lebih segar, seronok dan gembira. Selera makan juga semakin bertambah. Anda mungkin dapat merasa pergerakan pertama bayi dalam kandungan. Akan tetapi pergerakan bayi anda tidaklah terlalu ketara. Pada masa yang sama, garis halus berwarna gelap di bawah abdomen yang dikenali sebagai linea nigra semakin menyerlah. Dan garis ini kembali pudar selepas anda melahirkan.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 17Dengan panjang 12 cm dan berat 100 gram, bayi masih sangat kecil. Lapisan lemak cokelat mulai berkembang, untuk menjada suhu tubuh bayi setelah lahir. Tahukah Anda ? Saat dilahirkan, berat lemak mencapai tiga perempat dari total berat badannya.Rambut, kening, bulu mata bayi mulai tumbuh dan garis kulit pada ujung jari mulai terbentuk. Sidik jari sudah mulai terbentukBayi AndaAnggota badan bayi dalam kandungan anda kini terbentuk dengan sempurna. Deria rasanya juga sudah mula dibina. Bayi anda sekarang sudah mempunyai cap jarinya sendiri. Dan kini, dia berukuran 18 sm dengan berat sekitar 185 gm.Tubuh andaPinggang ramping anda kini sudah menghilangkan dirinya. Yang tinggal hanyalah perut yang semakin membesar di samping kehadiran sedikit tanda rekahan pada bahagian tersebut. Selain perut, gusi juga mengalami sedikit gangguan. Gusi berdarah ialah antara masalah yang biasa dialami wanita hamil. Jangan risau. Pergilah bertemu doktor gigi untuk rawatan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 18Mulailah bersenandung kerana janin kini dapat mendengar pada minggu ini. Ia juga akan terkejut bila mendengar suara keras. Mata bayi pun berkembang. Ia akan mengetahui adanya cahaya jika Anda menempelkan sesuatu yang menyala di perut. Panjangnya sudah 14 cm dan beratnya 140 gram.Bayi sudah dapat melihat cahaya yang masuk melalui dinding rahim ibu. Hormon Estrogen dan Progesteron semakin meningkat.Bayi AndaKulit bayi anda ketika ini masih lagi berkedut kerana mereka belum pun mengumpul lemak. Dia juga sangat aktif bergerak. Bayi anda juga mula peka terhadap bunyi-bunyian daripada luar. Oleh yang demikian, janganlah terperanjat jika tiba-tiba bayi anda menendang setelah terdengar bunyi kuat yang tidak anda duga. Bayi anda kini berukuran kira-kira 21 sm dengan beratnya 235 gm.Tubuh andaKetika ini anda sudah semakin dapat rasa pergerakan anak. Dalam masa yang sama, ibu hamil juga mungkin mengalami masalah untuk bernafas. Hal ini terjadi kerana semasa hamil, membran dalam hidung akan membengkak seterusnya mengganggu peredaran udara masuk ke dalamnya. Selain itu, lelehan faraj juga semakin bertambah. Sepanjang trimester kedua ini, anda akan dapat mengesan beberapa perubahan sampingan yang ketara pada tubuh selain daripada pertambahan berat badan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 19Tubuh bayi diselimuti vernix caseosa, ianya seperti lapisan lilin yang melindungi kulit dari luka. Otak bayi telah mencapai jutaan saraf motorik, oleh itu ia mampu membuat gerakan sadar seperti menghisap ibu jari. Beratnya 226 gram dengan panjang hampir 16 cm.Bayi AndaSama seperti anda, janin dalam kandungan juga semakin membesar. Ketika ini gigi susu mereka mulai terbentuk dalam gusi. Dalam masa yang sama, tunas untuk pembentukan gigi kekal juga muncul. Janin anda sudah menjangkau 23 sm dengan beratnya kira-kira 285 gm.Tubuh andaSaat ini berat badan anda semakin bertambah. Punggung, paha dan bahagian abdomen adalah antara kawasan yang paling ketara pertambahan beratnya. Urat-urat halus juga mula kelihatan pada muka anda. Jangan risau, semua itu akan kembali seperti sedia kala setelah anda melahirkan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 20Bayi masih berenang-renang dalam lautan air ketuban. Ia tumbuh dengan pesat. Bayi akan membuat gerakan-gerakan aktif yang dapat dirasai oleh ibu. Bayi akan menendang berpusing dan sebagainya.Bayi AndaVernis merupakan sejenis bahan putih berminyak mula menyelaputi kulit bayi untuk melindunginya daripada cecair amniotik semasa berada dalam kandungan. Bayi anda kini berukuran 25.5 sm dengan berat 340 gm.Tubuh AndaRahim semakin cepat membesar dan anda kini telah kelihatan sama seperti ibu hamil lain. Akibat pembesaran perut yang begitu cepat, pusat hampir tidak kelihatan. Tetapi, ada sesetengah ibu hamil pusatnya tidak menjadi rata sebaliknya tertonjol keluar. Ketika ini masalah pedih ulu hati bukan suatu yang asing.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 21Usus bayi telah cukup berkembang sehingga ia sudah mampu menyerap atau menelan gula dari cairan serta melalui sehingga ke sistem pencernaan menuju usus besar. Gerakan bayi semakin pelan karena beratnya sudah 340 gram dan panjangnya 20 cmBayi AndaBayi anda kini sangat aktif. Hampir setiap saat anda akan dapat rasa pergerakannya. Jadi, tidak hairanlah kalau setiap malam tidur anda diganggu. Jika hal ini terjadi kepada anda, usap perlahan perut sambil berkata-kata kepada anak. Dipercayai dengan cara iniakan dapat menenangkan bayi. Kini, bayi sudah semakin besar dan beratnya kira-kira 390 gm dan dianggarkan 28 sm panjang.Tubuh AndaPada masa ini anda berpeluang untuk melihat perut bergelombang hasil daripada pergerakan bayi dalam kandungan. Anda juga mungkin ada masalah untuk bernafas kerana paru-paru semakin terhimpit akibat ditekan rusuk yang semakin mengembang. Pada masa ini anda juga kelihatan lebih bertenaga dan mungkin inilah masa yang sesuai untuk membuat persediaan menerima kehadiran cahaya mata.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 22Pembentukan bayi semakin sempurna. Wajahnya semakin elok dan semakin mirip pada wajah yang bakal lahir kelakBayi AndaBayi dalam kandungan anda terus membesar akibatnya ruang untuk mereka bergerak semakin kurang. Bayi anda kini mungkin berhubungan dengan anda melalui tendangan ataupun gerakan yang dilakukannya. Sistem pernafasan mereka masih dalam proses pembinaan dan paru-paru belum lagi berfungsi untuk menyalurkan oksigen ke salur darah. Bayi anda kini berukuran 29 sm dengan berat kira-kira 410 gm.Tubuh andaTulang rusuk bahagian bawah anda mula rasa sakit akibat ditolak keluar oleh rahim yang semakin membesar. Untuk kurangkan rasa tidak selesa, cuba duduk setegak mana yang anda mampu atau anda boleh mengangkat tangan dengan lurus melepasi kepala. Selain itu, jika anda ada cara lain yang lebih menyelesakan, amalkanlah kerana inilah waktu terbaik untuk anda cuba apa sahaja cara asalkan kesakitan yang dialami tidak berlarutan.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 23Walaupun lemak semakin tumbuh di dalam tubuh bayi, kulitnya masih berkendut sehingga tampak keriput. Ini karena produksi sel kulit lebih banyak dibandingkan lemak. Ia menggerakkan otot jari-jari tangan dan kaki, lengan dan kaki secara teratur. Beratnya hampir 450 gram.Tangan dan kaki bayi telah terbentuk dengan sempurna, jari juga terbentuk sempurna.Bayi AndaBayi anda kini sudah semakin sempurna pembentukannya. Jika dia lelaki, skrotumnya sudah terbentuk sempurna dan jika dia perempuan, dalam ovarinya kini sudah pun terkandung beberapa juta telur. Jumlah telur ini akan berkurangan ke sekitar dua juta ketika dilahirkan dan jumlahnya semakin berkurangan apabila usia anak semakin meningkat. Bayi anda kini berukuran kira-kira 31 sm dengan berat sebanyak 440 gm.Tubuh andaAnda mula dapat rasakan kehadiran bayi dalam perut. Anda akan rasa tegang pada bahagian tersebut. Kadangkala anda akan rasa sakit seperti mencucuk-cucuk pada bawah perut kerana otot uterine sedang meregang. Rasa sakit ini akan hilang apabila anda berehat.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 24Sekarang panjang bayi sekitar 32 cm dan beratnya 500 gram. Ibu dapat merasakan bagian-bagian tubuh bayi yang berbeza yang menyentuh dinding perutnya. Otot rahim ibu meregang dan terkadang ibu merasakan sakit di bagian perutnya.Bayi AndaBayi anda semakin lasak bergerak. Anda juga semakin mahir membaca pergerakannya. Degupan jantung bayi anda sudah boleh didengar walaupun hanya menggunakan stetoskop biasa. Bayi anda juga sudah boleh mendengar kata-kata anda dengan jelas. Kini berat bayi anda sudah menjangkau 500 gm dengan panjangnya 33 sm.Tubuh andaTubuh anda kini mula menambah beratnya sebanyak setengah kilo seminggu. Dalam masa yang sama, kaki anda akan mula rasa tegang akibat berat badan yang bertambah dengan banyak. Untuk mengelakkan rasa tidak selesa, pastikan kasut yang sesuai.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 25Bayi mulai sedu. Ini tandanya ia sedang latihan bernafas. Ia menghirup dan mengeluarkan air ketuban. Jika air ketuban yang tertelan terlalu banyak, ia akan tersedu.Tulang bayi semakin mengeras dan bayi menjadi bayi yang semakin kuat. Saluran darah di paru-paru bayi sudah semakin berkembang. Garis disekitar mulut bayi sudah mulai membentuk dan fungsi menelan sudah semakin baik. Deria bau bayi sudah semakin membaik kerana di minggu ini bagian hidung bayi (nostrils) sudah mulai berfungsi. Berat bayi sudah mencapai 650-670 gram dengan tinggi badan 34-37 cmBayi AndaSel-sel otak pada bayi terus berkembang dan menjadi semakin kompleks. Tulang-temulang juga semakin keras. Kini, bayi anda semakin aktif belajar bernafas, menyedut dan keluarkan kembali cecair amniotik yang wujud di sekitar mereka. Dan ketika ini jika bayi anda tertela2+221000000n terlalu banyak cecair tersebut, dia boleh sedu. Bayi dalam kandungan anda sekarang berukuran 34 sm dengan berat sekitar 600 gm.Tubuh andaAnda kini kelihatan lebih berseri-seri. Muka semakin bercahaya. Semuanya kerana meningkatnya peredaran darah di bawah kulit. Tekanan pada punci kencing juga adalah punca mengapa anda sering ke tandas. Kekejangan, sakit belakang dan pedih ulu hati semakin kerap berlaku.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 26Bayi sudah boleh mengedipkan matanya selain itu retina matanya telah mulai terbentuk. Keaktifan otaknya yang berkaitan dengan pendengarannya dan pengelihatannya sudah berfungsi, ibu boleh mulai mendengar lagu yang ringan atau mendendangkan bacaan suci al-quran pada yang beragama Islam serta mencuba menyuluh cahaya tinggi disekitar perut, kemungkinan ibu akan merasakan anggukan kepala si kecil. Berat badan bayi sudah mencapai 750-780gram, sedangkan tingginya 35-38 cm.Bayi AndaWalaupun bayi anda kelihatan kurus kering, mereka sebenarnya sudah mula membentuk lemak-lemak di bawah kulit. Lemak-lemak ini kemudiannya akan membantu mengekalkan suhu badan sehinggalah selepas dilahirkan. Bayi anda kini sepanjang 35 sm dengan berat 700 gm.Tubuh andaDengan perut yang semakin membesar, tidur anda kini sering tidak nyenyak. Selain daripada rasa tidak selesa semasa berbaring, anda juga semakin kerap ke bilik air. Ketika ini cara tidur yang betul penting untuk memastikan anda berpeluang untuk berehat secukupnya. Agar anda rasa selesa ketika berbaring, alaskan perut dan kaki dengan bantal.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 27Minggu pertama trimester ketiga, paru-paru, hati dan sistem kekebalan tubuh masih beransur matang. Namun jika ia dilahirkan, memiliki peluang 85% untuk bertahan.Pancaintera perasa mulai terbentuk. Bayi juga sudah pandai mengisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya. Berat umum bayi seusia si kecil 870-890 gram dengan tinggi badan 36-38 cm.Bayi AndaBayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.Tubuh andaAnda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 28Minggu ini beratnya 1100 gram dan panjangnya 25 cm. Otak bayi semakin berkembang dan meluas. Lapisan lemak pun semakin berkembang dan rambutnya terus tumbuh.Lemak dalam badan mulai bertambah. Walaupun gerakan bayi sudah mulai terbatas karena beratnya yang semakin bertambah, namun matanya sudah mulai berkedip bila melihat cahaya melalui dinding perut ibunya. Kepalanya sudah mengarah ke bawah. Paru-parunya belum sempurna, namun jika saat ini ia terlahir ke dunia, si kecil kemungkinan besar dapat bertahan hidup.Bayi AndaPada usia ini, bayi sudah cukup sifatnya dan boleh lahir pada bila-bila masa. Jika bayi lahir pada usia ini, dia dikategorikan sebagai bayi pramatang. Jantungnya kini berdegup sebanyak 150 degupan seminit. Berat badannya kini mencecah 900 gm.Tubuh andaPayu dara anda mungkin sudah mengeluarkan kolostrum iaitu sejenis cecair likat. Jika anda berasa tidak selesa dengan pengeluaran kolostrum tersebut, cuba pakai pad pada coli bagi mengelakkan rasa melekit. Pada usia kandungan ini, darah anda akan diuji buat kali kedua untuk melihat tahap anemia dalam badan. Sekiranya anda didapati anemia positif, bekalan zat besi berbentuk pil akan diberikan.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 29Kelenjar adrenalin bayi mulai menghasilkan hormon seperti androgen dan estrogen. Hormon ini akan menyetimulasi hormon prolaktin di dalam tubuh ibu sehingga membuat kolostrum (air susu yang pertama kali keluar saat menyusui).Sensitifi dari bayi semakin jelas, bayi juga boleh membezakan perubahan bunyi, cahaya, rasa dan bau. Selain itu otak bayi juga dapata mengendalikan nafas dan mengatur suhu badan dari bayi. Postur dari bayi sudah semakin sempurna sebagai seorang manusia, berat badannya 1100-1200 gram, dengan tinggi badan 37-39 cm.Bayi AndaBayi semakin membesar dan memenuhi ke seluruh ruang dalam perut. Kepalanya mula sepadan dengan badan. Kening dan bulu mata tumbuh sepenuhnya. Bulu pada badannya terus tumbuh. Matanya, boleh membuka dan ditutup dan mula fokus. Berat bayi kini dalam 1 kg dan ukuran badan mencecah 38 sm.Tubuh andaAnda akan berasa dengan kerap pergerakan bayi dalam kandungan. Bayi juga akan mula mengeras badan. Oleh yang demikian, banyakkanlah berehat sama ada dengan duduk atau berbaring.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 30Kepala bayi sekarang sudah seimbang dengan tubuhnya. Ibu mungkin mengalami tekanan di bagian diafrakma dan perut. Sekarang berat bayi sekitar 1700 gram dan panjangnya sekitar 40 cm.Bayi AndaBayi kini sudah pandai menyesuaikan keadaan mengikut keselesaan. Berat badannya kini boleh mencecah 1.1 kg dan panjangnya lebih kurang 39 sm.Tubuh andaAnda akan cepat rasa letih kerana perut semakin membesar. Jika berjalan terlalu laju anda akan cepat lelah. Jadi adalah penting untuk anda menjaga posisi. Tidur pada waktu malam juga mungkin akan terganggu.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 31Plasenta masih memberikan nutrisi yang diperlukan bayi. Aliran darah di plasenta memungkinkan bayi menghasilkan air seni. Ia berkemih hampir sebanyak 500 ml sehari di dalam air ketuban.Perkembangan bayi sudah mulai melambat pada fasa ini, hanya berat badan bayilah yang akan bertambah. Selain itu lapisan lemak akan semakin bertambah dibawah jaringan kulitnya. Tulang pada tubuh bayi sudah mulai mengeras, berkembang dan mulai memadat dengan zat-zat penting seperti kalsium, zat besi, fosfor. Berkebalikan denganperkembangan tubuhnya, pada fasa ini perkembangan otaknyalah yang berkembang dengan sangat pesat dengan menghasilkan berjuta sel. Apabila diperdengarkan musik, bayi akan bergerak. Berat badan bayi 1550-1560 gram dengan tinggi 41-43 cm.Bayi AndaFizikal bayi lengkap sepenuhnya kecuali sebahagian kecil paru-parunya. Begitu juga pada bahagian otaknya. Otak dikatakan masih dalam proses perkembangan tetapi semakin laju dan bayi sekarang boleh mendapat dan memproses maklumat dengan cepat. Bayi juga mula berasa sakit jika kedudukannya tidak betul. Dia akan bertukar posisi kepada lebih selesa. Berat kini menjangkau 1.4 kg dan tingginya pula 40 sm.Tubuh andaSesak nafas atau termengah-mengah akan mudah berlaku sekiranya anda tidak berhenti bergerak. Jadi banyakkan berehat. Jika waktu malam anda rasa kurang selesa untuk bernafas, pastikan pakaian anda tidak terlalu ketat dan panas.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 32Jari tangan dan kaki telah tumbuh sempurna, begitu pula dengan bulu mata, alis dan rambut di kepala bayi yang semakin jelas. Lanugo yang menutupi tubuh bayi mulai rontok tetapi sebagian masih ada di bahu dan punggung saat dilahirkan. Dengan berat 1800 gram dan panjang 29 cm, kemampuan untuk bertahan hidup di luar rahim sudah lebih baik apabila di dilahirkan pada minggu ini.Kulit bayi semakin merah, kelopak matanya juga telah terbuka dan system pendengaran telah terbentuk dengan sempurna. Kuku dari jari mungil tangan dan kaki si kecil sudah lengkap dan sempurna. Rambutnya pun semakin banyak dan semakin panjang. Bayi juga akan mula bermimpi .Bayi AndaBayi semakin aktif bergerak. Dia akan memusingkan badan, menendang dan membuat lebih banyak lagi aksi berbanding sebelum ini. Walau bagaimanapun, kedudukan kepala bayi tetap berada di permukaan serviks untuk keluar pada bila-bila masa. Berat badannya kini 1.6 kg. Manakala ukurannya mencapai 40.5 sm.Tubuh andaJika anda bekerja, mulakan cuti sekarang. Nikmati hujung minggu kehamilan ini dengan pelbagai persediaan mental dan fizikal.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 33Bayi telah memiliki bentuk wajah yang menyerupai ayah dan ibunya. Otak bayi semakin pesat berkembang. Pada saat ini juga otak bayi sudah mulai berhubung antara satu sama lain, bayi sudah menghisap ibu jarinya serta pandai menelan. Walaupun tulang-tulang bayi sudah semakin mengeras tetapi otot-otot bayi belum benar-benar bersatu. Bayi juga sudah pandai menarik nafas dalam-dalam walaupun nafasnya masih di dalam air. Apabila bayinya laki-laki maka testis bayi sudah mulai turun dari perut menuju skrotum. Berat badan bayi 1800-1900 gram, dengan tinggi badan sekitar 43-45 cm.Bayi AndaJari jemari mulai terbentuk dengan sempurna. Begitu juga halnya dengan paru-paru. Ketika ini, bayi mula berlatih bernafas. Ukuran janin kini berukuran 41.5 sm dengan berat 1.8 kg.Tubuh andaKenaikan berat badan kini tidak terlalu cepat. Jika tidak pun, berat badan hanya meningkat lebih kurang 1kg untuk setiap minggu. Anda digalakkan memeriksa tahap kesihatan dengan kerap agar tidak berlaku sebarang masalah.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 34Bayi berada di pintu rahim. Bayi sudah dapat membuka dan menutup mata apabila mengantuk dan tidur, bayi juga sudah mulai mengedipkan matanya. Tubuh ibu sedang mengirimkan antibodi melalui darah ibu ke dalam darah bayi yang berfungsi sebagai sistem kekebalan tubuhnya dan proses ini akan tetap terus berlangsung bahkan lebih rancak pada saat ibu mulai menyusui. Berat Badan bayi 2000-2010 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-46 cm.Bayi AndaBerat badannya semakin bertambah. Matanya mula sensitif terhadap cahaya. Kening dan bulu mata kini sudah cukup matang dan mata janin kini sudah pandai berkedip-kedip. Sekiranya janin adalah lelaki, testisnya mula membentuk dengan sempurna. Berat badannya kini menjangkau 2 kg, Manakala, ukuran badannya kini mencecah 43 sm.Tubuh andaTekanan darah mungkin akan meningkat agak tinggi. Jadi, jaga sedikit perasan dan emosi anda pada peringkat ini.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 35Pendengaran bayi sudah berfungsi secara sempurna. Lemak dari tubuh bayi sudah mulai memadat pada bagian kaki dan tangannya, lapisan lemak ini berfungsi untuk memberikan kehangatan pada tubuhnya. Bayi sudah semakin membesar dan sudah mulai memenuhi rahim ibu. Apabila bayi laki-laki maka di bulan ini testisnya telah sempurna. Berat badan bayi 2300-2350 gram, dengan tinggi badan sekitar 45-47 cm.Bayi AndaBayi masih lagi membesar dan memenuhi ruang dalam perut. Bayi tidak bergerak terlalu aktif kerana ruang agak sempit. Berat badannya kini meningkat kepada 2.3 kg dan panjangnya 44.5 sm.Tubuh andaBanyakkan berbincang tentang emosi dan kesediaan anda ketika di bilik bersalin bersama pasangan atau sesiapa yang akrab agar rasa gentar dan risau semakin hilang. Dalam masa yang sama, kawal diet. Jangan berjalan keluar rumah kerana takut kontraksi boleh bermula pada bila-bila. Bersiap sedia dari sekarang.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 36Bayi sudah hampir sepenuhnya berkembang. Sewaktu-waktu ia dapat turun ke rongga pinggul ibu. Kulit bayi sudah halus sekarang dan tubuhnya montok. Apabila ia bangun, matanya terbuka dan ia dapat membezakan antara terang dan gelap. Sekarang panjang bayi sekitar 50 cm dan bobotnya berkisar antara 2500 hingga 4500 gram.Bayi AndaKontraksi awal boleh bermula sekarang. Tetapi jika ia berlaku tidak terlalu kerap, itu bukan tanda ingin bersalin. Tetapi ia hanya tanda-tanda yang kandungan anda kini semakin mencapai tahap matang. Bayi kini mula pandai bernafas dengan betul, menghisap jari dan belajar menelan. Berat kini 2.5 kg dan panjang 46 sm.Tubuh andaBernafas kini semakin tidak selesa. Pangkal rahim juga rasa sakit akibat tekanan yang dibuat oleh bayi dalam kandungan. Pemeriksaan kehamilan pula akan dijalankan setiap minggu mulai sekarang.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 37Bayi AndaBulu pada badan bayi mulai berkurangan. Bayi mula mengeluarkan hormon yang dinamakan cortisone yang membantu mematangkan organ pernafasan. Berat kini 2.7 kg manakala panjang 47 sm.Tubuh andaBersedia, mungkin anda bersalin pada minggu ini. Periksa semua persiapan sebelum dan selepas bersalin. Jangan takut untuk bertanya apa jua soalan berkaitan dengan proses kelahiran kepada orang yang berpengalaman. Sikap ini membantu anda menambah lagi ilmu untuk di gunakan ketika di bilik bersalin.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 38Bayi AndaLemak mula terbina dalam badan bayi. Kulit bayi kini sudah menjadi sedikit merah jambu. Rambut mulai memancang sehingga mencecah ukuran 5 sm. Begitu juga dengan kukunya. Pada usia ini, bayi anda mempunyai berat badan lebih kurang 2.9 kg dan panjangnya pula 48 sm.Tubuh andaSentiasa peka dengan perubahan diri. Patikan tanda-tanda ingin bersalin. Jika ada tanda cepat-cepat pergi ke hospital. Jangan terlalu banyak membuat kerja-kerja rumah takut nanti tenaga anda hilang. Kumpulkan tenaga untuk beberapa hari ini supaya tenaga yang disimpan itu dapat digunakan sepenuhnya ketika di bilik bersalin.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 39Bayi AndaKini bayi matang sepenuhnya. Berat kini 3.1 kg dan panjang 49 sm.Tubuh andaMasa kini sudah tiba. Rasa sakit kontraksi kini semakin kerap. Walaupun begitu, jangan biarkan rasa sakit itu menghantui anda. Tenangkan fikiran dan bersiap sedia untuk ke hospital.Perkembangan Bayi Dalam Kandungan :Minggu 40Dia seharusnya sudah berada di dalam dakapan anda. Doktor tidak akan menangguhkan lagi kelahirannya. Sama ada secara semula jadi atau caesarean, kelahiran mesti dilakukan.

Bayi yang dinantikan kini lahirIbu tidak perlu risau jika bayinya tidak lahir tepat pada waktu yang telah