perkembangan ekonomi malaysia (1)
TRANSCRIPT
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
1/63
PERKEMBANGAN EKONOMI DI MALAYSIA SELEPAS
KEMERDEKAAN HINGGA KE HARI INI
MPW1113-PENGAJIAN MALAYSIA
DPILOMA IN EDUCATION(TESL)
&
DIPLOMA IN NURSING
DISEDIAKAN OLEH:
SUBA KERISNAN (1052045)
NUR AMIRA BT AHMAD FAUZI(1052056)
LAILABT SALLEH (0801180)
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN ROHAINI BT AMIN
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
2/63
2
PE
Syukur yang tidak terhingga saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya akhirnya dapat kami menyiapkan kertas kerja yang telah ditugaskan kepada kami
ini sekaligus dengan pembentangan yang telah kami bentangkan bagi tajuk yang telah kami
pilih iaitu Pembangunan Ekonomi Malaysia selepas Kemerdekaan.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan buat pensyarah kami yang
tercinta,Puan Rohaini bt Amin yang tidak pernah putus memberi kami panduan dan tunjuk
ajar sepanjang proses kami menyiapkan pembentangan kertas kerja kursus ini. Tanpa beliau,
tidak mungkin kami mampu untuk menghasilkan kerja yang telah diamanahkan kepada kami
ini.
Ribuan terima kasih juga kami ucapkan buat teman-teman seperjuangan yang banyak
member bantuan buah fikiran dan kemudahan yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan
yang sangat bermakna ini. Tanpa pertolongan dari mereka juga tidak mungkin kami dapat
menyiapkan tugasan ini. Benarlah jika dikatakan bahawa teman itu umpama orang penting
yang ada dalam kehidupan seseorang.
Akhirnya kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak
yang terlibat dalam menyiapkan tugasan yang tidak seberapa ini. Tugasan ini benar-benar
telah memberi kefahaman kepada kami tentang proses pembangunan ekonomi Malaysia
setelah mencapai kemerdekaan.
Sekian, Terima Kasih
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
3/63
3
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
PENGENALAN 4-7
RANCANGAN MALAYA PERTAMA 7-10
RANCANGAN MALAYA KEDUA 10-12
RANCANGAN MALAYSIA PERTAMA 12-14
DASAREKONOMI BARU(DEB 14-16
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA 16-18
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA 18-21
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT 21-25
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA 25-29
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL(DPN) 29-33
WAWASAN 2020 33-40
RANCANGAN MALAYSIA KEENAM 40-43
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH 43-46
DASAR WAWASAN NEGARA(DWN) 46-47
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN 47-49
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN 50-55
RANCANGAN MALAYSIA KESEPULUH 55-56
KESIMPULAN 57
LAMPIRAN 58-61
BIBILOGRAFI 62-63
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
4/63
4
PENGENALAN
Menurut Wikipedia, Malaysia merupakan sebuah negara kecil berpendapatan sederhana dan
berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan
sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi
Baru. Pada awalnya, pertumbuhan ekonomi Malaysia bergantung kepada pengeksportan
bahan bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Kesannya, Malaysia merasai
tamparan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor
teknologi maklumat pada tahun 2001. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun
2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport
tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.
Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan
kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan
hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang
sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang
kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali
sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.
Selain getah dan sawit yang banyak di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak juga kaya
dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli.Malaysia merupakan sebuah
negara masyarakat majmuk yang hidup dalam suasana aman damai dalam pelbagai budaya,
bahasa dan adat resam serta mempunyai kestabilan politik dan ekonomi yang
mantap.Kejayaan Malaysia dalam usaha membangunkan negaranya mengikut acuan
tersendiri sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keberkesanan dasar luar negara yang
diamalkan.Ini terbukti apabila Malaysia diiktiraf sebagai sebuah negara membangun yang
mempunyai kekuatan ekonomi yang tersendiri. Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum,
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
5/63
5
berbilang agama dan dengan ekonominya yang seimbang antara kaum, Malaysia bukanlah
negara yang diramal akan aman dan boleh dimajukan. Ramai yang meramalkan bahawa
perselisihan kaum akan berlaku dan kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti akan
merampas kuasa dan merompak harta kepunyaan kaum-kaum lain tetapi tanggapan itu
ternyata silap kerana para pemimpin negara telah mencorak kerjasama antara kaum tanpa
menghilangkan identiti kaum masing-masing. Inilah formula yang telah menghasilkan
kestabilan dan pembangunan ekonomi di Malaysia.Selain itu ekonomi Malaysia menjadi
bertambah mantap dan kukuh kerana jalinan mesra dengan negara-negara maju tanpa
menghiraukan ideologi yang diamalkan oleh negara tersebut.
Kerja kursus ini membincangkan keadaan ekonomi yang berlaku di
Malaysia.Pengkhususan di buat terhadap keadaan ekonomi Malaysia kerana kejayaan yang
membanggakan sejak merdeka dan keupayaan menangani masalah kemelestan ekonomi pada
1997 tanpa menerima bantuan kewangan dari IMF (International Monetary Fund).Selain itu
keupayaan kerajaan Malaysia dalam menjana pertumbuhan ekonomi tempatan juga
merupakan perbincangan utama dalam kerja kursus ini.
Rancangan Malaysia Kesembilan dan pertumbuhan yang memberangsangkan pada tahun ini
akan menyediakan asas yang kukuh bagi negara melangkah ke satu lagi fasa penting, yakni
pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh 2011-2015. Ketika melangkah ke tahun 2011,
cabaran dalaman dan luar akan terus menguji kekuatan dan ketahanan kita. Dalam era
globalisasi ini kita tidak boleh mengasingkan diri jika kita tidak mahu diketepikan.Untuk
terus menyerlah, kita perlu meningkatkan penyertaan dalam arus persekitaran global.Dalam
hal ini, kita perlu memperluaskan gelanggang dan menjangkau ke arah menjadi pemain
global terutamanya dalam bidang yang mana kita mempunyai kelebihan kompetitif.
Malaysia telah mempunyai kemudahan infrastruktur yang cemerlang.Sudah tibalah masanya
untuk kita memberi tumpuan kepada pembangunan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
6/63
6
melengkapi pencapaian pembangunan fizikal.Adalah penting sekali untuk mengimbangkan
pencapaian kebendaan dengan kerohanian yang luhur, sekiranya kita ingin mencapai
matlamat Wawasan 2020. Sehubungan ini, pembangunan modal insan akan terus menjadi
agenda utama dan usaha-usaha akan ditumpukan ke arah pembentukan individu yang
berketrampilan di tempat kerja dan dalam masyarakat. Rakyat Malaysia perlu menghayati
nilai jujur, berintegriti, cemerlang dan bertanggungjawab serta memiliki pemikiran kelas
pertama seiring dengan infrastruktur kelas pertama yang dimiliki sekarang.Rakyat Malaysia
juga perlu terus berusaha untuk menjadi sentiasa relevan, berdaya tahan dan kompetitif
selaras dengan pendekatan Islam Hadhari.
Peranan kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Tumpuan Kajian Separuh Penggal ini ialah untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi
negara dan mengembalikan ekonomi kepada pertumbuhan mapan supaya objektif
pembangunan seimbang dan matlamat menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020
tercapai. Ini memerlukan antara lain pengukuhan asas-asas ekonomi makro dan sektor
kewangan serta mengembalikan keyakinan pelabur dan awam, memajukan sector-sektor
ekonomi yang berpotensi termasuk pembuatan, pertanian dan perkhidmatan, mengambil
langkah-langkah bagi mencapai matlamat sosio-ekonomi dan mengurangkan kadar
kemiskinan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
Berdasarkan petikan di atas, kerajaan berusaha keras untuk mengurangkan jurang ekonomi
antara kaum.Sejak mencapai kemerdekaan sehinggalah ke hari ini, kerajaan telah memainkan
banyak peranan untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
7/63
7
1
Antara langkah-langkah yang dijalankan oleh kerajaan ialah:
(a) Dasar Ekonomi Baru (DEB)
(b) Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
(c) Dasar Percukaian dan Subsidi
(d) Pelan Induk Perindustrian
Dasar-dasar yang ditunjukkan di atas hanyalah sebilangan daripada langkah-langkah yang
dijalankan oleh kerajaan dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Langkah-
langkah ini digubal dan dijalankan semenjak Malaysia mencapai kemerdekaan sehinggalah
ke hari ini dan ianya menempakkan kejayaan yang memberansangkan.
RANCANGAN MALAYA PERTAMA (1956 1960).
Rancangan Malaya Pertama merupakan rancangan pembangunan pertama yang dirangka oleh
kerajaan Persekutuan Tanah Melayu(Malaya). Rancangan Malaya Pertama ini dijalankan
pada tahun 1956 hingga 1960. Rancangan ini dipanggil sebagai Rancangan Malaya pada
permulaannya kerana pada ketika itu, Tanah Melayu belum lagi mambentuk sebuah gagasan
yang dikenali sebagai Malaysia.
1Abd Rahim Abd Rashid. 2004. Patriotisme Agenda Pembinaan Bangsa. Utusan Publication&Distributors SDN.
BHD. Kuala Lumpur.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
8/63
8
Rancangan ini juga dikenali sebagai rancangan Fasa Sebelum Merdeka kerana pada
ketika itu juga, Tanah Melayu masih belum mencapai kemerdekaan sepenuhnya dan masih
berada di bawah penguasaan British. Rancangan ini juga memberi penekanan yang lebih
terhadap pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar dan lebih menjurus kepada aktiviti
pertanian sebagai hasil utama ekonomi Negara.
Rancangan Malaya Pertama ini dirangka bertujuan untuk memajukan sektor luar
bandar yang dikira pada ketika itu kurang maju dari segi ekonominya kerana kurangnya
kemudahan sedangkan tanah di kawasan luar bandar juga mempunyai ruang yang luas untuk
memperteguhkan ekonomi Negara berdasarkan tanahnya yang subur.
Selain itu, rancangan ini dirangka bagi mengurangkan kadar kemiskinan yang
menular di kalangan penduduk terutamanya penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar.
Dengan penyediaan kemudahan melalui rancangan ini, ia dapat membantu kerajaan
membanteras kadar kemiskinan penduduk dalam Negara.
Di samping itu, rancangan ini juga dirancang bagi mempelbagaikan sumber Negara
supaya tidak terlalu bergantung kepada sektor pengeluaran bijih timah dan getah. Dengan
adaya sumer pertanian lain, ia dapat menambah pendapatan Negara dan meningkatkan
sumber ekonomi Negara dan membuka lebih banyak peluang kepada para penduduk di
Malaysia.
Perancangan pembangunan yang serius telah bermula pada tahun 1954 apabila satu
perwakilan Bank Dunia membuat beberapa perakuan kepada kerajaan tentang pembangunan
negara. Ini menghasilkan Rancangan Malaya Pertama yang berisi dengan rancangan
pelaburan sektor awam sebanyak Rancangan Malaya Pertama,100 juta.
Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah menjalankan pembukaan tanah baru
untuk tujuan pertanian. Ini bagi membuka peluang kepada para penduduk menjalankan
aktiviti pertanian dengan meluas. Selain itu, kerajaan turut memperluaskan kawasan
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
9/63
9
perlombungan bijih timah. Ini member peluang pekerjaan kepada para penduduk untuk
menusahakan perusahaan perlombongan bijih timah dengan lebih meluas.
Ia juga turut memberi kepelbagaian dalam pengeluaran bagi pertanian dan perikanan
di samping menggalakkan penanaman semula pokok-pokok getah di kebun-kebun kecil bagi
meningkatkan lagi pengeluaran perusahaan getah sekaligus meningkatkan ekonomi Negara
kerana getah pada ketika itu menjadi sumber utama ekonomi Negara.
Bagi menjayakan perangkaan Rancangan Malaya Pertama ini, dua agensi utama telah
ditubuhkan iaitu Lembaga Pembangunan Industri Desa(RIDA) dan Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan(FELDA). RIDA merupakan satu agensi yang bermatlamatkan prinsip
membangunkan rakyat di kawasan luar bandar. Agensi ini juga berperanan sebagai satu
agensi yang member pinjaman kepada para pengusaha kecil di kawasan luar bandar. Selain
itu, ia berperanan memasarkan hasil pertanian yang diperolehi dalam aktiviti pertanian yang
dijalankan oleh para petani disamping menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam
perniagaan memandangkan perniagaan juga merupakan satu kegiatan yang member kesan
kepada pembangunan ekonomi Negara.
FELDA pula merupakan satu agensi yang dijalankan untuk meningkatkan taraf hidup
masyarakat di samping meningkatkan taraf hasil pertanian dalam Negara. Ia berperanan
membuka tanah baru bagi aktiviti pertanian terutamanya dalam pembukaan tanaman kelapa
sawit yang menjadi sumber utama bekalan minyak pada hari ini. Ia juga turut menyediakan
penempatan baru yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti bekalan air,
elektrik dan sebagainya bagi para penduduk yang dikenali sebagai peneroka.
Rancangan Malaya Pertama ini telah memberi Malaysia satu pencapaian yang besar
dari segi ekonominya. Aktiviti yang dijalankan dalam rancangan ini telah member impak
yang besar kepada peningkatan ekonomi Negara. Manakala agensi yang ditubuhkan pula
kekal sehingga ke hari ini. Dari segi pencapaian Rancangan Malaya Pertama, pelaburan
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
10/63
10
sebenar sektor awam dalam tempoh 1956-60 hanyalah sebanyak RM978 juta. Ini kurang
sebanyak 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang telah dirancangkan bagi tempoh
berkenaan.
RANCANGAN MALAYA KEDUA (1961 1965).
Rancangan Malaya Kedua pula merupakan hasil rangkaan rentetan daripada Rancangan
Malaya Pertama. Rancangan ini berjalan setelah 5 tahun setelah berjalannya Rancangan
Malaya pertama tersebut. Rancangan Malaya Kedua ini juga dikenali sebagai fasa selepas
merdeka kerna ianya dirangka setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan iaitu dari tahun
1961 hingga 1965.
Rancangan ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan
dengan bantuan sebuah Urusetia Ekonomi yang dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia.
Rancangan Malaya Kedua juga telah menggunakan kedua-dua strategi perancangan dari atas
ke bawah dan dari bawah ke atas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar
serta penyertaan rakyat di dalam proses perancangan dan pelaksanaan.Peruntukan
pembangunan telah ditambah sebanyak Rancangan Malaya Kedua,150 juta iaitu hampir dua
kali ganda peruntukan Rancangan Malaya Pertama.
Beberapa perubahan telah dibuat di dalam Rancangan Malaya Kedua ini, iaitu bagi
pertama kalinya satu kajian yang menyeluruh telah dibuat terhadap perkembangan ekonomi
negara untuk beberapa tahun sebelumnya. Satu analisis yang mendalam mengenai kedudukan
ekonomi, mengenal pasti masalah yang timbul dan tindakantindakan untuk mengatasi
masalah tersebut telah diadakan. Selanjutnya anggaran kasar pelaburan sektor awam terhadap
pendapatan negara dan imbangan pembayaran juga telah dibuat.
Setiap yang direncanakan oleh kerajaan mesti mempunyai tujuan dan fungsinya yang
tersendiri. Begitu juga dengan perangkaan Rancangan Malaya Kedua ini. Ia merupakan satu
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
11/63
11
rancangan yang bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara penduduk bandar
dengan penduduk luar bandar. Ini kerana, perbezaan ketara berlaku antara keduanya.
Kemajuan dan kemudahan lebih menjurus kepada penduduk yang tinggal di bandar
berbanding dengan penduduk yang tinggal di luar bandar.
Seperti matlamat yang terdapat dalam Rancangan Malaya Pertama, Rancangan
Malaya Kedua ini juga masih meneruskan apa yang dilaksanakan dalam rangka Rancangan
Malaya Pertama iaitu bertujuan atau bermatlamatkan untuk membasmi kadar kemiskinan
yang menjalar dalam kalangan rakyat di samping meningkatkan taraf hidup rakyat Tanah
Melayu pada ketika itu ke peringkat yang lebih terjamin.
Bagi menjayakan pelaksanaan rancangan ini, pihak terlibat telah menjalankan dua
aktiviti iaitu penubuhan bilik gerakan Negara dan penubuhan buku merah yang dianggarkan
mampu membawa Tanah Melayu mencapai peningkatan dari segi ekonominya.
Aktiviti pertama yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini, iaitu penubuhan bilik
gerakan Negara merupakan salah satu aktiviti yang ditubuhkan oleh Dato Abdul Razak bin
Dato Hussien yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu. Bilik gerakan
Negara ini juga mempunyai pejabat yang ditubuhkan di setiap daerah di setiap negeri di
Tanah Melayu yang bertujuan untuk mengawal rapi pembangunan ekonomi Tanah Melayu
secara konsisten serta menyelaraskan pembangunan ekonomi di peringkat negeri,daerah dan
juga kampung agar berada dalam keadaan yang selaras.
Penubuhan buku merah pula merupakan satu rekod pembukuan yang mengandungi
program, pelaksanaan dan kaedah mengesan tanpa pencapaian selain mengandungi maklumat
yang disimpan dan dikumpulkan dalam bentuk peta, carta dan butir-butir kemajuan
mengenai projek pembangunan luar bandar yang sering dijalankan.
Manakala satu agensi telah ditubuhkan bagi menjalankan dan memajukan
perancangan yang telah dirangka oleh pihak kerajaan iaitu Lembaga Pemasaran Pertanian
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
12/63
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
13/63
13
Objektif utama pelaksanaan Rancangan Malaysia Pertama ini adalah untuk
mengeratkan perpaduan antara rakyat di Malaysia memandangkan Malaysia ini hidup dalam
kalangan kaum yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India. Maka pemupukan perpaduan
ini amat penting bagi menjamin keamanan Negara. Selain itu, ia juga bertujuan untuk
menjaga kebajikan para penduduk di Malaysia dari aspek ekonomi agar tidak wujud rakyat
yang terlalu berada dalam kemiskinan yang amat ketara.
Selain itu, kewujudan RMK1 ini adalah bagi mengurangkan kadar pengangguran
yang berlaku dalam kalangan rakyat. Dengan adanya usaha dari pihak kerajaan yang
membuka peluang pekerjaan kepada rakyat, kadar pengangguran yang berlaku dalam
kalangan rakyat pastinya mampu dibanteras. Pelaksanaan RMK1 ini juga berobjektifkan satu
tujuan yang didasarkan untuk meninggikan taraf hidup kawasan luar bandar terutamanya
dalam kalangan penduduk yang berpendapatan rendah kerana pada hakikatnya rakyat yang
berpendapatan rendah inilah yang dihimpit dengan kemiskinan.
Kemudian, bagi melancarkan program ini dengan jayanya, dua agensi telah terlibat
iaitu FELDA yang telah diperkenalkan dalam Rancangan Malaya Pertama. Penglibatan
FELDA dalam RMK1 ini adalah untuk menjalankan pembukaan tanah baru secara lebih
besar-besaran berbanding dengan pada peringkat permulaan pengenalan FELDA ketika
Rancangan Malaya Pertama dahulu. Projek yang dijalankan juga adalah lebih bersifat
besaran. Antara projek tersebut termasuklah Segi Tiga Jengka dan sebagainya.
Satu lagi agensi yang terlibat dalam rancangan ini ialah Malaysian Agricultural
Research and Development Institute(MARDI) yang merupakan satu agensi yang telah
dibuhkan dalam tempoh pelaksanaan RMK1 ini iaitu pada tahun 1969. Kewujudan agensi ini
adalah untuk menjalankan penyelidikan dan memperkenalkan teknologi baru bagi
meningkatkan mutu pertanian sekaligus meningkatkan mutu pengeluaran yang akan
dihasilkan.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
14/63
14
Di samping itu RMK1, juga menekankan aspek integrasi di kalangan penduduk dan
negeri-negeri di dalam Malaysia dengan menggubal satu rancangan pembangunan khusus
bagi meningkatkan kebajikan semua rakyat. RMK1 melibatkan peruntukan pembangunan
sebanyak RM10,500 juta iaitu RM4,550 juta daripada sektor awam dan RM5,950 juta
daripada sektor swasta.
DASAREKONOMI BARU (DEB) (1971 1990)
Pada masa dahulu, kebanyakan rakyat Malaysia berbangsa Melayu miskin dan
kehidupan mereka adalah bukan sesuatu yang boleh menggembirakan jika dibandingkan
dengan kaum kaum lain di Malaysia seperti Cina dan India tetapi itu bukanlah suatu isu
pada hari ini.Jurang antara kaum dilihat semakin rapat kerana pendapatan orang Melayu kini
semakin meningkat.Pada 1990-an inilah pembentukan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
diwujudkan oleh kerajaan Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup oaring-orang Melayu di
Negara ini.Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pernah menegaskan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) telah memberi manfaat kepada lebih tujuh juta rakyat bumiputera negara ini dalam
bentuk pemilikan saham-saham amanah serta ekuiti syarikat gergasi. Kata beliau, ia
sebenarnya memberi peluang kepada individu-individu bumiputera yang berkemampuan
untuk memiliki saham dengan harapan mereka akan berjaya dalam perniagaan dan menguasai
sesebuah syarikat.Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah
daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan
sebagainya.Pada 1971 Malaysia muncul sebagai sebuah negara yang mempunyai
kepelbagaian sumber ekonomi dalam pelbagai sektor melalui kewujudan dasar yang dikenali
sebagai DEB (Dasar Ekonomi Baru).DEB merupakan satu rancangan ekonomi jangka
panjang yang dibuat untuk mengurangkan jurang ekonomi antara kaum.Antara objektif utama
kewujudan DEB adalah untuk membuka peluang kepada kaum bumiputeramelibatkan diri
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
15/63
15
dalam bidang ekonomi.Ini kerana dahulu, kaum bumiputera hanya bekerja sebagai petani dan
nelayan dan kesinambungan pekerjaan ini diteruskan oleh generasi-generasi
seterusnya.Melalui DEB wujudnya Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di mana bumiputera
digalakkan untuk menceburi bidang keusahawanan.Dengan adanya IKS kaum bumiputera
mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan mengkomersialkan barangan buatan
tempatan.Ia sekaligus meningkatkan ekonomi negara dan meningkatkan eksport negara.
DEB telah melahirkan dan membangunkan ramai usahawan yang berkemahiran, berkualiti,
berdaya saing, berdaya tahan dan berdaya maju di dalam bidang keusahawanan yang
berpotensi dan berkembang.Melalui DEB juga telah menanamkan dan memupuk budaya
keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia.
Dasar Penswastaan adalah bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan
pentadbiran kerajaan dengan menyerahkan beberapa sektor tertentu untuk diurus sendiri oleh
pihak swasta. Ia juga bertujuan menggalakkan pertandingan dan meningkatkan kecekapan
serta daya pengeluaran, mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara, mengecilkan saiz
sektor awam dan membuka peluang seluas mungkin untuk mencapai matlamat DEB.
Dasar Penswastaan merupakan salah satu daripada instrumen DEB. Melalui cara ini, daya
pengeluaran juga meningkat kerana pada kebiasaannya sektor swasta mampu meningkatkan
tahap kecekapan berbanding dengan sektor-sektor kerajaan atau awam. Penswastaan projek-
projek baru seperti air, elektrik dan sebagainya dijangka akan menyumbangkan pertumbuhan
ekonomi yang pesat. Melalui dasar ini, kita dapat lihat usaha kerajaan untuk meningkatkan
taraf hidup penduduk.Hal ini kerana penglibatan kerajaan dalam sektor awam tidak dapat
meningkatkan harapan orang ramai terhadap mutu perkhidmatan awam serta
keberkesanannya turut berkurangan.Oleh itu penswastaan adalah dasar yang paling rasional
dalam menghadapi permasalahan ini.
Namun begitu sungguh pun Dasar Penswastaan memberikan nafas baru kepada kerajaan
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
16/63
16
dalam menangkis serangan kemelesetan ekonomi dan beban hutang negara yang kian
bertambah, tetapi para pemerhati dan penganalisa ekonomi yang kritis berpendapat bahawa ia
akan mengakibatkan kesan yang buruk terhadap para pekerja di sektor awam serta rakyat
negara ini seluruhnya. Seperti yang telah disebutkan penswastaan hanya akan mengutamakan
pertimbangan mengaut keuntungan di samping mengorbankan kebajikan sosial dan
kepentingan awam. Para pekerja di sektor awam akan menghadapi ancaman pembuangan
kerja di samping beban kerja yang sentiasa bertambah dan sebagainya. Komplot, pakatan dan
campur tangan ahli-ahli politik menyebabkan dasar ini boleh bertukar menjadi jenayah kolar
putih.
RANCANGAN MALAYSIA KEDUA (RMK2) (1971 1975)
Rancangan Malaysia Kedua ini merupakan satu rancangan yang berada dalam lingkungan
Rangka Rancangan Jangka Panjan pertama iaitu Dasar Ekonomi Baru(DEB). Rancangan ini
digunakan dalam tempoh lima tahun juga iaitu dari tahun 1971 hingga 1975. Lahirnya RMK2
ini melambangkan permulaan satu era baru dalam sejarah pembangunan ekonomi Malaysia.
Tujuan pelancaran RMK2 ini adalah untuk mengatasi masalah dan memperbetulkan
keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi di antara kumpulan kaum di Negara ini. Ini kerana
setiap kaum menjalankan kegiatan ekonomi yang berlainan yang mampu menjadikan jurang
perbezaan yang besar antara satu kaum tersebut. Manakala peruntukkan yang telah
disediakan di bawah RMK2 ini ialah sebanyak RM7,250 juta.
Namun matlamat utama RMK2 adalah untuk meningkatkan nilai ditambah dan
eksport sebanyak 12.5 peratus dan 15 peratus setahun, masing-masingnya mewujudkan
peluang pekerjaan dengan kadar 7 peratus setahun, mempromosi industri berkala kecil dan
menyebarkan kegiatan perkilangan di kawasan negeri yang kurang maju.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
17/63
17
Ini menunjukkan bahawa RMK2 ini lebih bertumpu kepada sector perkilangan yang
menjadi sektor utama dalam perkembangan ekonomi Negara pada masa itu. Sector
perkilangan ini juga memainkan peranan yang strategik untuk mencapai objektif dalam DEB
yang mepupakan RRJP pertama diperkenalkan iaitu dari segi pengembangan pekerjaan,
peningkatan pendapatan dan penyusunan semula masyarakat, terutamanya dalam membentuk
komuniti komersial dan industrialisme Melayu.
Pelbagai agensi telah ditubuhkan dalam pelaksanaan RMK2 ini bagi menjayakan
matlamat dan tujuan pelaksanaannya untuk meningkatkan mutu ekonomi Negara Malaysia.
Agensi-agensi ini ditubuhkan bagi membawa taraf ekonomi luar Bandar dan bumiputera ke
tahap yang lebih selesa sekaligus memberi mereka kelonggaran daripada kehidupan yang
diserabuti dengan kemiskinan iaitu seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian,
FELCRA,FELDA, MADA, KADA, FOA (FarmerOrganization Authority) dan lain-lainnya.
Pembangunan luar bandar pula dibentuk dengan adanya pembentukan KESEDAR,
KETENGAH, DARA dan KEJORA dan pertanian padi pula didijalankan dengan bantuan
agensi seperti MADA 1, MADA 2,KADA 1, KADA 2 seta kawasan-kawasan penanaman di
Besut, Barat Laut Selangor, Krian-Sungai Manik, Kemasin-Semarak, Trans-Perakk dan Balik
Pulau-Seberang Perai.
RMK-2 juga telah meletakkan matlamat pemilikan modal dalam sektor korporat
moden oleh kaum Bumiputera iaitu 9% bagi tahun 1975, 16% bagi tahun 1980, 23% bagi
tahun 1985 dan 30% bagi tahun 1990. Malah, ia juga telah berjaya menggalakkan penyertaan
yang lebih giat dan secara langsung oleh sektor awam dalam aktiviti- aktiviti ekonomi
terutamanya yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan. Usaha yang paling
membanggakan Malaysia pada tahun 1974 ialah Kerajaan Malaysia telah menubuhkan
Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS).
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
18/63
18
RMK2 ini telah memberi sumbangan yang besar kepada peningkatan ekonomi Negara
kerana pada ketika itu kerana peningkatan yang diterima setelah menjalankan segala aktiviti
yang telah dirancang, menunjukkan bahawa peningkatan yang berlaku adalah melebihi target
yang dianggarkan. Ini menunjukkan segala agensi yang ditubuhkan memainkan peranan yang
penting dan amat berguna kepada pembangunan ekonomi di Malaysia.
RANCANGAN MALAYSIA KETIGA (RMK3) (1976 1980)
Rancangan Malaysia Ketiga merupakan merupakan peringkat kedua dalam pelaksanaan
Dasar Ekonomi Baru(DEB). Rancangan ini merupakan salah satu rancangan yang dirangka
untuk menyambung kembali usaha yang terkebelakang terutamanya RMK2 dan
menghasilkan usaha baru bagi menjamin dan meningkatkan lagi taraf ekonomi Negara.
RMK3 ini telah dirangka dan dijalankan dalam tempoh lima tahun iaitu dari tahun
1976 hingga tahun 1980. Jumlah yang diperuntukkan untuk memajukan usaha dalam RMK3
ini adalah sebanyak RM18,600 juta dan 88 peratus daripadanya diperuntukkan kepada
pembangunan sosioekonomi manakala bakinya sebanyak 12 peratus diperuntukkan kepada
perbelanjaan pertahanan dan keselamatan Negara.
Pelaksanaan yang dilakukan dalam rancangan ini masih lagi didasarkan dengan
matlamat penubuhan DEB. Ini kerana RMK3 ini masih berada di bawak lingkungan Rangka
Rancangan Jangka Panjang Dasar Ekonomi Baru(DEB). Dalam hal ini, wujudlah RMK3
yang berpaksikan pada perkembangan perusahaan yang berintensifkan buruh, berasaskan
sumber alam termasuk pertanian dan berorientasikan eksport.
Beberapa strategi juga telah dilaksanakan oleh pihak tertentu iaitu dengan
menggalakkan kemajuan pembuatan dan pembinaan, dorongan-dorongan khas untuk industri
dan teknik pengeluaran yang menggunakan lebih banyak tenaga buruh. Seterusnya, industri-
industri kecil juga dibantu dengan menambahkan kemudahan-kemudahan kredit dan
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
19/63
19
perkhidmatan lanjutan di samping mengadakan pertalian yang lebih kukuh di antara
pengeluar-pengeluar kecil melalui kontrak-kontrak kecil.
Selain itu, kerajaan turut berusaha untuk menggalakkan lebih banyak pertumbuhan
pusat-pusat bandar di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di bandar-bandar besar di
samping memperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan perumahan dan pengangkutan
awam di kawasan miskin di bandar-bandar besar.
Bagi mendapatkan faedah optima dari perkembangan perindustrian, dasar-dasar untuk
menggalakkan pelaburan telah dikaji semula dari semasa ke semasa. Ini bagi menjamin
supaya dasar-dasar itu membantu perkembangan guna tenaga dan penggunaan sumber-
sumber asli yang masih banyak matlamat seterusnya ialah untuk menggalakkan pengeluran
yang cekap dalam bidang perindustrian supaya kos dan kesan-kesan perindustrian terhadap
masyarakat adalah terkawal. Usaha-usaha untuk memperbaiki taraf hidup golongan miskin di
kawasan-kawasan bandar dan luar bandar dilaksanakan serentak dengan usaha
memperkembangkan guna tenaga dan pendapatan.
Program-program lain termasuk Projek Amalan Makanan dan Pemakanan dan
pembangunan masyarakat di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar yang melibatkan
masyarakat tempatan dalam programprogram dan projek-projek pembangunan.
Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan di mana rancangan ini
dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan
bandar baru. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA, DARA,
KETENGAH dan KESEDAR. Sebanyak 28 bandar dibina di bawah rancangan KEJORA,
KETENGAH dan DARA menjelang tahun tahun 1980. Badan-badan berkanun seperti
MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan. Di
samping itu, kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isu-isu alam sekitar dan
keselamatan negara.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
20/63
20
Daripada segi pencapaian, Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) menghasilkan
jumlah pelaburan kasar untuk pembangunan yang bernilai sebanyak RM48,449 juta. Bagi 10
tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi Malaysia telah berkembang pada
kadar 7.8% setahun. Kadar purata ini adalah rendah sedikit daripada matlamat 8% setahun
yang telah ditetapkan. Di antara faktor utama menyebabkan kadar pertumbuhan rendah ini
ialah kadar pertumbuhan yang lembab dalam sektor pertanian (iaitu pada kadar 4.3%
setahun).
Sektor-sektor lain pula kebanyakannya telah mencatatkan kadar pertumbuhan lebih
daripada 8% setahun. Kemajuan yang dicapai oleh sektor perindustrian dalam RMK3 adalah
menggalakkan. Sumbangannya kepada KDNK meningkat lagi, iaitu kepada 20.5 peratus pada
1980. Sumbangannya kepada guna tenaga dan pendapatan eksport adalah 24.5 peratus dan
25.2 peratus, masing-masingnya (Malaysia 1981). Dalam sektor pertanian pula, walaupun
sumbangan terhadap KDNK masih lebih besar daripada sektor perindustrian, tetapi merosot
kepada 22.8 peratus pada 1980. Negara akan menempuh masa lima tahun hadapan dengan
penuh keyakinan.
Di bawah dorongan RMK-3, pekerjaan di kalangan orang-orang Melayu dalam
sektor-sektor ekonomi yang dinamis dan moden telah bertambah baik, walaupun bilangannya
masih kurang, terutamanya di peringkat pengurusan dan eksekutif. Secara keseluruhan,
program-program Rancangan Malaysia Ketiga juga membantu dalam perkembangan
ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat.
RMK-3 telah dirangka berdasarkan kepada kekuatan ekonomi negara dan cabaran
yang dihadapi negara termasuk masalah keselamatan negara serta kemajuan penting ekonomi
dan sosial (hasil daripada usaha-usaha pembangunan yang lepas dan juga kekurangan yang
dialami dalam proses pembangunan). Rancangan ini merupakan satu usaha kerajaan yang
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
21/63
21
lebih tegas dan bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula
masyarakat bagi sepanjang tempoh tahun-tahun 1976-1980.
RANCANGAN MALAYSIA KEEMPAT (RMK-4) (1981 1985)
Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4) yang dimulakan pada 1981 hingga 1985 merupakan
satu lagi langkah utama bagi mencapai matlamat-matlamat jangka panjang pembangunan
ekonomi dan perpaduan Negara di bawah Dasar Ekonomi Baru. Di bawah rancangan ini
kerajaan merangka pelbagai program dalam usaha memesatkan dan meningkatkan lagi
pendapatan dan taraf hidup rakyat negara ini.RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara
dilanda kemelesetan ekonomi terutamanya akibat daripada kejatuhan harga pasaran dunia
bijih timah dan getah. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami pelbagai masalah
ekonomi contohnya kemerosotan dalam imbangan bayaran, kejatuhan harga dan penurunan
pendapatan eksport sektor komoditi, kelembapan sektor swasta dan juga peningkatan kadar
pengangguran secara langsung. Namun begitu, langkah-langkah pembangunan ekonomi tetap
diteruskan.Menurut kenyataan Kementerian Penerangan, peruntukan yang disediakan untuk
RMK-4 ini adalah sejumlah RM40 ribu juta. Daripada jumlah ini 57.9 peratus diperuntukkan
untuk pembangunan ekonomi, 16.2 peratus diperuntukkan untuk pembangunan sosial, 23.8
peratus diperuntukkan untuk keselamatan dan 2 peratus untuk pentadbiran awam. Daripada
pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian dan luar bandar dengan
peruntukan sejumlah 21.3 peratus sektor perdagangan dan perindustrian pula sejumlah 13.8
peratus, pengangkutan sejumlah 10.5 peratus tenaga dan kemudahan awam sejumlah 8.3
peratus, pelajaran dan latihan sejumlah 7.6 peratus dan perkhidmatan sosial sejumlah 7.1
peratus. Sektor perusahaan berat menjayakan program pembangunan negara dalam
Rancangan Malaysia Keempat ini.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
22/63
22
DASAR PENSWASTAAN
Penswastaan mula mendapat perhatian di Malaysia pada pertengahan tahun 1983 yang
menyaksikan penekanan pihak swasta dalam pembangunan dan pengurusan negara.Rasional
penswastaan di Malaysia disebabkan faktor kecekapan pihak swasta memandangkan perlunya
pertumbuhan saiz sektor awam dikawal dalam keadaan kewangan kerajaan yang tidak begitu
kukuh sebagaimana yang dialami dalam tahun-tahun 1980-an.
Objektif dasar penswastaan yang telah dilancarkan pada bulan Mac 1983 adalah bertujuan
bagi;-
1.Mengurangkan beban kewangan kerajaan
2.Meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja
3.Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
4.Pengagihan sumber secara cekap
5. Mempercepatkan pencapaian hasrat DEB
Walaupun secara rasminya dasar ini telah dilancarkan pada tahun 1983, tetapi
pelaksanaannya hanya bermula sejak penghujung tahun 1985.
Antara projek penswastaan yang telah dilaksanakan ialah:
1) Lebuhraya Utara Selatan kepada Syarikat UEM Bhd.2) TV3 oleh Syarikat Televisyen Malaysia Berhad (STMB)3) Perkhidmatan Telefon kepada Syarikat Telekom Malaysia4) Jabatan Pos5) Desaru dan sebagainya.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
23/63
23
Strategi dan Pelaksanaan
Ekonomi negara terus mengalami perkembangan dan kepelbagaian dalam tempoh Rancangan
Malaysia Keempat.Oleh yang demikian, unsur-unsur penting untuk strategi pembangunan
yang berkesan ialah secara meningkatkan daya pengeluaran pertanian, menambahkan dan
mempelbagaikan asas perindustrian, memodenkan sektor-sektor kewangan dan perkhidmatan
serta mempelbagaikan punca-punca pertumbuhan.Rancangan Malaysia Keempat juga
mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan
teknologi dan tenaga mahir.
Sehubungan itu, Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi
menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini. Di antara projek yang diletakkan
di bawah pengawasan HICOM adalah:
1. Kilang simen yang diuruskan oleh Kedah Cement Sendirian Berhad
2. Kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh PERWAJA Sri Kemaman,
Terengganu
3. Pembuatan kereta iaitu Proton Saga oleh Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian
Berhad
Selain itu, usaha juga dilakukan bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka
kawasan perindustrian baru seperti Senawang, Skudai, Bintulu, Menggatal dan Likas.
Kawasan perdagangan bebas juga dibuka atas motif yang sama seperti di Bayan Lepas, Pulau
Pinang. Manakala, pada tahun 1983, dua buah program pula dilancarkan bagi mengkaji
struktur perusahaan awam iaitu :
1. Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
2. Pelan Induk Perindustrian (PIP)
Bukan itu sahaja, Kerajaan juga berusaha untuk menyumbangkan pemilikan harta dan saham
perindustrian di antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera dengan caramenubuhkan
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
24/63
24
Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional (ASN)
pada 1981.RMK-4 turut memberi penekanan dalam aspek strategi pembasmian kemiskinan
dan penyusunan semula rakyat.Tumpuan utama usaha-usaha menyusun semula guna tenaga
ialah menerusi program-program pelajaran dan latihan untuk menambahkan bilangan
Bumiputera yang terlatih, terutamanya di peringkat pelajaran tinggi.
Strategi untuk memastikan pencapaian pemilikan oleh Bumiputera sekurang-kurangnya 30%
dari jumlah modal saham dalam sektor syarikat diteruskan melalui pembelian modal saham
oleh agensi-agensi amanah. Agensi-agensi amanah ini termasuklah Permodalan Nasional
Berhad (PNB), Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS), Majlis Amanah Rakyat
(MARA) dan Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) menjadi
badan-badan utama bagi memberi saham-saham yang sedia ada.Rancangan Malaysia
Keempat mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal,
penggunaan teknologi dan tenaga mahir.
Pencapaian RMK-4
Kemajuan dalam usaha-usaha membasmi kemiskinan telah mengurangkan kadar kemiskinan
dari 49.3% dalam tahun 1970 kepada 29.2% dalam tahun 1980. Kemajuan ini telah dicapai
hasil dari pembangunan ekonomi dan sosial yang pesat dalam tempoh 1971-1980 dengan
kemajuan yang besar dicapai dari segi guna tenaga dan daya pengeluaran dalam sektor
pertanian menerusi program seperti pembangunan tanah dan kawasan yang sedia ada dan
dibantu oleh harga barangan yang tinggi.
Kerajaan telah memperluaskan perkhidmatan-perkhidmatan seperti menyebarkan hasil-hasil
penyelidikan, menyediakan khidmat nasihat dan perundingan, latihan, kemudahan kredit dan
pinjaman. Penyelidikan berkenaan akan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Getah Malaysia
(RRIM) dan Persatuan Penyelidikan dan Pengeluar-pengeluar Getah Malaysia (MRPRA)
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
25/63
25
sementara Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan
meneruskan kegiatan penyelidikannya berkenaan dengan penggunaan dan pemprosesan
barang-barang pertanian, ternakan dan perikanan untuk kegunaan perindustrian dan
perdagangan.
Dalam RMK-4 kerajaan turut memberi keutamaan kepada kemajuan kemahiran, pengetahuan
teknikal dan keusahawanan.Bagi tujuan ini, peranan institusi-institusi seperti Institut Latihan
Perindustrian, Institut dan Sekolah-sekolah Vokasional, Pusat Latihan Belia serta universiti
dan kolej telah dipergiatkan.
Dari segi pencapaian secara keseluruhan, KDNK telah berkembang pada kadar purata 5.8%
setahun. Pendapatan per kapita turut meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada $3171 juta
pada tahun 1980 kepada $4609 juta pada tahun 1985.Prospek bagi pembangunan ekonomi
yang berterusan dalam tempoh RME adalah cerah. Seperti yang berlaku di tahun-tahun
sebelumnya, ketahanan dan asas sumber ekonomi yang kuat akan membolehkan negara
menghadapi perkembangan buruk dalam ekonomi dunia.
RANCANGAN MALAYSIA KELIMA (RMK-5)(1986-1990)
Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5) telah memperkenalkan satu fasa baru dalam
pembangunan negara dengan strategi yng menekankan pertumbuhan ekonomi yng sederhana
dan stabil.Satu perkara yang diberi penekanan sepenuhnya ialah perpaduan negara yang
merupakan matlamat keseluruhan pembangunan sosioekonomi. Tumpuan usaha-usaha
perpaduan negara ialah untuk memupuk semangat kebangsaan di kalangan rakyat
Malaysia..Rakyat Malaysia dipupuk rasa cinta dan bangga terhadap negara sert sentiasa
berpandu kepada Rukun Negara.
Justeru matlmat Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk mencapai perpaduan negara,
Dasar Ekonomi Baru mengecap pertumbuhan yang dapat menjamin kestabilan ekonomi
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
26/63
26
negara. Fenomena ini masih perlu mengmbil kira keadaan negara waktu itu yang masih
dalam era kemelesetan.Menurut sumber Kementerian Penerangan, secara keseluruhan,
jumlah peruntukan bagi RMK-5 adalah sejumlah RM69,000 juta. Daripada jumlah ini, 89.2
peratus diperuntukkan untuk perbelanjaan sosioekonomi, 6.5 peratus untuk keselamatan dan
pertahanan dan 4 peratus untuk pentadbiran awam.
Strategi dan Pelaksanaan RMK-5
Dalam tempoh RMK-5, kerajaan telah mewujudkan dan melaksanakan beberapa strategi
yang dilaksanakan dalam RMK-5. Strategi yang dilaksanakan di dalam RMK-5 termasuklah
peningkatan peranan sektor swasta melalui proses deregulation (pelonggaran peraturan dan
kawalan) dalam aspek hak milik syarikat, perlesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk
mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan. Syarat-syarat pelaburan
modal asing turut dilonggarkan bagi meningkatkan pelaburan industri terutamanya industri
yang berorientasikan ekspot.
Selain industry berorientasikan eksport, kerajaan juga menggalakkan sektor pertanian dan
industri luar bandar. Beberapa syarat dilonggarkan seperti syarat-syarat penggunaan tanah,
penanaman padi secara ladang, penggunaan tanah lombong untuk pertanian dan penanaman
tanaman lain yang sesuai di sawah-sawah terbiar. Usaha menggalakkan perindustrian pula
didokong dengan langkah- langkah pengurangan kadar bayaran elektrik, telefon, air, tapak
kilang dan lain-lain.
RMK-5 turut merangka sebuah strategi baru iaitu penekanan terhadap bidang penyelidikan
dan pembangunan (R&D). Strategi ini diharap dapat meningkatkan kadar produktiviti,
keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan. Usaha pembangunan sumber manusia turut
dititikberatkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan, keusahawanan,
pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
27/63
27
Perancangan dan pembangunan peringkat wilayah dan kawasan serta pembangunan bandar-
bandar baru juga diberi penekanan dalam Rancangan Malaysia Kelima ini bertujuan bagi
mengurangkan pertindihan pelaburan dan infrastruktur serta meluaskan faedah pembangunan
kepada seluruh wilayah.Perindustrian yang bersepadu telah digalakkan terutama di pusat-
pusat yang berpotensi tinggi untuk berkembang.Bagi pertumbuhan bandar-bandar baru, garis
panduan yang digunakan berasaskan pertumbuhan semulajadi dan bukannya pertumbuhan
rekaan.Beberapa bandar yang sedia ada dalam kawasan mundur telah dimajukan untuk
mengurangkan penghijrahan pekerja ke kawasan bandar. Sektor pelancongan turut diberi
perhatian seperti menggalakkan pembinaan hotel oleh pihak swasta, menggalakkan pihak
swasta menyediakan kemudahan pelancongan, menubuhkan Perbadanan Pelancongan
Malaysia dan melancarkan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1990.
Kajian-kajian mengenai prestasi dan produktiviti dijalankan oleh agensi-agensi seperti
Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan
Tenaga Manusia (MAMPU).Seterusnya, perhatian juga diberikan kepada usaha-usaha untuk
meningkatkan lagi kemahiran ikhtisas dan teknik serta menambah bilangan tenaga kerja
dalam kemahiran-kemahiran tersebut.
Pencapaian RMK-5
Prestasi ekonomi sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kelima amat membanggakan. Pada
keseluruhannya, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) sebenar telah berkembang pada
kadar 6.7 peratus setahun berbanding dengan matlamat RMK-5 pada kadar 5.0 peratus.
Prestasi yang menggalakkan ini adalah hasil daripada kejayaan pelaksanaan langkah-langkah
penyesuaian yang diambil sejak tahun 1983 bagi mengukuhkan sektor awam dan
mengurangkan defisit belanjawan.Tambahan pula, dasar-dasar perdagangan dan pelaburan
yang liberal yang diperkenalkan semasa kemelesetan pada tahun 1985-86 telah
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
28/63
28
menambahkan keyakinan para peniaga dan meningkatkan pelaburan swasta.Faktor-faktor
tersebut berserta dengan persekitaran luar negeri yang bertambah baik, telah membolehkan
ekonomi pulih dengan segera.
Pelaksanaan dasar dan strategi untuk mencapai matlamat agihan pendapatan yang lebih
saksama disertai pula dengan pertumbuhan ekonomi yang pesat, terutamanya dalam tempoh
separuh penggal kedua Rancangan Malaysia Kelima telah menghasilkan kemajuan yang
ketara dalam corak agihan pendapatan. Corak agihan pendapatan yang lebih baik yang telah
dicapai, mencerminkan kemajuan yang menggalakkan dalam usaha menambah guna tenaga
dan penyertaan Bumiputera di dalam sektor moden ekonomi negara. Pertambahan bilangan
tenaga kerja Bumiputera yang terpelajar dan kemunculan golongan peniaga Bumiputera serta
peningkatan penglibatan mereka dalam aktiviti ekonomi moden, telah dapat menambah
bilangan Bumiputera di dalam kumpulan
berpendapatan tinggi.
Dalam tempoh RMK-5, walaupun kemajuan telah dicapai dalam pembentukan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB), pada keseluruhannya penyertaan yang
berdaya maju Bumiputera di sektor moden masih lagi terhad. Faktor-faktor penting yang
membawa kepada pencapaian yang masih rendah ini adalah asas perniagaan mereka yang
kecil dan terbatas, kekurangan pengalaman dan juga kekurangan dari segi kemampuan
pengurusan.
Di samping itu, pertumbuhan yang perlahan semasa kemelesetan ekonomi telah juga
menjejaskan prestasi peniaga Bumiputera, menandakan bahawa usaha pembangunan MPPB
masih belum mencapai asas yang kukuh dan berdaya tahan.Sebagai sebahagian daripada
program untuk membantu perniagaan Bumiputera, Kerajaan telah mewujudkan tabungtabung
khas seperti Tabung Pemulihan Usahawan dan Tabung Usahawan Baru. Di samping itu, had
maksimum pinjaman yang ditawarkan oleh agensi-agensi seperti Majlis Amanah Rakyat
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
29/63
29
(MARA) dan Syarikat Jaminan Kredit (CGC) kepada peniaga- peniaga kecil juga telah di
tambah.
Dalam dekad-dekad yang lepas negara telah berjaya memperkukuhkan lagi asas pertumbuhan
ekonomi.Negara telah dapat mengatasi beberapa cabaran ekonomi sepanjang tempoh
pembangunan sehingga kini.Tugas mengekalkan dan seterusnya meningkatkan lagi
perkembangan ekonomi negara adalah satu tindakan berterusan. Hasrat dan aspirasi negara
untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020 akan diberi tekanan dalam projek-
projek pembangunan negara.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1)
dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi
Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran.Sesuatu
yang tidak boleh disangka adalah pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh
namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses sosio-ekonomi DEB ini
memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil
kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya.
DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991.Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2)
1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan
bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju menjelang tahun 2020.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
30/63
30
OBJEKTIF
Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang
bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan
mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah
membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari
segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan
pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.
STRATEGI PELAKSANAAN
DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan
penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi
antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara.
DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang
yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:
(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhanekonomi dengan pengagihan yang saksama.
(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomiuntuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan
pertumbuhan.
(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara
untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang
diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat
Malaysia.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
31/63
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
32/63
32
PROGRAM PELAKSANAAN
Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti
berikut:
(i) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalanPendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan
untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses
menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga
mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek
pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan.
(ii) Persaingan Dalam Pasaran AntarabangsaDPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih
terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di
dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya
tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan
mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan-halangan
(perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi
masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh
menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para
pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada
Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya
saingan yang tinggi.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
33/63
33
DASAR WAWASAN 2020
PENGENALAN
Menurut Wikipedia, Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Bekas Perdana Menteri
kita Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk
meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang
ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga
perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan
sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian, maruah
bangsa, serta juga keyakinan. Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada
28Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk
"Malaysia - Melangkah ke Hadapan"yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja
mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun2020. Ianya
dikenali sebagai "Wawasan 2020".Wawasan 2020 bukanlah merupakan satu dasar khas
tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi, sosialdan politik yang
berlaku di peringkat nasional danantarabangsa yang telah memberi cabaran hebat kepada
negara.Wawasan ini telah diketengahkan sebagai satu garis panduandan rangka kerja
mengenai pendekatan yang harus diambildalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh
yang akanditempuh oleh negara.Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah
pembentukansebuah negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun2020.
Kemajuan yang dimaksudkan bukan terhad kepada bidangekonomi sahaja malah ia akan
merangkumi segala aspekkehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian, kejiwaandan
kebudayaan.Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdekaakan menjadi
negara yang benar-benar maju, bersatu, mampuberdikari, progresif dan makmur. Rakyat
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
34/63
34
akan menikmatikehidupan yang sempurna dalam satu masyarakat yang demokratik,
bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing,dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang
tinggi.Ini bermakna Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negarabermatlamat iaitu
Malaysia akan menjadi negara maju dengancaranya tersendiri tanpa terikut kepada cara
dan coraknegara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakanialah kemajuan
yang sempurna yang tidak semata-mata diukurdari segi pencapaian lahiriah atau fizikal
semata-mata malahia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurnadengan
nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
Petikan kertaskerja Tun Dr Mahathir tentang Wawasan 2020;
"Matlamat utama yang patut kita tuju ialah Malaysia yang menjadi negara maju sepenuhnya
menjelang tahun 2020.
Adakah kita mahu menjadi seperti 19 negara sekarang yang digelar negara maju? Setiap
daripada 19 buah negara ini mempunyai kekuatan tersendiri. Tetapi setiap negara itu juga
mempunyai kelemahannya. Tanpa meniru salah satu daripada negara berkenaan, kita masih
boleh membangun. Kita patut menjadi negara maju mengikut cita rasa kita.
Malaysia tidak patut dibangunkan daripada segi ekonomi sahaja. Ia mesti menjadi negara
maju sepenuhnya dalam semua bidang: ekonomi, sosial, kejiwaan, psikologi dan kebudayaan.
Kita mesti maju dalam erti kata perpaduan nasional dan sosial, kestabilan politik, sistem
kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kejiwaan, maruah bangsa dan keyakinan.
Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi negara bersatu dengan masyarakat Malaysia
yang yakin mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang
demokrasi liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi,
progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang
bersaing dinamik, giat dan kental.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
35/63
35
Tidak akan wujud Malaysia yang maju sepenuhnya sehingga kita akhirnya mengatasi
sembilan cabaran strategi yang kita hadapi sejak kelahiran kita sebagai negara merdeka."
(Tun Dr. Mahathir Mohammad "Malaysia Melangkah Ke Hadapan", 28 Februari 1994)
2
OBJEKTIF
Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysiadapat menghadapi dan mengatasi
pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Di bawah ini
diperturunkansembilan cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:
(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyaimatlamat yang serupa dan
dikongsi bersama. Ia mestimenjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkatwilayah dan
kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasamasepenuhnya, secara adil dan didokong oleh satu
bangsaMalaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasikepada negara;
(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram danmaju dengan keyakinan
terhadap diri sendiri, banggadengan apa yang dicapai serta gagah menghadapi pelbagai
masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapatdikenali melalui usaha mencapai
kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak mengalah kepada sesiapa, dandihormati
oleh rakyat negara lain;
(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yangmatang, mengamalkan
satu bentuk persefahaman yangmatang, demokrasi Malaysia berasaskan masyarakat yang
boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun;
2http://lelucon2020.blogspot.com/2009/01/cerita-tentang-wawasan.html
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
36/63
36
(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral danberetika, yang mana
warganegaranya kukuh dalam nilaiagama, dan kejiwaan dan didorong oleh tahap
etikapaling tinggi;
(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur rakyat pelbagai kaum bebas
mengamalkan adat,kebudayaandan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang
sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;
(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya perubahan
tinggi dan memandang kedepan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologitetapi
juga menyumbang kepada tamadun saintifik danteknologi masa depan;
(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi,iaitu sistem sosial
yang mana kepentingan masyarakatlebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan
insantidak berkisar kepada negara atau individu tetapi disekeliling sistem kekeluargaan yang
kukuh;
(viii)Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.Iaitu masyarakat yang
melaksanakan pengagihankekayaan negara secara adil dan saksama di mana
wujudperkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalamperkembangan ekonomi.
Masyarakat sedemikian tidakakan wujud jika masih ada pengenalan kaum
berdasarkanfungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomiberdasarkan kaum; dan
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
37/63
37
(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomibersaing, dinamik,
giat dan kental.
PERSPEKTIF
Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkanbeberapa isu utama yang harus
dihadapi bagi membolehkanMalaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu ini ialah:-
(i) Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.Konsep satu negara bangsa mempunyai
makna yang dalam kerana ia bermaksud sebuah negara berdaulat yangrakyatnya tidak
dapat diidentifikasikan melalui kaum,keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu
negarabangsa adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya
mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang bentukkerjasama
untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisikonsep ini istilah seperti perpaduan
negara,kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlulah difahami dan
diamalkan.
(ii) Negara Perindustrian. Negara yang telah berjaya mengubah corak ekonomi dan
kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah mempunyai status negara
maju. Wawasan 2020berkehendakkan rakyat Malaysia meneruskan proses transformasi
ini yang telah dimulakan sejak merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi
dipertengahan jalan. Ini adalah kerana proses ini bukansahaja melibatkan transformasi
daripada kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkanperubahan
teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah masyarakat
yang didokongoleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang tinggi yang bukan
setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja tetapi ia mestilah boleh
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
38/63
38
mencipta,menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai taraf negaraperindustrian
pertumbuhan ekonomi yangamat pesatamatlah penting. Ia sudah tentunya berkait
dengansumbangan sektor perdagangan dan komersial yang secara langsung melibatkan soal
modal, pelaburan, daya saing,kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalanmenghadapi
cabaran-cabaran. Di peringkat ini peranansektor swasta amatlah besar kerana ia akan
menjadi jentera pertumbuhan.
(iii) Keadilan Ekonomi dan Sosial. Penwujudan satu masyarakat yang adil dalam
bidangekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai satu cabaran besar
yang perlu dihadapi bagipenwujudan satu negara maju dan bersatu. Ini ialahkerana dalam
sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan di mana satu golongan rakyat mempunyai
segala-galanya sedangkan satu golongan lagi tercicir.Pernyataan Wawasan ini adalah
mempakan penegasansemula keatas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama
iaitu pembasmian kemiskinan,keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di
antarawilayah, di antara negeri dan diantara bandar dan luarbandar. Dalam konteks ini
Wawasan 2020 sebenarnyatelah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsirterhadap
bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaumgolongan sebagai tidak adil, sebaliknya
hendaklahmenganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaikiketidak-adilan.
Kesungguhan bagi mencapai tahapkeseimbangan ini seterusnya telah diterjemahkan
kedalam objektif Dasar Pembangunan Nasional dandilaksanakan melalui program dan
projek RancanganMalaysia Keenam.
(iv) Moral dan Etika. Berlainan dengan konsep negara maju yang ada sekarang yang
lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala- Malaysia yang dicita-citakan seharusnyalah
berpegangkepada falsafah moral dan etika yang tinggi berasaskankepercayaan agama.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
39/63
39
Penganutan falsafah ini adalahpenting kerana kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilaimoral
dan etika tidak akan mewujudkan kesejahteraandan keharmonian yang berkekalan
sebaliknya banyak
membawa keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni(seperti di dalam Dasar Penerapan
Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak menyalahgunakan
kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
(v) Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan. Wawasan ini telah
mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu pembangunan keluarga berdasarkan
hakikat bahawa keluarga menjadi asas pembentukan masyarakatdan masyarakat pula
menjadi asas pembinaan negara. Inimembawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan
sesebuahnegara itu bermula dan terletak pada keluarga danmasyarakat. Penegasan ini
amatlah benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yangmencorakkan
kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya bangsa
yangmerangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat penyayang dan
budaya menyayangi)sebagaimana yang dicita-citakan dalam Wawasan ini hendaklah
digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan rakyat menyedari kepentingan institusi
keluarga dalam memajukan negara dan mengambil langkah-langkah perlubagi mewujudkan
keluarga dan masyarakat yang sempurna.
PENUTUP
Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi semata-mata
kerana ia mementingkan persoalanpembangunan ekonomi untuk Malaysia menjadi
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
40/63
40
negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia
juga menyentuh perkara-perkaraberkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup
sepertipembentukan dan keperibadian bangsa, moral dan etika,kebudayaan kebangsaan,
pembangunan sumber manusia danlain-lain.
Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-laungkan, tetapiia lebih merupakan
rangka kerja tindakan framework of actionbagi setiap rakyat untuk mengambil langkah-
langkah tertentubagi memastikan Malaysia menjadi negara yang benar-benarmaju dan
makmur. Dalam konteks ini Wawasan tersebutmemerlukan beberapa perisian penting,
di antaranya ialahkualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan,perubahan
sikap dan nilai, penekanan keada sains danteknologi, perancangan, dan peranan sektor
swasta yang lebihdinamik.
RANCANGAN MALAYSIA KE-ENAM (RMK-6) (1991-1995)
Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) yang meliputi tempoh 1991-1995, merupakan fasa
pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2), 1991-2000. Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) yang terkandung dalam RRJP2 menetapkan keseluruhan
objektif, strategi dan matlamat yang akan dijadikan panduan kepada pembangunan negara
dalam tahun- tahun sembilan puluhan. RMK-6 menjelaskan strategi, program dan projek
yang akan dibentuk bagi mencapai objektif DPN.
Teras utama RMK-6 ialah untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi di tahap yang
tinggi dan menguruskannya dengan berkesan bagi mencapai pembangunan ekonomi yang
lebih seimbang.Penekanan kepada pembangunan seimbang adalah berdasarkan kepada
kesedaran bahawa sungguhpun terdapat kemajuan dalam pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan, pertumbuhan yang mantap memerlukan asas ekonomi yang lebih luas.Strategi
pembangunan seimbang merangkumi dasar-dasar untuk mempelbagaikan asas perindustrian,
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
41/63
41
meningkatkan pembangunan sumber manusia, menggalakkan peningkatan teknologi dan
mengurangkan ketidakseimbangan struktur di antara sektor dan antara wilayah di negara ini.
STRATEGI DAN PELAKSANAAN RMK-6.
Beberapa strategi telah dirangka untuk mencapai matlamat-matlamat Rancangan Malaysia
Keenam (RMk-6).Antaranya, kecekapan daya saing ekonomi ditingkatkan di samping
menggalakkan sektor swasta terus memainkan peranan utama dalam perkembangan ekonomi
negara.
Kerajaan akan meningkatkan hasil serta mengurangkan perbelanjaan yang tidak
produktif dan menyegerakan program penswastaan. Langkahlangkah yang lebih giat diambil
bagi memperkukuhkan perkembangan pasaran kewangan dan modal supaya tabungan dalam
negeri dapat ditingkatkan dan disalurkan secara cekap kepada sektor ekonomi yang produktif
terutamanya sektor pembuatan.
PENCAPAIAN RMK-6
Ekonomi Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6) adalah
memberangsangkan.Pelaksanaan dasar ekonomi yang teguh dan peningkatan daya saing
negara telah menyumbang kepada pencapaian pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan
harga yang secara relatifnya lebih stabil.Ekonomi negara telah digerakkan oleh peningkatan
pesat pelaburan swasta yang didorong oleh kemasukan pelaburan asing yang besar, tabungan
dalam negeri yang tinggi dan kepesatan pelaksanaan program penswastaan.Sektor eksport
telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan walaupun negara perindustrian utama
mengalami pertumbuhan yang lembab dalam separuh pertama tempoh rancangan.
Sektor swasta memainkan peranan utama dalam pembangunan ekonomi manakala
sektor awam terus memainkan peranan sokongan yang aktif. Dalam tempoh RMK-6,
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
42/63
42
pengurusan ekonomi telah meningkatkan pengeluaran dan daya saing Malaysia. Kejayaan
Malaysia mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi secara berterusan beserta kestabilan
harga adalah hasil pelaksanaan dasar dan strategi ekonomi yang berkesan.Liberalisasi yang
berterusan ke atas peraturan dan tatacara dengan disokong oleh suasana politik yang stabil
telah mewujudkan persekitaran yang sesuai bagi meningkatkan pelaburan swasta.Malaysia
telah berjaya membiayai pelaburan ini melalui tabungan dalam negeri dan kemasukan
Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang tinggi.
Usaha ke arah pembangunan perindustrian telah menghasilkan keluaran yang lebih
berkualiti, meningkatkan kecekapan dan daya saing eksport Malaysia.Sumber telah
diperuntukkan bagi pembangunan sains dan teknologi (S&T), penyelidikan dan
pembangunan (P&P) serta sumber manusia untuk meningkatkan produktiviti.Pasaran
kewangan telah diperkukuhkan dan ini telah memudahkan penggemblengan tabungan dalam
negeri manakala pasaran modal pula telah dimajukan untuk memenuhi pelbagai keperluan
yang semakin meningkat bagi sebuah ekonomi yang menuju ke taraf
perindustrian.Peningkatan pengeluaran sektor kecil kelapa sawit, ternakan dan perikanan
telah menyumbang kepada pertumbuhan sektor ini.Begitu juga dengan sektor perlombongan
yang telah mencapai pertumbuhan purata sebanyak 2.9 peratus setahun iaitu lebih tinggi
daripada sasaran 1.1 peratus, hasil daripada peningkatan pengeluaran gas.
Tahun terakhir RMK-6 merupakan tahun kelapan berturut-turut ekonomi negara
mencapai pertumbuhan pesat, menjadikannya tempoh pertumbuhan paling rancak dan
terpanjang yang pernah dinikmati sehingga kini. Lebih penting lagi kadar pertumbuhan yang
tinggi tersebut dicapai dalam suasana harga yang secara relatifnya stabil. Dengan asas yang
kukuh menjadi landasan perkembangan pesat ekonomi sedia ada disertai suasana sosial dan
politik yang teguh, negara telah melangkah ke fasa kedua pembangunan di bawah RRJP2
dengan kemampuan yang lebih tinggi untuk menghadapi cabaran semasa.Ianya juga
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
43/63
43
menyediakan landasan bagi kerajaan mempercepatkan pencapaian objektif pertumbuhan
seimbang sebagaimana yang termaktub di bawah Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
dengan matlamat utama mewujudkan sebuah masyarakat yang lebih adil dan bersatu padu.
RANCANGAN MALAYSIA KETUJUH (RMK-7) (1996-2000).
RMK-7 dilaksanakan antara tahun 1996 - 2000, meliputi fasa kedua RRJP2.RMK-7 disedia
berasaskan kejayaan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keenam, dan bertujuan membawa
negara ke abad ke 21 secara berkesan. Rancangan ini dirangka berasaskan strategi-strategi
baru bagi menangani cabaran dan perubahan yang akan dihadapi oleh masyarakat dan
ekonomi.RMK-7 mengekalkan penekanan kepada konsep pembangunan seimbang
sebagaimana di dalam DPN. Rancangan cuba mempastikan hasil pertumbuhan ekonomi
diagihkan secara saksama kepada semua kumpulan etnik. Antara strategi baru yang
dilaksanakan adalah seperti strategi pertumbuhan ekonomi yang didorong oleh pelaburan atau
input yang diutamakan dalam rancangan terdahulu kepada strategi pertumbuhan didorong
oleh produktiviti. Selain itu, peralihan juga akan dibuat kepada pengeluaran berskala besar
bagi eksport oleh industri-industri Malaysia.
RMK-7 juga menekankan kepentingan sumber manusia dengan menambah bidang
latihan dan pendidikan.Strategi baru juga dilaksanakan untuk memperkayakan sains dan
teknologi.Selain itu, seperti dalam rancangan terdahulu RMK-7 juga menekankan peranan
sektor swasta dalam menyumbangkan pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun RMK-7
dilancarkan pada saat ekonomi sedang berkembang pesat (1996), namun sepanjang
perlaksanaannya rancangan ini akan dikenang kerana telah menghadapi tempoh sukar ekoran
kelembapan ekonomi terutama pada tahun 1998.Rancangan ekonomi terjejas akibat krisis
kewangan yang bermula pada Julai 1997. Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk
mempastikan ekonomi negara, juga kestabilan negara tidak terus terjejas seperti penubuhan
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
44/63
44
Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Januari 1998 dan Pelan Pemulihan
Ekonomi Negara (PPEN) pada 23 Julai 1998.
STRATEGI DAN PELAKSANAAN RMK-7
Dalam tempoh RMK-7, pengurusan ekonomi makro diberi tumpuan kepada mengekalkan
pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan kestabilan bagi memudahkan pencapaian objektif
sosioekonomi dalam konteks perkembangan ekonomi yang pesat. Usaha diteruskan melalui
dasar fiskal dan kewangan yang bersesuaian serta langkah pentadbiran dan penyesuaian
penawaran. Usaha juga ditumpukan untuk mengurangkan kadar kemiskinan ke tahap 5.5
peratus manakala kemiskinan di kalangan golongan termiskin akan dapat dibasmi
sepenuhnya menjelang tahun 2000. Dalam hubungan ini, program membasmi kemiskinan
termasuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) akan ditumpukan kepada
pengurangan kemiskinan di kawasan dan di kalangan kumpulan yang kadar kemiskinannya
tinggi.
Beberapa cabaran telah dikenal pasti dalam pelaksanaan RMK-7 ini. Cabaran utama
yang akan dihadapi oleh negara pada masa hadapan termasuklah memesatkan transformasi
ekonomi daripada pertumbuhan yang didorong oleh pelaburan kepada pertumbuhan yang
didorong oleh produktiviti dan kualiti melalui peningkatan kecekapan faktor buruh dan modal
serta produktiviti faktor keseluruhan (TFP) dengan meningkatkan kemahiran, mendalamkan
modal di samping memajukan pengurusan dan keusahawanan.
Antara strategi lain yang diusahakan dalam RMK-7 ialah:-
- Membangunkan sektor perkhidmatan yang moden, dinamik dan berorientasi terbukabagi membolehkannya bukan sahaja menjadi pemangkin utama pertumbuhan tetapi
juga berpotensi untuk diekspot dalam perdagangan antarabangsa.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
45/63
45
- Memperkukuhkan sains dan teknologi (S&T) dan meningkatkan penyelidikan danpembangunan (P&P) untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan teknologi negara
serta memajukan teknologi maklumat (IT) bagi membolehkan negara beralih daripada
hanya sebagai pengguna produk multimedia kepada pembekal dan pemaju IT.
- Memastikan pembangunan mapan bukan sahaja melalui kesedaran yang lebih tinggiterhadap pemuliharaan alam sekitar tetapi juga menekankan pertimbangan yang
bersepadu mengenai alam sekitar dalam proses pembangunan ekonomi dan sosial.
- Menekankan usaha yang lebih gigih ke arah pengagihan pertambahan pendapatan dankekayaan negara dengan saksama bertujuan mengekalkan kestabilan sosioekonomi
yang berterusan serta mempercepatkan penyusunan semula masyarakat dan akhir
sekali menangani masalah sosial yang semakin meningkat berikutan daripada
pertumbuhan yang pesat bagi memastikan ianya tidak melemahkan moral dan etika
masyarakat terutamanya di kalangan golongan muda dan generasi masa hadapan.U
Usaha mewujudkan ekonomi yang lebihseimbang, mempunyai asas yang luas, berdaya tahan
dan berdaya saing diperingkat antarabangsa tetap penting bagi menyediakan asas yang lebih
kukuh untuk mencapai pertumbuhan yang mampan terutamanya dalam proses peralihan ke
arah sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
DASAR WAWASAN NEGARA
RMK-8 juga turut memperkenalkan Dasar Wawasan Negara (DWN) yang menggabungkan
teras kritikal dasar pembangunan yang lepas, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) dengan objektif utama mencapai perpaduan nasional.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
46/63
46
Pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum, penyusunan semula masyarakat dan
pembangunan yang seimbang masih menjadi strategi utama.DWN juga berpandu kepada
cabaran strategik Wawasan 2020 yang menyediakan hala tuju kepada Malaysia untuk
menjadi negara maju sepenuhnya menjelang 2020.
Bagi merealisasikan objektif ini, DWN akan merangkumi teras kritikal seperti
berikut:-
Membina bangsa yang berdaya tahan dengan memupuk perpaduan.
Menyemarakkan semangat patriotik, membentuk kematangan politik, membina masyarakat
supaya lebih bertolak ansur dan penyayang juga tersemat dengan nilai positif dan
meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi
Mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang tinggi dengan memperkukuhkan sumber
pertumbuhan, institusi kewangan dan korporat serta pengurusan ekonomi makro
Mempertingkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi.
Membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan sebagai satu langkah strategik untuk
meningkatkan nilai ditambah bagi semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya
pemikiran rakyat
Mengukuhkan pembangunan sumber manusia untuk menghasilkan tenaga kerja yang cekap,
produktif dan berpengetahuan
Meneruskan pembangunan alam sektor yang mapan untuk meneguhkan pertumbuhan
jangka panjang.
RANCANGAN MALAYSIA KELAPAN (RMK-8) (2001-2005)
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) yang meliputi tempoh 2001 2005 merupakan fasa
pertama pelaksanaan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3), 2001 2010.
Dasar Wawasan Negara (DWN) yang juga terkandung dalam RRJP3 menentukan arah
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
47/63
47
pembangunan negara dalam dekad pertama abad ke-21.RMK-8 menggabungkan strategi,
program dan projek yang dirangka bagi mencapai objektif DWN, iaitu pertumbuhan mapan
dan pengukuhan daya tahan ekonomi serta mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan
saksama. Dasar dan strategi dalam tempoh RMK-8 memberi tumpuan untuk mencapai
pertumbuhan dengan berdaya tahan.
Teras RMK-8 adalah mengubah strategi pertumbuhan daripada strategi yang didorong
oleh input kepada strategi yang didorong oleh pengetahuan. RMK-8 akan memberi lebih
tumpuan kepada inisiatif sektor swasta sementara sektor awam akan menyediakan rangka
dasar institusi yang kondusif serta perkhidmatan berkualiti bagi membantu pembangunan
sektor swasta. Dalam usaha meningkatkan daya saing negara, penekanan khusus akan diberi
bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan menerusi pembangunan sumber manusia,
peningkatan aktiviti dan P&P serta penggunaan teknologi terkini terutamanya ICT.
STRATEGI DAN PELAKSANAAN RMK-8
Antara yang diberi penekanan dalam Rancangan ialah meneruskan pengurusan ekonomi yang
mantap. Malaysia akan meneruskan matlamat untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang
pesat dengan kadar inflasi yang rendah dan akaun luar negara serta belanjawan. Dalam
tempoh RMK-8 melalui pelaksanaan langkah-langkah untuk meningkatkan potensi keluaran,
pertumbuhan ekonomi disasarkan pada kadar 7.5 peratus setahun.
Usaha diambil bagi meningkatkan kecekapan dalam penggunaan modal,
melaksanakan pelaburan berkualiti dan produktif serta meningkatkan produktiviti
buruh.Usaha juga diteruskan dengan menggalakkan lebih banyak pelaburan dalam negeri dan
menarik Pelaburan Langsung Asing (FDI) yang berkualiti.Ia bertujuan bagi menggalakkan
pelaburan swasta dalam negeri supaya ekonomi dapat dibangunkan berasaskan strategi
pertumbuhan yang didorong oleh sumber dan kekuatan dalam negeri dan mengukuhkan daya
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
48/63
48
tahan ekonomi.Dalam tempoh RMK-8, penswastaan terus dilaksanakan bagi membantu
pertumbuhan ekonomi. Bagi memastikan orangawam mempunyai peluang penyertaan yang
saksama dalam entiti yang diswastakan, entiti yang dikorporatkan yang berjaya secara
komersial akan disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).
Dalam tempoh Rancangan, sebanyak 98 projek telah diswastakan yang terdiri daripada
47 projek sedia ada dan 51 projek baru. Daripada jumlah projek baru yang diswastakan, 49
projek adalah dalam sektor pembinaan, pengangkutan serta elektrik dan gas. Antara projek
yang dijalankan adalah:
Lebuhraya Damansara-Puchong. Menaiktaraf Jalan Sungai Besi dan tiga Penjanakuasa Elektrik Persendirian iaitu di
Sandakan, Karambunai dan Batu Sapi di Sabah.
Sistem Monorel di Kuala Lumpur, hubungan Kereta Api Ekspres (ERL) dari KualaLumpur ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Pembangunan 10,000 unit rumah guru. Projek bekalan air Fasa III di Selangor.
PENCAPAIAN RMK-8
Semua sektor ekonomi negara menampakkan kemajuan termasuklah pengembangan sektor
ekonomi baru seperti Sains, Teknologi dan Komunikasi (ICT). Hasil pertumbuhan ini, jumlah
ekspot negara meningkat pada kadar purata 13.5 peratus setahun dalam tempoh 1991 hingga
2005 menjadikan negara kita negara pedagang yang ke-18 terbesar dunia. Dari segi sosial
negara terus memperlihatkan kemajuan.Kadar kemiskinan dapat diturunkan daripada 22.8
peratus pada tahun 1990 kepada 5.7 peratus pada tahun 2004.Keperluan asas seperti
perkhidmatan kesihatan, pendidikan serta perumahan lebih banyak disediakan, demikian juga
dengan perkembangan prasarana dan utiliti.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
49/63
49
Program penswastaan akan terus dilaksanakan dalam tempoh RMK- 8
memandangkan sumbangannya dalam meningkatkan kecekapan dan produktiviti entiti yang
diswastakan dan memberi manfaat kepada orang awam serta menggiatkan pembangunan
ekonomi. Ini selaras dengan mencapai matlamat teras RMK-8 untuk mengekalkan
pertumbuhan dan daya saing bagi menghadapi perkembangan globalisasi dan liberalisasi.
Bagi membolehkan negara membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan,
ekonomi negara perlu beroperasi pada sempadan pengeluaran yang lebih tinggi dan
mempercepatkan peralihan daripada pertumbuhan yang didorong oleh input kepada
pertumbuhan didorong oleh produktiviti. Pada masa yang sama, tumpuan juga diberi bagi
meningkatkan kualiti hidup melalui penyediaan perkhidmatan sosial yang lebih baik
termasuk kemudahan pendidikan dan kesihatan, perumahan yang mencukupi dan mampu
dimiliki dan perkhidmatan lain yang berkaitan.
RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMK-9) (2006 2010)
Rancangan Malaysia Kesembilan telah dibentangkan pada 30 Mac 2006 yang lalu dengan
objektif utamanya ialah Mengukuhkan Perpaduan Nasional bertemakan Bersama Ke Arah
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. RMK-9 juga dilaksanakan dengan hasrat untuk
membina kemakmuran, merupakan antara rancangan pembangunan negara yang penting
dalam sejarah negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam
perjalanan ke arah tahun 2020.
Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang
perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui
kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam
aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu
mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Malaysia (1)
50/63
50
mampu mencapai matlamat RMK-9. Sebagai panduan bagi perjalanan seterusnya, kerajaan
telah menggubal dan akan melaksanakan Misi Nasional- satu rangka kerja bagi agenda
pembangunan negara dengan menggariskan langkah-langkah utama yang harus diambil bagi
tempoh lima belas tahun akan datang. Misi Nasional akan menumpukan usaha negara kepada
bidang-bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian Wawasan 2020. Misi Nasional
yang dirangka merangkumi lima teras utama iaitu:
MISI NASIONAL YANG DIRANGKA MERANGKUMI LIMA TERAS UTAMA:
Teras Pertama: Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.
Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah sektor ekonomi
sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang pekerjaan dalam
bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu, Kerajaan akan
turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui pembangunan
ekonomi negara.
Teras Kedua: Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta
memupuk minda kelas pertama.
Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja
dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan
melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari
peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang
menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan
pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk
masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.
-
8/7/2019 Perkembangan Ekonomi Mal