perkembangan personaliti menurut al-ghazali

22

Click here to load reader

Upload: fsaliman

Post on 02-Jul-2015

843 views

Category:

Documents


42 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT

AL-GHAZALI

Page 2: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi pembentukan personaliti :

hati, nafs, dan

akal.

Page 3: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

•Akal berfungsi menyampaikan ilmu pengetahuan kepada hati yang boleh mempengaruhi atau menyucikannya dan menghampirkannya kepada Allah s.w.t.

• Menurut Imam al-Ghazali, jasad dihubungkan dengan roh melalui hati.

Page 4: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

•Hati secara lahiriah dikatakan sebagai seketul daging yang berfungsi untuk pengedaran darah. Pengertian kedua merujuk hati sebagai rohaniah manusia yang berpusat kepada naluri rasional.

Page 5: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Sejauh mana hati manusia itu dapat menghayati risalah Allah menentukan kualiti hati individu. Individu yang hatinya belum kukuh dengan tuntutan agama memerlukan akalnya untuk memandu ia bertindak.

Page 6: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Hati individu ini dikatakan hati “qalbun”. Hal ini berbeza dengan individu yang hatinya berkualiti tinggi, iaitu hati “lubbun” di mana lahirnya cetusan hati (intuition) yang rasional dan ikhlas membimbing akal. Di antara dua jenis hati ini ialah hati “fuaadun” di mana hati individu itu sudah ada keyakinan terhadap risalah Allah.

Page 7: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

•Nafs dirujuk sebagai tabii

keinginan. Untuk memahami nafs, lihat individu di sekeliling anda. Anda akan dapati adanya individu yang bertindak mengikut runtunan hawa nafsu hingga dia memperoleh sifat kejahatan dan kerosakan. Individu sedemikian dikatakan berfungsi pada nafs yang terendah, iatu nafs ammarah.

Page 8: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Nafs terbahagi kepada tujuh tahap. Susunan nafs dari nafs terendah hingga tertinggi ialah

• nafs ammarah, • nafs lawwamah, • nafs mulhamah, • nafs mutmainnah, • nafs radiah, • nafs mardiah dan • tertinggi ialah nafs kamilah.

Page 9: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Pernahkah anda bertemu dengan individu yang lemah lembut tutur kata, menerima dengan sepenuh hati (redha) atas ketentuan Allah ke atas dirinya, berterima kasih kepada sesama manusia, bersyukur di atas nikmat pemberian Allah, dan merasai cukup dengan apa yang ada (qanaah)?

Page 10: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Individu sedemikian dikatakan sebagai “malaikat hidup” di mana ia berfungsi pada nafs mardiah, nafs yang arasnya yang kedua tertinggi. Nafs kamilah hanya dicapai oleh para rasul yang mempunyai sifat diri yang sempurna.

Page 11: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Bagaimana pun, manusia biasa boleh mencapai tahap nafs mutmainnah di mana jiwa manusia itu dapat menahan runtunan nafsu syahwat lalu mencapai ketenangan. Kualiti nafs ini mencorakkan personaliti individu itu menjadi manusia yang rasional dan aman.

Page 12: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

•Akal merupakan anugerah Allah yang khusus untuk manusia. Ia dikatakan sebagai intelek yang membolehkan manusia membentuk konsep, generalisasi, dan berdaya rasional. Jelasnya, kehadiran akal membolehkan manusia berfikir secara rasional. Adakah semua manusia bertindak berpandukan akal yang rasional?

Page 13: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Tegasnya, kualiti akal manusia berbeza hingga dikatakan terdapat tiga jenis akal. Kanak-kanak berumur dua tahun contohnya bertindak mengikut apa yang dilihat. Jika bola ditutup dengan kain, kanak-kanak akan mengalihkan perhatian kepada objek lain kerana bola itu telah “tiada”. Tegasnya, akal kanak-kanak ini berfungsi kepada apa yang dilihat sahaja. Terdapatkah tahap pemikiran orang dewasa sedemikian?

Page 14: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Pemikiran individu ini dicorakkan oleh apa yang dapat dilihat lalu menolak perkara yang abstrak contohnya dosa dan pahala. Akal ini dirujuk sebagai akal biasa, kategori akal yang terendah.

• Pernahkah anda melihat keupayaan rakan menganalisis sesuatu perkara berdasarkan sebab-musabab. Contohnya, individu itu akan mencari faktor penghurai kepada perlakuannya

Page 15: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Akal di peringkat ini dikatakan akal taakul, kategori akal yang sederhana. Bagi mereka yang boleh berfikir secara ikhlas dan rasional berpandu kepada kekuatan keimanannya, akal mereka diklasifikasikan berkualiti tinggi (akal tadabbur).

Page 16: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Manusia yang mencapai akal sedemikian dapat bertindak berpandukan fikiran rasional yang dicorakkan oleh keyakinan diri dan keikhlasan tindakan kerana Allah.

Page 17: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Interaksi antara Akal, Nafs dan Hati Dalam Mempengaruhi Pembentukan PersonalitiPilih seorang individu yang personalitinya anda kagumi. Cuba anda kenalpasti kualiti akal, nafs, dan hati individu itu. Rajah di bawah menggambarkan interaksi antara akal, nafs, dan hati dalam mencorakkan personaliti manusia contohnya dari segi tingkah laku, kawalan kendiri, nilai, emosi, dan pemikiran.

Page 18: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI
Page 19: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Individu yang mempunyai dua personaliti dalam dirinya, iaitu dirinya yang sebenar dan diri pesona, dikatakan mempunyai personaliti celaru. Nafsu ammarah merupakan faktor penentu mempengaruhi pembentukan personaliti individu tersebut hinggakan membataskan kemampuan akal untuk berfikir dan hati untuk membuat pertimbangan.

Page 20: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Personaliti seimbang menggambarkan individu yang tindakan nafsu dan hatinya dikawal oleh akal. Individu ini dapat mengimbang dan menyepadukan tuntutan dunia dan akhirat juga jasmani dan rohani. Faktor penentu yang mempengaruhi pembentukan personaliti ini ialah akal yang rasional. Akal inilah pencorak kualiti hati dan nafs.

Page 21: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

• Manusia yang memenuhi semua kriteria insan yang sempurna (insan kamil). Akal dan hati merupakan faktor penentu dalam mencorak personaliti. Nafs individu ini terkawal sepenuhnya.

Page 22: PERKEMBANGAN PERSONALITI MENURUT AL-GHAZALI

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Ingatlah, dalam jasad kamu itu ada seketul daging, jika ia sihat maka sihatlah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa daging itu adalah hati.”