perkhidmatan utama halaman: 1/6 prasiswazah pejabat...
TRANSCRIPT
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN
(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 1/6
No. Semakan: 04
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 20/08/2019
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
1.0 TUJUAN
Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan dan panduan kepada Fakulti mengenai pengurusan latihan industri pelajar prasiswazah di Universiti Putra Malaysia yang merangkumi perancangan latihan industri, penempatan latihan industri, pemantauan latihan industri dan laporan keberkesanan latihan industri.
2.0 TANGGUNGJAWAB FAKULTI
2.1 Penubuhan Unit Latihan Industri
(a) Unit Latihan Industri ataupun apa jua gelaran diwujudkan di setiap fakulti bagi mengurus dan menyelaras urusan berkaitan pengendalian Latihan Industri pelajar pra siswazah UPM.
(b) Unit Latihan Industri diketuai oleh Ketua Unit Latihan Industri yang dipilih dalam kalangan staf akademik.
(c) Ketua Unit Latihan Industri dilantik oleh Dekan. Tempoh pelantikan Ketua Unit Latihan Industri adalah selama tiga (3) tahun dan boleh diperbaharui.
(d) Ketua Unit Latihan Industri dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri (jika ada) yang dilantik oleh Ketua Jabatan atau pegawai yang diberi kuasa mengikut jabatan/program pengajian dan seorang staf bukan akademik.
(e) Bilangan Penyelaras Latihan Industri adalah bergantung kepada jumlah jabatan atau program pengajian yang ditawarkan di fakulti masing-masing.
2.2 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Unit Latihan Industri Fakulti
(a) Memastikan pelaksanaan latihan industri yang dijalankan mematuhi Prosedur Pengurusan dan Pelaksanaan Latihan Industri (UPM/PU/PS/P 017);
(b) Memantau pelaksanaan latihan industri berjalan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan;
(c) Menyediakan laporan pelaksanaan latihan industri; (d) Merancang penambahbaikan pelaksanaan latihan industri dari semasa ke
semasa; (e) Membantu penyediaan belanjawan tahunan latihan industri; (f) Menyediakan dan mengemas kini senarai organisasi yang menawarkan
penempatan latihan industri; (g) Mengadakan taklimat kepada pelajar sebelum latihan industri dijalankan;
(h) Mengenal pasti pensyarah yang akan membuat pemantauan latihan
industri;
(i) Menguruskan penyediaan dokumen dan surat berkaitan latihan industri;
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN
(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 2/6
No. Semakan: 04
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 20/08/2019
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
(j) Lain-lain tugas berkaitan yang diperlukan oleh Dekan/Timbalan Dekan
Fakulti dari semasa ke semasa.
2.3 Tugas dan Tanggungjawab Penyelaras Latihan Industri
(a) Bertanggungjawab kepada Ketua Unit Latihan Industri; (b) Menjadi pegawai perantara antara fakulti dan pelajar dengan organisasi
berkaitan dalam urusan latihan industri; (c) Menyediakan jadual lawatan pensyarah pemantau; (d) Memantau penyediaan jadual pembentangan laporan pelajar (jika
berkenaan); (e) Membekalkan buku panduan dan buku log kepada pelajar sebelum
menjalani latihan industri (jika perlu); (f) Lain-lain tugas berkaitan yang diarahkan oleh Ketua Unit Latihan Industri
Fakulti dari semasa ke semasa.
3.0 PENEMPATAN LATIHAN INDUSTRI
3.1 Permohonan Penempatan
(a) Pelajar perlu memohon penempatan latihan industri menggunakan borang yang disediakan oleh fakulti. (Rujuk : Lampiran 1 untuk contoh Borang Permohonan Tempat Latihan Industri)
(b) Setiap pelajar perlu mencadangkan tempat latihan yang dikenal pasti (c) Pemilihan tempat latihan industri oleh pelajar perlu dirujuk kepada
Penyelaras Latihan Industri Jabatan/Program bagi memastikan tempat tersebut bersesuaian dengan bidang pengajian pelajar.
(d) Surat permohonan penempatan perlu disediakan oleh pihak Fakulti. (e) Surat permohonan penempatan latihan industri perlu disertakan curriculum
vitae dan garis panduan skop latihan (jika ada) bagi memastikan latihan yang dijalani oleh pelajar menepati objektif latihan.
(f) Industri yang telah dipilih untuk penempatan perlu menetapkan penyelia bagi memantau aktiviti harian pelajar.
(g) Pelajar bertanggungjawab menyediakan kemudahan sara hidup, penginapan dan pengangkutan sepanjang latihan. Pelajar boleh memohon bantuan kewangan yang disediakan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar.
(h) Pelajar yang menjalani latihan industri di luar negara perlu mendapatkan kelulusan visa (Sila rujuk Bahagian Antarabangsa).
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN
(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 3/6
No. Semakan: 04
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 20/08/2019
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
3.2 PENERIMAAN ATAU PENOLAKAN TAWARAN PENEMPATAN
3.2.1 Penerimaan atau Penolakan oleh Industri
(a) Penerimaan pelajar oleh industri mesti disahkan dengan surat penawaran atau penolakan dari pihak industri.
(b) Sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh fakulti, tindakan susulan dengan pihak industri akan dilakukan.
3.2.2 Penerimaan atau penolakan oleh Pelajar
(a) Pelajar tidak dibenarkan membuat penolakan penempatan selepas menerima surat tawaran penempatan latihan industri dari pihak industri tanpa kebenaran Ketua Unit Latihan Industri Fakulti.
(b) Pertukaran dan penolakan tempat latihan industri adalah tidak dibenarkan dalam tempoh dua (2) minggu sebelum latihan industri bermula.
3.2.3 Penerimaan atau Penolakan oleh Fakulti
(a) Sekiranya pelajar mendapat tawaran penempatan lebih dari satu (1) industri, keputusan penempatan dibuat atas budi bicara Ketua Unit Latihan Industri Fakulti.
(b) Fakulti berhak menolak penempatan yang dibuat pilihan pelajar atas sebab yang munasabah seperti keselamatan, ketidaksesuaian tempat latihan, kesukaran untuk membuat pemantauan dan rekod lampau industri yang tidak memuaskan.
(c) Ketua Unit Latihan Industri Fakulti bertanggungjawab memaklumkan kepada industri dan pelajar mengenai penerimaan atau penolakan penempatan.
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN
(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 4/6
No. Semakan: 04
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 20/08/2019
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
4.0 PERLAKSANAAN LATIHAN INDUSTRI
4.1 Melapor Diri Menjalani Latihan Industri
(a) Pelajar perlu melapor diri pada tarikh dan tempat yang ditetapkan. (b) Pelajar perlu membawa borang pengesahan lapor diri, salinan surat
persetujuan penerimaan penempatan oleh industri dan dokumen lain seperti berikut (jika perlu) semasa melapor diri: (i) Surat Akuan Perlindungan Insurans (Yang Dikeluarkan Oleh BHEP) (ii) Surat Menanggung Rugi Dan Aku Janji
(Rujuk Lampiran 2: Letter of Indemnity and Undertaking) (iii) Borang Perjanjian Kerahsiaan
(Rujuk Lampiran 3: Non-Disclosure Agreement) (c) Penyelia industri perlu memberi taklimat kepada pelajar mengenai skop
kerja yang perlu dilakukan oleh pelajar, peraturan dan prosedur industri, peraturan keselamatan dan lain-lain perkara yang berkaitan.
(d) Pelajar dengan bantuan penyelia industri perlu merancang aktiviti sepanjang latihan industri mengikut skop latihan.
(e) Pelajar perlu mematuhi perancangan aktiviti industri sepanjang tempoh latihan.
4.2 Pelaksanaan/Implementasi Aktiviti Semasa Latihan Industri
(a) Bebanan kerja yang ditanggung oleh pelajar perlu setimpal dengan keperluan dan masa latihan.
(b) Skop kerja yang diberikan perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak fakulti.
(c) Pelajar perlu mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan oleh industri.
(d) Pelajar perlu sentiasa menjaga nama baik Universiti dan mereka masih tertakluk kepada peraturan- peraturan Universiti di mana mereka boleh dihadapkan kepada Jawatankuasa Tatatertib jika melakukan kesalahan.
(e) Pihak fakulti perlu memastikan setiap pelajar yang menjalankan latihan industri perlu dilindungi insurans. Perolehan insurans boleh dilakukan melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Pelajar juga berhak untuk mendapatkan perlindungan insurans tambahan atas tanggungan sendiri.
(f) Sebarang permohonan cuti semasa latihan adalah bergantung kepada polisi industri dan perlu disahkan oleh penyelia industri dan ketua/ penyelaras unit latihan industri.
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN
(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 5/6
No. Semakan: 04
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 20/08/2019
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
4.3 Penyediaan Buku Log/Laporan Harian
(a) Pelajar perlu melengkapkan buku log mereka setiap hari/minggu/bulan. (b) Buku log perlu disemak dan ditandatangani oleh penyelia industri bagi
mengesahkan aktiviti dan kerja yang dilakukan oleh pelajar.
5.0 PEMANTAUAN LATIHAN INDUSTRI
5.1 Pemantauan Oleh Fakulti
(a) Pegawai/pensyarah pemantau perlu berkomunikasi awal dengan penyelia industri.
(b) Fakulti perlu menentukan kekerapan pemantauan/lawatan ke agensi sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh latihan. Jadual lawatan (jika perlu) dimaklumkan kepada pihak pengurusan industri, penyelia industri dan pelajar.
5.2 Pemantauan Oleh Penyelia Industri
(a) Penyeliaan oleh industri perlu dilakukan oleh penyelia yang telah ditetapkan.
(b) Catatan penyeliaan boleh dilakukan pada buku log/laporan harian.
5.3 Penyerahan Laporan/Pembentangan
(a) Pelajar perlu menyerahkan laporan ke Unit Latihan Industri Fakulti dalam tempoh yang ditetapkan oleh fakulti.
(b) Laporan perlu dihantar dalam bentuk salinan keras (hardcopy) dan/atau salinan lembut (softcopy) mengikut keperluan fakulti.
(c) Sekiranya fakulti menetapkan pelajar untuk membuat pembentangan, ia perlu dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan oleh fakulti. Salinan pembentangan turut dihantar (jika perlu).
6.0 SISTEM PEMARKAHAN
(a) Kaedah pemarkahan adalah bergantung kepada ketetapan fakulti berdasarkan kepada perkara berikut: (i) penilaian oleh pegawai/pensyarah pemantau yang dilantik oleh fakulti
(Rujuk Lampiran 4 : Contoh Kriteria Penilaian Oleh Pensyarah Pemantau) (ii) penilaian oleh penyelia industri
(Rujuk Lampiran 5 : Contoh Kriteria Penilaian Oleh Penyelia Industri) (iii) penilaian ke atas laporan pelajar (laporan, buku log, pembentangan).
PERKHIDMATAN UTAMA PRASISWAZAH
PEJABAT TIMBALAN DEKAN
(AKADEMIK & ANTARABANGSA) Kod Dokumen: PU/PS/GP009
Halaman: 6/6
No. Semakan: 04
No. Isu: 02
GARIS PANDUAN PENGURUSAN LATIHAN INDUSTRI
Tarikh: 20/08/2019
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
(b) Peratusan agihan pembahagian markah ditetapkan oleh pihak fakulti (Rujuk Lampiran 6: Pembahagian Peratusan Markah Penilaian Mengikut Hasil Pembelajaran Kursus Latihan Industri Program Bacelor dan Diploma UPM)
(c) Markah Latihan Industri boleh diberikan gred abjad A-F atau gred Memuaskan (M)/ Tidak Memuaskan (TM) yang ditetapkan di dalam Jadual Kelima (Kaedah 59) Kaedah-kaedah Universiti Putra Malaysia (Perkara Akademik Prasiswazah) 2014. Gred M/TM diberi markah berdasarkan julat skema pemarkahan yang ditetapkan. Contoh gred C, julat markah antara 50-54 peratus disetara dengan gred Memuaskan (M) dan markah 49 peratus atau kurang disetara dengan Tidak Memuaskan (TM).
7.0 KRITERIA PENILAIAN
(a) Pelajar perlu memenuhi semua kriteria pemarkahan. (b) Kriteria penilaian oleh penyelia industri dan pensyarah pemantau hendaklah
ditetapkan oleh fakulti masing-masing mengikut keperluan dan kesesuaian program.
(c) Kriteria penilaian perlu dimaklumkan kepada pelajar dan penyelia industri sebelum latihan dimulakan.
(d) Kehadiran pelajar hendaklah dijadikan salah satu kriteria penilaian. Kehadiran pelajar hendaklah direkodkan dan disahkan oleh penyelia industri. Rekod kehadiran bergantung kepada kaedah yang dipraktikkan oleh industri berkenaan atau rekod kehadiran pelajar dalam Borang PU/PS/BR13/AJR Kedatangan Guru Pelatih UPM/Latihan Industri.
(e) Ketidakhadiran pelajar perlu dibuktikan dengan dokumen sokongan (Contoh: sijil sakit). Semua dokumen sokongan tersebut perlu disertakan dalam laporan.
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
LAMPIRAN 1
BORANG PERMOHONAN TEMPAT LATIHAN INDUSTRI
Nama: …………………………………………………………………………………………………………………………………
No. Matrik: …………………………………………………….. No. K/P: ……………………………………………………
Program: …………………………………………………………………………………………………………………………….
Tahun Pengajian/Semester: ………./……. No. Telefon Bimbit: ………………………………………………
Masa Latihan: …………………………………….. Tempoh Latihan: …………………………………………………
Pilihan 1 ………………………………………………….. ………………………………………………………..
………………………………………………….. ………………………………………………………..
………………………………………………….. ………………………………………………………..
Pilihan 2 ………………………………………………….. ………………………………………………………..
…………………………………………………. …………………………………………………………
…………………………………………………. …………………………………………………………
Pilihan 3 ………………………………………………… ………………………………………………………….
………………………………………………… ………………………………………………………….
………………………………………………… ………………………………………………………….
Dimohon oleh: Disokong oleh:
……………………….………….. ………………………………………………………. Tandatangan pelajar Penyelaras Latihan Industri
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
LAMPIRAN 2
SURAT MENANGGUNG RUGI DAN AKU JANJI
LETTER OF INDEMNITY & UNDERTAKING In consideration of ......................................................... (Company’s Name) accommodating Mr/Ms .............................................. (Student’s Name), ........................... (Student’s I/C No) of Faculty ................................................................, facilities for practical training, Universiti Putra Malaysia (UPM), hereby agrees that :
1. UPM acts as a facilitator for the said student’s practical training and is in no way an agent or principal to or an employer of the said student; and
2. UPM shall not hold ................................................... (Company’s Name) in any way liable
or any claim or take any proceedings against ...................................................... (Company’s Name) with respect of any personal injury to Mr/Ms .............................................................(Student’s Name) or loss or damage to his/her property which he/she may suffer in consequence of the facilities offered to him/her by ................................................................. (Company’s Name) or departments at which he/she will be receiving/her his training.
Date: ………………………….. ………………………………..……………..…
Mr. Wan Azman Wan Omar Registrar
Universiti Putra Malaysia
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
LAMPIRAN 3
BORANG PERJANJIAN KERAHSIAAN
NON-DISCLOSURE AGREEMENT
This agreement is by and between …………………….….. (Student’s Name) .……….……... (Student’s I/C
No) and having his/her address at …….………………………………………………..……….……… (please insert
address) (hereinafter referred to as "Student") and Universiti Putra Malaysia, a higher institute of
learning established in Malaysia and governed by the University and College University Act 1971
and having an address at 43400 Serdang, Selangor (hereinafter referred to as "UPM").
WHEREBY IT IS AGREED as follows:
Whereas:
a. The Student is desirous of entering into industrial training at
………………………..…………………. (insert Company’s Name);
b. UPM has no objection to the student undergoing the industrial training at
……………………….. (insert Company’s Name); and
The student hereby agrees that:
1. The Student shall hold Confidential Information in confidence and shall not disclose the
same to others, or use the same except for purposes of this Agreement, without the written
consent of UPM and the said company.
2. Confidential Information is any written or oral information which is proprietary to UPM and
or to the said company including know-how, technique, and specification of a characters
regarded by UPM or the said company as the case may be, as confidential but shall not
include any information that Student can show:
(a) was in the public domain prior its disclosure to, or thereafter comes into the public
domain without the fault or breach of any confidentiality obligation by the
Student; or
(b) was known by any third party prior to disclosure; or
(c) was disclosed to by a third party not in violation of any obligation of confidentiality
to the Student; or
(d) is independently developed by any third party; or
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
(e) the Student is required to disclose pursuant to the lawful order of a court or
governmental agency, provided that The Student shall notify UPM and the said
company of the order, and if requested, shall reasonably cooperate with UPM and
the said company in attempting to legally prevent the required disclosure. Any
combination of known information shall be within any of the foregoing exclusions
only if the combination as such is within such exclusion.
3. The Student agrees that all information, including drawings, designs, specifications,
formulations, flow sheets, sketches, descriptions, data, samples and other material pertaining to Confidential Information and obtained from or through UPM or the said company shall remain the property of UPM or the said company respectively. The Student agrees to return all Confidential Information and all copies thereof, at the request of UPM or the said company.
4. No right or license is granted hereby to The Student, expressly or by implication, with
respect to the Confidential Information or under any patent, patent application or other proprietary right of UPM or the said company, notwithstanding the expiration of the confidentiality obligations of this Agreement.
5. The Student further agrees that during the industrial training at the said company, the
student shall at all times observe his/her demeanors and shall not conduct himself/herself in any manner prejudicial to the interest, well-being good name of UPM or conduct himself/ herself against public order, safety or security, morality, decency or disciplines.
6. This Agreement shall be governed by and construed in accordance with the Malaysia Law.
IN WITNESS WHEREOF, each of the parties has caused the Agreement to be signed by its duly authorized representative.
If to UPM:- (office in charge of this NDA) Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang Selangor Darul Ehsan (Attn : person in charge) Tel: Fax: Email:
Witness by:
If to Student:- Name: IC No.: Address: Tel: Fax: Email:
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
LAMPIRAN 4
CONTOH KRITERIA PENILAIAN OLEH PENYELIA INDUSTRI
Bil Kriteria Penilaian Skala
Catatan 1 2 3 4 5
A Ciri Peribadi
1 Minat
2 Kerjasam/kerja berpasukan
3 Pergaulan
4 Sopan santun/sahsiah
5 Kemahuan belajar
6 Kebolehan berkomunikasi
7 Kepatuhan/disiplin/beretika
8 Kematangan
B Prestasi Pekerjaan
1 Tanggungjawab/komitmen
2 Kehadiran
3 Ketepatan masa
4 Pengetahuan tentang tugas
5 Mutu dan hasil kerja
6 Kejujuran/amanah
7 Berdikari
8 Kebolehan memberi idea baru/inovasi/inisiatif
9 Kebolehan menyelesaikan masalah/berfikiran kritis
10 Ketahanan mental dan fizikal
11 Kepimpinan
Jumlah
Skala: 1=tidak memuaskan, 2=memuaskan, 3=baik, 4=sangat baik, 5=cemerlang
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
LAMPIRAN 5 CONTOH PENILAIAN OLEH PENSYARAH PEMANTAU
Bil Kriteria berdasarkan Hasil
Pembelajaran
Pemberat Peratusan (Contoh
berdasarkan 6 PO minima + 1 PO tambahan
(PO7/PO8/PO9)
Catatan
1 2 3 4 5
1 Pengetahuan PO1 10
2 Kemahiran teknikal/praktikal/ psikomotor
PO21 15
3 Pendekatan kemahiran berfikir dan saintifik
PO3 10
4 Kemahiran berkomunikasi
PO41 20
5 Kemahiran sosial dan bertanggungjawab
PO51 20
6 Profesionalisme, nilai, sikap dan etika
PO61 15
7 Pendidikan sepanjang
hayat dan pengurusan
informasi
PO7 10
8 Kemahiran pengurusan
dan keusahawanan PO8 10
9 Kemahiran
kepemimpinan PO9 10
Jumlah 100
Skala: 1=sangat lemah, 2=lemah, 3=memuaskan, 4=baik, 5=sangat baik
Kesesuaian tempat latihan: Amat baik Baik Sesuai Sederhana Tidak Sesuai Jika tempat latihan tidak sesuai, nyatakan sebab:
Masalah semasa latihan:
Ulasan dan cadangan:
Nota: Rujuk Lampiran 6 untuk pembahagian peratusan markah penilaian mengikut Hasil Pembelajaran Kursus Latihan Industri Program Bacelor dan Diploma UPM dan Lampiran 6a hingga 6c untuk Rubrik Penilaian mengikut Atribut dan Sub Atribut setiap PO berkaitan.
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
LAMPIRAN 6 Pembahagian Peratusan Markah Penilaian Mengikut Hasil Pembelajaran Kursus Latihan Industri Program Bacelor dan Diploma UPM
Hasil Pembelajaran
LATIHAN INDUSTRI BACELOR DAN DIPLOMA (MARKAH)
6 PO minimum
(PO1 hingga PO6)
6 PO minimum + 1
PO tambahan
(PO7/PO8/PO9)
6 PO minimum + 2
PO tambahan
(PO7/PO8/PO9)
9 PO
maksimum
Pengetahuan PO1 10 10 10 10 Kemahiran teknikal/praktikal/
psikomotor PO21 20 15 15 10
Pendekatan kemahiran berfikir
dan saintifik PO3 15 10 10 10
Kemahiran berkomunikasi PO41 20 20 15 15
Kemahiran sosial dan
bertanggungjawab PO51 20 20 15 15
Profesionalisme, nilai, sikap dan
etika PO61 15 15 15 10
Jumlah (PO minimum) 100 90 80 70 Pendidikan sepanjang hayat dan
pengurusan informasi PO7 0 10 10 10
Kemahiran pengurusan dan
keusahawanan PO8 0 10 10 10
Kemahiran kepemimpinan PO9 0 10 10 10 Jumlah (PO tambahan) 0 10 20 30
Jumlah Keseluruhan 100 100 100 100
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Lampiran 6a PO2: Kemahiran Teknikal/Praktikal/Psikomotor
Kemahiran teknikal/praktikal/
psikomotor
Respon terpimpin
Pelaksanaan tugas
Bekerja sendiri
Mekanisme
Kesedaran dankepatuhan keselamatan
Penghasilan kerja
Respon ketara KompleksPenyempurnaan
tugas
6 PO minimum
20%
6 PO minimum + 1 PO tambahan
(PO6/PO7/PO9)
15%
6 PO minimum + 2 PO tambahan
(PO7/PO8/PO9)
15%
9 PO maksimum
10%
Peratus Markah Penilaian PO2
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Lampiran 6a
Rubrik Penilaian PO2: Kemahiran Teknikal/Praktikal/Psikomotor
Atribut Sub-atribut Sangat Lemah Lemah Memuaskan Baik Sangat Baik
Respon Terpimpin
Pelaksanaan tugasan
Tidak boleh mengenal pasti dan gagal
menggunakan alatan/ peralatan/
instrumen/langkah (SOP) yang bersesuaian.
Boleh mengenal pasti alatan/ peralatan/
instrumen/ langkah (SOP) diperlukan tetapi tidak
dapat menggunakan dengan cara yang sesuai.
Boleh menggunakan alatan/ peralatan/
instrumen/langkah (SOP) yang bersesuaian tetapi
kurang keyakinan/cekap.
Boleh menggunakan alatan/ peralatan/ instrumen/langkah
(SOP) yang bersesuaian dengan yakin/cekap.
Mahir dalam menggunakan alatan/ peralatan/ instrumen/
langkah (SOP) yang bersesuaian.
Bekerja sendiri
Memerlukan bantuan dan seliaan sepenuhnya dalam
melaksanakan tugasan.
Boleh melaksanakan tugasan dengan bantuan dan seliaan yang kerap.
Boleh melaksanakan tugasan dengan bantuan dan seliaan sekali-sekala.
Boleh melaksanakan tugasan dengan
bantuan dan seliaan yang minimum.
Boleh mengatur dan melaksanakan tugasan
tanpa bantuan dan seliaan.
Mekanisme Kesedaran dan kepatuhan keselamatan
Tiada kesedaran dan gagal mematuhi langkah
keselamatan.
Kurang kesedaran dan kurang mematuhi
langkah keselamatan.
Ada kesedaran tetapi kurang mematuhi langkah
keselamatan.
Ada kesedaran dan mematuhi sebahagian
besar langkah keselamatan.
Ada kesedaran dan mematuhi sepenuhnya langkah keselamatan.
Penghasilan kerja Gagal mendapat/ mengeluarkan keputusan/
hasil yang dikehendaki.
Boleh mendapat/ mengeluarkan
keputusan/ hasil yang dikehendaki tetapi
dengan kualiti/ ketepatan yang rendah
Boleh mendapat/ mengeluarkan keputusan/
hasil yang dikehendaki dengan kualiti/ ketepatan
yang boleh diterima.
Boleh mendapat/ mengeluarkan
keputusan/ hasil yang dikehendaki dengan
kualiti/ ketepatan yang baik
Boleh mendapat/ mengeluarkan
keputusan/ hasil jauh lebih tinggi dari yang
dikehendaki.
Respon ketara kompleks
Penyempurnaan tugasan
Gagal menyempurnakan tugasan berdasarkan
keperluan yang ditetapkan.
Boleh menyempurnakan tugasan berdasarkan
keperluan yang ditetapkan tetapi tidak
mencapai standard dikehendaki.
Boleh menyempurnakan tugasan lebih dari
berdasarkan keperluan yang ditetapkan tetapi
mencapai standard dikehendaki.
Boleh menyempurnakan
tugasan berdasarkan keperluan yang ditetapkan dan
mencapai standard dikehendaki.
Boleh menyempurnakan
tugasan dengan keperluan minimum yang ditetapkan dan mencapai standard
dikehendaki.
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Lampiran 6b PO3: Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah iCGPA: Domain Hasil Pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia (DHP KKM)
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Lampiran 6b PO3: Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
Pemikiran kritisdan penyelesaian
masalah
Penyelesaian masalah Aplikasi
Kemahiran saintifik
Penjanaan penyelesaian
Integrasi
Peratus Markah Penilaian PO3
6 PO minimum
15%
6 PO minimum + 1 PO tambahan
(PO6/PO7/PO9)
10%
6 PO minimum + 2 PO tambahan
(PO7/PO8/PO9)
10%
9 PO maksimum
10%
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Lampiran 6b Rubrik Penilaian PO3: Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah
Atribut Sub-atribut Sangat Lemah Lemah Memuaskan Baik Sangat Baik
Penyelesaian
Masalah Aplikasi Tidak boleh
mengaplikasi
idea/ilmu baharu
kepada masalah
yang diberi.
Boleh mengaplikasi
sedikit idea/ilmu
baharu kepada
masalah yang
diberi.
Boleh mengaplikasi
idea/ilmu baharu
kepada masalah yang
diberi dengan
bantuan rakan atau
pensyarah.
Boleh mengaplikasi
idea /ilmu baharu
kepada masalah yang
diberi tanpa sebarang
bantuan.
Boleh mengaplikasi
idea/ilmu baharu
kepada masalah
yang diberi serta
mencadangkan
aplikasi alternatif.
Kemahiran
Saintifik
Penjanaan
penyelesaian Tidak boleh
menyelesaikan
masalah atau
menawar
penyelesaian
alternatif.
Boleh
menyelesaikan
masalah atau
menawar
penyelesaian
alternatif dengan
bantuan yang
maksimum.
Boleh menyelesaikan
atau menawar
penyelesaian
alternatif dengan
sedikit bantuan.
Boleh menyelesaikan
masalah atau menawar
penyelesaian alternatif
dengan tepat dan jelas
tanpa bantuan.
Boleh
menyelesaikan
masalah atau
menawar
penyelesaian
alternatif dengan
sangat tepat,
terperinci dan jelas.
Integrasi Tidak boleh
menyatukan idea-
idea sedia ada.
Boleh menyatukan
idea-idea sedia ada
tetapi tidak boleh
menghasilkan
penyelesaian
baharu.
Boleh menyatukan
idea-idea sedia ada
dan boleh
menghasilkan
penyelesaian baharu
dengan bantuan.
Boleh menyatukan
idea-idea sedia ada
dan boleh
menghasilkan
penyelesaian baharu
dengan jelas.
Boleh menyatukan
idea-idea sedia ada
dan boleh
menghasilkan
penyelesaian baharu
dengan sangat jelas.
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Lampiran 6c PO4: Kemahiran Komunikasi iCGPA: Domain Hasil Pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia (DHP KKM)
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Kemahiran Komunikasi
Komunikasi lisan
Kejelasan idea
Keyakinan idea
Keberkesanan danartikulasi idea
Kefahaman danmenjawab soalan
Kesesuaian penyampaiandengan tahap khalayak
Komunikasi bertulis
Kejelasan penulisan
Kesinambungandalam penulisan
Penulisan yang sistematik
6 PO minimum
20%
6 PO minimum +
1 PO tambahan
(PO6/PO7/PO9)
20%
6 PO minimum +
2 PO tambahan
(PO7/PO8/PO9)
15%
9 PO maksimum
15%
Lampiran 6c PO4: Kemahiran Komunikasi
Sub-atribut
Peratus Markah Penilaian PO4
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Lampiran 6c Rubrik Penilaian PO4: Kemahiran Komunikasi
Atribut Sub-atribut Sangat Lemah Lemah Memuaskan Baik Sangat Baik
Komunikasi lisan
Kejelasan idea Tidak boleh menyampaikan idea dan
memerlukan banyak penambahbaikan.
Boleh menyampaikan idea dan memerlukan penambahbaikan
lanjut.
Boleh menyampaikan idea dengan jelas namun memerlukan sedikit penambahbaikan.
Boleh menyampaikan idea dengan jelas.
Boleh menyampaikan idea dengan sangat jelas.
Keyakinan idea Tidak boleh menyampaikan idea
dengan yakin dan menyakinkan.
Boleh menyampaikan idea dengan yakin dan
menyakinkan memerlukan penambahbaikan lanjut.
Boleh menyampaikan idea dengan yakin dan menyakinkan
namun memerlukan sedikit penambahbaikan.
Boleh menyampaikan idea dengan yakin dan
menyakinkan.
Boleh menyampaikan idea dengan sangat yakin
dan menyakinkan.
Keberkesanan dan Artikulasi idea
Tidak boleh menyampaikan idea dengan berkesan.
Boleh menyampaikan idea dengan berkesan namun
memerlukan penambahbaikan lanjut.
Boleh menyampaikan idea dengan berkesan namun
memerlukan sedikit penambahbaikan.
Boleh menyampaikan idea dengan berkesan
dan petah.
Boleh menyampaikan idea dengan sangat berkesan dan petah.
Kefahaman dan menjawab soalan
Tidak memahami dan tidak dapat menjawab
soalan.
Boleh memahami dan menjawab soalan tetapi kurang bertepatan dengan kehendak
soalan.
Boleh memahami dan menjawab soalan dengan memuaskan.
Boleh memahami dan menjawab soalan
dengan baik.
Boleh memahami dan menjawab soalan
dengan cemerlang.
Kesesuaian penyampaian dengan tahap khalayak
Tidak boleh menyesuaikan pembentangan kepada
tahap khalayak
Boleh menyesuaikan pembentangan kepada tahap khalayak tetapi memerlukan
penambahbaikan lanjut.
Boleh menyesuaikan pembentangan kepada tahap khalayak dengan memuaskan.
Boleh menyesuaikan pembentangan kepada tahap khalayak dengan
baik.
Boleh menyesuaikan pembentangan kepada tahap khalayak dengan
cemerlang.
Komunikasi bertulis
Kejelasan penulisan
Tidak boleh menulis idea dengan jelas.
Boleh menulis idea dengan jelas dan memerlukan
penambahbaikan lanjut.
Boleh menulis idea dengan jelas dan memerlukan sedikit
penambahbaikan.
Boleh menulis idea dengan jelas.
Boleh menulis idea dengan sangat jelas.
Kesinambungan dalam penulisan
Tidak berupaya menulis idea.
Boleh menulis idea dan memerlukan penambahbaikan
lanjut.
Boleh menulis idea dengan memuaskan.
Boleh menulis idea dengan baik.
Boleh menulis idea dengan sangat baik.
Penulisan yang sistematik
Tidak boleh menulis idea dengan sistematik.
Boleh menulis idea dengan sistematik dan memerlukan
penambahbaikan lanjut.
Boleh menulis idea dengan sistematik dan memerlukan
sedikit penambahbaikan.
Boleh menulis idea dengan sistematik.
Boleh menulis idea dengan sangat
sistematik.
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Lampiran 6d PO5: Kemahiran Kerja Berpasukan iCGPA: Domain Hasil Pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia (DHP KKM)
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
6 PO minimum
20%
6 PO minimum + 1 PO tambahan
(PO6/PO7/PO9)
20%
6 PO minimum + 2 PO tambahan
(PO7/PO8/PO9)
15%
9 PO maksimum
15%
Lampiran 6d PO5: Kemahiran Kerja Berpasukan
Kerja berpasukan
Membina hubungan baik
Peranan bersilih ganti
Menghormati dan menerimapendapat
Peratus Markah Penilaian PO5
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Lampiran 6d Rubrik Penilaian PO5: Kemahiran Kerja Berpasukan
Atribut Sub-atribut Sangat Lemah Lemah Memuaskan Baik Sangat Baik
Kerja
berpasukan Membina
hubungan
baik
Tiada bukti jelas
kebolehan
membina
hubungan baik dan
bekerjasama
dengan anggota
kumpulan secara
berkesan dalam
mencapai objektif.
Boleh membina
hubungan baik, dan
bekerjasama dengan
anggota lain dengan
kesan terhad untuk
mencapai objektif yang
sama tetapi
memerlukan
penambahbaikan.
Boleh membina
hubungan baik, dan
bekerjasama dengan
anggota lain untuk
mencapai objektif yang
sama dan memerlukan
sedikit
penambahbaikan.
Boleh membina
hubungan baik, dan
bekerjasama dengan
anggota lain untuk
mencapai objektif
yang sama.
Mempamerkan bukti
jelas kebolehan
membina hubungan
baik dan bekerjasama
dengan anggota
kumpulan secara
berkesan dalam
mencapai objektif.
Peranan
bersilih ganti Tiada bukti yang
jelas agihan
peranan bersilih
ganti antara ketua
kumpulan dan ahli
kumpulan yang
dizahirkan dalam
amalan.
Boleh mempamerkan
agihan peranan bersilih
ganti antara ketua
kumpulan dengan
kesan terhad untuk
mencapai objektif yang
sama tetapi
memerlukan
penambahbaikan.
Boleh mempamerkan
agihan peranan bersilih
ganti antara ketua
kumpulan untuk
mencapai objektif yang
sama tetapi
memerlukan sedikit
penambahbaikan.
Boleh
mempamerkan
agihan peranan yang
bersilih ganti antara
ketua kumpulan
untuk mencapai
objektif yang sama.
Mempamerkan bukti
jelas agihan peranan
bersilih ganti antara
ketua kumpulan dan
ahli kumpulan yang
dizahirkan dalam
amalan.
Menghormati
dan menerima
pendapat
Tidak
menunjukkan rasa
hormat dan tidak
menerima
pendapat anggota
kumpulan sehingga
menimbulkan
konflik.
Kurang menghormati
dan menerima
pendapat ahli
kumpulan dalam
mencapai objektif
kumpulan.
Menghormati dan
menerima pendapat
ahli kumpulan bagi
mencapai objektif.
Menghormati dan
menerima dengan
baik pendapat ahli
kumpulan bagi
mencapai objektif.
Menghormati dan
menerima dengan
sangat baik pendapat
ahli kumpulan bagi
mencapai objektif.
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
6 PO minimum
15%
6 PO minimum +
1 PO tambahan
(PO6/PO7/PO9)
15%
6 PO minimum +
2 PO tambahan
(PO7/PO8/PO9)
15%
9 PO maksimum
10%
Lampiran 6e PO6: Profesionalisme, Nilai, Sikap dan Etika iCGPA: Domain Hasil Pembelajaran Kerangka Kelayakan Malaysia (DHP KKM)
Peratus Markah Penilaian PO6
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Lampiran 6e Rubrik Penilaian PO6: Profesionalisme, Nilai, Sikap dan Etika
Atribut Sub-atribut Sangat Lemah Lemah Memuaskan Baik Sangat Baik
Nilai dan sikap Moral Tidak mengamalkan
nilai murni atau
tidak berkelakuan
baik sepertimana
sepatutnya.
Mengamalkan nilai-
nilai murni atau
berkelakuan baik
hanya dalam
beberapa keadaan.
Mengamalkan nilai-
nilai murni dan
berkelakuan baik
dalam banyak
keadaan.
Mengamalkan nilai-
nilai murni dan
berkelakuan baik
dalam hampir semua
keadaan.
Sentiasa
mengamalkan nilai-
nilai murni dan
berkelakuan baik
dalam apa jua
keadaan. Proaktif Tidak dapat
menunjukkan sikap
aktif pada mana-
mana keadaan.
Menunjukkan sikap
aktif yang terhad
dalam banyak
keadaan.
Menunjukkan sikap
aktif dan positif
dalam banyak
keadaan.
Menunjukkan sikap
aktif dan positif dalam
hampir semua
keadaan.
Sentiasa menunjukkan
sikap aktif dan positif
dalam apa jua
keadaan walaupun
kritikal. Penampilan Menunjukkan
penampilan diri dan
pemakaian yang
tidak sesuai.
Menunjukkan
penampilan diri atau
pemakaian yang
kurang sesuai.
Menunjukkan
penampilan diri dan
pemakaian yang
sesuai dengan
keadaan secara
umum.
Menunjukkan
penampilan diri dan
pemakaian yang sesuai
dengan keadaan pada
kebanyakan masa.
Sentiasa menunjukkan
penampilan diri dan
pemakaian yang
sesuai dengan
keadaan sepanjang
masa.
Berdikari Menunjukkan sikap
sentiasa bergantung
kepada bantuan
orang lain dalam
melaksanakan
sesuatu tugasan.
Menunjukkan
kecenderungan untuk
bergantung kepada
bantuan orang lain
dalam melaksanakan
sesuatu tugasan.
Menunjukkan sikap
kebergantungan
kepada diri sendiri
secara umum dalam
melakukan sesuatu
tugasan.
Menunjukkan sikap
kebergantungan
kepada diri sendiri
dalam kebanyakan
perkara dalam
melakukan sesuatu
tugasan.
Sentiasa menunjukkan
sikap kebergantungan
kepada diri sendiri
dalam semua perkara
dalam melakukan
sesuatu tugasan.
Dokumen yang dicetak adalah DOKUMEN TIDAK TERKAWAL’
Kesukarelaan Tidak menunjukkan
minat untuk
menawarkan diri
dalam sesuatu
tugasan.
Kurang
menunjukkan minat
untuk menawarkan
diri dalam sesuatu
tugasan.
Bersetuju
menawarkan diri
apabila diminta
melakukan sesuatu
tugasan.
Menawarkan diri
secara sukarela dalam
sesuatu tugasan tanpa
diminta.
Menawarkan diri bagi
melakukan dan
menunjukkan
kebolehan untuk
mengetuai sesuatu
tugasan. Etika dan
profesionalisme Tanggung
jawab kerja Tidak menjalankan
tugas yang diberi
walaupun dengan
pengawasan.
Menjalankan tugas
yang diberi mengikut
skop kerja dengan
pengawasan
Menjalankan tugas
yang diberi mengikut
skop kerja yang
memenuhi jangkaan.
Menjalankan tugas yang
diberi mengikut skop
kerja yang melebihi
jangkaan.
Menjalankan tugas yang
diberi melebihi skop
kerja yang ditetapkan
dan menlangkaui
jangkaan. Hubungan
kerja Mempunyai hubungan
yang tidak harmoni
dengan rakan sekerja,
institusi, kumpulan
kerja dan komuniti di
tempat kerja.
Mempunyai hubungan
yang kurang harmoni
dengan rakan sekerja,
institusi, kumpulan
kerja dan komuniti di
tempat kerja.
Mempunyai hubungan
yang memuaskan
dengan rakan sekerja,
institusi, kumpulan
kerja dan komuniti di
tempat kerja.
Mempunyai hubungan
yang baik dengan rakan
sekerja, institusi,
kumpulan kerja dan
komuniti di tempat kerja.
Mempunyai hubungan
yang amat baik dengan
rakan sekerja, institusi,
kumpulan kerja dan
komuniti di tempat
kerja. Etika kerja Tidak mengamalkan
budaya kerja yang
baik seperti berakhlak,
menepati waktu,
cekap, berhemah dan
produktif di tempat
kerja dan mempunyai
masalah disiplin
semasa menjalankan
tugasan.
Kurang mengamalkan
budaya kerja yang baik
seperti berakhlak,
menepati waktu, cekap,
berhemah dan
produktif di tempat
kerja.
Mengamalkan budaya
kerja yang baik seperti
berakhlak, menepati
waktu, cekap, produktif
dan berhemah di
tempat kerja secara
umum.
Mengamalkan budaya
kerja yang baik seperti
berakhlak, menepati
waktu, cekap, produktif
dan berhemah di tempat
kerja pada kebanyakan
masa.
Sentiasa mengamalkan
budaya kerja yang baik
seperti berakhlak,
menepati waktu, cekap,
produktif dan berhemah
di tempat kerja pada
setiap masa.
Integriti Tidak amanah, jujur,
tulus dan telus dalam
menjalankan sesuatu
tugasan.
Kurang amanah, jujur,
tulus dan telus dalam
menjalankan sesuatu
tugasan.
Menjalankan sesuatu
tugasan dengan sifat
amanah, jujur, tulus
dan telus yang
memuaskan.
Menjalankan sesuatu
tugasan dengan sifat
amanah, jujur, tulus dan
telus yang sepenuhnya.
Sentiasa menjalankan
sesuatu tugasan dengan
sifat amanah, jujur, tulus
dan telus yang
sepenuhnya dalam apa
jua keadaan.