perlancaran program susu 1 malaysia sk desa pinggiran putra.doc

3
PERLANCARAN PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA SK DESA PINGGIRAN PUTRA. Tarikh : 27.2.2014 Masa :7.40 – 8.10 pagi Tempat : Tapak Perhimpunan SKDPP Program Susu Sekolah bagi tahun 2014 telah dilancarkan di Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra pada hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki. Program dimulai dengan ucapan aluan oleh guru besar. Isi kandungan ucapan beliau adalah seperti berikut: 1) Susu penting dalam pengambilan nutrisi seharian. Kaum wanita memerlukan lebih susu berbanding kaum lelaki kerana susu mengandungi banyak kalsium yang diperlukan sewaktu mengandung dan menyusukan anak. Sekurang- kurangnya susu perlu diminum sebanyak dua kali dalam seminggu. 2) Program susu diwujudkan untuk melahirkan generasi yang lebih sihat pada masa hadapan serta melatih murid mengambil susu seawal usia tujuh tahun iaitu mula awal persekolahan. 3) Pelajar diingatkan supaya membuang kotak susu yang telah diminum ke dalam tong sampah yang disediakan.

Upload: 6855653

Post on 20-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PERLANCARAN PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA SK DESA PINGGIRAN PUTRA.

Tarikh : 27.2.2014Masa :7.40 8.10 pagiTempat : Tapak Perhimpunan SKDPPProgram Susu Sekolah bagi tahun 2014 telah dilancarkan di Sekolah Kebangsaan Desa Pinggiran Putra pada hari ini. Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Sukimin bin Juki. Program dimulai dengan ucapan aluan oleh guru besar. Isi kandungan ucapan beliau adalah seperti berikut:1) Susu penting dalam pengambilan nutrisi seharian. Kaum wanita memerlukan lebih susu berbanding kaum lelaki kerana susu mengandungi banyak kalsium yang diperlukan sewaktu mengandung dan menyusukan anak. Sekurang-kurangnya susu perlu diminum sebanyak dua kali dalam seminggu. 2)Program susu diwujudkan untuk melahirkan generasi yang lebih sihat pada masa hadapan serta melatih murid mengambil susu seawal usia tujuh tahun iaitu mula awal persekolahan. 3)Pelajar diingatkan supaya membuang kotak susu yang telah diminum ke dalam tong sampah yang disediakan.

Program diteruskan dengan ucapan berkaitan objektif program serta garis tatacara minum susu sekolah oleh Puan Shaazrina binti Mohd Imran selaku penyelaras Program Susu 1 Malaysia. PROGRAM SUSU SEKOLAHTujuan : Mewujudkan generasi muda yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan.Manfaat : 1. Dapat mendidik murid untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari. 2. Menanam kesedaran akan kepentingan pengambilan susu sebagai amalan harian. 3. Menjadikan murid lebih aktif dan sihat hasil pemakanan yang berkhasiat.Pemberian susu yang dibenarkan :1.Susu diluluskan oleh KKM.2.Susu yang tidak mengalami kerosakan fizikal.3.Susu yang tidak melebihi tarikh luput.Panduan Ringkas :LANGKAH 1 LIHAT- Baca tarikh luput pada label kotak susu.- Jangan minum jika kotak susu kemek, gelembung dan bocor atau luput. LANGKAH 2 HIDU- Jangan minum jika terdapat bau tidak enak masam atau busuk. LANGKAH 3 RASA SEDIKIT- Jangan minum jika terdapat rasa seperti masam atau basi.Tanda-tanda keracunan :1.Sakit perut memulas2.Cirit birit3.Muntah4.Pening/loyaProgram diakhiri dengan demontrasi minum susu oleh Puan Shaazrina bersama murid dengan kerjasama guru-guru SK Desa Pinggiran Putra.Disediakan oleh,Puan Nurhafiza binti Mohamad Ramdzan.