perlis pada masalampau - pnm · 2016. 3. 30. · pantun ini memberikan gambaran bahawa sesuatu yang...

4
JURNAL JAWATANKUA SA G E RAKAN MEMBACA NEGER I P E RLIS Sebuah pantun Melayu lama sering disebut orang berbunyi : Lain hulu lain parang, Lain dahulu lain sekarang Pantun ini memberikan gambaran bahawa sesuatu yang berlaku pada zaman dahulu dianggap asing atau ganjil bagi orang-orang sekarang. Begitu juga sebaliknya, iaitu apa yang berlaku dan akan berlaku dianggap oleh orang dahulu atau orang tua sebagai ganjil dan tidak masuk akal. Perbezaan ini akan dapat dibuktikan kebenarannya jika kita mempunyai simpanan atau rekod sejarah sesuatu tempat atau kawasan yang pesat pembangunannya seperti kawasan penempatan, jalan raya, sungai, bandar dan sebagainya. Tegasnya jika orang zaman sekarang melihat jalan raya yang berturap, berjejantas dan berselirat dengan berbagai jenis kabel serta lubang, maka mereka tidak akan pereaya bahawa pada masa dahulu, manusia berhubung melalui jalan air di daratan iaitu melalui sungai dan terusan kerana sungai yang tinggal sekarang keeil, eetek dan yang telah putus-putus atau menjadi sungai mati. Terdapat fakta sejarah yang boleh diketengahkan sebagai bahan bukti mengenai peranan sungai sebagai jalan perhubungan pada masa silam. Di antaranya ialah maklumat berikut: "Allahyarham Abu Bakar bin Taib (1889-1969) beralamat di Batu 5 Jalan Kuala Perl is, dilahirkan di Kampung Tok Naya, Arau, Perlis. Beliau mengajar agama di Madrasah Batu 5, Jalan Kaki Bukit, Perlis dan lain-lain kampung seperti Seriab dan Behor Latih dan adakalanya ke Satun, Thailand yang mana Dato' Ibrahim Kadhi Wilayah Satun adalah di antara murid- muridnya. Cara perhubungan untuk menjalankan kegiatan dakwahnya pada masa itu ialah dengan menggunakan perahu." KEPENTIN GAN DAN PERANAN SEBAGAIPUSAT PERDAGANGAN PERLIS PADA MASALAMPAU Oleh : Shukor bin Mat PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Upload: others

Post on 29-Dec-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERLIS PADA MASALAMPAU - PNM · 2016. 3. 30. · Pantun ini memberikan gambaran bahawa sesuatu yang berlaku ... mempunyai jalan-jalan raya yang boleh dikatakan terbaik sekali di Asia

JURNAL JAWATANKUA SA G E RAKAN MEMBACA NEGER I P E RLIS

Sebuah pantun Melayu lama sering disebut orang berbunyi :

Lain hulu lain parang, Lain dahulu lain sekarang

Pantun ini memberikan gambaran bahawa sesuatu yang

berlaku pada zaman dahulu dianggap asing atau ganjil

bagi orang-orang sekarang. Begitu juga sebaliknya, iaitu

apa yang berlaku dan akan berlaku dianggap oleh orang

dahulu atau orang tua sebagai ganjil dan tidak masuk

akal. Perbezaan ini akan dapat dibuktikan kebenarannya jika

kita mempunyai simpanan atau rekod sejarah sesuatu

tempat atau kawasan yang pesat pembangunannya

seperti kawasan penempatan, jalan raya, sungai, bandar

dan sebagainya.

Tegasnya jika orang zaman sekarang melihat jalan

raya yang berturap, berjejantas dan berselirat dengan

berbagai jenis kabel serta lubang, maka mereka

tidak akan pereaya bahawa pada masa dahulu, manusia

berhubung melalui jalan air di daratan iaitu melalui

sungai dan terusan kerana sungai yang tinggal sekarang

keeil, eetek dan yang telah putus-putus atau menjadi

sungai mati. Terdapat fakta sejarah yang boleh

diketengahkan sebagai bahan bukti mengenai peranan

sungai sebagai jalan perhubungan pada masa silam. Di

antaranya ialah maklumat berikut:

"Allahyarham Abu Bakar bin Taib (1889-1969) beralamat di

Batu 5 Jalan Kuala Perl is, dilahirkan di Kampung Tok Naya,

Arau, Perlis. Beliau mengajar agama di Madrasah Batu 5, Jalan

Kaki Bukit, Perlis dan lain-lain kampung seperti Seriab dan

Behor Latih dan adakalanya ke Satun, Thailand yang mana

Dato' Ibrahim Kadhi Wilayah Satun adalah di antara murid­

muridnya. Cara perhubungan untuk menjalankan kegiatan

dakwahnya pada masa itu ialah dengan menggunakan

perahu."

KEPENTIN GAN

DAN PERANAN

SEBAGAIPUSAT PERDAGANGAN

PERLIS PADA MASALAMPAU

Oleh : Shukor bin Mat

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 2: PERLIS PADA MASALAMPAU - PNM · 2016. 3. 30. · Pantun ini memberikan gambaran bahawa sesuatu yang berlaku ... mempunyai jalan-jalan raya yang boleh dikatakan terbaik sekali di Asia

JURNAL JAWATANKUASA G E RAKAN MEMBACA NEGERI PERLIS

"Within the two extremities mentioned above were

about thirty rivers and streams. The following were

the most important - the Sungai-sungai Lungu (or

Lingow), Setul, Perlis, Kedah, Yan, Merbok, Muda,

Perai and Kerian. The economic importance of these

rivers lay primarily in their functions as means of

communication, thus providing the irrigation purposes,

so essential to a rice-based economy such as Kedah's~

"Kangah (Kangar) stands on the north bank of river and

like other towns in the country, has only just enough

clear ground around it, to afford room for the growth

of such rice, fruit and vegetables as were required

for the consumption of the inhabitants - the

unreclaimed jungle sweeping round the cultivated

land and orchards in a greet curve, whose radius

might possibly be a mile and a half."

... orang zaman sekarang melihat jalan raya yang berturap,

berjejantas dan berselirat dengan berbagaijenis kabel serta lubang ...

"Tanah Melayu sekarang ini berbangga kerana

mempunyai jalan-jalan raya yang boleh dikatakan

terbaik sekali di Asia. Kebetulannya, apabi/a Pulau

Pinang dibuka dalam tahun 1786, kebanyakan pekan­

pekannya bertaburan di sepanjang tebing sungai sahaja

kerana sungailah yang menjadi perhubungan utama.

Boleh dikatakan tidak ada langsung pekan-pekan

di darat yang jauh dari sungai. Ini menunjukkan

bahawa kemajuan perhubungan di atas daratan

dalam Tanah Melayu adalah baharu sahaja

perkembangannya. "

Sebelum munculnya keretapi pada tahun

1880an, kaedah pengangkutan utama di Tanah

Melayu adalah melalui jalan-jalan dalam hutan

untuk orang berjalan kaki, jalan kereta lembu

dan melalui jalan sungai yang mengalir ke

pantai. Kaedah mengangkut barang yang

utama di darat ialah gajah, kereta lembu,

kereta kuda yang be rod a dua dan usungan

atau pelangkah. Ramai penduduk yang berjalan

kaki, manakala pengangkutan dari pelabuhan

ke pelabuhan di sepanjang pantai atau ke Pulau Pinang dan

Singapura menggunakan sampan pukat (bot panjang),

tongkang-tongkang, kapal api dan kapal penumpang.

Beberapa kaedah pengangkutan dan pengalaman perjalanan

ini telah digambarkan dengan menarik sekali di dalam buku

The Golden (hersonese and The Way Thither, oleh Isabella

Bird, seorang wanita Inggeris yang suka menggembara dan

melawat negeri-negeri Melayu pada tahun 1879. Bagi beliau,

pengalamannya menaiki gajah amat menggembirakan tetapi

lambat, merbahaya dan tidak selesa kerana gajah akan

berjalan dengan segala susah payahnya selaju seba!u sejam.

Kadangkala binatang ini tidak mahu berjalan lang sung. Ini

menyebabkan penunggangnya terpaksa turun dan berjalan

kaki ke tempat yang ditujuinya. Manakala kereta-kereta

lembu pula sering lekat di dalam lumpur. Pengembara­

pengembara yang menggunakan jalan-jalan kereta lembu

di dalam hutan selalu menempuh berbagai kesukaran dan

bahaya seperti gangguan pacat dan harimau .

Sekiranya hendak menggembara melalui sungai maka bolehlah

menggunakan perahu leper yang ditolak dengan galah

atau menggunakan dayung. Jika sungai cukup airnya

maka pelayaran lebih selesa dengan menaiki kapal api .

Untuk menyusur pantai pelayaran yang paling baik ialah

menggunakan kapal penumpang yang popular dalam

1870an. Isabella Bird telah menceritakan pengalaman

menariknya mengenai perjalanan dalam salah sebuah daripada

kapal-kapal tersebut. Kapal berkenaan ialah kapal api (Straits

Steamship), Rainbow, yang diberi lesen untuk membawa

100 orang penumpang sudah pun berada di atas geledak,

kebanyakannya orang-orang (ina. Mereka belayar bersama­

sama dengan kambing, kerbau dan 40 keranjang ayam dan

itik dengan bunyinya yang boleh memekakkan telinga.

PER BAD A NAN r E R PUS TAKA A N A W A M NEG E R IrE R LIS

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 3: PERLIS PADA MASALAMPAU - PNM · 2016. 3. 30. · Pantun ini memberikan gambaran bahawa sesuatu yang berlaku ... mempunyai jalan-jalan raya yang boleh dikatakan terbaik sekali di Asia

JURNAL JAWATANKUASA GERAKAN MEMBACA NEGERI

Kaedah perjalanan yang telah dinyatakan itu terlalu sukar dan

mengambil masa yang panjang untuk tiba ke destinasinya.

Begitu jugalah dengan surat-surat rasmi yang dikirimkan

adalah memakan masa hingga berminggu-minggu untuk

sampai ke tempatnya.

Oi Perlis, terdapat banyak bukti yang kukuh untuk

menyatakan betapa pentingnya sungai sebagai jalan

perhubungan pada masa silam . Umpamanya tiang

kapal di dalam alor belakang kedai Cina Lo Chang,

Sungai Padang, masih lagi wujud hi~gga ke hari ini.

Begitu jugalah dengan nama Kampung Jejawi Alor

Lancang, adalah mengambil sempena kapal lancang yang

boleh mudik hingga ke Jejawi.

Laluan sungai untuk ke Kangar ialah belayar

menggunakan Sungai Arau melalui Kampung Banat terus

ke Sungai Bakong lalu ke Kangar. Tongkang-tongkang

singgah berlabuh di pengkalan dekat tapak market lama

(sekarang menjadi Pejabat Majlis Perbandaran Kangar)

dan Bangunan Telekom lama Kangar. Tuan Syed Ahmad

bin Syed Alwi pernah dijemput hadir bersama-sama

pembesar Perlis yang lain ke Kangar pada majlis hari jadi

King George. Pada masa ini beliau dapati semua kedai­

kedai di Kangar masih dimiliki oleh orang-orang Melayu.

Walaupun Kangar merupakan bandar tertua di Perlis dan

banyak disebutkan di dalam buku-buku tulisan orang­

orang Eropah, tetapi itu cuma di utara dan tengah Perlis

sahaja, manakala di selatan Perl is, orang lebih melihat

Arau sebagai bandar utama kerana di sini letaknya

istana Arau, stesen keretapi serta pelabuhan kapal

dan tongkang pada zaman dahulu. Selain daripada

itu, Arau dan Jelempuk sering digandingkan bersama

sebagai kawasa n asal penempatan penduduk pada

masa dahulu .

... sebelum munculnya keretapi pada tahun 1880an, kaedah pengangkutan

utama di Tanah Melayu adalah melalui jalan-jalan dalam hut an untuk orang berjalan kaki,jalan kereta lembu dan

melaluijalan sungai... Pada masa dahulu di Pekan Arau terdapat kedai sepintu

yang dibina berderet, berdinding papan dan buluh

serta beratap rumbia. Terdapat kedai beras di Guar Sanji

yang letaknya berhampiran belatnya yang dibuat

menggunakan papan susun. Beras diangkut dan dijual

oleh Cina Singkek. Manakala kapal dari India membawa

rempah cabai, tepung gandum dan kacang memunggah

barang di Pekan Arau pada tempat yang ada sekarang

ini, iaitu deretan kedai yang bermula daripada Kedai

Tayar Lito hingga ke kedai motorsikal vespa dekat pokok

asam sekarang. Arau juga menerima barang dari Pulau

Pi nang seperti garam dan gula yang dibawa dengan

keretapi .

Oi antara deretan kedai tersebut terdapat sebuah kedai

orang Melayu iaitu kedai Pak Oahaman yang berniaga

rempah cabai. Kedai ini terletak di tapak kedai motorsikal

yang berhampiran pokok asam (sekarang tapak ini

sedang di dalam proses untuk dirobohkan bagi

P E RBADANAN P E RPU STAKAAN AWAM NEG E RI P E RLI S

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Page 4: PERLIS PADA MASALAMPAU - PNM · 2016. 3. 30. · Pantun ini memberikan gambaran bahawa sesuatu yang berlaku ... mempunyai jalan-jalan raya yang boleh dikatakan terbaik sekali di Asia

JURN A L JAWATANKUA SA G ERAKAN MEMBACA NEGERI PERLlS

pembinaan semula pekan Arau). Ikan dijual di bawah

pokok asam, berhampiran dengan tempat membuat roti

benggali yang bersebelahan dengan kedai motosikal

vespa. Seorang taukeh Cina bernama Kheng juga menjual

rempah cabai, ikan kering dan belacan. Juga terdapat

sebuah kedai kain orang Indonesia bernama Pak Nordin.

Beliau ialah bapa Mak Jam Pak Ku Ahmad yang tinggal di

Jalan Syed Hussin, Arau.

... di selatan Perlis, orang lebih melihat Arall sebagai bandar lltama kerana di sini letaknya istana Arall, stesen keretapi serta pelabllhan kapal dan

tongkang pada zaman dahulll ... Semasa sungai menjadi laluan pengangkutan penting ini,

kawasan ,Arau termasuk pekannya dipenuhi oleh belukar

dan hutan tebal. Penduduknya tidak berani keluar malam

kerana bimbangkan keselamatan. Oleh itu, jika hendak ke

kedai perlu keluar awal iaitu sebelum jam lima petang.

Jika pulang lewat akan bertembung dengan harimau

dan lain-lain binatang. Kampung Belukar Arau terkenal

sebagai tempat yang banyak harimau. Pada zaman ini,

kereta di Arau boleh dibilang, iaitu cuma ada empat buah

sahaja yang dimiliki oleh Raja Perlis, Syed Hamzah, Haji

Mat Hakim dan Pak Mat Jelempok (Tok Wan Cikgu Man

Chin). Gerek (basikal) juga ada pada masa ini, tetapi tidak

banyak kerana selain daripada menaiki perahu orang

lebih suka berjalan kaki ke Kangar dengan membawa

bekalan makanan.

PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PERLIS

Arau di sam ping menjadi bandar diraja, juga terkenal

sebagai bandar pelabuhan dan perhentian utama

keretapi pada suatu masa dahulu. Kini pembangunan

yang berlaku di bandar tersebut lembab, berbanding

dengan kepesatan pembangunan yang berlaku di Pekan

Pauh, Kuala Perlis, Jejawi, Padang Besar dan Kangar.

Pembangunan yang terbantut ini berpunca daripada

kurangnya penawaran tanah yang boleh dijadikan

sebagai premis perniagaan dan perindustrian. Oleh itu

bangunan-bangunan lama seperti kilang beras dan gerai­

gerai perniagaan yang tidak kekal telah dirobohkan

untuk proses penyusunan semula Pekan Arau. Faktor

kekurangan tanah ini ketara sekali kerana Arau -

Jelempok merupakan perkampungan asal di selatan

Perl is. Ini menyebabkan kawasan ini berpenduduk padat

dan kebanyakan kawasan tanah yang ada telah

dijadikan tapak rumah kediaman penduduknya.

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2007 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis