persekitaran ekonomi yang berubah-ubah
TRANSCRIPT
L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �
M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n
17
Persekitaran Ekonomiyang Berubah-ubah
Bab 2
1. Pertumbuhan Global yang Lebih Perlahan 20
2. Daya Tahan Ekonomi Malaysia Semakin Meningkat 24
BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 17
L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �
M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n
19Persek i t a ran Ekonomi yang Be rubah-ubah
B a b 2
Berikutan krisis kewangan yang melanda beberapa ekonomi
maju, pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2008
dijangka lebih sederhana, memandangkan pertumbuhan
kebanyakan ekonomi dijangka kian perlahan berbanding dengan tahun 2007. Malaysia
yang mempunyai asas-asas ekonomi yang kukuh dan sektor ekonomi yang pelbagai
dijangka berupaya menghadapi kemelut ini memandangkan harga komoditi yang tinggi
dan perdagangan antara rantau yang lebih pesat akan dapat membantu mengekalkan
pertumbuhan. Ekonomi negara turut berdepan dengan inflasi akibat kenaikan harga
bahan api dan makanan. Untuk membantu PKS mengambil peluang daripada
persekitaran ekonomi dalam negeri dan luar negara yang berubah-ubah, Kerajaan
akan memberi tumpuan pada program yang meningkatkan daya saing PKS.
BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 19
� L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7
M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n
20
B a b 2
1. Pertumbuhan Global yang Lebih Perlahan
Ekonomi global berkembang 4.7% pada tahun 2007, rendah sedikit daripada kadar
pertumbuhan 4.9% yang dicatat pada tahun 2006. Pertumbuhan memberangsangkan ekonomi
sedang pesat membangun dan pertumbuhan mengatasi trend kebanyakan ekonomi
perindustrian, telah sedikit sebanyak membantu mengimbangi kesan kemerosotan ekonomi
Amerika Syarikat (AS), kenaikan harga minyak, dan kegawatan pasaran kewangan.
Kemerosotan pasaran perumahan AS, kemelut
pasaran kewangan, dan kenaikan mendadak harga
minyak dan komoditi lain menjadi fenomena
utama bagi ekonomi global pada tahun 2007.
Kemelut ini menjadi lebih meluas kerana kejatuhan
sektor gadai janji subprima AS mula menular pada
separuh kedua tahun 2007. Walaupun
pertumbuhan kebanyakan ekonomi perindustrian
mengatasi trend pada tahun 2007, beberapa tanda kelemahan mula muncul dalam
ekonomi tersebut pada separuh tahun kedua. Di Eropah, termasuk United Kingdom
(UK), indeks perniagaan dan keyakinan pengguna menurun apabila masalah subprima
AS mencetuskan keadaan kredit yang lebih ketat dan pasaran perumahan yang lebih
lembap di beberapa buah ekonomi Eropah. Di Jepun pula, pelaburan perumahan nyata
dipengaruhi piawai bangunan yang lebih ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
terhadap industri pembinaan.
Berbeza dengan trend yang sederhana di ekonomi maju, ekonomi sedang pesat
membangun mencatat pertumbuhan kukuh pada tahun 2007. Republik Rakyat China
(RR China), India, Brazil dan Rusia meningkatkan sumbangan mereka kepada
pertumbuhan global, didorong oleh penggunaan yang kukuh dan aktiviti pelaburan yang
meningkat. Permintaan dalam negeri di rantau Asia nyata menggalakkan, dengan itu
telah lebih daripada mengimbangi kemerosotan permintaan luaran ekoran pelarasan
dalam kitaran elektronik global serta perkembangan di AS. Permintaan dalam negeri
terus kukuh, disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, harga komoditi
yang meningkat dan juga perbelanjaan infrastruktur yang bertambah.
BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 20
L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �
M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n
21Persek i t a ran Ekonomi yang Be rubah-ubah
Harga Minyak Mentah: 1-bulan WTI
Indeks Komoditi S&P Goldman Sachs
B a b 2
Tekanan Inflasi Akibat Kenaikan Harga Komoditi
Pertumbuhan global yang pesat yang berlanjutan sejak tahun 2003, telah menimbulkan tekanan
terhadap penggunaan sumber dan mengakibatkan kenaikan harga komoditi. Harga minyak melonjak
ke paras tertinggi dan ini turut menyumbang kepada kenaikan harga makanan disebabkan oleh
bertambahnya permintaan terhadap pengganti bagi bahan api konvensional, termasuk tenaga boleh
diperbaharui seperti biodiesel dan etanol. Keadaan cuaca yang buruk turut menyebabkan kenaikan
harga makanan. Harga komoditi dijangka terus tinggi pada masa akan datang disebabkan oleh
pertumbuhan permintaan yang mapan, kekangan bekalan, serta kemunculan komoditi sebagai kelas
aset yang semakin penting dalam pempelbagaian pelaburan. Oleh itu, inflasi global dan serantau
dijangka terus tinggi pada tahun 2008 akibat daripada kesan susulan kenaikan harga pada tahun
2007 dan jangkaan bahawa harga minyak dan makanan akan terus meningkat.
Sumber: Bloomberg
Sumber: Bloomberg
20
40
60
80
100
120
140
USD setong
01/07/2003
01/10/2003
01/01/2004
01/04/2004
01/07/2004
01/10/2004
01/01/2005
01/04/2005
01/07/2005
01/10/2005
01/01/2006
01/04/2006
01/07/2006
01/10/2006
01/01/2007
01/04/2007
01/07/2007
01/10/2007
01/01/2008
01/04/2008
01/07/2008
0
100
200
300
400
500
600
Indeks (2002=100)
02/01/2002
15/07/2002
23/01/2003
04/08/2003
12/02/2004
24/08/2004
04/03/2005
13/09/2005
24/03/2006
03/10/2006
16/04/2007
23/10/2007
05/05/2008
BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 21
� L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7
M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n
22
Persekitaran Luaran Dijangka Menjadi Sederhana
Dengan menularnya krisis kewangan yang berpunca dari AS pada tahun 2007,
persekitaran luaran mungkin terus menjadi sederhana pada tahun 2008. Krisis
tersebut meningkatkan ketidakpastian dan pengelakan risiko dalam pasaran
kewangan, manakala masalah kecairan skala besar dan kekangan yang menyusul
terhadap keadaan kredit telah mengakibatkan kejatuhan harga aset. Namun, sejauh
mana perkembangan ini menjejaskan ekonomi global masih belum diketahui, kerana
ia banyak bergantung pada tempoh dan tahap kelembapan ekonomi AS. Pada
masa yang sama, tekanan inflasi global turut meningkat disebabkan harga tenaga
dan makanan yang tinggi. Lantas, permintaan dalam negeri mungkin menjadi
lembap pada masa hadapan. Dengan mengambil kira kesemua faktor ini,
pertumbuhan global dijangka menjadi sederhana pada tahun 2008.
Kesan yang Kurang Ketara Terhadap Ekonomi Asia
Walaupun ekonomi Asia pasti terjejas oleh perkembangan dalam ekonomi
perindustrian utama, persekitaran luaran yang lembap telah sedikit sebanyak
diimbangi oleh pertumbuhan RR China dan India yang secara relatif tinggi,
pelaburan infrastruktur yang berterusan, serta sokongan harga komoditi yang tinggi
bagi negara pengeksport komoditi. Selain itu, permintaan dalam negeri terus kukuh
memandangkan keadaan pasaran pekerja adalah menggalakkan, harga komoditi
yang terus meningkat, serta perbelanjaan infrastruktur yang bertambah. Pertumbuhan
serantau akan turut disokong oleh aktiviti perdagangan antara rantau yang lebih giat.
B a b 2
BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 22
L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �Persek i t a ran Ekonomi yang Be rubah-ubah
M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n
23
Sumber: IFS, WTA
0
10
20
30
40
200720001990
4037
31
%
Bahagian eksport kepada negara serantau, %
Walaupun rantau Asia mempunyai hubungan
yang kukuh dengan ekonomi global dan sistem
kewangan antarabangsa, kepentingan permintaan
dalam negeri dan pengukuhan integrasi ekonomi
serantau telah mengurangkan implikasi
perkembangan luaran terhadap rantau ini. Oleh itu,
faktor-faktor tersebut sedikit sebanyak
mengurangkan kesan limpahan akibat daripada
persekitaran luaran yang lebih lembap,
memandangkan rantau ini tidak terlindung
sepenuhnya.
Harga komoditi secara relatif dijangka terus
tinggi lantas menguatkan pemangkin bagi
pertumbuhan negara pengeluar komoditi. Industri
separa konduktor global dijangka pulih sedikit
ekoran peningkatan permintaan pengguna
terhadap barangan elektronik yang lazimnya
berlaku pada tahun berlangsungnya Sukan Olimpik.
Pelaksanaan projek infrastruktur merentas rantau
menambah sokongan terhadap aktiviti pelaburan,
manakala langkah-langkah fiskal yang diambil
oleh pihak berkuasa serantau, seperti subsidi tunai
bersasaran, potongan cukai, serta pengurangan
tarif import akan sedikit sebanyak mengurangkan
kesan harga pengguna yang lebih tinggi pada
tahun 2008.
Momentum pertumbuhan pesat ekonomi
utama di rantau ini seperti RR China dan India juga
dijangka menyokong pengembangan perdagangan
serantau. Perdagangan dalam kalangan ekonomi
Asia melonjak naik dalam tahun-tahun
kebelakangan ini dan pengembangan permintaan
dalam negeri di rantau ini turut memperluas
pasaran keseluruhan rantau ini. Ini meningkatkan
prospek perdagangan antara rantau yang saling
memperkukuh.
B a b 2
BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 23
� L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7
M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n
24
2. Daya Tahan Ekonomi Malaysia Semakin MeningkatSebagai ekonomi yang terbuka, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan dipengaruhi oleh
kelembapan ekonomi global. Namun, Malaysia berada pada kedudukan yang teguh
tatkala memasuki tempoh ketidakpastian global yang memuncak, ekoran pertumbuhan
kukuh ekonomi selama tiga tahun berturut-turut. Kualiti pertumbuhan juga meningkat -
menjadi lebih seimbang antara sumber pertumbuhan di dalam dan luar negeri, serta
merentas sektor ekonomi yang berbeza-beza.
Kemunculan permintaan dalam negeri sebagai pemacu utama pertumbuhan sedikit
sebanyak dijangka membantu Malaysia menangani kelembapan permintaan luar negara.
Walaupun permintaan dalam negeri mungkin sederhana sedikit pada separuh kedua
tahun 2008, berikutan penstrukturan semula subsidi dan langkah-langkah berkaitan, ia
mungkin diimbangi sebahagiannya oleh kedudukan luaran yang kukuh dan pelaburan
oleh Kerajaan. Eksport Malaysia adalah pelbagai, dengan hampir 54% daripada jumlah
eksportnya pada tahun 2007 menjurus arah ekonomi Asia (tidak termasuk Jepun)
berbanding dengan 46% pada tahun 2001. Malaysia sebagai pengeluar komoditi, juga
terus mendapat manfaat daripada kenaikan harga minyak mentah, minyak sawit dan
getah. Asas sektor komoditi yang teguh akan memperkukuh hubungan dengan aktiviti
hiliran, termasuk industri berasaskan sumber.
B a b 2
BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 24
L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �Persek i t a ran Ekonomi yang Be rubah-ubah
M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n
25
Sumber: Bank Negara Malaysia Laporan Tahunan 2007
1 Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam dan Vietnam2 Hong Kong SAR, Korea Selatan dan China Taipei
Persatuan Eropah (EU) 13.7%
Amerika Syarikat 20.5%
Negara Perindustrian Baru2
11.7% Republik Rakyat China
3.1%
Jepun 13.1%
Singapura18.4%
ASEAN1
7.8%
Negara-negaraLain 11.7%
2000
Persatuan Eropah (EU)12.9%
Amerika Syarikat 15.6%
Negara PerindustrianBaru2 11.1%
Republik Rakyat China
8.8%
Jepun 9.1%
Singapura14.6%
ASEAN1 10.9%
Negara-negaraLain 17%
2007
Destinasi Eksport (% bahagian)
B a b 2
Sektor luaran masih berperanan penting dalam KDNK Malaysia. Sektor eksport menyumbang
lebih 94% kepada KDNK pada tahun 2007, manakala sumbangan import pula sebanyak 79%.
Persekitaran luaran yang semakin lembap menyarankan bahawa pertumbuhan eksport mungkin
lebih sederhana pada tahun 2008 disebabkan oleh pertumbuhan permintaan global yang lebih
perlahan. Walau bagaimanapun, Malaysia telah mempelbagaikan pasaran eksportnya dengan jumlah
eksport ke AS menurun kepada 15.6% pada tahun 2007, manakala perdagangannya dengan negara
Asia dan ekonomi sedang membangun lain kian meningkat. Oleh itu, jangkaan eksport yang lebih
rendah ke AS, dan juga penurunan eksport yang lebih kecil ke Eropah dan Jepun, akan diimbangi
sebahagiannya oleh peningkatan eksport ke Asia dan pasaran sedang pesat membangun lain, iaitu
pasaran-pasaran yang dijangka mencapai pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh.
BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/19/08 3:53 PM Page 25
� L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7
M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n
26
B a b 2
Peluang Dan Cabaran Baharu Bagi PKS
Persekitaran semasa membawa cabaran
baharu buat PKS. PKS yang meningkatkan
daya saing dan mengatur strategi untuk fokus
perniagaan mereka akan berada pada
kedudukan yang baik untuk menukar strategi
mengikut persekitaran ekonomi yang berubah-
ubah, baik di dalam mahupun di luar negara.
Bagi mengurangkan kesan kelembapan
permintaan AS terhadap eksport Malaysia,
peluang baharu perlu dicari dalam pasaran
serantau dan pasaran sedang pesat
membangun lain seperti RR China, India,
Amerika Selatan dan Timur Tengah.
Pertumbuhan dalam kesemua pasaran
tersebut dijangka berpunca daripada industri
berasaskan dalam negeri dan berorientasikan
sumber, dan PKS dalam aktiviti hiliran dan
huluan yang berkaitan, berpotensi meraih
manfaat daripada trend ini.
Dari perspektif dalam negeri, tumpuan dasar
monetari pada tahun 2008 adalah untuk meneruskan
momentum pertumbuhan ekonomi di samping
mengekalkan kestabilan harga dalam jangka masa
pertengahan. Belanjawan tahun 2008 menggariskan
langkah percukaian dan bukan cukai yang meluas
bagi meningkatkan daya saing negara, mengukuhkan
pembangunan modal insan, dan memastikan
kesejahteraan semua rakyat Malaysia terpelihara.
Dasar fiskal pada tahun 2008 turut menumpukan
pada mempercepat pelaksanaan projek dan program
yang dikenal pasti di bawah Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMKe-9) dan Pelan Induk Perindustrian
Ketiga (IMP3). Berdasarkan keutamaan tinggi yang
diberikan terhadap pembangunan PKS di negara ini,
strategi utama bagi pembangunan PKS digariskan di
bawah RMKe-9 dan IMP3. Di samping itu, bagi
membantu PKS bersedia dan berupaya merebut
peluang daripada jangkaan trend ekonomi utama pada
tahun 2008, pelbagai program Kerajaan disediakan
untuk membantu PKS meningkatkan daya saing
mereka dengan mempertingkatkan kapasiti dan
keupayaan mereka, memperkukuh infrastruktur yang
menyokong dan meluaskan akses pembiayaan bagi
PKS.
PKS yang berjayameningkatkan produktivitidan daya saing sertamembangunkan produkdan perkhidmatan baharuakan dapat menanganitrend kenaikan harga inidengan lebih baik
BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/20/08 4:32 PM Page 26
L a p o r a n Ta h u n a n P K S 2 0 0 7 �Persek i t a ran Ekonomi yang Be rubah-ubah
M a j l i s P e m b a n g u n a n P K S K e b a n g s a a n
27
Pada tahun 2008, sebanyak 37 program akan disediakan untuk membolehkan PKS
mendapat akses kepada pasaran tempatan dan antarabangsa melalui peruntukan pinjaman,
geran dan program bantuan lain bernilai RM118 juta. Pelbagai program juga dilaksanakan
untuk menggalakkan penyertaan dan meningkatkan daya saing PKS dalam sektor komoditi
dengan penggunaan teknologi, dan juga latihan dalam sektor berasaskan getah, minyak
sawit dan kayu melalui kursus latihan dan seminar. Program pengembangan pasaran yang
membantu PKS menjalin hubungan dengan syarikat besar, syarikat berkaitan Kerajaan dan
pasar raya besar, juga akan diteruskan pada tahun 2008. Langkah-langkah ini dapat
membantu PKS mewujudkan peluang pemasaran dan rangkaian hubungan. Pameran
seperti SMIDEX 2008, Konvensyen PKS, dan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS)
juga dirancang bagi tahun 2008 untuk memberi peluang kepada PKS mempamerkan produk
dan meningkatkan penembusan pasaran mereka.
PKS perlu bersedia menyahut cabaran, iaitu mempunyai keupayaan, kapasiti dan
kefleksibelan untuk memenuhi corak permintaan yang berubah-ubah di dalam dan di luar
negara, serta menghadapi persaingan daripada firma serantau. Kenaikan harga bahan api
dan bahan mentah lain turut merupakan trend ekonomi utama yang mempengaruhi PKS
Malaysia pada tahun 2008. PKS yang berjaya meningkatkan produktiviti dan daya saing
serta membangunkan produk dan perkhidmatan baharu akan dapat menangani trend kenaikan
harga ini dengan lebih baik. Bagi mengekalkan pertumbuhan jangka masa pertengahan,
produktiviti PKS perlu dipertingkatkan, selain mereka perlu meningkatkan kedudukan dalam
rantaian nilai dengan menceburi bidang baharu yang mempunyai kelebihan berbanding serta
menggunakan saluran penyampaian yang baharu dan lebih cekap.
Kelembapan di AS, kenaikan harga bahan api dan pengukuhan permintaan pada peringkat
serantau adalah antara trend ekonomi utama yang muncul pada tahun 2008. Untuk
memastikan PKS berada pada kedudukan yang baik untuk menghadapi persekitaran
ekonomi yang berubah-ubah, baik di dalam mahupun di luar negara, pelbagai program akan
dilaksanakan untuk membantu PKS meningkatkan daya saing, berkembang ke pasaran
baharu, dan meningkatkan kualiti produk mereka.
B a b 2
BM Chapter 1-2 i-27.qxd:Inside Layout 2.qxd 7/20/08 4:32 PM Page 27