persepsi imam masjid terhadap istiadat perkahwinan … · 2010-04-15 · proses pembikinan laporan...
TRANSCRIPT
PERSEPSI IMAM MASJID TERHADAP ISTIADAT PERKAHWINAN
MASYARAKAT MELAYU DI NEGERI JOHOR
HAIROL NIZAM B. MOIDEEN KUTTY
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PERSEPSI IMAM MASJID TERHADAP ISTIADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT MELAYU DI NEGERI JOHOR
SESI PENGAJIAN : 2009/2010
Saya HAIROL NIZAM BIN MOIDEEN KUTTY
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: KG.PT.BELEMAM, MOHD.ABBAS BIN ABD. LATIFF MK.6 TONGKANG PECHAH, Nama Penyelia 83010 BATU BAHAT, JOHOR DARUL TAKZIM. Tarikh: 20 APRIL 2010 Tarikh: 20 APRIL 2010
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”
Tandatangan : ………………………………………..
Nama Penyelia: MOHD. ABBAS BIN ABD.LATIFF
Tarikh : 20 APRIL 2010
PERSEPSI IMAM MASJID TERHADAP ISTIADAT PERKAHWINAN
MASYARAKAT MELAYU DI NEGERI JOHOR
HAIROL NIZAM BIN MOIDEEN KUTTY
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2010
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah merupakan hasil kerja yang dilakukan
oleh diri saya sendiri melainkan nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : …………………………………….................
Nama Penulis : HAIROL NIZAM BIN MOIDEEN KUTTY
Tarikh : 20 APRIL 2010
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Segala puji-pujian hanya pada Mu Ya Allah
Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkira
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w
Khas buat semua yang tersayang
Kepada Ayahanda Moideen Kutty b. Kutty Ali dan
Bonda Aminah bte. Mustafa
yang amat disayangi dan disanjungi. Terima kasih yang tidak terhingga dari
anakandamu ini. Segala jasa dan pengorbananmu tidak akan anakanda
lupakan hingga ke akhir hayat.
Adik beradikku,
Mohd. Rizal, Mohd. Jafrey, Norliza
Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini. Tuntutlah ilmu demi masa
depanmu. Semoga kita menjadi kebanggaan Ayahanda dan Bonda tercinta.
Tidak lupa buat Pensyarah dan Guru sekalian
Khasnya buat Ustaz Abbas b. Abd. Latiff
yang tidak pernah jemu mendidik dan mencurahkan ilmu.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang pernah kupelajari.
Sahabat-sahabat Seperjuangan serta Insan Teristimewa
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar
kalian. Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku
buat selama-lamanya…
iv
PENGHARGAAN
الرحيم الرمحن اهللا بسم
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. diatas limpah kurnia-Nya
serta selawat dan salam buat Nabi Muhammad s.a.w, akhirnya laporan Projek
Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan dengan sempurna.
Setinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga buat penyelia
yang dihormati, Ustaz Mohd. Abbas bin Abd.Latiff diatas segala nasihat,
dorongan dan bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang
proses pembikinan laporan ini.
Jutaan terima kasih juga buat pensyarah-pensyarah Pusat Pengajian Islam
Dan Pembangunan Sosial (PPIPS) diatas tunjuk ajar yang diberikan membantu
melengkapkan lagi laporan ini. Tidak dilupakan juga kepada staf PPIPS yang
banyak terlibat dengan pengurusan tesis ini.
Tidak ketinggalan kepada teman-teman seperjuangan kursus Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam), terima kasih diucapkan kerana
sudi memberi tunjuk ajar, kerjasama yang baik dan berkongsi idea kepada
pengkaji dalam usaha menyiapkan projek ini. Semoga segala usaha dan cita-cita
diberkati Allah S.W.T.
Akhir kata, kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung, terima kasih diucapkan. Semoga Allah melipatgandakan pahala
amalan kalian seterusnya dikurniakan kejayaan di dunia dan di akhirat, amin.
Sekian, Wassalam.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi responden terhadap istiadat
perkahwinan masyarakat Melayu di negeri Johor. Satu set soalan selidik yang
mengandungi 35 item diedarkan kepada responden. Seramai 77 responden telah dipilih
untuk menjawab soal selidik ini yang terdiri daripada kalangan imam masjid daerah
Johor Bahru. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical
Package For Social Science (SPSS) versi 15.0 untuk mengira kekerapan, peratusan dan
min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ini ialah α=0.716. Dapatan kajian menunjukkan
bahawa persepsi imam masjid terhadap istiadat perkahwinan masyarakat Melayu di
negeri Johor berada pada tahap tinggi 3.83, di samping itu istiadat perkahwinan
masyarakat Melayu yang bercanggah dengan syara’ juga berada pada tahap tinggi 4.36,
dan faktor-faktor utama pengamalan istiadat perkahwinan yang bercanggah dengan
syara’ dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri Johor turut sama berada pada tahap
tinggi 3.93. Di akhir kajian, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak
tertentu untuk diberi perhatian penuh terhadap masalah yang dikaji. Kajian lanjutan juga
turut dicadangkan untuk penyelidikan pada masa akan datang.
vi
ABSTRACT
This study aims to identify the perceptions of respondents towards ceremonial
marriage of the Malay community in Johor. Questionnaires containing 35 items were
distributed to the respondents. A total of 77 respondents were selected to answer the
questionnaires who comprised of imams of district mosques in Johor bahru.. Data
obtained are analyzed using computer software, Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 15.0 to calculate the frequency, percentage, and mean. Value of the
reliability of this questionnaire was α = 0716. Research findings indicate that the
perceptions of the imam mosque towards ceremonial marriage of the Malay community
in Johor is on the high level of 3.83, while the ceremonial marriage of the Malay
community is in conflict with syara’ are also in high levels of 4.36, and the main factors
practice ceremonial marriage which is against the syara' among the Malay community in
Johor are also the same high level of 3.93. At the end of the study, the researcher had
proposed several suggestions to related parties to ensure full attention was paid towards
the studied problem. Studies also suggested for further research in the future.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
BORANG PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xvi
xviii
BAB I PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Kepentingan Kajian
1
3
6
6
7
7
viii
1.6.1 Bakal Pengantin
1.6.2 Ibu Bapa
1.6.3 Pemimpin Masyarakat
1.6.4 MAIJ
1.7 Batasan Kajian
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Persepsi
1.8.2 Imam
1.8.3 Masjid
1.8.4 Istiadat
1.8.5 Perkahwinan
1.8.6 Masyarakat Melayu
1.9 Kesimpulan
7
8
8
8
8
9
9
9
9
10
10
10
11
BAB II SOROTAN KAJIAN 12
2.1 Pendahuluan
2.2 Adat Melayu dan Pandangan Syara’
2.3 Falsafah Perkahwinan Menurut Islam
2.4 Galakan Berkahwin
2.5 Hukum Perkahwinan
2.6 Pelaksanaan Perkahwinan Menurut Islam
2.6.1 Memilih Jodoh Pasangan
2.6.2 Meminang
2.6.3 Akad Nikah
2.6.4 Mas Kahwin (Mahar)
2.6.5 Majlis Perkahwinan
2.6.6 Kebiasaan-Kebiasaan yang Wajib Dijauhi
Dalam Pernikahan
12
12
14
16
19
21
21
23
26
28
30
32
ix
2.6.7 Faktor-faktor Pengamalan Istiadat
Perkahwinan yang Bercanggah Syara’
2.7 Pelaksanaan Perkahwinan Menurut Istiadat Melayu
2.7.1 Peringkat Pertama
2.7.1.1 Merisik atau Meninjau
2.7.1.2 Bertunang
2.7.1.3 Menghantar Belanja dan Akad Nikah
2.7.2 Peringkat Kedua
2.7.2.1 Berandam dan Berasah Gigi
2.7.2.2 Berinai
2.7.3 Peringkat Ketiga
2.7.3.1 Bersanding
2.7.3.2 Mandi Limau
2.7.3.3 Sambut Menyambut
2.8 Sorotan Kajian
2.9 Kesimpulan
35
37
37
37
38
39
41
41
42
43
43
44
44
45
46
BAB III METODOLOGI KAJIAN 47
3.1 Pendahuluan
3.2 Reka bentuk Kajian
3.2.1 Data Premier
3.2.2 Data Sekunder
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Bahagian A
3.5.2 Bahagian B, C dan D
3.6 Tatacara Kajian
47
47
48
48
48
49
49
50
50
51
x
3.7 Kajian Rintis
3.8 Kajian Sebenar
3.9 Analisis Data
3.10 Kesimpulan
52
53
53
55
BAB IV DAPATAN KAJIAN 56
4.1 Pendahuluan
4.2 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang Responden
4.3 Bahagian B: Analisis Data Persepsi Responden
Terhadap Istiadat Perkahwinan Melayu
4.4 Bahagian C: Analisis Data Tentang Istiadat
Perkahwinan Masyarakat Melayu yang Bercanggah
dengan Syara’
4.5 Bahagian D: Analisis Data Tentang Faktor-faktor
Utama Pengamalan Istiadat Perkahwinan yang
Bercanggah dengan Syara’ Dalam Kalangan
Masyarakat Melayu Negeri Johor.
4.6 Analisis Keseluruhan Dapatan Kajian Bahagian B, C
dan D
4.7 Kesimpulan
56
56
59
66
70
76
81
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 82
5.1 Pendahuluan
5.2 Ringkasan Kajian
5.3 Perbincangan
82
82
83
xi
5.3.1 Perbincangan Bahagian A : Analisis Maklumat
Latar Belakang Responden
5.3.2 Perbincangan Bahagian B : Persepsi Imam
Masjid Terhadap Istiadat Perkahwinan
Masyarakat Melayu Di Negeri Johor
5.3.3 Perbincangan Bahagian C : Istiadat
Perkahwinan Masyarakat Melayu Di Negeri
Johor yang Bercanggah dengan Syara’
5.3.4 Perbincangan Bahagian D : Faktor-faktor
Utama Pengamalan Istiadat Perkahwinan yang
Bercanggah Di Kalangan Masyarakat Melayu
Di Negeri Johor.
5.4 Rumusan
5.5 Cadangan
5.5.1 Menambah Modul Kursus Pra-Perkahwinan
Mengenai Istiadat Perkahwinan yang ‘Mesra
Syara’
5.5.2 Menganjurkan Kursus Andaman Muslimah
5.5.3 Kajian Lanjutan
5.6 Penutup
83
84
87
89
91
92
93
93
94
94
BIBLIOGRAFI 95
LAMPIRAN 99
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
3.1
3.2
3.3
3.4
Pengelasan Skala Likert Agihan Soalan Mengikut Klasifikasi Persoalan Kajian Tahap Penilaian Berdasarkan Min Perubahan 5 Skala Likert Kepada 3 Peringkat
50
51
54
54
4.1
4.2
4.3
4.4
4.5
4.6
4.7
4.8
4.9
4.10
Taburan Status Responden Taburan Umur Responden Taburan Pengalaman Bertugas Selaku Imam Taburan Tahap Pendidikan Tertinggi Kekerapan, Peratusan dan Min Adat Merisik Dan Meminang Bertepatan Syara’ Kekerapan, Peratusan dan Min Hantaran Kahwin yang Tinggi Membebankan Pengantin Kekerapan, Peratusan dan Min Memilih Jodoh Sekufu Kekerapan, Peratusan dan Min Majlis Pertunangan Kekerapan, Peratusan dan Min Ijab dan Kabul Diadakan Di Masjid Sebagai Tempat yang Paling Afdhal Kekerapan, Peratusan dan Min Mak Andam Memahami Konsep Tabarruj Menurut Islam
57
57
58
58
60
60
61
61
61
62
xiii
4.11
4.12
4.13
4.14
4.15
4.16
4.17
4.18
4.19
4.20
4.21
4.22
Kekerapan, Peratusan dan Min Persandingan Boleh Ditinggalkan Semasa Majlis Perkahwinan Kekerapan, Peratusan dan Min Hiburan Berkaraoke Bersesuaian Di Majlis Perkahwinan Kekerapan, Peratusan dan Min Pakaian Pengantin Menutup Aurat dan Sesuai Dengan Adat Orang Melayu Kekerapan, Peratusan dan Min Budaya Khatam Al-Quran Di Majlis Perkahwinan Bersesuaian Kekerapan, Peratusan dan Min Majlis Perkahwinan Bertujuan Menghebahkan Ikatan Sah Suami Isteri Pasangan Pengantin Kekerapan, Peratusan dan Min Paluan Kompang Memeriahkan Majlis Perkahwinan Kekerapan, Peratusan dan Min Khemah Jamuan Diasingkan Antara Tetamu Lelaki dan Perempuan Kekerapan, Peratusan dan Min Makanan Tetamu VIP dan Tetamu Biasa Perlu Dibezakan Hidangannya Kekerapan, Peratusan dan Min Mandi Bunga Yang Dianggap Boleh Membuang Sial Pada Pasangan Pengantin Semasa Majlis Perkahwinan Merupakan Kepercayaan Khurafat Kekerapan, Peratusan dan Min Mencukur Bulu Kening Bagi Pengantin Perempuan Adalah Bersalahan dengan Syara’ Kekerapan, Peratusan dan Min Budaya Hedonisme dengan Berkaraoke Di Majlis Perkahwinan Adalah Perkara Melalaikan yang Perlu Ditinggalkan Kekerapan, Peratusan dan Min Tabarruj al-Jahiliyyah (Berhias) dengan Berlebihan Bagi Pengantin Perempuan Bagi Memperagakan Diri Adalah Dilarang
62
63
63
64
64
65
65
66
66
67
67
68
xiv
4.23
4.24
4.25
4.26
4.27
4.28
4.29
4.30
4.31
4.32
Kekerapan, Peratusan dan Min Berhutang Semata-mata Untuk Mengadakan Majlis Perkahwinan Secara Besar-besaran Bukan Dari Amalan Sunnah dan Panduan Islam Kekerapan, Peratusan dan Min Pakaian Pengantin yang Menghairahkan Serta Tidak Menutup Aurat yang Sempurna Adalah Bersalahan Dengan Tuntutan Syara’ Kekerapan, Peratusan dan Min Menepung Tawar Dan Menabur Bertih Semasa Adat Persandingan Kekerapan, Peratusan dan Min Membeza-bezakan Hidangan Antara Tetamu Biasa dan Tetamu VIP Kekerapan, Peratusan dan Min Individu/Bakal Pengantin Hanya Meniru Sahaja dari Mereka Yang Sebelumnya Kekerapan, Peratusan dan Min Adat Perkahwinan Melayu Merupakan Budaya Tradisi Turun Temurun Tanpa Dikaji dari Segi Hukum Syariat Kekerapan, Peratusan dan Min Berprinsipkan Majlis Sekali Seumur Hidup Sehingga Mengabaikan Tuntutan Syara’ Kekerapan, Peratusan dan Min Ibu Bapa Menginginkan Populariti dengan Mengadakan Majlis Perkahwinan Anak Mereka Secara Besar-besaran Kekerapan, Peratusan dan Min Ibu Bapa Memainkan Peranan Sebaiknya Dalam Menjelaskan Fungsi Atau Falsafah Disebalik Istiadat Perkahwinan Kekerapan, Peratusan dan Min Ibu Bapa yang Mendengar Kata Mak Andam Berbanding Bertanya Kepada Ilmuwan Agama
68
69
69
70
71
71
72
72
73
74
xv
4.33
4.34
4.35
4.36
4.37
4.38
Kekerapan, Peratusan dan Min Masyarakat Melayu Sendiri yang Alpa Akan Pengaruh Asing yang Menyerap Masuk Ke Dalam Adat Melayu Kekerapan, Peratusan dan Min Masyarakat Melayu yang Sebahagiannya Menjunjung Tinggi Adat dengan Kata-kata “ Biar Mati Anak, Jangan Mati Adat”. Kekerapan, Peratusan dan Min Masyarakat Melayu yang Mudah Menerima Budaya Luar Kekerapan, Peratusan dan Min Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Persepsi Terhadap Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu Negeri Johor Kekerapan, Peratusan dan Min Rumusan Dapatan Kajian Mengenai Istiadat Perkahwinan Masyarakat Melayu yang Bercanggah dengan Syara’ Kekerapan, Peratusan dan Min Rumusan Dapatan Mengenai Faktor-faktor Utama Pengamalan Istiadat Perkahwinan yang Bercanggah dengan Syara’
74
75
76
76
78
79
xvi
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
α - Alpha
a.s - ’Alaihis Salam
DJ - Deejay@ Disc Enjoy
Dr. - Doktor
FP - Fakulti Pendidikan
FTI - Fakulti Tamadun Islam
HR - Hadith Riwayat
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
KS - Kurang Setuju
MAIJ - Majlis Agama Islam Johor
n - Bilangan Keseluruhan Responden
PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
PSM - Projek Sarjana Muda
PSZ - Perpustakaan Sultanah Zanariah
r.a - Radhiallahu ‘anhu
S - Setuju
s.a.w - Sallallahu ‘alaihi wassalam
SS - Sangat Setuju
SPSS - Statistical Packages For Social Sciences
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STS - Sangat Tidak Setuju
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO.
LAMPIRAN
PERKARA MUKA
SURAT
Lampiran A Soal Selidik 99
Lampiran B Nilai Alpha Kajian Rintis 105
Lampiran C Surat Kebenaran Mendapatkan
Maklumat Daripada Fakulti Pendidikan
106
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Islam adalah ad-deen yang mengatur urusan manusia keseluruhannya,
dari sekecil-kecil perkara seperti cara beristinja’ sehinggalah sebesar-besar
perkara yang melibatkan persoalan iman dan kehidupan pasca dunia iaitu
kehidupan akhirat. Firman Allah SWT;
Maksudnya : “Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu
agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan
Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.
( Surah al-Ma’idah;3)
Begitu jualah dalam memenuhi fitrah makhluk yang dijadikan berpasang-
pasangan, apatah lagi bergelar insan yang berjawatan khalifah di muka bumi ini,
Islam telah mengatur keperluan fitrah itu dengan jalan perkahwinan. Firman
Allah SWT ;
2
Maksudnya: “Dan antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk
kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri,
supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan
dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang
dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir.”
(Surah ar-Ruum;21)
Perkahwinan dalam Islam mempunyai falsafah unggul, bukan sahaja
ingin memenuhi fitrah berpasangan (seks), malah perkahwinan dari dimensi
Islam di pandang sebagai suatu ibadah yang dapat meningkatkan darjat dan
istiqamah seseorang, melengkapi separuh daripada agamanya, mencapai
ketenangan hidup serta mampu memelihara kesucian diri. Ini sebagaimana
diterangkan melalui hadith daripada Abdullah bin Mas’ud r.a ia berkata,
Rasulullah S.A.W telah bersabda kepada kami;
فانه اغض للبصر واحصن يا معشرالشباب من استطاع منكم الباة فليتزوج للفرج ومن مل يستطع فعليه بالصوم فانه له وجاء
Maksudnya; “Wahai para pemuda, barangsiapa antara kamu
telah mampu menanggung beban rumahtangga hendaklah segera
kahwin, kerana hal itu lebih dapat memejamkan mata (yakni tidak
memandang perempuan ) dan lebih dapat menjaga kesucian diri
(dari perbuatan zina). Siapa yang belum mampu sebaiknya ia
berpuasa, kerana puasa baginya adalah penjaga diri.”
( Muttafaq A’laih)
3
Daripada Anas bin Malik r.a, bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda;
اذا تزوج العبد فقد استكمال نصف الدين فليتق اهللا يف النصف الباقي
Maksudnya: “Seorang hamba Allah yang telah beristeri ia telah
melengkapi separuh agamanya, dan hendaklah ia bertakwa
kepada Allah untuk memenuhi kekosongan sebahagian lagi.”
(Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi)
Sunnah Rasulullah S.A.W adalah panduan utama dalam soal
perkahwinan. Bermula dari memilih jodoh pasangan, bertunang, bernikah, hatta
majlis perkahwinan (walimatul urus) semuanya mestilah dilaksanakan menurut
acuan Islam. Perkahwinan menurut Zawiah Hassan (2003:1) satu amanah sunnah
Rasulullah S.A.W, ia sangat dituntut oleh Islam. Perkahwinan bukan perkara
yang boleh dimain-main, malah ia perlu dilakukan dengan teliti setelah dipenuhi
segala syarat dan rukunnya.
Islam yang bersifat anjal (al-murunah) tidak ketinggalan dalam meraikan
uruf dan adat sesuatu masyarakat dan tempat asalkan tidak bercanggah dengan
asas-asas Islam. Ini bertepatan dengan kaedah Fiqhiyyah “Al-adah
Muhakkamah” iaitu adat dijadikan hukum. Masyarakat Melayu adalah sebuah
rumpun bangsa yang kaya dengan adat istiadat. Antaranya ialah adat berkhatam
al-Quran, adat bersilat, adat bersalin dan tidak ketinggalan adat perkahwinan.
Istiadat perkahwinan masyarakat Melayu secara umumnya terdiri daripada adat
merisik, meminang, bertunang, berinai, akad nikah dan majlis persandingan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Masyarakat Melayu amat kuat berpegang kepada adat. Ini dapat
dicerminkan dari ungkapan adat melayu biar mati anak, jangan mati adat.
4
Menurut Tenas Effendy (2004:57) dari sisi lain, makna dari ungkapan adat biar
mati anak, jangan mati adat mengandung makna bahawa adat (hukum adat)
wajib ditegakkan walaupun untuk menegakkan itu harus mengorbankan anak,
keluarga dan diri sendiri. Maka semestinya adat istiadat perkahwinan yang
terdapat dalam masyarakat Melayu tidak terlepas untuk dipertahankan sehabis-
habisnya walaupun terdapat sedikit demi sedikit perubahan dek menongkah arus
pemodenan.
Namun, semangat membela adat membuta tuli tanpa berkemudikan
Syara’ inilah yang ditegah dalam Islam. Ungkapan adat melayu adat bersendikan
Syara’, Syara’ bersendikan Kitabullah seolah-seolah tiada pratiknya dengan
terdapatnya beberapa unsur yang bercanggah dengan Syara’ dalam istiadat
perkahwinan masyarakat Melayu. Menurut Amran Kasimin (1989: 2),
sebahagian besar adat istiadat yang diamalkan tidak diketahui tujuan atau latar
belakang mengapa adat istiadat itu dilakukan. Ramai orang yang tidak
mengetahui falsafah atau tujuan di sebalik upacara menabur beras kunyit atau
bertih ke atas pasangan pengantin. Ramai juga yang tidak memahami mengapa
pengantin perempuan perlu dilumuri inai di hujung jari dan di tepi kaki.
Istiadat perkahwinan masyarakat Melayu turut dipengaruhi oleh
kebudayaan Hindu-Buddha. Adat bersanding di atas pelamin dan berinai di
hujung jari dan di tepi kaki adalah pengaruh dari kebudayaan mereka. Joginder
Singh Jessy di dalam Fatimah Ali (1989:4) menyatakan terdapat juga pengaruh
Hindu dalam istiadat perkahwinan Melayu, apabila pasangan itu dianggap
bersemayam seperti raja dan permaisuri di hadapan para jemputan mereka.
Pernyataan tersebut dikukuhkan oleh Amran Kasimin (1989), sebahagian
daripada amalan budaya orang Melayu sekarang ini adalah himpunan dan adunan
pelbagai amalan luar yang berkumpul sejak begitu lama. Amalan luar ini
menyerap ke dalam kehidupan orang Melayu lalu bercampur aduk dengan
amalan budaya yang sedia ada. Amalan-amalan ini sudah menjadi kelaziman
5
dalam kehidupan sehari-hari dan diperturunkan dari satu generasi ke satu
generasi yang lain. Lama-kelamaan amalan ini menjadi sebati dalam kebudayaan
dan jiwa orang Melayu hingga mereka tidak sedar bahawa sebahagian besar
daripadanya berasal daripada budaya asing.
Dewasa ini, istiadat perkahwinan masyarakat Melayu turut menerima
tempias budaya hedonisme ( hiburan) dalam majlis persandingan raja sehari
mereka. Pengacara atau deejay (DJ) yang berbayar diundang untuk
menghidupkan suasana majlis di samping tetamu-tetamu yang hadir diumpan
untuk berkaraoke. Senario ini telah digambarkan oleh Husin Embi , Haroun
Kidam, Mokhtar Md.Yassin di dalam Abdul Latiff, et.al (2004:86) adat istiadat
merupakan budaya Melayu yang dinamis, iaitu sentiasa berubah mengikut
peredaran zaman dan mudah menyerap unsur-unsur asing atau luar.
Tambahan lagi, pada masa kini trend berlawan-lawan mas kahwin paling
tinggi dan mengadakan majlis perkahwinan paling mewah atau popular
sehinggakan rela berhutang sana sini semakin menjadi-jadi, ungkapan pepatah
“mengukur baju di badan sendiri” sedikit demi sedikit telah terkubur di dalam
lubuk hati orang melayu. Masalah tersebut dijelaskan oleh Rektor Kolej Islam
Darul Ridzuan, Datuk Dr Mohammad Yusoff Hussin di dalam kajian Hasmat
Mustapha ( 2007: 7) bahawa :
“ Jika budaya menetapkan mas kahwin tinggi diamalkan penduduk negara ini,
dikhuatiri jumlah lelaki yang berpendapatan rendah tidak mendirikan rumah
tangga semakin meningkat. Sehubungan itu, perkara berkenaan akan
mengundang peningkatan masalah sosial berikutan kesukaran mendirikan
rumah tangga disebabkan faktor wang hantaran dan mas kahwin yang dituntut
sebelah pihak wanita sangat tinggi. Sedangkan dalam Islam sememangnya
menggalakkan umatnya bersederhana sahaja. Justeru itu, sebaik-baik majlis
perkahwinan adalah lebih afdal jika ia dilaksanakan secara sederhana”.
(Dipetik dari akhbar Berita Harian, Isnin, 11 September 2006)
6
1.3 Pernyataan Masalah
Abad perkembangan ilmu dan peradaban kini, memperlihatkan adat
perkahwinan menjadi salah satu tumpuan perbincangan oleh para intelektual
Islam (ulama’), pengkaji-pengkaji, hatta turut sama diperbualkan oleh
masyarakat umum. Ini kerana terdapat beberapa istiadat dalam perkahwinan
tersebut yang dilihat bercanggah dengan konsep syara’ yang berteraskan al-
Quran dan as-Sunnah. Antaranya ialah meletakkan hantaran kahwin yang terlalu
tinggi, membuat majlis persandingan yang berlawan-lawan kemewahannya,
selain teradun sama dengan upacara berandam, menabur bertih, membaca jampi
mentera, dan berhias secara berlebihan (at-tabarruj al-jahiliyyah). Antara
kelompangan lain yang dapat dilihat dalam istiadat perkahwinan masyarakat
Melayu di Malaysia amnya adalah ceteknya pengetahuan pasangan pengantin
tentang konsep istiadat mengikut syariat Islam. Berasaskan kepada masalah yang
telah dikenal pasti maka dengan ini pengkaji ingin mengkaji dengan lebih lanjut
lagi pengamalan istiadat perkahwinan masyarakat melayu khususnya di negeri
Johor Darul Takzim.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenal pasti persepsi imam masjid terhadap istiadat perkahwinan
masyarakat Melayu di negeri Johor.
1.4.2 Mengenal pasti istiadat perkahwinan masyarakat Melayu di negeri Johor
yang bercanggah dengan Syara’.
1.4.3 Mengenal pasti faktor-faktor utama pengamalan istiadat perkahwinan
yang bercanggah dengan Syara’ dalam kalangan masyarakat Melayu di
negeri Johor.
7
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah persepsi imam masjid terhadap istiadat perkahwinan masyarakat
Melayu di negeri Johor ?
1.5.2 Apakah istiadat perkahwinan masyarakat Melayu di negeri Johor yang
bercanggah dengan Syara’ ?
1.5.3 Apakah faktor-faktor utama pengamalan istiadat perkahwinan yang
bercanggah dengan Syara’ dalam kalangan masyarakat Melayu di negeri
Johor ?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini merupakan kesinambungan kepada kajian-kajian yang telah
dilakukan sebelum ini. Kajian ini mempunyai kepentingan yang perlu diteliti
oleh beberapa pihak iaitu pihak bakal pengantin, ibu bapa, pemimpin
masyarakat, dan Majlis Agama Islam Johor ( MAIJ).
1.6.1 Bakal pengantin
Hasil kajian ini dapat dijadikan rujukan kepada bakal pengantin berkaitan
istiadat perkahwinan Melayu secara umum. Melalui kajian ini juga bakal
pengantin boleh mengetahui persepsi imam masjid terhadap pengamalan istiadat
perkahwinan masyarakat Melayu di negeri Johor. Hasilnya penilaian semula
dapat dilakukan oleh bakal pangantin terhadap istiadat perkahwinan tersebut
seterusnya mempraktikkan istiadat yang bertepatan dengan syara’ sahaja pada
majlis perkahwinan mereka nanti.