persepsi mahasiswa spi terhadap amalan gaya … · kehidupan seharian. ... 1.1 pengenalan 1 1.2...
TRANSCRIPT
PERSEPSI MAHASISWA SPI TERHADAP AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
MENURUT ISLAM DALAM ASPEK PENJAGAAN KESIHATAN DAN
PEMAKANAN
SUHAIDA BT HUSAIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PERSEPSI MAHASISWA SPI TERHADAP AMALAN GAYA HIDUP
SIHAT MENURUT ISLAM DALAM ASPEK PENJAGAAN KESIHATAN
DAN PEMAKANAN
SUHAIDA BINTI HUSAIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2009
iii
DEDIKASI
Üéu†Ö]<à·†Ö]<]<ÜŠe
Segala puji-pujian hanya pada-MU Ya Allah
Ku panjatkan kesyukuran di atas nikmat yang tak terkira
Selawat dan Salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW
Ayahanda dan Bonda
Hj. Husain Bin Mohamad & Hjh. Fatimah Binti Hussin
Terima kasih Atas Segala Pengorbanan
Redhakan Kehidupanku Di Dunia Dan Akhirat
Kekanda-Kekanda dan Adinda
Mohd Sukarmi, Ruhaiza, Sukartini, Mohd Syukri, Sukartina,
Sukaryati, Mohd Hisyam, Mohd Khairuddin
Teruskan Usaha Menuju Kejayaan Yang Gemilang
Semoga Kalian Menjadi Anak-Anak Yang Soleh Dan Solehah
Para Pensyarah
Fakulti Pendidikan
Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
Terima Kasih Di Atas Ilmu Yang Diberikan
Semoga Allah Membalas Segala Jasa Dan Bakti Yang Dicurahkan
Sahabat Seperjuangan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Pendididkan (Pengajian Islam)
Terima kasih Di atas Segala-galanya
Semoga Kejayaan Milik Kita Bersama
iv
PENGHARGAAN
Üéu†Ö]<à·†Ö]<]<ÜŠe
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, selawat
dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. dan semua kaum
muslimin yang mendapat petunjuk hingga ke hari Akhirat. Kepada-Mu kupanjatkan
kesyukuran yang tidak terhingga kerana dengan taufik dan inayah dapat penulis
sempurnakan laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Berbekalkan semangat dan
bantuan daripada pihak yang terlibat, baik secara langsung atau tidak langsung maka
laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan.
Di kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan terima kasih kepada Ustaz Zulkiflee Bin Haron selaku penyelia projek di atas
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek
Sarjana Muda (PSM) ini.
Tidak ketinggalan juga kepada kedua ibu bapa yang sentiasa memberikan
dorongan dalam segala kerja yang dilakukan. Terima kasih juga diucapkan kepada
ahli keluarga yang sentiasa memberi semangat dan sudi membantu. Begitu juga
kepada rakan-rakan seperjuangan, kesudian anda dalam membantu serta berkongsi
idea amat dihargai. Akhirnya, ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak
yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas segala jasa yang telah diberikan,
semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kalian sepanjang masa. Amin….
Sekian. Wassalam
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi mahasiswa SPI terhadap amalan
gaya hidup sihat menurut Islam dalam aspek penjagaan kesihatan dan pemakanan.
Objektif kajian ini adalah mengetahui tahap kefahaman terhadap amalan gaya hidup
sihat menurut Islam, faktor-faktor yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dan
pemakanan serta implimentasi terhadap penjagaan kesihatan dan pemakanan. Satu
set soal selidik yang mengandungi 45 item telah diedarkan kepada 109 orang
responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar SPI. Data-data yang dikumpul
seterusnya dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan
dan min menggunakan perisian statistical package for social science version 14.0 for
windows. Nilai kebolehpercayaan ialah α = 0.889. Secara keseluruhannya, dapatan
kajian menunjukkan bahawa responden mempunyai persepsi yang positif terhadap
penjagaan kesihataan dan pemakanan dalam gaya hidup sihat menurut Islam serta
memberi maklum balas yang baik terhadap implimentasi penjagaan kesihatan dan
pemakanan seperti solat, puasa, riadah pemakanan sihat, dan sebagainya dalam
kehidupan seharian. Sebagai maklum balas terhadap kajian yang dijalankan,
beberapa cadangan dikemukakan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran dan
pengetahuan terhadap penjagaan kesihatan dan pemakanan di kalangan masyarakat
umumnya.
vi
ABSTRACT
This study is done with the main objective to determine the perception of SPI
undergraduate students and their level of understanding regarding the healthy
lifestyle according to Islamic teaching, the rationale to maintain a healthy food and
lifestyle as well as the way to implement that kind of lifestyle in our life. A set of
questionnaire consisting of forty five (45) items were distributed among the one
hundred and nine (109) candidates selected from the SPI students. The result
received has been analyzed descriptively to get the number of frequency, percentage
and mean by using the Statistical Package For Social Science version 14.0 for
windows application. The reliability for this questionnaire is α = 0.889. Generally,
the result shows that the candidates have the positive perception concerning the
healthy food and lifestyle according to the Islamic teaching, and they provided a
good response to the implementation of a healthy lifestyle via the Muslim obligatory
practices such as prayer, fasting, taking halal food etc in our daily life. Respectively,
based on the study, a few suggestions has given to increase the awareness and
knowledge pertaining to the healthy food and lifestyle in our society in general.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
viii
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Persepsi 8
1.8.2 Mahasiswa SPI 9
1.8.3 Amalan Gaya Hidup
Sihat Menurut Islam 9
1.8.4 Penjagaan Kesihatan dan
Pemakanan 10
1.9 Kesimpulan 12
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Konsep Gaya Hidup Sihat Dalam
Islam 13
2.3 Amalan Gaya Hidup Sihat Dalam Islam 14
2.3.1 Amalan Solat 14
2.3.2 Melaksanakan Amar Makruf Nahi
Mungkar 16
2.3.3 Zikrullah (Mengingati Allah) 17
2.3.4 Berusaha Mencari Rezeki yang Halal 17
2.3.5 Menderma Dan Bersedekah 18
2.3.6 Prinsip Halalan Toyyiban 19
2.3.7 Tidur Dan Rehat 19
2.3.8 Melakukan Aktiviti Fizikal 20
2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Penjagaan Kesihatan 21
2.4.1 Kurang Kesedaran Dan
Ilmu Pengetahuan 21
2.4.2 Pemakanan Tidak Sihat 22
2.4.3 Tabiat Merokok 23
2.4.4 Stress / Tekanan 25
ix
2.5 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Pemakanan 26
2.5.1 Pemilihan Makanan Tidak
Menurut Islam 26
2.5.2 Kurang Ilmu Pengetahuan
Dan Kesedaran 27
2.5.3 Tabiat Pemakanan Masa Kini 29
2.5.4 Pengaruh Media Massa 30
2.6 Penjagaan Kesihatan 30
2.6.1 Islam Dan Kesihatan 30
2.6.2 Dimensi Kesihatan 31
2.6.2.1 Fizikal 32
2.6.2.2 Mental 32
2.6.2.3 Sosial 33
2.6.2.4 Rohani 33
2.6.3 Pendekatan Dalam Penjagaan
Kesihatan 34
2.6.4 Kaedah Penjagaan Dalam
Kesihatan 35
2.7 Implimentasi Penjagaan Kesihatan 38
2.7.1 Solat 38
2.7.2 Puasa 40
2.7.3 Riadah 42
2.7.4 Pemakanan Sihat 44
2.8 Penjagaan Pemakanan Dalam Islam 44
2.8.1 Konsep Makan Dan Pemakanan
Menurut Islam 45
2.9 Implimentasi Penjagaan Pemakanan 46
2.9.1 Pemakanan Yang Baik 46
2.9.2 Pemilihan Makanan Menurut Islam 47
2.9.3 Adab-adab Makan Minum Dalam
Islam 48
2.10 Kajian Lepas 49
2.11 Kesimpulan 51
x
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 52
3.2 Reka Bentuk Kajian 52
3.3 Kaedah Pengumpulan Data 53
3.3.1 Kaedah Kajian Perpustakaan 54
3.4 Tempat Kajian 55
3.5 Populasi Dan Sampel Kajian 56
3.6 Instrumen Kajian 56
3.7 Kajian Rintis 59
3.8 Prosedur Kajian Sebenar 59
3.9 Jangka Masa Kajian 60
3.10 Analisis Data 61
3.11 Kesimpulan 62
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 63
4.2 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden 64
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut
Jantina 64
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut
Umur 64
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut
Tahun Pengajian 65
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut
Aliran Pendidikan 66
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut
Aliran yang Menghidapi Penyakit 66
4.3 Analisis Data ( Bahagian B,C dan D) 67
xi
4.3.1 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Kefahaman Mahasiswa SPI Terhadap
Amalan Gaya Hidup Sihat Menurut Islam 67
4.3.2 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Terhadap Faktor-Faktor Yang
Mempengaruhi Penjagaan Kesihatan
Dan Pemakanan 73
4.3.3 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Terhadap Implimentasi Penjagaan
Kesihatan Dan Pemakanan 79
4.4 Analisis Keseluruhan 87
4.5 Kesimpulan 92
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 93
5.2 Perbincangan 94
5.2.1 Perbincangan Bahagian A:
Analisis Latar Belakang Responden 94
5.2.2 Perbincangan Bahagian B:
Kefahaman Mahasiswa SPI
Terhadap Amalan Gaya Hidup
Sihat Menurut Islam 95
5.2.3 Perbincangan Bahagian C:
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Penjagaan Kesihatan Dan
Pemakanan 98
5.2.4 Perbincangan Bahagian D:
Implimentasi Penjagaan
Kesihatan Dan Pemakanan 101
5.3 Rumusan 102
5.4 Cadangan 100
xii
5.4.1 Pihak Kerajaan 101
5.4.2 Institusi Pengajian Tinggi 105
5.4.3 Individu 106
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 107
5.6 Kesimpulan 108
BIBLIOGRAFI 109
LAMPIRAN A 114
LAMPIRAN B 121
LAMPIRAN C 122
LAMPIRAN D 123
LAMPIRAN E 124
LAMPIRAN F 125
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Klasifikasi soalan dalam bahagian A B,C dan D 57
3.2 Skor berdasarkan Skala Likert 58
3.3 Pengelasan Maklum Balas 58
3.4 Skala Bagi Min Untuk Tahap Persetujuan 61
4.1 Taburan responden mengikut Jantina 64
4.2 Taburan responden mengikut Umur 64
4.3 Taburan responden mengikut Tahun Pengajian 65
4.4 Taburan responden mengikut Aliran Pendidikan 66
4.5 Taburan responden mengikut responden yang
Menghidapi penyakit 66
4.6 Skala Likert 67
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 67
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 68
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 68
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 69
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 69
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 70
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 70
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 71
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 71
xiii
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 72
4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 72
4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 73
4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 73
4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 74
4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 74
4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 75
4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 75
4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 76
4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 76
4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 77
4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 77
4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 78
4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 78
4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 79
4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 79
4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 80
4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 80
4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 81
4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 81
4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 82
4.37 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 82
4.38 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 83
4.39 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 83
4.40 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34 84
4.41 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35 84
4.42 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36 85
4.43 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37 85
4.44 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38 86
4.45 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39 86
4.46 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40 87
4.47 Taburan Min Bagi Item 1 hingga 10 88
4.48 Taburan Min Bagi Item 11 hingga 23 89
4.49 Taburan Min Bagi Item 24 hingga 40 90
xv
SENARAI SINGKATAN
DPLI Dploma Perguruan Lepasan Ijazah
FIT Frequency, Intensity, Timely
IPT Institusi Pengajian Tinggi
JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek
JAKIM Jabatan Agama Islam Malaysia
JAIN Jabatan Agama Islam Negeri
KS Kurang Setuju
KPM Kementerian Pelajaran Malaysia
MedSI Malaysian Educators Selection Inventory
PPM Persatuan Perubatan Malaysia
PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia
PKM Pusat Kesihatan Mahasiswa
S Setuju
SAW Sallahu Alaihi Wasallam
SMA Sekolah Menengah Agama
SMKA Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
SPH Sarjana Muda Pendidikan(Kemahiran Hidup)
SPI Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPSS Statistical Package of Social Sciences
SS Sangat Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SWT Subhanahu Wa taa’la
UiTM Universiti Teknologi Mara
UPSI Universiti Pendidikan Sultan Idris
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 115
B Nilai Alpha Kajian Rintis 122
C Surat Pengesahan Membuat Tugasan
(Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial) 123
D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
(Fakulti Pendidikan) 124
E Surat Kebenaran Membuat Rujukan
(Perpustakaan Sultanah Zanariah) 125
F Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan
(Fakulti Pendidikan) 126
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 115
B Nilai Alpha Kajian Rintis 122
C Surat Pengesahan Membuat Tugasan
(Pusat Pengajian Islam Dan Pembangunan Sosial) 123
D Surat Kebenaran Mendapatkan Maklumat
(Fakulti Pendidikan) 124
E Surat Kebenaran Membuat Rujukan
(Perpustakaan Sultanah Zanariah) 125
F Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan
(Fakulti Pendidikan) 126
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Islam amat menitikberatkan amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan
seseorang. Gaya hidup sihat merupakan gaya hidup yang memberikan keutamaan
kepada amalan gaya hidup yang aktif, mengekalkan kesihatan dan mencegah
daripada berlakunya sebarang gejala penyakit. Tidak menjadi satu kemustahilan bagi
seseorang itu untuk menikmati kesihatan yang berpanjangan dan mengalami
kehidupan yang selesa. Melalui gaya hidup sihat segalanya bukan mimpi dan
mampu dicapai oleh sesiapa jua.
Pada 11 September 2006, Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah
Ahmad Badawi melancarkan Majlis Kecergasan Kebangsaan (MKK) sebagai antara
usaha membudayakan gaya hidup sihat di kalangan penduduk Malaysia. Menurut
beliau, “ tidak guna negara mempunyai rakyat yang cerdik dan pintar, tetapi
berpenyakit dan tidak sihat akibat kurang cergas ”. Oleh itu, menjaga kesihatan dan
semua perkara berkaitan dengannya perlu dijadikan satu tanggungjawab kepada diri
masing-masing sebagai satu budaya untuk mengekalkan kesihatan.
2
Sejak awal 2007, Kementerian Kesihatan telah membelanjakan sebanyak
RM180 juta atau 20% daripada bajet tahunan berjumlah RM900 juta bagi tujuan kos
ubat-ubatan untuk penyakit kronik seperti diabetes, kolestrol yang tinggi dan
sebagainya (Kosmo, 18 Mac 2009). Ini menunjukkan keprihatian pihak kerajaan
dalam menjamin kesihatan rakyat Malaysia.
Antara salah satu aspek yang perlu ditekankan dalam amalan gaya hidup sihat
ialah penjagaan kesihatan dan pemakanan. Penjagaan kesihatan dan pemakanan
saling berkaitan antara satu sama lain kerana makananan yang baik dan halal dapat
menjamin kesihatan yang baik. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan
aktif terhadap pembangunan agama, bangsa, dan negara. Keseimbangan kesihatan
dan pemakanan dalam gaya hidup seseorang memainkan peranan penting dalam
amalan harian mereka. Apabila seseorang itu mengamalkan pemakanan yang
seimbang secara tidak langsung telah mengamalkan penjagaan kesihatan kerana
makanan itulah yang akan menentukan tahap kesihatan seseorang. Seseorang itu
akan dapat merasai betapa berharganya nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT
melalui kesihatan yang baik.
1.2 Latar Belakang Masalah
Cara hidup yang sihat adalah salah satu formula yang terbaik bagi
memastikan kesihatan seseorang itu dapat dijaga dengan baik. Cara hidup
didefinisikan sebagai gaya, aturan atau apa sahaja perkara yang dilakukan oleh
seseorang dalam kehidupannya berdasarkan apa yang dikehendaki oleh dirinya
sendiri. Bagaimana yang dikatakan dengan cara hidup sihat itu ialah melalui
pelaksanaan aktiviti harian yang dipenuhi dengan perkara-perkara berfaedah seperti
bersukan, bersenam, pemakanan yang seimbang, rehat serta tidur yang mencukupi.
3
Dalam Islam, konsep “makan untuk meneruskan kehidupan dan bukan hidup
untuk makan’ ditekankan tetapi remaja sekarang lebih suka makan mengikut
kepuasan dan hawa nafsu semata-mata tanpa mengambil kira kandungan zat yang
ada dalam makanan tersebut bahkan aspek kebersihan dan kehalalan makanan yang
dimakan turut diabaikan. Kualiti makanan yang diambil itulah yang akan
menentukan tahap kesihatan dan gaya hidup yang diamalkan dalam kehidupan.
Masyarakat suka mengambil makanan berlebihan yang pada mulanya disangkakan
habis dimakan dan sedap. Seseorang yang makan berlebih-lebihan dianggap telah
melanggar sunnatullah. Kenyataan ini sesuai dengan firman Allah SWT :
(#θ è= à2uρ (#θ ç/uõ°$# uρ Ÿωuρ (# þθ èùÎô£ è@ 4 … çµ ¯ΡÎ) Ÿω = Ït ä† tÏùÎô£ ßϑø9 $# ∩⊂⊇∪
Maksudnya : “Dan makanlah dan minumlah, dan jangan kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas”,
( al-A’raf, 31 : 8 )
Sejak kebelakangan ini, amalan gaya hidup sihat kurang dibudayakan dalam
kehidupan harian masyarakat terutamanya dalam aspek penjagaan kesihatan dan
pemakanan. Bahkan senario ini dapat juga dilihat berlaku di kalangan remaja yang
menuntut di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sebagai pewaris negara, mereka
sepatutnya menyedari betapa pentingnya penjagaan kesihatan dan pemakanan dalam
amalan gaya hidup sihat untuk melahirkan generasi yang cergas, sihat dan bebas
daripada sebarang penyakit.
Pelbagai kempen yang bertemakan cara hidup sihat telah dijalankan seperti
makan untuk kesihatan (1997), sihat sepanjang hayat, (2003-2004), dan sihat
sepanjang Hayat (2005-2007). Di samping itu, Lembaga Promosi Kesihatan
Malaysia menerima peruntukkan sebanyak RM 30 juta pada tahun lepas (2006) bagi
merangka pelbagai perancangan untuk menyemai gaya hidup sihat di kalangan
rakyat (Berita Harian, 24 Febuari 2007). Persoalanya, sejauhmana rakyat Malaysia
yang mengamalkan gaya hidup sihat seperti mana yang disarankan oleh kerajaan.
4
Menurut Ketua Jururawat Pusat Kesihatan Universiti Teknologi Malaysia
baru-baru ini, Puan Abrizah Mohd Noor, tiga masalah kesihatan yang biasa dan
sering dihadapi dalam kalangan pelajar ialah masalah pada bahagian atas iaitu
jangkitan pada paru-paru seperti batuk, selsema, dan demam, masalah pada bahagian
perut seperti cirit-birit, gastrik, muntah-muntah, dan keracunan makanan dan
masalah pada bahagian kulit seperti alahan, elergik, dan jangkitan kuman. Tambah
beliau lagi, ini disebabkan oleh sistem pertahanan atau keimunan badan seseorang
yang lemah, kekurangan zat dalam badan, stress, suka mengambil makanan segera
dan pemilihan makanan yang tidak betul.
Menurut Pakar Kesihatan Pekerjaan, Dr.Rozaiman Abdullah, timbulnya
pelbagai masalah kesihatan kerana masyarakat lebih mengejar kerja daripada
kesihatan dan memberi alasan untuk tidak menjaga kesihatan. Justeru, gaya hidup
sihat yang sepatutnya diamalkan tidak dipraktikkan dalam keseluruhan kehidupan
dan ia meliputi aspek aktiviti harian, senaman, pemakanan dan cara hidup (Utusan
Malaysia, 1 Ogos 2006).
Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Institut Diabetes
Antarabangsa beberapa tahun yang lain, jumlah pesakit diabetes bakal meningkat
kepada 1.3 juta orang menjelang 2010 (Dewan Masyarakat, Januari 2008). Situasi
ini membimbangkan masyarakat kerana setiap tahun jumlahnya semakin meningkat.
Pada tahun ini sahaja hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan ada di
kalangan mereka tidak menyedari bahawa mereka menghidapi penyakit ini
disebabkan amalan pemakanan yang tidak seimbang dalam kehidupan.
Tambahan pula, rakyat Malaysia menghadapi cabaran untuk mengamalkan
pemakanan seimbang dan sihat (Berita Harian, 5 Jun 2007). Pendedahan bahawa
rakyat Malaysia antara yang mempunyai berat badan tertinggi amat
membimbangkan. Ini kerana trend tidak sihat ini membawa kepada peningkatan
dalam penyakit berkaitan gaya hidup seperti diabetes, barah, angin ahmar dan
5
penyakit jantung. Orang ramai kini lebih banyak mengambil makanan berlemak,
berkalori tinggi dan kurang bersenam.
Selain itu, masyarakat pada hari ini termasuklah remaja lebih memberi
keutamaan kepada logo halal tatkala memilih makanan daripada kesan terhadap
kesihatan. Timbul persoalan, adalah semua yang halal itu selamat untuk dimakan?
Atau sebaliknya apakah yang bersih itu halal? Fenomena ini jika dibiarkan
berterusan bukan sahaja membentuk masyarakat yang mempunyai tahap kualiti
kesihatan yang rendah malah kempen-kempen gaya hidup sihat yang dijalankan tidak
akan berkesan.
Di samping itu, amalan pemakanan yang tidak baik menjadi faktor pendorong
kepada keruntuhan akhlak dan masalah sosial yang semakin meruncing di kalangan
remaja pada hari ini. Ini kerana perlakuan atau tindak- tanduk seseorang itu
ditentukan oleh kesucian hati. Kesucian hati pula bergantung kepada kehalalan
makanan dan minuman. Seseorang yang menjaga pemakanan mudah melakukan
kebaikan, dengan kata lain, pemakanan yang baik akan diterjemahkan melalui sifat
perilaku dan amalan yang ditonjolkan oleh seseorang.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam aspek penjagaan kesihatan, terdapat beberapa faktor yang
mempengaruhinya seperti kurang tahap pengetahuan dan kesedaran tentang
kesihatan, kekangan masa, kurang menitikberatkan pengambilan makanan sihat,
masa pemakanan yang tidak konsisten, rehat dan tidur kurang sistematik serta
prinsip-prinsip penjagaan kesihatan yang disarankan dalam Islam tidak diamalkan.
6
Dalam aspek penjagaan pemakanan pula, faktor-faktor yang
mempengaruhinya ialah pemilihan makanan yang tidak berlandaskan tuntutan
agama, pengabaian dalam aspek kebersihan dan kehalalan makanan, suka mengambil
makanan secara berlebihan, kurang tahap pengetahuan dan kesedaran serta sikap
sambil lewa dalam memilih makanan.
Jadi, sebelum melihat amalan gaya hidup sihat menurut Islam dalam aspek
penjagaan kesihatan dan pemakanan yang diamalkan oleh mahasiswa-mahasiswa
yang lain, terlebih dahulu penyelidik ingin melihat amalan gaya hidup sihat menurut
Islam di kalangan mahasiswa SPI yang lebih tertumpu dalam aspek penjagaan
kesihatan dan pemakanan. Di samping itu, penyelidik merasakan perlunya dikaji
tentang faktor-faktor yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dan pemakanan serta
implimentasi penjagaan kesihatan dan pemakanan yang telah diamalkan oleh
mahasiswa-mahasiswa SPI di UTM.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut :
1.4.1 Mengetahui tahap kefahaman mahasiswa SPI, UTM terhadap amalan gaya
hidup sihat menurut Islam.
1.4.2 Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dan
pemakanan di kalangan mahasiswa SPI, UTM.
1.4.3 Mengenalpasti implimentasi penjagaan kesihatan dan pemakanan di kalangan
mahasiswa SPI, UTM.
7
1.5 Persoalan kajian
Untuk memenuhi matlamat kajian ini, maka persoalan yang telah diutarakan
ialah:
1.5.1 Apakah tahap kefahaman tentang amalan gaya hidup sihat menurut Islam
di kalangan mahasiswa SPI, UTM?
1.5.2 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dan
pemakanan di kalangan mahasiswa SPI, UTM?
1.5.3 Apakah implimentasi penjagaan kesihatan dan pemakanan di kalangan
mahasiswa SPI, UTM?
1.6 Kepentingan Kajian
Penyelidik sangat berharap agar kajian yang dilakukan ini dapat
dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam. Kajian yang dijalankan ini mempunyai
beberapa kepentingan yang ingin disampaikan iaitu:
1.6.1 Mengetahui amalan gaya hidup yang dituntut dalam Islam.
1.6.2 Membantu meningkatkan sambutan mahasiswa-mahasiswa kampus terhadap
kempen- kempen gaya hidup sihat yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.
1.6.3 Sebagai langkah untuk menimbulkan semula kesedaran tentang kepentingan
penjagaan kesihatan dan pemakanan dalam gaya hidup sihat kepada
mahasiswa khususnya dan masyarakat umumnya.
8
1.7 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan di kampus induk Universiti Teknologi Malaysia (UTM),
Skudai, Johor. Kajian ini hanya dijalankan ke atas mahasiswa-mahasiswa Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), UTM yang mengikuti pengajian
sepenuh masa selama 4 tahun. Kajian ini juga hanya terbatas dalam aspek penjagaan
kesihatan dan pemakanan yang diamalkan dalam amalan gaya hidup sihat oleh
pelajar SPI, UTM iaitu melibatkan amalan gaya hidup yang dituntut dalam Islam,
faktor-faktor yang mempengaruhi penjagaan kesihatan dan pemakanan, pemilihan
makanan seimbang dan implimentasi penjagaan kesihatan dan pemakanan yang
disarankan dalam Islam.
1.8 Definisi / Istilah
Terdapat beberapa istilah yang perlu didefinisikan dalam kajian ini supaya
tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca. Istilah-istilah tersebut ialah:
1.8.1 Persepsi
Kamus Dewan (2005 : 1193), mendefinisikan ’persepsi’ sebagai gambaran
atau bayangan dalam hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi
pancaindera).
9
Menurut Azimin (1974 : 7) dalam Mohamad bin Obey, (1998 : 8), Persepsi
adalah kesedaran seseorang terhadap sesuatu objek atau keadaan. Ia melibatkan
bagaimana individu itu melihat, mendengar dan merasa. Persepsi yang dimaksudkan
dalam kajian ini ialah pandangan atau tanggapan pelajar mahasiswa SPI terhadap
gaya hidup sihat yang dituntut dalam Islam yang menfokuskan terhadap aspek
penjagaan kesihatan dan pemakanan.
1.8.2 Mahasiswa SPI
Mahasiswa SPI ialah penuntut-penuntut Sarjana Muda Sains serta Pendidikan
(Pengajian Islam) yang mengikuti kursus pengajian selama 4 tahun di fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor Darul Takzim.
1.8.3 Amalan Gaya Hidup Sihat Menurut Islam
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998 : 33), ‘Amalan’ ialah sesuatu
yang dilakukan (dilaksanakan, dikerjakan) sebagai sesuatu kebiasaan. Manakala
‘gaya’ sebagai sikap kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri
seseorang, ‘hidup’ pula didefinisikan sebagai bernafas atau bernyawa selain manusia
dan ‘sihat’ ialah tidak kena (menghidap) sebarang penyakit. ‘Islam’ pula
didefinisikan sebagai agama yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW ( Kamus
Dewan Edisi Ketiga, 1998 : 455, 1277, 501). Imam Ghazali dalam kitab Ihya
Ulumuddin (2003 : 30) mendefinisikan ‘ Islam’ sebagai tunduk dan berserah diri
kepada Allah SWT.
10
Jadi secara keseluruhan amalan gaya hidup sihat menurut Islam dapat
dirumuskan sebagai pengamalan dalam kehidupan yang baik dan dalam bahasa arab
disebut”hayatan toiyibatan” iaitu secara menyeluruh, holistik serta bersepadu iaitu
dari segi jasmani, emosi, intelektual dan rohaninya. Ia merupakan cara hidup yang
menepati seluruh dimensi keinsanan dan hakikat agama Islam iaitu agama yang
menghidupkan dan syumul (Nafisah Yusof, 2006 : 15). Tumpuan kajian ini
terhadap aspek penjagaan kesihatan dan pemakanan dalam amalan seharian di
kalangan mahasiswa SPI, UTM.
1.8.4 Penjagaan Kesihatan Dan Pemakanan
Penjagaan merupakan satu perbuatan atau usaha untuk mengelak daripada
ditimpa sesuatu yang tidak diingini atau mengelakkan diri daripada ditimpa penyakit.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005 : 596), mendefinisikan penjagaan adalah hal
atau perbuatan.
Kamus Dewan (2005 : 1490), mendefinisikan kesihatan sebagai perihal sihat,
kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll). Pertubuhan kesihatan (WHO, 1948)
mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaaan fizikal, minda dan sosial yang
sihat, cergas serta bebas daripada sebarang penyakit.
Menurut Md Fadli Ismail (2002 : 6), kesihatan sebagai satu tahap atau
keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna
daripada segi fizikal, mental dan sosial dan bukan semata-mata bebas daripada
penyakit atau tidak berdaya.
11
Kamus Dewan (2005 : 982), mendefinisikan pemakanan adalah jenis-jenis
makanan yang lazimnya dimakan atau ditentukan untuk dimakan, pilihan jenis
makanan seseorang.
Menurut Turner R.N (1984 :18), pemakanan ialah kombinasi dari proses
bagaimana organisma mengambil, menghadam, menyerap, mengangkut, mengguna,
serta mengkumuh bahan makanan tersebut untuk tujuan tumbesaran dan membaik
pulih komponen dalam badan.
Jadi, dapat dirumuskan bahawa penjagaan kesihatan dan pemakanan ialah
sesuatu perbuatan yang dilakukan ke atas tubuh badan untuk mencapai kesejahteraan
hidup yang tertumpu di kalangan mahasiswa SPI, UTM dalam amalan seharian
mereka.
1.9 Kesimpulan
Amalan gaya hidup sihat adalah penting dalam menjamin kehidupan yang
harmoni dan mencapai keselesaan hidup. Bagi umat Islam khususnya, cara hidup
yang sihat dan cergas perlu diamalkan untuk menjadi seorang muslim yang progresif
dan dinamik. Kita tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah, lembik dan
mudah dipermainkan dalam dunia yang serba mencabar ini. Dalam amalan gaya
hidup sihat, salah satu aspek yang ditekankan ialah penjagaan kesihatan dan
pemakanan. Oleh itu, setiap insan perlu menyedari akan kepentingan penjagaan
kesihatan dan pemakanan yang telah digariskan dalam Islam supaya dapat
melaksanakan tanggungjawab dengan sempurna dan tahap kesihatan berada pada
tahap yang cemerlang serta bebas daripada sebarang penyakit.
12
Semoga hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelbagai pihak
terutamanya dalam memberi kesedaran kepada masyarakat kampus tentang
kepentingan mengamalkan cara hidup sihat khususnya dalam aspek penjagaan
kesihatan dan pemakanan. Di samping itu, melalui kajian ini diharapkan dapat
membantu semua pihak yang terlibat bagi merangka satu strategi baru dan menyusun
pelan tindakan susulan yang mantap bagi memupuk kesedaran terhadap kepentingan
penjagaan kesihatan dan pemakanan melalui amalan gaya hidup sihat di kalangan
mahasiswa SPI khususnya dan mahasiswa-mahasiswa di Universiti Teknologi
Malaysia umumnya.