persepsi murid lelaki terhadap mata · pdf filedengan menggunakan soalan skala kadar melalui...
TRANSCRIPT
PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA PELAJARAN PILIHAN II
EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT)
DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK HARIAN BIASA
ABD KAHAR BIN KASBI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
PERSEPSI MURID LELAKI TERHADAP MATA PELAJARAN PILIHAN II
EKONOMI RUMAH TANGGA (ERT)
DI SEKOLAH- SEKOLAH AKADEMIK HARIAN BIASA
ABD KAHAR BIN KASBI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan Kemahiran Hidup.
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknogi Malaysia
Februari, 2004
iii
DEDIKASI
Khas Untuk
Ayahandaku Haji Kasbi bin Mardimin
Bondaku Hajjah Kastamah binti Haji Ridzuan
Segala pengorbanan serta doa dan harapan kalian tidakku persiakan
Juga Untuk
Isteriku Suraiya binti Haji Ashaary
Yang banyak memberi inspirasi ketika aku menyiapkan kajian ini
Pengorbananmu akan kuabadikan.
Buat Untuk
Rakan-rakan seperjuanganku
Terima kasih di atas segala bantuan yang dihulurkan
Semoga Allah membalasnya jua.
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia
dan hidayah-Nya, saya dapat menyiapkan penyelidikan ini. Setinggi-tinggi
penghargaan kepada penyelia saya Puan Sanitah binti Yusof di atas bimbingan,
tunjuk ajar serta teguran yang membina sepanjang tempoh penyelidikan projek ini.
Rakaman penghargaan juga kepada pihak-pihak yang terlibat di atas
kerjasama yang diberikan iaitu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor melalui
Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian melalui Unit Teknologi
dan Vokasional, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Nanas, 81500
Pekan Nanas, Johor dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Tanjung, Jalan
Parit Ismail, 82200 Benut, Pontian, Johor amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Universiti Teknologi
Malaysia yang telah banyak berbakti dan mencurahkan ilmu pengetahuan sebagai
bekalan saya di masa hadapan. Akhirnya jutaan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan dan sesiapa sahaja yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung membantu dalam menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga Allah
S.W.T. membalas jasa baik yang telah disumbangkan.
v
ABSTRAK
Senario penglibatan murid dalam Mata Pelajaran Pilihan II Ekonomi Rumah
Tangga lebih cenderung kepada golongan murid perempuan berbanding murid lelaki
telah menarik perhatian penyelidik untuk melihat persepsi minat murid lelaki
terhadap Mata Pelajaran Pilihan II Ekonomi Rumah Tangga. Kajian ini dilakukan
berdasarkan lima faktor yang mempengaruhi minat murid lelaki iaitu input
pengajaran guru, pengaruh ibu bapa, rakan sebaya, kemudahan fizikal Makmal
Ekonomi Rumah Tangga dan kesedaran minat murid lelaki itu sendiri. Seramai 84
orang murid lelaki dari dua buah sekolah akademik harian biasa di daerah Pontian
yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Reka bentuk kajian berdasarkan
kaedah penyelidikan deskriptif, manakala instrumen kajian yang digunakan untuk
mengumpul data mengenai minat murid lelaki merupakan satu set soal selidik
dengan menggunakan soalan skala kadar melalui kaedah Likert. Dapatan kajian
menunjukkan tahap minat murid lelaki setelah mengikuti Mata Pelajaran Ekonomi
Rumah Tangga selama dua tahun berada pada kedudukan sederhana. Namun begitu,
usaha perlu dilakukan dengan memberi penekanan kepada kesungguhan guru dalam
memperkayakan metadologi pengajaran yang variasi serta kepekaan institusi
keluarga terhadap pemupukan minat murid lelaki. Seterusnya beberapa cadangan
dikemukakan dengan harapan untuk meningkatkan minat murid lelaki terhadap Mata
Pelajaran Ekonomi Rumah Tangga.
vi
ABSTRACT
The scenario of students involvement in Elective subject II, ERT is more
focus on female students compared to male students has attracted the researcher to
make a study on the perception of boys’ on this subject. This research has been
conducted based on five factors that influenced boys’ interest such as input from
teachers, parental influence, peers factor, physical facilities of the ERT lab and the
awareness of the student’s interest. About 84 male students from two daily schools
in Pontian District are involved as the respondent in this study. This research is
based descriptive method and a set of questionaire using Likert level scale of
questions has been used to collect data on boys’ interest. The finding of this study
shows the level of boys’ interest in ERT after two years is average. However, effort
must be done with the emphasize on teachers determination in enrichment of
variation in teaching methodology and the awareness of family institution on
students’ interest. Several suggestions have been given to enhance the boys interest
on ERT.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
viii
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah Kajian 9
1.8.1 Persepsi 9
1.8.2 Minat 9
1.8.3 Murid 9
1.8.4 Guru 10
1.8.5 Rakan Sebaya 10
1.8.6 Kemudahan Fizikal 10
1.8.7 Makmal ERT 11
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pengaruh Minat Murid 14
Itu Sendiri
2.3 Pengaruh Daripada Input Guru
Di Sekolah 15
2.4 Pengaruh Daripada Ibu Bapa 17
2.5 Pengaruh Rakan Sebaya 19
2.6 Kemudahan Fizikal Makmal ERT 20
ix
BAHAGIAN TIGA
METADOLOGI
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Reka Bentuk Kajian 23
3.3 Sampel dan Populasi Kajian 23
3.4 Tempat Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 24
3.5.1 Bahagian A 25
3.5.2 Bahagian B 26
3.6 Prosedur Kajian 27
3.7 Kajian Rintis 27
3.7.1 Kesahan Soal Selidik 28
3.8 Analisis Data 28
3.9.1 Analisa Akhir dan Klasifikasi
Semula 29
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 31
4.2.1 Analisis Data Bahagian A
(Latar Belakang Responden) 31
4.3 Ulasan Analisis Bahagian A 34
4.4 Analisis Data Bahagian B 35
4.4.1 Tahap Minat Murid Lelaki
Terhadap Mata Pelajaran ERT 35
x
4.4.2 Meninjau Minat Murid Lelaki
Terhadap Mata Pelajaran
Pilihan II ERT Berdasarkan
Input Daripada Pengajaran
Guru Di Sekolah 38
4.4.3 Peranan Ibu Bapa Dalam
Menimbulkan Minat Murid
Lelaki Terhadap Mata
Pelajaran Pilihan II ERT 41
4.4.4 Pengaruh Rakan Sebaya Dalam
Menimbulkan Minat Murid
Lelaki Terhadap Mata Pelajaran
Pilihan II ERT 43
4.4.5 Peranan Kemudahan Fizikal
ERT Dalam Mempengaruhi
Minat Murid Lelaki Terhadap
Mata Pelajaran Pilihan II ERT 45
4.5 Kesimpulan Analisis Data 47
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 49
5.2 Perbincangan 49
5.2.1 Profil Responden 50
5.2.2 Persoalan Kajian 1 50
5.2.3 Persoalan Kajian 2 51
5.2.4 Persoalan Kajian 3 53
5.2.5 Persoalan Kajian 4 54
xi
5.2.6 Persoalan Kajian 5 55
5.3 Rumusan 56
5.4 Cadangan 57
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 58
Rujukan 59-64
BAHAGIAN ENAM
LAMPIRAN
LAMPIRAN A-I 65-78
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Kandungan Teras dan Pilihan Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu 2
1.2 Kandungan Mata Pelajaran Teras ERT KHB 3
1.3 Kandungan Mata Pelajaran Pilihan II
ERT KHB 3
3.1 Jumlah Sampel Kajian Murid Lelaki Yang
Mengambil Mata Pelajaran Pilihan II ERT 24
3.2 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 26
3.3 Markat Skala Likert 5 Mata 26
3.4 Skala Pemeringkatan 29
3.5 Penilaian Terhadap Analisis Kajian 29
4.1 Taburan Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Bangsa 32
4.2 Taburan Bilangan dan Peratus Responden
Berkemahiran Bahasa Melayu Dalam
Pertuturan Dan Penulisan 32
4.3 Taburan Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Umur 33
4.4 Taburan Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Pekerjaan Ibu bapa 33
4.5 Taburan Bilangan dan Peratus Responden
Mengikut Komponen ERT Yang Paling Disukai 34
4.6 Taburan Bilangan, Pertusan Dan Min Bagi
Faktor Minat Murid Itu Sendiri 35
xiii
4.7 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Input Pengajaran Guru 38
4.8 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi
Peranan Ibu Bapa Dalam Menimbulkan Minat
Murid Lelaki Terhadap Mata Pelajaran
Pilihan II ERT 41
4.9 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi
Pengaruh Rakan Sebaya Dalam Menimbulkan
Minat Murid Lelaki Terhadap Mata Pelajaran
Pilihan II ERT 43
4.10 Taburan Bilangan, Peratusan Dan Min Bagi
Faktor Kemudahan Fizikal Makmal ERT 45
4.11 Taburan Purata Keseluruhan Bagi Lima
Persoalan Kajian Mengikut Min 47
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN ISTILAH
KH - Kemahiran Hidup
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
SRT - Sains Rumah Tangga
ABM - Alat Bantu Mengajar
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 65
B Data Kajian Rintis 71
C Surat Akuan Pelajar Daripada Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 72
D Surat Kebenaran Daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia, Bahagian Perancangan
Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan 73
E Surat Kebenaran Daripada Jabatan Pendidikan
Johor, Unit Pendidikan Khas 74
F Surat Pengesahan Daripada Pejabat Pendidikan
Daerah Pontian, Unit Teknologi dan
Vokasional 75
G Surat Kebenaran Daripada Sekolah Menengah
Kebangsaan Pekan Nanas, Pekan Nanas, Johor 76
H Surat Kebenaran Daripada Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Tanjung, Benut, Pontian, Johor 77
I Berita Harian 4 hb Ogos 2003 78
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara menjurus ke arah melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Insan yang
sedemikian akan menjadi seorang warganegara yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi
sumbangan terhadap kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Sehubungan itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dibentuk
sebagai kesinambungan daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dengan
menitikberatkan pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, peningkatan daya
intelek, penguasaan kemahiran belajar, pemupukan dan penerapan nilai, penguasaan
dan penggunaan Bahasa Melayu serta kesepaduan pengalaman pembelajaran.
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan satu Mata Pelajaran
teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah yang digubal selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara. Mata Pelajaran ini dirancang ke arah meningkatkan
daya pengeluaran negara melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif,
kreatif serta pembentukan pelbagai jenis tenaga kerja yang berkemahiran dalam
bidang teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan negara.
2
Melalui Mata Pelajaran KHB murid diterapkan dengan pendidikan ke arah
mempertingkatkan kemahiran praktis, penanaman semangat keusahawanan dan daya
mereka cipta. Mata Pelajaran ini juga membekalkan murid dengan kemahiran asas
bagi membolehkan mereka bertindak serta dapat mengendalikan hidup secara
produktif dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks. Di samping itu
juga, Mata Pelajaran KHB bertujuan memupuk sikap positif terhadap kerja yang
bermutu tinggi. Murid juga digalakkan bersikap inovatif, menggunakan inisiatif
serta peluang yang ada padanya dan berdikari supaya dapat melaksanakan urusan
seharian dengan penuh yakin. Ini selaras dengan hasrat negara yang inginkan
sumber tenaga manusia bersemangat yakin boleh dalam melakukan sesuatu perkara.
Peningkatan kemahiran ini tertumpu khas kepada kemahiran menjalankan kerja-buat-
sendiri yang mudah, peningkatan kendiri, kesejahteraan hidup berkeluarga, kerja
amal masyarakat, alam pekerjaan dan kemahiran asas yang boleh digunakan dalam
pelbagai situasi (Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Tingkatan I – III, Kemahiran
Hidup Bersepadu, 1992).
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu terbahagi kepada dua bahagian
iaitu TERAS DAN PILIHAN (ELEKTIF). Organisasi kandungan adalah seperti
jadual di bawah :-
Jadual 1.1 : Kandungan Teras dan Pilihan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu
Tingakatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3
TERAS
Kemahiran Manipulatif
Perdagangan dan Keusahawanan
Kekeluargaan
Kemahiran Manipulatif Tambahan
Ekonomi Rumah Tangga
PILIHAN
Pertanian
(Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Tingkatan I – III, Kemahiran Hidup
Bersepadu, 1992).
3
Bagi komponen Pilihan II ERT KHB, sub topik yang dibahagikan mengikut
teras dan pilihan adalah seperti jadual berikut :-
Jadual 1.2 : Kandungan Mata Pelajaran Teras ERT KHB
TERAS
Mengurus makanan
Mengurus pakaian
Pengurusan Diri
Mengurus tempat kediaman
Jadual 1.3 : Kandungan Mata Pelajaran Pilihan II ERT KHB
PILIHAN
Makanan dan Pengendalian Makanan
Kandungan, fungsi dan pilihan makanan
Diet seimbang
Keperluan makanan harian
Sanitasi makanan
Tabiat makanan yang sihat
Pengurusan Sajian
Makanan dan Pemakanan
Pemilihan, penyediaan, penyajian dan
pengiraan kos makanan
Peranggu meja
Pakaian Sendiri
Jenis dan ciri fabrik
Pilihan pakaian dan pengiraan kos
Penjagaan pakaian
Jahitan
Pakaian
Jahitan asas dan hiasan
Proses jahitan
Membersihkan dan mengemas
Ruang
Tempat Kediaman
Hiasan dalaman dan pengiraan kos
4
Pada tahun 2002 Kurikulum Kemahiran Hidup Bersepadu mengalami
semakan semula. Penyemakan semula kurikulum adalah satu usaha penambahbaikan
yang bertujuan menetapkan keperluan dan kehendak Akta Pendidikan, memenuhi
semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi
mempertingkatkan keupayaan dan kredibiliti murid menghadapi cabaran pada abad
ke 21. Sukatan Kemahiran Hidup Bersepadu (semakan) merangkumi Mata Pelajaran
teras dan elektif juga. ERT ditekankan pada bahagian elektif di samping empat
bidang Mata Pelajaran yang lain iaitu Sains Pertanian, Perdagangan dan
Keusahawanan dan Kemahiran Teknikal. Manakala bahagian teras meliputi bidang
pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi. Ia diperkenalkan secara berperingkat
bermula dengan murid tingkatan satu tahun 2003 dan akan dilaksanakan sepenuhnya
pada tahun 2005 (Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah,
Tingkatan I – III, 2003).
1.2 Latar Belakang Masalah
Bidang Ekonomi Rumah Tangga menyediakan murid dengan pengetahuan
dan kemahiran mengenai makanan dan pemakanan, pengurusan sajian, pakaian dan
jahitan. Murid diberi pengetahuan mengenai diet dan pemilihan menu yang
seimbang untuk merancang kerja dan menghasilkan masakan seperti kuih tempatan
serta hidangan utama dan sampingan. Murid juga berpengetahuan dalam pemilihan
stail pakaian serta menghasilkan artikel dan pakaian. Secara tidak langsung Mata
Pelajaran ERT membolehkan murid mengamalkan nilai murni dalam kehidupan
seharian. Berbekalkan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi di peringkat
sekolah dapat menimbulkan minat murid untuk menceburkan diri dalam bidang
kerjaya yang berkaitan (Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah Tingkatan I – III,
Kemahiran Hidup Bersepadu, 1992).
Hasil pemerhatian penyelidik mendapati, senario penglibatan murid dalam
mengambil Mata Pelajaran Pilihan II ERT KHB lebih cenderung kepada golongan
murid perempuan berbanding murid lelaki. Fenomena ini jelas menggambarkan
perkara sebenar apabila didapati hanya dua buah sekolah sahaja daripada tiga belas
5
buah sekolah akademik harian biasa di dearah Pontian yang memberi peluang kepada
murid lelaki mengikuti kelas Pilihan II ERT (Pejabat Pendidikan Daerah Pontian,
2003).
Di kalangan murid perempuan, pihak pentadbir sekolah memastikan bahawa
mereka mengikuti aliran Pilihan II ERT KHB kerana dirasakan amat sesuai dan
relevan dengan sifat kewanitaan mereka. Tambahan pula aliran Pilihan II ERT
banyak memberi manafaat dalam kehidupan harian dan masa depan mereka. Senario
yang ada sekarang adalah tidak seimbang memandangkan murid perempuan
mengikuti hampir kesemua komponen Mata Pelajaran elektif KHB termasuk Pilihan
II ERT, berbanding murid lelaki yang kurang diberi penekanan untuk mengambil
Mata Pelajaran Pilihan II ERT KHB.
Peranan pentadbir sekolah adalah kurang jelas kerana sekolah sepatutnya
bersedia memberi pendidikan dan menghasilkan perubahan ke atas diri seseorang
murid itu. Keadaan ini pernah ditegur oleh Pengarah Pendidikan Johor iaitu Rokhani
Mangi dalam Majlis Penutupan Rasmi Pertandingan Memasak Sekolah-sekolah
Menengah Johor pada 3 hb Ogos 2003, iaitu beliau menyatakan peluang untuk murid
lelaki dalam mengikuti Mata Pelajaran Pilihan II Ekonomi Rumah Tangga perlu
diperluaskan dan menjadi tugas guru untuk mengesan serta mengenal pasti minat dan
bakat murid lelaki dengan memberi banyak pendedahan kepada mereka. Oleh yang
demikian itu menurut beliau lagi, pengurusan sekolah disaran tidak menghadkan
murid yang mengikuti Mata Pelajaran Pilihan II ERT kepada murid perempuan
semata-mata, sebaliknya turut memberi peluang kepada murid lelaki menunjukkan
bakat serta minat mereka dalam bidang berkenaan (Berita Harian, 2003).
Pendidikan yang didapati di sekolah merupakan proses dan aktiviti yang
bertujuan membawa perubahan kepada seorang individu. Menurut Dewey (dalam
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib, 1996) pendidikan harus berpusatkan kepada
murid sebagai individu untuk melengkapkan dirinya dengan ciri-ciri insan yang
sempurna pada keseluruhannya. Oleh itu, sekolah bukan merupakan institusi setakat
untuk menyediakan individu itu bagi sesuatu latihan dan memperolehi pekerjaan
sahaja tetapi perlu membuat pesediaan untuk mereka dalam membangunkan
masyarakat.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Minat merupakan faktor utama menentukan kejayaan seorang murid dalam
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Persoalannya adakah murid lelaki
berminat dengan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Pilihan II ERT yang lebih
bercorak kewanitaan? Atau bolehkah minat mereka dipupuk kemudian, selepas
mengikuti Mata Pelajaran tersebut ? Ini kerana kebanyakan murid lelaki lebih
cenderung menerima pembelajaran yang bercorak lasak. Anggapan ini
diperkukuhkan lagi oleh pendapat Schertzer dan Stone (1974), yang menyatakan
bahawa murid lelaki lebih berminat kepada aktiviti berbentuk fizikal, mekanikal dan
lain-lain yang berkaitan dengan sains, politik dan perniagaan. Fryland (1950), turut
menyokong pandangan ini dengan menyatakan bahawa minat yang timbul dalam
setiap diri murid akan mempengaruhi proses pembelajaran apabila seseorang itu
berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan
tekun sehingga mencapai apa yang dicita-citakan.
Di sekolah, murid dianggap sebagai pelanggan utama yang perlu dipenuhi
kehendaknya. Oleh itu maklum balas daripada murid adalah di antara unsur penting
yang perlu diberi perhatian untuk mengetahui dan melihat tahap minat murid lelaki
yang telah diberi peluang dan pendedahan terhadap Mata Pelajaran Pilihan II ERT di
sekolah-sekolah akademik harian biasa daerah Pontian Johor.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut :-
1.4.1 Mengenal pasti tahap minat murid lelaki terhadap Mata Pelajaran
Pilihan II ERT.
1.4.2 Meninjau minat murid lelaki terhadap Mata Pelajaran Pilihan II ERT
berdasarkan input daripada pengajaran guru di sekolah.
1.4.3 Meninjau sejauh mana dorongan ibu bapa dalam mempengaruhi minat
murid lelaki terhadap Mata Pelajaran Pilihan II ERT.
7
1.4.4 Melihat pengaruh rakan sebaya terhadap minat murid lelaki dalam
mengikuti Mata Pelajaran Pilihan II ERT.
1.4.5 Meninjau sejauh mana kemudahan fizikal makmal ERT yang
disediakan boleh membantu murid lelaki meminati Mata Pelajaran
Pilihan II ERT.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang boleh dibentuk berdasarkan objektif di atas ialah :-
1.5.1 Adakah murid lelaki benar-benar berminat setelah diberi peluang
mengikuti kelas Pilihan II ERT ?
1.5.2 Adakah tenaga pengajar menggunakan metadologi yang variasi bagi
menanam minat murid lelaki terhadap Mata Pelajaran Pilihan II
ERT ?
1.5.3 Adakah ibu bapa memainkan peranan dalam menimbulkan minat
murid lelaki terhadap pembelajaran Pilihan II ERT ?
1.5.4 Adakah rakan sebaya banyak mempengaruhi minat murid lelaki
semasa mengikuti Pilihan II ERT ?
1.5.5 Adakah kemudahan fizikal di makmal ERT yang disediakan
memenuhi keperluan pembelajaran murid ?
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini diharap dapat menyedarkan pihak pentadbir sekolah
agar memberi kebebasan kepada semua murid tanpa mengira jantina untuk mengikuti
Mata Pelajaran elektif yang ditawarkan. Kajian ini juga diharap dapat memberi
panduan kepada pelbagai pihak khususnya guru dalam menyelesaikan masalah-
masalah serta membaiki sebarang kelemahan yang wujud dalam pengajaran dan
pembelajaran Mata Pelajaran Pilihan II ERT. Di samping itu juga saranan-saranan