persepsi pelajar sarjana muda sains serta … · dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP
TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN DAKWAH DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
WAN FAHMIE ABDILLAH BIN WAN HUSIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
April 2009
DEDIKASI
Teristimewa buat ayahanda dan bonda,
Wan Husin Bin Wan Ismail & Mek Jah Binti Othman
Yang amat disayangi & dikasihi
Segala jasa dan pengorbanan mak ayah tidak akan anakanda lupakan sepanjang hayat.
Kakandaku Wan Asiah & Zainul Pakri
Kejayaan dan kebahagiaan hidupmu menjadi sumber inspirasiku.
Adindaku Wan Khairul Anwar, Wan Norazilah, Wan Nur Atiqah, Wan Dalila & Wan Hanif
Tinggikan azam dan semangat kalian setinggi bintang di langit,
Rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Janganlah leka dengan kenikmatan hidup yang sementara ini.
Tuntutlah ilmu demi masa depanmu.
Semoga kita menjadi kebanggaan ayahanda dan bonda tercinta.
Buat anak saudaraku yang dirindui selalu,
Ammar Zikri & Wafa Khalisah,
Engkaulah penghibur hatiku,
Kudoakan agar dirimu menjadi anak yang soleh & solehah.
Tidak lupa buat pensyarah yang disanjungi
Dr. Abd. Rahman Bin Haji Hamzah,
Yang tidak pernah jemu mendidik & mencurahkan ilmu.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar. Halalkan segala ilmu yang diberikan.
Sahabat-sahabat seperjuangan.
Terima kasih yang tidak terhingga atas segala jasa, pengorbanan dan tunjuk ajar kalian.
Memori kita bersama tetap terpahat kukuh dalam ingatanku buat selama-lamanya.
v
PENGHARGAAN
بسم اهللا الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
kurniaNya, dapatlah saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Selawat serta salam ke
atas junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan untuk membawa
rahmat ke seluruh alam.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Abd. Rahman
Bin Haji Hamzah selaku penyelia dan pembimbing saya kerana sanggup meluangkan
masa beliau untuk memberi tunjuk ajar, menyumbang tenaga serta melontarkan buah
fikiran kepada saya. Segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan dalam menyiapkan
projek ini amatlah saya hargai dan sanjungi. Semoga Allah S.W.T. melimpahkan
rahmatNya di atas segala jasa baik yang dihulurkan.
Saya juga ingin mengambil peluang megucapkan ribuan terima kasih kepada
ibu bapa saya yang tidak pernah jemu memberikan dorongan dan galakan sama ada
dari segi moral atau kewangan walaupun berada jauh di mata.
Selain itu, penghargaan ini juga ditujukan kepada semua rakan-rakan
terutamanya rakan seperjuangan tahun empat Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Pengajian Islam) yang telah banyak membantu dalam proses menghasilkan projek ini
dengan saling bertukar pendapat, memberi pandangan serta sudi memberi kritikan yang
membina agar projek ini dapat dihasilkan dengan lebih baik dan sempurna.
Akhir sekali, saya ingin menghulurkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada para pensyarah dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak.
Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T. yang dapat membalasnya.
Semoga kita beroleh rahmat dan perlindungan dari Allah S.W.T.
Sekian. Wassalam.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan
dan keperluan kepimpinan dakwah dalam kehidupan serta mengenalpasti penglibatan
pelajar SPI dalam aktiviti tersebut di UTM. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan
untuk mengetahui cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan pelajar SPI dalam
kepimpinan dakwah dan turut mengkaji masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPI
untuk aktif dalam aktiviti berkaitan. Seramai 133 orang pelajar daripada jumlah
keseluruhan pelajar SPI terlibat sebagai responden kajian. Instrumen yang digunakan
adalah berbentuk soal selidik yang dibahagikan kepada lima bahagian iaitu A, B, C, D
dan E. Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science Version 12.0 for Windows (SPSS) dengan memberi
tumpuan kepada nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai kebolehpercayaan soal selidik
ialah α=0.856. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
kefahaman responden mengenai kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dalam
kehidupan dan juga penglibatan mereka berada pada tahap tinggi dengan nilai purata
min 4.50 dan 3.88. Begitu juga kajian terhadap cara yang sesuai untuk meningkatkan
penglibatan pelajar turut berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min 4.35. Namun
begitu, maklum balas terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk aktif
dalam kepimpinan dakwah berada pada tahap sederhana dengan nilai purata min 3.34.
Di akhir kajian, pengkaji turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak tertentu
untuk diambil perhatian bagi meningkatkan kefahaman dan penglibatan pelajar terhadap
tanggungjawab kepimpinan dakwah.
vii
ABSTRACT
The research aims to find out the perception of SPI students towards the
importance and need of da’wah leadership in life and also to identify the involvement of
students from SPI in the responsibility of leadership in UTM. Besides, the purpose this
research also to identify the suitable approaches to increase the involvement of SPI
students in that activity. A total of 133 SPI students were selected to be the respondents
of this research. The instrument used was the questionnaire which was divided into five
sections that are A, B, C, D and E. Data collected were analysed descriptively using
Statistical Package For Social Science Version 12.0 for Windows (SPSS) which was
focused on frequency, percentage and mean. The reliability value of the questionnaire is
α=0.856. Generally, the findings of the research showed that the respondents level of
understandings towards the importance and need on da,wah leadership in life and their
involvement were at the high level with the average mean of 4.50 and 3.88. While for
the research towards the suitable approaches to increase student’s involvements also
were at high level with the average mean 4.35. However, the responses towards the
problems faced by the students to be active in da’wah leadership were at an average
level with the mean of 3.34. At the end of the research, the researcher had propesed
several suggestions to certain parties to pay attention to increase the understandings and
student’s involvement towards the responsibilities in da’wah leadership.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
i
JUDUL ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
xvi SENARAI LAMPIRAN
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Istilah 12
1.9 Kesimpulan 14
2 SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan
2.2 Pengertian Kepimpinan Dakwah
2.3 Sejarah Dakwah
2.4 Dasar Hukum Dakwah
2.5 Tujuan dakwah
2.6 Prinsip-Prinsip Asas Kepimpinan Islam
2.6.1 Syura
2.6.2 Adil
2.6.3 Kebebasan Memberi Pendapat
2.7 Ciri-Ciri Pemimpin Islam
2.8 Metodologi Dakwah
2.9 Kajian Lepas
2.10 Kesimpulan
15
16
17
18
20
21
21
23
24
25
30
38
40
3 METODOLOGI KAJIAN 41
3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 42
3.3 Lokasi Kajian 43
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 43
3.5 Prosedur Kajian 44
3.6 Instrumen Kajian 46
3.7 Kajian Rintis 49
3.8 Analisis Data 49
3.9 Jangka Masa Kajian 51
3.10 Kesimpulan 51
x
4 DAPATAN KAJIAN 52
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Data (Bahagian A)
4.3 Analisis data (Bahagian B, C, D, dan E)
4.3.1 Bahagian B
4.3.2 Bahagian C
4.3.3 Bahagian D
4.3.4 Bahagian E
4.4 Analisis Min Keseluruhan Item Mengikut Objektif
4.5 Kesimpulan
52
53
59
60
67
73
80
86
93
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN,DAN CADANGAN
94
5.1 Pengenalan
5.2 Ringkasan Kajian
5.3 Perbincangan
5.3.1 Maklumat Diri Responden
5.3.2 Persepsi Pelajar Terhadap Kepentingan dan
Keperluan Kepimpinan Dakwah dalam
Kehidupan
5.3.3 Penglibatan Pelajar dalam Tanggungjawab
Kepimpinan Dakwah di UTM
5.3.4 Cara Yang Sesuai Untuk Meningkatkan
Penglibatan Pelajar Dalam Kepimpinan
Dakwah di UTM
5.3.5 Masalah-Masalah Yang Dihadapi Oleh
Pelajar Untuk Aktif Dalam Kepimpinan
Dakwah
94
95
96
96
99
102
104
106
xi
5.4 Rumusan Kajian
5.5 Cadangan
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan
5.7 Penutup
108
109
112
113
RUJUKAN 114
LAMPIRAN 118
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 3.1 Bilangan dan populasi responden kajian 44
Jadual 3.2 Tahap Persetujuan 50
Jadual 4.1 Taburan Responden Mengikut Tahun Kursus 54
Jadual 4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 54
Jadual 4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 55
Jadual 4.4
Taburan Responden Mengikut Tahap Pendidikan
Agama
55
Jadual 4.5 Taburan Responden Mengikut Jenis Sekolah
Terakhir
56
Jadual 4.6 Taburan Responden Mengikut Status 57
Jadual 4.7 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dengan
Organisasi Luar UTM
57
Jadual 4.8 Taburan Responden Yang Pernah Memegang
Jawatan Dalam Persatuan
58
Jadual 4.9 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Ibu
Atau Bapa Secara Aktif Dengan Aktiviti Politik
58
Jadual 4.10 Pembahagian Skala Likert Lima Mata 59
Jadual 4.11 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 1 60
Jadual 4.12 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 2 60
Jadual 4.13 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 3 61
Jadual 4.14 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 4 62
Jadual 4.15 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 5 62
Jadual 4.16 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 6 63
xiii
Jadual 4.17 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 7 64
Jadual 4.18 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 8 64
Jadual 4.19 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 9 65
Jadual 4.20 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 10 66
Jadual 4.21 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 11 66
Jadual 4.22 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 12 67
Jadual 4.23 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 13 67
Jadual 4.24 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 14 68
Jadual 4.25 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 15 68
Jadual 4.26 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 16 69
Jadual 4.27 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 17 69
Jadual 4.28 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 18 70
Jadual 4.29 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 19 71
Jadual 4.30 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 20 71
Jadual 4.31 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 21 72
Jadual 4.32 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 22 72
Jadual 4.33 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 23 73
Jadual 4.34 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 24 74
Jadual 4.35 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 25 74
Jadual 4.36 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 26 75
Jadual 4.37 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 27 76
Jadual 4.38 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 28 76
Jadual 4.39 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 29 77
Jadual 4.40 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 30 77
Jadual 4.41 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 31 78
Jadual 4.42 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 32 79
Jadual 4.43 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 33 80
Jadual 4.44 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 34 80
Jadual 4.45 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 35 81
Jadual 4.46 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 36 82
Jadual 4.47 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 37 82
xiv
Jadual 4.48 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 38 83
Jadual 4.49 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 39 84
Jadual 4.50 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 40 84
Jadual 4.51 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 41 85
Jadual 4.52 Kekerapan, Peratus Dan Min Bagi Item 42 86
Jadual 4.53 Status Persetujuan Responden Berdasarkan Min 86
Jadual 4.54 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif
Pertama
87
Jadual 4.55 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif
Kedua
89
Jadual 4.56 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif
Ketiga
90
Jadual 4.57 Taburan Analisis Keseluruhan Item Bagi Objektif
Keempat
92
xv
SENARAI SINGKATAN
- Alpha α
HR - Hadis Riwayat
ICT - Information and Communication Technology
n - Jumlah Responden
NGO - Non-governmental Organization
s.a.w - Sallallahu ‘Alaihi Wassalam
SPI - Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
S.W.T - Subhanahu Wa Ta’ala
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dakwah merupakan suatu tugas yang sangat penting dalam menyeru manusia ke
jalan Allah dan mencegah daripada kemungkaran agar beroleh kejayaan di dunia dan di
akhirat. Kedudukan dakwah adalah amat mulia di sisi Allah S.W.T dan berjayalah
mereka yang melaksanakan dakwah di jalan Allah seperti yang digariskan di dalam al-
Qur`an :
⎯ ä3 tFø9 uρ öΝ ä3Ψ ÏiΒ ×π̈Βé& tβθãã ô‰tƒ ’ n<Î) Îö sƒ ø:$# tβρããΒù'tƒ uρ Å∃ρ ã÷èpRùQ $$Î/ tβöθyγ ÷Ζ tƒ uρ Ç⎯ tã
Ìs3Ψ ßϑø9 $# 4 y7 Í× ¯≈ s9 'ρé& uρ ãΝ èδ šχθßsÎ=ø ßϑø9 $# ∩⊇⊃⊆∪
Maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu pihak yang
menyeru kepada kebajikan, dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik serta melarang daripada segala perkara yang mungkar. Dan
mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya ”.
(Surah 3, Al-Imran : 104)
2
Menurut Mustafa Masyhur dalam Wan Asiah Binti Wan Husin (2007:1), aktiviti
dakwah amat dituntut lebih-lebih lagi realiti masa kini berlakunya keruntuhan moral dan
akhlak di kalangan masyarakat Islam serta menyedari tiada keseimbangan antara
pendidikan sekular (keduniaan) dan agama. Dakwah merupakan suatu agen untuk
menerapkan keimanan di hati umat Islam supaya mengamalkan segala suruhan Allah
dan menghayati cara hidup Islam sepenuhnya di dalam kehidupan seharian.
Setiap Muslim yang baligh dan berakal bertanggungjawab dalam melaksanakan
dakwah terhadap seluruh umat manusia. Ia merupakan satu langkah penyebaran seruan
Islam ke arah memartabatkan kehidupan masyarakat yang lebih bertamadun dan tinggi
tahap keimanannya. Tanggungjawab berdakwah telah dijelaskan oleh Allah S.W.T
dalam al-Qur`an :
ö≅ è% ⎯Íν É‹≈ yδ þ’ Í?Š Î6 y™ (# þθãã ÷Š r& ’ n<Î) «!$# 4 4’ n?tã >ο u ÅÁt/ O$tΡr& Ç⎯ tΒuρ ©Í_yè t6 ¨?$# ( z⎯≈ ysö6 ß™ uρ
«!$# !$tΒuρ O$tΡ r& z⎯ ÏΒ š⎥⎫ Ï. Îô³ ßϑø9 $# ∩⊇⊃∇∪
Maksudnya : “Katakanlah ( Wahai Muhammad ): Inilah jalanku, aku
dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada
agama Allah dengan berdasarkan basirah (ilmu al-yakin). Dan aku
menegaskan : Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik)
dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan
sesuatu yang lain.”
(Surah 12, Yusuf : 108)
3
Ini jelas menunjukkan bahawa tugas berdakwah adalah menjadi tanggungjawab
kepada setiap Muslim sama ada lelaki mahupun perempuan. Tanggungjawab ini adalah
bagi menyambung tugas para nabi dan rasul dalam mengembang dan menguatkan paksi-
paksi Islam dan seterusnya menjulang agama Allah pada martabat yang paling tinggi.
Menurut Akmal Hj. Mohd. Zain (2001:13), Islam adalah satu-satunya agama
terakhir yang diturunkan oleh Allah kepada manusia. Oleh itu, Islam mesti
diperkenalkan kepada segenap masyarakat dan dunia. Islam harus mampu menghadapi
pelbagai cabaran dan rintangan. Islam mesti sanggup menjawab segala rintangan zaman.
Jika tidak demikian, maka Islam tidak patut menduduki tempat sebagai agama terakhir
di permukaan bumi ini.
Dalam konteks kehidupan hari ini, gerakan berdakwah haruslah dilaksanakan
oleh setiap individu muslim bagi tujuan yang suci dan ikhlas bagi memakmur, mengislah
serta mengangkat nilai dan martabat manusia. Betapa pentingnya perlaksanaan gerakan
dakwah dapat dilihat melalui situasi dan fenomena yang berlaku dalam dunia dan
kehidupan seharian umat manusia. Ini sejajar dengan pemikiran umat manusia yang
telah dipengaruhi oleh anasir-anasir sekularisme, gejala keruntuhan akhlak yang
semakin membimbangkan termasuk perkara yang melibatkan penghakisan iman dan
akhlak serta penyelewengan akidah.
Rentetan itu, segala kandungan dan perlaksanaan dakwah perlu berlandaskan dua
sumber utama iaitu al-Qur`an dan al-Sunnah bagi menjaga supaya tidak tersasar
daripada matlamat dan tujuan sebenar dakwah. Begitu juga dengan individu pendakwah,
dalam diri mereka perlu ada ilmu-ilmu yang meliputi ilmu Tauhid, ilmu Feqah dan
sebagainya serta perlu ada sifat-safat mahmudah seperti sabar, jujur dan ikhlas.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara tabie, kepimpinan merupakan satu bentuk realiti yang sentiasa wujud di
alam ini. Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya iaitu kepimpinan
Allah terhadap alam ini sehinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan individu.
Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah
sepertimana firmanNya dalam al-Qur`an :
øŒ Î)uρ tΑ$s% š•/ u‘ Ïπ s3 Í× ¯≈ n=yϑù=Ï9 ’ ÎoΤ Î) ×≅ Ïã% y` ’ Îû ÇÚ ö‘ F{ $# Zπ x‹ Î=yz ( (# þθä9$s% ã≅ yèøg rB r&
$pκ Ïù ⎯ tΒ ß‰Å¡ø ム$pκ Ïù à7 Ï ó¡o„ uρ u™!$tΒÏe$! $# ß⎯ øt wΥuρ ßxÎm7 |¡çΡ x8 ωôϑpt ¿2 ⨠Ïd‰s) çΡuρ y7 s9 (
tΑ$s% þ’ÎoΤ Î) ãΝ n=ôã r& $tΒ Ÿω tβθßϑn=÷è s? ∩⊂⊃∪
Maksudnya : "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di
bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan
berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi
itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah
(berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu
dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui
akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.
(Surah 2, Al-Baqarah : 30)
5
Allah S.W.T menciptakan manusia dengan melengkapkan mereka keupayaan
intelek dan menjadikan mereka sebagai khalifah di atas muka bumi. Tanggungjawab
memimpin atau mengurus sekumpulan individu atau masyarakat untuk mencapai
objektif atau matlamat adalah terletak pada bahu pemimpin. Kejayaan dan kemajuan
sesuatu kumpulan atau masyarakat bergantung kuat kepada gaya kepimpinan pemimpin
itu dan berkait rapat dengan kesedaran menunaikan tanggungjawab seterusnya
menggerakkan kumpulan atau masyarakat itu menuju keredhaan Allah. Mengikut hadis
Rasulullah s.a.w., semua individu Muslim dianggap sebagai pemimpin dan
bertanggungjawab kepada mereka yang berada di bawah tanggungjawabnya seperti
sabda baginda :
Maksudnya : “Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan
dimintai pertanggungan jawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang
raja adalah pemimpin bagi rakyatnya dan dia akan dimintai
pertanggungan jawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang suami adalah
pemimpin bagi anggota keluarganya dan ia akan dimintai
pertanggungan jawab terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin
bagi rumahtangga, suami dan anak-anaknya, dan ia akan akan dimintai
6
pertanggungan jawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba
adalah pemimpin bagi harta suruannya dan ia juga akan dimintai
pertanggungan jawab terhadap apa yang dipimpinnya. Dan ingat, setiap
kamu adalah pemimpin. Setiap kamu akan dimintai pertanggungan jawab
atas apa yang kamu pimpin.”
(HR Muslim, Kitab al-Imarah, 20 : 544)
Berdasarkan hadis tersebut, boleh difahami bahawa tahap yang paling minimum
adalah seorang individu bertanggungjawab memimpin dirinya sendiri, kemudian hirarki
kepimpinan meningkat setahap demi setahap. Bermula dalam diri sendiri, keluarga,
masyarakat sehinggalah kepada kepimpinan yang tertinggi di peringkat negara dan
dunia. Dalam semua peringkat kepimpinan ini, pemimpin bertanggungjawab penuh
terhadap pengikut-pengikut atau orang yang dipimpinnya. Lebih tinggi kedudukkan
kepimpinan seseorang itu, maka lebih tinggilah amanah yang dipikul olehnya.
Menurut Abdullah Muhammad Zin dalam Dr. Abdul Munir Yaacob dan Suzalie
Mohamad (2002:124), manusia dicipta oleh Allah S.W.T. khusus untuk menjadi
pemimpin bagi mengatur dan mentadbir bumi. Oleh itu, manusia berkewajipan
menjalankan titah perintah Allah S.W.T. dalam urusan individu, keluarga, masyarakat
dan negara.
Begitu juga di sesebuah institusi pengajian tinggi, dengan jumlah mahasiswa
yang begitu ramai maka akan lahir organisasi-organisasi yang berbentuk kelab,
persatuan ataupun pertubuhan-pertubuhan tertentu. Apabila menyentuh soal kelab,
persatuan atau pertubuhan, maka telah tergambar akan kedudukan dan bentuk carta
kepimpinan dalam organisasi tersebut yang bermula dari penasihat, pengarah, timbalan
pengarah, setiausaha, bendahari dan sebagainya. Apabila mahasiswa berada di bawah
7
sesuatu organisasi seperti ini, maka setiap perjalanan dan proses program berjalan
dengan lancar dan akan bertambah cemerlang, kuat dan utuh sesebuah organisasi itu.
Di institusi-institusi pengajian tinggi, pelajar-pelajar yang berada dalam bidang
Pengajian Islam perlu melalui detik-detik persediaan sebagai seorang pemimpin
masyarakat ataupun seorang pendakwah. Bagi kursus Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam) di Universiti Teknologi Malaysia, para pelajar didedahkan
dengan mata pelajaran yang berkaitan dengan ilmu dan persediaan sebagai seorang
pemimpin atau pendakwah. Antaranya ialah mata pelajaran Kaedah Dakwah Dan
Pengurusan. Namun begitu, adalah menjadi persoalan sama ada ilmu-ilmu tersebut
sudah memadai untuk mereka terjun ke dalam dunia dakwah ataupun adakah mereka
sedar akan tanggungjawab mereka dalam kepimpinan dakwah terhadap warga Universiti
Teknologi Malaysia dan seluruh masyarakat di luar sana.
Program-program dakwah banyak dilaksanakan di dalam kampus Universiti
Teknologi Malaysia dan juga di luar kampus sama ada yang dijalankan oleh persatuan-
persatuan Islam, Masjid Sultan Ismail, Ahli Jawatankuasa Kerohanian Kolej mahupun
pihak Universiti Teknologi Malaysia sendiri. Antara program-program dakwah yang
dianjurkan seperti Rehlah, Muqayyam, Usrah, Kuliah Ilmu, Bicara ad-Din dan
sebagainya. Maka menjadi peranan pelajar-pelajar SPI untuk melibatkan diri dan
menghulurkan bantuan serta sokongan sama ada dalam bentuk idea ataupun tenaga bagi
sama-sama menjayakan lagi program-program tersebut. Selain itu juga, pelajar-pelajar
SPI turut berperanan sebagai tulang belakang kepada setiap program-program dakwah
yang dianjurkan sama ada sebagai pemimpin atau pengarah program, ahli jawatankuasa
penggerak serta turut menjadi peserta program yang dianjurkan.
Mahasiswa yang berkualiti perlu ada dalam diri mereka sifat-sifat kepimpinan
yang mampu untuk memimpin diri, keluarga, masyarakat dan negara. Persediaan dari
8
sudut rohani dan jasmani perlu dititikberatkan oleh mahasiswa bagi mencapai objektif
dan matlamat dalam kepimpinan.
Apabila ditinjau di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, penglibatan
mahasiswa-mahasiswa Muslim dalam kepimpinan dakwah agak menggalakkan. Ini
kerana, kepimpinan dakwah penting dan amat diperlukan dalam mendidik, memimpin
dan memperbaiki sahsiah warga pelajar di Universiti Teknologi Malaysia. Amanah dan
tugas kepimpinan dakwah dapat dilaksanakan dengan adanya sambutan dan penglibatan
daripada mahasiswa-mahasiswa samada dalam persatuan-persatuan yang telah tersedia
ada di Universiti Teknologi Malaysia seperti Ikatan Mahasiswa Pengajian Islam (IMPI),
Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Jawantankuasa Saudara Kita (JKSK), Jawatankuasa
Kolej Mahasiswa (JKM) dan sebagainya.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini lebih mengfokuskan kepada mahasiswa Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam) terhadap sejauhmana penglibatan mereka dalam
kepimpinan dakwah di Universiti Teknologi Malaysia. Mahasiswa SPI perlu aktif dan
terlibat dalam segala aktiviti yang melibatkan kepimpinan dakwah dan jika dilihat dalam
organisasi kelab-kelab dan persatuan-persatuan mahasiswa di UTM, sebilangan besar
disertai oleh pelajar SPI. Namun begitu, penglibatan dan penyertaan dalam program dan
persatuan kepimpinan dakwah tidak disertai sepenuhnya oleh pelajar SPI. Ini
memperlihatkan ada sebilangan kecil yang kurang cenderung untuk aktif dalam
persatuan dan program-program kepimpinan dakwah di UTM. Mereka yang merupakan
bakal pendidik serta pendakwah semestinya melibatkan diri dalam kepimpinan dakwah
bagi menjadikan ilmu tersebut sebagai bekal untuk terjun dalam masyarakat.
9
Oleh kerana itu, satu kajian perlu dijalankan bagi melihat dan mengkaji persepsi
mereka terhadap kepentingan dan keperluan kepimpinan dakwah dan juga akan dikaji
masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka serta mencari langkah yang sesuai untuk
meningkatkan penglibatan mereka dalam kepimpinan dakwah di UTM.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Untuk melihat persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan dan keperluan
kepimpinan dakwah dalam kehidupan.
1.4.2 Untuk mengenalpasti penglibatan pelajar SPI dalam tanggungjawab
kepimpinan dakwah di UTM.
1.4.3 Untuk mengetahui cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan
pelajar SPI dalam kepimpinan dakwah di UTM.
1.4.4 Masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPI untuk aktif dalam
kepimpinan dakwah.
1.5 Persoalan Kajian
10
1.5.1 Apakah persepsi pelajar SPI terhadap kepentingan dan keperluan
kepimpinan dakwah dalam kehidupan?
1.5.2 Sejauhmanakah penglibatan pelajar SPI dalam tanggungjawab
kepimpinan dakwah di UTM?
1.5.3 Apakah cara yang sesuai untuk meningkatkan penglibatan pelajar SPI
dalam kepimpinan dakwah di UTM?
1.5.4 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar SPI untuk aktif
dalam kepimpinan dakwah?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dijalankan di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai yang melibatkan
seluruh pelajar yang mengikuti kursus Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian
Islam). Apabila bergelar mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam, maka telah
termaktub pada diri dan personaliti sebagai seorang ustaz dan ustazah serta pendakwah.
Lapisan masyarakat akan memandang mereka sebagai peneraju dan pemimpin masa
depan negara.
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat tahap persediaan mereka
dalam memikul tanggungjawab dan menghadapi cabaran sebagai seorang pendakwah.