persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda sains serta ... · persepsi pelajar tahun 4 sarjana muda...
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TAHUN 4 SARJANA MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN
(PENGAJIAN ISLAM) TERHADAP KEPERLUAN ILMU FARAID KEPADA
GURU PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
FAIZAH BINTI ABD RAZAK
Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2011
ii
“ Saya akui kajian bertajuk “Persepsi Pelajar Tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta
Pendidikan (Pengajian Islam) Terhadap Keperluan Ilmu Faraid Kepada Guru
Pendidikan Islam” adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : _____________________________
Nama Penulis : FAIZAH BINTI ABD RAZAK
Tarikh : ______________________________
iii
DEDIKASI
Ku tujukan ucpaan ringkas yang penuh bermakna ini khas buat….
Teristimewa….Untuk abah dan umi yang paling ku sayangi… Abd Razak bin Ahmad dan Norlida Bte Mohd Arshad
Terima Kasih atas curahan kasih sayangmu yang tidak pernah kenal erti jemu.. Doa, nasihat dan restumu mengiringi perjalanan hidup ku..
Ya Allah berilah ku kesempatan yang secukupnya untuk ku
membahagiakan mereka selagi hayat ada… Berilahku peluang untuk ku menghargai masa yang seketika ini..
Jadikanlah aku anak yang baik, dan moga tergolong di kalangan anak-anak yang solehah…
Tidak lupa juga buat akak dan adik-adikku… Fadhilah, Mohd Shukri, Farhana, dan Mohd Ihsan. Terima kasih atas dorongan dan sokongan selama ini.
Dan buat insan yang tercinta arwah Mohd Arif yang telah pergi sebelum sempat melihat aku bergaya dengan topi graduan di kepala...
Akak sentiasa merinduimu…..
Buat yang sentiasa diingati Atok dan wan yang sentiasa memberikan ku semangat di kala kesedihan dan kerisauan..
Terima Kasih juga buat…
Penyelia yang sentiasa memberikan tunjuk ajar dan panduan daripada mula sehinggalah ku bergelar graduasi..iaitu..PM DR Hussin Bin Salamon..
Terima kasih ustaz..Segala nasihat dan tunjuk ajar yang telah diberikan akan tersemat di dalam hati..
Di akhir sekali…ucapan ini ditujukan khas buat…
Sahabat dan teman-teman ku seperjuangan… Sahabat…terima kasih kerana mendengar segala luahan hati dan kerisauan yang melanda
sepanjang menyiapkan tesis ini,
4 tahun sudah berlalu, manis, pahit kita tempuhi bersama Terlalu banyak suka, duka, dan lara kita lalui bersama…
Akan ku abadikan kenangan kita bersama di bumi UTM ini Sebagai memori indah kamus hidupku…moga kita bersua lagi suatu hari nanti…
Insyallah…Aminn..
iv
PENGHARGAAN
لرحيم۱لرحمن۱بسم هللا
Alhamdulillah, saya panjatkan sepenuh kesyukuran kepada Allah S.W.T
kerana dengan Taufik dan Hidayah-Nya, dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda
ini dengan sempurna. Saya ingin mengambil peluang ini untuk merakamkan jutaan
terima kasih khas buat PM Dr Hussin Bin Salamon selaku Penyelia Projek Sarjana
Muda di atas segala tunjuk ajar, dorongan serta nasihat yang memberangsangkan
sepanjang menyiapkan projek ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Tamadun
Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan ahli keluarga
yang banyak memberi sokongan dan dorongan. Juga tidak dilupakan kepada sahabat-
sahabat seperjuangan yang tidak jemu memberi perangsang dan semangat. Semoga
usaha dan cita-cita yang diimpikan mencapai matlamat.
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menjayakan usaha saya sepanjang
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Mudah-mudahan hasil kajian ini memberi
manfaat kepada semua.Kerjasama kalian amat dihargai. Hanya Allah S.W.T yang
dapat membalas segala jasa yang telah diberikan. Semoga segala usaha mendapat
keberkatan dan rahmat dari-Nya, Insya-Allah. Amin.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar tahun 4 SPI
terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam. Seramai 60 orang telah
dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini. Kajian ini dijalankan secara
kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik yang mengandungi 41 item yang
dibahagikan kepada 4 bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan latar belakang
responden. Bahagian B, C dan D pula adalah berkaitan dengan tiga persoalan kajian
iaitu untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan kefahaman ilmu faraid, mengenal
pasti faktor-faktor ilmu Faraid ditinggalkan, dan mengenal pasti persepsi pelajar 4 spi
terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam. Analisis secara
deskriptif menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) untuk versi
15.00 telah digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan ,peratusan dan min. Nilai
alpha kebolehpercayaan bagi kajian rintis ialah 0.855. Secara keseluruhan pelajar
memberikan persepsi positif terhadap setiap persoalan di atas. Hasil daripada kajian
menunjukkan aspek perlaksanaan Faraid merupakan pengetahuan dan kefahaman
yang tinggi di kalangan pelajar 4 SPI dengan min iaitu 4.48. Manakala faktor utama
yang dikenalpasti oleh penyelidik mengapa ilmu Faraid ditinggalkan adalah dari
faktor sikap masyarakat yang mengambil ringan terhadap ilmu Faraid dengan min
yang tinggi iaitu 4.25. Dan seterusnya keperluan utama ilmu Faraid bagi seseorang
guru pendidikan Islam adalah terhadap masyarakat berbanding kepada diri sendiri,
dan kepada sekolah. Ini berdasarkan jumlah min yang tinggi iaitu 4.54. Di akhir
kajian, penyelidik turut mengemukakan beberapa cadangan kepada pihak-pihak yang
terlibat.
vi
ABSTRACT
This study aimed to identify the perception of 4 SPI students towards the need to have
the knowledge about faraid to Islamic religion teachers. Sixty students were selected
to be the respondents in this research. This study employed the quantitative research
methodology in which a set of questionnaire which consists of 41 items that were
divided into 4 different sections was used as the research instrument. Section A,
which is the first section, is related to the background information of the respondents.
Whereas Section B, C, and D are related to the 3 research objectives if this study,
which are ; i) to identify the knowledge and understanding level of the respondents
towards knowledge related to Faraid ; ii) to identify the reasons for leaving behind the
knowledge related to Faraid ; and iii) to identify the 4 spi students’ perception toward
the need to learn the knowledge about Faraid to Islamic religion teachers. Descriptive
analyses were done using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version
15.00 in order to determine the frequency, the percentage and the mean. The
trustworthiness alpha value for this research is 0.855. Overall, the students showed
positive perceptions towards all of the research objectives. Findings from this study
suggest that the implementation of Faraid is the Faraid knowledge that is greatly
known and understood by the 4 SPI students with the mean of 4.48. The results from
this study also suggest that the main factor for leaving behind the knowledge related
to Faraid is the people’s attitude towards the Faraid knowledge. This is shown through
a relatively high mean which is 4.25. The findings also suggest that the need for
Islamic religion teachers to have knowledge related to Faraid is for the society and
school rather that the teachers themselves. By the end of the study, the researcher also
proposed a few suggestions to related parties.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Kajian 8
1.9 Rumusan 9
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Ilmu Waris (Faraid) 11
2.2.1 Dasar-dasar ilmu Faraid 11
2.2.2 Rukun Waris 12
2.2.3 Syarat Mewarisi Harta 14
2.2.4 Sebab Penghalangg Waris 14
2.3 Ashabul Furudh 17
2.3.1 Golongan Setengah (1/2) 17
2.3.2 Golongan Seperempat (1/4) 20
2.3.3 Golongan Seperlapan (1/8) 21
2.3.4 Golongan Sepertiga (1/3) 21
2.2.5 Golongan Seperenam (1/6) 22
2.4 Faktor-faktor Ilmu Faraid Ditinggalkan 27
2.4.1 Kurang Diajarkan di Sekolah 27
2.4.2 Pengkhususan Tanggungjawab Kepada 29
Pihak Berwajib
2.4.3 Sikap Masyarakat Yang Mengambil Ringan 31
Terhadap Ilmu Faraid
2.5 Keperluan Ilmu Faraid Kepada Guru Pendidikan Islam 32
Terhadap :
2.5.1 Diri Sendiri 32
2.5.2 Masyarakat 34
2.5.3 Sekolah 35
2.6 Akibat Mengabaikan Ilmu Faraid 36
2.7 Kajian Lepas 38
2.8 Kesimpulan 40
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 41
3.2 Rekabentuk Kajian 41
3.2.1 Kajian Perpustakaan 42
3.2.2 Kajian Lapangan 43
3.2.2.1 Tempat Kajian 43
3.2.2.2 Populasi dan Persempelan 43
3.2.2.3 Instrumen Kajian 44
3.2.2.4 Kajian Rintis 46
3.2.2.5 Prosedur Kajian Sebenar 47
3.2.2.6 Analisis Data 48
3.2.2.7 Jangkamasa Kajian 49
3.3 Kesimpulan 49
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 50
4.2 Analisis Data 51
4.2.1 Bahagian A (Latar belakang Masalah) 51
4.2.1.1 Jantina ̀ 51
4.2.1.2 Umur 52
4.2.1.3 Kelayakan 52
4.2.1.4 CGPA 52
4.2.1.5 Negeri 53
4.2.2 Bahagian B ( Pengetahuan dan Kefahaman 54
Ilmu Faraid )
x
4.2.2.1 Secara Umum 54
4.2.2.2 Konsep dan Makna 57
4.2.2.3 Perlaksanaan 60
4.2.3 Bahagian C (Faktor-faktor Ilmu Faraid 63
Ditinggalkan )
4.2.3.1 Kurang Diajarkan Di Sekolah 64
4.2.3.2 Pengkhususan Tanggungjawab Kepada 67
Pihak Berwajib
4.2.3.3 Sikap Masyarakat Yang Mengambil 68
Ringan Terhadap Ilmu Faraid
4.2.4 Bahagian D (Keperluan Ilmu Faraid Kepada 71
Guru Pendidikan Islam
4.2.4.1 Kepada Diri Sendiri 72
4.2.4.2 Kepada Masyarakat 73
4.2.4.3 Kepada Sekolah 75
4.3 Analisis Keseluruhan 76
4.3.1 Tahap Pengetahuan dan Kefahaman Ilmu Faraid 76
4.3.2 Faktor-faktor Ilmu Faraid Ditinggalkan 77
4.3.3 Persepsi Keperluan Kepada Guru Pendidikan Islam 78
4.4 Kesimpulan 78
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN, CADANGAN
5.1 Pengenalan 79
5.2 Perbincangan 79
5.2.1 Latar belakang Responden 80
5.2.2 Pengetahuan dan Kefahman Pelajar 4 SPI 81
Terhadap Ilmu Faraid
5.2.2.1 Secara Umum 81
5.2.2.2 Konsep dan Makna 82
5.2.2.3 Perlaksanaan 84
xi
5.2.3 Faktor-faktor Ilmu Faraid Ditinggalkan 85
5.2.3.1 Kurang Diajarkan Di Sekolah 85
5.2.3.2 Pengkhususan Tanggungjawab Kepada 86
Pihak Berwajib
5.2.3.3 Sikap Masyarakat Yang Mengambil 87
Ringan Terhadap Ilmu Faraid
5.2.4 Keperluan Ilmu Faraid Kepada Guru Pendidikan 88
Islam
5.2.4.1 Kepada Diri Sendiri 88
5.2.4.2 Kepada Masyarakat 89
5.2.4.3 Kepada Sekolah 90
5.3 Rumusan 91
5.4 Cadangan 92
5.4.1 Pelajar 92
5.4.2 Universiti Teknologi Malaysia 92
5.4.3 JAKIM 93
5.4.4 Media Massa 93
5.5 Kajian Lanjutan 93
5.6 Kesimpulan 94
BIBLIOGRAFI 96
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NO JADUAL
TAJUK
HALAMAN
2.1 Bahagian Ahli Furudh
25
3.1 Klasifikasi Item Mengikut Soalan
45
3.2 Skala Likert
46
3.3 Tahap Skor Min
48
4.1 Analisis Data Mengikut Bahagian Dalam Soal
Selidik
51
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina
51
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur
52
4.4 Taburan Kelayakan Responden
52
4.5 Taburan CGPA
53
4.6 Taburan Negeri Bagi Responden
53
4.7 Taburan Skor Bagi Item Satu
54
4.8 Taburan Skor Bagi Item Dua
55
4.9 Taburan Skor Bagi Item Tiga
55
4.10 Taburan Skor Bagi Item Empat
56
4.11 Taburan Skor Bagi Item Lima
56
4.12 Taburan Skor Bagi Item Enam
57
4.13 Taburan Skor Bagi Item Tujuh
57
4.14 Taburan Skor Bagi Item Lapan
58
4.15 Taburan Skor Bagi Item Sembilan
58
4.16 Taburan Skor Bagi Item Sepuluh
59
xiii
4.17 Taburan Skor Bagi Item Sebelas
59
4.18 Taburan Skor Bagi Item Dua Belas
60
4.19 Taburan Skor Bagi Item Tiga Belas
60
4.20 Taburan Skor Bagi Item Empat Belas
61
4.21 Taburan Skor Bagi Item Lima Belas
61
4.22 Taburan Skor Bagi Item Enam Belas
62
4.23 Taburan Skor Bagi Item Tujuh Belas
62
4.24 Taburan Skor Bagi Item Lapan Belas
62
4.25 Taburan Skor Bagi Item Sembilan Belas
64
4.26 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh
64
4.27 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Satu
65
4.28 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Dua
65
4.29 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tiga
66
4.30 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Empat
66
4.31 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lima 67
4.32 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Enam
67
4.33 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Tujuh
68
4.34 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Lapan
68
4.35 Taburan Skor Bagi Item Dua Puluh Sembilan
69
4.36 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh
70
4.37 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Satu
70
4.38 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Dua
71
4.39 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tiga
72
4.40 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Empat
72
4.41 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Lima
73
xiv
4.42 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Enam
73
4.43 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Tujuh
74
4.44 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Lapan
74
4.45 Taburan Skor Bagi Item Tiga Puluh Sembilan
75
4.46 Taburan Skor Bagi Item Empat Puluh
75
4.47 Taburan Skor Bagi Item Empat Puluh Satu
76
4.48 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian
yang pertama
76
4.49 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian
yang kedua
77
4.50 Analisis keseluruhan bagi persoalan kajian
yang ketiga
78
xv
SENARAI SINGKATAN
FP - Fakulti Pendidikan
FTI - Fakulti Tamadun Islam
S - Setuju
SPI - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPSS - Statistical Package for Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
KS - Kurang Setuju
TS - Tidak Setuju
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UM - Universiti Malaya
JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
STAM - Sijil Tinggi Agama Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
SWT - Subhanahu Wa Taala
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Surat Permohonan Mendapatkan Maklumat
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Ilmu Faraid adalah satu ilmu yang telah disyariatkan oleh Islam sejak zaman
Rasulullah SAW. Ilmu ini juga merupakan ilmu yang banyak dan ilmu yang utama akan
dicabut dari umat Islam. Rasulullah bersabda bahawa :
“Pelajarilah Ilmu Faraid dan ajarkanlah ilmu itu kepada manusia kerana
ilmu ini adalah separuh daripada ilmu syariat dan ilmu ini yang akan
pertama kali dilupakan dan paling awal sekali dicabut dari umatku”
( Hadis Shahih riwayat al-Hakim, al-Baihaqi dari Abu Huraira)
Sumber ilmu ini adalah berasal daripada al-Quran, Hadis dan Ijmak. Dan diantara
dalilnya dari surah an-Nisa ayat 7 :
.
2
Maksudnya : Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu
bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka
dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari
harta yang ditinggalkan itu, iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan
ditentukan oleh Allah).
Ilmu Faraid juga disebut sebagai ilmu mawaris yang bermaksud kaedah-kaedah
pembahagian harta menurut hukum Fiqh yang dipakai untuk mengetahui bahagian-
bahagian yang menjadi hak setiap ahli waris didalam harta warisan. Ilmu Faraid
merupakan ilmu yang sangat penting dalam Islam. Rasulullah meletakkan ilmu ini
ditempat yang sangat tinggi berbanding dengan ilmu-ilmu yang lain. Sabda baginda
daripada Abdullah bin Amru bin Al-Asr’ yang bermaksud : Ilmu itu ada tiga, selainya
adalah kelebihan. Iaitu ayat Muhkamah, sunnah yang sahih diriwayatkan daripada
Rasullulah SAW dan ilmu untuk membahagikan harta pusaka yang adil.
Oleh itu, Islam sangat mengambil berat supaya setiap orang Islam berusaha
mempelajari ilmu Faraid dan mengajarkannya kepada orang lain kerana ilmu faraid
adalah ilmu yang pertama diangkat. Hadith riwayat al-Hakim, “Pelajarilah ilmu Faraid
dan ajarkan ianya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian dari
ilmu yang banyak. Tetapi malangnya ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut dari
umatku. Kerana ilmu demikian ilmu Faraid adalah ilmu yang perlu ada pada setiap diri
individu.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dewasa ini sering kita lihat bahawa masalah pembahagian harta pusaka semakin
meruncingkan. Ini adalah kerana sikap tamak dan ketidakadilan sebahagian pihak dalam
menyelesaikan masalah dalam pembahagian harta. Lazimnya masalah ini dipengaruhi
oleh sikap negatif masyarakat itu sendiri yang tidak mempedulikan nilai-nilai
kemanusiaan sebagaimana yang telah digariskan dalam hukum syarak. Sekiranya
3
meninggalnya seseorang hamba Allah, segala harta yang ditinggalkan akan dibahagi
kepada waris-waris yang layak. Dari situlah segelintir manusia bergaduh sesama sendiri
untuk menuntut lebih dari hak masing-masing
Sebelum bermulanya proses pembahagian harta pusaka, terlebih dahulu
diselesaikan beberapa hak yang wajib dilaksanakan seperti zakat, hutang, belanja
pengurusan mayat dan wasiat. Selepas sudah melaksanakan hak tersebut, barulah harta
peninggalan si mati boleh dibahagikan kepada waris yang layak. Bermulanya
pembahagian harta pusaka maka berlakunya pelbagai masalah yang tidak diingini.
Masalah pembahagian harta boleh membuatkan sesuatu hubungan kekeluargaan dan
hubungan persaudaraan akan terputus dan terpisah. Mereka tidak mempedulikan akibat
dan kesannya malah hanya mementingkan dan memuaskan kehendak dan keperluan diri
masing-masing.
Terdapat juga isu yang berkaitan dalam perebutan harta pusaka seperti yang
berlaku di Pasir Puteh Kelantan dimana berlakunya konflik keluarga menyebabkan
seorang lelaki mengambil tindakan merobohkan sebahagian rumah adik perempuannya
menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot
tanah miliknya di Kampung Selinsing. ( Berita Harian Online, 9 Ogos 2010)
Untuk menangani persengketaan dan permusuhan yang tercetus akibat harta
pusaka, maka Islam telah meletakan peraturan supaya segala persengketaan atau rasa
ketidakpuasan hati dikembalikan mengikut hukum Allah. Hal ini kerana, hukum Allah
telah menggariskan soal pembahagian harta warisan dalam ilmu Faraid. Ia telah diatur
begitu rapi dan sistematik sehingga tiada syak kepada sesiapa yang berhak menerima
harta warisan dan bilangan kadarnya. Masyarakat seharusnya mempelajari dan
mengambil berat agar tidak timbulnya fitnah harta dan membahagikan harta pusaka
dengan cara yang baik. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 180 :
4
Maksudnya :
Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada
meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan
kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai
suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.
Sumber utama sekiranya masalah ini terjadi, kebiasaannya masyarakat akan
merujuk kepada ustaz-ustaz atau ahli jawatankuasa kampung yang berada di kawasan
masing-masing. Tetapi tidak semua penyelesaian yang diberikan adalah tepat, malahan
masalah tersebut seterusnya akan diajukan ke pejabat agama. Dari sini kita lihat, bukan
senang hendak menyelesaikan masalah pusaka kerana tidak ramai yang arif dalam
bahagian ini. Dengan itu sukar untuk mencari orang yang betul-betul mahir dalam ilmu
Faraid.
Menurut Md Ghazali Ibrahim (2009) orang yang betul-betul mahir di dalam
bidang ilmu Faraid kebanyakkan telah tiada, kebanyakkan telah meninggal dunia.
Rasullulah pernah bersabda bahawa ilmu Faraid adalah sebahagian dari ilmu yang
banyak, ilmu yang dilupakan dan juga ilmu yang akan mula-mula dicabut dari kita.
Ilmu yang banyak bermaksud ilmu yang terdapat padanya ilmu-ilmu lain.
Contohnya di dalam mempelajari ilmu Faraid, mestilah terlebih dahulu menguasai ilmu
nasab dan ilmu matematik. Ini kerana di dalam menyelesaikan masalah di dalam faraid,
kedua-dua ilmu ini sangat diperlukan. Di dalam ilmu nasab, perlu mengetahui ilmu yang
berkaitan dengan nikah, cerai, dan talak. Pernikahan akan menentukan nasab samada baik
atau tidak. Pernikahan yang sah akan menetukan waris samada layak atau tidak menerima
harta pusaka. Manakala di dalam ilmu matematik pula, ilmu yang menyelesaikan asal
masalah melalui kira-kira.
5
Oleh itu peranan masyarakat terutamanya dikhususkan kepada golongan yang
menjadi tumpuan dan perhatian masyarakat diantaranya adalah para pendidik. Golongan
ini haruslah bekerja lebih keras dalam bidang ini kerana masyarakat pasti akan mencari
dan memilih para ilmuan untuk dijadikan tempat rujukan mereka yang pertama.
1.3 Pernyataan Masalah
Pada masa sekarang, sebahagian masyarakat Islam sekarang hanya mementingkan
keperluan dan kepentingan hak masing-masing tanpa memikirkan masyarakat
disekelilingnya. Terutamanya dalam pembahagian harta pusaka. Ini kerana kurang
kefahaman dan penjelasan yang mendalam tentang ilmu Faraid. Dengan itu muncul
pelbagai masalah seperti pergaduhan, perselisihan serta mewujudkan permusuhan antara
satu sama lain.
Melalui perbincangan di atas jelaslah bahawa masalah ini adalah masalah penting
yang perlu dikaji. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tahap
pengetahuan dan kefahaman, faktor-faktor ilmu Faraid ditinggalkan dan persepsi
dikalangan pelajar tahun 4 Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Islam) terhadap
keperluan ilmu Faraid kepada guru pendidikan Islam. Ini adalah kerana pelajar tahun 4
yang bakal menamatkan pelajaranya dan juga bakal pelapis ilmuan dan para pendidik
yang menjadi rujukan masyarakat di masa sekarang.
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar 4SPI terhadap ilmu
Faraid
6
1.4.2 Mengenalpasti faktor-faktor mengapa ilmu Faraid ditinggalkan
1.4.3 Mengenalpasti persepsi pelajar 4SPI terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru
pendidikan Islam
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar 4SPI terhadap ilmu Faraid?
1.5.2 Apakah faktor-faktor ilmu Faraid ditinggalkan?
1.5.3 Apakah persepsi pelajar 4 SPI terhadap keperluan ilmu Faraid kepada guru
pendidikan Islam?