persepsi pelajar tingkatan dua sekolah · pdf file(kemahiran hidup) fakulti pendidikan ....
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN MUTIARA RINI TERHADAP MAKANAN SEIMBANG DI
KANTIN SEKOLAH
NADIAH BINTI ZAHARUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENGESAHAN
“ saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”.
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penyelia : ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
Tarikh : …………………………………………….
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN DUA SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN MUTIARA RINI TERHADAP MAKANAN SEIMBANG DI
KANTIN SEKOLAH
NADIAH BINTI ZAHARUDDIN
TESIS INI DISAMPAIKAN SEBAGAI MEMENUHI SYARAT
PENGANUGERAHAN IJAZAH SARJANA MUDA
TEKNOLOGI SERTA PENDIDIDKAN
(KEMAHIRAN HIDUP)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
2009
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : NADIAH BINTI ZAHARUDDIN
Tarikh : .…………………………………..
DEDIKASI
Tuhanku
Kepayahan ini adalah sebagai ujian daripadaMu…
Ampuni daku kerana amal diriku tidak sepadan dengan nikmatMu…
Aku…hamba yang berhutang syukur.
Ibu dan ayah yang disayangi
Kasih sayang kalian cahaya hidupku
Jasa dan pengorbanan kalian tidak ternilai
Doaku buat kalian
“Wahai Tuhanku, cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana
mereka telah mencurahkan kasih sayang, memelihara dan mendidikku
semasa kecil.”
(al-Isra’: 24)
Para pensyarah dan para sahabat yang dikasihi:
Terima kasih atas segala bantuan dan dorongan kalian.
Aku mencari segala pengetahuan untuk segala sesuatu selain Tuhan,
tetapi ilmu tidak mahu kecuali hanya untuk Tuhan
(Iman Al-Ghazali)
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, saya dapat menyiapkan tesis ini.
Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyelia
projek sarjana muda saya, Encik Mohd Rizal bin Mohd Said di atas bimbingan dan
dorongan yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan kajian ini. Setinggi-tinggi
penghargaan juga diucapkan kepada semua pensyarah di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Kerjasama daripada warga Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini,
Skudai, Johor amatlah dihargai.
Akhirul kalam, sekalung penghargaan ditujukan kepada semua pihak yang
telah memberikan kerjasama dalam membantu saya dalam proses perolehan
maklumat sehingga penyiapan Projek Sarjana Muda ini disempurnakan.
Sekian, terima kasih.
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti persepsi pelajar
tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini terhadap makanan
seimbang di kantin sekolah. Seramai 405 orang pelajar tingkatan dua Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara Rini pada tahun 2009 dipilih sebagai responden bagi
kajian ini. Tiga aspek yang dikaji terhadap responden tersebut adalah gaya
pemakanan di kantin sekolah, tahap pengetahuan pelajar berkenaan pemakanan
seimbang, dan dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan pihak sekolah kepada
pelajar terhadap pengambilan makanan seimbang di kantin sekolah. Kajian ini
dijalankan dengan mengedarkan set borang soal selidik kepada responden. Data
yang diperolehi telah dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan
program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk mendapatkan
nilai kekerapan, peratus dan min. Hasil kajian menunjukkan walaupun pelajar
mempunyai tahap pengetahuan yang tinggi dalam pemakanan seimbang, namun
pelajar masih berada pada tahap sederhana dari aspek pengambilan makanan
seimbang semasa di kantin sekolah.
ABSTRACK
This research was conducted to identify perception among form two students
of Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini about nutritional balance of food in
school canteen. About 405 forms two students were selected as respondent for this
research. Three aspects have been analyzed which are their eating style at the
canteen, knowledge level of nutritional balance of food, and the encouragement from
parents and school management to the student on having nutritional balance of food
at the school canteen. This research has been conducted by distributing set of
questionnaires to the respondent. Descriptive statically analysis was use to analyze
collected data. Statistical Package for Social Science (SPSS) 11.5 version were used
in order to get frequency, percentage and mean. The result from this research
showed that student have high level in knowledge about nutritional balance of food
but they still have moderate level in eating balance nutritious at school canteen.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT Pengesahan Status Tesis -
Pengesahan Penyelia -
Halaman Pengakuan i
Dedikasi ii
Penghargaan iii
Abstrak iv
Abstract v
Kandungan vi
Senarai Jadual x
Senarai Rajah xi
Senarai Singkatan xii
Senarai Lampiran xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definasi operasional 8
1.8.1 Persepsi 8
1.8.2 Pelajar 9
1.8.3 Makanan Seimbang 9
1.8.4 Gaya Pemakanan 9
1.8.5 Pengetahuan 9
1.8.6 Dorongan 10
1.9 Kesimpulan 10
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 11
2.2 Gaya Pemakanan Pelajar 11
2.2.1 Makanan utama pelajar 13
2.2.2 Makanan di kantin sekolah 15
2.3 Pemilihan makanan oleh pelajar 15
2.3.1 Tabiat membeli remaja 17
2.3.2 Pembentukan tabiat pemakanan 19
2.3.3 Sikap remaja terhadap pengambilan 19
makanan seimbang
2.3.4 Obesiti - Masalah pemilihan makanan 20
oleh pelajar
2.4 Dorongan dalam pemilihan makanan kegemaran 23
pelajar
2.4.1 Kecelaruan Gaya Pemakanan 24
2.4.2 Faktor yang mempengaruhi pemilihan
makanan pelajar 25
2.5 Ringkasan 27
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 28
3.2 Rekabentuk Kajian 28
3.3 Tempat Kajian 29
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 30
3.5 Instrumen Kajian 31
3.5.1 Persoalan Kajian 32
3.6 Keesahan soal selidik 33
3.7 Kajian Rintis 34
3.8 Kebolehpercayaan Soal Selidik 34
3.9 Prosedur Kajian 35
3.10 Analisis Data 37
3.11 Kesimpulan 39
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data 41
4.2.1 Analisa data soalan kajian 1 42
4.2.2 Analisa data soalan kajian 2 46
4.2.3 Analisa data soalan kajian 3 50
4.3 Ringkasan Dapatan Kajian 54
4.4 Ringkasan 55
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN
DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan 57
5.2.1 Rumusan Berdasarkan Item yang
Dikemukakan
5.3 Perbincangan 59
5.3.1 Apakah gaya pemakanan pelajar di
kantin Sekolah Menengah Kebangsaan
Mutiara Rini? 59
5.3.2 Apakah tahap pengetahuan pelajar
Tingkatan dua Sekolah Menengah
Kebangsaan Mutiara Rini terhadap
pemakanan seimbang? 60
5.3.3 Apakah dorongan yang diberikan oleh
Ibu bapa dan pihak sekolah kepada
Pelajar terhadap pengambilan makanan
Seimbang di kantin sekolah? 62
5.4 Cadangan 63
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.6 Kesimpulan 65
RUJUKAN 66
LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA
SURAT
2.1 Corak Pengambilan Makanan Orang ASEAN Bagi Tahun
1961 Hingga 1997 13
3.1 Taburan saiz populasi 30
3.2 Pembahagian item mengikut persoalan kajian 32
3.3 Pemilihan Skala Likert 33
3.4 Pengkelasan Skor Skala Likert 37
3.5 Penentuan Tahap Peratusan 38
3.6 Skala Min 38
4.1 Item-item mengikut persoalan kajian 41
4.2 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min
bagi gaya pemakanan pelajar di kantin sekolah 42
4.3 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi
tahap pengetahuan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah
Kebangsaan Mutiara Rini terhadap pemakanan seimbang 46
4.4 Taburan responden mengikut frekuensi, peratus dan min bagi
dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan pihak sekolah
kepada pelajar terhadap pengambilan makanan seimbang di
kantin sekolah 50
4.5 Nilai purata pembolehubah dikaji 54
5.1 Purata min keseluruhan bagi soalan kajian terhadap pelajar
tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Rini
tentang pengambilan makanan seimbang di kantin sekolah 57
5.2 Maklumbalas amalan pengambilan makanan seimbang di
Kantin 58
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Prosedur Kajian 36
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
F frekuensi
% peratus
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
1 Set Borang Soal Selidik
2 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari KPM
3 Surat Pengenalan Diri Daripada FP, UTM
4 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian JPN, Johor
5 Pengesahan Menjalankan Kajian Soal Selidik
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pemakanan memberi kesan yang tertentu dalam setiap putaran hidup manusia.
Terdapat kesan yang boleh dilihat secara zahir dan ada juga kesan yang tidak dapat
dilihat dengan mata kasar. Tabiat pemakanan dan pengambilan makanan harian
seseorang akan mempengaruhi tahap kesihatan mereka pada masa akan datang
(Scottish Office, 1996).
Masalah berat badan yang berlebihan semakin meningkat di kalangan remaja
(Wills et al., 2004), kerana sikap pemakanan harian mereka yang tidak betul dan
suka mengambil banyak makanan berlemak (Wills et al., 2004). Satu kajian di
sebuah sekolah menengah di United Kingdom telah menunjukan hidangan utama
yang menjadi pilihan pelajar sekolah tersebut terdiri daripada makanan yang
mengandungi kandungan gula dan lemak yang tinggi dan rendah dari segi kandungan
kalsium, zink, zat besi, riboflavin, folate dan vitamin A (Noble dan Kipps, 1994).
Keadaan sebegini amat membimbangkan kerana tabiat pemakanan seseorang itu dari
kecil akan di bawa sehingga dewasa dan sukar untuk di ubah (Wills et al., 2004).
Makanan yang seimbang perlu mempunyai karbohidrat, protein, lemak,
vitamin, garam galian, dan serat dalam kadar yang betul. Ini dapat diperolehi dari
buah, sayuran, daging, ikan, susu, bijiran dan lain-lain. Pengambilan makanan
seimbang dijelaskan ada perkaitan dengan risiko gejala penyakit (WHO,1990).
Pemakanan seimbang merupakan tabiat memilih makanan yang hendak dimakan
dengan tujuan memperbaiki atau mengekalkan kesihatan. Makanan seimbang
penting untuk perkembangan manusia.
Dari sudut perkembangan manusia, remaja merujuk kepada satu peringkat
perkembangan manusia, iaitu peringkat transisi antara peringkat kanak-kanak dan
peringkat dewasa. Remaja akan mengalami pelbagai perubahan yang drastik,
termasuklah perubahan fizikal, fisiologi, biokimia, hormon dan psikologi. Oleh itu
badan memerlukan nutrisi yang cukup bagi menghadapi perubahan-perubahan yang
mendadak tersebut. Remaja perempuan pada umumnya merujuk kepada mereka
yang berumur sepuluh hingga tujuh belas tahun. Remaja lelaki pula merujuk kepada
mereka yang berumur dua belas tahun hingga dua puluh satu tahun (Anita L.Owen et
al., 1999).
Perubahan dan perkembangan saiz fizikal yang dramatik berlaku pada
peringkat remaja. Oleh sebab itu, para remaja memerlukan kadar nutrien yang tinggi
bagi menampung perubahan dan perkembangan fizikal mereka (Patricia L. Spleett et
al., 1999). Sekolah merupakan pusat kehidupan remaja (Wills et al., 2004).
Sekurang-kurangnya satu menu utama harian pelajar di ambil di sekolah setiap hari
persekolahan dan sekolah boleh menjadi tempat untuk memupuk tabiat pemakanan
yang sihat (Department of Health, 1999 ; Learning and Teaching Scotland, 2004 ).
Aspek pemakanan memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian
seseorang pelajar di semua peringkat. Pemakanan seimbang akan membekalkan
keperluan tenaga yang mencukupi bagi membantu pelajar-pelajar memberikan
tumpuan kepada proses pembelajaran di sekolah dan universiti. la sangat penting
dalam pembangunan mental dan kecemerlangan intelek (Utusan, 29 Julai, 1999).
Walaubagaimanapun, menurut Anderson et al. (1994), Adamson et al. (1996),
Currie et al. (1997), Roberts et al. (1997) dan Johnson dan Hackett (1997), didapati
pilihan utama pemakanan dan kecenderungan pelajar sekolah menengah ialah
terhadap makanan ringan. Gardner Merchant (1994), Passmore, (1997); Douglas,
(1998); Sodexho (2000) pula mendapati pelajar pada peringkat umur sekolah
menengah lebih cenderung mengambil makanan ringan seperti kek, biskut, kerepek
dan minuman ringan dalam diet harian mereka. Oleh yang demikian, pertumbuhan
remaja akan terjejas kerana makanan tersebut tidak mengandungi nutrisi untuk
menampung pertumbuhan mereka.
Watt dan Sheiham (1997) menyatakan remaja sering mengaitkan makanan
seimbang dengan pengurangan berat badan, makanan ringan, rakan-rakan dan
kebebasan mereka dalam memilih makanan tersebut. Faktor kesegaran hidangan
makanan tidak begitu penting bagi pelajar. Mereka lebih berminat memilih makanan
berdasarkan kepada rasa, tekstur dan rupa makanan tersebut. Oleh itu, dalam
menghasilkan makanan bernutrisi dan seimbang disekolah, aspek rasa, tekstur dan
rupa makanan tersebut perlu di ambil kira untuk menarik minat pelajar terhadap
makanan tersebut.
Walaupun sebenarnya pelajar didapati mengetahui tentang nutrisi, namun
mereka gagal mengaplikasi pengetahuan mereka tentang nutrisi dalam pemakanan
harian mereka (Douglas, 1998; Anderson et al., 1994; Johnson dan Hackett, 1997).
Oleh sebab itu, Ruxton (1993) dan Hackett (1997) mengatakan sekolah perlu
melakukan inisiatif dalam membaiki dan membentuk tabiat pemakanan pelajar. Watt
dan Sheiham (1997) pula menekankan setiap usaha dalam membaiki dan membentuk
tabiat pemakanan yang seimbang di kalangan pelajar mestilah berteraskan kepada
kefahaman dan keyakinan pelajar itu sendiri terhadap makanan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perkhidmatan secara kontrak di kantin sekolah-sekolah di Malaysia di
keluarkan melalui Jabatan Pelajaran kepada pengusaha-pengusaha yang berminat
untuk mengendalikannya. Harga merupakan faktor utama kepada pemilihan tender
tersebut (Julia Brannen dan Pamela Storey , 1998). Dengan yang demikian,
kebanyakkan pengusaha kantin sekolah yang mendapat kontrak tersebut
menyediakan makanan yang tidak berkhasiat dan tidak segar bagi mengurangkan kos
perbelanjaannya.
Hal ini sangat berkaitan dengan pelajar di sekolah. Dalam lima hari seminggu
pelajar akan pergi ke sekolah. Sepanjang mereka berada di sekolah, menu dipilih
secara individu oleh pelajar (Julia Brannen dan Pamela Storey,1998). Oleh itu,
perkhidmatan makanan di kantin sekolah juga memainkan peranan penting dalam
memastikan pelajar dapat makanan yang seimbang dalam menu harian pelajar di
kantin sekolah (Ruxton et al., 1993).
Dalam satu kajian tentang pemakanan pelajar sekolah mendapati hidangan
makanan di sekolah sangat rendah zat seperti kalsium, besi dan folate (Gregory et al.,
2000). Ini tidak dapat menampung pertumbuhan pelajar sebagai remaja yang
memerlukan 2200 hingga 2500 kalori tenaga sehari bagi pelajar perempuan dan 3000
hingga 3400 kalori sehari bagi pelajar lelaki (Anita L Owen et al., 1999). Dari itu,
pemakanan yang seimbang mampu memberikan tenaga yang di perlukan oleh pelajar
untuk menjalankan aktiviti harian dengan sempurna.
Lynd-Evans (1993) mencadangkan pihak pengusaha kantin membuat makanan
seimbang dalam penghasilan menu harian pelajar di sekolah dan jadikan makanan
tersebut sebagai makanan kegemaran pelajar dengan menjadikan makanan tersebut
menarik dari segi rupa dan rasa. Selain itu, pihak kantin juga boleh mempelbagaikan
menu yang berkhasiat bagi menarik minat pelajar untuk membeli dan tidak merasa
jemu makan di kantin sekolah.
Dorongan keluarga, rakan sebaya dan persekitaran juga mempegaruhi
pengambilan pemakanan pelajar (Greenwood dan Richardson, 1972). Kebanyakan
ibu bapa di Malaysia lebih tertumpu pada keselamatan anak-anak mereka berbanding
dengan corak pemakanan mereka (Lating et al., 1994). Pelbagai pihak bersetuju
bahawa faktor pemakanan berkhasiat penting bagi melahirkan pelajar yang
cemerlang dan berjaya dalam bidang akademik.
Amalan pemakanan yang baik dan teratur dapat mempengaruhi keupayaan
dan pencapaian pelajar dalam mengikuti pelajaran. Dengan itu, pengkaji
berpendapat bahawa satu kajian perlu dijalankan untuk mengenalpasti persepsi
pelajar terhadap makanan seimbang di kantin sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada latarbelakang masalah yang telah dihuraikan, penyelidik
ingin melakukan penyelidikan persepsi pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah
Kebangsaan Mutiara Rini terhadap makanan seimbang di kantin sekolah.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan mengetahui persepsi pelajar tingkatan dua Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara Rini terhadap makanan seimbang di kantin sekolah.
Objektif yang ditetapkan bagi kajian ini adalah untuk:
1. Mengenalpasti tahap gaya pemakanan pelajar tingkatan dua Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara Rini di kantin sekolah.
2. Mengenalpasti tahap pengetahuan pelajar tingkatan dua Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara Rini terhadap pemakanan seimbang.
3. Mengenalpasti tahap dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan pihak
sekolah kepada pelajar terhadap pengambilan makanan seimbang di
kantin sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian, persoalan utama ialah:
1.5.1 Apakah tahap gaya pemakanan pelajar tingkatan dua Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara Rini di kantin sekolah.
1.5.2 Apakah tahap pengetahuan pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah
Kebangsaan Mutiara Rini terhadap pemakanan seimbang.
1.5.3 Apakah tahap dorongan yang diberikan oleh ibu bapa dan pihak sekolah
kepada pelajar terhadap pengambilan makanan seimbang di kantin
sekolah.