persepsi pelajar–pelajar sekolah menengah di … · persepsi pelajar–pelajar sekolah menengah...

41
PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL ( MPV ) LANDSKAP DAN NURSERI MOHD RIZAL BIN ABDUL GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 22-Jan-2020

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH

KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA

PELAJARAN VOKASIONAL ( MPV ) LANDSKAP DAN NURSERI

MOHD RIZAL BIN ABDUL GHANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEPSI PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) LANDSKAP DAN NURSERI

SESI PENGAJIAN: 2005/2008.

Saya MOHD RIZAL BIN ABDUL GHANI

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972).

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

__________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS). (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap : DR.AZLINA BT.MOHD KOSNIN

210 KG. LOSONG MEGAT HUSIN, Nama Penyelia

21000 KUALA TERENGGANU

TERENGGANU

Tarikh: ___________________ Tarikh: _____________________

Page 3: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

PENGESAHAN PENYELIA

“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup ).”

Tandatangan : ….……………………..

Nama Penyelia : DR. AZLINA BT. MOHD KOSNIN

Tarikh : ………………………..

Page 4: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH

KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA

PELAJARAN VOKASIONAL ( MPV ) LANDSKAP DAN NURSERI

MOHD RIZAL BIN ABDUL GHANI

Laporan ini dikemukan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2008

Page 5: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan

dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : MOHD RIZAL BIN ABDUL GHANI

Tarikh : APRIL 2008

Page 6: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W.

Buat ibuku,

Fatimah @ Robiah bt. Ismail

Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan

hidup anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua

dan buat adinda-adindaku terima kasih atas segalanya.

Buat ibu mertuaku,

Sopiah bt. Jusoh

Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak

termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui

dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.

Buat isteri tercinta dan puteraku tersayang,

Zahariyah bt. MuhyiddinMuhammad Zariff Aiman b. Mohd Rizal

Segala pengorbanan dan keperitan dalam menghadapi dugaan hidup selama ini tetap

menjadi teladan dan kenangan kita sekeluarga .

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

iv

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan

hidayahNya, penyelidikan ini dapat disempurnakan seperti yang dicita-citakan. Selawat

dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. pesuruh Allah yang amat

dikasihi.

Setinggi-tinggi ucapan penghargaan kepada penasihat penyelidikan, Dr. Azlina

bt. Mohd Kosnin yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan

nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang mengetahui

dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.

Sekalung ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri

Terengganu, Pengetua- pengetua dan guru-guru Landskap dan Vokasional Sekolah

Menengah di Daerah Kuala Terengganu dan Besut serta yang terlibat dalam membantu

proses penyelidikan ini sama ada secara langsung atau pun tidak langsung.

Akhir sekali untuk isteri tercinta Zahariyah bt. Muhyiddin, anak tersayang

Muhammad Zariff Aiman, tidak dilupakan juga penghargaan buat ibu yang dikasihi

serta rakan - rakan yang telah banyak berkorban dalam menghasilkan penyelidikan ini.

Terima kasih di atas segala pengorbanan, sokongan dan kasih sayang ikhlas tanpa batas.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

v

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan dengan menggunakan kaedah

deskriptif. Kajian berbentuk deskriptif ini sesuai digunakan dalam penyelidikan untuk

menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku dalam populasi. Kajian yang dijalankan

ini adalah bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar – pelajar Tingkatan Empat sekolah

harian biasa di Daerah Kuala Terengganu dan Besut yang mengikuti kursus Landskap

dan Nurseri. Kajian ini dijalankan di SMK Kompleks Mengabang Telipot, Kuala

Terengganu, SMK Pelagat, Besut dan SMK Tok Dor, Besut. Populasi kajian adalah

semua pelajar tingkatan empat yang mengikuti program Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) kursus Landskap dan Nurseri. Sampel kajian adalah seramai 59 orang pelajar

yang mengikuti kursus ini di Daerah Kuala Terengganu Dan Besut. Data – data yang

dikumpulkan adalah menggunakan kertas soal selidik dan dianalisis dengan

menggunakan perisian komputer Statiscal Package For Social Science ( SPSS ) serta

dianalisis melalui peratusan kekerapan dan min. Hasil kajian yang dijalankan mendapati

persepsi pelajar terhadap kemahiran guru berada pada tahap tinggi (min 4.17), bahan

pengajaran dan kemudahan peralatan pada tahap sederhana (min 3.60), fizikal bengkel

pada tahap sederhana (min 3.53) dan minat pelajar pada tahap tinggi ( 4.47).

Page 9: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

viABSTRACT

A study that has been done is based on decsriptive method. Decriptive method is

suitable for those who want to conduct a study on a phenomenon in a population. The

purpose of this study is to investigate students perceptions towards Landscape and

Nursery courses that has been conducted for form four students from the several

secondary school in Kuala Terengganu and Besut (i.e. SMK Kompleks Mengabang

Telipot, Kuala Terangganu,SMK Pelagat, Besut dan SMK Tok Dor, Besut). The

population of this study is all form four students who takes Landscape and Nursery

courses in their Vocasional subject. 59 respondended to the questionnaire and data

analysed were based on percentage of min and median using PC software called

Statistical Package For Social Science (SPSS). Results from the study conducted shows

that students perception towards teacher's skills is at top position (min 4.17), teaching

materials and facilities is at moderate (min 3.60), physical laboratory also at moderate

(min3.53) and students interest is at top position (min4.47).

Page 10: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

viiKANDUNGAN

BAB TAJUK HALAMAN

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 5

1.6 Rasional Kajian 6

1.7 Skop Kajian 6

1.8 Definisi Istilah 7

1.8.1 Persepsi 7

1.8.2 Pelajar 7

1.8.3 Mata Pelajaran Vokasional (MPV) 8

Landskap dan Nurseri

1.8.4 Perlaksanaan 8

1.8.5 Persekitaran Fizikal 8

1.8.6 Minat 9

Page 11: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

viii1.9 Penutup 9

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 10

2.2 Mata Pelajaran Vokasional 11

2.2.1 Matlamat 11

2.2.2 Objektif Mata Pelajaran Vokasional 11

2.2.3 Penawaran Dan Perlaksanaan 11

2.2.4 Perihal Dan Status Program 12

2.2.5 Tenaga Pengajar Dan Latihan Guru 13

2.2.6 Peruntukan Kewangan 13

2.2.7 Kelengkapan Dan Kemudahan Peralatan 13

2.3 Pengetahuan Dan Kemahiran Guru 14

2.4 Faktor Persekitaran 15

2.4.1 Saiz Persekitaran 16

2.4.2 Suasana Tempat Kerja 17

2.4.3 Penyelenggaraan Makmal 17

2.4.4 Keselamatan Makmal 18

2.4.5 Pengurusan Makmal 18

2.5 Faktor Minat 18

2.6 Penutup 19

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN3.1 Pengenalan 20

3.2 Rekabentuk Kajian 20

3.3 Sampel Kajian 21

3.3.1 Taburan Populasi Mata Pelajaran 21

Vokasional Landskap Dan Nurseri

3.4 Instrumen Kajian 22

3.5 Prosedur Kajian 22

Page 12: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

ix3.6 Analisis Data 24

3.7 Penutup 25

BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 26

4.2 Analisis Bahagian A 27

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 27

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 28

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan 29

PMR

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 30

Pilihan

4.2.5 Taburan Responden Mengikut Jarak Industri 30

Landskap Dan Nurseri Dengan Rumah

4.3 Analisis Data Bahagian B 31

4.3.1 Persediaan Dan Pengetahuan Guru Untuk 32

Mengajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Landskap dan Nurseri

4.3.2 Kelengkapan Dan Kemudahan Peralatan 33

Yang Disediakan Oleh Sekolah Yang

Menawarkan Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) Landskap dan Nurseri

4.3.3 Kemudahan Fizikal Bengkel Di Sekolah 35

Yang Menawarkan Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) Landskap Dan Nurseri

4.3.4 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran 36

Vokasional (MPV) Landskap Dan Nurseri

4.5 Penutup 38

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 39

5.2 Perbincangan 39

Page 13: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

x5.2.1 Persediaan Dan Pengetahuan Guru Untuk 40

Mengajar Mata Pelajaran Vokasional (MPV)

Landskap dan Nurseri

5.2.2 Kelengkapan Dan Kemudahan Peralatan 41

Yang Disediakan Oleh Sekolah Yang

Menawarkan Mata Pelajaran Vokasional

(MPV) Landskap dan Nurseri

5.2.3 Kemudahan Fizikal Bengkel Di Sekolah 42

Yang Menawarkan Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) Landskap Dan Nurseri

5.2.4 Minat Pelajar Terhadap Mata Pelajaran 44

Vokasional (MPV) Landskap Dan Nurseri

5.3 Rumusan 45

5.4 Cadangan 46

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 47

5.6 Penutup 48

RUJUKAN 49

LAMPIRAN A-B

Page 14: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

xiSENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA

SURAT

3.1 Taburan Pelajar Mata Pelajaran Vokasional 22

Kursus Landskap Dan Nurseri

3.2 Nombor-nombor Item Yang Dikelaskan 23

Mengikut Setiap Persoalan Kajian

3.3 Analisis Data 24

3.4 Skala Darjah Penilaian Tahap 25

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 27

4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 28

4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 29

4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus Pilihan 30

4.5 Taburan Responden Mengikut Jarak Industri 31

Landskap Dan Nurseri Dengan Rumah

4.6 Data Analisis Bilangan Dan Peratusan Responden 32

Bagi Aspek Kemahiran Guru

4.7 Data Analisis Kelengkapan Dan Kemudahan 34

Peralatan

4.8 Data Analisis Fizikal Bengkel 35

4.9 Data Analisis Mengenai Minat Pelajar 37

Page 15: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

xii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

MPV - Mata Pelajaran Vokasional

PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum

PMR - Penilaian Menengah Rendah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

STS - Sangat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

KS - Kurang Setuju

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan

SPSS - Statistical Package for Social Science

f - Frekuensi

% - Peratus

Page 16: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Soal Selidik

B Surat Kebenaran EPRD

Page 17: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

BAB1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan vokasional membawa maksud pengalaman menyeluruh

sesorangindividu di mana ia belajar dengan cemerlang untuk berada dalam bidang

kerja yangmenguntungkan (Prosser, 1950). Dalam skop yang lebih kecil lagi,

Prosser telah menyifatkan pendidikan vokasional sebagai kewujudan siri pengalaman

yang terkawal dan terurus untuk melatih seorang atau lebih individu ke arah

persediaan untuk ke alam pekerjaan. Berdasarkan kenyataan ini dapat dilihat betapa

pendidikan vokasional juga boleh diibaratkan sebagai satu medium untuk

melengkapkan seseorang individu dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan

sebagai persediaan untuk menempuh alam pekerjaan.

Menurut Ainley (1990), sejak tahun 1976 dasar kerajaan di barat telah mula

berhasrat untuk membawa sistem pendidikan ke satu tahap di mana perlaksanaannya

adalah selari dengan perubahan keperluan tenaga kerja dalam bidang industri dan

perdagangan. Sistem pendidikan seharusnya diselaraskan dengan perubahan

keperluan tenaga kerja dalam bidang industri dan perdagangan supaya ilmu dan

kemahiran yang dipelajari kemudiannya dapat diaplikasikan dengan baik di alam

kerjaya. Mengakui hakikat ini dan kepentingan pendidikan vokasional dalam

pembangunan negara, kerajaan Malaysia juga turut mengorak langkah untuk mula

memberi perhatian terhadap pendidikan ini. Hal ini terbukti dalam satu kenyataan

dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979,

seperti berikut,

Page 18: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

2

”Komponen vokasional bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar menguasai

kemahiran dan kecekapan tertentu sesuai dengan perkembangan perindustrian

dan pembangunan negara. Isi kandungan kurikulum ini seharusnya lebih

cenderung kepada penekanan terhadap aspek-aspek amali. Penekanan ini juga

hendaklah dicerminkan dalam segala peperiksaan yang diambil oleh pelajar-

pelajar. Liputan kurikulum yang baru ini hendaklah sanggup memenuhi

keperluan yang timbul akibat dari perubahan teknologi yang tidak dapat

dijangkakan.”

Sehubungan dengan itu, tenaga pekerja mahir tidak diabaikan dalam

perancangan sistem pendidikan negara. Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar

Pelajaran Kebangsaan, menyatakan bahawa sistem pendidikan di Malaysia, tidak

ketinggalan memainkan peranan untuk melahirkan tenaga kerja mahir untuk

memenuhi permintaan sektor pekerjaan. Dalam laporannya, jawatankuasa tersebut

menegaskan:

“Mengkaji semula matlamat dan kesan sistem pelajaran sekarang, termasuklah

kurikulumnya dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud dengan

tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi

sama ada dan segi jangka pendek mahu pun jangka panjang dan lebih-lebih lagi

untuk memastikan bahawa sistem pelajaran dapat memenuhi matlamat negara ke

arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.”

(Aede Hatib, ms 2)

Peranan untuk melahirkan tenaga kerja mahir ini telah diletakkan kepada

pendidikan vokasional yang sememangnya bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja

dalam pelbagai bidang pekerjaan. Sistem pendidikan vokasional bermula di

Malaysia pada tahun 1906 (Jawatankuasa Kajian Sistem Pelajaran Vokasional,

1981). Pendidikan vokasional telah diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1926 di

mana Sekolah Tukang telah diwujudkan bagi tujuan pendidikan dalam bidang

pertukangan. Sejarah perkembangan pendidikan teknik dan vokasional telah

memperlihatkan betapa pentingnya pendidikan ini dalam pembangunan negara.

Peningkatan jumlah pelajar yang mengikuti bidang pendidikan ini mula

menunjukkan kesedaran masyarakat di atas kepentingan ke alam pekerjaan.

Pendidikan teknik dan vokasional juga berperanan sebagai sistem altematif bagi

Page 19: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

3

menyediakan latihan pendidikan bercorak kemahiran pra vokasional dalarn usaha

untuk memenuhi permintaan pasaran pekerjaan pada masa hadapan.

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengkaji dan seterusnya menggubal

semula sistem pendidikan teknik dan vokasional mengikut tahap pendidikan. Dalam

sistem persekolahan di Malaysia, pelajar telah didedahkan dengan pelajaran

vokasional bermula sejak di peringkat sekolah rendah lagi. Di peringkat rnenengah

rendah pula, pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran Kemahiran Hidup. Mata

Pelajaran Vokasional pula ditawarkan di peringkat menengah atas sebagai mata

pelajaran elektif dalam Kumpulan V iaitu Elektif Vokasional dan Teknologi. Mata

pelajaran dalam kumpulan ini adalah seperti Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip

Akaun, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Matematik Tambahan, Lukisan

Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.

Oleh yang demikian, pendidikan teknik dan vokasional sangat berperanan

dalam proses melahirkan tenaga kerja professional dan separa professional yang

amat diperlukan dalam bidang perindustrian. Pertumbuhan ekonomi dan

penggunaan teknologi moden ini memerlukan pengurusan sumber manusia yang

mampu melaksanakannya. Kurikulum pendidikan ini telah dirombak dan

diselaraskan mengikut keperluan pasaran kerja dan perubahan teknologi terkini.

Matlamat pendidikan ini juga adalah untuk melahirkan pelajar yang aktif dan segi

intelek, jasmani, rohani dan emosi serta mempunyai sahsiah diri yang mulia.

Sekiranya tercapai matlamat ini, maka negara bakal memiliki aset yang paling

berharga ke arah perkembangan dan pembangunan negara dan aspek politik,

ekonomi dan sosial.

1.2 Latar Belakang Masalah

Pengenalan Mata Pelajaran Vokasional yang di katakan sebagai satu langkah

yang mampu untuk mengukuhkan sistern pendidikan kebangsaan. Kewujudan MPV

menjadikan peluang pendidikan untuk pelajar yang lemah atau kurang minat dalam

Page 20: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

4

bidang akademik tidak akan berakhir setakat tingkatan tiga sahaja. Pengenalan mata

pelajaran ini akan membolehkan kumpulan pelajar tersebut memilih untuk

meneruskan latihan ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang kemahiran yang

diminati.

Kajian yang dijalankan adalah mengenai kemahiran guru, bahan pengajaran

dan peralatan, keadaan fizikal bengkel dan minat pelajar mengikuti mata pelajaran

vokasional memandangkan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Landskap dan Nurseri

ini baru diperkenalkan di sekolah menengah harian biasa.

1.3 Penyataan Masalah

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar-pelajar Tingkatan

Empat sekolah menengah harian biasa mengenai perlaksanaan Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) Kursus Landskap dan Nurseri di Daerah Kuala Terengganu dan

Besut. Kajian yang dijalankan adalah mengenai kemahiran guru, bahan pengajaran

dan peralatan, keadaan fizikal bengkel dan minat pelajar mengikut mata pelajaran

vokasional.

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji perlaksanaan program

Mata Pelajaran Vokasional (MPV ) yang dijalankan di sekolah menengah akademik

harian biasa. Beberapa masalah yang telah dikaji adalah mengenai kriteria guru-guru

yang dipilih untuk mengajar mata pelajaran vokasional. Mengikut buku penerangan

dan panduan penawaran mata pelajaran vokasional di sekolah menengah akademik

harian, Pusat Perkembangan Kurikulum ( PPK), Kementerian Pelajaran Malaysia,

edisi kedua (2001) menyatakan bahawa kriteria pemilihan tenaga pengajar akan

dipilih dan kalangan guru—guru Kemahiran Hidup, Teknologi Kejuruteraan,

Lukisan Kejuruteraan, Pendidikan Seni, Ekonomi Rumah Tangga dan Pertanian akan

dipilih untuk mengajar mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian biasa.

Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar mengenai

keadaan fizikal bengkel yang terdapat di sekolah dan juga kemudahan peralatan

Page 21: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

5

bahan pengajaran yang terdapat di bengkel sekolah sama ada dapat membantu guru-

guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Pusat

Perkembangan Kurikulum (PPK), pemilihan sekolah adalah berdasarkan kepada

kemudahan bengkel dan peralatan yang sesuai serta ruang yang mencukupi untuk

keperluan mata pelajaran tertentu.

1.4 Objektif Kajian

Memandangkan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) adalah satu mata

baru ditawarkan di sekolah menengah harian yang terpilih untuk melaksanakannya,

oleh itu pengkaji ingin membuat penyelidikan yang bertujuan untuk mengkaji

perlaksanaan mata pelajaran ini dan segi aspek:

i kemahiran guru yang dipilih untuk mengajar mata pelajaran ini.

ii. kemudahan bahan-bahan pengajaran dan peralatan.

iii. keadaan fizikal bengkel.

iv. faktor minat pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini diharapkan dapat menjawab beberapa persoalan dalam

memperolehi maklumat mengenai persepsi pelajar-pelajar mengenai perlaksanaan

Mata Pelajaran Vokasioanal (MPV ) Kursus Landskap dan Nurseri di sekolah

menengah di Daerah Kuala Terengganu dan Besut. Antara persoalan yang

dikemukakan ialah:

i Adakah guru yang mengajar mata pelajaran ini telah bersedia dan mempunyai

pengetahuan yang cukup untuk mengajar?

Page 22: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

6

ii. Adakah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini telah dilengkapi dengan

bahan-bahan dan peralatan pengajaran dalam bidang Landskap dan Nurseri?

iii. Adakah sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini telah dilengkapi dengan

kemudahan fizikal bengkel Landskap dan Nurseri?

iv. Adakah pelajar-pelajar yang terpilih untuk mengikuti mata pelajaran ini

berminat dengan mata pelajaran tersebut?

1.6 Rasional Kajian

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengkaji pandangan pelajar-pelajar

yang terpilih daripada sekolah perintis yang menawarkan Mata Pelajaran

Vokasional (MPV ) Landskap dan Nurseri di Daerah Kuala Terengganu dan

Besut. Rasional kajian ini adalah:

i. Menilai keberkesanan program yang memperkenalkan mata pelajaran

vokasional di sekolah menengah akademik harian.

ii. Menjadi rujukan dan panduan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar di masa

akan datang.

1.7 Skop Kajian

Kajian yang dija1ankan ini hanya melibatkan pelajar yang mengikuti Mata

Pelajaran Vokasional ( MPV ) di semua sekolah perintis di Daerah Kuala

Terengganu dan Besut. Kajian ini hanya menumpukan kepada persepsi pelajar-

pelajar mengenai beberapa aspek yang ditekankan.

Aspek yang pertama adalah berkaitan dengan kemahiran guru yang terpilih

Page 23: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

7

bagi melaksanakan Mata Pelajaran Vokasional (MPV ) Landskap dan Nurseri ini.

Kajian ini lebih menumpukan kepada sejauh mana kesediaan dan kemahiran guru

yang terpilih untuk mengajar mata pelajaran ini.

Aspek yang kedua pula menumpukan persepsi pelajar mengenai kemudahan

peralatan dan bahan yang disediakan bagi penggunaan dalam pengajaran mata

pelajaran ini.

Aspek yang ketiga merupakan persepsi pelajar-pelajar tentang keadaan fizikal

bengkel yang digunakan untuk melaksanakan mata pelajaran ini. Ini akan

mempengaruhi pelajar-pelajar untuk mengikuti mata pelajaran ini.

Aspek yang keempat dalam kajian ini adalah untuk mendapat makium balas

dan persepsi mengenai minat pelajar yang terpilih untuk mengikuti mata pelajaran

ini. Ini sangat penting bagi menentukan proses pengajaran dan pembelajaran

terhadap mata pelajaran ini di dalam kelas.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Persepsi

Persepsi merupakan pandangan serta gambaran menerusi pancaindera

seterusnya ditakrifkan oleh hati dan fikiran terhadap sesuatu ( Kamus Dewan Bahasa

dan Pustaka, 1986). Dalam konteks kajian ini, bermaksud pandangan pelajar

mengenai soalan yang dikaji.

1.8.2 Pelajar

Mereka yang menerima pendidikan secara formalal dalam Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) di sekolah perintis di Daerah Kuala Terengganu dan Besut.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

8

1.8.3 Mata Pelajaran Vokasional (MIPV) Landskap dan Nurseri

Subjek vokasional yang baru diperkenalkan di sekolah menengah perintis

untuk mengatasi masalah keciciran pelajaran. Landskap dan Nurseri adalah salah

satu daripada subjek yang ditawarkan.

1.8.4 Perlaksanaan

“Perlaksanaan” dalam kamus dewan (1994), bermaksud hasil daripada

melaksanakan, mengerjakan atau menyelesaikan sesuatu rancangan atau tugas. istilah

perlaksanaan berbeza dengan istilah pelaksanaan, di mana pelaksanaan membawa

maksud perihal atau perbuatan melaksanakan, menjalankan atau menyelesaikan

sesuatu rancangan, sedangkan “perlaksanaan” pula lebih kepada hasil daripada

melaksanakan sesuatu program.

1.8.5 Persekitaran fizikal

Menurut Mok Soon Sang (1996), persekitaran fizikal bermaksud kemudahan

yang baik dan segi kerusi, meja peralatan, ruang pembelajaran yang selesa bagi

memudahkan proses pengajaran dan pembetajaran tanpa ada sebarang gangguan

daripada pihak luar.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

9

1.8.6 Minat

Kamus Dewan (2005), mendefinisikan minat sebagai keinginan, kesukaan

atau kecenderungan kepada sesuatu. Minat juga boleh dianggap sebagai daya

penggerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang,

sesuatu benda atau kegiatan; atau ia boleh merupakan pengalaman yang berpengaruh

yang telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. (Crow dan Crow, 1980)

1.9 Penutup

Mata Pelajaran Vokasional Landskap dan Nurseri merupakan salah satu mata

pelajaran yang baru diperkenalkan di sekolah harian biasa yang terpilih untuk

melaksanakan mata pelajaran ini. Ini merupakan satu lagi pendedahan kepada

pelajar-pelajar yang tidak berpeluang ke sekolah aliran vokasional untuk mengikuti

mata pelajaran ini.

Page 26: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

10

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan

Setiap rakyat berpeluang untuk mendapat pendidikan bagi mengembangkan

potensinya secara menyeluruh dan bersepadu dan segi intelek, rohani, jasmani dan

emosi supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak

mulia dan berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara ( Sharifah Alawiah, 1984).

Permintaan terhadap tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutamanya

kumpulan mahir dan separa mahir semakin meningkat akibat kepesatan ekonomi

negara yang menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Sumber manusia

adalah aset yang amat penting dalam memenuhi hasrat ini. Latihan kemahiran adalah

satu strategi yang berkesan ke arah penyediaan guna tenaga negara. Menyedari

hakikat ini, Kementerian Pendidikan memperkenalkan pelbagai mata pelajaran

vokasional di sekolah menengah akademik harian mulai tahun 2002. Mata pelajaran

vokasional yang pada awal perancangan penubuhannya adalah program Kemahiran

Asas Industri (KAI) ini adalah per1uasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu di peringkat sekolah menengah rendah dan juga kursus-kursus di sekolah

menengah teknik dan sekolah menengah vokasional. Kementerian Pendidikan

berhasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya satu pertiga daripada pelajar

Tingkatan Empat dan Lima mengikuti mata pelajaran vokasional atau kursus yang

bercorakkan kemahiran pada tahun 2008 (Pusat Perkembangan Kurikulum. 2001).

Page 27: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

11

2.2 Mata Pelajaran Vokasional (MP V)

2.2.1 Matlamat

Mata Pelajaran Vokasional diperkenalkan bagi melahirkan pelajar

berkemahiran dalam bidang yang dipilih bagi memudahkan rnereka mendapat

pekerjaan, memulakan perniagaan atau meneruskan latihan di peringkat yang lebih

tinggi.

2.2.2 Objektif MataPelajaran Vokasional

i. Memberi peluang yang luas kepada pelajar memilih mata pelajaran mengikut

minat dan bakat mereka.

ii. Membekalkan kemahiran vokasional terutamanya kepada pelajar yang

cenderung dalam bidang pertukangan tangan.

iii. Memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah menengah

akademik.

iv. Sebagai persediaan awal memenuhi keperluan tenaga mahir dan separa mahir

dalam bidang perindustrian negara.

2.2.3 Penawaran dan Perlaksanaan Program

Pakej mata pelajaran vokasional ini mengandungi 22 mata pelajaran yang di

kelompokkan dalam 5 bidang usaha iaitu binaan, pembuatan, teknotani, ekonomi

rumah tangga dan aplikasi komputer. Penawaran pelbagai mata pelajaran ini

Page 28: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

12

dirancang berperingkat-peringkat mengikut empat fasa mulai tahun 2002 hingga

2005. Bagi fasa pertama, lapan mata pelajaran akan ditawarkan mulai tahun 2002.

Antara mata pelajaran tersebut adalah seperti berikut:

i Pembinaan Domestik

ii. Membuat Perabot

iii Senireka Tanda

iv. Menservis Peralatan Elektrik Domestik

v. Rekaan dan Jahitan Pakaian

vi. Katering dan Penyajian

vii. Landskap dan Nurseri

viii. Tanaman Makanan

2.2.4 Perihal Dan Status Program

i. Mata pelajaran elektif di Tingkatan Empat dan Lima bercorak kemahiran

vokasional yang memberi tumpuan kepada aktiviti amali dan kerja projek

kepada pelajar terutamanya yang berprestasi sederhana rendah dan rendah.

ii. Pelajar-pelajar golongan ini boleh mengambil satu atau lebih mata pelajaran

ini tetapi tidak boleh mengambil mata pelajaran elektif yang berkaitan.

iii. Sekolah boleh menawarkan sehingga empat mata pelajaran mengikut

kemudahan dan alat kelengkapan sedia ada, keupayaan tenaga pengajar dan

bilangan pelajar yang mencukupi.

Page 29: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

13

2.2.5 Tenaga Pengajar dan Latihan Guru

i. Pada peringkat permulaan, guru-guru yang dipilih untuk mengajar mata

pelajaran vokasional akan di beri latihan insentif di politeknik, maktab atau

pusat latihan kemahiran tempatan.

ii. Guru-guru ini juga akan di beri latihan kemahiran lanjutan dari masa ke masa.

JPN perlu memohon peruntukan tahunan untuk latihan lanjutan ini.

iii. Bagi membantu guru-guru dalam mengendalikan kerja amali, sekolah perlu

mendapatkan tenaga pengajar sambilan mahir dari syarikat atau pusat latihan

berdekatan.

iv. Untuk perancangan jangka masa panjang, Kolej Universiti, UTM dan UPM

akan dilibatkan bagi melahirkan bakal-bakal guru yang akan mengajar mata

pelajaran vokasional.

2.2.6 Peruntukan Kewangan

Setiap sekolah yang menawarkan mata pelajaran ini, tertakluk kepada

kelulusan kewangan yang dipohon akan mendapat kemudahan iaitu anggaran

pelancaran bagi membeli peralatan asas sebelum memulakan kelas dan bantuan

perkapita untuk membeli bahan habis guna.

2.2.7 Kelengkapan Dan Kemudahan Peralatan

Peralatan adalah sejenis alat yang menggunakan tangan untuk melakukan

kerja (Kirkpatrick, 1983). Peralatan yang diambil kira dalam kajian ini ialah seperti

alatan pertukangan, alatan automotif, alatan perkebunan, alatan menjahit dan lain-

lain.

Page 30: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

14

Perlaksanaan program ini mengambil kira kemudahan dan alat kelengkapan

sedia ada dengan ditambah mengikut keperluan mata pelajaran tertentu dan keadaan

bengkel.

2.3 Pengetahuan Dan Kemahiran Guru

Peranan yang dimainkan oleh guru dalam usaha memupuk minat pelajar

terhadap mata pelajaran yang diajarnya dan seterusnya meningkatkan pencapaian

pelajar adalah sangat penting. Atan Long (1980) menegaskan, salah satu sifat guru

yang penting adalah menimbulkan minat murid terhadap pengajarannya. Dengan

kaedah pengajaran yang menarik akan membuat pelajar sentiasa menantikan waktu

pelajaran guru tersebut. Selain itu, pelajar tidak akan merasa bosan dan mengantuk

tetapi sebaliknya ia akan merasai masa pengajaran guru yang pendek.

Guru harus faham tentang isi kandungan mata pelajaran yang diajarnya

disamping faham disiplin-disiplin yang diajarnya itu. Kefahaman yang pertama amat

perlu untuk mengajar apa jua. Kefahaman kedua adalah mengenai pendalaman

pengetahuan yang perlu bagi perasaan tidak khuatir dan segi intelek dan

kebolehannya mengguanakan isi kandungan pengajaran tersebut.

Ismail Salleh telah menyatakan bagi menarik lebih ramai pelajar yang

berminat tentang mata pelajaran Kemahiran Hidup, idea-idea baru dan canggih perlu

dihasilkan dan semasa ke semasa (Utusan Malaysia,24 Jun 1981). Dari kenyataan ini

dapatlah kita membuat andaian bahawa untuk melahirkan idea-idea baik dan canggih

adalah memerlukan guru-guru Kemahiran Hidup yang berkemahiran, tanpa

kemahiran mereka tidak dapat mencipta idea-idea baru dan canggih.

Wan Azmi Ramli (1991) menyatakan bahawa untuk mencapai mutu keija

yang tinggi pengetahuan mengenai kerja adalah tidak mencukupi. Pengetahuan

hendaklah disertai dengan kemahiran. Kemahiran di sini termasuklah sistem

komunikasi, mengelola, kepimpinan, bimbingan, mendengar dan lain-lain kemahiran

Page 31: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

15

bekerja. Kemahiran-kemahiran yang telah disebutkan di atas boleh didapati melalui

latihan.

Kemahiran adalah diperlukan kepada pekerja terutamanya untuk tujuan

menyelaraskan tugas. Begitu juga denga kemahiran hidup, mereka perlu kepada

ilmu kemahiran. Tanpa ilmu kemahiran akan menjejaskan kepercayaan kepada

pelajar-pelajarnya kepada guru tersebut khasnya dan guru Kemahiran Hidup yang

lain amnya. Guru yang tidak berkemahiran tidak dapat memberi kemahiran kepada

pelajarnya dan ini akan menggagalkan matlamat pendidikan negara untuk memberi

kemahiran pra-vokasional dan kemahiran hidup kepada tidak tercapai.

Guru juga merupakan seorang pembimbing atau penggerak bagi membantu

pelajar-pelajar dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan mata pelajaran yang

diajar semasa atau selepas waktu pembelajaran. (Saiful Bahri,2000). 17

Ishak Harun (1985) mengatakan perkembangan pesat dan berasa sistem

pendidikan kita telah merubah “complexity” masalahnya. Ilmu pengetahuan ikhtisas

pendidikan harian yang menjadi bercabang dan bercambah “specialized” dan tiap-

tiap bidang kursus itu memerlukan ilmu dan kemahiran yang mendalam

mengenainya. Oleh itu latihan masa yang lalu tidak mencukupi dengan peredaran

masa. Seseorang guru juga perlu profesional dan berkembang sejajar dengan

perkembangan profesionnya. Menurutnya lagi, perkembangan profesion guru berlaku

dengan pelbagai cara.

2.4 Faktor Persekitaran

Hasil kajian Sharin (1993) menunjukkan bahawa bekerja di suasana

persekitaran tempat bekerja adalah antara faktor yang saling berkait untuk

menghasilkan kerja yang bermutu. Guru-guru Kemahiran Hidup mestilah seorang

pengurus dan penyelia yang baik. Pengurusan dan penyeliaan makmal bukan sahaja

dan segi kekemasan, kebersihan dan teraturnya peralatan serta meja kerja di makmal

tetapi dan segi penjagaan ketajaman mata alat. Hasil dapatan kajian Mohd Mahbob

Page 32: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

16

(1993) menunjukkan bahawa faktor pengurusan bengkel memainkan peranan semasa

kerja amali. Manakala hasil dapatan kajian Mohd Akebal (1992) menunjukkan

bahawa bagi mengekalkan latihan bengkel yang efektif, suasana kerja dan mesin

mestilah berkeadaan baik. Selain itu, ruang kerja, pencahayaan, mesin-mesin dan

juga alatan hendaklah mencukupi, bagi menampung bilangan pelajar yang

menjalankan latihan amali. Dengan itu persekitaran memainkan peranan penting

dalam pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup.

Bilangan pelajar yang ramai dan turutan sukatan pelajaran juga merupakan

faktor persekitaran yang perlu diberi perhatian dalam pembelajaran kerja amali.

(Shahrin, 1993). Mengikut Sharifah Alawiah (1983) suasana bilik darjah merupakan

langkah yang menentukan keadaan pembelajaran. Suasana fizikal ini dapat

menggalakkan atau menghalang pembelajaran dan sebab inilah suasana fizikal bilik

darjah harus dikawal atau ditentukan oleh guru.

Guru adalah antara faktor persekitaran dalam sesuatu pembelajaran kerana

Sharifah Alawiah (1983) menyatakan bahawa guru yang berkesan adalah guru yang

serba tahu dalam berbagai-bagai faedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk

pembelajaran pelajarnya. Pelajar akan belajar dengan lebih berkesan lagi apabila

guru yang cukup bersedia dan tingkahlaku pengajarannya diatur dengan rapi. Dengan

itu guru juga memainkan peranan yang penting dalam kejayaan kerja-kerja amali.

2.4.1 Saiz Persekitaran

Persekitaran yang terlalu kecil atau terhad akan menjejaskan keselesaan untuk

belajar. Ruang makmal, susun atur peralatan seperti meja kerja, mesin dan alatan

tangan perlu di ambil kira mengikut bilangan pelajar yang menggunakan kemudahan

tersebut. Faktor persekitaran juga boleh mempengaruhi pencapaian pelajar dalam

sesuatu mata pelajaran. Persekitaran yang baik dan memberangsangkan akan

menjadikan murid itu ingin mencuba dan belajar dengan bersungguh-sungguh.

Page 33: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

17

2.4.2 Suasana Tempat Kerja

Suasana tempat kerja memerlukan keadaan yang kurang bising, cahaya yang

mencukupi, kemudahan perhubungan yang baik dan bilik yang sesuai. Sehubungan

dengan ini, sekolah juga memerlukan suasana pembelajaran yang selesa bagi

mengekalkan prestasi dan minat pelajar. Pendapat ini diperkuatkan lagi oleh Sharifah

Alawiah Alsagoff (1986) menyatakan bahawa suasana bilik darjah penting bagi

menyediakan pengajaran yang lebih berkesan, kecerahan warna dan keselesaan perlu

diberi perhatian supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan.

Menurut Ee Ah Meng (1992) suasana bilik darjah adalah penting bagi sesuatu

pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran.

Suasana bilik darjah yang teratur akan memberi keselesaan kepada guru dan pelajar

untuk melakakukan berbagai aktiviti.

2.4.3 Penyelenggaraan Makmal

Yahya (1993) manyatakan bahawa penyelenggaran yang baik lagi berkesan

amat diperlukan untuk memastikan setiap peralatan, mesin atau bangunan itu boleh

digunakan dalam satu jangka masa yang lama. Penyelenggaraan yang kurang baik

boleh menyebabkan kemudahan tersebut cepat rosak, menjadi bahaya kepada

pengguna dan akan meningkatkan kos baik pulih. Oleh itu, satu sistem

penyelenggaraan yang berkesan perlulah diamalkan.

Page 34: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

18

2.4.4 Keselamatan Makmal

Azhari (1990) menyatakan bahawa kesedaran tentang betapa pentingnya

keselamatan di dalam bengkel harus di tanam ke dalam jiwa setiap pengguna dan

pekerja. Kebanyakan kemalangan berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan struktur

atau kerosakan pada peralatan dan mesin. Kemalangan merupakan peristiwa yang

tidakndi duga. Peraturan dan langkah keselamatan dalam makmal perlu dipatuhi dan

diamalkan.

2.4.5 Pengurusan Makmal

Di samping itu, pengurusan makmal yang baik dan berkesan memainkan

peranan yang penting semasa kerja amali dijalankan. Bengkel Kemahiran Hidup

hendaklah diuruskan berdasarkan teknik-teknik dan teori pengurusan yang baik.

Perancangan guru dalam kerja amali iaitu tunjuk cara dan kerja yang mudah kepada

sukar dan juga arahan kerja amali yang mudah diikuti dan membantu pelajar untuk

mengelakkan pelajar daripada merasa bosan.

2.5 Faktor minat

Minat memainkan peranan yang penting dalam kejayaan seseuatu proses

pembelajaran. Ini adalah kerana minat dan kecenderungan memainkan peranan

penting untuk mempengaruhi pencapaian pembelajaran seseorang. Seseorang yang

berminat dalam perkara yang dipelajari akan menunjukkan pencapaian yang tinggi.

Mengikut Ralph Tyler dalam Kamaruddin dan Hazil (1990), minat adalah sesuatu

perkara yang penting adalah pendidikan sebagai matlamat atau proses iaitu sebagai

objektif dan kuasa pendorong perhubungan dengan pengalaman untuk mencapai

objektif. Minat seseorang itu boleh menentukan apa yang hendak dilakukannya.

Page 35: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

19

Pembelajaran yang berorientasikan kemahiran (amali) dapat membentuk

minat seseorang pelajar dan kecenderungan untuk melanjutkan kemahiran yang sedia

ada di alam pekerjaan dan juga kehidupan seharian. Pelajar meminati palajaran

Kemahiran Hidup yang berbentuk kemahiran asas disebabkan adanya kerja amali

yang tidak membosankan mereka semasa pembelajaran.

Minat merupakan daya penggerak yang mendorong kita supaya memberi

perhatian kepada seseorang, pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang

oleh kegiatan itu sendiri, (Crow and Crow 1983). Dengan itu minat boleh menjadi

punca kejayaan kepada sesuatu pembelajaran amali.

Minat juga merupakan satu daya pendorong yang kuat bagi seseorang untuk

memperolehi apa sahaja yang dicita ketika menjalankan sesuatu kegiatan atau kerja.

Ia merupakan satu perangsang yang berpengaruh lahir dan kegiatan itu sendiri

(Zazalli,2000).

2.6 Penutup

Pendidikan mengenai kemahiran memberi pengaruh yang besar ke atas

pengeluaran tenaga kerja untuk memenuhi permintaan industri. Oleh itu, mata

pelajaran vokasional perlu diberi penekanan yang sewajarnya dan pihak-pihak

berkenaan. Guru-guru perlu di beri bimbingan yang terbaik dalam memberi

kefahaman yang utuh dalam diri pelajar.

Page 36: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

20

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji menghuraikan metodologi kajian yang akan

digunakan semasa menjalankan kajian. Perkara yang dibincangkan dalam bab ini

ialah reka bentuk kajian, prosedur kajian, tempat kajian, populasi dan persampelan

kajian, instrumen kajian, keesahan soal selidik, kajian rintis dan kaedah

penganalisaan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk penyelidikan adalah bertujuan untuk mencari jawapan kepada

andaian-andaian penyelidikan. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan

dengan menggunakan kaedah deskriptif. Kajian berbentuk deskriptif ini sesuai

digunakan dalam penyelidikan untuk menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku

dalam populasi (Saiful Bahri, 2000).

Pendekatan soal selidik digunakan sebagai kaedah pengumpulan data bagi

menerangkan pembolehubah yang dikaji (Mohd Najib, 1999). Kaedah tinjauan ini

sesuai kerana ia bertujuan untuk mengumpul maklumat-maklumat mengenai

pembolehubah yang dikaji. Ia juga bermatlamatkan untuk menerangkan sesuatu

Page 37: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

21

kejadian yang sedang berlaku di dalam sesebuah populasi sama ada secara kuantitatif

atau kualitatif (Mohd Majid Konting, 1990).

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian adalah pelajar Tingkatan Empat yang mengikuti program

MPV Kursus Landskap dan Nurseri di Daerah Kuala Terengganu dan Besut. Senarai

bilangan pelajar bagi tahun 2008 akan diperolehi dari Jabatan Pelajaran Negeri

Terengganu.

Pengkaji menggunakan kaedah persampelan bagi memilih sampel yang

mewakili populasi. Sampel ini dianggap dapat memberi maklumat secara

keseluruhan mengenai aspek yang dikaji. Justeru itu, pengkaji akan memilih

responden yang terdiri dari pelajar Tingkatan Empat yang mengikuti Mata Pelajaran

Landskap dan Nurseri.

3.3.1 Taburan Populasi Pelajar Mata Pelajaran Vokasional Kursus Landskap

Dan Nurseri

Jadual 3.1 menunjukkan taburan pelajar yang mengambil Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) Kursus Landskap dan Nurseri di Daerah Kuala Terengganu dan

Besut. Terdapat hanya sebuah sekolah sahaja yang menawarkan mata pelajaran ini di

Daerah Kuala Terengganu manakala di Daerah Besut pula terdapat dua buah sekolah

yang menawarkan mata pelajaran ini.

Page 38: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

22

Jadual 3.1 Taburan Pelajar Mata Pelajaran Vokasional Kursus Landskap Dan

Nurseri

Bil Sekolah Pelajar

Lelaki

Pelajar

Perempuan

Bil.

Pelajar

1 SMK Mengabang Telipot, Kuala

Terengganu 14 5 19

2 SMK Pelagat,Besut 13 6 19

3 SMK Tok Dor, Besut 12 9 21

JUMLAH 39 20 59

3.4 Instrumen Kajian

Untuk kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen.

Tujuan utama soal selidik adalah untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan

lengkap. Oleh itu, soal selidik mestilah memenuhi objektif penyelidikan, di mana

maklumat yang diperlukan hendaklah dicatat terlebih dahulu dan soalan-soalan

direkabentuk kearah untuk mendapatkan maklumat tersebut.

Soal selidik adalah satu instrumen yang lazim digunakan dalam kajian

berbentuk tinjauan. Kelebihan ini ialah di mana responden hanya memerlukan sedikit

masa sahaja untuk menjawab soal selidik ini. Kaedah ini mudah untuk mendapatkan

kerjasama daripada responden. Penganalisaan ke atas jawapan juga dapat dilakukan

dengan cepat dan berkesan.

Soal selidik ini dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan pembolah ubah yang

difokuskan dalam kajian. Soal selidik ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian

A dan B sahaja.

Page 39: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

23

Bahagian A : mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan data

peribadi iaitu jantina, bangsa dan keputusan PMR.

Bahagian B : mengandungi item yang berkaitan dengan kemahiran guru,

keadaan fizikal bengkel, kemudahan fizikal alatan dan minat pelajar. Pengkaji

menggunakan perisian komputer Statiscal Package For Social Science (SPSS) untuk

menganalis data yang telah diperolehi.

Jadual 3.2 Nombor-nombor Item Yang Dikelaskan Mengikut Setiap

Persoalan Kajian

Bil Persoalan Kajian Nombor Item Jumlah Item

1. Kemahiran Guru

1, 2, 3, 4, 5, 6, 7,

8

8

2. Kemudahan Bahan

Pengajaran dan Peralatan

9,10,11,12, 13,14,

15

7

3. Fizikal Bengkel

16, 17, 18, 19, 20,

21, 22

7

4. Minat Pelajar

23, 24, 25, 26, 27,

28

6

3.5 Prosedur Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sekolah-sekolah perintis MPV di Daerah Kuala

Terengganu dan Besut hanya melibatkan sekolah yang menawarkan Mata Pelajaran

Vokasional (MPV) Landskap dan Nurseri. Kajian ini juga hanya melibatkan pelajar

pelajar Tingkatan Empat yang sedang mengikuti pengajian ini.

Pengkaji telah mengambil langkah awal dengan memohon kebenaran dari

Bahagian Pembangunan dan Penyelidikan ( EPRD ) untuk menjalankan kajian di

sekolah- sekolah perintis MPV Landskap dan Nurseri di Daerah Kuala Terengganu

Page 40: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

24

dan Besut. Pengkaji juga memohon kerjasama dan pihak pengetua sekolah terbabit

untuk menjalankan kajian ini.

Pengkaji mengedarkan dan memungut instrumen kajian kepada semua

sampel di sekolah perintis yang terlibat di sekitar Daerah Kuala Terengganu dan

Besut. Pengkaji juga menetapkan hari yang bersesuaian untuk mengedarkan soal

selidik dan dipungut pada hari yang sama serta dibantu guru mata pelajaran tersebut.

3.6 Analisi Data

Semua data yang diperolehi dikumpulkan dan disemak dengan teliti untuk

mengelakkan dan berlakunya sebarang kesilapan semasa membuat analisis. Borang

soal selidik terdiri kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Bagi memudahkan penganalisaan data pada bahagian B, penyelidik akan

membahagikan data kepada tiga bahagian seperti yang dinyatakan oleh Mohd Najib

(1997).

Jadual 3.3 Analisis Data

PANDUAN

1 = Sangat Tidak Setuju (STS)

2 = Tidak Setuju (TS)

3 = Kurang Setuju (KS)

4 = Setuju (S)

5 = Sangat Setuju (SS)

Page 41: PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI … · PERSEPSI PELAJAR–PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA TERENGGANU DAN BESUT TERHADAP PERLAKSANAAN MATA PELAJARAN VOKASIONAL

25

Jadual 3.4 Skala Darjah Penilaian Tahap

Min Tahap

1.00 - 2.00 Rendah

2.01 - 3.00 Sederhana Rendah

3.01 - 4.00 Sederhana Tinggi

4.01 - 5.00 Tinggi

Sumber : Nunnally dalam Mohd Anuar Abdul Rahman (2007)

Semua data yang dipeolehi daripada soal selidik ini akan diproses dan

dianalisis untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan min mengikut persoalan

kajian. Hasil yang diperolehi akan dirumuskan ke dalam bentuk jadual.

3.7 Penutup

Bab tiga ini sebenarnya merupakan satu laporan yang lengkap mengenai reka

bentuk kajian yang meliputi pelbagai aspek seperti instrumen kajian, populasi dan

sampel kajian, jangka masa dan sebagainya.