personaliti jenama halal memupuk peradaban alaf … · pengaruh ahli keluarga yang menjadi agen...

15
E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL 2018 E-PROCEEDING OF THE 1 ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by https://worldconferences.net Page 45 PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN ALAF BARU: SATU ANALISIS AWAL Nurliana binti Mohd. Hassan, Khairul Anwar bin Mastor, Fariza binti Md. Sham, Fazilah binti Idris Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] ABSTRAK Gagasan pemikiran generasi alaf baru mula berubah sejak tahun 2000. Era internet mula bercambah dan jaringan industri terus mengorak langkah. Jenama halal semakin diperkatakan di peringkat pasaran tetapi sehingga kini penerapan nilai melalui konsep halalan toyyiban belum berjaya dipupuk dengan baik. Generasi muda seakan semakin jauh daripada syariat sebaliknya kian kerap menghampiri maksiat. Ada yang menyifatkan ia berpunca daripada keruntuhan adab akibat kekeliruan ilmu dan ketidaksahan pemimpin. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenengahkan aspek personaliti jenama halal daripada perspektif sarjana yang berbeza. Selain daripada itu, kajian ini juga akan memperjelaskan hikmah-hikmah disebalik suruhan dan larangan Allah Subhanahuwa Taala. Kajian yang menggunakan analisis dokumen ini turut mengutarakan perkaitan signifikan antara hujah-hujah yang dibahaskan agar dapat mengusulkan solusi yang boleh diterima pakai oleh masyarakat Malaysia umumnya dan umat Islam, khususnya. Persoalan iman melalui kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang menjadi cara untuk menjauhkan diri daripada perkara syubhah dan haram akan dapat dirungkai. Malah, kupasan hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi gambaran betapa Rasulullah sallallahualaihi wasallam sentiasa berdoa agar dikurniakan hati yang bersih. Bidang Penyelidikan : Penjenamaan Halal, Alaf Baru, Halalan Toyyiban --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- PENGENALAN Personaliti individu yang beragama Islam terbina daripada rukun-rukun asas yang menjadi satu sistem kepercayaan untuk melengkapi kehidupan umat manusia. Secara harfiahnya, Islam adalah agama fitrah yang membawa pengertian selamat, sejahtera dan suci. Malah ia bersifat rabbani daripada segi sumber dan matlamat, syumul serta memenuhi keperluan manusia sejagat (Fariza et al., 2013). Maka seharusnya penekanan dan tumpuan diberikan terhadap usaha menjaga kemaslahatan umat menerusi kajian-kajian khusus, kuliah dan program-program yang bersifat mendidik. Hal ini kerana, maksud Islam tidak akan dapat dizahirkan dengan baik sekiranya konsep-konsep seperti tauhid, syariah, akhlak, feqah, ibadah, tasawuf dan lain-lain tidak dihayati seterusnya diamalkan oleh setiap individu Muslim (Khairul Anwar, 2009). Mendepani cabaran globalisasi mewujudkan suasana pekerjaan yang memberi saingan hebat malah setiap urusan menuntut kepantasan, kecekapan dan ketepatan. Dewasa ini, pelbagai implikasi dapat diperhatikan berlaku dalam segenap lapisan masyarakat termasuk yang memberi impak positif dan negatif. Demi mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pemain industri selaku sumber modal insan yang mampan, pembentukan pemikiran melalui penerapan nilai yang betul adalah sangat penting (Zakaria, 2017). Tentunya, ia bermula daripada peringkat asas iaitu daripada rumah yang terdiri

Upload: hakien

Post on 10-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 45

PERSONALITI JENAMA HALAL MEMUPUK PERADABAN ALAF BARU:

SATU ANALISIS AWAL

Nurliana binti Mohd. Hassan, Khairul Anwar bin Mastor, Fariza binti Md. Sham, Fazilah binti Idris

Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Gagasan pemikiran generasi alaf baru mula berubah sejak tahun 2000. Era internet mula bercambah dan

jaringan industri terus mengorak langkah. Jenama halal semakin diperkatakan di peringkat pasaran

tetapi sehingga kini penerapan nilai melalui konsep halalan toyyiban belum berjaya dipupuk dengan

baik. Generasi muda seakan semakin jauh daripada syariat sebaliknya kian kerap menghampiri maksiat.

Ada yang menyifatkan ia berpunca daripada keruntuhan adab akibat kekeliruan ilmu dan ketidaksahan

pemimpin. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengenengahkan aspek personaliti jenama halal

daripada perspektif sarjana yang berbeza. Selain daripada itu, kajian ini juga akan memperjelaskan

hikmah-hikmah disebalik suruhan dan larangan Allah Subhanahuwa Taala. Kajian yang menggunakan

analisis dokumen ini turut mengutarakan perkaitan signifikan antara hujah-hujah yang dibahaskan agar

dapat mengusulkan solusi yang boleh diterima pakai oleh masyarakat Malaysia umumnya dan umat

Islam, khususnya. Persoalan iman melalui kebersihan, kesihatan dan keselamatan yang menjadi cara

untuk menjauhkan diri daripada perkara syubhah dan haram akan dapat dirungkai. Malah, kupasan

hadis berkaitan halal dan haram dapat memberi gambaran betapa Rasulullah sallallahualaihi wasallam

sentiasa berdoa agar dikurniakan hati yang bersih.

Bidang Penyelidikan : Penjenamaan Halal, Alaf Baru, Halalan Toyyiban

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGENALAN

Personaliti individu yang beragama Islam terbina daripada rukun-rukun asas yang menjadi satu sistem

kepercayaan untuk melengkapi kehidupan umat manusia. Secara harfiahnya, Islam adalah agama fitrah

yang membawa pengertian selamat, sejahtera dan suci. Malah ia bersifat rabbani daripada segi sumber

dan matlamat, syumul serta memenuhi keperluan manusia sejagat (Fariza et al., 2013). Maka

seharusnya penekanan dan tumpuan diberikan terhadap usaha menjaga kemaslahatan umat menerusi

kajian-kajian khusus, kuliah dan program-program yang bersifat mendidik. Hal ini kerana, maksud

Islam tidak akan dapat dizahirkan dengan baik sekiranya konsep-konsep seperti tauhid, syariah, akhlak,

feqah, ibadah, tasawuf dan lain-lain tidak dihayati seterusnya diamalkan oleh setiap individu Muslim

(Khairul Anwar, 2009).

Mendepani cabaran globalisasi mewujudkan suasana pekerjaan yang memberi saingan hebat

malah setiap urusan menuntut kepantasan, kecekapan dan ketepatan. Dewasa ini, pelbagai implikasi

dapat diperhatikan berlaku dalam segenap lapisan masyarakat termasuk yang memberi impak positif

dan negatif. Demi mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan pemain industri selaku sumber

modal insan yang mampan, pembentukan pemikiran melalui penerapan nilai yang betul adalah sangat

penting (Zakaria, 2017). Tentunya, ia bermula daripada peringkat asas iaitu daripada rumah yang terdiri

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 46

daripada ayah, ibu, abang, kakak, datuk, nenek, pakcik dan makcik sebagai entiti utama sesebuah

institusi keluarga. Sesungguhnya, personaliti atau keperibadian individu adalah hasil didikan dan

pengaruh ahli keluarga yang menjadi agen pemuafakatan ummah. Sekaligus, memberi impak terhadap

pemikiran, watak dan peranan mereka dalam sesebuah masyarakat yang pelbagai sebagaimana yang

disebutkan oleh Prof. Madya Dr. Fazilah Idris menerusi buku bertajuk Personaliti dan Pembangunan

Insan.

Apabila membincangkan tentang halal, kita tidak dapat lari daripada apa yang terkandung

dalam maqasid al-syariah. Indeks syariah yang telah diusahakan oleh pihak kerajaan jelas menunjukkan

penghayatan tauhid, pematuhan syariah, pemeliharaan maslahah dan semangat perlembagaan

persekutuan sebagai teras utama tadbir urus syariah (Sharifah Hayaati, 2017). Manakala prinsip utama

tadbir urus syariah seperti yang telah digariskan adalah amanah, ihsan, syura, hikmah dan syaja’ah iaitu

keberanian yang berlandaskan kebenaran (Zakaria, 2017). Hasil aplikasi nilai melalui gabungjalin

peranan warga institusi, pengurusan prestasi organisasi dan amalan terbaik mampu memastikan

kelancaran dan keberkesanan tadbir urus yang berintegriti tinggi. Berdasarkan garis panduan tadbir urus

syariah, amalan terbaik yang boleh digunapakai dalam pelbagai aspek termasuk keberkesanan lembaga

dan pengurusan tertinggi, pengurusan dan kawalan sumber, tadbir urus perolehan, kawalan dalaman

dan pengurusan risiko. Namun, apakah nilai terbaik yang perlu diterapkan kepada setiap peringkat

tertentu itu?

KAJIAN KEPUSTAKAAN

HALALAN TOYYIBAN

Perkataan halal yang berasal daripada bahasa Arab membawa pengertian yang sangat

mendalam kepada umat Islam. Ia didefinisikan sebagai suatu perkara yang diharuskan yang telah gugur

daripanya ikatan haram dan syariat membenarkan perbuatannya (Yusuf Qardhawi, 2016). Dalam

ertikata lain, ia bermaksud ‘dibenarkan’ dan dilazimi sebagai halalan toyyiban yang memberi gambaran

dibenarkan kerana kebaikannya (Mastura, 2016). Fokus terhadap produk halalan toyyiban melibatkan

banyak pihak. Walaubagaimanapun, penekanan kepada aspek modal insan masih belum cukup

membuktikan tahap keseriusan kita untuk memastikan kemampanan produk halalan toyyiban. Pastinya

ia perlu melibatkan usaha pembekalan nilai dan kemahiran tertentu agar ahli masyarakat berupaya

berfungsi dan menyumbang kepada industri halal yang pastinya menjadi penentu kepada kesejahteraan

ummah.

Kitab Al-Quran yang menjadi rujukan utama umat Islam banyak merakamkan perihal halal.

Antaranya adalah seperti dalam surah al-A’raf ayat 157, Allah subhanahuwa Taala berfirman:

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 47

لذين ٱ سول ٱي تبعون يٱلنبيٱلر م فيۥي جدون هلذيٱلأ همأ توباعند كأ ىةٱم ر نجيلٱو لتوأ مرهمبلأروفٱي أأ عأ م

نلأ ع ه ىهمأ ي نأ رٱو منك ل هملأ يحل و

تٱ هملطيب ل يأ مع ر يح ئث ٱو ب خ ر لأ إصأ همأ نأ عع ي ض و و ل ٱهمأ ل ف لتيٱلأ غأ همأ ل يأ ع ان تأ نوابهلذين ٱك ام روهو ۦء ن ص روهو ز ع لذيٱلنور ٱتب عواٱو

ه ع م همۥأنزل ئك لحون ٱأول مفأ لأ

Maksudnya:

…dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka

segala benda yang buruk….

Allah subhanahuwa Taala berfirman lagi dalam surah al-Baqarah ayat 173:

كم ل يأ ع م ر اح ت ة ٱإنم يأ م م ٱو لأ لد م ل حأ خنزيرٱو بهلأ أهل ا م رۦو يأ هٱلغ نلل طرٱف م يأضأ غ إن ه ل يأ ع م

إثأ ادف ل ع ل ب اغو حيم لل ٱر فورر غ

Maksudnya:

Sesungguhnya Allah subhanahuwa Taala mengharamkan kepadamu darah dan daging khinzir.

Dan dalam surah al-Ma’idah ayat 3:

كم ل يأ ع تأ م ت ةٱحر يأ م مٱو لأ ملد ل حأ خنزيرٱو رلأ يأ لغ أهل ا م ٱو نق ةٱو ۦبهلل خ منأ ةٱو لأ قوذ وأ م

ي ةٱو لأ د مت ر ةٱو لأ لنطيح ل أ ك ا م بعٱو الس م و تمأ يأ ك اذ م إل

ل ى ع سموابلنصبٱذبح ت قأ أ نت سأ مٱو ل فسألأ زأ لكمأ ذ م ٱق ي وألأ و لذين ٱي ئس همأ وأ ش ت خأ ف ل ف روامندينكمأ نٱك وأ ش م ٱخأ ي وأ

لأ دين كمأ تل كمأ لأ م أ كأ

ضيتل كم ر تيو م نعأ كمأ ل يأ تع مأ م أ تأ م ٱو ل سأ نلأ ف م

طرٱدينا مفيضأ ثأ انفل مت ج ر يأ ةغ م ص خأ م حيملل ٱف إن فورر غ

Maksudnya:

Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai, darah, daging khinzir, dan binatang-binatang

yang disembelih kerana yang lain daripada Allah subhanahuwa Taala, dan yang mati tercekik,

mati dipukul, mati jatuh, mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang

sempat kamu sembelih, dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan) kamu

mengundi nasi dengan anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik.

Selain daripada itu, dalam surah al-An’am ayat 145, Allah subhanahuwa Taala mengulanginya

dengan menyatakan seperti berikut:

مه ع ل ىط اعمي طأ ماع ر مح إل ي أوحي ا أ جدفيم خنزيرف إنهۥقلل م ل حأ فوحاأ وأ سأ مام د ت ةأ وأ يأ م أ ني كون رۥإل يأ لغ قاأهل فسأ أ وأ س ٱرجأ لل

نۦبه طرٱف م حيمضأ فورر غ بك ر ادف إن ع ل ب اغو ر يأ غ

Maksudnya:

Katakanlah, “Aku tidak dapati dalam apa yang sudah diwahikan kepadaku, sesuatu yang

diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan jikalau benda itu bangkai, atau

darah yang mengalir, atau daging khinzir kerana sesungguhnya ia adalah kotor, atau dilakukan

secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama selain daripada Allah subhanahuwa

Taala. Kemudian sesiapa yang terpaksa sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui

batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 48

Dalam ayat tersebut, Allah subhanahuwa Taala menyifatkan khinzir sebagai rijsun yakni haiwan yang

kotor dan keji yang perlu dijauhi oleh akal yang sihat dan mampu berfikir. Segala yang berbau busuk,

tahi dan segala kekotoran disebut rijsun kerana kotor dan najis. Imam at-Tabari pula menafsirkan rijsun

sebagai khinzir kerana ia kotor dan najis (Samhani, 2017).

Kamus Besar Bahasa Arab-Melayu Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur (2006)

memberikan maksud ar-rijsu sebagai kekotoran, benda-benda yang kotor, perlakuan yang buruk,

perkara yang haram, laknat, kekufuran, seksaan dan godaan syaitan. Kerana itu, sekiranya tersentuh

secara tidak sengaja, tangan atau apa-apa yang terkena khinzir itu perlulah disucikan dengan tujuh kali

basuhan iaitu satu kali daripadanya dengan tanah termasuk doktor veterinar yang perlu memakai sarung

tangan ketika berurusan dengan haiwan itu.

Malah Imam al-Bukhari dan Muslim pernah merekodkan bahawa Rasulullah sallallahualaihi

wasalam menyatakan:

‘Sesungguhnya Allah subhanahuwa Taala mengharamkan jual beli arak, bangkai, khinzir dan

berhala.’

Manakala Imam al-Bukhari, Muslim dan Ashabus Sunan turut merekodkan seperti berikut:

Daripada Jabir bin Abdullah, beliau mendengar Rasulullah sallallahualaihi wasalam

menyatakan pada tahun penaklukan Makkah. Pada waktu itu beliau berada di Makkah,

sesungguhnya Allah mengharamkan jual beli arak, bangkai, khinzir dan patung berhala. “Lalu

ada yang bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah boleh (menjual) lemak bangkai, kerana ia dapat

digunakan bagi mengecat parahu dan meminyaki kulit serta berguna sebagai bahan bakar

lampu? Maka Baginda menjawab, “Tidak boleh, ia tetap haram.” Kemudian, Rasulullah

sallallahualaihi wasalam menyambung lagi,

“Semoga Allah memusnahkan orang Yahudi. Sungguh Allah mengharamkan lemaknya. Lalu

mereka ubah bentuknya menjadi minyak kemudian menjualnya dan memakan hasil

penjualannya.”

Khalifah Umar al-Khattab radhiallahuanhu pula pernah berkata dengan tegas dalam kitab Musannaf

jilid VI bahawa “Allah subhanahuwa Taala mengutuk Samurah bin Jundub iaitu pegawai kami di Iraq

kerana telah mencampurkan harga arak dan khinzir ke dalam belanjawan hak orang Islam. Arak dan

khinzir adalah haram. Hasilnya juga adalah haram. Tambah Khalifah Umar lagi dalam Sunan al-Baihaqi

6/14:

Tidak halal berjual beli sesuatu yang tidak dihalalkan memakan dan meminumnya.

Khalifah Umar juga pernah mengirimkan surat kepada pemerintah-pemerintah daerah yang

mengandungi penyataan seperti berikut:

Jangan ada seekor khinzir yang berdekatan dengan kamu, jangan ada orang-orang Nasrani di

antara kamu yang menegakkan salib-salibnya, dan jangan menghadiri jamuan makan yang

dalamnya ada orang yang minum arak. Berlatihlah menunggang kuda dan belajarlah memanah.

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 49

Maka perintah tersebut telah disepakati lalu mereka melarang penternakan khinzir dalam Negara Islam.

Ini adalah kerana khinzir adalah najis yang tidak mungkin dapat disucikan. Justeru, jual beli najis

samada yang telah diproses atau tidak adalah haram.

Pengharaman khinzir bukan setakat daripada aspek makanan, minuman dan penggunaan,

malahan ia termasuk sentuhan, ternakan, jual beli atau apa sahaja yang berkaitan dengan khinzir samada

mentah atau dimasak, yang disembelih secara syarie atau tidak, apatah lagi untuk kegunaan peralatan

seperti penyapu, tali pinggang dan sebagainya walaupun disamak. Ulamak dalam Mazhab Syafie

bersetuju mengatakan penggunaan khinzir sebagai ubat adalah haram kerana tiada ubat pada benda-

benda najis. Sekaligus, ia menjadi pegangan kebanyakan umat Islam di Malaysia.

PEMBEKALAN NILAI HALALAN TOYYIBAN DALAM KONTEKS KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA

Di Malaysia, proses pembekalan nilai untuk membentuk norma sebagaimana yang telah

diselaraskan oleh perlembagaan persekutuan diimplementasikan menerusi sistem pendidikan. Ia

merupakan satu proses mendidik, melatih, mengajar dan menyampaikan ilmu berdasarkan hasrat

Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menggagaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara

jelas seperti berikut:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari

segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha

ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat di dalam Negara.

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2011

Menurut kajian Nurul Amali bin Mohd. Shamsudin (2016), sejak tahun 1975 lagi pihak Kementerian

Pelajaran Malaysia telah memberi banyak tumpuan kepada larangan meminum minuman keras atau

yang memabukkan oleh para pelajar dalam kawasan sekolah. Dengan merujuk kepada ‘Perkara-Perkara

Tatatertib Yang Dianggap Berat’ melalui surat pekeliling ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia bil.

9/1975 bertajuk Disiplin Sekolah: Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid. Ia dikategorikan

sebagai pelanggaran disiplin dan boleh dikenakan tindakan disiplin yang berat oleh pihak sekolah. Pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan beberapa pendekatan untuk mengawal kesalahan

ini daripada terus berlaku. Dua pendekatan tersebut adalah:

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 50

i) Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Melalui pendekatan ini, para pelajar didedahkan dengan pelbagai kesan dan aspek negatif tentang gejala

meminum minuman keras yang lebih dikenali sebagai arak. Pendedahan kepada pelajar berkaitan

pengharaman arak atau minuman yang memabukkan dan perbuatan meminum arak sebagai dosa besar

yang menjadi kemurkaan Allah subhanahuwa Taala dilaksanakan dalam skop kurikulum sekolah.

Firman Allah subhanahuwa Taala yang bermaksud:

أ الذين ٱيه اي اإنم نو ام رٱء مأ خ سرٱو لأ يأ م ابٱو لأ مٱو لأ نص ل للأ زأ م ع نأ سم نٱرجأ ط يأ ت نبوهٱف لش لحون جأ تفأ لكمأ ل ع

Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi

nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan.

Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Surah al-Maaidah 5:90

Berdasarkan firman tersebut, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah memberi

penekanan dalam bab akidah melalui tajuk ‘Dosa Besar dan Dosa Kecil’ serta dalam bab ibadah melalui

tajuk ‘Bersuci Daripada Najis’. Seterusnya, penekanan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM)

adalah dalam bab hadis melalui tajuk ‘Hindarkan Makanan Haram’, bab akidah melalui tajuk ‘Beriman

Dengan Hari Akhirat’ serta ‘Dosa-Dosa Besar Yang Merosakkan Iman’ dan dalam bab adab dan akhlak

Islamiah melalui tajuk ‘Adab Menjaga Diri dan Maruah’ juga ‘Adab Berjual Beli’. Kesemua tajuk-tajuk

tersebut terkandung dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Manakala dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, penekanan dan tumpuan adalah berkaitan

kesan buruk pengambilan arak terhadap nilai diri, maruah dan nama baik keluarga melalui tajuk

‘Tanggungjawab Terhadap Keluarga’.

ii) Pendekatan penguatkuasaan disiplin pelajar

Pendekatan ini dilaksanakan untuk menanam kesedaran tentang betul atau salah dalam diri pelajar,

menghalang dan mengelakkan daripada berkelakuan yang tidak dikehendaki, cara larangan dan cara

mengenakan hukuman andaikata larangan tersebut tidak dipatuhi. Ia juga penting bagi menentukan

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah berjalan lancar dalam keadaan iklim sekolah yang

kondusif. Sistem pengawalan ini melibatkan perlaksanaan dasar yang tertakluk kepada Peraturan-

Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 yang digubal berdasarkan Ordinan Pelajaran 1957.

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 51

Walaubagaimanapun, pengurusan disiplin pada masa kini adalah berpandukan Buku-Buku Panduan

Disiplin dan Surat-Surat Pekeliling Ikhtisas yang mula digunapakai sejak tahun 1981.

Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia sempena perlaksanaan pendekatan-pendekatan tersebut adalah

untuk mewujudkan persepsi atau pandangan alam Islam yang betul dikalangan para pelajar tentang

minuman keras seperti arak serta sedar tentang hakikat sebenar meminum minuman keras agar dapat

membezakan perkara yang baik dan yang memudaratkan.

PERSONALITI JENAMA HALAL

Teori personaliti yang paling dominan digunakan oleh pengkaji-pengkaji psikologi personaliti

Barat sejak tahun 1930an adalah Teori Lima Faktor yang menyifatkan personaliti sebagai tingkahlaku

hasil daripada respon terhadap faktor persekitaran berdasarkan kualiti kendiri, persepsi terhadap diri

sendiri dan bagaimana ia digabungjalinkan untuk membentuk konsep kendiri. Ia dibahagikan kepada

lima dimensi iaitu openness (keterbukaan dalam menerima idea), conscientiousness (disiplin dan

kecemerlangan), extraversion (sensitiviti terhadap orang lain), agreeableness (mudah berbincang) dan

neurocentrisme (kestabilan emosi). Setiap dimensi tersebut digunakan untuk menilai tahap personaliti

seseorang. Teori ini telah digagaskan oleh Gordon Allport.

Berbanding dengan personaliti insan, matlamat personaliti jenama adalah berbeza sama sekali.

Ini adalah kerana jenama atau penjenamaan tidak merujuk kepada manusia sebaliknya bergantung

kepada persepsi, pemikiran dan perasaan seseorang individu terhadap ciri-ciri sesuatu jenama seperti

fungsi dan prestasi sesuatu produk. Konstruk personaliti jenama telah mula dikaji oleh Jennifer Aaker

pada tahun 1997. Beliau merupakan seorang pensyarah pemasaran di Fakulti Pengurusan, Universiti

California, Los Angeles. Menurut kajian beliau, ciri-ciri produk dinilai oleh individu yang telah

membeli dan menggunakan produk tersebut. Sekaligus, diberi gelar sebagai pengguna. Dalam masa

yang sama, golongan yang diamanahkan untuk menguruskan, mengembangkan dan mengukuhkan

sesuatu jenama produk seperti pengusaha, pengilang serta pengeluar turut memainkan peranan penting

untuk memberi gambaran tentang personaliti jenama sesuatu produk. Perbezaan yang lebih ketara

antara personaliti insan dan personaliti jenama adalah sesuatu produk hanya boleh dinilai oleh pengguna

tetapi personaliti insan boleh direfleksikan oleh diri sendiri atau juga dinilai oleh orang lain. Disamping

itu, personaliti insan disimpulkan daripada kepercayaan, sikap, ciri-ciri fizikal dan faktor demografi.

Malaysia telah bergerak aktif untuk meletakkan namanya sebagai sebuah hub halal di rantau

Asia Tenggara sejak 1974. Antara inisiatif utama yang telah diusahakan adalah dengan menambahbaik

piawaian prosedur makanan halal melalui MS1500:2004 oleh Jabatan Standard Malaysia. Ia berfungsi

sebagai garis panduan pengeluaran, latihan, pengendalian dan penstoran produk makanan halal di

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 52

Malaysia. Oleh kerana produk halal semakin menjadi pilihan gaya hidup sihat pengguna, maka jenama

halal semakin menghadapi cabaran jika tidak diuruskan dengan sistem penjenamaan yang berkesan.

Oleh itu, melalui pemahaman tentang konsep halal, haram dan syubhah serta kerjasama

daripada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tentang proses pensijilan halal, lima

konstruk personaliti jenama halal telah dikenalpasti oleh Dr. Fazil Ahmad yang merupakan seorang

pensyarah di Fakulti Sains Sosial Gunaan Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu, iaitu:

i) Kesucian

- Kualiti dan kondisi sesuatu produk atau perkhidmatan yang bersih, selamat dan

menyihatkan.

ii) Keterujaan

- Dipengaruhi oleh penilaian terhadap keistimewaan produk yang memberi

kepuasan serta kesetiaan pengguna.

iii) Keselamatan

- Kebebasan pengguna daripada bahaya, cedera dan kerosakan termasuk risiko yang

perlu ditanggung.

- Mewujudkan kesatuan dan hubungan persaudaraan dalam urusan pengendalian

produk daripada peringkat bahan mentah ke tangan pengguna.

- Berperanan sebagai pemangkin terhadap keberkesanan korporat, pemasaran dan

strategi komunikasi.

iv) Kecanggihan

- Proses perubahan yang merentasi budaya dalam merekabentuk strategi penciptaan,

penghantaran, pengendalian, pemprosesan, penyimpanan, penyediaan dan

penyampaian kepada pengguna yang melibatkan kemudahan teknologi.

v) Kebenaran

- Pematuhan terhadap kehendak syari’ah dan nilai moral serta keagamaan.

- Mempengaruhi tingkahlaku, sikap dan persepsi pengguna terhadap sesuatu jenama

produk.

- Dimensi penting untuk pengiklanan dan pemasaran yang berkesan.

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 53

HIKMAH DISEBALIK SURUHAN DAN LARANGAN ALLAH SUBHANAHUWA TAALA

Melanggar larangan Allah subhanahuwa Taala bererti menghadirkan dosa seterusnya

menyebabkan hati manusia menjadi kotor, hitam dan keras. Lebih buruk lagi apabila iman semakin

terhakis dan hilang rasa takut kepada Allah subhanahuwa Taala hingga tidak lagi mengharapkan

pertolongan Allah subhanahuwa Taala. Lebih malang lagi sekiranya hati tidak mampu merasakan

nikmat syurga, azab neraka, kiamat itu ada dan Allah subhanahuwa Taala itu dekat.

Memakan makanan yang haram seperti khinzir secara sedar atau tidak, bukan sahaja

mengotorkan jasad yang fizikal tetapi juga hati (Samhani, 2017). Apabila hati dicemari, maka perbuatan

jahat dan zalim mula terzahir kerana telah dikuasai syaitan laknatullah. Tuntasnya, makanan yang halal

sangat penting demi pertumbuhan tubuh dan roh yang suci serta lengkap dengan ketaqwaan kepada

Allah subhanahuwa Taala.

Sains telah membuktikan betapa banyak penyakit daripada kuman, cacing, bakteria dan virus

yang dibawa oleh daging khinzir. Contoh paling ketara adalah kemunculan penyakit H1N1 dan JE

(Japanese Encephalitis) pada tahun 2009. Ia membuktikan kemudaratan yang melemahkan fizikal

sedangkan tubuh perlu dijaga untuk kebaikan roh, hati dan jasad sebagaimana yang telah dinyatakan

oleh Imam al-Ghazali dalam Intisari Ihya Ulumuddin (2001). Prof. Dr. Yusof al-Qaradhawi

juga menegaskan dalam bukunya ‘The Lawful & The Prohibited in Islam’ bahawa kanun undang-

undang yang bersumberkan al-Quran dan hadis menetapkan hukun haram bagi orang Islam yang makan

dan minum sesuatu yang membahayakan kesihatan kerana ia seperti racun yang membawa maut secara

cepat atau lambat.

Pengharaman khinzir turut menguji ketahanan mental dalam mentaati larangan Allah

subhanahuwa Taala sedangkan manusia dikurniakan fikiran dan perasaan sehingga sering ingkar kerana

hanya menerima perkara yang difikirkan baik dan selari dengan jiwanya.

TAKRIFAN MAKSIAT MENURUT KITAB HIDAYATUS SALIKIN

أ يه ا افيلناسٱي ضٱكلوامم تلأ رأ ت تبعواخطو ل لط يباو ل نٱح ط بين ۥإنهلشيأ م دو ع ل كمأ

Maksudnya:

Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan

janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang

lagi nyata bagi kamu.

Surah Al-Baqarah 2:168

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 54

Kitab Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil Muttaqin merupakan kitab ringkasan daripada kitab

Bidayatul Hidayah iaitu kitab ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali

rahimahullahu Taala. Kitab ini telah ditulis oleh seorang ulama sufi Nusantara dan merupakan seorang

mujahid anti penjajah yang telah menunjukkan kesungguhannya yang luarbiasa dalam berjuang

membela agama dan kesejahteraan tanahair. Beliau adalah Sheikh Abdus Samad bin Abdur Rahman

bin Abdul Jalil yang berasal dari Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia. Beliau telah menulis kitab

ini sebagaimana yang telah disebutkan dalam sanad iaitu salasilah riwayat secara bersambung daripada

guru ke guru. Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil bermaksud petunjuk bagi orang yang takut akan

Allah Subhanahuwa Taala. Kitab ini telah ditahqiq oleh Sheikh Ahmad Fahmi Zamzam yang

berkhidmat di Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena, Kedah dan telah diulang cetak oleh Galeri

Ilmu Sdn. Bhd. sehingga kini.

Bab ketiga kitab Hidayatus Salikin yang bertajuk ‘Pada Menyatakan Menjauhi Segala Maksiat

Yang Zahir’ menghuraikan tentang kepentingan meninggalkan maksiat yang ditegah oleh agama dan

berlaku taat terhadap suruhan agama. Imam al-Ghazali menegaskan bahawa setiap anggota tubuh itu

adalah nikmat daripada Allah Subhanahuwa Taala. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang itu

melakukan maksiat dengan anggora tubuh, maka dia telah menyalahi tujuan dijadikan anggota tubuh

tersebut. Sesungguhnya dia telah mengkufuri nikmat anggota tubuh yang diamanahkan oleh Allah

Subhanahuwa Taala kerana tidak memeliharanya. Disebutkan juga bahawa setiap anggota tubuh

manusia itu adalah seperti rakyat yang akan menjadi saksi dan setiap perbuatan tidak bermanfaat

daripada anggota tersebut akan dipersoalkan pada hari kiamat kelak.

Tujuh anggota tubuh yang diberi perhatian adalah:

1) Mata

2) Telinga

3) Lidah

4) Perut

5) Kemaluan

6) Tangan

7) Kaki

Walaubagaimanapun, sabda Nabi Muhammad sallallahualaihi wasalam tentang halal dan haram

dibincangkan bermula daripada anggota perut menerusi riwayat Baginda yang bermaksud ‘menuntut

yang halal itu fardhu atas tiap-tiap orang Islam’. Seterusnya, Imam al-Ghazali menyebut bahawa wajib

bagi umat Islam yang soleh untuk memeriksa sesuatu yang datang daripada sumber yang tidak diketahui

sehingga nyata akan halalnya. Sebaliknya, jika tidak nyata halalnya, maka dibolehkan untuk menolak

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 55

pemberian tersebut dengan syarat tidak menyakitkan hati mereka yang memberi. Dalam keadaan begitu,

tidak harus diperiksa akan haramnya kerana adalah haram jika bertambah sakit hati pemberi.

Oleh yang demikian, seharusnya penolakan terhadap pemberian yang tidak nyata halalnya

dilakukan secara berhikmah dan lemah-lembut kerana memelihara kesakitan adalah lebih baik daripada

menolak pemberian. Syubhat atau tidak yakin akan halal haram juga harus dipelihara kerana menurut

Imam al-Ghazali lagi, yang halal itu nyata, yang haram itu nyata dan yang syubhat itu adalah haram.

Sekiranya pemberian itu daripada orang soleh, adalah haram dijauhi kerana rasa was-was tersebut boleh

membawa buruk sangka kepada orang soleh. Apatah lagi jika dengan menjauhinya akan menyakitkan

hati orang soleh itu bahkan menjadikan hati lebih liar dan derhaka seperti firman Allah subhanahuwa

Taala:

أ يه ا نوالذين ٱي ام ت نبواٱء جأ ن ثيرام لظنٱك ض ب عأ لظنٱإن دكمأ أ ح أ يحب ضا ضكمب عأ ت ببعأ ي غأ ل سسواو ت ج ل و مه تاإثأ يأ أ خيهم م ل حأ كل أ ني أأ

و تموه رهأ لل ٱتقواٱف ك حيملل ٱإن ابر ت و

Maksudnya:

Bahawa setengah daripada sangka itu jadi dosa.

(Surah al-Hujurat 49:12)

Setelah itu, sekiranya sesuatu pemberian atau harta itu diperolehi daripada usaha yang halal, janganlah

pula ia dimakan sehingga sangat kenyang kerana ia akan memberi kesan seperti berikut:

i) Mengeraskan hati

ii) Mengurangkan kefahaman

iii) Membatalkan hafazan

iv) Memberatkan anggota tubuh daripada beribadah, menuntut ilmu dan menelaah

kitab

v) Menggerakkan syahwat

vi) Memulakan kejahatan

Menurut Imam Abu Hanifah dalam kitab Al-Alim Wa Al-Muta’allim, adalah sangat penting

bagi seseorang itu untuk mengetahui siapa orang yang betul dan siapa orang yang salah. Ini adalah

kerana, seseorang itu akan:

i) Dapat membezakan antara yang salah dan yang benar

ii) Dapat mengetahui jalan keluar daripada sesuatu keraguan (syubhah) akibat

ketidakpastian tentang sesuatu yang betul atau salah

iii) Dapat mengenalpasti siapa yang patut diikuti tau dimusuhi kerana Allah

subhanahuwa Taala

Maka sudah pastinya orang yang betul itu adalah orang yang berilmu, beriman dan beramal

soleh sehingga diyakini kesolehannya.

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 56

Bab keempat daripada kitab Hidayatus Salikin yang bertajuk “Pada Menjauh Segala Maksiat

Yang Batin Iaitu Maksiat Di Dalam Hati’ menyenaraikan 10 perkara yang melibatkan perangai jahat

dan sifat tercela di dalam hati iaitu:

i) Syarahut-tha’am

- Sangat gemar membanyakkan makan

ii) Syarahul-kalam

- Sangat gemar membanyakkan perkataan

iii) Ghadhab

- Marah

iv) Hasad

- Dengki

v) Al-Bukhlu, wa-hubbul-maal

- Kikir dan kasih kepada harta

vi) Hubbul-jaah

- Kasih akan kemegahan

vii) Hubbud-dunya

- Kasih akan dunia

viii) Takabbur

- Membesarkan diri

ix) Ujub

- Hairan akan diri

x) Riyak

- Menuntut martabat pada hati makhluk supaya memberi kemegahan kepadanya.

Imam al-Ghazali rahimahullahu Taala mewajibkan kepada setiap Muslim yang akil baligh

untuk menyucikan hati mereka daripada sifat tercela tersebut kerana ia akan membaikkan hati dengan

sifat yang terpuji sebagaimana firman Allah subhanahuwa Taala:

اه ا ك دق أ فل ح م ن ز

Maksudnya:

Sesungguhnya telah dapat kemenangan oleh seorang yang menyucikan hati mereka itu daripada

sifat yang tercela

(Surah As-Syams 91:9)

Dan sabda Nabi Muhammad sallallahualaihi wasalam:

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 57

ان طراليم ا لطهورش

Maksudnya:

Menyucikan akan hati daripada sifat yang tercela itu ialah setengah daripada iman.

(Riwayat Muslim at-Tarmizi)

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Menyedari hakikat keperluan semasa dalam industri halal yang semakin diperkayakan dengan

pelbagai inisiatif demi menjaga kreadibiliti tadbir urus syariah dan pembentukan keperibadian serta

akhlak generasi muda sewajarnyalah ilmu tentang halalan toyyiban dititikberatkan oleh setiap individu

Muslim. Ia perlu diusahakan dengan mengambilkira faktor kepelbagaian budaya dan kemudahan

teknologi dengan harapan untuk membuka mata kakitangan organisasi yang terlibat secara langsung

khususnya dan umat Islam amnya agar menghayati nilai-nilai halal dan haram dalam perlaksanaan

tadbir urus syariah.

Dengan itu, pengamatan Profesor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas melalui Dr. Asmaa

Mohd. Arshad dalam Himpunan Makalah Siri Wacana Pandangan Alam Islam 2016 tentang keruntuhan

adab yang mengakibatkan pelbagai gejala negatif hasil kekeliruan ilmu terhadap perkara-perkara asas

dalam Islam sebagai pandangan hidup yang betul dan ketidaksahan pemimpin yang menjadi penentu

hala tuju asal dalam melahirkan insan seimbang yang berperibadi mulia sekaligus menjana modal insan

mampan. Ini adalah bertepatan dengan matlamat pendidikan dalam Islam iaitu untuk melahirkan insan

yang baik yang secara tidak langsung akan menjadi warganegara yang baik dengan memahami tuntutan

fardhu ain dan fardhu kifayah yang harus ditunaikan terhadap Tuhannya, agamanya, kaum keluarganya

serta masyarakatnya melalui perlakuan, tindakan dan keputusan yang menepati ilmu yang benar juga

turut didasari oleh pandangan alam Islam yang ditanzilkan menerusi syariatNya.

Personaliti mukmin yang baik sangat bergantung kepada hati. Betul atau salah keputusan yang

dibuat adalah bergantung kpada hati sebagaimana fungsi hati secara fizikalnya, jika ia dapat berfungsi

dengan baik maka ia berkemampuan untuk menyaring darah dengan baik hingga menjadikan seluruh

tubuh mampu berfungsi dengan baik juga. Kupasan daripada Syarah Al-Wafi Hadis 40 Bicara

Rasulullah sallallahualaihi wasalam melaui hadis keenam menyatakan bahawa Imam Syafi’e

berpendapat sumber akal adalah berpunca daripada hati. Pendapat tersebut dinyatakan berdalilkan

firman Allah subhanahuwa Taala daripada surah al-A’raaf, ayat 179 yang bermaksud:

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 58

ن ثيرام ك ه نم ن الج أأ ر ذ ل ق دأ جنٱو نسهٱو لأ أولأ به ا عون م ي سأ انل اذ ء ل همأ به او صرون يبأ ينل أ عأ ل همأ به او ق هون ي فأ قلوبل ك ل همأ ئك

مٱل ع لأ نأ

ئك أول ل أ ض همأ فلونلأٱهمب لأ غ

“…mereka yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat

Allah)…”

Maksud hadis yang keenam hasil kompilasi Imam al-Nawawi adalah seperti berikut:

Diriwayatkan oleh Abu Abdillah al-Nu’man bin Basyir radhiallahu’anhu, beliau berkata: Aku

mendengar Rasulullah sallallahualaihi wasalam bersabda: Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang

haram itu jelas dan diantara keduanya ada mutasyabihat (perkara-perkara yang samar) yang kebanyakan

manusia tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat, maka dia telah

membersihkan agama dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang jatuh kedalam perkara syubhat, maka

dia telah jatuh ke dalam perkara haram, seperti seorang penggembala yang menggembala kambingnya

di sekitar kawasan yang terlarang yang nyaris kambingnya meragut rumput di dalamnya. Ingatlah

bahawa setiap raja mempunyai kawasan terlarang! Ingatlah bahawa kawasan terlarang Allah ialah apa

yang diharamkanNya. Ingatlah di dalam jasad itu ada segumpal daging; apabila ia baik maka baik

seluruh jasadnya dan apabila ia rosak, maka rosak pula seluruh jasadnya. Ingatlah bahawa segumpal

daging itu adalah hati.

Rasulullah sallallahualaihi wasalam juga pernah bersabda:

‘Umatku yang paling alim tentang halal dan haram adalah Mu’az bin Jabal’

Nama sebenar beliau adalah Abu Abdurrahman al-Ansari dan beliau telah meriwayatkan sebanyak 157

buah hadis.

Sesungguhnya Rasulullah sallallahualaihi wasalam sendiri selalu berdoa kepada Allah

subhanahuwa Taala:

Ya Allah aku mohon kepadaMu hati yang bersih.

Apatah lagi sebagai umat Baginda diakhir zaman ini, seharusnya kita lebih selalu

mengharapkan agar dikurniakan hati yang bersih kerana ia akan menjana modal insan yang patuh

kepada syariah serta berintegriti tinggi.

PENGHARGAAN

Penulis ingin mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan kepada Universiti Kebangsaan

Malaysia kerana menganugerahkan geran Arus Perdana (Geran Arus Perdana AP-2017-002 / 2) untuk

membiayai kajian yang membawa kepada penerbitan karya ini.

The authors would like to acknowledge and thank Universiti Kebangsaan Malaysia for awarding the

Arus Perdana grant (Geran Arus Perdana AP-2017-002/2) to fund the study which led to the

publication of this paper.

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON

HALAL GLOBAL 2018

E-PROCEEDING OF THE 1ST INTERNATIONAL CONFERENCE ON HALAL GLOBAL (ICOHG 2018). (e-ISBN 978-967-0792-25-5). 26 – 27 March 2018, Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by https://worldconferences.net Page 59

RUJUKAN

al-Quran. 2013. Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada pengertian al-Quran. Edisi 22. Putrajaya: Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia.

Asmaa Mohd Arshad (2016). Himpunan Makalah Siri Wacana Pandangan Alam Islam. Himpunan

Keilmuan Muslim (HAKIM).

Fariza Md. Sham, Salasiah Hanim Hamjah & Mohd. Jurairi Sharifudin (2013). Personaliti Dari

Perspektif al-Ghazali. Penerbit UKM.

Imam Al-Nawawi (2012). Syarah Al-Wafi Hadis 40 Bicara Rasulullah S.A.W.SYABAB Global.

Khairul Anwar Mastor, Hasnan Kasan, Mohamad Mohsin Mohamad Said, Zaharah Hassan, Fazilah

Idris & Fatin Hazwani @ Hasidah Siran (2009). Personaliti & Pembangunan Insan. Penerbit UKM.

Mastura Mohd. Zain (2016). Arak dan Pencegahannya Di Malaysia. Penerbit IKIM.

Mohd. Anuar Mamat (2016). Pemikiran Pendidikan Imam Abu Hanifah Al-Nu’man Al-‘Alim Wa Al-

Muta’allim. Pusat Pengajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban (CASIS) & Himpunan Keilmuan

Muslim (HAKIM).

Muhammad Fazil Ahmad (2015). Antecedents of Halal Brand Personality. Journal of Islamic

Marketing Vol. 6 Iss 2 pp. 209-223

Prosiding Seminar Kebangsaan Wasatiyyah & Tadbir Urus Prestasi Perkhidmatan Sebagai Pemangkin

Ummah (2017). Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Samhani Ismail (2017). Kenapa Babi Tidak Halal?. PTS Publishing House Sendirian Berhad.

Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam (2013). Hidayatus Salikin Fi Suluki Maslakil-Muttaqin. Galeri Ilmu

Sdn. Bhd.

Zulkifli Mohd al-Bakri (2016). Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Halal dan Haram Dalam Islam. Pustaka

Cahaya Kasturi Sdn. Bhd.