pertemuan mengenai manuskrip melayu - 10hb....
TRANSCRIPT
PERTEMUAN MENGENAI MANUSKRIP MELAYU - 10HB. OKTOBER, 1983
Satu pertemuan mengenai Manuskrip Melayu telah di
anjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka bertujuan .. membincangkan
serta mengadakan rangka kerja bagi memperoleh dan menyediakan
maklumat mengenai manuskrip Melayu yang terdapat di dalam dan di
luar negeri". Lebih kurang 100 orang telah dijemput ke Pertemuan
ini, terdiri daripada Sarjana Pengajian Melayu, Pustakawan, Kurator
Muzium dan juga tokoh-tokoh serta pencinta manuskrip Melayu dari
setiap neger i.
Di Pertemuan sehari itu, sebanyak 2 kertaskerja di
bentangkan. Kertaskerja pertama ialah .. Strateqi Perolehan,
Penqawetan dan Pendokumentasian Manuskrip Melayu " oleh Siti Hawa
Hj. Saleh, Abu Hassan Sham dan Harun Mat Piah. Kertaskerja kedua
ialah • Masalah Manuskrip di Malaysia dan masa depannya • oleh
Aziz Deraman, Pengarah Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan Belia
dan Sukah.
Pertemuan tersebut telah berjaya menarik perhatian "
rarnai kepada masalah manuskr ip Melayu. Menter i Kebudayaan, Belia
dan Sukan, Y.B. Encik Anwar Ibrahim semasa meresmi Pertemua
tersebut telah memberi kepastian Kerajaan akan cuba mendapatkan"
kembali manuskrip-manuskrip Melayu yang terdapat di luar negeri
melalui perjanjian kebudayaan dengan negeri-negeri berkenaan.
Menteri juga telah mengenalpasti Perpustakaan Negara Malaysia
sebagai Pusat Pendokumentasian Manuskrip Melayu. Sebagai suatu
usaha penyelarasan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Kebudayaan,
Belia dan Sukan, pil1ak Muzium Negara akan menyerahkan manuskrip
manuskrip Melayu yang tersimpan di sana lebih kurang 50 naskah
semuanya.
Di Pertemuan tersebut, beberapa rumusan telah dibuat
seperti pembentukan satu Konsortium Manuskrip peringkat Kebangsaan,
menubuhkan satu data bank yang" akan menyimpan semua maklumat
mengenai Manuskrip Melayu, mengadakan kempen besar-besaran untuk
menyedarkan masyarakat tentang pentingnya Manuskrip Melayu kepada
37
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
negara dan melalui kempen ini diharapkan akan melahirkan keseda~an
kepada orang-orang perseorangan supaya menyerahkan bahan-bahan
tersebut kepada pihak tertentu, mengadakan satu Katalog Induk
Manuskrip Melayu dan beberapa rumusan lagi. Apa yang penting ialah
penubuhan Konsortium yang berkenaan dengan seberapa segera untuk
menggerakkan aktiviti perolehan dan pendokumentasian manuskrip
manuskrip Melayu untuk kepentingan negara ini.
PENGAWETAN MANUSKRIP MELAYU DARI MUSEUM SARAWAK
Atas kesedaran peri pentingnya memelihara manuskrip
manuskrip lama sebagai warisan negara, pihak Museum Sarawak telah
meminta Perpustakaan Negara membantu mengawet manuskrip-manuskrip
yang terdapat di Museum tersebut. Sesuai dengan peranan Jabatan
ini sebagai Pusat Manuskrip Melayu seperti yang diistiharkan oleh
Y.B. Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 19hb. Oktober 1983,
Perpustakaan Negara Malaysia telah menghantar dua orang pegawainye
ke Sarawak pada 25hb. - 28hb. November, 1983 bagi meneliti dan
berbincang tentang usaha-usaha ke arah mengawet manuskrip tersebut.
Museum Sarawak telah bersetuju meminjamkan manuskrip-manuskrip ·
tersebut untuk diawet dan dibuat salinan. Manuskrip-manuskrip
tersebut akan dikembalikan kepada Museum Sarawak setelah selesai
kerja-kerja awetan. Dengan cara ini, di samping memelihara manuskrip
tersebut, salinan-salinan yang dibuat dan disimpan di Perpustakaan
Negara Malaysia akan dapat dirujuk oleh mereka yang berminat. Usaha
ini juga akan membantu ke arah pendokumentasian manuskrip Melayu.
Koleksi tersebut terdiri dari 29 naskah manuskrip
bertulis Jawi dan semuanya dalam keadaan uzur. Sebahagian besar
darinya sudahpun berlubang-lubang dimakan serangga, ruang tepi
helaian kertas telah reput, kertasnya rapuh, dakwatnya sudah pudar
serta mengotori kertas akibat dari penghijrahan dakwat. Apa yang
dikesali ialah hampir kesemua manuskrip tersebut telah rosak ' akibat
pemeliharaan yang tidak betul di mana helaian kertas dijah!t,
kadangkala terjahit ruang tulisan, serpihan kertas dicantum semula
menggunakan • cellotape' dan gam yang merosakkan kertas dan tul.~!!an.
38
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia
Hakcipta Terpelihara © 1983 – Perpustakaan Negara Malaysia