perubahan berat badan untuk p sakit kansr payu ara
TRANSCRIPT
PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk Pesakit
Kanser Payudara
Zalilah Mohd Shariff Zalina Abu Zaid
Mirnalini Kandiah
PERUBAHAN BERAT BADAN Untuk Pesakit
Kanser Payudara
Perubahan Berat Badan untuk Pesakit Kanser Payudara Versi Online 2021 © Pusat Sumber & Pendidikan Kanser (CaRE), Penulis. Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Cornell University-Universiti Putra Malaysia, d/a Naib Canselor, Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Zalilah Mohd Shariff Perubahan berat badan : untuk pesakit kanser payudara / Zalilah Mohd Shariff,
Zalina Abu Zaid, Mirnalini Kandiah. ISBN 978-983-44361-5-5 1. Body weight. 2. Weight loss. I. Zalina Abu Zaid. II. Mirnalini Kandiah. III. Judul. 616.398
Penerbitan ini ialah usaha sama Cancer Education and Research
(CaEd) Laboratory, Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM;
Cornell University; dan Persatuan Penterjemah Malaysia di bawah
Pusat Sumber, Pendidikan & Sokongan Kanser (CaRE).
Penulis
Zalilah Mohd Shariff
Zalina Abu Zaid
Mirnalini Kandiah
Penyelaras
Othman Omar
Reka Letak oleh
Norsidawati Abdul Gani
Ili Safuraa Abu Bakar
Editor
Ramlah Muhamad,
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM)
B uku kecil ini menjelaskan tentang perubahan berat badan untuk
pesakit kanser payudara sebelum, semasa dan selepas rawatan.
Buku ini turut memberikan sedikit maklumat mengenai beberapa topik
termasuk bagaimana mengukur indeks jisim tubuh dan ukuran lilit
pinggang, sebab-sebab pertambahan dan penurunan berat badan
serta tips untuk mengekalkan, menambahkan dan menurunkan berat
badan. Buku kecil ini adalah salah satu daripada judul dalam Siri Buku
Pemakanan untuk Pesakit Kanser Payudara.
Tanda Keterangan
Tanda ini memberikan maklumat penting untuk pesakit.
Tanda ini merupakan maklumat penting antara anda dan doktor.
ditebalkan
Untuk setiap perkataan yang ditebalkan (bold)dengan warna hitam, sila rujuk bahagian Glosari untuk maksud perkataan tersebut.
Kandungan
Bahagian 1: Pengenalan 1
Bagaimana mengetahui anda berlebihan atau kekurangan berat badan?
Apakah indeks jisim tubuh? Pengelasan indeks jisim tubuh (kg/m2) Apakah ukuran lilit pinggang? Kategori ukuran lilit pinggang
1
2 3 4 4
Bahagian 2: Penurunan berat badan Apakah sebab-sebab penurunan berat badan?
6
7
Bahagian 3: Pertambahan berat badan Apakah sebab-sebab pertambahan berat badan?
8
9
Bahagian 4: Mengekalkan berat badan 10
Bahagian 5: Cara menambah berat badan 12
Bahagian 6: Cara mengurangkan dan mengekalkan berat badan
15
Sumber 20
Glosari 24
Perubahan berat badan biasa berlaku dalam kalangan pesakit
kanser payudara.
Pertambahan atau kekurangan berat badan perlu ditangani segera
kerana ia akan mengganggu kesihatan anda.
1
1
Bagaimana untuk mengetahui anda berlebihan atau kekurangan berat badan?
1. Indeks Jisim Tubuh (IJT)
2. Ukuran Lilit Pinggang
Pengenalan
Indeks Jisim Tubuh (IJT) adalah satu petunjuk
yang digunakan untuk menentukan sama ada
berat anda bersesuaian dengan ketinggian
anda.
Cara kiraan IJT ialah membahagikan berat badan (dalam kg)
dengan ketinggian (dalam meter) ganda dua.
berat badan(kg)
tinggi (m) x tinggi (m)
2
Apakah Indeks Jisim Tubuh (kg/m2)?
IJT =
Pengelasan IJT(kg/m2)
Individu yang mempunyai berat badan yang sesuai dengan
ketinggian mempunyai IJT di antara 18.5-24.9 (kg/m2).
3
Sumber: World Health Organization (1995)
IJT PENGELASAN
Kurang daripada 18.5 Kekurangan berat badan
Antara 18.5-24.9 Berat badan normal
Antara 25.0-29.9 Berlebihan berat badan
30.0 dan ke atas Kegemukan/obes
Apakah Ukuran Lilit Pinggang?
Ukuran lilit pinggang menentukan sama ada lemak
badan berlebihan di bahagian pinggang.
Kategori ukuran lilit pinggang
Lelaki Perempuan Kategori
< 102 cm (< 40 inci) < 88 cm (< 35 inci) Normal
94 – 102 cm 80 – 88 cm Berjaga-jaga
> 102 cm (> 40 inci) > 88 cm (> 35 inci) Risiko tinggi
4
Ukuran lilit pinggang bagi wanita mestilah tidak melebihi 88
sentimeter (35 inci) dan lelaki pula tidak melebihi 102
sentimeter (40 inci).
5
Kanser dan rawatan kanser boleh menyebabkan anda kehilangan
berat badan.
Penurunan berat badan selalunya disertai dengan kehilangan otot-
otot yang berguna dan keadaan ini perlulah dikawal dengan
segera.
Pastikan berat badan anda sihat kerana ini akan memudahkan
anda menjalani rawatan. Diet yang sihat boleh membantu anda
mengekalkan berat badan yang sihat.
2
6
Penurunan Berat Badan
7
Apakah sebab-sebab penurunan berat badan ?
Hilang selera makan
Keperluan tenaga meningkat
Sukar untuk makan seperti biasa kerana
pembedahan
Kesan rawatan
Kegelisahan dan tekanan
Pertambahan berat badan juga merupakan masalah besar yang
dihadapi oleh pesakit kanser payudara.
Pertambahan berat badan juga boleh mengakibatkan penyakit
yang serius seperti kencing manis, darah tinggi dan penyakit
jantung.
Pertambahan berat badan yang banyak sewaktu dan selepas
rawatan kanser boleh meningkatkan risiko kanser berulang.
3
8
Pertambahan Berat Badan
9
Apakah sebab-sebab pertambahan berat badan ?
Makan secara berlebihan disebabkan gelisah
atau rawatan yang dijalani
Kurang aktif
Perubahan kadar metabolik tubuh
Penggunaan ubat semasa rawatan kemoterapi
seperti kortikosteroid
Pra-menopaus
4
Cara mengekalkan berat badan sihat adalah dengan
mengimbangkan pengambilan tenaga (pengambilan
makanan dan minuman) dengan pengeluaran tenaga (aktiviti
fizikal).
PENGELUARAN
TENAGA PENGAMBILAN
TENAGA
KESEIMBANGAN TENAGA
10
Mengekalkan Berat Badan
Penurunan berat badan boleh dilakukan dengan mengurangkan
pengambilan tenaga daripada makanan dan minuman serta
meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam.
Pemantauan dalam pengambilan makanan dan peningkatan
dalam aktiviti fizikal menunjukkan kesan yang mujarab dalam
pengurusan berat badan.
11
Sebagai contoh :
Penurunan 50-100 kalori/hari boleh mencegah pertambahan berat badan dan
merupakan sasaran objektif dalam program penurunan berat badan.
ATAU
Mengurangkan pengambilan tosai atau roti canai (sekeping mengandungi 50-100 kalori) daripada sekeping setiap hari kepada 1 atau 2 keping sahaja seminggu.
Pastikan makanan kegemaran anda sentiasa
tersedia.
Semasa menjamu selera, makan
makanan yang kaya dengan protein
terlebih dahulu. Contohnya kekacang,
tauhu, ayam, ikan, tairu dan telur.
Makan setiap kali anda berasa lapar.
Makan sekerap yang boleh. Jangan
hadkan waktu makan anda kepada hanya
tiga (3) kali sehari.
5
12
Cara Menambah Berat Badan
Cuba berjalan-jalan sebentar sebelum waktu makan. Ini akan
merangsang selera makan anda.
Cuba masak resepi yang baru atau
makan di restoran untuk menukar
selera.
Makan dengan perlahan-lahan.
Rasa setiap jenis makanan yang
dihidangkan kepada anda.
Minum minuman bermalt di antara waktu
makan, bukan semasa waktu makan.
Minuman seperti jus buah-buahan,
susu ataupun jus buah yang
ditambah dengan tairu boleh
diminum pada siang hari.
13
Minum air dengan banyak dan kurangkan minuman yang
mengandungi kafein.
14
Doktor atau Pegawai Dietetik boleh mencadangkan
suplemen diet yang kaya dengan protein dan
bersesuaian untuk anda.
6
Pilih makanan yang sihat terutama yang berasaskan tumbuhan
seperti pelbagai jenis sayuran, buah-buahan, bijirin penuh dan
kekacang. Makanan ini kurang kalori tetapi kaya dengan pelbagai
nutrien.
Kurangkan pengambilan lemak dalam diet terutamanya lemak
haiwan.
15
Cara Mengurangkan
dan Mengekalkan Berat Badan
Baca label makanan supaya anda lebih tahu saiz sajian anda seperti
Jadual 1.
Jadual 1: Contoh label makanan
16
Sentiasa bandingkan makanan anda dengan saiz sajian seperti
Jadual 2. Ini akan membantu anda menganggar jumlah pengambilan
makanan.
Jadual 2: Contoh saiz satu sajian
Buah-buahan
1 biji epal, pisang, oren bersaiz sederhana
½ cawan buah-buahan yang dipotong, dimasak dan ditinkan
½ cawan 100% jus buah
Sayuran
1 cawan sayuran hijau mentah ½ cawan sayuran yang dimasak atau mentah; dipotong ½ cawan 100% jus sayuran
Bijirin
1 keping roti ½ cawan nasi (putih atau perang) 3 keping biskut krim kraker
Kacang dan kekacang
½ cawan kekacang/kacang 2 sudu makan mentega kacang 1 keping tempe
Produk susu dan telur
1 cawan susu atau yogut atau dadih 1 keping keju 1 biji telur
Daging
1 ketul peha ayam bersaiz sederhana 1 ekor ikan kembung bersaiz sederhana 2 ketul daging tanpa lemak sebesar kotak
mancis 5 sudu makan ikan bilis tanpa kepala
17
Makan hanya jika anda berasa
lapar. Makan secara berlebihan
tidak akan membantu anda.
Elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan.
Bersenam sekurang-kurangnya 5 kali
seminggu atau lebih, selama 30 minit
setiap kali.
18
Sekiranya pertambahan berat badan terlampau
banyak dan mendadak, sila berjumpa dengan
doktor anda. Beliau boleh mencadangkan ubat yang
dapat membantu anda.
Makan makanan yang tinggi kalori dalam saiz hidangan yang kecil.
Gantikan makanan yang tinggi kalori seperti aiskrim, kek, coklat dan
kuih-muih dengan pengambilan buah-buahan dan sayuran serta
makanan rendah kalori.
Sekiranya anda makan di luar, pilihlah makanan yang rendah kalori,
rendah lemak, kurang gula, kurang minyak dan cuba elakkan
mengambil makanan dalam saiz hidangan yang besar.
19
SUMBER Pusat Sumber & Pendidikan Kanser Tingkat 7, Blok Makmal A Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan 43400 UPM Serdang Selangor Darul Ehsan Telefon : 1-800-38-2233/ +603 9769 1011 Faks : +603 9769 2706 Emel : [email protected] Laman web : http://www.care.upm.edu.my Persatuan Kanser Network Selangor & Wilayah Persekutuan (KanWork) Blok B 5-1-2, Apartment Putra Permai Jalan Putra Permai 2, Taman Equine 43300 Seri Kembangan Selangor Darul Ehsan Telefon : +603 8940 8672 Emel : [email protected] Laman web : http://www.kanwork.org/v2/ Institut Kanser Negara No. 4, Jalan P7, Presint 7 62250 Wilayah Persekutuan Putrajaya Telefon : +603 8892 5555 Emel : [email protected] Laman web : https://nci.moh.gov.my/ Breast Cancer Awareness & Research Unit (BestARi) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu Kelantan Telefon : +609 767 4056 Emel : [email protected] Laman web : https://h.usm.my/bestari/index.php/ms/
20
21
Pusat Payudara IIUM Jabatan Radiologi Aras Bawah IIUM Medical Centre Jln Sultan Ahmad Shah Bandar Indera Mahkota 25200 Kuantan, Pahang Tel : +609 591 2649 Emel : [email protected] /[email protected] Majlis Kanser Nasional (MAKNA) BG 03A & 05, Ground Floor, Megan Ambassy No. 225, Jalan Ampang 50450 Kuala Lumpur Cancer Helpline : 1-800-88-62562/03 2162 9178 Emel : [email protected] Laman web : https://makna.org.my/ Persatuan Kebajikan Kanser Payudara (BCWA) Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 16 Jalan Utara, 46200 Petaling Jaya Tel : +603 7954 0133 Faks : +603 7954 0122 Emel : [email protected] Laman web : https://www.breastcancer.org.my/ Pusat Sumber dan Kesihatan Persatuan Kanser Malaysia (NCSM) 66 Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur Tel : +603 2698 7300 / 1-800-88-1000 Faks : +603 2698 4300 Emel : [email protected] Laman web : www.cancer.org.my
Kolej Radiologi Akademi Perubatan Malaysia Unit 2.4 (Suite 1) Enterprise 3B, Jalan Innovasi 1, Technology Park Malaysia, Lebuhraya Puchong-Sungei Besi, 57000 Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Tel : +603 8994 2808 Faks : +603 8994 1808 Emel : [email protected] Laman web : https://www.radiologymalaysia.org/ American Cancer Society (ACS) Laman web: www.cancer.org National Cancer Institute (NCI) Laman web: www.cancer.gov Cancer Council Victoria (CCV) Laman web: www.cancervic.org.au Breastcancer.org Laman web: www.breastcancer.org The Cancer Nutrition Center Laman web:www.cancernutrition.com
22
Glosari Diet: makanan/minuman yang biasanya diambil oleh seseorang
Kafein: bahan kimia yang boleh ditemui dalam biji kopi, daun teh
dan biji koko
Kalori: unit bagi tenaga dan dihasilkan oleh makanan.
Label: kepingan kecil kertas (kad dll.) yang dilekatkan atau
ditampalkan pada sesuatu (spt. botol, beg, dll.) untuk memberikan
sedikit keterangan (misalnya nama, jenis, kandungan, harga, dll.)
Metabolik: perubahan biokimia yang dialami oleh tubuh.
Nutrien: zat makanan atau suatu bahan yang harus diambil
sebagai sebahagian daripada diet untuk membekalkan tenaga, serta
memenuhi keperluan tumbesaran, perkembangan dan kesihatan
tubuh.
Suplemen diet: produk yang mengandungi satu atau lebih bahan
yang berikut: vitamin, mineral, herba, tumbuhan, asid amino dan
makanan.
23
Sila berikan maklumbalas dengan tanda (/) pada ruangan 1. Saya dapat memahami isi kandungan buku ini dengan mudah. 2. Maklumat yang disampaikan di dalam buku ini menepati kehendak saya 3. Visual (gambar, simbol, jadual) yang digunakan menarik minat saya untuk terus
membaca 4. Visual yang digunakan membantu saya untuk memahami isi kandungan buku 5. Adakah buku ini berguna dalam membantu menguruskan kesihatan anda? 6. Buku ini merupakan buku yang:
7. Buku ini akan menjadi lebih menarik dan bermakna jika………………………………. ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………… 8. Tajuk buku :________________________________________________________
Sangat setuju Sangat tidak setuju
Sangat setuju Sangat tidak setuju
Sangat setuju Sangat tidak setuju
Sangat setuju Sangat tidak setuju
Sangat berguna Sangat tidak berguna
Borang Maklumbalas:
Informatif (memberi pengetahuan) Tidak relevan Mesra pembaca Mengelirukan Lain-lain: nyatakan…………………..… Berguna
17 tahun ke bawah 18-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun 51-60 tahun 61 tahun ke atas
9. Saya tahu mengenai buku ini melalui: Laman web: nyatakan………………………………………………………………… Pusat Sumber Kanser: nyatakan……………………………………………………. Program pendidikan kanser: nyatakan…………………………………………….. Surat khabar: nyatakan………………………………………………………………. Radio: nyatakan………………………………………………………………………. Lain-lain: nyatakan…………………………………………………………………….
Nama .…………………………………………………………………….. Alamat .…………………………………………………………………….. ……………………………………………………………………... No. Telefon .…………………………………………………………………….. Emel .…………………………………………………………………….. Saya berumur:
Saya ialah:
Saya berkelulusan:
Pesakit kanser/survivor kanser Pakar perubatan/doktor Ahli keluarga/penjaga/rakan pesakit Jururawat
Lain-lain: nyatakan………………………………….
Sekolah rendah Sekolah menengah Sijil/STPM Universiti/IPT Lain-lain: nyatakan………………………………..
Terima kasih atas kesudian anda menjawab borang maklumbalas ini
Untuk maklumat dan sokongan mengenai kanser, sila hubungi talian bebas tol:
1-800-38-2233