petua mudah meringkaskan karangan

2
PETUA MUDAH MERINGKASKAN KARANGAN 1. Tulis ringkasan karangan berdasarkan urutan perkara atau isi penting yang dikenal pasti ada dalam petikan . 2. Tulis hanya SATU isi dalam SATU ayat. 3. Dapatkan LEBIH DARIPADA LIMA (5) isi daripada petikan yang diberikan. 4. Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat. 5. Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi isi tidak mengubah maksud asal petikan. 6. Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menghubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat. Contohnya, namun, walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya. 7. Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan. (kata ganda dikira sebagai satu perkataan sahaja). Contohnya, ‘para pelajar’ (2 perkataan) ditulis sebagai pelajar-pelajar’ (1 perkataan). 8. JANGAN tulis perkara yang tidak dinyatakan dalam petikan ataupun memberikan pendapat sendiri dalam ringkasan karangan. 9. Tulis ringkasan hanya dalam SATU perenggan dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan iaitu TIDAK LEBIH daripada 80 patah perkataan. Walau bagaimanapun pelajar dibolehkan menulis sehingga 85 pata perkataan Disediakan Oleh : Ahmad b. Md Isa / [email protected]

Upload: sweet1991

Post on 26-Jan-2016

61 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Petua Mudah Meringkaskan Karangan

PETUA MUDAH MERINGKASKAN KARANGAN

1. Tulis ringkasan karangan berdasarkan urutan perkara atau isi penting yang

dikenal pasti ada dalam petikan .

2. Tulis hanya SATU isi dalam SATU ayat.

3. Dapatkan LEBIH DARIPADA LIMA (5) isi daripada petikan yang diberikan.

4. Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.

5. Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi isi tidak mengubah maksud asal

petikan.

6. Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menghubungkaitkan isi

dengan isi dan ayat dengan ayat. Contohnya, namun, walau bagaimanapun,

justeru dan sebagainya.

7. Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi

menjimatkan jumlah perkataan. (kata ganda dikira sebagai satu perkataan

sahaja). Contohnya, ‘para pelajar’ (2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’

(1 perkataan).

8. JANGAN tulis perkara yang tidak dinyatakan dalam petikan ataupun

memberikan pendapat sendiri dalam ringkasan karangan.

9. Tulis ringkasan hanya dalam SATU perenggan dalam jumlah perkataan yang

dinyatakan dalam arahan iaitu TIDAK LEBIH daripada 80 patah perkataan.

Walau bagaimanapun pelajar dibolehkan menulis sehingga 85 pata perkataan

MENGESAN ISI

Untuk mengesan isi dalam sesuatu petikan, pelajar perlu meneliti perkara-perkara

berikut:

1. Dapatkan tema keseluruhan petikan.

2. Dapatkan perkara pokok bagi setiap peranggan.

Disediakan Oleh : Ahmad b. Md Isa / [email protected]

Page 2: Petua Mudah Meringkaskan Karangan

3. Tinggalkan perkara yang merupakan keterangan bagi isi pokok. Jangan

masukkan keterangan ataupun contoh dalam bahagian isi. Abaikan bahagian

ini semasa mengesan isi.

4. Ingat! Setiap perenggan tidak semestinya mengandungi isi yang sama

banyak dengan perenggan lain.

Disediakan Oleh : Ahmad b. Md Isa / [email protected]