petunjuk nabi berhari raya

23
P P E E T T U U N N J J U U K K H H A A R R I I R R A A Y Y A A N N A A B B I I Berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah As-Sahihah Susunan : Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya

Upload: mhza82178

Post on 11-Dec-2015

241 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Petunjuk berhari raya mengikut sunnah Rasulullah SAW.

TRANSCRIPT

PPEETTUUNNJJUUKK

HHAARRII RRAAYYAA NNAABBII Berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah As-Sahihah

Susunan :

Dr. Fathul Bari bin Mat Jahya

2

PENDAHULUAN

ددد ح وو و ستعح وو دد و ستعح حمدد و دد ه مح دد يح إن الح ح ح هو و، سندد ددي دد دد اهو لدد، نو ح هدفح ح وودد وس تدح وعددي، ندد و لله ندد ودد ، ستد

و و و س سو ف و ن موم ا عبح و إل اه ساوح ف و نح ل إ و، سوح ح و؛ل، هيدي ، ني بد

Hari raya bakal menjelma, ramadhan kan pergi meninggalkan kita. Entah masih

berpeluang menemuinya atau tidak, itu urusan Allah S.W.T. Harapan yang menggunung ini, kita

gandingkan dengan doa agar bertemu kembali bulan yang mulia. Amin.

Kesempurnaan yang dicari, bukan kemudahan atau perselisihan. Atas dasar ini,

mencontohi Muhammad , sudah pasti dapat merealisasikan impian kesempurnaan yang dicita.

Kerana Baginda adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna. Kalau dahulu kita jadikan

manusia selain Rasulullah yang serba kekurangan, sebagai idola, apa kata, kini kita jadikan

Baginda , sebagai rujukan utama. Tiada apa yang merugikan, sebaliknya ganjaran menanti para

pengibar bendera sunnah Rasulullah , yang kian malap dek zaman fitnah. Jadikan matlamat ini

sebagai satu contoh yang baik buat manusia sejagat. Nabi , bersabda :

ح عمددي هددي، سل هددددح ] دد ندد حدديو ح و ن دد و، لودد دد ح ومددي هددي بد ، لد ،عدد دد، سودد سح ل اح ح سدد هيح ودد ح ، ندد دد ح و و و ندد قو نحيو ع وح و، لو ح ومي هي بد ، لد سو ئ ، سو ل احسح ح س ح سحزا هيح و ح سن و ن ح عمي هي، سل هددحقو [سزح ن

Maksudnya : (Barang sesiapa melakukan satu jalan (contoh) dalam Islam yang baik, maka dia

akan mendapat ganjaran serta baginya ganjaran orang yang mencontohi kebaikan itu selepas

darinya tanpa dikurangkan ganjaran tersebut walau sedikit, dan barang sesiapa melakukan satu

jalan (contoh) yang keji, dia akan mendapat dosa serta baginya dosa orang yang mencontohi

perbuata keji itu selepas darinya.) [riwayat Muslim, no: 1017]

Pelbagai ragam dan gelagat manusia menyambut ramadhan begitu juga syawal. Sebagai

kesinambungan kepada risalah lalu yang membicarakan tentang petunjuk puasa Nabi ,

penyusun meneruskan "Silsilah Hadyun Nabi ," dengan "Petunjuk Hari Raya Nabi ,". Sama-

sama kita menelusuri sirah insan termulia Rasulullah ,, dalam menyambut hari raya 'Idul Fitri

dan 'Idul Adha.

Sebenarnya risalah ini adalah hasil terjemahan, ringkasan dan olahan semula tulisan guru

penyusun al-Syeikh Ali Hasan Al-Halabi Al-Atsari yang bertajuk “Hukum hakam Dua Hari

Raya Menurut Sunnah/ كدددي اوددد ه ل اعددد ا فددد،(”, Percetakan ke-3, Dar Ibn Hazm, tahun

1423H/2002M.

Penyusun,

Abu Islam Dr Fathul Bari bin Mat Jahya

[email protected]

3

1. MAKNA ‘EID )العيد(

: dari sudut bahasa membawa erti setiap hari yang ada padanya perhimpunan. Kata akarnya )اود

د yang bermaksud kembali, kerana mereka seolah-olah sering kembali kepadanya. )عيد، ه

Ada pula yang berpendapat bahawa kata akarnya diambil dari : اديد( yang bererti ; adat atau

kebiasaan.

Jama'nya adalah : عوديد(. Apabila disebut ن bererti ; Orang-orang islam menyambut hari , )عود ا عد م

raya عو( mereka.

Ibnu al-A'rabi (w.543H) telah berkata : “Dinamakan اود( dengan nama ini kerana setiap tahun ia

akan kembali dengan membawa kegembiraan yang baru.”1

Berkata Al-'Allamah Ibnu 'Abidin (w.1252H): "Dinamakan dengan nama اود( kerana segala

kebaikan pada hari itu adalah milik Allah, yakni segala jenis kebaikan yang kembali ke atas

hamba-hamba-Nya dalam setiap hari, antaranya ; dibolehkan berbuka (makan dan minum)

setelah dilarang, bersedekah Fitri (zakat), sempurnanya perlaksanaan ibadah haji dengan tawaf,

daging-daging korban dan lain-lain. Juga kerana pada hari itu, dipenuhi dengan kebahagiaan,

kegembiraan, kesenangan dan nikmat".2

2. RAHMAT ALLAH BAGI UMAT MUHAMMAD DENGAN DUA HARI RAYA

Dari Anas bin Malik , telah berkata :

لو اه ] و لوفمدي ل ق سو د اه لودي تد ح ندين: قديو ح ان احود ن لوفمدي، لدقديله ندي هد بود ندين هد ح ح سهوديح هد ، احم هد يه ود ح الو اه اح ح لدقيل سو ح ضححى، سهد الح ح [ه " إن اه ق ح بح كويح همي خودح ا ندحفوميه هد

Maksudnya : (Rasulullah datang ke Madinah yang mana penduduknya memiliki dua hari yang

mereka bergembira dengan keduanya. Maka Nabi bertanya : Apakah dua hari ini ? Mereka

menjawab, kami telah bergembira dengan keduanya di masa jahiliyyah. Maka Rasulullah

bersabda : Sesungguhnya Allah telah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik dari

keduanya ; hari raya korban dan hari raya fitri.). [riwayat Abu Daud, no: 1134]

Berdasarkan hadis ini, Sheikh Ahmad Abdurrahman Al-Banna telah berkata : "Kemuliaan hari

ini adalah kerana keduanya telah ditetapkan oleh Allah, juga merupakan pilihan Allah untuk

makhluk-Nya, dan keduanya datang setelah menunaikan dua rukun Islam yang agung iaitu puasa

dan haji. Pada kedua hari tersebut Allah mengampunkan orang-orang yang mengerjakan ibadah

haji dan orang-orang yang berpuasa, serta melimpahkan rahmat bagi semua makluk-Nya.

Adapun perayaan Nairuz dan Mahrajan, keduanya merupakan pilihan pembesar pada zaman

tersebut, dan keduanya ditentukan dengan kesesuaian zaman, kehendak dan lain-lain di mana

keistimewaanya pasti pudar dengan peredaran zaman. Maka perbezaan antara 'Idul Fitri, 'Idul

Adha dan Nairuz serta Mahrajan adalah sangat jelas bagi sesiapa yang mengamatinya".3

1 Lihat Lisanul 'Arab : 3/319 2 Lihat Hasyiah Ibnu 'Abidin : 2/165 3 Lihat Fathurrabbani : 6/119

4

3. TIDAK DIBENARKAN BERPUASA DI KEDUA HARI RAYA

Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri :

ل هللا ] ح احح ن سو اح ح ، سهد ح ه هد حنيح ح صوي هد [تدفى ع

Maksudnya : (Sesunguhnya Nabi melarang dari berpuasa pada dua hari ; hari 'idul fitri dan

'idul adha.) [riwayat Al-Bukhari, no: 1889, Muslim, no: 1137]

* Telah berkata al-Imam al-Nawawi (w.676H) : "Ulama telah ijma' dalam mengharamkan

berpuasa pada kedua hari raya dalam apa jua keadaan…"1

4. MANDI SEBELUM KELUAR KE MUSHOLLA

Diriwayatkan dari Nafi' :

عوم ] ن عبح هللا بح ح [اح ح ، قدبحي نح هد ح وس إل احموص ى لين هد حعيو هد

Maksudnya : (Sesungguhnya Abdullah ibnu Umar mandi terlebih dahulu sebelumkeluar

menuju ke musolla). [riwayat Abdurrazzaq, no: 5754]

Telah ditanya Ali bin Abi Talib tentang mandi, beliau berkata :

و اح ح ] ح ، سهد حو احح ، سهد و ع ل ح ، سهد حومو و ا ح [هد

Maksudnya : (Hari Jumaat, hari Arafah, Hari raya korban, hari raya fitri.) [riwayat al-Syafie,

no: 114]

Telah berkata Sa'id bin Al-Musayyib 2 :

ث ، ث ح ا و سو ] و ل إ و شح ه ا

ج، س سح و الو ي بح قد يو لح ال ى، س ص ا [ يلو ع غح ا

Maksudnya : (Sunnah hari 'Idul Fitri ada 3 : Berjalan ke musholla, makan sebelum keluar, dan

mandi.) [riwayat Sahnun di dalam al-Mudawwanah, 1/171]

Berkata al-Sheikh Ali Hasan Al-Halabi : "Kemungkinan yang dimaksudkan oleh Sa'id bin Al-

Musayyib adalah sunnah para sahabat, iaitu ; jalan atau contoh dari mereka, kerana perbuatan

ini tidak sahih dari Nabi ".

* Cuma perlu diingatkan bahawa "tidak sahih dari Nabi " seperti yang disebut di atas adalah

dari segi kedudukan sanad hadis tersebut.3 1 Lihat Al-Minhaj Fi Syarhi Sahih Muslim bin Hajjaj oleh Annawawi : 8/15 2 Lihat Irwa' Al-Ghalil Fi Takhrij Ahadis Manarussabil oleh al-Albani: 3/104 3 Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah : 1315, kerana pada sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Jubarah bin Al-

Mughollas serta gurunya Hajjaj bin Tamim. Kedua-duanya dinilai ضوف( oleh Ibnu Hajar di dalam Taqrib Attahzib. Lihat Taqrib Attahzib, no :

898, 1128. Ibnu Majah juga meriwayatkan dari jalan yang lain : 1316. Tetapi padanya ada Yusuf bin Khalid Assamti yang mana telah dihukum oleh Yahya bin Ma'in sebagai pembohong. Lihat Taqrib Attahzib, no : 7918. Wallahu'alam.

5

- Berkata Ibnu Qudamah (w.620H) : "Disunatkan bersuci dengan mandi pada hari raya,

sesungguhnya Ibnu Umar mandi pada 'Idul Fitri, dan diriwayatkan perbuatan tersebut dari Ali

. Yang demikian itu telah disebut oleh 'Alqamah, 'Urwah, 'Atha, Al-Nakhai'e, Qatadah, Abu

Zinad, Malik, Al-Syafi'e, Ibnu al-Mundzir……".1

* Kesimpulannya, dianjurkan kita pada pagi hari 'Idul Fitri dan 'Idul Adha bersuci serta mandi,

sebagai menyambut ketibaan hari mulia. Jangan kita lupa, walaupun perbuatan ini tidak thabit

dari Nabi , tetapi ianya dilakukan oleh para sahabat Nabi khususnya Ibnu Umar yang

mana beliau adalah sahabat yang paling bersungguh-sungguh dalam mengikut sunnah Baginda

.

Adapun amalan yang dinamakan "Mandi sunat 'Idul Fitri" beserta doa-doa tertentu sepertimana

yang dilakukan oleh sebahagian manusia, tidak dapat dipastikan sumbernya. Wallahu'alam.

5. MEMAKAI PAKAIAN CANTIK DAN WANGIAN

a. Memakai pakaian cantik2

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab , beliau membawa jubah dari sutera kepada Nabi

, lalu beliau berkata :

لو اه ] و سو د، لدقيل ولو و سا تميح هي ح ، ابدحعح ه ل اه و ه »ي سو ح ل خ،ق بيسو ن ي ه [«إن

Maksudnya : (Wahai Rasulullah , ambillah ini dan berhias-hiaslah dengannya pada kedua hari

raya dan untuk menyambut kedatangan perutusan. Maka Rasulullah berkata : Sesungguhnya

pakaian ini (sutera) adalah untuk orang-orang yang tiada akhlak padanya). [riwayat Al-

Bukhari, no: 886, Muslim, no: 2068]

- Telah berkata Al-'Allamah Assindi (w.1138H): "Daripada hadis ini, dapat diketahui bahawa,

berhias-hias pada hari raya adalah merupakan adat yang sememangnya diamalkan di kalangan

mereka, dan Nabi tidak mengingkarinya (iaitu anjuran Umar supaya berhias-hias di hari

raya, Cuma, apa yang diingkari Baginda adalah pakaian sutera bagi lelaki)". 3

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas :

لو اه ] و بدو حد حح ا لين سو اح ح [هد حبسو هد

Maksudnya : (Rasulullah telah memakai pada hari raya burdah (kain menutupi badan) yang

berwarna merah4). [riwayat al-Thabrani dalam Mu'jam Al-Aushath, no: 7609]5

Diriwayatkan dari Ibnu Umar 6 :

1 Lihat Al-Mughni : 2/370 2 Pakaian yang cantik itu mestilah menepati ciri-ciri serta dhowabith yang telah digariskan oleh islam samada lelaki ataupun wanita. 3 Lihat Hasyiah Sindi 'Ala Annasai' : 3/181 4 Maksud "merah" di sini adalah warna merah yang bercampur dengan warna lain. Lihat kalam Ibnul Qayyim dalam Zadul Ma'ad : 1/441 5 Sanadnya baik. Lihat Silsilah Al-Ahadis Assahihah : no 1279. 6 Al-Hafiz Ibnu Hajar berkata: Sanadnya Sahih. Lihat Fathul Bari : 2/439

6

[هح وح ا لح و يب و ث ع ،ح سو ب ح هد ين ل و ت ]

Maksudnya : (Sesungguhnya beliau telah memakai pakaian yang paling baik di kedua hari

raya). [riwayat Al-Baihaqi, no: 5938]

b. Memakai wangian

Tidak ada hadis yang sahih dari Nabi tentang anjuran memakai wangian di kedua hari

raya. Tetapi di sana terdapat athar dari sahabat Baginda , antaranya :

Diriwayat dari Ibnu Umar :

[ ح ا ح هد و و هد ين ل و ت ]

Maksudnya : (Sesungguhnya beliau memakai wangian pada hari raya fitri.)1

- Al-Imam Malik (w.179H) berkata: "Aku telah mendengar ahli ilmu mengharuskan memakai

wangian dan berhias di setiap kali hari raya".2

* Secara umumnya, kita dianjurkan memakai wangian di pada kedua hari raya sepertimana

disunnahkan kepada kita memakainya pada hari jumaat. Kerana hari raya dan hari jumaat

mempunyai satu persamaan dari segi maknanya iaitu hari berkumpulnya manusia.

Adapun wanita-wanita, mereka diharamkan memakai wangi-wangian yang boleh dihidu

oleh para lelaki yang bukan mahram.

Sabda Nabi :

ا] ا سل وج وسا حيفي، لف ل ح ح ت احم ح و، لم تح ع ى احق د [إ ا اسح

Maksudnya : (Apabila seorang wanita memakai wangian, kemudian dia melalui sesuatu kaum

agar mereka mencium wanginya, maka dia seperti itu dan seperti itu (penzina).) [riwayat Abu

Daud, no: 4173]3

Sabda Baginda lagi :

حن ] ا هد ا سل س لف ل جحح تح لم تح لل د ح و إ ا اسح

، سا زاتو [زاتو لوي عيح

Maksudnya : (Setiap mata itu berzina, dan apabila wanita memaka wangi-wangian kemudian

lalu di majlis (yang ada padanya lelaki yang bukan mahram), maka dia begini dan begitu. Iaitu

penzina.) [riwayat Al-Tirmidzi, no: 2937]4

6. MAKAN SEBELUM KELUAR KE MUSHOLLA 1 Sanadnya Sahih . Lihat Ahkamul 'Aidain oleh Al-Faryabi : ms 83 2 Lihat Ahkamul 'Aidain oleh Hisyam Ali Barghash : mks 17 3 Dinilai Hasan oleh Al-Albani dalam ta'liq beliau terhadap Sunan Abu Daud. 4 Dinilai Sahih oleh Al-Albani. Lihat Sahih sunan Al-Tirmidzi : no 2237.

7

Dari Anas , telah berkata :

لو اه ] ا ح ،ت يحلوي ت ات لين سو ح [ل هد ح وس هد

Maksudnya : (Sesungguhnya Rasulullah tidak akan keluar ke mushollah sehinggga beliau

memakan beberapa biji tamar.) [riwayat Al-Bukhari, no: 953]

Telah berkata al-Imam Al-Muhallab : "Hikmah makan sebelum solat ('Idul Fitri) adalah supaya

manusia tidak menyangka bahawa wajib berpuasa sehingga selesai solat 'Id, dan seolah-olah

Nabi ingin menghalang dari berlakunya perkara sebegini 1.")س ا ه

Dari Buraidah , telah berkata :

الضححى ،ت هوص لين اب ] ح يو هد ي، سل ه ح ا ح ،ت ه ح ح [ل يح وجو هد

Maksudnya : (Sesungguhnya Nabi tidak keluar pada hari raya Fitri kecuali selepas Baginda

makan, Baginda tidak makan pagi hari raya korban melainkan sehingga selesai solat.)

[riwayat al-Tirmidzi, no: 542]2

Telah berkata al-Imam Al-Syaukani3 : "Hikmah melewatkan makan pada hari 'Idul Adha kerana

pada hari tersebut disyariatkan berkorban dan memakan sebahagian dari haiwan korban…"

7. KELUAR MENUJU KE MUSHOLLA (Tanah Lapang)

Dari Abu Sa'id Al-Khudri , telah berkata :

لو اه ] اص، و لين سو هدبح و ب وص ى، لأسلو و ح ا ح سالضححى إل ا ح ...إخل [يح وجو هد

Maksudnya : (Sesungguhnya Rasulullah keluar pada hari Fitri dan Adha menuju ke musholla

(tanah lapang), dan perkara yang dimulai oleh Baginda adalah solat….) [riwayat Al-

Bukhari no: 913, Muslim, no: 889]

Telah berkata Al-'Allamah Ibnul Hajj Al-Maliki : "Sunnah yang telah lalu dalam perlaksanaan

solat 'Idul Fitri dan Adha adalah di musholla (tanah lapang), kerana Nabi telah bersabda :

ا ] ج الح و، إل احمعح ا ح حف ص، لومي س يو ن ا لح ج ي ه [ص، ل نعح

Maksudnya : (Satu solat di masjidku ini (masjid Annabawi) adalah lebih baik dari seribu solat di

masjid-masjid lain kecuali masjid Al-Haram.) [riwayat Al-Bukhari, no : 1190. Muslim, no:

1394]

Walau dengan fadhilat yang begitu besar ini, Nabi tetap keluar meninggalkan masjid Baginda

dan bersolat di musholla (tanah lapang)".4

1 Lihat Fathul Bari : 2/447 2 Sanadnya dinilai Hasan oleh Syeikh Ali Hasan. Lihat Ahkamul 'Aidain : mks 32 3 Lihat Nailul Author : 3/357, Al-Mughni : 2/371 4 Lihat Al-Madkhal : 2/283

8

Kesimpulannya, sunnah mendirikan solat 'id di tanah lapang. Tetapi sekiranya tidak dapat

bersolat di tanah lapang kerana sakit, atau kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan,

maka dibenarkan bersolat dimasjid. Tidak ada dosa baginya, insyaAllah.1

* Hikmah bersolat di tanah lapang :

- Ianya merupakan sunnah Rasulullah dan para sahabat

- Untuk mengumpulkan umat Islam di satu tempat

- Menzahirkan syiar Islam

- Menggambarkan kecintaan Islam kepada perpaduan

- Melambangkan kesatuan umat Islam

Adapun apa yang dilihat serata dunia, musholla diperbanyakkan tanpa sebarang hajat dan

keperluan. Secara tidak langsung, hadaf untuk menyatukan umat muslimin sukar untuk digapai.

Bahkan ada sesetengah pihak yang sanggup bersolat di musholla yang jaraknya terlalu hampir

dengan musolla lain semata-mata kerana berbeza pandangan politik. ، إل للهللل ل س ل ق .Fikirkan!

8. ANJURAN WANITA KE MUSHOLLA 2 (Tanah lapang)

Diriwayatkan dari Ummu 'Athiyyah radhiallahu 'anha, Rasulullah bersabda: :

ادددداو ساتو الودددد وس ] ددد وج ا ادددداو س ساتو الودددد وس -خح دددد لو ، سالوددددو و لد -س ا ح دددد مي، سهد وعح ا دددد سدعحدددد ن الودح ددددف ح وشح

ص ىو [الوو و ا

Maksudnya : (Hendaknya al-'awatiq (wanita-wanita yang sudah baligh) dan dzawatil khudur

(wanita-wanita perawan yang belum menikah dan selalu menutup diri) serta wanita-wanita yang

sedang haid keluar (untuk pergi ke musolla) dan menyaksikan kebaikan dan doanya orang-

orang beriman dan para wanita yang haid hendaknya menjauhi musolla) [riwayat Al-Bukhari

no: 971, Muslim, no: 890]

9. ADAB PERGI DAN PULANG DARI MUSHOLLA

a. Berjalan kaki

Dari Ali bin Abi Talib , telah berkata :

و نيووي] اع نح تح وج إل ا [ن

Maksudnya : (Adalah daripada sunnah ; kamu keluar pada hari 'id berjalan kaki.) [riwayat Al-

Tirmidzi, no: 530, Ibnu Majah, no: 161]3

b. Mengambil jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang

Dari Jabir bin Abdullah , telah berkata :

1 Lihat Al-Mughni : 2/229-230 2 Perlu diingatkan, perintah keluar dari rumah bukan beerti bebas berpakaian apa sahaja. Sebaliknya perlu menepati ciri-ciri pakaian yang telah

digariskan oleh syariat. 3 Dinilai Hasan oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Sahih Sunan Ibnu Majah : no 1070

9

و عو خيف ا ها لين اب ] ح [إ ا لين هد

Maksudnya : (Nabi apabila hari 'id, Baginda mengambil jalan yang berlainan (ketika pergi

dan pulang).) [riwayat Al-Bukhari, no: 986]

* Antara hikmahnya1 :

- Untuk memberi salam kepada sesiapa yang ditemui di kedua jalan.

- Untuk membantu orang yang berhajat kepada bantuan Baginda .

- Untuk menzahirkan syiar Islam

Al-Imam Al-Nawawi (w.676H) setelah mendatangkan pendapat-pendapat tentang hikmah

memilih jalan yang berlainan, beliau berkata : "Walaupun kita tidak mengetahui sebab (kenapa

Nabi melakukan sedemikian), kita tetap disunnahkan melakukannya secara pasti,

Wallahua'lam".2

c. Bertakbir sambil berjalan ke musholla

Dari Al-Zuhri, beliau meriwayatkan :

ل اه ] ى اص، ن سو اص، ، لإ ا ق اح ح ، لدووكب و ،ت يحت احموص ى، س،ت هدقح ح ، ق ع لين يح وجو هدبي [اكح

Maksudnya: (Sesungguhnya Rasulullah apabila keluar pada hari raya Fitri, Baginda

bertakbir sehingga tiba di musolla (tanah lapang) dan sehingga menunaikan solat. Apabila telah

selesai bersolat, Baginda menghentikan takbir.) [riwayat Ibnu Abi Syaibah, no: 5621]3

10. TAKBIR HARI RAYA

a. Anjuran bertakbir di kedua hari raya

'Idul Fitri

Allah berfirman :

على ما هداكم ولعلكم تشكرون ﴾ وا الل ة ولتكب ﴿ ولتكملوا العد

Maksudnya: (Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangannya. Dan hendaklah kamu

mengagungkan Allah di atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, agar kamu bersyukur.)

[surah Al-Baqarah: 185]

'Idul Adha

1 Lihat Zaadul Ma'ad : 1/449 2 Lihat Raudhotu Attholibin : 2/77

3 Sanadnya sahih tetapi mursal kerana Azzuhri adalah tabi'in, tetapi beliau meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi . Hadis mursal

adalah hadis yang dhaif (lemah) menurut kesepakatan Ulama-ulama hadis. Akan tetapi, hadis ini telah disokong oleh hadis lain, menyebabkan

statusnya telah meningkat . Iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar dengan cara marfu'. Imam Al-Baihaqi yang meriwayatkan hadis ini,

berkata : "Hadis ini sahih bagiku samada marfu' atau mauquf". Sunan Al-Kubro : 3/279. Lihat perbahasan lanjut dalam Silsilah Ahadis Sahihah : no 171

10

Allah berfirman :

م معدودات ﴿ ف أي ﴾ واذكروا الل

Maksudnya : (Dan berzikirlah dengan menyebut nama Allah pada beberapa hari yang berbilang

(hari-hari tashriq)..) [surah Al-Baqarah: 203]

b. Bilakah bermula dan berakhirnya takbir pada kedua hari raya ?

'Idul Fitri

Dari Al-Zuhri, beliau meriwayatkan :

ل اه ] اح ح ، لدووكب و ،ت يحت ا ن سو ح ى اص، ، ق ع لين يح وجو هد اص، ، لإ ا ق حموص ى، س،ت هدقحبي [اكح

Maksudnya : (Sesungguhnya Rasulullah apabila keluar pada hari raya Fitri, Baginda

bertakbir sehingga tiba di musolla (tanah lapang) dan sehingga menunaikan solat. Apabila telah

selesai bersolat, Baginda menghentikan takbir.) [riwayat Ibnu Abi Syaibah, no: 5621]1

* Hadis di atas menunjukkan bahawa :

- Bermulanya takbir 'Idul Fitri ketika keluar dari rumah di pagi raya dalam perjalanan

ke musolla. (waktu yang afdhal). Fuqaha telah bersepakat akan pensyariatan bertakbir

ketika keluar untuk bersolat 'Id. Cuma mereka berselisih pendapatan tentang hokum

memulakan takbir setelah tenggelam matahari akhir Ramadhan. 2

- Berhenti takbir setelah selesai menunaikan solat 'Idul Fitri (khusus untuk 'Idul Fitri).

'Idul Adha

Diriwayatkan dari Muhammad bin Abi Bakr Asthaqafi :

ن ندد] و ددد ددويح صح ، لوحددف لودح اد حبودد إل ع لدديت عدد ح ندد و غدديدين ندد نيددن سحدد : قدديله لددين ع اددب سددأح و تددس بحددوكب و، ل، هدوحك و ع وح

، سهوكب و ا ، ل هدوحك و ع وح و ب [هدو ب ا

Maksudnya : (Aku telah bertanya Anas ketika mana kami sedang berangkat dari Mina menuju ke

Arafah dalam keadaan bertalbiah : Bagaimana kamu telah melakukannya bersama Nabi ?

Beliau (Anas) telah berkata : "Telah bertalbiah orang yang bertalbiah, sedang Nabi tidak

1 Lihat penjelasan tentang kedudukan hadis ini pada nota kaki bab "Bertakbir sambil berjalan ke musholla" di bawah tajuk utama "Adab pergi

dan pulang dari musholla" : mks 12 2Adapun, pendapat jumhur fuqaha' Assyafi'yyah dan Al-Hanabilah (Lihat Fiqhul Islami Wa Adillatuh, oleh Dr.Wahbah Azzuhaili : 2/1407) serta

amalan masyarakat sekarang yang memulakan takbir 'Idul Fitri apabila tenggelam matahari pada hari terakhir ramadhan, tidak dapat dipastikan

dalil yang sahih lagi jelas tentang pensyariatannya. Antara hujah-hujah mereka : 1. Mereka mengatakan bahawa apabila tenggelam matahari hari terakhir

ramadhan, maka itu sudah dikira hari raya.

2. Perintah Allah supaya bertakbir apabila selesai menyempurnakan puasa dalam surah Al-Baqarah: 203

Oleh kerana telah thabit dari Nabi bahawa Baginda hanya memulakan takbir apabila keluar menuju ke musholla untuk solat 'Idul Fitri,

maka itulah yang sebaiknya untuk diikuti. Wallahu'alam.Sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi .

11

mengingkarinya, dan telah bertakbir orang yang bertakbir, sedang Nabi tidak

mengingkarinya.) [riwayat Al-Bukhari, no: 970]

Diriwayatkan dari Ali bin Abi Talib :

، إل ص، ] ع ل ح هد ح ص، اح جح صح تو لين هوكب و بد ح اح اشح ها، سهوكب و بد ح آخ ي ن صح [اح

Maksudnya : (Sesungguhnya beliau (Ali bin Ai Talib) telah bertakbir setelah solat fajar pada

hari 'Arafah hingga solat asar pada hari terakhir tashriq, dan beliau bertakbir selepas solat

asar.) [riwayat Ibnu Abi Syaibah, no: 5631]1

Telah diriwayatkan juga perbuatan ini dari Ibnu Abbas 2 dengan sanad yang sahih3, begitu juga

Ibnu Mas'ud 4.

* Hadis dan athar-athar5 di atas menunjukkan bahawa :

- Bermulanya takbir 'Idul Adha adalah pada hari Arafah ; iaitu selepas solat subuh6 hari

ke-9 Dzulhijjah.

- Berhenti takbir sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Dzulhijjah.

* Apakah disunatkan bertakbir (bagi 'Idul Adha) hanya setiap kali selepas solat fardhu ?

Al-Syafi'iyyah dan Al-Hanabilah mengatakan : Disunatkan bertakbir pada bila-bila masa

tanpa mengkhususkan setiap kali selepas solat fardhu.7 Inilah pendapat yang rajih/tepat,

wallahu'alam, kerana tiada sebarang dalil dari Al-Quran, Al-Sunnah dan athar yang sahih, yang

menunjukkan pengkhususan takbir setiap kali selepas solat fardhu.8

Antara hujah-hujahnya adalah seperti berikut :

- Imam Al-Bukhari telah menulis satu tajuk di dalam Sahihnya9, iaitu ; [ Bab Takbir Pada Hari-

Hari Mina, Dan Pada Keesokannya Menuju Ke Arafah ] / ب اكبدي ي ند، س إ ا غد ا إل ع لد )لل . Ini

menunjukkan keumuman waktu bertakbir pada 'Idul Adha. Imam Al-Bukhari telah

mendatangkan beberapa athar yang sahih dari sahabat yang kesemuanya menunjukkan

keumuman waktu bertakbir tanpa mengkhususkan hanya pada selepas solat fardhu. Antaranya :

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab :

يو ا] ج ، لدووكب وسن سهوكب و هح عحيو ا و هح و م ب لدوعح بياهوكب و ل قدوب كح اق ،ت د حج ن [لسح

1 Sanadnya baik. Lihat Irawa'ul Ghalil, karangan Syeikh Al-Albani : 3/125 2 Lihat Sunan Al-Kubro oleh Imam Al-Baihaqi : 3/314 3 Lihat Irwa'ul Ghalil : 3/125 4 Lihat Al-Mustadrak, oleh Al-Hakim : 1/300 5 Athar: Perkataan, perbuatan, pengakuan yang disandarkan kepada sahabat Nabi. 6 Bukan beerti hanya setiap selepas solat fardhu,sebaliknya yang dimaksudkan dengan "selepas solat subuh" adalah waktu bermulanya

takbir.Lihat penjelasan lanjut pada : mks 15-16 7 Lihat Fiqhul Islami Wa Adillatuhu : 2/1407. 8 Lihat Ahkamul 'Aidain, oleh Syeikh Ali Hasan : 28-29 9 Lihat Sahih Al-Bukhari : 1/329

12

Maksudnya : (Beliau telah bertakir di khemahnya di Mina, dan ahli masjid telah mendengar

takbir beliau, maka mereka pun bertakbir. Dan telah bertakbir juga orang yang berada di pasar,

sehingga bergemuruh Mina dengan laungan takbir.) [riwayat al-Bukhari, 2/20]

Diriwayatkan dari Ibnu Umar :

و عوم ] سل سلين ابح ات سع ى ل او ، سخ حف اص هوكب و ب حن الي و حن الي سمح ع، سمحشي يلوعح يط و ]

Maksudnya : (Ibnu Umar telah bertakbir di Mina, pada hari-hari (tashriq) itu, setiap kali

selepas solat, di tempat tidurnya, di khemahnya, pada majlisnya dan di mana sahaja beliau pergi

pada hari-hari itu.) [riwayat al-Bukhari, 2/20]

Diriwayatkan dari Maimunah radhiallahu 'anha :

وه ] ت احح »سليت ح نوحمو ح ه ويل اشح ها نع « وكب و هد عبح ا عوحمين، سعوم بح ا عي و هوكب حن خ حف للن بح سلوج عح

[ا يل ل ا

Maksudnya : (Maimunah telah bertakbir pada hari raya korban dan para wanita bertakbir di

belakang Aban bin Uthman dan Umar bin Abdul 'Aziz pada hari-hari hari tashriq bersama-sama

para lelaki di masjid.) [riwayat al-Bukhari, 2/20]

* Kesimpulannya : Disunnahkan bertakbir sempena 'Idul Adha pada bila-bila masa bermula dari

selepas solat subuh hari arafah (iaitu hari ke-9 Dzulhijjah) sehingga terbenam matahari pada hari

ke-13 Dzulhijjah, tanpa mengkhususkan waktu bertakbir hanya pada selepas selesai solat

fardhu.1 Wallahu'alam.

c. Anjuran menguatkan suara ketika bertakbir

Diriwayatkan dari Umar Al-Khattab :

يو ] ج ، لدووكب وسن سهوكب و هح عحيو ا و هح و م ب لدوعح بيا هوكب و ل قدوب كح اق ،ت د حج ن [السح

Maksudnya : (Beliau telah bertakir di khemahnya di Mina, dan ahli masjid telah mendengar

takbir beliau, maka mereka pun bertakbir. Dan telah bertakbir juga orang yang berada di pasar,

sehingga bergemuruh Mina dengan laungan takbir.) [riwayat al-Bukhari, 2/20]

Diriwayatkan dari Ibnu Umar :

اح ح ] ح ضححى سهد الح ح بي ،ت يحت اح تو لين إ ا غ ا هد نيو يحف و للكح [موص ى ثو هوكب و ،ت يحت اح

Maksudnya: (Sesungguhnya Ibnu Umar apabila keluar (menuju musolla) di hari 'Idul Fitri dan

'Idul Adha; beliau menguatkan suara ketika bertakbir sehingga tiba di musholla, kemudian

beliau meneruskan takbir sehingga tiba imam.) [riwayat al-Daruquthni, no: 1716]2

* Kedua hadis di atas menunjukkan : 1 Perlu difahami, yang dimaksudkan oleh penyusun adalah "tidak mengkhususkan waktu bertakbir hanya setelah selesai solat fardhu" bukan

"dilarang bertakbir setelah selesai solat fardhu". 2 Dinilai sahih oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Irawa'ul Ghalil : 3/122

13

- Disyariatkan menguatkan suara ketika bertakbir.1

- Bertakbir sambil berjalan ke musolla di pagi kedua hari raya sangat dianjurkan.

- Kesungguhan para sahabat dalam melaungkan kebesaran Allah patut dicontohi.

d. Lafaz takbir

Al-Syeikh Ali Hasan berkata: “Sepanjang pengetahuanku, tidak ada hadis yang sahih

menerangkan tentang tatacara Nabi melafazkan takbir, sebaliknya, yang ada hanyalah riwayat

dari sebahagian sahabat Nabi .”2

Terdapat 3 riwayat yang sahih dari para sahabat Nabi tentang lafaz-lafaz takbir3 :

Diriwayat dari Ibnu Mas'ud , beliau melafazkan takbir 4 :

مح اهو لح ] بد و سه الح بد و اهو لح إل اهو، ساهو لح بد و ل إ [ و بد و اهو لح

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas , beliau melafazkan takbir 5 :

بد و ] مح و اهو لح بد و سه الح بد و اهو لح بد و اهو لح بد اهو لح [ و ع ى ني ه ان س ي اهو لح

Diriwayatkan dari Salman , beliau melafazkan takbir 6 :

بد و لبيا] بد و، هللاو لح [لب وساه هللاو لح

* Inilah lafaz-lafaz takbir yang sahih dari para sahabat. tetapi ramai di kalangan manusia yang

menyelisihi lafaz-lafaz takbir di atas dengan lafaz-lafaz ciptaan mereka, bahkan ditambah dengan

zikir-zikir tertentu yang tiada sandaran sahih. Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani (w.852H)

: “Pada zaman ini, telah diada-adakan penambahan padanya (lafaz-lafaz takbir ini) yang tiada

asal baginya.”7

e. Kesimpulan perbezaan antara takbir kedua hari raya

Perbezaan Persamaan

1. Bermulanya takbir

- 'Idul Fitri : Ketika keluar ke musholla

(tanah lapang) pada pagi hari raya.

- 'Idul Adha : Selepas solat subuh pada hari

Arafah (hari ke-9 Dzulhijjah)

2. Berakhirnya takbir

1. Menguatkan suara ketika bertakbir.

2. Di hari 'Idul Adha juga dianjurkan bertakbir

sambil menuju ke musholla.

3. Tidak dikhususkan pada waktu-waktu

tertentu seperti selepas solat, sebaliknya pada

bila-bila masa dalam waktu yang ditetapkan. 1 Perlu difahami, yang disyariatkan adalah menguatkan suara ketika bertakbir, bukan bertakbir secara beramai-ramai dengan satu suara.

Lihat Silsilah Ahadis Sahihah : 1/121 2 Lihat Ahkamul 'Aidain, oleh Syeikh Ali Hasan : mks 30 3 Oleh kerana ketiga-tiga riwayat ini sahih, maka kita boleh beramal dengan kesemuanya. Beramal dengan kesemuanya lebih baik dari beramal

dengan satu sahaja, dan meninggalkan yang lain. Wallahu'alam. 4 Sanadnya Sahih. Riwayat Ibnu Abi Syaibah : no 5653. 5 Sanadnya Sahih. Riwayat Al-Baihaqi : 3/315 6 Sanadnya Sahih. Riwayat Al-Baihaqi : 3/316 7 Lihat Fathul Bari : 2/462

14

- 'Idul Fitri : Setelah selesai solat 'Idul Fitri.

- 'Idul Adha : Sebelum tenggelam matahari

pada hari ke-13 Dzulhijjah.

4. Lafaz takbir (3 lafaz yang thabit dari sahabat

Nabi )

11. SOLAT HARI RAYA

a. Hukum solat hari raya

Ulama'-ulama' berselisih pendapat dalam menentukan hukum solat hari raya. Pendapat

yang rajih, wallahu'alam adalah : Fardhu 'Ain 1 berdasarkan beberapa hujjah :

1. Firman Allah :

﴾ وانر فصل لربك ﴿

Maksudnya : (Maka bersolatlah dan lakukanlah sembelihan (haiwan korban).) [surah Al-

Kauthar : 2]

Jadi, perintah bersolat serta berkorban dalam ayat ini membawa makna wajib berdasar

shigah amar (ayat perintah) ي )لصد . Manakala pengecualian bagi sesiapa yang tidak

mampu, tidak perlu diperbincangkan kerana kaedah ا شدق ت د اوعدي( iaitu : “Kepayahan

membawa kepada kemudahan”, telah menunjukkan bahawa sesiapa yang tidak

berkemampuan atau menghadapi sebarang kesusahan maka dikecualikan darinya.2

2. Nabi serta para sahabat tidak pernah meninggalkan solat hari raya dan

memerintah supaya semua manusia sehingga wanita-wanita turut diperintah keluar

bersolat hari raya, sebagaimana diriwayatkan dari Ummu 'Athiyyah, Nabi bersabda :

ددد] اددداو ساتو الوددد وس خح اددداو س ساتو الوددد وس - وج ا ددد مي، -س ا وعح ا ددد سدعحددد ن الودح دددف ح ، سالودددو و لدوشح

ص ىوح لو الوو و ا [سهد

Maksudnya : (Hendaknya al-'awatiq (wanita-wanita yang sudah baligh) dan dzawatil

khudur (wanita-wanita perawan yang belum menikah dan selalu menutup diri) serta

wanita-wanita yang sedang haid keluar (untuk pergi ke musolla) dan menyaksikan

kebaikan dan doanya orang-orang beriman dan para wanita yang haid hendaknya

menjauhi musolla) [riwayat Al-Bukhari no: 971, Muslim, no: 890]

3. Solat hari raya merupakan salah satu dari syiar islam seperti solat jumaat, bahkan

sifatnya lebih menyeluruh kerana kesemua wanita diperintahkan keluar dari rumah dan

menuju ke musholla (kecuali wanita haid, mereka dilarang dari menghampiri tempat solat

namun tetap diperintah supaya keluar dari rumah) untuk menyaksikan kebaikan.

Wallahu'alam.

b. Waktu solat hari raya

1 Untuk ulasan lanjut, sila lihat Sahih Fiqhus Sunnah, oleh Abu Malik Kamal bin Assayyid Salim : 1/598-599. 2 Disana ada syarat-syarat yang lebih khusus untuk berpegang dengan kaedah ini. Lihat Ilmu Usul Fiqh oleh Abdul Wahab Khallaf : 209.

15

Tidak ditemui riwayat-riwayat yang sahih lagi jelas dari Nabi berkenaan dengan

ketetapan khusus waktu solat hari raya. Cuma terdapat beberapa riwayat dari sahabat yang

dapat difahami darinya waktu solat hari raya, antaranya :

Diriwayatkan dari Yazid bin Khumair al-Ribhi :

ل اه ] و سود د ، صدي، و بوعح ندي، لدقديله ندع اد خ ج عبح و اه بح ح عود ل حد ، سح ضحدحى، لدأتحك إبح دي اح يس ل هدد« بوح «إن لوي ق ح لد غحي سيعدي ه [، س ن ،ي اعح

Maksudnya : (Abdullah bin Busr yang merupakan sahabat Rasulullah pernah keluar bersama

manusia pada ‘Idul Fitri atau ‘Idul Adha, maka dia telah mengingkari akan kelewatan imam.

Dia telah berkata : Sesungguhnya, kita telah kehilangan waktu kita ini. Dan demikian itu ketika

tasbih1) [riwayat Abu Daud, no: 1135]2

- al-Syeikh Ali Hasan Al-Halabi telah berkata: “Inilah riwayat yang paling sahih dalam bab ini,

dan telah diriwayatkan juga dari selainnya, tetapi tidak sahih dari sudut penilaian sanadnya.”3

- al-Imam Ibnu al-Qayyim (w.751H) telah berkata: “Sesungguhnya Rasullullah telah

melewatkan solat 'Idul Fitri dan mempercepat solat 'Idul Adha, dan Ibnu Umar - yang terkenal

dengan sedaya upayanya mengikut sunnah Nabi -, tidak keluar dari rumahnya kecuali selepas

naik matahari.” 4

* Kesimpulan, yang dapat dibuat dari athar serta penjelasan Ibnu al-Qayyim adalah seperti

berikut5 :

1. Bermulanya waktu solat kedua hari raya adalah setelah naik matahari setinggi

sebatang tombak . Iaitu ketika mana, telah berlalu waktu yang diharamkan bersolat.6

2. Disunnahkan melewatkan solat 'Idul Fitri agar manusia dapat mengeluarkan zakat

Fitrah.7

3. Disunnahkan mengawalkan solat 'Idul Adha agar manusia dapat menyegerakan

ibadah korban.8

4. Tamatnya tempoh yang dibolehkan padanya solat 'Id adalah selepas tergelincir

matahari iaitu apabila masuk solat zohor.9

1 Yang dimaksudkan dengan "ketika tasbih" adalah : Ketika matahari telah naik setinggi sebatang tombak, dan telah berlalu waktu yang

diharamkan bersolat, serta masuknya waktu yang dibolehkan bersolat. Lihat 'Aunul Ma'bud Fi Syarh Sunan Abi Daud, oleh Syamsul Haq Aabadi : 3/486. 2 Dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Sahih Sunan Abi Daud : 1005 3 Lihat Ahkamul 'Aidain : mks 41 4 Lihat Zaadul Ma'ad : 1/442 5 Lihat Minhajul Muslim, oleh Syeikh Abu Bakr Al-Jazairi : 278 6 Lihat nota kaki : mks 7 Waktu yang paling afdhal membayar zakat Fitri adalah di pagi hari raya dan sebelum solat 'Idul Fitri. 8 Tidak sah ibadah korban jika diakukan sebelum solat. Lihat hadis yang berkaitan di dalam Sahih Al-Bukhari : 5560, dan Sahih Muslim : 1961. 9 Lihat Fiqhul Islami Wa Adillatuhu : 2/1391

16

* Jika tidak diketahui hari raya melainkan setelah akhir waktu, maka solat 'Id dikerjakan pada

keesokan harinya, berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Abu Umair bin Anas dari bapa-

bapa saudaranya yang merupakan sahabat Nabi , mereka berkata :

بددددي ددددي وسا إل اددددب ] ا نح هد حدددد وسا إل ن لح ددددبحو دددد وسا، سإ ا صح ددددس، لددددأن هويح نح هدو ح نح دددد،ل لللح دددديح سوا اهح ددددف وسن تدفو هشحهويح [نوص،

Maksudnya : “Sesungguhnya telah datang satu rombongan kepada Nabi dan (memberitahu

bahawa) mereka telah menyaksikan anak bulan kelmarin. Maka Nabi memerintah manusia

berbuka pada hari itu, dan memerintah manusia supaya keluar keesokan harinya menuju ke

musholla mereka.” [riwayat Abu Daud, no: 1157]1

c. Adakah disunatkan bersolat sebelum (qabliyah) atau selepas (ba'diyah) solat hari raya ?

Jawapannya, tidak disunatkan. Kecuali solat tahiyyatul masjid2, sekiranya bersolat di masjid.

Adapun sekiranya bersolat di musholla (tanah lapang) maka tidak perlu baginya melaksanakan

apa-apa solat walaupun solat tahiyyatul masjid. Sebagaimana hadis :

Riwayat Ibnu Abbas :

ح هي ن اب ] في سل بد لح هوصي قدبدح ديح ا ح لح ح [ص ى هد

Maksudnya: (Sesungguhnya Nabi telah bersolat pada hari 'Idul Fitri dua rakaat, dan

Baginda tidak bersolat sebelumnya dan selepasnya..) [riwayat Al-Bukhari, no: 989]

* Al-Hafiz Ibnu Hajar (w.852H) telah berkata: “Hadis ini menunjukkan tiada solat sunat qabliyah

atau ba'diyah bagi solat ‘Id. Dan ia menyelisihi pihak yang qiaskan solat ‘Id dengan solat jumaat.

Adapun solat sunat mutlak; maka tiada sebarang dalil khusus yang melarangnya kecuali dalil

tentang waktu-waktu yang dilarang solat..” 3

* Al-Imam Ibnu al-Arabi (w.543H) telah berkata : “Solat sunat di musolla (pada pagi hari raya,

qabliyah atau ba'diyah); sekiranya dilakukan oleh Nabi , tentulah ia diriwayatkan, barang siapa

yang membolehkan solat, maka dia telah berpendapat solat itu adalah solat sunat mutlak, dan

barang siapa yang meninggalkannya, maka dia telah berpendapat bahawa Nabi tidak

melakukannya, dan barang sesiapa yang mengikut Nabi , maka dia sudah tentu mendapat

petunjuk.” 4

d. Tiada azan dan iqamah bagi solat 'Id

Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dan Jabir radhiallahu 'anhuma :

1 Dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Sahih Sunan Abi Daud : 1026 2 Solat tahiyyatul masjid adalah di antara solat-solat سات السبيب ( iaitu solat yang disebabkan sesuatu perkara dan ia wajib ditunaikan berdasarkan

pendapat yang rajih. Jadi, disebabkan kita memasuki masjid, maka diwajibkan kita bersolat dua rakaat (tahiyyatul masjid) sebelum duduk, berdasarkan hadis Nabi : "Apabila salah seorang dari kamu memasuki masjid, maka janganlah sekali-kali dia duduk sebelum bersolat dua

rakaat" [HR Al-Bukhari : 444, Muslim : 714] 3 Lihat Fathul Bari : 2/486 4 Lihat Sahih Fiqhus Sunnah : 1/605

17

الضححى] ح ا ح سل هد ح ح هدوؤ نو هد [لح هكو

Maksudnya : (Tidak pernah diazan pada hari raya Fitri, juga hari raya adha.) [riwayat Al-

Bukhari, no: 960, Muslim, no: 886]

Diriwayat dari Jabir bin Samurah :

ل هللا ] ، ب يح ان سل إقين ص وح و نع سو ديح ن سل ن ، غودح و هح [اح

Maksudnya : (Aku telah bersolat bersama Rasulullah solat kedua-dua hari raya, bukan

hanya sekali dua, tanpa azan dan iqamah.) [riwayat Muslim, no: 886]

* al-Imam Ibnu al-Qayyim (w.751H) telah berkata: “Apabila Rasulullah telah sampai di

musolla, Baginda terus bersolat 'Id tanpa sebarang azan dan iqamah, juga tanpa

mengatakan : اص، اين(. Dan sunnah adalah tidak dilakukan perkara-perkara tersebut.”1

e. Tatacara solat 'Id

i. Solat 'Id adalah dua rakaat.

Diriwayatkan dari Umar :

ين، تي غودح و ص، و اع ] لح حومو ين، سص، و ا ين، سص، و اح ح لح ضححى لح ين، سص، و الح لح [ قصح ، ع ى عين موم

Maksudnya: (Solat safar dua rakaat, solat adha dua rakaat, solat Fitri dua rakaat, solat

jumaat dua rakaat, (kesemuanya) sempurna (iaitu dua rakaat), tanpa mengurangkan

lagi, atas lisan Muhammad .) [riwayat Ahmad, no: 257]2

ii. Dimulakan dengan Takbiratul Ihram

iii. Kemudian bertakbir 3 )هللا لب:

- 7 kali sebelum bacaan: rakaat pertama (tidak termasuk takbiratul ihram dan takbir

intiqal/perpindahan.4)

- 5 kali sebelum bacaan: rakaat kedua (tidak termasuk takbir intiqal/perpindahan.)

* Berdasarkan dalil berikut 5:

Hadis 'Aisyah radhiallahu 'anha :

1 Lihat Zaadul Ma'ad : 1/442 2 Sanadnya dinilai Sahih oleh Syeikh Syuaib Al-Arnauth pada takhrijnya terhadap Musnad Ahmad. 3 Takbir ini adalah sunnah, dan tidak membatalkan solat bagi sesiapa yang meninggalkannya samada sengaja atau terlupa tanpa khilaf. Dan

meninggalkannya dengan sengaja, tidak syak lagi bercanggah dengan sunnah . Lihat Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah : 2/244 4 Takbir intiqal adalah takbir yang dilakukan ketika perpindahan antara satu rukun ke rukun yang lain. 5 Juga thabit perbuatan ini dari para sahabat antaranya Abu Bakar, Umar, Ali dan lain-lain. Lihat Syarh Sunnah, oleh Al-Baghawi : 4/309

18

ل اه ] حعددديلدددين هوكدددب و ل اح ن سوددد بددديات، سل ايتوددد وسل سدددبحع كح دددحى، ل الح ضح . سل ساهددده حددد سالحع بيت ا لو [ سى كح

Maksudnya : (Sesungguhnya Rasulullah bertakbir pada solat hari raya Fitri dan hari

raya adha, pada rakaat pertama 7 kali, dan rakaat kedua 5 kali. Dalam riwayat lain

disebut: Tidak termasuk dua takbir untuk rukuk.) [riwayat Abu Daud, no: 1150]1

Tidak ada sebarang dalil yang sahih dari Nabi bahawa Baginda mengangkat kedua

tangan Baginda setiap kali bertakbir dalam solat 'Id (iaitu takbir 7 kali pada rakaat

pertama dan 5 kali ada rakaat kedua) kecuali bagi takbiratul ihram dan takbir intiqal.

Tetapi telah thabit perbuatan ini dari Ibnu Umar. (Lihat perbahasan di bawah dengan

teliti).

Ulama'-ulama' telah berselisih dalam masalah ini kepada 2 pendapat yang popular2 :

1. Jumhur : Imam Abu Hanifah, Imam Al-Syafi'e, Imam Ahmad dan diriwayatkan dari

Imam Malik, juga pilihan Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin.3 Berpendapat

bahawa disunatkan mengangkat kedua tangan setiap kali bertakbir dalam solat 'Id.

Mereka berhujjah dengan beberapa dalil antaranya :

Perbuatan ini dari Ibnu Umar, bahawa beliau mengangkat kedua tangannya setiap kali

betakbir dalam solat 'Id. Kerana Ibnu Umar terkenal dengan sikapnya yang

bersungguh-sungguh dalam mengikut sunnah Nabi . Riwayat ini sahih sepertimana

yang dinilai oleh Ibnu al-Qayyim.4

Riwayat dari Umar :

[ و هح يز ساح ح بي ل ا [لين هد حلعو ه هح نع لوي كح

Maksudnya: (Sesungguhnya beliau telah mengangkat kedua tangannya setiap kali

bertakbir pada solat jenazah dan 'Id.) [riwayat Al-Baihaqi, no:6189]

Tetapi sanadnya dhaif sepertimana yang dinyatakan oleh al-Imam Al-Baihaqi 5 (3/291).6

Hadis Wail bin Hujr 7 tentang tatacara solat Nabi (solat fardhu) : Iaitu Baginda

mengangkat tangan setiap kali bertakbir. Mereka mengqiaskan perbuatan ini dengan solat

'Id.8

1 Dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Albani. Lihat Sahih Sunan Abi Daud : 1018] 2 Secara umumnya diringkaskan dari Irwa'ul Ghalil : 3/112-114 3 Syarhul Mumti' 'Ala Zaadul mustaqni oleh Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin: 3/103-104 4 Lihat Zadul Ma'ad : 1/441. Lihat Syarhul Mumti' 'Ala Zaadul mustaqni': 3/104 5 Lihat Sunan al-Kubra, oleh Al-Baihaqi, (3/412) 6 Lihat Tamamul Minnah, oleh Syeikh Al-Albani : mks 349. 7 Riwayat Muslim : 401 8 Lihat Fiqhul Islami Wa Adillatuhu : 2/1402

19

2. al-Imam Sufian Al-Tsauri, juga diriwayatkan dari al-Imam Malik, dan dipilih oleh

Syeikh Al-Albani.1 Antara hujah mereka :

Tidak thabit dari perbuatan Nabi .

Riwayat Umar adalah hadis yang dhaif.

Riwayat Ibnu Umar dhaif 2 ; Menurut pendapat ini. Sekiranya sahih, ia tetap tidak

thabit dari Nabi . Jadi untuk mengatakannya sunnah adalah tidak benar. Wallahu'alam.

Al-Imam Malik berkata: (Aku tidak mendengar sesuatu pun (hadis atau athar sahabat)

berkenaan dengan mengangkat tangan ketika bertakbir dalam solat 'Id.)3

Penilaian Penyusun

Wallahu'alam, setelah mendatangkan dalil-dalil serta aqwal Imam-imam mutaqaddimin

dan mutaakhirin, secara umumnya penyusun memilih untuk bertawaquf dan tidak

mentarjih mana-mana pendapat, kerana hujjah kedua-dua pendapat adalah kukuh.

Penyusun amat bersetuju dengan kesimpulan al-Syeikh Al-Albani iaitu :

Maksudnya : (Barangsiapa yang menyangka Ibnu Umar , tidak akan melakukan

perkara tersebut (iaitu mengangkat tangan ketika bertakbir dalam solat 'Id) kecuali

dengan tauqif (thabit) dari Nabi , maka silalah melakukannya.)4

* Ini merupakan masalah khilaf yang menuntut kita berlapang dada, kerana kedua-dua

pendapat memiliki hujah berdasarkan dalil-dalil masing-masing. Cuma berlaku perbezaan

dalam cara memahami dan menilai status nas-nas tersebut.

iv. Tidak Sahih dari Nabi bahawa Baginda berzikir dengan zikir-zikir tertentu

antara takbir dalam solat 'Id. Tetapi telah thabit dari Ibnu Mas'ud beiau berkata

tentang solat 'Id :

] بد د ودح ب كح ي لو يح ح يح ى هللا [ ع ي ثد س ي س ع ه

Maksudnya: (Di antara setiap dua takbir, diucapkan pujian serta sanjungan kepada Allah.)

[riwayat al-Muhamili5, 2/121] 6

* Adapun perbuatan manusia sekarang mengadakan zikir-zikir tertentu dengan kadar-

kadar tertentu, tidak dapat dipastikan dalilnya. Perlu diingatkan, athar Ibnu Mas'ud

adalah umum dan beliau sama sekali tidak mengkhususkan zikir-zikir tertentu dengan

kadar-kadar tertentu, sebaliknya beliau menyatakan pujian dan sanjungan kepada

Allah.

1 Lihat hujah-hujah yang didatangkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Irwa'ul Ghalil : 3/112-114 2 Lihat rujukan di atas. 3 Dinyatakan oleh Al-Firyabi di Ahkumul 'Aidain : no 137, dinilai Sahih sanadnya oleh Syeikh Mashor Hasan Salman dalam Al-Qaulul Mubin Fi

Akhthoil Mushollin : mks 407 4 Lihat Ahkamul Janaiz oleh Syeikh Al-Albani : mks 148 5 Beliau adalah Hussain bin Ismail al-Muhamili (w.330H). Pengarang kitab Solat al-‘Aidain. 6 Sanadnya dinilai Baik oleh Syeikh Ali Hasan Al-Halabi. Lihat Ahkamul 'Aidain : mks 47

20

* Kesimpulannya : Dalam masalah ini ada keluasan1. Diharuskan kita untuk berdiam diri,

dan diharuskan kita untuk berzikir dengan apa-apa zikir, tanpa mengkhususkan zikir-zikir

tertentu dengan kadar-kadar yang tertentu.

v. Apabila selesai bertakbir (7 kali pada rakaat pertama & 2 kali pada rakaat kedua), maka

mulakan bacaan Al-Fatihah dan surah.2

* Telah datang dua riwayat yang sahih bahawa setelah membaca Al-Fatihah Nabi

membaca surah berikut :

Riwayat pertama 3:

- Rakaat pertama : ﴿ ق والقرآن المجيد﴾ [Surah Qaf]

- Rakaat kedua: ﴿ اق ت ربت الساعة وانشق القمر ﴾ [Surah Al-Qamar]

Riwayat kedua 4 :

- Rakaat pertama : ﴿ سبح اسم ربك العلى﴾ [Surah Al-'Ala] - Rakaat kedua : ﴿ هل أتك حديث الغاشية﴾ [Surah Al-Gahsyiah]

* Hidupkanlah sunnah ini. Tanamkan kecintaan kepada petunjuk Rasulullah . Inilah

mahabbah yang sebenarnya, bukan sekadar laungan kecintaan, tetapi amalan itulah bukti

cinta sejati. Berkata Syeikh Muhammad bin Soleh Al-'Uthaimin5: "Yang paling afdhal

adalah beramal dengan keduanya. Terkadang kita membaca yang ini, dan terkadang kita

membaca yang itu, berdasarkan keperluan". Wallahu'alam.

vi. Setelah melakukan perkara-perkara di atas, maka teruskan bersolat seperti solat-solat

biasa (seperti ruku', sujud dan lain-lain) tanpa khilaf.

vii. Hukum qadha Solat ‘Aid bagi sesiapa yang tertinggal; 6

Ulama' berselisih pendapat dalam perkara ini :

1. Disunat qadha semula : Atho bin Abi Rabah, Imam Malik7, al-Imam Assyafi'e, Imam

Al-Bukhari.8 Antara hujah-hujah mereka :

- al-Imam Al-Bukhari mengadakan satu bab (tajuk) di dalam sahihnya iaitu : للب إ ا ليد ( maksudnya : Bab sekiranya terlepas seseorang itu akan solat 'Id, maka اود هصد لدي

hendaklah ia solat dua rakaat.9

1Lihat ulasan yang amat jelas Syeikh Ibn Uthaimin dalam Syarhul Mumti' 'Ala Zaadul mustaqni': 3/104. 2 Berdasarkan hadis 'Amru bin Syuaib. Telah dinyatakan. Lihat mks : 25 3 Riwayat Muslim : 891 4 Riwayat Muslim : 878 5 Syarhul Mumti' 'Ala Zaadul mustaqni': 3/108 6 Untuk melihat pendapat-pendapat lain, sila rujuk : Al-Majmu' oleh Imam Annawawi : 5/27-29, Al-Mughni oleh Ibnu Qudamah : 2/212. 7 Lihat Al Muwaatho oleh Imam Malik : no 592, dengan riwayat Abu Mus'ab. 8 Lihat Syarh Tarajim Abwabil Bukhari oleh Al-'Allamah Waliyyullah Addahlawi : mks : 80 9 Sahih Al-Bukhari : 1/134-135

21

*Ibnu Hajar telah menerangkan hukum yang dapat dikeluarkan dari tajuk ini :

- Disyariatkan bersolat 'Id bersendirian walaupun telah terlepas solat 'Id berjamaah.

- Bersolat sendirian 2 rakaat.1

- Atho telah berkata : "Apabila seseorang itu terlepas solat 'aid, maka bersolatlah dua

rakaat"2

2. Tidak perlu mengqadha semula : Pendapat al-Imam Abu Hanifah, pilihan Ibnu

Taimiyyah serta al-Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin. Antara hujjah mereka :

- Tiada dalil yang jelas samada dari Al-Quran, Al-sunnah atau penjelasan para sahabat

tentang keperluan qadha Solat ‘Aid bagi sesiapa yang tertinggal. Sedangkan perintah

untuk keluar bersolat adalah untuk semua kecuali sesiapa yang tidak mampu samada

dari segi kesihatan atau kerana perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan. Tetapi

tidak pula diperintahkan bagi mereka-mereka yang tidak mampu keluar bersolat

secara berjamaah, untuk qadha solat 'aid secara bersendiran.

- Mengqiaskan solat ‘aid dengan solat jumaat merupakan qias yang kurang tepat;

Sekiranya kita terlepas solat jumaat secara berjamaah, maka kita perlu menunaikan

solat zohor dengan empat rakaat sebagai ganti solat jumaat walaupun jumlah rakaat

berbeza. Adapun, jika kita terlepas solat 'Id ; adakah ada pengganti baginya ? Maka

tidak boleh diqiaskan dengan solat jumaat. 3 Wallahu'alam.

Penilaian Penyusun

Wallahu'alam, oleh kerana ketiadaan sebarang dalil yang sahih samada dari sunnah Nabi

atau athar sahabat, maka penyusun lebih cenderung kepada pendapat kedua.

12. KHUTBAH HARI RAYA

a. Khutbah selepas solat 'Id

Diriwayatkan dari Ibnu Umar :

لو اه ] ، سعوم و ض اهو عدحفومي،لين سو قدبحي الو حب ، سبو بكح و هح ن ا [هوص

Maksudnya: (Sesungguhnya Nabi , Abu Bakar dan Umar telah bersolat kedua hari raya

sebelum khutbah.) [riwayat Al-Bukhari, no: 963, Muslim, no: 888]

Dari Ibnu Abbas :

ل اه ] و نع سو تو ا ، سعوم ، سعوحمين ض اهو عدحفويح، وف ح ن قدبحي الو حب ، سب بكح ا هوص [ لكو فويح ليتو

Maksudnya: (Aku telah menyaksikan hari raya bersama Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan

Usman , kesemua mereka bersolat sebelum khutbah.) [riwayat Al-Bukhari, no: 962,

Muslim, no: 884]

1 Fathul Bari : 2/550 2 Lihat Sahih Al-Bukhari : 1/134-135 3 Lihat perbahasan ini dalam Syarhul Mumti' 'Ala Zaadul mustaqni' : 3/115-116

22

* Al-'Allamah Waliyyullah Al-Dahlawi telah berkata1 : Sesungguhnya sunnah Rasulullah

dan Khulafa' Arrashidin adalah berkhutbah selepas dari solat. Adapun berlaku penukaran

waktu khutbah iaitu sebelum solat adalah bid'ah yang dicipta pada zaman Marwan.2

Wallahua'alam.

b. Pilihan untuk mendengar khutbah atau tidak

Diriwayatkan dari Abdullah bin Assa'ib :

ل اه ] تو نع سو ى اص، ، قيله وف ح و ، لد مي ق ح اح ، لم و إن نح و سح ، لد حوجح ، نح يح س حخو حبح ه ح لد حو ه ح نح ه ح ، [سن

Maksudnya: (Aku telah menyaksikan hari raya bersama Nabi . Apabila selesai bersolat,

kami berkhutbah, barang sesiapa yang ingin mendengar khutbah maka duduklah, dan

barangsiapa yang ingin pergi maka dia pergilah.) [riwayat Abu Daud, no: 1155]3

c. Sifat Khutbah

*Telah berkata Ibnul Qayyim :

- Secara umumnya Nabi memulakan khutbahnya dengan pujian.

- Tidak dinaqalkan dari Baginda bahawa Baginda mengkhususkan permulaan

khutbah Baginda dengan takbir.

- Adapun Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah4 yang diriwayatkan dari Sa'd Al-

Quradhi bahawa Baginda memperbanyakkan takbir dalam khutbah, tidak pula

menunjukkan Baginda memulakan khutbahnya dengan takbir.5

* Juga tidak dinaqalkan dari Baginda dengan hadis yang sahih bahawa Baginda

berkhutbah dengan dua khutbah. Cuma terdapat satu hadis yang diriwayatkan oleh Al-

Bazzar dari gurunya : Abdullah bin Syabib dengan sanadnya dari Sa'd dari Nabi :

[ و خو حبدديح دفومي ب حع لين يح و [هد حصيو بدودح

Maksudnya: (Nabi telah berkhutbah dua khutbah dan memisahkan antara keduanya

dengan sekali duduk.) [riwayat Al-Bazzar, no: 5610]

- Tetapi hadis di atas adalah hadis yang lemah, kerana di sana terdapat seorang perawi iaitu

Abdullah bin Syabib. Al-Imam Al-Bukhari telah menghukumnya sebagai : Mungkarul

Hadis.6

1 Lihat Syarh Tarajim Abwabil Bukhari : mks 79 2 Dia adalah Marwan bin Al-Hakam bin Abi Al-'As, Khalifah Umawi, meninggal pada tahun 65 Hijrah. Biodata beliau boleh dilihat pada Tarikh

Atthobari : 7/34 3 Dinilai Sahih oleh Syeikh Al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud : 1024 4Lihat: Sunan Ibnu Majah : 1287 5 Lihat: Zaadul Ma'ad : 1/447-448 6 Lihat Irwa'ul Ghalil : 3/96-98

23

- Telah berkata al-Imam Annawawi : Tidak thabit (sahih) bahawa Nabi berkhutbah

dengan dua khutbah.1

13. UCAPAN PADA HARI RAYA

Para sahabat , apabila mereka bertemu di hari raya, mereka mengucapkan:

[ك ن م ا و ن م للا ل ب ق ت ]

Maksudnya: (Moga Allah menerima amalan kami dan kamu.) 2

Sesungguhnya Allah telah berfirman :

ر ﴾ ﴿ قال أتست بدلون الذي هو أدن بلذي هو خي

Maksudnya : (Mahukah kamu mengambil sesuatu yang rendah sebagai pengganti yang

lebih baik.) [Al-Baqarah : 61].

Wallahu'alam.

1 Lihat Fiqhussunnah oleh Syeikh Sayyid Sabiq : 1/223 2 Lihat Fathul Bari :2/446, Jauharun Naqi : 3/320. Kata Assuyuthi dalam Al-Hawi : Sanadnya Hasan.