pilihanraya umum ke 12 - · pdf fileberkempen untuk kerusi parlimen selangor tengah. ... pas...

Download PILIHANRAYA UMUM KE 12 -  · PDF fileberkempen untuk kerusi Parlimen Selangor Tengah. ... PAS perlu bersedia untuk mengambil alih peranan UMNO sebagai parti induk etnik Melayu

If you can't read please download the document

Upload: hoangthuy

Post on 06-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • PILIHANRAYA UMUM KE 12 DATA DAN ANALISA PRESTASI PAS

  • 2

    A. PENDUDUK MALAYSIA BACAAN POLITIK SEPINTAS LALU MALAYSIA terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu merupakan etnik terbesar di Malaysia. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam bahasa Melayu dan beragama Islam.

    Dalam konteks Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan. Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia, yang merangkumi pelbagai kaum antaranya kaum Melayu, Dayak, Iban, Kadazan, Kadazan Dusun dan lain-lain lagi.

    Bukan Bumiputera pula ialah golongan etnik yang asal usulnya bukan dari Tanah Melayu atau Malaysia Timur. Generasi baru kumpulan etnik ini kekal sebagai Bukan Bumiputera walaupun dilahirkan di sini.

    Berdasarkan kepada Buletin Perangkaan Malaysia (terbitan 2003), jumlah penduduk di Malaysia ialah seramai 25,048,300 (Perangkaan terkini menyebut lebih 27 juta orang).

    12.6 juta atau 50.3% daripada penduduk Malaysia adalah dari etnik Melayu. Selebihnya terdiri daripada Bumiputera Bukan

    Melayu dan Bukan Bumiputera.

    Sehingga hari ini, politik Malaysia masih diwarnai oleh politik mengikut kaum dengan parti-parti utama di dalam komponen BN yang membentuk kerajaan adalah hampir kesemuanya berteraskan etnik baik di Semenanjung mahupun si Malaysia Timur.

    UMNO adalah parti politik berasaskan kaum yang terbesar di dunia dan menjadi tunjang Kerajaan Malaysia sejak 1955.

    CARTA 1

  • 3

    B. STATUS AGAMA PENDUDUK MALAYSIA BACAAN POLITIK SEPINTAS LALU Sebagai sebuah Negara berbilang kaum, penduduk Malaysia juga menganut pelbagai agama. Penganut Agama Islam adalah yang terbesar di Malaysia dengan 59.1% penduduknya beragama Islam.

    CARTA 2

    Parti Islam SeMalaysia (PAS) merupakan satu-satu parti politik di Malaysia yang berteraskan agama. Bagaimanapun, sejak awal penglibatan parti ini di dalam politik, PAS sudah mengamalkan dasar PAS untuk semua dengan menekankan perjuangan kebajikan untuk semua lapisan masyarakat. Ini

    bersandarkan kenyataan Timbalan Presiden PAS kepada Majalah Belia Bilangan 16 Tahun 1, 27 Julai 1955 sewaktu berkempen untuk kerusi Parlimen Selangor Tengah. Namun agenda Islam yang dibawa PAS seringkali digunakan oleh parti lawannya untuk menjadikan PAS sebuah parti yang sempit perjuangannya atau parti untuk perjuangkan orang-orang Islam sahaja. Walaubagaimanapun, jika dilihat dari skop sempit sekalipun, perjuangan PAS mempunyai pasaran yang lebih besar kerana penduduk Malaysia beragama Islam adalah lebih besar jumlahnya daripada penduduk Malaysia dari kumpulan etnik Melayu. Iaitu Islam sebanyak 59.1% dan Melayu pula ialah 50.3%. C. TABURAN PENDUDUK ISLAM DAN MELAYU BACAAN POLITIK SEPINTAS LALU Walaupun jumlah penduduk Malaysia beragama Islam adalah lebih ramai daripada kumpulan etnik Melayu, bagaimanapun dari segi politik, PAS sentiasa lebih lemah dari UMNO dalam banyak aspek seperti terutamanya,

    Jumlah keahlian, cawangan dan kawasan. Jumlah kerusi di Parlimen. Jumlah negeri yang ditadbir.

  • 4

    CARTA 3

    Namun begitu PAS sentiasa menunjukkan prestasi yang membanggakan di Kelantan di mana ia pernah memerintah semenjak merdeka sehingga 1978 (1974-1977 PAS di dalam Barisan Nasional). PAS berjaya menawan semula Kelantan pada 1990 dan mentadbirnya sehingga ke hari ini. Terengganu, negeri yang mempunyai bilangan penduduk Islam dan Melayu terbesar juga pernah ditadbir oleh PAS dan kali terakhir ialah selama satu penggal dari tahun 1999 hingga 2004.

    Pada Pilihanraya Umum ke 12, PAS juga dapat menawan Negeri Kedah dari BN. Perlis, sebuah lagi negeri yang mempunyai peratus penduduk beragama Islam yang tinggi juga sering dilihat sebagai berpotensi di tawan oleh PAS, namun masih gagal. Pilihanraya 2008 bagaimanapun menampakkan peningkatan yang memberangsangkan. Di negeri-negeri dan wilayah lainnya PAS gagal menyaingi UMNO dan BN. Ini kerana sebelum 2008, UMNO sering mampu meraih sokongan daripada pengundi bukan Melayu. Sokongan ini diantara lain disebabkan faktor hubungan UMNO dengan parti-parti komponen BN yang mewakili lain-lain etnik. Politik berteraskan ras sebelum ini juga dilihat sebagai sesuatu yang perlu dan penting bagi mengekalkan kerhamonian masyarakat berbilang kaum. Segregasi politik mengikut ras juga adalah senjata utama BN yang telah bertahun-tahun menanam ke dalam masyarakat bahawa keseimbangan dan kestabilan politik negara hanya akan tercapai menerusi sokongan kepada parti-parti politik berteraskan ras.

  • 5

    Oleh yang demikian, pengundi-pengundi merasakan perlu mereka mengundi mengikut garisan perkauman kerana takut etnik mereka kehilangan suara dan pengaruh di dalam Kerajaan. Bagaimanapun sebelum pilihanraya 2008, perlahan-lahan arus perubahan sudah mula dapat dirasai. Arus itu pada mulanya datang bersama gerakan reformasi pada tahun 1998 tetapi reda setelah Tun Dr. Mahathir Mohamed meletakkan jawatan. Bagaimanapun, gerakan reformasi 1998 membawa keprihatinan di dalam generasi baru tentang peranan mereka dalam menentukan hala tuju politik negara. Sebelum 2008, kebanyakan masyarakat Malaysia semakin resah dengan corak pentadbiran UMNO dan BN yang antara lain dilihat semakin berleluasa dengan

    Amalan korupsi Kronisma Nepotisme Diskriminasi kaum dan agama

    Beberapa insiden pemusnahan rumah ibadat pelbagai agama mendapat liputan meluas terutamanya dengan berkembangnya teknologi informasi.

    Lahirnya web portal dan laman-laman blog serta jaringan penetrasi jalur lebar yang lebih meluas memudahkan audio dan video dipamer dan ditonton.

    Perkembangan teknologi informasi ini akhirnya menamatkan cengkaman kerajaan didalam penyebaran maklumat.

    Akhirnya, Pilihanraya Umum 2008 menyaksikan satu trend baru pengundian yang melampaui batasan agama dan etnik.

    D. ANALISA PEMILIH DALAM PRU12

    CARTA 4

    Menurut statistik pengundian yang didapati dari laman web Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia jumlah pemilih dalam PRU12 ialah 10,740,277 orang. (Daftar pemilih yang

  • 6

    diwartakan pada 5 Februari 2008 jumlah pemilih sekarang ialah 10,922,141 orang). PRU 12 menyaksikan jumlah pemilih keluar mengundi yang tinggi iaitu 76%. Laporan dari parti-parti politik juga memaklumkan kadar pengundi saluran muda yang tinggi (tiada data rasmi dari SPR). Didalam forum-forum pasca PRU12, para penganalisa politik dan pemerhati pilihanraya berpendapat, PRU12 adalah penamat kepada trend pengundian menerusi garisan ras. Pilihanraya-pilihanraya kecil selepas PRU12 juga membenarkan kesimpulan itu apabila parti yang tidak berteraskan ras memenangi 4 daripada 5 kerusi yang diadakan pilihnaraya semula. E. ANALISA UNDI YANG DITERIMA OLEH PARTI-PARTI BERTANDING Di dalam PRU12, BN yang bertanding di kesemua 222 kerusi parlimen menerima hanya 51% undi popular. Dalam erti kata lain, daripada sejumlah 7.9 juta kertas undi yang dipulangkan, 3,861,688 tidak mengundi BN. Malangnya pihak SPR mengeluarkan statistik undi yang diterima oleh setiap parti komponen BN sebaliknya ianya disatukan dibawah satu sahaja,

    CARTA 5

    Walaupun tidak mustahil, tetapi ia akan mengambil masa untuk secara tepat mengumpulkan semua undi-undi yang BN terima menurut parti komponennya. Bagaimanapun adalah menarik untuk menghitungnya bagi melihat undian yang dibuat berteraskan garisan ras. PAS adalah parti kedua yang menerima undi popular terbanyak dan merupakan parti pembangkan yang memperolehi undi popular paling banyak di Parlimen. PAS bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 19.3% undi popular. Ini diikuti oleh PKR yang bertanding di sejumlah 97 kerusi dan memperolehi 14.8% undi.

  • 7

    DAP pula bertanding sejumlah 66 kerusi parlimen dan memperolehi 13.8% undi popular. Walaupun begitu dari segi kerusi Parlimen, PKR memperolehi 31 kerusi, DAP 28 dan PAS 23 (termasuk kerusi PAS yang ditandingi oleh bukan ahli). PAS memperlehi tambahan satu kerusi apabila berjaya merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dari UMNO BN di dalam Pilihanraya Kecil yang diadakan pada Januari 2008. F. ANALISA KEPUTUSAN PILIHANRAYA DEWAN RAKYAT / PARLIMEN SEPINTAS LALU Keputusan Pilihanraya Umum ke 12 mengejutkan semua pihak. Buat pertama kali di dalam sejarah, BN kehilangan majoriti 2/3 nya di Parlimen. Barisan Nasional memenangi sebanyak 140 (sekarang 139) kerusi di Dewan Rakyat. Gabungan PAS, PKR dan DAP yang bergelar Pakatan Rakyat memperolehi sejumlah 82 (Kini 83) kerusi di Parlimen. Bagaimanapun satu kerusi Pakatan Rakyat yang dimenangi oleh PAS di Pasir Mas di kira sebagai kerusi Bebas.

    Daripada jumlah tersebut, BN hanya memenangi 85 kerusi (kini 84) kerusi di Semenanjung Malaysia manakala Pakatan Rakyat memperolehi 80 (kini 81) kerusi. Dalam erti kata lain, Semenanjung Malaysia bukan lagi kubu bagi BN. Harus diingat bahawa UMNO adalah parti tunjang bagi BN dan agenda UMNO adalah agenda Melayu. Adalah ironi bila Malaysia Timur menjadi kubu kuat BN sedangkan UMNO parti tunjang BN hanya bertapak di 26 daripada 57 kawasan Parlimennya. Dan di 25 daripada kawasan Parlimen tempat UMNO dibenarkan wujud ini, iaitu di Negeri Sabah, peratus penduduk Melayu hanyalah 15.3%. Jika suasana politik dan sentimen yang membuak dikalangan rakyat di Semananjung berterusan, BN berkemungkinan akan menjadi minoriti di Semenanjung Malaysia. Parti politik berteraskan ras di Semenanjung seperti Gerakan, MCA, MIC dan PPP berkemungkinan untuk pupus di Parlimen. UMNO juga tidak terlepas untuk kehilangan tapaknya di Semenanjung.

  • 9

    CARTA 6

  • 13

    G. APA AKAN JADI PADA MELAYU SELEPAS PRU 13? Pasca PRU 12, keresahan dikalangan segelintir orang-orang Melayu mula membuak-buak. Melayu dilihat bukan sahaja semakin mengecil dari aspek komposisi kaum tetapi juga semakin kehilangan