pj lengkap
TRANSCRIPT
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih. Bersyukur ke
hadrat-Nya kerana limpah kurnia-Nya kami berjaya menyelesaikan tugasan ini.
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing kami iaitu
Tuan Haji Abdul Rahman Bin Zakaria kerana sudi membimbing dan memberi tunjuk ajar
sebelum, semasa dan selepas pengajaran mikro serta atas kesudian beliau memimpin
kami sepanjang kami menyiapkan tugasan yang diberikan.
Selain itu, sekalung penghargaan juga kami ucapkan kepada pihak IPG Kampus
Darulaman di atas kemudahan yang disediakan seperti alatan-alatan setor sukan yang
mencukupi dan kemudahan rujukan di perpustakaan yang dapat membantu kami
mendapat maklumat dan rujukan tugasan pada kali ini. Paling utama sekali warga
Sekolah Kebangsaan Jitra II yang sudi memberikan kebanaran kami mengadakan
program mikro teaching ini,
Tidak lupa juga jutaan terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa kami kerana
sentiasa menyokong dan memberi kepercayaan kepada kami melakukan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah. Mereka menyumbang sokongan dan harapan yang amat
bermakna buat setiap daripada kami untuk melangkah dengan lebih yakin di institusi ini
dan menyiapkan tugasan yang diberikan dengan semangat yang jitu.
Ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan seperjuangan
kerana sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar yang sangat berguna sepanjang
tugasan ini diberikan. Kolobrasi yang amat membina antara setiap seorang adalah amat
di hargai.
Akhir sekali, segala sokongan, tunjuk ajar dan bimbingan yang telah diberikan
daripada semua pihak kepada kami amat kami hargai.
Sekian, terima kasih
ISI KANDUNGAN
BIODATA DIRI
NAMA : AHMAD HIDAYAT BIN AHMAD FUAD
NO IC : 910624 – 08- 5763
UMUR : 21 TAHUN
OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS ( MASALAH PEMBELAJARAN)
KELAS : PISMP PK/PJ/BM 2
AMBILAN : JANUARI 2011
ALAMAT : NO 59, PARIT SATU KG PADANG LALANG 34400 SIMPANG EMPAT, SEMANGGOL, PERAK DARUL RIDZUAN
ALAMAT DI IPDA : NO 489, LORONG MELUR 27, TAMAN MELUR JALAN WANG TEPUS 06000, JITRA, KEDAH DARUL AMAN
NAMA IBU : ZAINAB BINTI HAMID
NAMA AYAH : AHMAD FUAD BIN ABDULLAH
E-MEL : [email protected]
MOTTO HIDUP : KEJAYAAN HANYA DATANG DENGAN
PENGORBANAN
BIODATA DIRI
NAMA : NURUL SYAZWANI BINTI NORDIN
NO KAD PENGENALAN : 900219-11-5384
KUMPULAN : PK / PJ/ PS
AMBILAN : JANUARI 2011
ALAMAT : LOT 4686 JALAN PENGKALAN PANDAN LUAR,
42000 KEMAMAN, TERENGGANU.
NO TEL : 014-5057219
TARIKH LAHIR : 19 FEBRUARI 1990
TEMPAT LAHIR : TERENGGANU
STATUS : BUJANG
ANGKA GILIRAN : 2011181340138
MATLAMAT : INGIN MENJADI GURU YANG MENGHORMATI DAN DIHORMATI.
BIODATA
Nama : Siti Hajar Nabila Binti Shukri
Umur : 21 Tahun
No K.P : 910225-03-5582
Tarikh Lahir : 25 Febuari 1991
Alamat : Bt 16, Kg Chabang Tiga Bator 16370 Jelawat Bachok, Kelantan
Alamat IPDA : No 246 Jalan Melur 19, Taman Melur Jitra Kedah
Kursus : Pogram Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PISMP) Semester 4 2012
Ambilan : Januari 2011
Kelas : Pendidikan Khas / PJ/ BM 2 Semester 4 2012
Num tel : 019 – 4211238
Num waris : 014-8087351
Sek terakhir : Smk Jelawat
Motto : Kejayaan Bermula Dari Hati Yang Berkemahuan
Email : [email protected]
fezee
solehin
BIODATA
NAMA :SYUKRIAH SOLEHA BINTI JAAFAR
NO IC :911001-11-5430
KUMPULAN :PK/BM/PS
ALAMAT :1421.RUMAH WADEN IPSAH, 08000, SUNGAI PETANI KEDAH.
NO TEL :0194989671
TARIKH LAHIR :1 OKTOBER 1991
TEMPAT LAHIR :HOSPITAL BESUT
STATUS :BUJANG
HOBI :MENONTON TV, MEMBACA
MOTTO HIDUP :USAHA TANGGA KEJAYAAN
HARAPAN :BERJAYA DIMANA-MANA SAHAJA
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan
prestasi manusia melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan
penghalusan kemahiran-kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan
kecergasan untuk kesihatan optimum dan keadaan baik; memperoleh pengetahuan,
dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal. Jenny (1961) dan
Williams (1964) mengatakan bahawa Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui
aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal termasuk
perkembangan mental dan sosial.
Pendidikan jasmani melibatkan perancangan aktiviti seperti menyediakan
rancangan pengajaran harian sebelum sesuatu aktiviti pengajaran dilakukan. Justeru
itu, pelbagai aspek perlu diambil kira dalam merangka rancangan pengajaran harian
pendidikan jasmani terutamanya kemahiran, standard dan hasil pembelajaran, yang
perlu dikuasai oleh murid. Berbeza dengan mata pelajaran lain pendidikan jasmani
mementingkan penguasaan murid dalam tiga aspek utama iaitu psikomotor , kognitif
dan juga afektif dalam merancang sesuatu aktiviti pengajaran. Aspek psikomotor
menekankan penguasaan murid dalam melakukan pergerakan asas dan kecergasan
fizikal. Manakala kognitif menekankan pemahaman murid terhadap topik yang diajar
dan afektif melibatkan pembinaan emosi dan sosial murid melalui pengajaran
pendidikan jasmani.
Bagi menghasilkan rancangan pengajaran harian yang baik kurikulum standard
sekolah rendah kssr dan kurikulum bersepadu sekolah rendah perlu dijadikan rujukan
agar menepati criteria yang diinginkan. Selain itu, pendidikan jasmani juga
menggalakkan teknik dan gaya pembelajaran secara akses kendiri , kendiri dan terarah
kendiri yang memberi penumpuan untuk meningkatkan pelbagai kecerdasan murid.
Pemilihan teknik dan kaedah pengajaran pendidikan jasmani mlelibatkan tiga perkara
iaitu tajuk, matlamat pengajaran dan aras pengajaran guru agar bertepatan dengan
perancangan yang telah dilakukan. Guru perlu mempelbagaikan kaedah dan teknik
pengajaran bersesuian dengan aras kebolehan murid agar objektif pengajaran tercapai
dan murid memperoleh apa yang ingin disampaikan oleh guru.
Kesimpulannya, kurikulum dan pendagogi pendidikan jasmani mempunyai
perkaitan dengan falsafah pendidikan Negara dimana terdapat kesinambungan yang
wujud dalam matlamat utama aktiviti pj iaitu membangun dan meningkat keupayaan
murid dari aspek kognitif, psikomotor dan juga afektif . Melalui aktiviti pj secara amnya
dapat memenuhi hasrat fpk melalui peningkatan dan perkembangan nilai sosial seperti
bekerjasama , bertolak ansur, sabar dan sebagainya. Selain itu,pembinaan dan
pengembangan aspek mental dan intelek seperti tafsiran juga boleh berlaku melalui
aktiviti pj. Pendedahan pengajaran mikro sangat perlu kepada guru-guu pelatih supaya
mereka dapat merancang, menilai dan merasai sendiri pengalaman berhadapan
dengan murid aga bersedia menjadi guru yang berkualiti dalam arus pendidikan masa
kini.
RPH
LAPORAN
SEBELUM
Pengajaran mikro adalah latihan mengajar dan persiapan awal yang dilaksanakan oleh
guru pelatih sebelum menempuhi pengajaran yang sebenar di sekolah sama ada
semasa berpraktikum ataupun semasa ditugaskan di sesebuah sekolah sebagai
seorang guru. Kami telah diminta oleh Encik Rahman untuk mengadakan pengajaran
mikro di sekolah yang telah dipilih.
Sekolah yang kami telah pilih untuk melaksanakan pengajaran mikro kami ialah
di Sekolah Kebangsaan Jitra II. Keputusan untuk melakukan pengajaran mikro disana
tercapai hasil perbincangan antara kami dengan Encik Rahman. Tugas kemudiannya
diserahkan kepada penyelaras kami iaitu Ahmad Hidayat dan Syukriah Soleha untuk
berunding dan meminta kebenaran kepada pihak sekolah iaitu melalui guru besar
Sekolah kebangsaan Jitra II dan Guru Pendidikan Jasmani di situ.
Setelah kebenaran tercapai, kami diberi tarikh yang sesuai untuk menjalankan
sesi pengajaran iaitu pada 28 Ogos 2012 dan senarai kelas yang akan kami lakukan
sesi pengajaran. Satu surat kebenaran telah ditulis oleh penyelaras untuk dihantar ke
timbalan pengarah untuk diluluskan dan dihantar ke sekolah yang telah dipilih. Pihak
sekolah meminta kami untuk menyenaraikan alatan-alatan yang akan kami guna kerana
pihak sekolah memberikan kerjasama mereka untuk meminjamkan alatan yang mereka
ada sepanjang berlangsungnya pengajaran mikro di sekolah terbabit.
Sebelum melaksanakan pengajaran mikro di Sekolah Kebangsaan Jitra II, kami
telah menyiapkan diri kami dengan Rancangan Pengajaran Harian. Undian antara
kumpulan telah dijalankan untuk menetapkan kumpulan dan kelas yang akan mereka
lakukan sesi pengajaran. Setelah itu, satu perbincangan antara kumpulan kami telah
berlangsung untuk berbincang mengenai Rancangan Pengajaran Harian yang akan di
bina untuk melancarkan sesi pengajaran yang akan berlangsung di Sekolah
Kebangsaan Jitra II. Untuk memastikan Rancangan Pengajaran Harian yang betul dan
tepat, kami telah merujuk pensyarah kami iaitu Encik Rahman.
Penyediaan rph dilakukan bersama – sama dalam kumpulan.Rancangan
pengajaran harian yang kami hasilkan adalah berdasarkan kurikulum standard sekolah
rendah ( KSSR) kerana kami mendapat kelas tahun 2 untk diajar. Selepas
menghasilkan rph berdasarkan kepada tunjang yang telah didipilih . Kami berbincang
pula dengan pensyarah pembimbing untuk semakan dan penambahbaikan.
Setelah diperbetulkan oleh pensyarah. Kami memastikan sekali lagi alatan yang
digunakan oleh kumpulan kami semasa pengajaran mikro teaching nanti di sekolah
yang dipilih. Taklimat diberikan untuk setiap ahli bagi memastikan perjalanan
pelaksanaan mikro teaching ini berjalan dengan lancar dan menepati masa yang telah
diperuntukkan bagi setiap kumpulan.
Tugasan untuk mengendalikan program mikro teaching ini telah dibahagikan
setiap ahli kumpulan kami bermula daripada peringkat set induksi hingga penutup. Hal
ini bagi memberikan setiap daripada kami berpeluang untuk mengajar murid. Reasi
daripada setiap ahli adalah baik dan tidak sabar untuk mengajar. Setiap daripada kami
juga diingatkan kembali nasihat pensyarah pembimbing yang telah diberikan sebelum
kami menjalankan program mikro teaching ini.
Apabila sampai disekolah, kami mendapat giliran yang ketiga dalam
melaksanakan program ini. Kami memilih tempat yang sesuai untuk sesi pengajaran
kerana pada pagi itu, kebayakan kawasan dipadang dipenuhi dengan air kerana hujat
lebat diawal pagi. Saya ditugaskan untuk merakam dan mengambil gambar dan video
untuk sesi pengajaran kami. Hidayat ditugaskan untuk ke kelas tahun 2 seroja untuk
memanggil murid yang terlibat dalam sesi mikro teaching kami. Seramai sepuluh orang
murid terlibat dalam sesi ini.Mereka diberikan taklimat sedikit oleh Hidayat mengenai
apa yang mereka akan lakukan bersama kumpulan kami.
Akhir sekali, kami mempersiapkan diri sebelum menjalankan sesi pengajaran
mikro dengan membuat sedikit ulangkaji rancangan pengajaran harian dan kami
menyenaraikan alatan yang akan kami gunakan dan meminjamnya daripada setor unit
Pendidikan Jasmani.
LAPORAN SEMASA
Sesi pengajaran Pendidikan Jasmani telahpun dikendalikan terlebih dahulu oleh
kumpulan pertama. Kami selaku kumpulan kedua telah mengambil alih sesi
pembelajaran Pendidikan Jasmani bagi masa kedua. Kehadiran kami telah disambut
baik oleh warga sekolah terutamanya kelas 2 Seroja yang sentiasa aktif dan
bersemangat untuk bersukan meskipun struktur padang yang basah dan berlumpur.
Kelas 2 Seroja telah menempatkan seramai 35 orang murid namun kerana pada hari
tersebut, sekolah telah mengadakan majlis raya menjadikan hanya segelintir sahaja
yang memakai pakaian sukan dengan lengkap dibenarkan turun ke padang.
Sebahagian murid yang tidak memakai pakaian sukan hanya dibenarkan melihat dari
sisi padang atas faktor keselamatan.
Bagi pemulaan pengajaran, set induksi telah dikendalikan oleh saudara
Mohamad Hafeeze Bin Noor selama 4 minit. Hafezee memulakan aktiviti dengan
pemanasan badan dan sedikit regangan mudah kerana murid telahpun melakukan
pemanasan badan pada masa pertama bersama kumpulan pertama. Seterusnya bagi
perkembangan pengajaran telah diambil alih oleh saudari Nurul Syazwani Binti Nordin.
Kemudian diikuti langkah 2, 3 dan 4 oleh Siti Hajar Nabila Shukri, Syukriah Soleha
Jaafar, Mohd Solehin Ahmad Bidrul dan Mohd Hidayat. Untuk pengajaran selama 30
minit ini, kumpulan kami telah memilih tunjang dalam subjek pendidikan jasmani iaitu
Pergerakan Lokomotor iaitu Imbangan. Topik yang kami ajar ialah melompat sebelah
kaki (HOPPING) untuk murid tahun 2 berasaskan sukatan pelajaran tahun 2 KSSR.
Dalam sesi pengembangan ini, kami telah menjalankan aktiviti Laga Ayam,
Stesen berhalang iaitu Stesen 1 (Melompat sebelah kaki kedalam gelung), Stesen 2
(Berjalan di atas tali sambil mengimbang badan) dan Stesen 3 (Melompat sebelah kaki
dalam bulatan ketinting. Untuk aktiviti kemuncak , kumpulan kami telah memilih
permainan lari arnab lari. Gaya pembelajaran bermula dengan aktiviti individu semasa
set induksi, kemudian aktiviti berpasangan, kumpulan kecil dan aktiviti kemuncak juga
dalam bentuk kumpulan kecil bersaing antara mereka menerusi permainan ‘lari arnab
lari’.
Kumpulan kami merasakan susunan ini memudahkan murid untuk belajar
bekerjasama dan memudahkan sesi pengajaran di mana bermula tahap individu,
berpasangan dan seterusnya berkumpulan apabila sesi pengajaran menjadi semakin
kompleks. Kami menekankan nilai bekerjasama semasa langkah 1 dan 2 di mana
mereka perlu melakukan aktiviti berpasangan dan kumpulan kecil. Nilai kerjasama ini
perlu dititikberatkan memandangkan mereka perlu melakukan aktiviti bersama-sama.
Mereka juga akan saling tolong-menolong apabila salah seorang antara mereka yang
tidak memahami dan mengikuti kemahiran yang disampaikan oleh guru.
Bagi langkah kemuncak iaitu permainan ‘lari arnab lari’, kami menekankan nilai
berdisiplin di mana terdapat syarat dan peraturan yang perlu diikuti oleh murid. Hal ini
kerana murid dibahagikan kepada 2 kumpulan dan setiap kumpulan lawan perlu
bermain secara jujur dan berdisiplin bagi memastikan sesi pengajaran berjalan lancar
dan tiada sebarang kecederaan ataupun tipu muslihat berlaku.
Sepanjang sesi pengajaran, kami menekankan Kemahiran Mendengar yang
terkandung dalam Kemahiran Belajar Cara Belajar (BCB) di mana setiap murid harus
patuh dan mendengar apa yang cuba disampaikan oleh guru. Cuaca yang mendung
serta angin yang kuat menjadikan setiap guru perlu lantang bersuara dan tegas agar
murid patuh dan mendengar arahan yang disampaikan oleh guru jelas dan tepat.
Sepanjang sesi pengajaran, kami mendapati Kemahiran Mendengar yang cuba
disampaikan dapat diikuti oleh murid-murid. Mereka juga berdisiplin dan mematuhi
peraturan yang telah diberikan. Hasilnya mereka dapat menghabiskan permainan
dengan jayanya dan memenuhi objektif iaitu menunjukkan kesungguhan semasa
melakukan aktiviti.
Penggunaan bahan bantu mengajar yang terdiri dari Gelung Rotan 36 buah, Tali
Skipping 15, Marker1 set dan Skitel 10 buah telah digunakan sebaik mungkin. Bagi
memastikan setiap langkah pengajaran berjalan lancar, kami sesama ahli kumpulan
telah membantu menyusun alatan yang ingin digunakan terlebih dahulu. Ini juga
menjadikan setiap langkah pengajaran akan selesai mengikut minit yang ditetapkan.
Kerjasama antara guru seperti ini boleh dijadikan contoh kepada murid-murid.
Sepanjang sesi pengajaran, pengurusan bilik darjah adalah terkawal. Perjalanan
pembelajaran berjalan dengan lancar dengan komitmen murid yang tinggi dan
semangat untuk bermain meskipun terdapat sedikit kekangan iaitu padang basah dan
cuaca yang sejuk dan mendung. Terdapat seorang murid yang terlalu aktif namun
perjalanan sesi pengajaran masih terkawal dengan menjadikan murid berkenaan
sebagai ketua pemanasan badan dan juga sebagai pembantu guru dalam menunjukkan
beberapa contoh ringkas.
Semasa langkah 1 iaitu permainan ‘Laga Ayam’, murid tersebut telah
menunjukkan cara imbangan badan yang betul berpandukan guru berserta peraturan
yang telah ditetapkan sambil diperhatikan oleh murid-murid yang lain. Rasionalnya kami
memanggil murid berkenaan untuk menunjukkan demostrasi ialah mengelakkan murid
tersebut bosan dengan sesi pengajaran di samping member motivasi kepadanya untuk
melakukan aktiviti kepada rakan-rakan yang lain.
Kami sentiasa berusaha untuk menjadikan kelas lebih teratur dan berkesan
dengan menjalankan aktiviti–aktivit yang lebih menarik dan dapat difahami murid–
murid. Dalam sesi pembelajaran tersebut, murid- murid memberikan komitmen dan
respon yang memberangsangkan. Mereka seronok melakukan aktiviti dan sesi
pengajaran dan pembelajaran mempunyai komunikasi dua hala iaitu antara guru dan
murid. Sepanjang sesi pengajaran juga kami menetapkan peraturan di mana murid
yang tidak dapat mengikuti atau tidak dapat memahami apa yang disampaikan guru
perlu mengangkat tangan dan bertanya terus kepada guru. Kami juga menetapkan
setiap guru yang mengajar perlu menunjukkan demostrasi kepada murid-murid agar
mereka boleh melakukan aktiviti peniruan dan seterusnya boleh mengikuti sesi
pengajaran dengan tepat.
Selepas aktivit kemucak, kami terus ke langkah seterusnya iaitu penutup. Oleh
kerana masa yang singkat, kami melakukan aktiviti gerak kendur iaitu pergerakan
kreatif. Murid diminta untuk meniru gaya lalang ditiup angin dan meniru gaya bunga
mengembang dan mengucup. Pergerakan kreatif ini membantu murid untuk lebih
mengembangkan aspek kognitif mereka di samping mempelbagaikan aktiviti agar sesi
pengajaran menjadi lebih menarik. Murid-murid kelihatan gembira dengan aksi dan
gambaran pergerakan kreatif masing-masing.
Sebelum tamat, kami mengadakan sesi soal jawab secara ringkas dengan murid.
Ternyata mereka memahami sesi pengajaran dengan menjawab soalan yang ditanya
dengan baik. Seterusnya guru membuat kesimpulan dan murid kembali ke kelas
masing-masing untuk sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Sebelum dibenarkan pulang, kami dikehendaki untuk mengisi borang
pemerhatian terhadap kumpulan lain dan memerhatikan setiap pengajaran yang
disampaikan oleh kumpulan lain. Kesemua kumpulan selesai menjalankan sesi
pengajaran sekitar jam 11.45 tengahari. Kami berbesar hati dan terharu dengan
kehadiran Guru Besar dan Penolong Kanan yang sanggup turun ke padang melihat
sesi pengajaran Pendidikan Jasmani kami. Tepat jam 12 tengahari, kami semua
menjamu selera di kantin sekolah bersama murid-murid yang menikmati juadah jamuan
hari raya.
LAPORAN
SELEPAS
Walaupun padang dipenuhi air, Selepas menjalankan program microteaching disekolah
kebangsaan Jitra 2 , saya dapati banyak respon dan input daripada sesi pengajaran
kami daripada pensyarah, guru pendidikan jasmani dan murid yang terlibat dalam
program mikro teaching kami ini. Kelas kami yang terdiri daripada empat kumpulan
selesai membentangkan sesi pengajaran dan pembelajaran masing – masing kepada
murid kelas yang terpilih.
Memastikan pelajar yang mengikuti sesi pengajaran ini menjalani sesi
menyejukkan badan untuk menggelakkan kecederaan. Sesi memanaskan badan
penting dalam menjalankan aktiviti pendidikan jasmani dalam sesi pnp supaya pelajar
dapat menyediakan tubuh badan mereka dalam keadaan sedia melakukan aktiviti yang
sedikit lasak dan menggelakkan berlakunya kecederaan. Sesi memanaskan badan ini
diketuai oleh Hafezee selama 5 minit. Murid memberikan kerjasama yang baik dan
mengikut arahan dengan baik dan betul .Turut dijalankan sesi menyejukkan badan
supaya badan yang digunakan kembali dalam keadaan yang stabil.
Setelah selesai pengajaran microteaching ini, setiap daripada kami yang
mengendalikan sesi pengajaran perlu memastikan murid –murid bebas daripada
mengalami sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti. Murid – murid juga
diingatkan agar tidak bergurau semasa mereka yang boleh membahayakan mereka
dan mendengar arahan kami. Hal ini penting sebagai langkah untuk mengelakkan
daripada sebarang berlakunya kejadian yang tidak dingini semasa aktiviti pengajaran
dan pembelajaran ini berjalan. Pnp yang dijalankan mendapat reaksi positif daripada
murid. Murid mengambil bahagian dalam setiap bahagian bermula dari awal hingga
akhir
Secara keseluruhan , pembahagian tugas adalah memuaskan dengan setiap
daripada kami diberikan peluang untuk mengajar mengikut sesi pengajaran bermula
daripada memanaskan badan, set induksi, langkah pembelajaran hingga ke sesi
menyejukkan badan.Hal ini sangat berguna kepada setiap daripada kami sebagai
pengalaman mengajar dalam keadaan situasi yang sebenar.
Selepas menjalankan program microteaching ini , kami mengadakan
perbincangan semasa kami dalam menghasilkan sebuah laporan yang lengkap
mengenai program mikro teaching ini yang akan dihantar kepada pensyarah untuk
disemak. Setiap daripada kami telah dibahagikan tugas untuk membuat laporan .
Pengumpulan maklumat, penulisan dan pendokumentasian hingga terhasilnya sebuah
laporan. Kami saling membantu sesama kami supaya tugas menjadi ringan dan tidak
wujud sebarang masalah komunikasi serta memastikan laporan dihantar mengikut
tarikah yang telah ditetapkan.
Setelah selesai sesi pengajaran , setiap kumpulan telah diingatkan supaya
memastikan peralatan yang digunakan semasa program mikro teaching itu adalah
cukup dan berada dalam keadaan baik. Oleh itu, dalam kumpulan kami, Saya telah
diminta untuk mengira kembali jumlah alatan yang digunakan supaya cukup . Hal ini
kerana alatan yang digunakan adalah dipinjam daripada stor sukan institut.Oleh itu
adalah sangat penting untuk memastikan alatan yang dipinjam dihantar dalam keadaan
baik dan cukup. Kesemua alatan yang digunakan oleh kumpulan kami cukup dan
berada dalam keadaan yang baik. Antara prosedur yang dijalankan dalam permohonan
peminjaman stor sukan
(1) Pastikan mendapat kebenaran dari Ketua Jabatan Pendidikan
Jasmani terlebih dahulu sebelum mengambil peralatan sukan dari stor.
(2) Sebagai langkah keselamatan, elakkan datang ke stor bersendirian
tanpa memaklumkan kepada KJ dan pensyarah.
(3) Membuat surat kebenaran meminjam peralatan dari stor sukan.
(4) Gunakan peralatan sukan mengikut kperluan sebaik-baiknya. Dilarang
menyalahgunakan peralatan-peralatan tersebut.
Kami juga berbincang kembali dengan pensyarah mengenai p&p yang dijalankan
sama ada berkesan dan penambahbaikan yang boleh dilakukan. Setelah kami
menjalankan sesi microteaching ini. Kami berjumpa dengan pensyarah untuk
penambahbaikan untuk sesi pengajaran yang akan datang serta format laporan yang
perlu ditulis sebagai tugasan kami untuk mata pelajaran ini, PJM3110.
Saya juga sempat berbincang sedikit dengan guru pendidikan jasmani di sekolah
itu yang turut memerhatikan sesi pengajaran yang kami lakukan . Dia memberikan
respons positif dan menyatakan sesi pengajaran kami dilakukan dalam keadaan yang
terkawal dan boleh dipelbagaikan lagi aktiviti dalam sesi pengajaran
Meneliti borang pemarkahan( Panduan penilaian Pengajaran Mikro) yang telah
diisi pleh penilai semasa menjalankan program pnp . Semasa kami menjalankan sesi
pengajaran kepada murid . Kumpulan lain memerhatikan sesi pengajaran kami dan
dikehendaki memberikan penilaian markah kepada kami memalui dua orang wakil
setiap kumpulan.
Kami juga menyediakan satu jadual dan tarikh pelaksanaan tugasan ini bermula
daripada taklimat pensyarah , urusan dengan pihak sekolah yang dipilih hingga
perlaksanaan dan pendokumentasi kerja kursus ini . Penyediaan jadual ini membantu
kami dalam merangkan dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan dan
memberi peluang kepada kami
Pelbagai tenik pengajaran yang digunakan semasa melakukan sesi pengajaran.
Sebagai seorang guru, harus mengetahui teknik manakah yang sesuai digunakan
dalam sesi pengajaran supaya P&P berkesan kepada murid . Dalam pengajaran
mikroteaching yang kumpulan kami jalankan ini , kami telah menggunakan kaedah
pembelajaran kontekstual yang melibatkan komunikasi antara guru dengan murid. Pada
permulaan sesi pengenalan, kami menunjukkan contoh terlebih dahulu kepada murid
Berdasarkan pemerhatian terhadap kedua-dua sesi P&P PJPK yang saya ikuti,
antara teknik yang digunakan oleh guru kepada kelasnya ialah teknik arahan. Guru
memberi arahan kepada murid untuk mengeluarkan buku teks dan buku latihan serta
meletakkannya di atas meja. Apabila guru mengarahkan murid untuk berdiri dan
melakukan aktiviti regangan, murid mengikut arahan guru setelah melihat demonstrasi
oleh guru. Selain itu, teknik penyelesaian masalah juga diterapkan dalam P&P PJPK
tersebut. Sebagai contoh, guru mengajukan pertanyaan kepada murid mengenai fungsi
jantung dan paru-paru. Murid-murid cuba berfikir tentang fungsi jantung dan paru-paru
kemudian menyatakannya kepada guru.
Kami mengucapkan ucapan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan program microteaching di Sekolah Kebangsaan , iaitu guru pendidikan
jasmani , Cikgu tajuddin, Guru besar , Pihak staf sekolah dan murid , rakan sekelas
serta pensyarah pembimbing , Tuan Haji Rahman bin Zakaria.
.
Menganalisa setiap kekurangan ketika pnp dilaksanakan
Murid aktif dan mendengar arahan guru yang mengajar dan membuat aktivit
yang dikehendaki
Kami berjaya mengendalikan bahagian sesi masing- masing dengan baik dan
mengikut masa yang telah ditetapkan
Murid murid gembira dengan pnp
SENARAI SEMAK ALATAN YANG DIGUNAKAN
LAMPIRAN 1
BIL ALATANJUMLAH
YANG DIPINJAM
JUMLAH YANG DIPULANGKAN
CATATAN
1 Gelung rotan 36 36
2 Tali skipping 5 5
3 Marker 1 set 1 set
4 Skitel 10 10
5
6
7
8
ANALISIS PENGAJARAN PELAKSANAAN PENGAJARAN MIKROTEACHING DI
SEKOLAH KEBANGSAAN JITRA II .
1. Set induksi - BAIK
2. Permulaan – BAIK
3. Perkembangan- BAIK
4. Pengurusan kelas-BAIK
5. Komunikasi - BAIK
6. Kualiti pengajaran dan pembelajaran-MEMUASKAN
7. Penutup-BAIK
8. Aplikasi nilai semasa p&p-BAIK
9. Kekuatan yang boleh dicontohi-
10.Aspek yang boleh dipertingkatkan-
TENTATIF/AKTIVITI TARIKH PERLAKSANAAN
Perbincangan dengan pensyarah mengenai program
Microteaching
23 Julai 2012
Membuat perbincangan dengan sekolah yang hendak
dipilih
26 Julai 2012
Membuat surat kebenaran ke sekolah 30 Julai 2012
Kelulusan daripada Timbalan Pengarah 31 Julai 2012
Menghantar surat kebenaran TIMBALAN PENGARAH ke
sekolah yang dipilih
3 Ogos 2012
Taklimat KKP oleh Pensyarah Penasihat 19 Ogos 2012
Persediaan ke sekolah 27 Ogos 2012
Pergi Ke Sekolah / Pelaksanaan Aktiviti Mikroteaching 28 Ogos 2012
Menyiapkan laporan tugasan Mikroteaching 29 Ogos – 20 September 2012
Menghantar tugasan 20 September 2012
JADUAL PERANCANGAN TUGASAN MIKROTEACHING
PENUTUP
REFLEKSI INDIVIDU
Refleksi Individu oleh Nurul Syazwani Nordin
Refleksi Individu oleh Nurul Syazwani Nordin
Syukur, Alhamdulillah kerana saya dan rakan-rakan dari kumpulan 2 telah
menjalani ‘mikro-teaching’ dengan jayanya di SK Jitra II. Banyak pengalaman baru yang
telah saya perolehi dari sesi pengajaran selama 30 minit. Ini merupakan pengalaman
pertama saya selaku bakal guru menyiapkan RPH sendiri yang tepat berpandukan
Sukatan Pelajaran terkini dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran secara
2 hala dengan murid. Ia merupakan pengalaman baru yang tidak saya lupakan
meskipun tempoh masa sesi pengajaran adalah satu masa sahaja.
Saya tiba di sekolah lewat 15 minit kerana kesibukan lalu lintas. Namun ia tidak
menjadi halangan besar kerana sesi pengajaran kumpulan bermula jam 8.45 pagi. Saya
telahpun diberikan tugas menjalani sesi pengajaran bagi Langkah 1 iaitu selama 12
minit. Oleh kerana kemahiran yang ingin disampaikan adalah Imbangan maka saya
telah memilih permainan laga ayam tanpa menggunakan bahan. Permainannya mudah
dan ringkas di mana ia dijalankan secara berpasangan. Oleh kerana ramai murid yang
tidak dibenarkan turun padang kerana tidak berpakaian lengkap, hanya seorang sahaja
murid perempuan manakala selebihnya adalah murid lelaki. Saya telah berpasangan
untuk murid perempuan berkenaan dan mula membahagikan pasangan masing-masing
dengan kiraan 1 dan 2. Murid-murid 2 Seroja patuh dan mula berada dalam baris
menghadap pasangan masing-masing.
Sepanjang sesi pengajaran yang dikelolakan oleh saya, saya mendapati murid-
murid memberikan sepenuh perhatian dan mereka sangat teruja untuk melakukan
aktiviti. Saya juga mendapati terdapat seorang murid yang terlalu aktif dan sukakan
perhatian. Bagi memastikan kawalan bilik darjah sentiasa lancar, saya memanggil
murid berkenaan untuk membantu saya menunjukkan demostrasi permainan laga ayam
dengan tepat. Murid terlebih dahulu diberikan nombor 1 dan 2 dan diikuti nombor 1
disebelah kiri manakala nombor 2 disebelah kanan. Kumpulan nombor 1 dan nombor 2
akan berpasangan dan mula bermain laga ayam. 3. Murid 1 dikehendaki untuk
memegang kaki kiri menggunakan tangan kanan dan murid berkenaan melompat
sebelah kaki sambil menolak rakan menggunakan bahu Murid 2. Seterusnya aktiviti
diulangi oleh pasangan masing-masing.
Syarat bagi permainan yang ditetapkan ialah kaki tidak boleh dilepaskan. Hal ini
kerana kemahiran yang hendak disampaikan ialah imbangan maka mereka perlu
mengimbangkan badan dengan sebaik mungkin sebelum cuba menolak bahu
pasangan mereka. Ia juga dikenali sebagai imbangan statik. Sepanjang 12 minit ini,
saya mendapati kesemua murid dapat mengikuti permainan laga ayam dengan sebaik
mungkin.
Bagi pengajaran, saya telah menggunakan teknik pembelajaran masteri.
Permaian laga ayam ini mudah namun terdapat beberapa pasangan yang tidak dapat
mengikuti langkah pengajaran saya. Oleh hal demikian, saya mendapati mereka perlu
diberikan perhatian dan tunjuk ajar secara komunikasi 2 hala. Pembelajaran masteri
ialah suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid
menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran
sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan
peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkualiti.
Meskipun tempoh sesi pengajaran saya terhad 12 minit namun saya berusaha
untuk memastikan kesemua murid dapat memahami dan melakukan permainan laga
ayam dengan betul. Bermula dari langkah 1 sehingga langkah kemuncak, saya
mendapati rakan-rakan juga menggunakan teknik pembelajaran masteri di mana murid
yang belum menguasai kemahiran diajar satu persatu sebelum memulakan pengajaran
seterusnya.
Sepanjang sesi pengajaran saya, saya telah menitipkan nilai kerjasama.
Kerjasama wujud antara pasangan masing-masing apabila mereka cuba untuk berlaga
bahu dan membuat imbangan dengan sebelah kaki. Kerjasama ini juga amat penting di
mana apabila pasangan tidak dapat melakukan kemahiran imbangan tersebut,
pasangan mereka akan membantu dan menunjuk ajar sehingga mereka boleh
melakukan permainan laga ayam ini. Bagi Belajar Cara Belajar pula saya menekankan
kemahiran mendengar di mana murid-murid mendengar terlebih dahulu arahan guru
dan barulah mereka mula melakukan aktiviti.
Howard Gardner mendefinisikan Kecerdasan Pelbagai sebagai `an intelligence is the
ability to solve problems, or to create products that are valued within one or more
cultural settings’ (Frames of Mind, 1983). Teori Kecerdasan Pelbagai merupakan
kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
Kebolehan ini membolehkan murid belajar untuk menjana idea dan pendapat mereka
dalam menyelesaikan masalah baru. Di samping itu, mereka juga akan memperolehi
kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang benilai dalam
lingkungan sesuatu budaya. Oleh hal demikian, saya telah menerapkan Kecerdasan
Kinestatik, Kecerdasan Visual Ruang dan Kecerdasan Interpersonal.
Tuntasnya, sebagai bakal guru, saya merasakan peranan guru bukan sahaja
mendidik menjadi insan yang cemerlang dari segi JERIS malah sebagai guru, kita perlu
mengembangkan potensi kecerdasan murid dgn menyediakan gaya pembelajaran yg
sesuai dgn minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai
kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
Permasalahan yang dihadapi pula ialah masa yang tidak mencukupi dan terhad.
Masa pengajaran dan pembelajaran kedua bermula jam 8.15 pagi sehinggan 8.45 pagi
telahpun dikendalikan oleh kumpulan pertama. Mereka melakukan aktiviti ketangkasan
iaitu skipping. Saya mendapati mereka mengambil masa yang lebih bagi setiap aktiviti
dan mengakibatkan kumpulan kami mula sesi pengajaran lewat 10 minit dari masa
yang ditetapkan iaitu sekitar jam 9 pagi. Dapat disimpulkan di sini ialah permasalahan
yang timbul pada sesi pengajaran tersebut ialah masa yang tidak mencukupi dan
menganggu sesi pengajaran yang seterusnya.
Bagi cadangan penambahbaikan, saya merasakan setiap guru perlu melakukan
demostrasi tanpa perlu banyak bercakap sebagaimana murid belajar dari peniruan. Ia
boleh menjimatkan masa di sampag setiap guru perlu peka dengan masa dan langkah
pengajaran yang telahpun disusun dalam RPH. Selain itu, setiap ahli kumpulan
dikehendaki menyusun peralatan terlebih dahulu dan membantu setiap ahli kumpulan
agar sesi pengajaran akan terus tersusun dan lancar tanpa sebarang masalah teknikal.
Masalah kedua yang dikenalpasti ialah komunikasi. Meskipun komunikasi 2 hala
wujud namun saya mendapati saya mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan
murid-murid Tahun 2 Seroja. Saya mendapati mereka menggunakan loghat Kedah
manakala saya pula cuba untuk berkomunikasi secara formal dengan mereka. Sebagai
bakal guru, saya merasakan guru perlu mahir dalam berkomunikasi agar apa yang cuba
disampaikan dapat difahami dan didengari secara jelas oleh murid-murid. Sistem
pengudaraan di padang yang terbuka juga menjadikan guru perlu lantang dalam
bersuara agar arahan yang diberikan jelas dan dapat diikuti oleh semua murid-murid.
Kesimpulan, saya merasa sangat bertuah kerana diberikan tugasan ini di
samping menimba pengalaman baru sebagai persedian awal untuk saya menjalani
latihan mengajar pada semester hadapan. Barulah saya sedar tugas mengajar
diperingkat kanak-kanak adalah sukar. Suasana sebenar mengajar murid-murid arus
perdana dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini tidaklah senang sebagaimana
yang disangka yang sebagai guru, kita perlu bijak bagi menjadikan sesi pengajaran kita
menarik dan berjalan lancar.
Bagi mereka yang tidak memahami tugas seorang guru, akan menganggap
semua orang boleh mengajar, namun hakikatnya tidak semua orang boleh mengajar
anak muridnya dengan cemerlang tanpa adanya latihan.Oleh yang demikian, tugas
mulia ini haruslah dipikul bersama untuk merealisasikan insan yang terbaik dalam
negara kita ini. Tugasan sebegini amat berguna kepada saya kerana dapat
memperlihatkan kelemahan yang dimiliki dan dilakukan ketika sesi pengajaran
Kelemahan yang ada bukanlah sebagai suatu keburukan pada diri sendiri tetapi adalah
untuk memperbaiki teknik, kaedah, pendekatan dan juga strategi yang digunakan ketika
mengajar.
Tidak dinafikan, terdapat banyak kesilapan yang dilakukan ketika mengajar buat
kali pertama ini. Diharapkan segala tunjuk ajar yang diberikan akan membantu untuk
saya dan rakan-rakan yang lain dalam meningkatkan kualiti pengajaran di masa
hadapan.
(………………………………………)
Nurul Syazwani binti Nordin
REFLEKSI INDIVIDU
Bismillahirahmanirahhim..
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat ilahi dengan limpah kurnia dan keizinan-
Nya saya dan rakan-rakan yang lain dapat menyiapkan tugasan kurikulum dan
pedagogi pendidikan jasmani pada semester ini. Pada kali ini, saya dan rakan-rakan
telah diberikan tugasan untuk melaksanakan tugasan pengajaran mikro di sekolah
secara berkumpulan. Setelah melakukan undian saya telah ditempatkan di kumpulan
tiga yang terdiri daripada enam orang ahli kumpulan,
Pada peringkat permulaan melakukan tugasan ini, saya dan rakan-rakan
kumpulan telah duduk berbincang untuk sama-sama memilih tajuk pengajaran yang
bakal kami lakukan memandangkan kumpulan saya telah mendapat murid tahun dua
untuk dilakukan pengajaran mikro. Ksmi mengambil masa yang lama untuk merangka
perancangan aktiviti yang ingin dilakukan bersesuaian mengikut kurikulum standard
sekolah rendah ( kssr ) yang telah digunakan disekolah bagi murid tahun 2. Kesulitan
timbul apabila kami tidak tahu bagaimana untuk membina rancangan pengajaran
menggunakan kssr memandangkan semester ini merupakan semester pertama yang
mendedahkan kami dengan kssr bagi matapelajaran pendidikan jasmani. Kami juga
perlu memikirkan alatan yang hendak dibawa dan digunakan bersesuaian dengan
aktiviti yang dipilih.
Hasil perbincangan yang telah dilakukan kami telah sepakat untuk memilih tajuk
melompat sebelah kaki ( HOPPING) dengan mengaplikasikan pergerakan lokomotor
untuk diajar kepada murid-murid tahun 2. Setelah perancangan aktiviti selesai saya dan
rakan telah membina rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk disemak oleh
pensyarah pendidikan jasmani iaitu Encik Rahman bin zakaria. Setelah disemak oleh
pensyarah pembimbing terdapat beberapa perubahan yang perlu dilakukan oleh
kumpulan saya memandangkan rancangan pengajaran yang dibina tidak menepati
kriteria kurikulum standard sekolah rendah (kssr) yang perlu dilakukan.
Setelah itu, saya dan rakan-rakan telah berkumpul sekali lagi pada waktu malam
untuk membaiki semula RPH bagi kumpulan kami memandangkan kami perlu
kesekolah pada keesokan harinya. walaupun masing-masing kepenatan namun
komitmen terhadap tugasan tetap ditunjukkan. Saya dan rakan-rakan telah sama-sama
membuat perubahan pada rancangan pengajaran harian kami dengan merujuk kepada
garis panduan standart pengajaran pendidikan jasmani kssr tahun dua. Setelah
menyiapkan rph kami secara tidak langsung telah memahami serba sedikit cara bagi
membuat rancangan pengajaran pj bagi kurikulum kssr.
Pada keesokan harinya, kami telah ke sekolah kebangsaan jitra 2 untuk
melaksanakan amali pengajaran mikro. Pertama kali tiba disekolah jitra dua perasaan
saya agar gementar memandangkan ini merupakan kali pertama saya melakukan
pengajaran pj yang sebenar dihadapan murid. Namun dengan sokongan oleh ahli
kumpulan yang lain saya telah bersemangat untuk menyelesaikan tugasan kami
dengan sebaik mungkin. Namun ad masalah lain yang telah timbul apabila kami melihat
padang yang sepatutnya digunakan telah dipenuhi air memndangkan hujan telah turun
pada pagi tersebut. Masing-masing risau dan memikirkan jalan terbaik untuk
meyelesaikan masalah agar tugasan kami dapat dijalankan. Setelah mencari tempat
yang bersesuaian dengan memikirkan aspek keselamatan murid kami telah memulakan
tugasan pengajaran kami. Setelah pengajaran mikro bermula saya dapat melihat setiap
ahli kumpulan telah melakukan peranan masing-masing dengan baik walapun sedikit
kekok pada mulanya. Saya telah mengajar murid-murid dibahagian perkembangan
yang melibatkan aktiviti di berjalan diatas tali sambil mengimbangkan badan dan
melompat kedalam gelung menggunakan sebelah kaki. Pada pengamatan saya murid-
murid berjaya melakukan aktiviti tersebut dengan baik kerana mereka memahami
arahan yang diberikan dan mereka gembira dengan aktiviti yang dilakukan.
Walaubagaimanapun sebenarnya terdapat kekurangan yang perlu dibaiki oleh
saya semasa melakukan pengajaran dimana saya perlu lebih peka terhadap
ketepatan ,masa, penggunaan tempat dan alatan semasa melakukan aktiviti. Selain itu,
saya juga perlu memberikan arahan yang jelas kepada murid-murid memandangkan
pengajaran dilakukan dipadang sekolah agar murid dapat memahami dan mendengar
dengan jelas penyampaian pengajaran. Jika diberi peluang pada masa akan datang
saya akan berusaha memperbaiki diri saya dalam penyampaian pengajaran dimana
mungkin saya akan menukar kaedah pengajaran yang lebih menarik dengan
mengabungjalinkan muzik agar murid lebih berminat untuk melakukan aktiviti. Saya
juga akan mencuba untuk melakukan aktiviti pengajaran mengikut peruntukan masa
yang telah diagihkan dalam RPH agar setiap aktiviti yang direncanakan berjalan lancar
dan mengikut masa hal ini sangat penting kerana masa dapat menentukan
penyampaian pengajaran guru dapat dilakukan dengan sempurna ataupun tidak.
Pengurusan masa yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran
disamping memastikan topic pengajaran dikuasai oleh murid.
Kesimpulannya, melalui tugasan ini banyak pengalaman baru yang telah
diperolehi oleh saya bermula dengan pengalaman melakukan rph dan melaksanakan
tugasan rph yang dirancang. Melalui tugasan ini juga telah memberikan pendedahan
kepada saya senario semasa menjalankan praktkum disekolah pada semester
hadapan. Semoga dengan selesainya tugasan pendidikan jasmani pada kali ini dapat
memberikan saya dan rakan-rakan persediaan mental dan fizikal bagi menjadi seorang
guru pendidikan jasmani yang sebenar pada satu hari nanti. Dengan pengalaman kali
ini akan saya gunakan semasa melakukan praktikum pada semester hadapan. Akhir
kata ucapan terima kasih saya hulurkan buat pensyarah pembimbing dan rakan-rakan
yang banyak membantu dalam melaksanakan tugasan pada kali ini. Sesungguhnya
yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang lemah itu adalah kekurangan saya
sendiri.
(………………………………………)
Siti Hajar binti Shukri
REFLEKSI INDIVIDU
Tugasan ini adalah satu tugasan wajib yang perlu dilaksanakan secara
berkumpulan untuk subjek PJM 3110 ini. Pensyarah Pembimbing untuk mata pelajaran
ini adalah En. Rahman bin Zakaria. Kumpulan kami terdiri daripada saya sendiri,
Ahamd Hidayat bin Ahmad Fuad iaitu Hafezee,Hajar,Solehin,Syukriah dan Nurul
Syazwani. Dalam pelaksanaan tugasan ini, kami perlu menghasilkan satu RPH dan
menjalankan satu sesi pengajaran mikro selama 30 minit dalam sesi kuliah subjek
tersebut. Untuk kelas tahun 2 yang menggunakan format pengajaran KSSR.
Dalam menghasilkan tugasan ini, terdapat satu kekuatan yang sangat ketara
adalah kerjasama di antara ahli kumpulan kami iaitu seramai 4 orang seperti yang telah
dinyatakan di atas. Perbincangan antara kami serta bimbingan daripada pensyarah
telah kami telah berbincang setelah menerima tugasan ini dan bersetuju untuk
menghasilkan satu RPH berkaitan pergerakan asas lokomotor iaitu berjalan, berlari dan
melompat untuk pelajar tahun 2 mengikut kurikulum KSSR ( Kurikulum Standard
Sekolah Rendah). Perbincangan telah berjalan dengan sangat baik dan proses
pencarian maklumat serta bahan juga amat mudah dengan sokongan dan kerjasama
semua ahli kumpulan. Setelah menghasilkan RPH tersebut, pembahagian tugas untuk
pengajaran mikro dilakukan. Pembahagian ini untuk memberikan setiap daripada kami
peluang untuk mengajar dan mendapat pengalaman sebenar situasi pengajaran
bersama murid sekolah yang sebenar.
Semasa sesi pengajaran mikro, semua ahli kumpulan memberikan komitmen
yang sangat baik dan sesi pengajaran tersebut telah berjalan dengan sangat lancar.
Kesefahaman dan kerjasama yang kuat ini merupakan satu kekuatan yang amat
mendorong kumpulan kami untuk menghasilkan tugasan ini. Bimbingan daripada
pensyarah juga amat memberikan bantuan dalam menghasilkan tugasan yang terbaik
bagi kumpulan kami.
Melalui perbincangan dengan pensyarah kami dapati masih lagi kekurangan
ilmu dan pengalaman dalam penyediaan satu rancangan pengajaran harian untuk
murid sekolah rendah. Hal ini penting dalam memastikan objektif pengajaran
pendidikan jasmani dapat disampaikan dengan betul dan tercapai di akhir pengajaran.
Melalui penjumpaan ini, beberapa kesilapan dalam penyediaan rph diketahui oleh kami
dan beberapa penambahbaikan dimasukkan dalam rph untuk menjadikannya lebih baik
dan bertepatan dengan objektif pembelajaran dan tahap kurikulum murid. Hal ini juga
sangat berguna kepada kami semasa menjalani praktikum di semester hadapan dan
pengajaran semasa menjadi guru pendidikan jasmani di sekolah nanti.
Sebagai seorang penyelaras subjek ini saya telah belajar banyak ilmu baru
mengenai prosedur untuk menjalankan aktiviti luar dengan betul dan mengikut prosedur
yang telah ditetapkan melalui permohonan rasmi kepada guru besar sekolah, penulisan
surat rasmi dan kebenaran pihak pengarah, serta komunikasi dengan guru pendidikan
jasmani di sekolah serta urusan peminjaman alatan sukan yang digunakan daripada
stor institut. Kesemua pengalaman ini adalah satu ilmu baru yang sangat berguna
kepada saya sebagai seorang pendidik dalam menjalankan urusan menjalankan
sesuatu aktiviti di tempat lain mengikut saluran yang betul agar tidak mewujudkan
sebarang kesulitan kepada saya dan pihak lain serta tidak menunjukkan
profesionalisme seorang kakitangan pendidik.
Pelbagai tenik pengajaran yang digunakan semasa melakukan sesi pengajaran.
Sebagai seorang guru, harus mengetahui teknik manakah yang sesuai digunakan
dalam sesi pengajaran supaya P&P berkesan kepada murid . Dalam pengajaran
microteaching ini, ahli kumpulan kami menggunakan teknik arahan dengan setiap
pergerakan perbuatan murid mengikut arahan guru. Teknik digunakan berdasarkan
situasi pembelajaran ketika itu.
Aktiviti yang dijalankan juga sememangnya khusus untuk pembinaan
kognitif ,afektif dan psikomotor dalam tubuh badan murid khusus untuk membentuk
murid yang aktif bersukan dan cerdas.. Aktiviti yang dijalankan juga bertepatan dengan
tahap kebolehan murid dan kesesuaian dengan keaktifan dan pemahaman mereka
yang masih dalam tahap penerimaan.
Terdapat beberapa masalah dan kelemahan yang kami hadapi dalam
menghasilkan mikro – teaching ini. Antaranya ialah penyediaan rph yang kurang
bersesuaian. Mungkin pada peringkat permulaan ini, kami masih belum mahir dalam
membuat penyediaan rph ini. Oleh itu, setelah menghasilkan rph , kami berjumpa
dengan pensyarah penasihat untuk bimbingan dan penambahbaikan rph ini untuk
digunakan dalam sesi mikroteaching.
Masalah yang lain ialah padang yang digunakan dipenuhi air. Pada awal pagi,
semasa kami tiba di padang sekolah. Saya dapati padang sekolah telah ditakungi air
akibat hujan lebat di awal pagi. Fenomena ini adalah biasa bagi kebanyakkan padang
sekolah. Oleh itu, setiap kumpulan mencari tempat yang sesuai untuk menjalankan
pnp , tempat yang kurang dipenuhi air. Murid juga diminta menanggalkan kasut mereka
untuk menggelakkan kasut mereka basah dan rosak dan boleh mengganggu sesi
pembelajaran yang lain.
Masalah lain yang wujud sewaktu perjalanan microteaching ini ialah masa yang
tidak mencukupi dan terhad. Masa pengajaran dan pembelajaran kedua bermula jam
8.15 pagi sehinggan 8.45 pagi telah pun dikendalikan oleh kumpulan pertama dan
seterusnya untuk kumpulan kedua. Saya mendapati mereka mengambil masa yang
lebih bagi setiap aktiviti dan mengakibatkan kumpulan kami mula sesi pengajaran lewat
10 minit dari masa yang ditetapkan iaitu sekitar jam 9 pagi. Keadaan ini sering berlaku
kepada situasi seorang guru yang mengajar pendidikan jasmani,
Keadaan ini boleh diatasi dengan guru melakukan terus aktiviti yang diajarkan
dengan mengurangkan masa penerangan dan terus kepada aktiviti yang difokuskan.
Guru juga boleh meminta murid supaya menunggu terus giliran. Murid boleh terus
melakukan aktiviti apabila seorang murid telah selesai melakukan aktiviti. Murid juga
boleh dibahagikan kepada dua kumpulan yang kecil supaya mempercepatkan sesi
pengajaran dan bertukar aktiviti setelah selesai
Antara penambahbaikan yang boleh dijalankan guru boleh mengajar dengan
memperbanyakkan aktiviti dan berdasarkan kepada kebolehan pelajar mengikut kognitif
pelajar tertentu . Aktiviti itu bercorakan kreatif dan menghiburkan dan membina kognitif,
afektif dan psikomotor murid seperti permainan kanak-kanak.Guru juga boleh
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di tempat yang tidak berair jika padang
yang ingin digunakan dipenuhi air. Hal ini memastikan sesi pengajaran dijalankan juga
walaupun keadaan sebaliknya.
Tugasan ini sememangnya telah banyak memberikan ilmu pengetahuan dan
pengalaman kepada kami dalam mempertingkatkan kualiti kerja kami sebagai guru
untuk kegunaan di sekolah masing-masing dan panduan pada masa akan datang.
(………………………………………)
Ahmad Hidayat Bin Ahmad Fuad
REFLEKSI INDIVIDU
FEZEE
REFLEKSI INDIVIDU
SOLEHIN
REFLEKSI INDIVIDU
SYUK
LAMPIRAN