pmr novel

Upload: k301193

Post on 30-May-2018

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    1/17

    EASY NOTES PMR

    Page | 1

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    2/17

    EASY NOTES PMR

    Page | 2

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    3/17

    EASY NOTES PMR

    Table of contents

    TEMA...................................................................................................................3

    PERSOALAN.......................................................................................................4

    PLOT....................................................................................................................5

    LATAR..................................................................................................................8

    NILAI DAN PENGAJARAN.............................................................................11

    WATAK DAN PERWATAKAN.........................................................................12

    Page | 3

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    4/17

    EASY NOTES PMR

    Tema

    A. Meniti Kaca

    Kecekalan seorang remaja dalam menghadapi liku-liku hidupnya.

    Huraian: Nazar terpaksa menempuh pelbagai dugaan hidup. Namun begitu, dia tidakpernah berputus asa dan terus tabah menghadapinya sehingga Berjaya memperolehikejayaan dalam peperiksaan SRP.

    B. Pahlawan Pasir Salak

    Keberanian dan semangat kepahlawanan penduduk Kampung Pasir Salak menentangpenjajah.

    Huraian: Penduduk Kampung Pasir Salak sedia bekorban untuk mempertahankan tanahair mereka.

    C. Panas Salju

    Kasih saying ibu bapa terhadap anak-anak.

    Huraian: Bushrah sanggup mendermakan hatinya bagi menyelamatkan nyawa

    anaknya, Nadhirah.

    Page | 4

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    5/17

    EASY NOTES PMR

    Persoalan

    A. Meniti Kaca1. Kecekalan dalam hidup

    Huraian: Nazar tidak patah semangat dan tetap belajar dengan gigih walaupunmenghadapi pelbagai dugaaan hidup.

    2. Semangat kejiranan

    Huraian: Keluarga Ah Seong sering membantu keluarga Nazar.

    3. Kesabaran dibalas dengan kejayaan

    Huraian: Nasib malang yang menimpa Nazar diterima dengan sabar. Akhirnya, diatelah berjaya dalam pelajarannya.

    B. Pahlawan Pasir Salak

    1. Keberanian menentang penjajah

    Huraian: Datuk Maharaja Lela berani menentang penjajah walaupun sedar risikoyang dihadapinya.

    2. Kerjasama penduduk mempertahankan hak mereka

    Huraian: Penduduk Kampung Pasir Salak bekerjasama membina pondok kawalanbagi mengawasi pengerakan musuh.

    3. Sedia bekorban demi tanah air

    Huraian: Seputum yang rela berkorban demi tanah airnya telah membunuh J.W.W.Birch.

    C. Panas Salju

    1. Pengorbanan ibu bapa

    Huraian: Bushrah sanggup mendermakan hatinya bagi menyelamatkan nyawaanaknya, Nadhirah.

    2. Masyarakat yang prihatin

    Huraian: Guru-guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2) mengumpul dermabagi menolong keluarga Bushrah membiayai kos pembedahan Nadhirah.

    3. Ketabahan remaja menghadapi penderitaan hidup

    Huraian:Nadhirah tabah dan cekal menghadapi dugaan hidupnya dan masihmeneruskan pelajarannya.

    Page | 5

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    6/17

    EASY NOTES PMR

    Plot

    A. Meniti Kaca

    1. Permulaan

    Nazar digambarkan masih berada dalam tingkatan dua. Dia kecewa kerana ibunya

    tidak ada di rumah dan bersama dengan kawan karibnya, Ah Seong untuk mencari

    ibunya, Mahyun. Nazar menemui ibunya sedang bergurindam di bawah pohon jejawi

    di permatang sawah. Keadaan Mahyun yang diserang penyakit nanar amat

    membimbangkan Nazar dan ayahnya, Pak Sahar.

    2. Perkembangan

    Pak Sahar bercadang untuk menghantar isterinya untuk mendapatkan rawatan di

    Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Nazar bersetuju dengan cadangan ayahnya itu.

    Sewaktu ketiadaan Mahyun, Mak Miah dan Pak Sehak yang mengurus makan dan

    minum Nazar dan Pak Sahar. Kepulangan Mahyun daripada Tanjung Rambutan

    walaupun belum juga sembuh, tetapi disambut dengan gembira oleh Nazar.

    3. Klimaks/Puncak

    Mahyun tiba-tiba hilang pada suatu petang. Nazar cuba mencari, namun gagal.

    Gerakan mencari Mahyun dilancarkan dengan bantuan penduduk kampung. Akhirnya

    Mahyun dijumpai mati tersepit di celah batang pokok kelapa yang tumbang di tepisungai. Nazar berasa amat sedih dan begitu juga dengan Pak Sahar yang jatuh sakit

    dan sering batuk-batuk. Diskusi pelajaran diantara Zainab dengan Nazar menjadi

    buah mulut orang kampung. Nazar tidak mempedulikan perkara tersebut dan terus

    belajar demi mencapai cita-citanya.

    4. Peleraian

    Nazar mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SRP. Setelah

    seminggu belajar dalam Tingkatan Empat, Nazar ditawarkan memasuki Sekolah

    Berasrama Penuh di Ipoh, Perak. Setelah sebulan berada di Ipoh, ayah Nazar

    meninggal dunia. Nazar terus berazam untuk mencapai cita-citanya untuk menjadidoctor.

    Page | 6

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    7/17

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    8/17

    EASY NOTES PMR

    C. Panas Salju

    1. Permulaan

    Pengarang memperkenalkan watak-watak seperti Zulkifli , Bushrah, dan Nadhirah.

    Zulkifli sekeluarga dalam perjalanan untuk balik ke kampung isterinya di Melaka.

    Mereka membantu sepasang suami isteri berbangsa Sikh yang terbabit dalam

    kemalangan jalan raya.

    2. Perkembangan

    Pembaca mula didedahkan kepada konflik yang dihadapi oleh Zulkifli yang selalu

    memikirkan jalan untuk mendapatkan wang bagi mengubati penyakit yang dihadapi

    oleh anaknya, Nadhirah. Selain itu, konflik menjadi semakin rumit kerana penyakit

    Nadhirah bertambah kronik sedangkan kos rawatan yang bernilai RM350 000 belum

    berjaya diperoleh oleh Zulkifli. Zulkifli mengambil keputusan untuk mendedahkan

    masalahnya di akhbar.

    3. Klimaks/Puncak

    Masalah Zulkifli ditemukan penyelesaian apabila Tan Sri Shamsuddin sanggup

    menanggung semua kos perubatan Nadhirah di London. Bushrah memutuskan untuk

    mendermakan sebahagian hatinya bagi menyelamatkan anaknya Nadhirah.

    4. Peleraian

    Pembedahan berjaya dijalankan dan Nadhirah dan Bushrah selamat pada bahagian

    ini. Pada bahagian ini juga digambarkan kehidupan Nadhirah yang sihat. Nadhirah

    telah menamatkan pengajiannya dan bekerja di Bank Islam. Dia berkhawin dengan

    seorang doctor bedah. Nazli pula melanjutkan pelajarannya di sebuah sekolah

    berasrama penuh di Kuala Kangsar. Zulkifli telah menjadi pengelola ruangan sastera

    di sebuah akhbar di samping menyambung pengajiannya di peringkat Phd. Bushrah

    yang sering mengadu sakit meninggal dunia pada pagi hari Jumaat.

    Page | 8

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    9/17

    EASY NOTES PMR

    Latar

    A. Meniti Kaca

    1. Latar masa

    Sepanjang dua tahun- ketika Nazar berada di Tingkatan Dua hingga Tingkatan

    Empat.

    Pertengahan bulan Oktober- Mahyun hilang dengan tiba-tiba suatu petang.

    Akhirnya, dia dijumpai mati tersepit di celah batang kelapa di tepi sungai.

    Bulan Januari- Nazar berada di Tingkatan 3.

    2. Latar tempat

    Rumah Nazar- Mak Miah dan Pak Sehak menyuruh Pak Sahar berkhawin lagi

    kerana isterinya telah sakit jiwa.

    Di tepi sungai-penduduk kampung telah menemukan mayat Mahyun tersepit

    di celah batang kelapa.

    Sekolah Tuanku Abdul Rahman di Ipoh- Nazar melanjutkan pelajaran di

    sekolah ini setelah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan

    SRP.

    3. Latar masyarakat

    Masyarakat beragama Islam- bagi masyarakat kampung, pergaulan bebasantara Nazar dengan Zainab dipandang serong dan menyalahi peraturan

    hidup.

    Masyarakat berbilang bangsa-Ah Seong dan ibunya, Kim Moi juga selalu

    membantu nazar mencari Mahyun.

    Masyarakat prihatin- Mak Miah sebagai emak saudara Nazar selalu memasak

    untuk Nazar dan ayahnya ketika Mahyun berada di hospital.

    Page | 9

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    10/17

    EASY NOTES PMR

    B. Pahlawan Pasir Salak

    1. Latar masa

    Zaman penjajahan Inggeris- berlaku pada tahun 1875 semasa wujud sistemResiden di Tanah Melayu.

    Waktu siang-pengawai Inggeris membina pondok di Kampung Pasir Salak.

    Waktu malam-penduduk kampung bertugas/berkawal pada waktu malam

    dengan membawa jamung.

    2. Latar tempat

    Kampung Pasir Salak yang terletak di pangkalan sungai- Birch dibunuh oleh

    Seputum ketika rombongannya datang untuk menampal surat kenyataan

    kutipan cukai.

    Rumah Datuk Maharaja Lela- beliau menyampaikan amanat kepada anak-anak buahnya supaya berhati-hati selepas pembakaran pondok pungutan

    cukai.

    Bandar Tua- Datuk Maharaja Lela membina kubu untuk menghadapi serangan

    musuh.

    3. Latar masyarakat

    Melayu- masyarakat Melayu yang hidup sederhana. Mereka bekerja mencari

    ikan,berkebun dan berniaga di warung.

    Masyarakat bersemangat patriotik-penduduk kampung memnentang penjajah

    untuk mempertahankan serangan musuh.

    Masyarakat penjajah- Inggeris memaksa penduduk kampung membayar cukai

    tanah dan cukai perniagaan.

    Page | 10

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    11/17

    EASY NOTES PMR

    C. Panas Salju

    1. Latar masa

    Pukul 4.00 pagi, Jumaat- Bushrah menghembuskan nafas terakhir dihadapansuami dan kedua-dua orang anaknya.

    2. Latar tempat

    Rumah Zulkifli- kenduri doa selamat diadakan untuk Nadhirah dan Bushrah.

    Bushrah menghembuskan nafas terakhirnya di sini.

    Pejabat Utusan Melayu-Zulkifli bertemu dengan Mohamad Yusuf, wartawan

    Utusan Melayu untuk menyiarkan kisah penderitaan anaknya, Nadhirah.

    Hospital Kings College- tempat Bushrah dan Nadhirah menjalani pembedahan

    yang dijalankan oleh Dr. Tan Kai Chah.

    3. Latar masyarakat

    Masyarakat prihatin- Tan Sri Shamsuddin, tokoh korporat yang kaya-raya dan

    prihatin terhadap kesusahan orang lain. Beliau membiayai segala

    perbelanjaan rawatan Nadhirah dan penginapan Zulkifli sekeluarga di London.

    Masyarakat saling bekerjasama- masyarakat Felda Ulu Tebrau tolong-

    menolong untuk meraikan majlis perkhawinan adik Zulkifli, Narizah.

    Masyarakat di kawasan perumahan Bandar Baru Tun Razak turut membantu

    Bushrah mengadakan majlis kenduri doa selamat.

    Masyarakat yang mementingkan ilmu- Nadhirah bersemangat tinggi untuk

    belajar walaiupun dia terpaksa menanggung penyakit kronik. Akhirnya dia

    Berjaya melanjutkan pelajarannya ke ITM.

    Page | 11

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    12/17

    EASY NOTES PMR

    Nilai dan Pengajaran

    A. Meniti Kaca

    1. Nilai: Kasih sayang Pengajaran: Kita hendaklah sayang akan anggota keluarga

    kita

    Ditunjukkan oleh Nazar dan Pak Sahar kepada Mahyun. Mereka tetap sayang

    dan mesra dengan Mahyun walaupun dia menghidapi penyakit nanar.

    2. Nilai: Simpati Pengajaran: Kita haruslah membantu orang dalam

    kesusahan

    Keluarga Mak Miah bersimpati terhadap keluarga Nazar dengan menyediakan

    makan minum mereka. Keluarga Ah Seong pula banyak menghulurkan

    bantuan kepada Nazar sekeluarga.

    3. Nilai: Kecekalan Pengajaran: kita haruslah tabah menghadapi dugaan hidup

    tanpa berputus asa

    Nazar sangat cekal dan gigih menempuh pelbagai dugaaan. Walaupun ibu dan

    ayahnya kurang sihat, dia masih mampu meneruskan pelajarannya dengan

    cemerlang.

    B. Pasir Salak

    1. Nilai: Cinta akan negara Pengajaran: Kita harus cinta akan tanah air negara

    dan menentang musuh Penduduk Kampung Pasir Salak berjuang untuk mempertahankan tanah air

    daripada dijajah oleh Inggeris.

    2. Nilai: Keberanian Pengajaran: Kita hendaklah berani menentang

    kezaliman

    Datuk Maharaja Lela berani menentang penjajah Inggeris. Dia tidak

    memebenarkan Inggeris membina pondok membayar cukai lalu membakar

    pondok tersebut.

    3. Nilai: Hormat-menghormati Pengajaran: Kita harus menghormati orang tua

    Deli mematuhi tunjuk ajar dan nasihat orang tua. Dia menghormati bapanya

    dan membantunya bekerja di warung.

    C. Panas Salju

    1. Nilai: Tabah Pengajaran: Kita haruslah tabah dan cekal menghadapi dugaan

    hidup

    Nadhirah tabah menjalani kehidupannya sebagai pensakit rosak hati. Dia tetap

    bertenang dan berdoa supaya penyakitnya sembuh.

    2. Nilai: Simpati Pengajaran: Kita hendaklah bersimpati kepada orang yang

    mengalami kesusahan

    Page | 12

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    13/17

    EASY NOTES PMR

    Tan Sri Shamsuddin sanggup membiayai segala kos rawatan Nadhirah kerana

    bersimpati terhadap penderitaan Nadhirah.

    3. Nilai: Kasih sayang Pengajaran: Kita mestilah menyayangi anak-anak

    Bushrah mengambil keputusan untuk mendermakan sebahagian hatinya

    kepada Nadhirah. Dia sanggup berkorban agar anaknya terus hidup dengan

    gembira.

    Page | 13

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    14/17

    EASY NOTES PMR

    Watak dan Perwatakan

    A. Meniti Kaca

    a) Watak utama: Nazar

    Anak tunggal Pak Sahar dan Mahyun

    Amat menyayangi ibu dan ayahnya

    Tabah dan cekal- dia masih meneruskan pelajarannya walaupun dalam

    keadaan terdesak

    Pelajar yang pintar- berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam

    peperiksaan SRP

    Disenangi oleh rakan-rakannya seperti Ah Seong

    Berazam untuk menjadi seorang doktor

    b) Watak sampingan: Pak Sahar

    Ayah Nazar dan suami Mahyun

    Bertugas di Lumut sebagai pengawai luar

    Amat menyayangi isterinya- telah mencuba pelbagai cara untuk mengubati

    penyakit isterinya

    Beliau menghidap penyakit jantung, lelah, dan sering batuk-batuk

    Mengutamakan pelajaran Nazar- sering memberinya nasihat agar belajar

    bersungguh-sungguh Meniggal dunia ketika Nazar berada di Tingkatan Empat

    Page | 14

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    15/17

    EASY NOTES PMR

    B. Pasir Salak

    a) Watak utama: Datuk Maharaja Lela Penghulu Kampung Pasir Salak

    Pandai dalam ilmu silat- mengajar anak-anak buahnya silat pada waktu malam

    Pemimpin yang berwibawa- beliau menjadi tempat penduduk tempatan

    mengadu hal

    Berani- beliau berani menentang penjajah walaupun tahu risiko yang

    dihadapinya

    Bijak mengatur strategi- mengarahkan anak-anak buahnya membina pondok

    kawalan bagi mengawasi pengerakan musuh dari darat dan sungai.

    b) Watak sampingan: Deli

    Anak Pak Itam

    Belajar silat dengan Datuk Maharaja lela

    Menyokong perjuangan Datuk Maharaja Lela dan membencikan penjajah

    Menghormati orang tua- menolong bapanya di warung

    Bersemangat patriotik memperthankan tanah air

    Seorang yang disegani oleh orang lain- dia mempunyai ramai kawan seperti

    Lamin, dan Akub.

    Page | 15

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    16/17

    EASY NOTES PMR

    C. Panas Salju

    a) Watak utama: Zulkifli

    Suami Bushrah serta bapa Nadhirah dan Nazli

    Penyayang- demi kasih sayang terhadap anaknya, beliau hilang rasa maluuntuk mendedahkan masalahn ya di akhbar untuk mendapatkan bantuanorang lain.

    Bertugas sebagai pembantu perubatan kontrak di Hospital Kuala Lumpur.Akhirnya bertukar kerja sebagai pengelola ruangan sastera di sebuah akhbar.

    Suka membantu orang dalam kesusahan- beliau membantu pasangan suamiisteri Sikh yang terlibat dalam kemalangan.

    Tabah dan cekal menghadapi dugaan hidup- tetap berusaha mengubatipenyakit anaknya walaupun belum mendapat wang yang mencukupi bagimembiayai rawatannya di London.

    b) Watak sampingan: Bushrah Isteri Zulkifli dan ibu kepada Nadhirah dan Nazli

    Seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak (2)

    Penyayang- sanggup mendermakan hatinya untuk menyelamatkan anaknyaNadhirah yang menghidap penyakit rosak hati

    Berpendirian tegas- tetap dengan keputusannya untuk mendermakan hatinyakepada Nadhirah walupun banyak pihak tidak bersetuju akan tindakannya itu.

    Tabah dan cekal-sentiasa menjaga Nadhirah dengan baik dan berusahamencari wang tanpa berputus asa.

    Meninggal dunia lima tahun selepas mendermakan hatinya kepada Nadhirah.

    Page | 16

  • 8/14/2019 PMR NOVEL

    17/17

    EASY NOTES PMR

    Page | 17