power point untuk kursus di ipbl

75
PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PRASEKOLAH PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Upload: joe-jambul

Post on 26-Nov-2015

64 views

Category:

Documents

9 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

PERANCANGAN PENUBUHAN DAN PENGURUSAN PROGRAM PRASEKOLAHPENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

menghuraikan prosedur penubuhan pusat prasekolah yang meliputi

matlamat dan objektif penubuhan,

tinjauan kebolehbinaan dan infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang dan juga persekitaran bangunan.

peraturan dan undang-undang penubuhan pusat prasekolah mengenai definisi pengurusan penyayang dan sembilan peranan guru iaitu sebagai fasilitator, instruksi, penyedia permainan, pemerhati, penilai, perancang,model dan peranan refleksi.

konsep penyayang,ciri-ciri intelek penyayang dan amalan budaya penyayang yang harus dimiliki oleh seorang guru prasekolah dalam pengajaran dan pembelajaran

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

KERANGKA : Perancangan Penubuhan dan Pengurusan Program Prasekolah

Perancangan Penubuhan Dan Pengurusan Program PrasekolahPenubuhan PrasekolahPengurusan PenyayangDalam Pusat Prasekolah

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Syarat Penubuhan Pusat Prasekolah Mengikut Akta Pendidikan (Akta 550)*Program pendidikan prasekolah merupakan program untuk memberikan pengalaman sebagai persediaan sebelum melangkah ke alam persekolahan formal.

* Semua institusi pendidikan prasekolah telah dimasukkan ke dalamsistem Pendidikan Kebangsaan.

*Semua tadika adalah tertakluk kepada Akta 550 (Akta Pendidikan 1996). Berikut petikan daripada Akta 550 (Akta Pendidikan 1996) yang meliputi hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah:

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Definisi

Perlu merujuk Akta 550 (Akta Pendidikan 1996) pendidikan prasekolahertinya program pendidikan bagi murid yang berumur dari empat hinggaenam tahun.

Seksyen 20: Larangan Terhadap Penubuhan, Pengendalian Atau Pengurusan Tadika(i) Tiada tadika boleh ditubuhkan, dikendalikan atau diuruskanmelainkan jika tadika itu didaftarkan di bawah Akta ini.(ii) Seseorang yang melanggar subseksyen (i) adalah melakukan suatukesalahan.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Seksyen 21: Kuasa Menteri Untuk Menubuhkan Tadika

Menteri boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menubuhkan danmenyenggarakan tadika.Seksyen 22 : Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan hendaklah digunakan oleh semua tadika

(a) Menteri hendaklah menetapkan suatu kurikulum, yang dikenalisebagai Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang hendaklahdigunakan oleh semua tadika dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.(b) Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada akhirtempoh pendidikan prasekolah masing-masing.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

(c) Mana-mana tadika yang bermaksud untuk melaksanakan apa-apakurikulum sebagai tambahan kepada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan hendaklah,sebelum melaksanakan kurikulum tambahan sedemikian, memaklumkan Ketua Pendaftar tentang maksud itu mengikut cara yang ditetapkan.

(d) Seseorang yang melanggar subseksyen (1 ) atau (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit (RM 10,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duannya.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Seksyen 23 : Bahasa Pengantar Di TadikaWalau apa pun subseksyen 17 (1), bahasa-bahasa selain daripada bahasakebangsaan boleh digunakan sebagai bahasa pengantar di tadika, tetapijika sesuatu tadika menggunakan bahasa selain daripada bahasakebangsaan, bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai matapelajaran wajib.Seksyen 24: Kuasa Untuk Membuat Peraturan Berhubungan DenganPendidikan PrasekolahMenteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.Seksyen 25 : Bab 2 Tidak Terpakai Bagi Taman Asuhan Murid-muridPeruntukan Bab ini tidaklah terpakai bagi taman asuhan murid-murid yangditubuhkan dan didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulisberhubungan dengan taman sedemikian.

Seksyen 26 : Ketidakpakaian Seksyen 18 Dan 19Seksyen 18 dan 19 tidaklah terpakai bagi tadika.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Pendaftaran : Proses Pendaftaran Tadika

(Peraturan ini hanya untuk tadika swasta sahaja)

Sebelum sesebuah tadika swasta itu ditubuhkan, pengurusan tadika hendaklah terlebih dahulu mengemukakan permohonan kepada Pendaftar Sekolah-sekolah di Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran untuk perhatian Unit Pendidikan Swasta.

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan:(a) Lakaran pelan lokasi, kedudukan dan pandu arah kawasan sekeliling(b) Lakaran pelan lantai, bilik-bilik dengan ukuran(c) Nama tadika beralamat penuh 3 km keliling/ 300 buah rumah (bagi kawasan perumahan)(d) Surat persetujuan jiran-jiran terdekat, mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan tandatangan tuan punya rumah tidak kurang dari 10 buah rumah jiran.(e) Surat perjanjian sewa bangunan (tenancy agreement)(f) Sijil kelayakan menduduki bangunan (CF)(g) Kertas kerja (garis panduan disediakan)

Pendaftaran dan pembaharuan tadika perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh agensi-agensi yang berkaitan untuk mendapatkan kelulusan.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Kriteria Penubuhan

Dalam merancang menubuhkan pusat prasekolah perkara yang perlu difikirkan ialah adakah tempat atau kawasan untuk ditubuhkan bangunan prasekolah.

Penentuan lokasi perlu mengambil kira keluasan kawasan untuk dijadikan tapak bangunan prasekolah.

Mengikut Akta 267 (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982 Seksyen 19); sesebuah bangunan yang akan dijadikan pusat prasekolah tidak boleh digunakan serentak sebagai tempat kediaman, kedai atau klinik.

Setiap bangunan pusat prasekolah mestilah sesuai dari segi keselesaan, rekabentuk, struktur dan juga keselamatan.

Memandangkan di Malaysia kemudahan prasekolah adalah berbeza, maka pihak berkuasa tempatan telah menetapkan beberapa kategori bangunan yang digunakan sebagai prasekolah.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Menurut Bustam dan Puteri Zabariah (2005), berikut adalah perkara yang perlu diberi perhatian untuk mendapatkan kelulusan penubuhan prasekolah:

F I Z I K ALPENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Konsep

Fizikal merupakan salah satu daripada kriteria utama yang perlu diberi perhatian dalam penubuhan sesebuah pusat prasekolah. Ia merangkumi infrastruktur kawasan, lokasi, keluasan, ruang. persekitaran dan bangunan.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Bangunan yang sesuai dijadikan pusat prasekolah :-

1. Rumah banglo yang saiz lotnya berukuran kurang lebih 7000 kaki persegi dan kawasan sekeliling tidak lebih daripada 30%.2. Rumah berkembar lot tepi, jika lot pertengahan hendaklah dicantumkan kedua-dua lot untuk dijadikan sebagai satu pusat prasekolah.3. Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai dengan kawasan yang tidak kurang dari 3000 kaki persegi.4. Rumah sebuah di kampung tradisional dan kampung melayu.5. Rumah pangsa dan pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk penggunaan prasekolah.6. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan masjid, surau dan madrasah.7. Bangunan di dalam kawasan atau perkarangan gereja, tokong Cina serta kuil Hindu.8. Dewan orang ramai atau dewan serbaguna.9. Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk dijadikan pusat prasekolah.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Mengikut peraturan Jabatan Bomba dan Penyelamat sekiranya bangunan/rumah dua tingkat, sebuah tangga keselamatan perlu disediakan ke luar dari bangunan dari tingkat atas.

Pihak berkuasa yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak Berkuasa Tempatan.

Kesan Persekitaran Kepada Murid-murid

Selain daripada spesifikasi bangunan yang sesuai, faktor persekitaran juga merupakan kriteria penting yang perlu diberi perhatian dalam penubuhan pusat prasekolah.

Berikut adalah perkara-perkara yang berkaitan dengan persekitaran

1. Tempat yang selamat.2. Udara bersih.3. Jauh dari pusat hiburan.4. Tiada pencemaran bunyi.5. Kebenaran bertulis dari jiran.6. Kadar tadika iaitu 1 (SATU) tadika bersamaan dengan 300 buah rumah.

Kesemua perkara di atas memberi kesan kepada murid-murid dan guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar.

Kemudahan Asas

Kemudahan asas juga perlu dititikberatkan dalam penubuhan pusat prasekolah. Kemudahan asas yang dimaksudkan di sini adalah seperti

ruang pembelajaran, dapur, ruang makan, bilik air , tandas, bilik sakit dan padang permainan.

Walau apa pun tempat atau kawasan yang dipilih, perkara yang paling penting diberi perhatian semasa merancang penubuhan prasekolah ialah aspek keselamatan dan keselesaan murid-murid secara keseluruhannya..

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

KeselamatanMempunyai sekurang-kurangnya dua buah pintu yang mudah dibuka tanpa halangan.

2. Dapur perlu diasingkan.

3. Alat pemadam api sentiasa diperiksa dan mematuhi peraturan.

4. Perabot alat permainan dan bahan pengajaran selamat digunakan.

5. Semua punca elektrik hendaklah yang tidak mudah dicapai ataudilindungi.

6. Kolam atau tempat menampung air hendaklah mengikut ukuranyang ditetapkan dan berpagar.Jabatan yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak Berkuasa Tempatan, Bomba dan Tenaga Nasional.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Keselesaan dan KesejahteraanSemua kemudahan asas yang terdapat di pusat prasekolah bertujuan memberi keselesaan dan kesejahteraan kepada murid-murid dan guru prasekolah. Susun atur perabot serta ruang pembelajaran yang terancang juga memainkan peranan penting bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Persekitaran Yang Kondusif Persekitaran fizikal yang yang kondusif dapat membentuk sikap dan tingkahlaku yang boleh membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada masyarakat. Persekitaran yang kondusif merangkumi :

Kawasan bangunan dan lantai hendaklah dalam keadaan bersih dan selamat.

2. Bilangan tandas mencukupi, bersih, selamat dan selesa untuk murid-murid.

3. Menyediakan peralatan pertolongan cemas yang lengkap.

4. Pencahayaan dan pengudaraan yang mencukupi.Jabatan yang memantau dan meluluskan bahagian ini adalah Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Kesihatan.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Bahagian di dalam prasekolah yang tersusun cantik

Bahagian Dalam

Pengurusan pelan dalam hendaklah mengambil kira dengan keperluan dan hak murid-murid. Apabila murid-murid mula melangkah masuk ke dalam bilik prasekolah secara tidak langsung dia telah mula melebarkan lagi pengalaman kehidupannya dan persekitarannya.

Pengurusan pelan dalam hendaklah dibuat dengan pelbagai jenis peralatan yang boleh dipelbagai guna dan perlulah mengikut kehendak guru dan juga ibu bapa murid-murid. Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira di dalam merancang sesuatu pelan dalam antaranya ialah memilih sudut-sudut pembelajaran, pengurusan bentuk pelan penggunaan ruang bilik darjah dan susun atur perabot-perabot.

Mengikut sumber NAEYC kesesuaian sebuah bilik untuk pelan dalam dianggarkan 3.5 kaki persegi untuk seorang murid-murid.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Pelan LantaiPelan lantai di pusat prasekolah merupakan satu gambaran susun atur yang sepatutnya dirancang oleh guru prasekolah bagi memenuhi keperluan perkembangan murid-murid prasekolah. Ia mudah proses pelaksanaan pengurusan prasekolah dan pengajaran dan pembelajaran.

Pelan lantai perlu merangkumi perkara-perkara seperti pusat-pusat pembelajaran, ruang penyediaan, bilik sakit/rawatan, bilik pentadbiran, tandas dan susun atur perabot.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Berikut adalah antara contoh pelan lantai yang sepatutnya terdapat di pusat prasekolah :

Menyusun Persekitaran DalamanPenyusunan persekitaran dalam kelas prasekolah boleh dilakukan mengikut rupa bentuk tetap dan rupa bentuk mudahubah.

Rupa bentuk tetap biasanya melibatkan pusat pembelajaran yang mempunyai peralatan atau perabot yang sukar diubah seperti Ruang Dapur, Pusat Multimedia yang terdapat set komputer, televisyen dan socket outlet / suis elektrik.

Manakala reka bentuk mudah ubah pula termasuklah perabot seperti meja dan kerusi murid yang terdapat di pusat pembelajaran yang boleh disusunatur mengikut kesesuaian tema.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Guru hendaklah terlebih dahulu menyediakan susun atur ruang dalaman untuk mengendalikan bilik darjah yang kondusif. Penyusunannya perlulah mengambil kira keluasan sesebuah bilik kemudian dibuat pembahagian ruang mengikut domain-domain perkembangan setiap kanak-kanak. Guru bolehlah mengendalikannya dengan menggunakan daya imaginasi dan kreativiti sendiri dengan mengambil kira amalan yang bersesuaian dengan kanak-kanak. Antaranya ialah:1. Domain Perkembangan Kognitif: Penting bagi merangsang proses pemikiran kanak-kanak2. Domain Perkembangan Sosio-emosi: Untuk kanak-kanak membina sosialisasi dan mempertingkatkan tahap emosi.3. Domain Perkembangan Literasi: Untuk perkembangan dan penguasaan berbahasa.4. Domain Perkembangan Kreatif:Untuk menjadikan kanak-kanak itu lebih kreatif dan inovatif di dalam menjalankan kehidupannya.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Bahagian Luar

Kawasan permainanBermain merupakan satu pendekatan pembelajaran yang utama di kelas prasekolah. Aktiviti bermain dapat memupuk keyakinan diri murid prasekolah di samping memperluaskan minda, membentuk sosiolisasi dan penyelesaian masalah. Perancangan ruang hendaklah dilaksanakan dengan berhati-hati. Peralatan yang dipilih menjurus kepada aktiviti permainan imaginasi. Reka bentuk mengambil kira ciri-ciri ketahanan, keselamatan dan penggunaan jangka panjang. Ruang luar perlu disusun dan dirancang dengan rapi. Ruang luar kelas hendaklah sentiasa bersih dan selamat. Aktiviti yang dirancang bergantung kepada keadaan cuaca dan suhu. Ruang di luar kelas hendaklah mempunyai permukaan yang sesuai dan selamat untuk memudahkan kanak-kanak menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan fizikalnya. Pelan luar yang dirancang perlu mudah dilihat oleh guru atau pembantu untuk memastikan guru dapat mengawasi setiap pergerakan kanak-kanak semasa menjalankan aktiviti. Segala longkang hendaklah ditutup.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Berikut adalah antara contoh pelan lantai TAMAN PERMAINAN yang sepatutnya terdapat di pusat prasekolah :

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Jenis Taman Permainan dan Susun Atur

Jenis taman permainan dapat diklasifikasikan mengikut zon aktiviti yang akan diadakan.

Kanak-kanak biasanya gemar memilih aktiviti yang diminatinya semasa berada di ruang luar kelas.

Guru perlulah menyediakan pelbagai peralatan dan bahan yang boleh diklasifikasikan dan diletakkan kepada zon-zon tertentu.

Setiap zon akan memainkan peranan yang unik di dalam memperkembangkan tahap jasmani, emosi, rohani dan sosial kanak-kanak.

Adalah diharapkan semasa kanak- kanak ini berada di ruang luar bilik darjah ia akan dapat mempertingkatkan kecekapan berbahasa dan berkomunikasi, memperluaskan lagi tahap kemahiran berfikir, mengamalkan sikap berakhlak mulia dan beretika, sentiasa berkeyakinan dan berdisiplin, melahirkan kanak-kanak yang sihat dan cergas serta boleh menjadikan kanak-kanak itu seorang yang kreatif dan imaginatif.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Alatan Permainan1. Buaian

2. Gelongsor

3. Papan Imbangan

4. Peralatan memanjat

5. Peralatan motor kasar

6. Pondok Permainan

7. Pusat Main Air & Pasir

8. Stor Peralatan

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

LandskapLandskap yang cantik dan ceria dapat menarik minat kanak-kanak untuk hadir ke prasekolah.

Seni bina landskap memberi keutamaan kepada reka bentuk yang kreatif, inovatif, sensitif dan efektif dengan perancangan dan pengurusan sesuatu ruang atau kawasan luaran mahupun dalaman agar ia berfaedah kepada murid-murid prasekolah.

Pusat prasekolah yang baik sepatutnya dilengkapi dengan lanskap seperti taman bunga, kebun sayur kolam ikan dan mini zoo.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Pagar

Pagar di pusat prasekolah adalah salah satu eleman yang penting yang perlu diberi perhatian. Ini adalah kerana ia berkaitan dengan aspek keselamatan murid prasekolah.

Antara reka bentuk dan bahan pintu pagar serta pagar yang diperbuat daripada kayu dan besi.

Pemasangan pagar hendaklah terlebih dahulu mendapatkan kelulusan pihak berkuasa berdasarkan pengemukaan permohonan pelan perincian cadangan reka bentuk pagar yang mengutamakan dan menggalakkan fungsi , prestasi dan inovasi pagar

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Ciri-ciri perincian reka bentuk dan pintu pagar serta bahan kemasan seperti yang berikut:

1. Pagar dibina daripada tanaman pagaran2. Bahan kemasan daripada keluli bergalvani, logam lain atau bahan rencam seperti jejaring kimpal atau kayu3. Logam padu atau kayu padat yang menghadang pandangan tidak dibenarkan.4. Warna neutral hendaklah warna monokrom yang menjurus kepada warna hitam atau kehitaman, putih atau keputihan, warna kayu atau warna perang kekuningan dan warna asli pelbagai jenis logam.5. Reka bentuk hendaklah tidak mempunyai bahagian tajam dan berbahaya.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Peranan ibu bapa menyediakan persekitaran prasekolah

Sejak 1990an, ramai kaum pendidik telah menyarankan dan bersetuju tentang pentingnya penglibatan ibu bapa (Khoo, 1991). Ibu bapa juga boleh melibatkan diri sebagai rakan kongsi dengan guru yang berusaha menyediakan persekitaran prasekolah yang baik. Pendidikan prasekolah akan menjadi lebih berkesan sekiranya guru, ibu bapa dan masyarakat bersama-sama bergabung idea dan tenaga dalam menjayakan aktiviti-aktiviti seperti gotong royong dan sebagainya

PENGURUSAN PENYAYANG DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Konsep Penyayang

Penyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain,pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan. Setiap individu, anggota masyarakat dan organisasimemiliki sifat iniyang dapat membantu mewujudkan antara lain keharmonian dalam sesuatu hubungan.

Guru penyayang di dalam bahasa Inggeris bermaknacaring intellectual, iaitu guru sebagaiintelektual penyayang. Seseorang itu dikatakan penyayang apabila mempunyai sifat-sifat seperti berminat, bertimbang rasa, menyedari, menyayangi, suka dan memuja.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Ciri-ciri Intelek Penyayang

*Ciri-ciri intelek penyayang perlu dimiliki oleh guru prasekolah. *Guru prasekolah yang menguasai ilmu psikologi akan lebih prihatin terhadap murid-muridnya. *Sebagai contoh, mereka yang mempunyai pengetahuan yang tinggi, daya ingatan yang baik, kebolehan dalam bidang pengamatan dan perkonsepan serta kebolehan berbentuk kreatif akan dapat membentuk jati diri murid yang lebih baik.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Amalan Budaya Penyayang

Amalan budaya penyayang dalam bilik darjah memberi implikasi ke atas proses pengajaran dan pembelajaran.

Guru penyayang adalah guru yang menyedari, prihatin, berminat, peduli, bertimbang rasa, menjaga, memikir dan memberi perhatian terhadap permintaan, pandangan, harapan, masa depan, kebajikan, keperluan dan kebahagian murid-muridnya.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Guru sebagai fasilitatorPENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Perkataan fasilitator berasas daripada bahasa Latin, iaitu facilis bermaksud mudah dan facilitating educatio sebagai making academic and social learning as easy as possible for childre. (Krogh, s, 1990).

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

. Berikut adalah ciri guru sebagai fasilitator:1. Peranan guru sebagai fasilitator lebih tertumpu kepada usaha berfikir secara fleksibel dan sentiasa memilih kaedah dan teknik pengajaran yang pelbagai.2. Dalam bilik darjah setiap pelajar diberi ruang belajar dengan pelbagai cara bergantung kepada keperluan, minat dan gaya pembelajaran masing-masing. 3. Mengamalkan pembelajaran secara aktif, berfikir, membuat keputusan secara asli (ingenuity).

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

.4. Sentiasa peka untuk memberi soalan secara konsisten kepada kanak-kanak pada masa yang difikirkan sesuai bagi menambah dan meningkatkan kematangan kognitif mereka.5. Tidak melihat kekurangan kanak-kanak dalam membuat persepsi, aspek pengetahuan dan pertimbangan sebagai kekurangan. Malahan itu merupakan manifestasi perkembangan yang boleh dikembangkan.6. Menggunakan kaedah pengajaran mata pelajaran (curricular subject matter).

Guru Sebagai Instruktur (Tenaga Pengajar )PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Guru sebagai insruktur ialah sebagai demonstrator kepada aktiviti yang dijalankan bersama kanak-kanak .

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Berikut adalah guru sebagai instruktur:1. Sesi pengajaran yang memerlukan guru berinteraksi secara langsung kepada kanak-kanak perlu dilaksanakan mengikut keperluan kurikulum.2. Situasi yang sesuai ialah semasa membuat demonstrasi, bercerita atau menyampaikan maklumat yang penting.3. Sentiasa menyediakan objek konkrit.4. Gunakan perkataan mudah semasa menerang.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

5. Kecilkan skop pencapaian objektif.6. Gunakan bahan sedia ada seperti dinding papan notis semasa menerang dan menarik perhatian kanak-kanak.7. Rangsang perhatian kanak-kanak dengan menyediakan aktiviti-aktiviti menarik sebelum memulakan tema baru.8. Memberi peluang kanak-kanak menyiapkan suatu tugasan /projek yang menarik minat mereka.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

9. Mengingatkan kanak-kanak tentang peraturan bilik darjah.10. Hadkan masa semasa memberi penerangan.11. Mengumpul kanak-kanak di suatu tempat sebelum memberi penerangan.

Guru sebagai Penyedia Bahan Permainan PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Guru perlu peka kepada alat permainan yang hendak digunakan dalam aktiviti kanak-kanak.

Penyediaan permainan perlulah selamat ,tahan lama,tidak ada toksid dan tidak tajam ,menarik,berwarna warni dan boleh dimanipulatif.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Berikut adalah kepentingan guru sebagai penyedia bahan permainan:1. Bermain merupakan sebahagian daripada fitrah kanak-kanak.2. Kanak-kanak tidak sepatutnya bergantung pada permainan asas konkrit, lain-lain bentuk permainan seperti asas air dan seni dapat membantu perkembangan fizikal, emosi dan kognitif kanak-kanak.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Weininger, 1979, dalam The Integrated Early Childhood Curriculum oleh Suzanne Krogh, kanak-kanak perlu mempunyai masa yang cukup untuk aktiviti main asas imaginasi dan dramatik bagi membantu mereka mengatasi masalah ketakutan / fears dan keinginan (wants).This is accomplished by playing out the event again and again until it no longer holds any elements which upset or inhibit the child (Weininger, 1979, page 28)

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Mengikut pakar psikologi Jean Piaget, menstruktur, mengklasifikasi, memikir dan mengorganisasi merupakan proses aktiviti mental yang berfungsi semasa aktiviti bermain.

Guru Sebagai PengurusPENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Guru harus menjadi seorang pengurus yang baik1. Di sekolah guru menggunakan pelbagai cara mengurus keperluan dan bilik darjah bagi menarik perhatian kanak-kanak.2. Gaya pengurusan guru perlulah seiring dengan keperluan situasi dan keperluan kanak-kanak.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

3. Kriteria utama yang perlu ditekankan ialah fleksibiliti.4. Melatih kanak-kanak membuat keputusan sendiri secara beransur-ansur. Beri peluang kanak-kanak membuat keputusan sebagai satu pendekatan ganjaran. Guru boleh menggunakan kaedah ini seawal permulaan persekolahan.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

5. Mesyuarat kelas boleh dilaksanakan bagi memberi peluang kanak-kanak berbincang dan memenuhi keperluan mereka.6. Guru mesti sentiasa peka kepada keperluan dan minat kanak-kanak terutama sekali dalam penyediaan aktiviti dalam kelas. Aktiviti yang kurang menarik akan menyebabkan tumpuan akan berkurang yang membawa kepada pelbagai masalah lain. Guru boleh mengurangkan masalah ini dengan menselang selikan aktiviti yang difikirkan menarik dan kurang menarik..

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

7. Aktiviti main, memerlukan guru membuat pelbagai persediaan dari aspek pengurusan. Sebagai contoh guru mesti peka terhadap ahli-ahli kumpulan, jantina, minat dan kecerdasan kanak-kanak..

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Tahap perkembangan aktiviti main ;

1. Main solitari-Egosentrik, memenuhi keperluan sendiri.2. Onlooker play-memerhati rakan-rakan lain tapi tidak terlibat secara langsung3. Main parallel-Bermain bersama tetapi tidak berkongsi bahan mainan4. Associatif -berkongsi atau bertukar alat mainan tapi mempunyai kebebasan masing-masing.5.Main koperatif-kanak-kanak memilih rakan dan aktiviti bersama mengikut kesukaan mereka.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

8. Sentiasa bersedia untuk merancang semula aktiviti yang mempunyai kekurangan di masa akan datang.

9. Merancang dan mengurus kelas sebelum kanak-kanak sampai ke sekolah setiap hari.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

10. Mengurangkan kebisingan kelas dengan bergerak sepanjang masa dan bercakap secara perlahan-lahan kepada ahli kumpulan aktiviti. Jika suasana menjadi tidak terkawal, guru perlulah menghentikan semua aktiviti seketika dan memberi arahan atau adakan perbincangan kelas semula.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

11. Jika semasa guru berbincang dengan ahli kumpulan dan ahli kumpulan lain membuat bising, panggil kanak-kanak tersebut dan tegur dengan baik secara bersemuka.Elakkan menggunakan kata-kata atau riak emosi yang negatif.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

12. Guru dalam pelbagai keadaan boleh mengawal suasana kelam kabut dengan menyanyi, mainkan muzik atau permainan nombor. 13. Guru perlulah ingat setiap tindak tanduknya mempunyai kesan sama ada positif atau negatif terhadap perkembangan kanak-kanak.

Guru Sebagai PemerhatiPENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Setiap hari guru berdepan dengan pelbagai kerenah dan tingkah laku kanak-kanak. Ini menjadikan tugas memerhati bukan satu tugas yang mudah.

Namun demikian, aktiviti pemerhatian dalam jangka masa panjang dapat membantu guru menyelesaikan pelbagai masalah di prasekolah.

Contohnya, sukar menjalankan aktiviti bersama dalam kumpulan. Setelah guru prasekolah menjalankan pemerhatian didapati Ali mempunyai beberapa tingkahlaku yang tidak disenangi oleh rakan-rakannya.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Proses Pemerhatian mempunyai pelbagai matlamat dan cara pelaksanaan

1. Pemerhatian untuk perkembangan kognitif.2. Memberi input kepada guru cara pembelajaran yang paling berkesan terhadap perkembangan kognitif kanak-kanak. Contohnya kanak-kanak A sukar membaca sendiri atau kanak-kanak B sukar belajar bersama rakan-rakan.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

3. Pemerhatian untuk perkembangan afektif . Interaksi kanak-kanak dalam kelas membantu guru melihat cara kanak-kanak bergaul dalam kumpulan, membentuk kumpulan rakan sebaya, dominasi, kesukaran personaliti (personality difficulties), kerja kumpulan dan lain-lain. Guru juga dapat melihat hirarki sosial yang wujud dalam kelas dan bersedia memainkan peranan pada bila-bila masa..

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Teknik Pemerhatian1. Sambut kanak-kanak di waktu pagi secara bersemuka untuk melihat riak wajah dan perasaan mereka.2. Aktiviti yang pertama setiap hari perlulah ringkas untuk memudahkan guru membuat pemerhatian. 3. Aktiviti yang disediakan tidak perlu lama, di antara 2 3 minit.4. Sentiasa berdiri menghadap kanak-kanak dan elakkan membelakangi mereka.5. Memantau semasa aktiviti sedang berjalan, dengan membawa bersama board untuk mencatat pesanan yang perlu diberi perhatian.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Teknik Pemerhatian6. Sentiasa peka terhadap perbualan kanak-kanak semasa aktiviti berjalan.

7. Boleh menggunakan alat perakam semasa guru mengendali aktiviti. Analisis aspek yang perlu diperbaiki setelah mendengar semula rakaman tersebut.

8. Buat refleksi setiap hari lebih kurang 10 minit selepas sesi tamat...

Guru Sebagai PenilaiPENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Pemerhatian merupakan satu cara guru menilai pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Tujuan penilaian terhadap hasil kerja kanak-kanak adalah untuk mengenal pasti sama ada hasil pembelajaran telah tercapai. Sebelum membuat penilaian guru prasekolah perlu memahami matlamat sebenar yang hendak dicapai

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Langkah-langkah yang perlu diambil perhatian ;

1. Sebelum memulakan aktiviti, senaraikan matlamat 6 objektif yang hendak dicapai contohnya perkembangan atau hasil pembelajaran mengikut tahap kanak-kanak.2. Penilaian boleh dibuat semasa pemerhatian.

PENGAJIAN DIPLOMA PENDIDIKAN GURU MALAYSIA (PDPM) PERINGKAT 2 AMBILAN NOVEMBER 2012

Pemerhatian Sebagai Cara Menilai

1. Dijalankan sejurus aktiviti bermula sama ada secara senyap atau berdialog dengan kanak-kanak.

2. Memudahkan guru mendapat maklum balas secara terus perlu diubah, diganti, dipercepatkan atau diperlahankan.