pptp vpn percuma

Upload: khairulaiman13

Post on 16-Jul-2015

413 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Teknik Mendapatkan VPN Secara Percuma Menggunakan Aplikasi WindowsOleh: Patriot 2012 http://vpnpercuma.blogspot.com

NOTA : EBOOK INI MENGANDUNGI IKLAN PRODUK DAN PROMOSI BERBAYAR

Isi Kandungan

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Pendahuluan Apa Itu Virtual Private Network (VPN) Kelebihan menggunakan Virtual Private Network (VPN) Kaedah Mendapatkan PPTP VPN Percuma Cara Memasang PPTP VPN Pada Windows 7 Cara Memasang PPTP VPN Pada Windows Vista Cara Memasang PPTP VPN Pada Windows XP Senarai PPTP VPN Percuma

m/s 4 m/s 6 m/s 10 m/s 14 m/s 18 m/s 26 m/s 34 m/s 39

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

2

www.fxsignal2u.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

3

1. Pendahuluan

Terima kasih kerana sudi untuk mendapatkan ebook percuma ini. Di dalam ebook ini, anda akan diajar mengenai apa itu Virtual Private Network (VPN) dan kelebihan menggunakannya. Selain itu juga, anda akan ditunjukkan cara untuk mendapatkan PPTP VPN secara percuma dan langkah-langkah untuk memasangnya pada komputer anda tanpa menggunakan sebarang software. VPN bukanlah suatu yang baru di dalam dunia internet kerana ia telah wujud sejak sekian lama malah ia telah banyak digunakan di sector-sektor korporat mahupun kerajaan kerana fungsinya dalam melindungi keselamatan maklumat dan memudahkan komunikasi antara jabatan. Pengetahuan mendalam terhadap VPN ini amat penting untuk memastikan penggunaan VPN selaras kemajuan dunia IT yang sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Penerbitan ebook ini cuma adalah sebagai langkah awal terhadap pengenalan VPN dan lebih menjurus kepada penggunaanya secara peribadi. Ia adalah bertujuan sebagai salah satu bentuk pembelajaran sahaja tanpa mempromosikan mana-mana penyedia servis VPN tertentu. Pihak penerbitan ebook ini juga tidak akan bertanggung-jawab sekiranya terdapat penyalahgunaan penggunaan internet akibat dari maklumat yang ditunjukkan dalam ebook ini. Ebook ini juga mengandungi ruangan iklan-iklan yang berbayar. Diharap agar anda sudi meluangkan masa untuk meneliti iklan terbabit malah sekiranya ingin berurusan dengan pengiklan tersebut, amatlah dialukan untuk berhubung terus dengan pihak terbabit. Ebook ini adalah percuma dan anda adalah digalakkan untuk mengedarkannya kepada rakan-rakan sebagai satu bentuk penyebaran ilmu dan boleh dilakukan secara terbuka dimana-mana ruangan internet. Semoga apa yang disampaikan di dalam ebook ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Jika terdapat sebarang bentuk komen atau cadangan, sila emailkan kepada [email protected]. Untuk mengetahui sebarang update terkini mengenai VPN Percuma anda boleh melayari blog http://vpnpercuma.blogspot.com

(Tamat bab 1)

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

4

www.Batuanggurhitam.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

5

2.

Apa itu Virtual Private Network (VPN) ?

VPN ialah kata singkatan dari Virtual Private Network atau dalam bahasa Melayu nya Rangkaian Peribadi Virtual/Maya.

VPN adalah teknologi rangkaian yang mewujudkan sambungan rangkaian yang selamat melalui rangkaian awam seperti internet dengan mewujudkan tunnel atau terowong di antara komputer peribadi anda dengan VPN server ataupun korporat server. Tunnel yang terbentuk di antara computer kita dan server VPN adalah berbentuk privacy dan ini melindungi data yang di encrypt ke dalam tunnel, daripada diceroboh apabila melalui rangkaian internet yang tidak selamat. Tunnel VPN adalah penumpang kepada talian internet yang kita gunakan. Tanpa internet, VPN ini tidak akan berfungsi. Namun dengan mewujudkan sambungan VPN, banyak kelebihan yang bakal pengguna internet perolehi.

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

6

Hubungi : Asyraf (013-2248668)

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

7

(sambungan dari m/s 6)

Terdapat banyak penyedia servis VPN yang anda boleh dapati di internet, samada yang mempunyai yuran langganan setiap bulan maupun yang percuma. Antara penyedia servis VPN berbayar yang terkenal adalah seperti Purevpn, HideMyAss, Strong VPN, IbVPN dan banyak lagi. Penyedia servis VPN percuma pula antara yang popular dan biasa digunakan adalah seperti Hotspot Shield, Pro XPN, Reactor VPN dan Ultra VPN. Apa bezanya VPN yang percuma dan yang berbayar? Terdapat perbezaan yang agak ketara antara kedua kategori tersebut. Antaranya : 1. VPN yang berbayar menyediakan khidmat selepas langganan untuk membantu anda. 2. VPN yang percuma biasanya hanya menyediakan bandwith yang limited, manakala yang berbayar pula menyediakan bandwith sehingga ada yang unlimited. 3. Kelajuan VPN yang percuma agak perlahan kerana server yang digunakan adalah agak terhad berbanding VPN berbayar yang mempunyai banyak pilihan server. 4. Data sekuriti yang lebih terjamin bagi VPN yang berbayar. 5. Selain dari perkara di atas, segala fungsi di antara kedua-dua VPN adalah sama sahaja. Walaubagaimanapun, pada Bab 4 nanti saya akan menunjukkan kepada anda, bagaimana untuk mendapatkan VPN percuma unlimited bandwith yang boleh dianggap antara PPTP VPN yang terbaik di internet buat masa ini. Anda juga boleh merujuk senarai beberapa lagi PPTP VPN lain yang saya sertakan pada Bab 8 nanti.

(Tamat bab 2)Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

8

www.kulimmarketing.blogspot.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

9

3.3.1

Kelebihan Menggunakan (VPN)

Anonymous Internet Identity.

Apabila anda sudah bersambung dengan server VPN, IP anda akan secara automatik bertukar kepada IP yang diberikan oleh server tersebut, dan bukan lagi menggunakan IP asal yang diberikan oleh ISP. Ini akan membuatkan kehadiran anda di internet tidak dapat dikesan ataupun dijejaki oleh sesiapa pun.

3.2

Bypass Blocked Website

Mungkin ramai yang belum tahu, kerajaan kita melalui SKMM telah menghalang akses (block) banyak website daripada dilayari oleh kita. Antara website yang di sekat adalah website perkongsian file seperti fileserve, megaupload, warez, pirate bay dan banyak lagi. Sekatan ini juga dilakukan terhadap website yang mengandungi unsur-unsur yang lucah. Menggunakan VPN adalah salah satu cara yang paling efektif untuk melayari website yang disekat tersebut tanpa sebarang masalah, malah pihak ISP tidak akan dapat mengetahui anda melayari laman web tersebut. ( SEBARANG PENYALAHGUNAAN ADALAH ATAS TANGGUNG JAWAB SENDIRI)

3.3

Bypass Website Restriction di Universiti/Pejabat/Sekolah

Ada sesetengah tempat atau kawasan yang disediakan free wifi kepada penggunanya namun penggunaannya dihalang daripada melayari website tertentu seperti facebook atau youtube. Dengan menggunakan VPN, anda boleh bypass sekatan tersebut dengan mudah.

3.4

Sekuriti

Apabila anda menggunakan public hotspot wifi, kemungkinan ada pihak yang akan cuba mengambil kesempatan untuk menceroboh system komputer anda dan mencuri maklumat penting. Dengan menggunakan teknologi tunneling yang terdapat pada vpn, terdapat satu lapisan khas yang akan dapat melindungi data anda. Ini akan membuatkan data pada komputer anda lebih selamat apabila menggunakan wifi yang dikongsi.

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

10

www.satekebabjb2u.blogspot.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

11

(Sambungan dari m/s 10)

3.5

Menjimatkan Bandwith

Ada Internet service provider yang menghadkan bandwith pelanggannya mengikut pakej yang dilanggan. Apabila mencapai had bandwith yang ditetapkan, akan berlaku penurunan kelajuan internet secara mendadak kepada tahap yang minimum. Bandwith akan cepat habis sekiranya anda suka memuat turun file-file yang besar ataupun melayari video site seperti You Tube dan sebagainya. Namun dengan menggunakan bandwith yang disediakan oleh VPN server, kadar penggunaan bandwith asal daripada ISP akan dapat dijimatkan pada kadar tertentu, malah ada juga dakwaan dari sesetengah pengguna bahawa mereka dapat menikmati bandwith tanpa had dan mengekalkan kelajuan walaupun bandwith yang ditetapkan oleh ISP telah habis, dengan menggunakan VPN. Ini adalah bergantung kepada ISP dan juga VPN yang digunakan.

3.6

Sambungan Internet Yang Lebih Stabil

Terdapat tanggapan sesetengah pengguna yang mendakwa kelajuan internet dapat ditingkatkan dengan menggunakan VPN. Pendapat ini agak kurang tepat kerana ianya mungkin hanya kesan sampingan yang tidak bersifat kekal. Ini kerana secara amnya, terdapat sedikit penurunan kelajuan antara 1-10% apabila anda menggunakan VPN. Ini adalah disebabkan data daripada komputer anda di encrypted 128kb atau 256kb bergantung kepada jenis VPN, memasuki tunnel dan proses ini akan mengurangkan sedikit kelajuan internet anda. Namun ada juga yang tidak akan perasan mengenai penurunan kelajuan ini, kerana ia boleh berlaku pada tahap yang minimal. Namun, sambungan internet anda akan menjadi lebih stabil daripada biasa apabila anda menggunakan VPN, lebih-lebih lagi apabila anda memuat turun sesuatu fail.

3.7

Melayari Website Popular Yang Khas Untuk Pengguna US atau UK.

Terdapat banyak website popular seperti Hulu, Pandora, Netflix, Fancast, BBC dan sebagainya, yang dikhaskan hanya untuk pengunjung dari US atau UK sahaja.Dengan menggunakan VPN juga, anda boleh melayari website tersebut tanpa sebarang masalah, namun dengan memilih server yang bersesuaian. Jika anda ingin memasuki website yang dikhaskan untuk penduduk US, anda harus memilih server VPN yang terletak di US juga. Dan begitulah sebaliknya untuk website dari UK.

(Tamat bab 3)Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

12

www.printprima.com www.facebook.com/printprima

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

13

4.

Kaedah Mendapatkan PPTP VPN Percuma

Terdapat banyak jenis VPN di dalam dunia internet ini, antaranya adalah Open VPN, L2TP, MPLS dan sebagainya. Namun didalam ebook ini anda akan ditunjukkan hanya 1 jenis VPN sahaja dan antara yang paling banyak digunakan iaitu PPTP (Point-to-Point Tunnel Protocol) VPN. Anda juga akan ditunjukkan bagaimana untuk mendapatkan VPN tersebut secara percuma. PPTP VPN adalah yang paling popular di internet, kerana ianya mudah dikendalikan tanpa menggunakan sebarang software. Ia juga menjadi pilihan kerana boleh digunakan pada semua operating software seperti Microsoft Windows, Linux, MacOS X, iPhone OS, and Android. PPTP VPN menggunakan sambungan internet sedia ada dan membentuk tunnel yang akan menghubungkan komputer kita terus kepada VPN server. Data dari komputer kita akan di encrypt menjadi 128kb memasuki tunnel yang terbentuk dan terus bersambung kepada server VPN .

Apabila sudah bersambung dengan server VPN, IP anda akan bertukar kepada IP di mana server itu berada.

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

14

www.fuhpixel.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

15

(Sambungan dari m/s 14)

Sebelum memasang PPTP VPN pada komputer, terlebih dahulu anda perlu mendapatkan beberapa maklumat penting sesuatu VPN yang hendak digunakan iaitu seperti ip server, username dan juga password. Kali ini anda akan ditunjukkan cara untuk mendapatkannya daripada PPTPVPN.BIZ dan ianya boleh dilakukan dengan percuma. Untuk mendapatkan maklumat tersebut, anda harus mendaftar terlebih dahulu di http://www.pptpvpn.biz

Setelah siap berdaftar, anda akan mendapat email untuk pengesahan. Sila sahkan email tersebut dan anda akan dibawa kepada login page untuk mendapatkan username dan password yang akan digunakan apabila hendak menyambung kepada server VPN itu nanti.

(Tamat bab 4)Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

16

Hubungi : Zaimi (017-3603427)

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

17

5.

Cara Memasang PPTP VPN Pada Win 7

Pertama sekali pergi ke control panel dan klik Open Network & Sharing Centre.

Kemudian pilih setup a new connection or network.

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

18

www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=267813

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

19

(Sambungan dari m/s 18)

Pada windows berikutnya, pilih connect to a workplace

Kemudian pilih use my internet connection (VPN)

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

20

pakarsms.1smscafe.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

21

(Sambungan dari m/s 20)

Pada windows seterusnya, di ruangan internet address, sila masukkan nama server vpn.pptpvpn.biz Di ruangan destination name pula, boleh masukkan PPTPVPN.BIZ atau apa saja nama yang sesuai mengikut kemahuan anda. Klik pada kotak Dont connect now, just set it up so I can connect later. Kemudian klik butang next.

Kemudian anda harus masukkan user name dan password yang diperolehi selepas berdaftar di www.pptpvpn.biz. Kemudian tandakan kotak remember this password dan klik butang create

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

22

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.122601744515287.22013.100002963856235&type=3

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

23

(Sambungan dari m/s 22)

Kerja pemasangan PPTP VPN anda telah selesai sekiranya anda dapat melihat window seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda boleh memilih samada untuk klik close dan kembali ke bahagian network and internet atau connect now untuk terus sambung kepada VPN server.

Pada control panel > network and internet, apabila klik connect to a network, anda akan dapati sambungan VPN sudah tersedia untuk anda connect atau disconnect pada bila-bila masa.

(Tamat bab 5)Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

24

www.facebook.com/xox.onelife www.facebook.com/outline.my

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

25

6.

Cara Memasang PPTP VPN Pada Win Vista

Pertama, pada butang start, sila klik kepada connect to

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

26

www.kitaransemula.blogspot.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

27

(Sambungan dari m/s 26)

Kemudian pilih setup a connection or network

Pilih connect to a workplace dan tekan next

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

28

www.billiongate.net/parttime

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

29

(Sambungan dari m/s 28)

Langkah seterusnya, sila pilih use my internet connection (VPN) NOTA: Jika keluar peringatan "Do you want to use a connection that you already have?", pilih No, create a new connection dan klik Next.

Pada ruangan internet address sila sila masukkan nama server vpn.pptpvpn.biz. Pada ruangan destination name pula, boleh masukkan PPTPVPN.BIZ atau apa saja nama yang sesuai mengikut kemahuan anda.

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

30

www.anukuat.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

31

(Sambungan dari m/s 30)

Kemudian anda harus masukkan user name dan password yang diperolehi selepas berdaftar di www.pptpvpn.biz , dan tandakan kotak remember this password. Kemudian klik butang create

Kerja pemasangan PPTP VPN anda telah selesai sekiranya anda dapat melihat window berikut seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda boleh memilih samada untuk klik close untuk kembali ke bahagian network and internet atau connect now untuk terus sambung kepada VPN server.

(Tamat bab 6)Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

32

www.topup-4u.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

33

7. Cara Memasang PPTP VPN Pada Win XPPertama sekali pergi ke network connection panel dan klik create new connection. Kemudian anda akan jumpa window wizard seperti di bawah, dan klik butang next

Pada window berikutnya, pilih connect to the network at my workplace pada bahagian menu

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

34

easydoitlah.blogspot.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

35

(Sambungan dari m/s 34)

Pada window wizard berikutnya, pilih virtual private network connection

Kemudian masukkan alamat server VPN vpn.pptpvpn.biz pada ruangan Host name or IP address

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

36

www.jaketkorporat2u.com

Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

37

(Sambungan dari m/s 36)

Jika anda adalah system admin, anda akan di tanya jika sambungan ini adalah untuk for your use only atau for anyones use. Sila pilih mengikut keperluan dan kesesuaian anda sendiri. Kemudian anda boleh pilih samada finish atau add shortcut to the desktop. Anda sudah hampir selesai. Apabila anda launch untuk pertama kali daripada icon yang anda create daripada window wizard, anda akan diminta untuk memasukkan username dan password. Kedua-dua maklumat ini lah yang anda perolehi sewaktu berdaftar di PPTPVPN.BIZ. Sila masukkan username dan password tersebut kemudian klik connect. Seterusnya anda akan disambungkan terus ke VPN server.

(Tamat bab 7)Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

38

8.

Senarai PPTP VPN Percuma

Selain daripada menggunakan servis VPN percuma daripada PPTPVPN.BIZ, di sini disenaraikan beberapa lagi VPN percuma yang boleh anda gunakan.

1. US Free VPN Today ( www.freevpntoday.com ) Server US : us.freevpntoday.com username : today username : freevpn password : freefree password : today

Server Canada: ch.freevpntoday.com

2. VPN OUR ( www.vpnour.com ) Server US Server US : mango.vpnour.com : apple.vpnour.com username : mango username : apple password : vpnour.com password : vpnour.com

3. SSHOUR ( www.sshour.com ) Server US Server US : vpn1.sshour.com : vpn2.sshour.com username : sshour1 username : sshour2 password : 8cfba3 password : 567c3m

Sekiranya ada masalah berkenaan server tidak boleh disambung, sila rujuk kepada website VPN tersebut kerana mungkin ada masalah server down ataupun pertukaran password / username dari semasa ke semasa. Atau untuk info terkini anda boleh layari http://vpnpercuma.blogspot.com - Pengguna internet Maxis tidak boleh menggunakan VPN kerana Maxis telah menghalang penggunaan VPN.

NOTA : Maklumat berkenaan VPN percuma di atas adalah benar semasa ebook ini diterbitkan. Phak penerbitan ebook ini tidak akan bertanggung jawab sekiranya terdapat kesulitan akibat daripada perubahan pada maklumat tersebut selepas ebook ini terbit dan anda dinasihati untuk berhubung terus dengan pihak penyedia servis VPN tersebut.(Tamat)Teknik mendapatkan vpn secara percuma menggunakan aplikasi windows 2012

39