prasyarat kejayaan harakah islamiyah

Upload: amir-zain-amir-hamza

Post on 04-Apr-2018

275 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    1/56

    AbulAlaAlMaududi

    KONSIS Media

    Siri Tarbiyyah

    Prasyarat KejayaanHAKARAH

    I LAMIYYAH

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    2/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    2

    DAFTAR KANDUNGAN

    BAB PERTAMA

    Pra-syarat kejayaan harakah Islamiyyah 4

    BAB KEDUA

    Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangan

    Harakah Islamiyyah

    Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar 9 Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam 10 Watak peribadi (syakhsiyyah fardiyyah) 10 Mengambil Islam sebagai matlamat hidup 11

    BAR KETIGA

    Kelayakan-kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jamaah Islamiyyah

    Persaudaraan (ukhuwwah) 13 Musyawarah (syura) 13 Tata tertib (disiplin) 15 Teguran-teguran yang membina (muhasabah) 15

    BAB KEEMPAT

    Kelayakan-kelayakan yang sempurna

    Hubungan dengan Allah dengan keikhlasan hati 18 Mengingati hari akhirat 18 Budi pekerti yang mulia 19 Ketabahan dan tetap pendirian 20 Bijaksana 22

    BAB KELIMA

    Kesalahan-kesalahan besar

    Sombong (takabbur) 26

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    3/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    3

    Riya (menunjuk-nunjuk) 28 Niat buruk 31

    BAB KEENAM

    Kelemahan-kelemahan diri manusia

    Mementingkan diri sendiri 33 Tabiat tidak seimbang 42 Pemikiran yang sempit (singkat akal) 47 Membuat keputusan yang lemah 48

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    4/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    4

    BAB PERTAMA

    PRA-SYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYYAH

    Muqaddimah

    Sesiapa yang benar-benar ingin melihat peraturan hidup masyarakat Islam

    ditegakkan, haruslah menyedari bahawa di kalangan masyarakat kita masa kini masih

    terdapat manusia-manusia yang bercita-cita supaya perkara tersebut terlaksana.

    Punca sebenar yang menghalanginya dari terlaksana cita-cita tersebut ialah

    kurangnya keazaman dan juga keupayaan untuk menjayakannya. Terdapat ramai orang

    yang tidak mempunyai kelayakan yang perlu bagi membawa kejayaan kepada sesuatu

    perjuangan.

    Suatu perkara lagi yang perlu dipertimbangkan ialah bahawa sebahagian daripada

    masyarakat yang berpengaruh sedang berusaha untuk menggagalkan rancangan pihak-

    pihak yang cuba menegakkan nilai-nilai yang mulia dan berharga ini. Mereka yang tidak

    melibatkan diri di dalam usaha buruk itu pula langsung tidak mempedulikan soal untuk

    membawa pengislahan kepada masyarakat. Jumlah mereka yang terlibat di dalam gerakan

    pembaharuan (islah dan tajdid) itu terlalu sedikit.

    Perkara ketiga yang patut kita fikirkan ialah, bahawa kerajaanlah yang merupakan

    pihak terpenting yang boleh membentuk sesuatu peraturan masyarakat dan ia juga yangboleh membawa kerosakan kepadanya. Di mana sahaja demokrasi diamalkan, rakyatlah

    yang bertanggungjawab untuk meletakkan teraju kerajaan, sama ada ke dalam tangan

    orang-orang yang salah atau ke dalam tangan orang-orang yang jujur. Mereka yang

    terlibat dalam kegiatan yang sia-sia (negatif), selalunya berusaha lebih ke arah

    menyesatkan rakyat jelata dan usaha ini mengatasi lain-lain usaha yang mereka lakukan.

    Tujuan mereka ialah supaya rakyat kehilangan suatu fitrah yang bernilai iaitu fitrah yang

    mampu untuk membuat pilihan yang benar (al-haq).

    Ketiga-tiga kenyataan tersebut mengambarkan suatu keadaan yang menghampakan.

    Sesiapa yang cuba memikirkannya akan merasa sungguh kecewa. Ia akan terpinga-pinga

    memikirkan cara bagaimanakah keadaan itu dapat diperbaiki. Tetapi dalam memikirkan

    keadaan ini, kita tidak wajar melupai kenyataan-kenyataan kejayaannya yang lain dan

    mulalah awan mendung kekecewaan beransur hilang dan fajar cahaya harapan kian

    menyinsing. Suatu kenyataan yang harus kita ketahui ialah bahawa bukan seluruh

    masyarakat Islam kita ini terdiri dari anasir-anasir jahat semata-mata. Ia juga

    mempunyai ciri-ciri yang sihat di dalamnya. Terdapat juga di dalamnya orang-orang yang

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    5/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    5

    mempunyai daya usaha dan keupayaan untuk membuat perancangan yang baik. Memang

    terdapat juga kelemahan-kelemahan pada mereka ini tetapi kelemahan-kelemahan mereka

    itu boleh diperbaiki, jika usaha-usaha yang gigih dan perhatian yang sewajarnya

    diberikan.

    Salah satu lagi ciri baik pada masyarakat Islam kita ialah fitrah asli manusia itusendiri yang tidak suka kepada sebarang kejahatan. Mereka terdedah kepada kejahatan

    lantaran kekurangan ilmu, kejahilan dan sifat-sifat mereka yang suka mempercayai

    sesuatu dengan membuta tuli.

    Adalah suatu kenyataan bahawa mereka ini telah tertipu dengan cara sedemikian.

    Tetapi mereka tetap tidak menyetujui bahawa ciri-ciri kerosakan adalah semata-mata

    hasil daripada kegiatan-kegiatan yang dilakukan oleh penipu dan penyesat. Jika segala

    usaha dapat disalurkan melalui cara-cara yang teratur, kita akan berjaya menarik orang

    ramai untuk menyebelahi pihak yang ingin membawa pengislahan (revival). Andainyakeseluruhan masyarakat dipenuhi maksiat yang dipupuk oleh ciri-ciri jahat itu, kita

    patutlah berasa bimbang. Kenyataan ketiga ialah; walapun kuasa-kuasa kejahatan mudah

    mendapat pengaruh dan peralatan kebendaan yang mencukupi untuk menjamin kejayaan di

    atas segala rancangan mereka, namun mereka kekurangan dua perkara iaitu, kekuatan

    peribadi yang luhur dan kesatuan fikiran serta tindakan.

    Sebab terakhir dan terpenting ialah gerakan pembaharuan (islah) dan kebangkitan

    Islam ini sebenarnya merupakan suatu usaha untuk mendapat keredhaan Allah

    (mardhatillah). Sesiapa yang berusaha untuk menjayakannya akan mendapat keberkatandari Allah jika usaha-usaha tadi dijalankan dengan penuh kegigihan, keilmuan dan

    kesabaran. Walaupun orang-orang begini berjumlah sedikit dan persediaan kebendaan

    mereka tidak cukup, namun kekurangan mereka ini ditutupi oleh keredhaan serta rahmat

    dari Allah Subhanahu Wataala sendiri.

    Inilah cahaya harapan di sebalik awan mendung kekecewaan. Hal inilah yang

    menghidupkan kembali harapan bahawa suatu bentuk peraturan masyarakat Islam yang

    tersusun boleh wujud, hatta kejayaannya pun dapat diramalkan. Apa yang perlu ialah

    sesiapa sahaja yang benar-benar inginkan perkara ini terlaksana haruslah sedar daripada

    angan-angan mereka dan mula mengatur langkah yang berkesan ke arah mewujudkannya.

    Juga langkah-langkah tadi mestilah bersesuaian dengan undang-undang Allah

    (sunnatullah), pentadbir alam semesta. Menurut peraturan Allah (sunnatullah) dengan

    hanya menegur segala maksiat dan kemungkaran yang berlaku tidak mungkin menjamin

    kejayaan. Kita tidak akan berupaya untuk membuang satu duri pun daripada rimba raya

    tanpa sebarang usaha. Kita tidak mampu untuk membuang seketul batu pun daripada

    lebuhraya itu tanpa ada usaha. Bagaimanakah maksiat yang telah berkuku dalam

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    6/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    6

    masyarakat begitu lama hendak kita hapuskan dengan hanya setakat berkata-kata?

    Sebutir gandum pun tidak dapat dihasilkan tanpa usaha yang gigih dari pihak para petani.

    Adalah sia-sia untuk mengharapkan tertegaknya ketaqwaan dan kebenaran melalui

    ucapan-ucapan doa yang mengharukan sahaja. Sebarang nasihat dan teguran (kritik)

    daripada kita dianggap bernas selagi kita sentiasa melaksanakan tanggungjawab yangtelah ditetapkan Allah dan selagi kita sentiasa berdoa kepada Allah untuk memberi

    kejayaan atas segala usaha kita. Malaikat sudah pasti akan turun untuk membantu.

    Mereka turun bukan untuk berjuang bersendirian saja. Mereka turun untuk membantu

    orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Oleh itu bagi mereka yang ingin mengorak

    langkah, hendaklah mereka berhenti daripada berangan-angan dan mulalah memikirkan

    tuntutan-tuntutan gerakan pengislahan itu sendiri dengan penuh kesabaran. Mereka

    patutlah pertimbangkan sama ada mereka benar-benar ingin berjihad untuk gerakan

    pembaikan ini atau hanya sekadar merunguti sahaja segala kerosakan yang sedang berlaku

    dan seterusnya merasa memadai dengan hati mereka sahaja, berangan-angan untukmenjalankan usaha pengislahan tadi. Bagi sesiapa yang ingin bertindak, janganlah

    hendaknya mereka bertindak dengan secara melulu.

    Mereka sepatutnya bertindak dengan pertimbangan akal yang tenang.

    Sesungguhnya semangat berapi-api yang hanya sementara, boleh menyebabkan seseorang

    manusia itu sanggup berdiri tegak menghadapi peluru-peluru dan hatta maut sekalipun,

    tetapi ia bukanlah suatu senjata yang kuat untuk menahan seseorang itu daripada

    mendekati maksiat dalam beberapa hari sahaja. Ia juga tidak dapat memberi jaminan

    bahawa seseorang itu akan kekal di dalam jalan kebenaran (al-haq). Ia juga tidak mampumembuat seseorang itu terus berusaha ke arah matlamatnya sehinggalah ke akhir

    hayatnya. Mereka yang dapat melakukan usaha-usaha yang membina ialah, mereka yang

    telah mengambil keputusan untuk meletakkan keseluruhan hidup mereka ke arah

    menjalankan perjuangan ini.

    Setelah bersedia untuk bertindak, seseorang itu harus akan bersuara tentang

    masalah perancangan sesuatu kerja atau tugas. Mereka berkata; Kami telah mengambil

    keputusan untuk menjalankannya. Beritahulah kepada kami perancangan tindakan yang

    hendak dilaksanakan. Mereka lupa bahawa perkara penting di antara keputusan untuk

    bertindak dan perancangan sesuatu tindakan itu ialah kelayakan peribadi orang yang

    hendak menjalankan tindakan tadi. Adalah suatu kesilapan untuk membicarakan

    perancangan sesuatu tindakan tanpa mempedulikan perkara penting ini. Adalah suatu

    kesilapan untuk menganggap keinginan untuk bertindak itu sudah memadai untuk

    meluluskan perlaksanaan sesuatu tindakan dan apa yang diperlukan hanyalah perancangan

    sahaja.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    7/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    7

    Sudah banyak pertubuhan-pertubuhan yang menjalankan rangka tindakan masing-

    masing tetapi telah gagal untuk mencapai matlamat mereka kerana berlandaskan anggapan

    perancangan itu bukanlah merupakan persoalan yang sebenar (terpenting). Yang menjadi

    persoalan yang sebenar ialah mutu setiap orang yang melaksanakan sesuatu perancangan

    itu sendiri. Merekalah yang sebenarnya yang menentukan sama ada sesuatu perancangan

    itu mencapai kejayaan atau hancur luluh ditelan kegagalan.

    Setiap kelemahan yang ada pada mereka akan memberi kesan kepada penghasilan

    sesuatu perancangan tadi. Setiap kebaikan yang ada pada peribadi mereka akan terbukti

    dengan sendirinya. Jika mereka mempunyai mutu peribadi yang mulia, mereka akan dapat

    menjalankan juga sesuatu perancangan yang dipenuhi kelemahan serta kesilapan itu

    sedemikian rupa sehingga mengkagumi dunia. Sebaliknya, jika mutu peribadi lemah,

    perancangan yang terbaik sekalipun akan menemui kegagalan dan orang ramai pun mulalah

    meragui keutuhan perancangan tadi kerana ianya dilaksanakan oleh manusia-manusia yang

    tidak layak.

    Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita untuk meneliti segala mutu peribadi

    orang-orang yang menjalankan sesuatu perancangan tadi. Kita juga perlu mengawasi

    segala kelemahan yang patut dielakkan. Penelitian-penelitian ini perlu dilakukan sebelum

    kita berfikir mengenai perancangan itu sendiri. Juga, kita perlu meneliti cara-cara untuk

    menyediakan orang-orang yang mempunyai kelayakan peribadi yang mulia tadi.

    Seterusnya saya akan menyentuh perkara ini di dalam susunan yang berikut:

    1. Kelayakan peribadi orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan sesuatu rancangangerakan Islam.

    2. Kelayakan-kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jamaah atau gerakan yangmemperjuangkan Islam.

    3. Kelayakan yang perlu bagi menjamin kejayaan-kejayaan dalam usahamemperkembangkan dan menegakkan cara hidup Islam.

    4. Maksiat atau kemungkaran besar yang perlu dijauhi oleh diri perseorangan danjuga jamaah yang memperjuangkan Islam.

    5. Cara-cara untuk mendapat kelayakan-kelayakan yang tersebut tadi dan usaha-usaha untuk menghapuskan keburukan-keburukan yang mengotori diri perseorangan

    dan masyarakat.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    8/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    8

    Untuk menegakkan peraturan Islam di atas muka bumi ini, perkara kedua yang

    terpenting untuk menjamin kejayaan selain daripada pertolongan Allah ialah kelayakan

    (atau mutu) yang ada pada keseluruhan orang-orang yang terlibat di dalam usaha ini.

    Terdapat kelayakan-kelayakan tertentu yang perlu ada pada setiap diri

    perseorangan. Juga, terdapat kelayakan-kelayakan tertentu yang perlu ada pada setiapusaha pengislahan (tajdid) dan pembinaan semula (re-construction) masyarakat. Terdapat

    juga ciri-ciri keburukan (atau anasir-anasir kejahatan) yang boleh menggagalkan usaha ini.

    Perkara-perkara yang tersebut di atas tadi perlulah difahami benar-benar oleh sesiapa

    juga yang berazam untuk menjalankan tugas ini. Mereka perlulah menanam di dalam diri

    mereka segala kelayakan atau mutu-mutu yang tersebut tadi dan hendaklah juga mereka

    menyucikan diri mereka daripada segala keburukan yang tidak diingini. Pembersihan

    (penyucian) diri perseorangan atau pembinaan syakhsiyyah fardiyyah adalah keperluan

    yang pertama ke arah pembinaan semula sesuatu masyarakat. Sebabnya cukup jelas.

    Seseorang yang tidak berupaya memperbaiki atau membaharui dirinya sendiri tidak akanberupaya untuk memperbaiki atau membawa perubahan pada diri orang lain.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    9/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    9

    BAB KEDUA

    KELAYAKAN PERIBADI ORANG-ORANG YANG TERLIBAT DI DALAM KEGIATAN

    SESUATU RANCANGAN HARAKAH ISLAMIYYAH

    1. Mempunyai kefahaman Islam yang sebenar2. Memiliki keimanan yang teguh terhadap Islam3. Watak peribadi (syakhsiyyah fardiyyah)4. Mengambil Islam sebagai tujuan (matlamat) hidup

    1. Mempunyai kefahaman Islam yang sebenarKelayakan peribadi yang pertama ialah kefahaman Islam yang sebenar. Sesiapa

    sahaja yang hendak menegakkan peraturan masyarakat Islam patutlah mengetahui dahulu

    peraturan itu sendiri secara menyeluruh. Untuk maju setapak ke arah tujuan tadi,tidaklah memadai dengan hanya mempunyai ilmu keIslaman yang cetek. Sebaliknya, ilmu

    keIslaman yang mendalam diperlukan. Dalam atau ceteknya ilmu keIslaman ini tertakluk

    pada kebolehan diri perseorangan. Tidak semestinya setiap orang yang berjuang di jalan

    kebenaran ini adalah tokoh ilmu keIslaman. Tetapi adalah perlu bagi setiap orang tadi

    mempunyai suatu kelayakan tertentu yang sekurang-kurangnya membolehkan mereka

    membezakan di antara aqidah Islamiyyah dan ciri-ciri jahiliyah dan juga di antara amalan-

    amalan Islam dan yang bukan Islam. Dengan demikian barulah ia berupaya untuk

    mengetahui bagaimana Islam dapat memberi panduan kepada seluruh bidang (aspek)

    kehidupan. Tanpa ilmu ini, seseorang manusia tidak dapat menuju ke jalan yang benar dania juga tidak dapat memimpin orang lain ke arah jalan tersebut. Dia juga tidak dapat

    berjaya melaksanakan sesuatu kerja (tugas) itu di atas landasan yang sebenar.

    Tenaga penggerak yang umum (biasa) patutlah mempunyai tanggapan Islam yang

    jelas yang boleh diterangkan dalam bentuk yang mudah kepada rakyat bandar dan juga

    desa. Tenaga pengerak yang mempunyai kecerdasan akal perlulah dilengkapi ilmu

    pengetahuan yang secukupnya sehingga mereka dapat mengkagumkan para cendikiawan

    (cerdik pandai) dan juga dapat menghilangkan keraguan serta kekusutan yang ada pada

    fikiran mereka. Tenaga penggerak begini juga perlu mempunyai keupayaan untuk memberi

    hujah-hujah yang logik terhadap segala kecaman-kecaman musuh Islam. Mereka juga

    mestilah mampu menyesuaikan berbagai-bagai masalah hidup dengan cara Islam. Mereka

    sepatutnya mampu untuk menegakkan suatu kebudayaan dan tamadun baru yang

    berlandaskan peraturan serta pemahaman Islam. Mereka sepatutnya mempunyai daya me-

    napis menyaring atau daya mengkritik yang secukupnya untuk membolehkan mereka

    menapis segala ciri-ciri keburukan yang tersembunyi di sebalik ciri-ciri kebaikan yang

    terdapat pada pemikiran dan amalan manusia hari ini.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    10/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    10

    Mereka juga perlu memiliki suatu kemampuan sehingga membolehkan mereka

    membinasakan segala ciri yang layak dibinasakan dan menggantikannya dengan yang lebih

    baik. Kemampuan ini juga membolehkan mereka mengekalkan segala ciri yang patut

    dikekalkan dengan tujuan untuk mempergunakannya di dalam peraturan serta penyusunan

    masyarakat yang lebih baik.

    2. Memiliki keimanan yang teguh terhadap IslamDi samping ilmu dan kefahaman, terdapat suatu lagi kelayakan yang perlu ada pada

    tenaga penggerak gerakan Islam. Iaitu mempunyai iman yang teguh terhadap aqidah yang

    menjadi asas segala kegiatan mereka. Hati mereka mestilah merasa puas dengan

    kebenaran yang ada pada aqidah tersebut. Fikiran mereka merasa mudah dan tenang

    untuk menerima aqidah ini. Sesiapa pun tidak dapat berbuat apa-apa jika dirinya itu

    kurang yakin dan dipenuhi keraguan serta was-was. Tugas besar ini tidak dapatdilaksanakan di dalam keadaan kekusutan fikiran. Tugas ini tidak layak bagi mereka yang

    mempunyai hati yang berbelah bahagi dan memiliki fikiran yang tidak tenang (kusut atau

    keliru). Tugas ini juga tidak layak bagi mereka yang mudah tertarik oleh berbagai-bagai

    aliran pemikiran dan tindakan. Sesiapa saja yang menjalankan tugas ini perlulah

    mempunyai iman yang teguh terhadap kewujudan Allah Subhanahu Wataala.

    Mereka mestilah meyakini bahawa Allah Subhanahu Wataala mempunyai kuasa,

    kelayakan dan hak sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran. Mereka ini mesti

    yakinkan Hari Perhitungan (yaum al-hisab) sebagaimana yang diterangkan di dalam Al-Quran. Bagi mereka ini, satu-satunya jalan kebenaran ialah jalan yang ditunjukkan oleh

    Nabi Muhammad s.a.w.. Apa sahaja yang bertentangan dengan peraturan ini dianggap sia-

    sia sahaja (tidak berfaedah). Mereka menilai kebenaran sesuatu aliran pemahaman dan

    tindakan berlandaskan Kitabullah (AlQuran) dan sunnah Rasulullah s.a.w..

    Apa sahaja yang bersesuaian dengan ciri penilaian ini dikira benar dan apa saja

    yang bertentangan dengannya dikira salah.

    Keyakinan yang teguh terhadap kenyataan-kenyataan ini adalah perlu untuk

    menegakkan peraturan masyarakat Islam. Perkara ini perlu dihadapi dengan ketenangan

    dan kepuasan fikiran. Tidak perlu ada kekusutan fikiran. Sesiapa yang menyeleweng dan

    menumpukan pemikiran serta tindakannya ke lain-lain arah perlulah menerima rawatan

    untuk mengubati penyakit-penyakit ini, sebelum mereka meneruskan tugas mereka

    sebagai penegak-penegak peraturan masyarakat Islam.

    3. Watak peribadi (syakhsiyyah fardiyyah)

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    11/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    11

    Kelayakan yang ketiga ialah tindakan seseorang itu mencerminkan apa yang ia

    pertuturkan. Dia akan terus mengamalkan apa yang dianggap betul (benar) dan menjauhi

    apa saja yang difikirkan sebagai salah. Kehidupan dan tingkah lakunya mengambarkan

    kefahaman yang ada padanya. Dia akan melaksanakan apa saja yang dia serukan kepada

    dunia. Dia tidak perlu kepada tekanan luar untuk mematuhi peraturan Islam. Dia jugatidak perlu kepada tekanan luar untuk menjauhi larangan-larangan yang ditetapkan Islam.

    Baginya kenyataan bahawa setiap amalan itu perlu mendapat keredhaan Allah adalah

    alasan yang cukup untuk membuatnya menjalankan sesuatu tindakan dengan penuh

    keazaman dan penumpuan. Dengan mengetahui bahawa sesuatu perbuatan itu tidak disukai

    Allah sudah cukup untuk membuatnya menjauhi perbuatan tersebut.

    Syakhsiyyah fardiyyah yang begini bukan sahaja terhad kepada perkara-perkara

    biasa di dalam kehidupan sahaja. Sebaliknya syakhsiyyah fardiyyah tadi juga cukup kuat

    untuk menghadapi ancaman dan pengaruh daripada suasana kerosakan yang begitu luarbiasa hebatnya. Dalam keadaan demikian, mereka sepatutnya berupaya untuk menangkis

    segala tentangan dan tetap utuh di dalam menegakkan jalan kebenaran. Sesiapa yang

    tidak mempunyai mutu peribadi begini boleh juga membantu di dalam membawa

    pembaharuan, tetapi kita tidak bolehlah meletakkan mereka sebagai tenaga penggerak

    (muharrik) yang sebenarnya. Sesiapa sahaja yang ada sedikit keimanan Islam boleh

    membantu di dalam perjuangan ini. Bahkan orang-orang yang tidak beriman dan menjadi

    seteru Islam pun dapat memberi bantuan tertentu. Sebaliknya pembantu-pembantu yang

    sedemikian tidak akan dapat mewujudkan peraturan Islam walaupun mereka berjumlah

    ratusan ribu. Mereka juga tidak mampu untuk menyekat arus perkembangan jahiliyyahdaripada terus merebak dengan hebatnya. Ringkasnya, tugas berat ini akan berjaya kalau

    dijalankan oleh orang-orang yang lengkap dengan iman, ilmu dan peribadi yang utuh.

    Dengan kekuatan sebenar di sebalik keazaman mereka untuk menyahut seruan

    Islam, mereka pun sepatutnya meneruskan usaha suci tadi. Mereka akan melaksanakan

    usaha itu dengan kekuatan serta dorongan dari dalam diri mereka sendiri. Mereka akan

    meneruskan tugas tadi tanpa memerlukan tekanan dari luar. Apabila penggerak yang

    begini melaksanakan tugas mereka, pertolongan yang datang daripada penyokong-

    penyokong serta orang-orang bukan Muslim adalah berguna juga. Tetapi patutlah kita

    ingat bahawa cirri begini bukan ada pada masyarakat Islam sahaja.

    4. Islam sebagai matlamat hidupSelain dari tiga kelayakan di atas, ada satu lagi kelayakan yang keempat yang perlu

    ada pada sesiapa sahaja yang terlibat di dalam usaha tajdid (pembaharuan). Iaitu mereka

    hendaklah meletakkan perjuangan menegakkan Islam sebagai matlamat (tujuan) hidup

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    12/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    12

    mereka dan bukannya sebagai suatu cita-cita sahaja. Ada manusia yang mempunyai ilmu

    Islam, meyakini ilmu itu dan mengamalkannya, tetapi matlamat hidup mereka bukanlah

    untuk menegakkan peraturan Islam itu sendiri. Mereka asyik dengan urusan duniawi

    mereka di samping amalan-amalan baik dan benar yang mereka lakukan. Sudah tentu

    mereka ini adalah orang baik-baik dan mereka kelak akan menjadi rakyat negara Islam

    yang baik jika negara tersebut tertegak. Namun di dalam suasana di mana unsurjahiliyyah tersebar luas ke dalam seluruh peraturan hidup manusia dan usaha

    menggantikannya dengan peraturan hidup Islam perlu dilaksanakan, mereka ini tidaklah

    berguna sangat.

    Dalam keadaan begini, manusia yang paling sesuai ialah mereka yang meletakkan

    perjuangan menggantikan peraturan jahiliyyah itu sebagai tujuan (matlamat) hidup

    mereka. Mereka mungkin terlibat di dalam kegiatan-kegiatan lain untuk faedah penyatuan

    (kesihatan) ruhani dan jasmani mereka, tetapi tujuan hidup mereka tetap merupakan

    perjuangan tadi. Mereka hendaklah bersungguh-sungguh di dalam hal ini. Bahkan hatimereka pun sepatutnya ghairah dengan tugas tersebut. Semestinyalah mereka mempunyai

    ketegasan dan keazaman yang kuat untuk mencapai tujuan tadi. Untuk tugas ini, mereka

    sepatutnya bersedia untuk mengorbankan masa, harta, jasad dan hatta jiwa mereka

    sekalipun. Mereka mesti bersedia untuk mempergunakan seluruh kemampuan akal fikiran

    mereka ke arah pencapaian matlamat tadi. Mereka tidak patut teragak-agak untuk lenyap

    dari muka bumi ini andainya perjuangan tadi memerlukan pengorbanan yang sedemikian.

    Orang-orang beginilah sahaja yang mampu menebas belukar jahiliyyah dan menyediakan

    tapak untuk menegakkan peraturan Islam.

    Kelayakan-kelayakan asas beginilah yang patut ada pada setiap diri perseorangan

    yang ingin berusaha menegakkan peraturan hidup Islam. Begitu pentingnya kelayakan-

    kelayakan tadi sehingga andainya tiadalah golongan yang berkelayakan sedemikian, jangan

    mimpi bahawa perjuangan ini akan mencapai kejayaan.

    Perlulah diterangkan bahawa orang-orang yang sanggup menjalankan tugas mulia ini

    hendaklah bersatu di dalam suatu gerakan Islam (harakah Islamiyyah) yang tersusun. Hal

    ini penting. Nama dan bentuk susunan dan pertubuhan ini tidaklah penting sangat. Setiap

    orang tahu bahawa sesuatu peraturan masyarakat tidaklah boleh diubah melalui usaha diri

    perseorangan semata-mata. Hal ini memerlukan penyatuan tenaga. Kerana memikirkan

    kenyataan inilah, saya cadangkan supaya kita bincangkan pula kelayakan-kelayakan yang

    perlu ada pada sesuatu gerakan itu sendiri.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    13/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    13

    BAB KETIGA

    KELAYAKAN-KELAYAKAN YANG PERLU ADA PADA SESUATU JAMAAH ATAU

    GERAKAN YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM

    1. Ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah) dan sifat kasih sayang2. Bermusyawarah (syura) dalam mengatur kerja dan tindakan3. Tatatertib (disiplin)4. Teguran-teguran yang membina (muhasabah)

    1. Ikatan persaudaraan Islam (ukhuwwah Islamiyyah) dan sifat kasih sayangDalam gerakan tersebut, perlulah ada suatu bentuk ikatan kasih sayang sejati di

    antara ahli-ahlinya. Sudah semestinya mereka ini mempunyai semangat untuk berkorban

    sesama mereka. Sudah sepatutnyalah mereka ini menjadi seumpama sebuah bangunan dimana kekuatannya terletak pada bentuk susunan batu-bata yang dilekatkan oleh simen.

    Suatu jamaah gerakan Islam itu akan menjadi kuat hanya setelah adanya pertautan hati

    di kalangan ahli-ahlinya.

    Perkara-perkara yang membawa kepada pertautan (ikatan) hati ini ialah sifat kasih

    sayang yang suci, sifat bertimbang rasa (simpati) yang murni, sifat baik sangka sesama

    mereka dan juga semangat ingin berkorban sesama mereka. Hati yang dipenuhi kebencian

    tidak akan bersatu. Persatuan-persatuan (pertubuhan-pertubuhan) yang dipenuhi pura-

    pura tidak mampu menghasilkan perpaduan yang sebenarnya (hakiki).

    Persahabatan yang berasaskan sifat tamak akan melahirkan pertelingkahan.

    Sesuatu persatuan yang hanya mementingkan tujuan-tujuan perniagaan sahaja tidak

    berupaya untuk melahirkan sifat timbangrasa (simpati). Keperluan duniawi mungkin dapat

    mempersatukan segala ciri-ciri yang berlainan ini, tetapi ciri-ciri ini mudah sangat untuk

    berpecah belah. Berikutan dari itu kita tidak mendapat hasil yang betul berkesan, bahkan

    ciri-ciri itu sendiri menerima kehancuran. Sebuah jamaah (harakah atau gerakan) yang

    kuat dapat tertegak apabila ahli-ahlinya berfikir dengan ikhlas dan mereka mencintai

    matlamat yang hendak mereka tujui itu. Sifat kesungguhan dalam mengejar matlamat dan

    sifat keikhlasan dalam berfikir yang ada pada mereka dapat menyemai rasa kasih sayang

    dan amanah di kalangan mereka. Jamaah begini adalah seumpama acuan keluli di mana

    syaitan tidak dapat mencari satu lubang pun untuk mencelah masuk dan melakukan

    kerosakan. Walaupun syaitan datang dengan bala tentera yang banyak untuk menyerang

    dari luar, tetapi usahanya ini gagal.

    2. Bermusyawarah (syura) dalam mengatur kerja dan tindakan

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    14/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    14

    Satu lagi kelayakan yang perlu ada pada sesuatu jamaah (gerakan) ialah segala

    kerja dijalankan setelah melalui musyawarah. Sesuatu gerakan itu sepatutnya sentiasa

    mematuhi peraturan-peraturan musyawarah itu sendiri. Sesebuahgerakan yang terdiri

    daripada orang-orang yang degil (keras kepala) yang bertindak mengikut pendapat

    masing-masing, tidaklah boleh dipanggil sebagai sebuah gerakan yang sebenarnya. Iahanya merupakan satu kumpulan gotong-royong sahaja dan tidak mampu menghasilkan

    kerja yang benar-benar berkesan.

    Sesebuah gerakan akan menemui nasib yang sama jika seseorang ahli atau

    beberapa orang ahli yang berpengaruh telah menggabungkan diri mereka ke dalam suatu

    kumpulan kecil dan mengarah orang lain menjalankan perintah mereka. Sesuatu kerja yang

    berkesan hanya dapat dicapai melalui musyawarah sahaja. Dengan cara ini banyaklah

    orang tumpang berfikir dengan bijaksana akan segala kelebihan dan keburukan

    (kelemahan) sesuatu perkara yang sedang dihadapi, keputusan yang lebih baik dapatdicapai dengan cara begini. Di samping itu, ada dua faedah lagi yang diperolehi.

    Pertama ialah, andainya pendapat kesemua orang dipertimbangkan secara langsung

    atau sesuatu rumusan pendapat-pendapat tadi diambil, seluruh jentera gerakan tadi

    melaksanakan segala keputusan dengan bersungguh-sungguh. Tiada seorang pun akan

    berfikir bahawa dia telah dibebankan.

    Satu lagi kelebihan cara begini ialah ia membuka peluang agar berbagai sudut

    (aspek) yang terdapat pada sesuatu masalah itu dikaji. Setiap ahli akan benar-benarmengambil berat akan segala rencana kerja pertubuhannya. Setiap ahli akan

    melaksanakan tanggungjawab yang berikutan daripada sesuatu keputusan mesyuarat

    dengan begitu cepat sekali (yakni tanpa lengah-lengah). Perlulah diingat bahawa kelicinan

    begini boleh dicapai jika peraturan-peraturan sendiri tidak diabaikan.

    Di antara peraturan-peraturan musyawarah ialah setiap orang sepatutnya memberi

    pendapatnya dengan ikhlas. Janganlah hendaknya dia menyembunyikan apa-apa, di dalam

    dirinya. Tidak perlu timbul di dalam dirinya sifat kedegilan. Dia perlu menjauhkan dirinya

    daripada kesilapan-kesilapan. Apabila sesuatu keputusan telah diambil, sesiapa saja yang

    mempunyai pendapat yang bertentangan hendaklah menerima keputusan tadi dengan hati

    yang terbuka. Tak sepatutnyalah mereka terus mendesak supaya pendapat mereka

    diterima walaupun mereka masih berpegang pada pendapat mereka itu. Seterusnya

    mereka akan bertindak menurut keputusan yang telah diambil oleh gerakan mereka.

    Musyawarah yang tidak mempunyai ketiga-tiga peraturan tadi adalah sia-sia saja kerana

    ia akan lebih merupakan sumber pertelingkahan di dalam sesuatu gerakan itu.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    15/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    15

    3. Tatatertib (disiplin)Kelayakan yang ketiga ialah adanya tatatertib yang berpanjangan, kerjasama yang

    baik dan semangat suka bertindak secara jamaah (team spirit). Walaupun sesuatu

    gerakan itu memiliki banyak unsur-unsur kebaikan, tetapi ia menemui kegagalan kerana ia

    tidak dapat melaksanakan segala apa yang ia rancangkan. Ini adalah kerana tiadanyatatatertib dan kerjasama di dalam pertubuhan tersebut. Pengusaha-pengusaha

    kemungkaran boleh mencapai tujuan mereka lantaran kekuatan yang pura-pura (yakni

    indah khabar dari rupa), tetapi kerja yang membina akan dapat dicapai melalui usaha yang

    tekun dan bertatatertib (disiplin). Usaha yang bertatatertib bererti bahawa seluruh

    jentera gerakan bertindak menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh gerakan itu

    sendiri.

    Mereka yang diberi kuasa hendaklah betul-betul menjalankan tanggungjawab

    mereka di dalam ruang lingkup kuasa mereka tadi menurut peraturan-peraturan yangtelah ditetapkan. Tiap-tiap ahli patut sedar akan tanggungjawab masing-masing dan

    mereka hendaklah berusaha sedaya upaya mereka untuk menjalankan tanggungjawab tadi

    tanpa lengah-lengah. Setiap tenaga penggerak yang terlibat di dalam sesuatu tugas itu

    perlulah mempunyai kerjasama yang erat di antara satu sama lain. Jentera gerakan itu

    perlulah disusun demikian sehingga kesemua anggotanya mula bergeraK sebaik saja

    keputusan telah diambil berkenaan sesuatu perencanaan kerja.

    Harakah atau partai gerakan Islam yang sebegini saja yang mampu membuat

    sesuatu rancangan itu berjaya. Gerakan yang berbentuk lain dari yang ini tidak akanberjaya untuk menyelaraskan serta melicinkan perjalanan seluruh jentera pentadbiran

    dan perlaksanaannya dengan baik.

    4. Teguran-teguran yang membina (muhasabah)Kelayakan yang terakhir ialah sesuatu gerakan itu mempunyai suasana yang

    membenarkan teguran-teguran yang membina diberikan. Cara-cara untuk menyuarakan

    teguran-teguran ini perlulah diketahui. Sesuatu gerakan Islam yang mempunyai pak turut-

    pak turut (orang yang menurut saja tanpa berfikir panjang atau meneliti, yakni membuta

    tuli) saja akan mendapati usahanya diresapi kesilapan-kesilapan walaupun mereka sedang

    melalui jalan yang benar. Ini adalah kerana tiada siapa pun yang menegur kesilapan-

    kesilapan tadi dan juga kerana anggapan bahawa teguran-teguran yang diberi itu sebagai

    satu perlakuan yang tidak beradab atau bersopan. Dengan demikian kesilapan-kesilapan

    tadi terus mendapat perlindungan daripada tindakan yang sewajarnya. Oleh kerana

    kurangnya perhatian yang diberi untuk mengatasi kesilapan tadi dan juga disebabkan

    tiadanya anggota untuk memberi teguran, kesilapan-kesilapan itu pun kian membiak. Tiada

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    16/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    16

    perkara lain yang lebih merosakkan kesihatan sesebuah gerakan Islam melainkan tiada

    semangat tegur-menegur (nasihat-menasihati) di dalamnya.

    Adalah sesuatu perkara yang sangat buruk bagi sesebuah gerakan jika ia berusaha

    menekan dan menutupi peluang-peluang untuk menyuarakan sebarang teguran (kritik).

    Teguran yang membina ialah alat yang terpenting untuk mengesan segala kesilapan dengancepat. Dengan demikian usaha untuk mengatasinya pun dapat dilaksanakan secepat

    mungkin (tanpa berlengah, membazir masa). Kita harus ingat bahawa syarat terpenting

    bagi sesuatu teguran itu ialah ianya diberi bukan dengan tujuan hendak mencungkil

    kesilapan semata-mata. Sesuatu teguran itu hendaklah dikemukakan dengan tujuan untuk

    membawa pembaharuan (perubahan ke arah kebaikan).

    Satu lagi syarat yang sama pentingnya ialah bahawa setiap orang yang ingin

    menegur (mengkritik) hendaklah sedar akan cara-cara (adab-adab) yang sewajarnya untuk

    menyuarakan teguran. Seseorang itu yang bertujuan baik dalam memberi tegurannyaboleh mendatangkan bahaya serupa dengan bahaya yang dibawa oleh anasir-anasir jahat

    yang semata-mata ingin mencungkil kesilapan-kesilapan gerakannya seolah-olah gerakan

    itu tidak kena caranya atau tidak kena pada tempatnya yakni tegurannya yang tidak

    mematuhi peraturan di dalam memberi sesuatu teguran.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    17/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    17

    BAB KEEMPAT

    KELAYAKAN-KELAYAKAN YANG SEMPURNA

    1. Hubungan dengan Allah dan keikhlasan hati2. Mengingati hari akhirat3. Budi pekerti yang mulia4. Ketabahan dan tetap pendirian5. Bijaksana

    Sejauh ini kelayakan-kelayakan perseorangan bagi orang-orang yang diperlukan

    untuk menjalankan tugas-tugas bagi merubahkan masyarakat dan memperkenalkan

    tatacara hidup Islam dan sifat-sifat masyarakat (jamaah) yang mereka bentukkan telah

    dibincangkan.

    Dalam konteks (hubungan) di atas, apa yang telah dibincangkan adalah kelayakan-

    kelayakan asas yang penting dan utama sahaja. Semasa memulakan perniagaan modal awal

    adalah perlu. Sebaliknya, perkara ini adalah modal bagi moral yang perlu pada tahap awal

    untuk tugas ini. Tanpa sifat mulia ini, ianya akan sia-sia dalam membantu cita-cita untuk

    perubahan itu. Lazimnya, ianya tidak dapat digambarkan suatu peraturan Islam boleh

    dilaksanakan oleh mereka yang demikian yang mana tidak berada dalam rumah Islam atau

    tidak mempunyai keyakinan kepada kebenarannya atau tidak melengkapkan diri tentang

    perkakas-perkakas dalam membentuk moral mereka sendiri dan keperibadian, seterusnya

    hubungan sebagai satu suluhan cahaya untuk membimbingkan amalan hidup mereka, ataumereka tidak mengambil perkara itu sebagai tapak tujaan untuk melaksanakannya. Ini

    adalah jelas bahawa jika mereka yang mempunyai kelayakan-kelayakan yang diperlukan

    berkumpul bersama-sama tetapi hati-hati mereka tidak terikat bersama-sama. Kegiatan-

    kegiatan mereka akan melanggarkan disiplin serta kerjasama antara satu sama lain, dan

    mereka tidak menyedari akan hubungan rahsia tindakan itu dan mereka tidak tahu jalan

    yang betul untuk bermuafakat antara satu sama lain dan membuat teguran (kritikan).

    Kemudian perkumpulan mereka sebenarnya tidak mendatangkan sebarang keputusan yang

    berguna. Sebaliknya, perkara itu jelas difahami bahawa empat kelayakan perseorangan

    dan yang lain kelayakan gerakan (jamaah) dimaklumkan di atas. Sejauh ini benar-benar

    sesuai atau modal bagi memulakan pekerjaan dan kepentingan mereka benar-benar

    terletak di dalam hubungan ini sahaja. Tetapi, ianya tidak boleh dianggapkan bahawa

    akhlaq dan bekal ruhani adalah mencukupi untuk perkembangan dan kejayaan risalah ini.

    Marilah sekarang kita mengkaji kelayakan-kelayakan tambahan yang perlu untuk

    kejayaan dalam mencapai tujuan pembinaan kembali atau (islah dan tajdid) itu.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    18/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    18

    1. Hubungan dengan Allah dan keikhlasan hatiHubungan dengan Allah dan bersifat ikhlas adalah kelayakan yang utama. Tugas lain

    di dalam dunia dapat diselesaikan untuk kepentingan perseorangan atau untuk

    kepentingan keluarga, kaum, negara atau negeri. Ia dipergunakan untuk matlamat

    perseorangan dan dalam memperolehi kebendaan. Ia mungkin juga tidak perlu disertaidengan keimanan kepada Allah tetapi juga dengan penafian tentang kewujudan Allah

    sendirinya. Bagi semua kejayaan duniawi ini berkemungkinan dengan aktiviti-aktiviti

    sedemikian. Tetapi usaha-usaha menegakkan masyarakat Islam adalah suatu tugas yang

    tidak akan berjaya dengan kemungkinan begitu kecuali hubungan seseorang itu kepada

    Allah adalah benar-benar kukuh dan mendalam dan perhatiannya semata-mata terus ke

    arah bekerja kerana Allah sahaja, yang membimbing ke arah itu. Apa yang Allah suka

    mesti kita lakukan dalam kerja ini. Cinta kepada Allah semestinya menjadi faktor

    penggerak. Keyakinan yang sepenuh perlu diletakkan kepada ketentuan Allah dan

    pertolonganNya. Segala pengharapan kepada ganjaran mesti dipohon kepadaNya. Segalaarahan dan teguranNya kedua-dua termasuk boleh dan tidak boleh mesti diikuti, takut

    hanya kepada pembalasanNya perlu diresapkan ke dalam hati. Sebarang ketakutan,

    sebarang kecintaan, sebarang kesayangan, sebarang penyembahan bercampur dengan

    perkara ini atau sebarang tujuan lain yang bersekutu dengan perkara itu akan

    menyimpangkan manusia (mereka) daripada jalan yang benar, dan apa juga yang

    dilaksanakan pasti tidak akan mendapat pertunjuk dari Allah.

    2. Mengingati hari akhiratKelayakan lain, hampir berkaitan dengan perkara di atas ialah mengingati hari

    akhirat. Walaupun bengkel bagi mukmin adalah dunia ini dan di sini dia melakukan apa yang

    dikehendaki tetapi bukan dia melakukan perkara itu untuk dunia ini semata-mata malahan

    untuk hari akhirat jua. Dia tidak bertujuan untuk mendapat ganjaran dunia tetapi

    pengamatannya untuk mendapat ganjaran akhirat. Dia patut melakukan semua perkara

    yang membolehkannya memperolehi ganjaran di hari akhirat dan dia patut menjauhi

    daripada semua perjanjian yang tidak akan berbuah di sana nanti. Dia sepatutnya enggan

    menerima sebarang ganjaran yang akan menyebabkan dia kerugian di hari akhirat nanti

    dan patut menerima sebarang kehilangan yang mana akan membawa ganjaran kepadanya di

    sana nanti.

    Perhatiannya sepatutnya mempertimbangkan kerja yang akan menguntungkan dan

    merugikannya di hari akhirat. Sebarang kesenangan atau kesusahan dunia tidak akan

    menekan atau menghalangnya. Dia tidak menghirau sama ada usahanya di dunia

    menghasilkan atau keputusannya gagal sama ada dia bertemu kejayaan atau berhadapan

    dengan kegagalan, sama ada dia mendapat pujian atau cacian, sama ada dia menerima

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    19/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    19

    ganjaran atau dihadapkan kepada penderitaan dan tribulasi. Dalam keadaan di atas dia

    mesti mempercayai bahawa tiada sesuatu benda pun terselindung daripada penglihatan

    Allah, kepadaNya dia serahkan dirinya, dan dia tidak mengambil sesuatu yang bernilai dari

    luar ganjaran hari akhirat, dan sesungguhnya kejayaan yang dicapai di sana adalah

    kejayaan yang sebenarnya. Tanpa pemikiran ke arah ini sukar untuk orang perseorangan

    mengaturkan beberapa langkah ke arah yang sebenarnya. Walaupun sedikit perpaduanantara matlamat-matlamat keduniaan dengan idea-ideanya sudah pasti menggangu

    langkah-langkahnya. Sebarang kecederaan yang dideritai dalam menuju ke jalan Allah

    yang ditempuhi oleh seseorang yang benar-benar matlamat hidupnya boleh dicemari

    dengan godaan untuk mendapat ganjaran dunia dan beberapa peringkat kejayaan di alam

    dunia ini mengubah tingkah lakunya dalam suatu bentuk yang lain.

    3. Budipekerti (syakhsiyyah Islamiyyah) yang muliaPerkara yang benar-benar mengubahkan perkara yang dibincangkan dalam dua

    kelayakan di atas kepada satu daya yang kuat ialah suatu budi pekerti (syakhsiyyah

    Islamiyyah) yang mulia. Sesiapa yang bekerja di jalan Allah sepatutnya dia adalah orang

    yang mempunyai idea-idea yang tinggi dan mempunyai sifat keberanian. Mereka patut

    mempunyai sifat belas kasihan kepada manusia dan juga berkehendak sifat kemanusiaan

    yang baik kepada semua orang. Mereka patut juga mempunyai belas kasihan dan baik hati

    dan juga patut menghayati dengan perasaan hormat diri dan rasa puas hati. Selain dari

    itu, mereka patut tidak mementingkan diri sendiri dan berkelakuan baik. Lidah mereka

    sentiasa manis dan kelakuan mereka lemah lembut. Ringkasnya mereka bebas daripada

    dijangkiti oleh penyakit dan setiap orang mesti berada dalam keadaan sihat. Merekamesti bersedia memberi kepada orang lain lebih daripada mereka harus lakukan dan

    mereka memiliki untuk diri mereka kurang daripada perkongsian (habuan) mereka. Mereka

    patut menukarkan kejahatan kepada kebaikan atau menjauhkan diri daripada dipengaruhi

    oleh kejahatan, sekurang-kurangnya mereka patut mengakui kesalahan mereka dan

    menghargai kelayakan-kelayakan yang baik dari orang lain. Mereka perlu mempunyai hati

    yang sanggup tidak menghiraukan kelemahan orang lain, memaafkan kesalahan mereka,

    tidak gembira (bangga) dengan kelebihan dirinya dan tidak mengambil sesuatu pembalasan

    bagi kepentingan dirinya sendiri.

    Mereka patut gembira berkhidmat kepada sahabat-sahabat seperjuangan dan

    tidak berkhidmat dan bekerja untuk keuntungan diri sendiri tetapi untuk faedah mereka

    yang lain. Mereka patut terus menjalankan tugas mereka, mengabaikan pujian dan tidak

    mengambil perhatian kepada cacian-cacian. Mereka sepatutnya tidak mengharapkan

    ganjaran daripada sebarang kaum selain daripada Allah. Mereka sepatutnya tidak

    menyerah kepada sebarang kuasa dan tidak pula mudah terpengaruh untuk tunduk kepada

    kuasa wang. Tetapi sepatutnya tanpa kebimbangan menganggukkan kepada mereka

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    20/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    20

    (mengakui) kepada kebenaran dan menimbulkan kepercayaan baik kepada musuh-musuh

    mereka, dengan memberi perhatian kepada mereka tanpa mengambil sebarang tindakan,

    tidak menyimpan prasangka buruk, bersifat jujur dan adil. Kelayakan-kelayakan ini benar-

    benar dapat memenangkan hati mereka. Tugas mereka lebih kepada memberitahu

    daripada menghayun pedang dan nilai mereka lebih daripada harga perak dan emas.

    Sebarang orang yang bersifat dengan kualiti-kualiti di atas dapat menawan hati-hatijiran-jirannya.

    Begitu juga, jika seluruh kumpulan manusia menghayati dengan budi pekerti seperti

    sifat-sifat tulen tadi dan mereka berusaha untuk mencapai ideal yang tertinggi dalam

    bentuk yang tersusun, negeri selepas negeri akan dapat ditewaskan dan tiada sebarang

    kuasa di atas muka bumi ini akan dapat mengalahkan mereka.

    4. Ketabahan dan tetap pendirianSatu lagi kelayakan akan di ambil kira sebagai kunci kepada kejayaan ialah

    ketabahan. Perkataan ini sangat luas pengertiannya. Sesiapa yang bekerja di jalan ini

    semestinya menghayati dengan semua sifat-sifat penting ketabahan.

    Makna ketabahan adalah seseorang itu jangan terlalu gopoh dalam tindakan. Dia

    sepatutnya bersabar untuk melihat hasil daripada usahanya pada masa itu juga dengan

    cepat dan tidak berputus asa, jika hasil keputusan mengambil masa untuk wujud.

    Kelayakan seseorang yang berhubungan dengan ketabahan adalah dia sepatutnya bekerja

    dengan rajin untuk mencapai objektif bagi keseluruhan hidupnya dan tidak menyimpangperhatiannya disebabkan kegagalan berulang kali. Rancangan kerja untuk mempengaruhi

    perubahan di kalangan manusia dan untuk mengorientasikan norma-norma hidup adalah

    satu tugas yang mencabar dan tanpa kemampuan, ketabahan tidak akan dapat dibuktikan

    sama dengan perkara itu. Dari itu pengharapan-pengharapan bagi keputusan yang cepat

    bukanlah perkara yang mudah.

    Makna yang lain ketabahan misalnya seseorang tidak berfikiran yang berubah-

    ubah, lemah dalam membuat keputusan, memegang pendapat-pendapat yang ragu-ragu.

    Dia patut mempunyai ketetapan yang tetap kepada pertimbangan keputusan yang baik dan

    meneruskan dengan penuh keyakinan terhadap dirinya sendiri.

    Satu lagi penafsiran bagi ketabahan ialah seseorang itu mesti menghadapi

    kesusahan-kesusahan dan kecelakaan dengan berani dan sabar, sebarang kesukaran

    masalah yang datang kepadanya semasa cuba mencapai tujuannya. Seseorang yang

    mempunyai sifat ketabahan tidak akan menerima sifat berputus asa dan tidak berubah

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    21/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    21

    mukanya daripada sebarang angin ribut kemalangan atau kesukaran-kesukaran yang paling

    besar.

    Ketabahan juga tidaklah seseorang itu mudah dipengaruhi dengan penderitaan. Dia

    patut bersifat tabah dan pemaaf. Sesiapa yang dipertanggungjawab menjalankan

    perubahan dan pembaharuan, mempunyai kuasa membuat kebaikan kepada beberapakerosakan. Dalam usaha ini, dia berhadapan dengan cacian dan tentangan buruk

    terutamanya dia menyampaikan risalahnya kepada masyarakat yang telah ditipu sebegitu

    lama.

    Jika dia tidak mempunyai keberanian untuk ketawa kepada cacian yang ditujukan

    terhadapnya, tidak mempedulikan pendapat atau perkataan yang buruk dan tidak terharu

    dengan tuduhan yang palsu dan propaganda yang palsu dan di antara situasi di atas tidak

    dapat membawa dia berbuat sesuatu di dalam memenuhi risalahnya. Maka lebih baik

    baginya tidak melibatkan dirinya di dalam kerja ini keseluruhannya. Sesungguhnya jalanini dipenuhi dengan duri-duri dan setiap duri sudah pasti tidak membenarkan walaupun

    seinci perkembangan dalam arah yang khusus ini. Dari itu, jika mereka cuba menggenggam

    kuat setiap duri, mereka tidak akan maju ke hadapan. Dalam bidang pekerjaan ini, hanya

    orang yang tertentu diperlukan, di mana mereka tidak tunduk melepaskan sehelai

    pakaiannya daripada diperdaya oleh duri-duri. Tetapi memerlukan koyakan daripada

    bahagian sehelai pakaian dan mencampaknya kepada duri-duri yang menghalangkan

    kemajuannya dan tidak menyerah diri mereka dari dihalangi kemajuan mereka. Jenis

    kesabaran seperti ini diperlukan tidak hanya ketika berhadapan dengan penentangan

    tetapi kadang-kadang di tempat itu ada jalan yang sukar di mana ia perlu berhadapandengan kenyataan yang pahit dalam pekerjaannya. Dalam suasana begini, jika seseorang

    itu tidak mempunyai ketabahan yang bersinar, kemajuan keseluruhan kafilah atau gerabak

    keretapi boleh diperiksa (diuji).

    Ketabahan juga bermakna bahawa seseorang itu patut tetap kepada jalan yang

    benar dalam menghadapi ketakutan dan godaan. Dia patut menjalankan tugasnya

    mengelakkan desakan syaitan dan semua keinginan hawa nafsu. Dia patut menjauhkan diri

    daripada tindakan yang dilarang dan mesti tetap tabah dalam menjalankan suruhan Allah.

    Dia patut menolak sebarang keseronokan dan memperolehi keuntungan melalui cara yang

    berdosa dan perlu menerima sebarang kerugian dan kekecewaan yang datang kepadanya

    ketika mengatur langkah ke jalan kebenaran dan kebaikan. Dia patut memerhati

    kecantikan yang menarik hati dalam kehidupan, penyembah-penyembah keseronokan

    duniawi dengan tenang hati dan tidak membenarkan sebarang perasaan cemburu untuk

    wujud terhadapnya, tidak bercakap dengan menarik terhadap perkara itu. Dia akan

    mendapati jalan keduniaan (duniawi) peluang terbuka kepadanya dan peluang-peluang baik

    dengan jalan yang menuju kejayaan dalam bidang itu. Tetapi dia patut berpuas hati

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    22/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    22

    dengan memiliki kehidupan dengan keyakinan yang telah diberi kepadanya dengan kurniaan

    Allah dalam tujuan dedikasinya ke arah menyempurnakan risalahnya. Dalam semua

    penterjemahan di atas, ketabahan adalah kunci kepada kejayaan. Dalam bentuk apa pun

    jika ketidaksabaran turut serta kesannya ialah semua keputusan-keputusan akan rosak.

    5. BijaksanaSelain daripada kelayakan di atas, satu lagi yang penting ialah kebijaksanaan dan

    pada pengukuran yang jelas, ia menolong untuk mencapai sesuatu kejayaan. Apa jua sistem

    hidup yang berlaku dalam dunia, ia dijalankan oleh orang-orang yang mempunyai

    kecerdikan dan darjah kebijaksanaan yang tinggi. Ia digunakan dengan cara kebendaan

    dan kuasa kebijaksanaan, pengetahuan dan teknik yang menolong mereka. Dari

    perbandingan di atas, untuk memulakan satu sistem hidup baru dan menjalankannya

    dengan jaya bukanlah suatu permainan anak-anak.

    Kejayaan adalah di luar kemampuan mereka yang duduk di bawah benteng

    Bismillah. Orang-orang yang simple walaupun mewarisi kelayakan yang tinggi dan niat

    yang soleh tidak boleh mencapainya. Ia memerlukan keupayaan memahami masalah. Ia

    hanya boleh dicapai oleh orang yang hidup pada suasana yang berbeza dan membuat

    rancangan bagi menguasainya dan berupaya menilai masalah hidup dan menyelesaikannya.

    Oleh itu, bijaksana keseluruhannya merupakan perkataan yang menerangkan semua hal di

    atas, dan ia membawa erti semua kebolehan akal dan kebijaksanaan untuk memahami

    psikologi manusia dan menyelesaikannya, secara bersesuaian. Ia perlu tahu menarik

    perhatian mereka dengan pandangannya dan perlu mengetahui cara menggunakannya bagimaksudnya. Dia tidak boleh menggunakan ubat yang sama kepada semua hal. Sebaliknya,

    dia perlu mengubati setiap hal atas jasa bakti penentuan penyakit (diagnosis) dan

    tabiat. Dia tidak boleh mentadbir tingkat yang satu untuk menjalankan semua; tetapi ia

    perlu mengkaji suasana tertentu dan keadaan masyarakat dan kumpulan yang dia perlu

    membuat perhitungan.

    Untuk mengetahui sifat tabii tugas seseorang dan huraiannya serta untuk

    berupaya menghadapi kesukaran dan perangkap dalam prosesnya, diperlukan

    kebijaksanaan yang sebenar. Dia perlu berfikiran jelas, cara melakukan cadangannya

    hingga berjaya dan cara mengatasi rintangan yang menghalangi jalannya. Adalah juga

    bijak bagi merasai denyutan masa, untuk menilai keadaan tabii masalah dan untuk

    mengetahui langkah yang sebenar untuk menempuh suasana itu. Menceburi sebarang

    rancangan kerja secara terburu-buru sebelum memeriksa keadaan tabiinya, memulai

    rancangan kerja tidak bersesuaian dengan keadaan persekitaran, dan tidak berkebolehan

    mengambil faedah yang terbesar dari tempat yang menguntungkan adalah sikap yang

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    23/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    23

    tidak bertanggungjawab dan orang-orang yang bertabiat demikian, walaupun mereka

    mempunyai niat yang soleh dan kebaikan yang sangat tinggi, tidak akan mencapai kejayaan.

    Dan puncak kualiti dalam kategori bijaksana ialah bahawa seseorang itu perlu

    memahami Islam dan perlu mempunyai pandangan yang mendalam tentang hal ehwal dunia.

    Pengetahuan rukun syariah sahaja serta boleh menggunakan secara kebetulan tidakmencukupi untuk kejayaan, dalam tugas memberi kehidupan baru bagi perundangan sosial,

    membongkar kejahilan cara hidup dan menggantikan tempat ia dengan perundangan baru

    berdasarkan keunggulan Islam.

    Dari sini adalah penting bahawa ia perlu memahami dengan baik kedua-dua dalam

    huraian terperinci dan pemikiran umum bagi perintah itu, dari hanya mempunyai

    kefahaman umum pandangan Islam. Seterusnya, dia perlu sedar akan alasan suruhan itu

    dan perlu berada di rumah dengan suasana dan masalah masyarakat di mana dia perlu

    meletakkan rancangannya ke dalam bentuk praktik yang sebenar.

    Memintas pada segi yang berlainan bagi kelayakan yang diperlukan, seseorang itu

    dapat merenung dan berfikir bahawa pencapaian risalah ini boleh berkesan hanya oleh

    makhluk yang lengkap dan luar biasa. Adalah di luar kekuasaan peringkat manusia umum

    untuk menggunakan diri mereka dengan kelayakan bersinar yang sedemikian. Tetapi perlu

    difahami bahawa setiap dan tiap-tiap kelayakan tidak perlu menghiasi setiap orang

    perseorangan ke peringkat yang sempurna. Ia juga tidak perlu menetapkan semua syarat

    ini perlu ada pada setiap orang dengan sempurna pada peringkat permulaan.

    Pada hemat saya, dalam menghurai kelayakan di atas bahawa sesiapa yang bersedia

    untuk menjalankan kerjanya tidak boleh mengerjakannya semata-mata dengan semangat

    perkhidmatan sosial yang biasa. Sebaliknya mereka perlu meletakkan diri mereka bagi

    menyelidik sendiri untuk mencari sama ada mereka mempunyai syarat-syarat kelayakan

    yang diterangkan di atas.

    Sekiranya syarat-syarat itu ada, maka sudah cukup untuk menjalankannya di

    peringkat permulaan. Mendidiknya dan meningkatkannya adalah peringkat yang akan

    datang. Seumpama benih yang bercambah di dalam tanah dan dijangka membentuk pohon

    yang besar; bahan mentah yang diperlukan tergolong dalam kelayakan di atas, pada

    zahirnya manusia akan dengan sendirinya mencapai keadaan sempuma dengan bantuan dan

    perhatian yang betul. Tetapi jika kesan asalnya tiada, sebarang peringkat usaha dan

    latihan tidak akan membuatnya bercambah.

    Benda yang diperkatakan di atas yang lebih jauh pentingnya dari rancangan

    perlaksanaan yang betul ialah kesediaan pekerja yang demikian yang mempunyai kelayakan

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    24/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    24

    moral yang penting untuk menjalankannya. Kerana ia bukan kalimat setengah rancangan

    yang memerlukan seseorang yang berjuang dengan masyarakat dan berhadapan dengan

    kesukaran dalam menuju ke jalan Allah. Sedangkan dia adalah mewakili perangai

    perseorangan dan jamaah gerakan yang keluar dalam bidang ini bagi melengkapkan

    rancangan ini. Dari sini sebelum menentukan garis panduan kerja dan rancangan kita perlu

    melihat bentuk pekerja yang diperlukan bagi tugas ini. Apakah kelayakan-kelayakanmereka dan apakah kelemahan yang perlu mereka elakkan. Dan apakah cara menyediakan

    pekerja yang sedemikian. Untuk menerangkan kebenaran ini, kita telah menghuraikan

    kelayakan yang diperlukan dalam tiga bahagian.

    Pertamanya, kelayakan dasar yang diperlukan bagi setiap orang yang mengambil

    bahagian dalam tugas ini. Syarat-syarat itu ialah:

    1. Kefahaman Islam yang sebenar2. Keimanan yang mendalam kepadaNya (Islam)3. Perangai bersesuaian dengannya (syakhsiyyah fardiyyah solehah)4. Menjadikan Islam sebagai matlamat hidup seseorang

    Keduanya, kelayakan yang diperlukan dalam pertubuhan yang mengambil tugas ini

    iaitu:

    1. Saling cinta-mencintai, berfikiran baik antara satu sama lain, kejujuran, simpati,berbuat kebajikan dan berkorban untuk satu sama lain

    2. Bekerja dengan saling muafakat dan berfikir secara permuafakatan di dalam Islam3. Berdisiplin, teratur, kerjasama dan semangat berjamaah4. Kritik dengan tujuan perubahan, dilakukan secara betul dan secara yang patut yang

    akan dapat membuang kelemahan yang muncul dalam peraturan dengan segera dan

    tidak pula menjadi punca menyemarakkan kelemahan itu sendiri

    Ketiganya, kelayakan yang diperlukan bagi menjalankan perjuangan bagi

    pembentukkan cara hidup Islam secara betul dan untuk mencapai perjuangan ini iaitu:

    1. Perhubungan yang mendalam dengan Allah dan bekerja untuk mencarikeredhaanNya

    2. Mengingati hal ehwal hari akhirat dan sentiasa ingat bahawa tiada pembalasankecuali di hari kemudian

    3. Peribadi yang menarik (budi pekerti yang mulia)4. Sabar5. Bijaksana

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    25/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    25

    Sekarang kita perlu membincangkan kelemahan besar yang perlu dijauhi oleh

    penyampai risalah ini supaya matlamat yang besar ini dapat dicapai.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    26/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    26

    BAB KELIMA

    KESALAHAN-KESALAHAN BESAR

    1. Sombong (takabbur)2. Riya (menunjuk-nunjuk)3. Niat buruk

    1. Sombong (takabbur)Kesalahan yang utama dan paling buruk menimpa akar umbi kebaikan adalah

    kesombongan, menurut kata hati dan memuji diri. Ini adalah desakan syaitan yang

    bersesuaian dengan corak kejahatan. Tiada amalan soleh yang boleh dilakukan dengan

    desakan ini, kerana kebesaran adalah berhubung dengan Allah sahaja dan kesombongan di

    kalangan manusia adalah kesalahan yang nyata. Hasilnya ketika mengidap penyakit initiada keberkatan untuk petunjuk yang lurus. Dia berterusan melakukan kebodohan dan

    perbuatan tanpa berfikir sehingga menemui kegagalan. Suatu akibat lagi ialah masyarakat

    mula membencinya dari kesombongan yang ditunjukkannya. Akhirnya dia gagal membina

    pengaruh maruah di kalangan masyarakat selepas masyarakat umum merasa hilang

    kepercayaan terhadapnya.

    Kesalahan ini menjalar ke dalam ciri jamaah yang berusaha untuk kebaikan melalui

    beberapa saluran. Mulanya, ia menyerang hati kecil apabila keadaan keagamaan dan

    maruah mereka dirasai lebih baik daripada masyarakat sekeliling dan dari inimempercayai khidmat mereka, patut menerima kata-kata pujian dari pihak lain. Pada

    peringkat itu, syaitan meletakkan dalam pemikirannya kefahaman yang salah bahawa

    mereka kini adalah penting dan dengan penghasutan syaitan, mereka mula melahirkan

    kepentingan mereka dari lidah dan perbuatan mereka. Perlahan-lahan tugas yang bermula

    dari niat yang buruk mengambil lorong yang salah. Terdapat satu lagi saluran melaluinya

    kejahatan menjalar di kalangan mereka yang berniat baik untuk merubah diri mereka

    bersama-sama perubahan masyarakat umum. Mereka sudah tentu menerima beberapa

    kebaikan tertentu darinya. Mereka mencapai kedudukan yang terkemuka dalam

    masyarakat dan sebahagian dari khidmat mereka diakui bernilai. Hal ini tidak menghalang

    mereka menjadi terkenal. Menyedari perkara-perkara tersebut adalah perkara tabii.

    Namun dari sedikit kelalaian penjagaan diri terhadap hal ini disertai dengan desakan

    syaitan, ia bertukar kepada kesombongan menurut kata hati. Kadangkala satu keadaan

    timbul apabila lawannya cuba mencari kesalahan pada aktiviti-aktiviti serta peribadinya.

    Dari itu dia akan menerangkan beberapa perkara untuk membela dirinya bahawa dia

    benar tetapi diwarnai dengan bangga diri. Bentuk yang sedemikian dengan kekurangan

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    27/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    27

    kesedaran, membawanya kepada lapangan kesombongan dan terbukti merugikan, yang

    perlu diawasi oleh kedua-dua pihak anggota dan jamaah yang berdiri tegak untuk

    menegakkan pengisalahan masyarakatnya.

    a. Tunduk kepada AllahSetiap orang perseorangan dan jamaah gerakan Islam mestilah mempunyai

    kesedaran penuh terhadap pengabdian mereka kepada Allah. Mereka yang mengambil

    tugas untuk mencapai sesuatu perlu wujudkan anggota dan jamaah yang mengabdikan diri

    dengan sebenarnya kepada Allah. Mereka tidak boleh lupa kepada kebenaran bahawa

    kebesaran hanyalah hak istimewa Allah. Melainkan dengan hanyalah merendahkan diri

    menaruh sepenuh harapan kepada Allah dan merupakan tingkat yang sesuai sebagai

    hambaNya. Sebarang hamba yang melakukan nilai kebaikan menyerahkannya kepada Allah.

    Ini adalah suasana kesyukuran dan bukan keriangan diri. Dari itu merendahkan diri kepada

    Allah diperlukan, dan modal yang kecil ini perlu digunakan ke arah kebaikan, supaya Allahmelimpahkan berkatNya dan sifat baik ini menjadi mulia dan bercambah. Memenuhi

    kesombongan hasil dari menurut kehendak hati bererti menggantikan kebaikan dengan

    keburukkan dan ini sudah tentu bukan lorong peningkatan tetapi jalan kemunduran.

    b. Menyelidik diri sendiriDi sebalik tunduk kepada Allah, menyelidik diri sendiri dapat menyelamatkan

    seseorang itu dari merasai kesombongan. Seseorang yang berkeupayaan meneliti diri

    sendiri dan bersama dengan nilaian sifat baik dirinya, tidak akan menjadi mangsa kepadamenurut kehendak hati (perasaan). Seseorang yang meneliti akan dosa, kesalahan dan

    kekurangan pada dirinya akan benar-benar sibuk untuk mendapat pengampunanNya (Allah)

    dan tidak akan memberi peluang membenarkan rasa bangga meresap ke dalam

    pemikirannya.

    c. Menjaga ketinggian peribadiTerdapat satu lagi perkara yang dapat memeriksa kecenderungan buruk ini.

    Seseorang itu janganlah mengira bahawa kerendahan kedudukan orang lain menentukan

    dia lebih tinggi dalam perbandingan itu. Sebaliknya dia perlu melihat kepada ketinggian

    peribadi, keagamaan dan akhlak yang menentukan dia rendah dalam perbandingan itu.

    Kerendahan akhlak dan sifat keruhanian adalah tidak terbatas, begitu juga kemuliaannya

    (ketinggiannya). Malahan orang-orang perseorangan yang rendah (hina) sekalipun akan

    menunjuk (memandang) kepada mereka yang lebih rendah darinya. Dia akan merasa

    bangga dengan kedudukannya yang lebih baik berbanding dengan mereka yang lebih

    rendah darinya. Sebaliknya hasil kesombongan ini tidak lain hanyalah membiarkan dia di

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    28/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    28

    tahap yang asa! dan menghalangkan dirinya menjadi lebih baik. Dia melalui tahap ini

    dengan disertai oleh rangsangan syaitan dan angan-angan bahawa masih ada ruang untuk

    membongkok lebih rendah (melihat ke bawah).

    Hanya mereka yang menentang ke arah peningkatan boleh mencapai untuk

    menerima sikap ini. Mereka yang benar-benar menghendaki (diilhamkan) untuk mencapaipeningkatan sentiasa memandang ke atas dari membongkok ke bawah. Semakin banyak

    ketinggian membuka jalan bagi mereka selepas mereka mencapai satu peningkatan. Ketika

    mengkajinya, jika terdapat kelemahan dalam jiwanya, mereka akan bertambah sedar dan

    insaf hati mereka. Ini tidak menjadikan mereka ditiup dengan kebanggaan (kesombongan)

    dengan apa yang telah mereka capai. Perkara ini merangsangkan mereka untuk meningkat

    lebih tinggi.

    Sebagai tambahan di atas adalah penting bahawa jamaah itu perlu berhati-hati

    selalu dan sedikit tanda kesombongan, menurut kehendak hati dan memuji diri perludiawasi dan langkah segera patut dilakukan untuk menyemaknya. Tetapi keadaan langkah

    penyemakan itu janganlah sehingga menggalakkan perikemanusiaan yang palsu dan budi

    bahasa yang menonjol. Tiada yang lebih hina dalam ciri kesombongan dari

    menyelubunginya dengan kepalsuan dan memberi kesan kepada perikemanusiaan dan

    kesopanan.

    2. Riya (menunjuk-nunjuk)Suatu lagi kesalahan besar yang setara dengan kesombongan di mana ia memasuki

    ke akar umbi kebaikan ialah keinginan untuk mendapatkan nama sebagai balasan kebaikan.

    Seseorang itu mungkin berkehendak untuk mendapat pujian dari masyarakat pemuji.

    Kesalahan ini bukan hanya suatu pemindahan kesungguhan malahan berlawan dengan

    keimanan yang sebenar dirinya. Dalam perkara ini diterangkan sebagai tudung syirik.

    Mempercayai Allah dan hari akhirat menuntut seseorang itu mesti melakukan sesuatu

    hanya untuk mendapat keredhaan Allah (mardhatillah). Dia menghubungkan

    pengharapannya untuk mendapat pembalasan hanya dari Allah sahaja dan berwaspada

    (menaruh harapan) kepada pembalasan hari akhirat dari kecenderungan pembalasan

    duniawi. Tujuan seorang munafik adalah untuk mendapat keyakinan (sokongan)

    masyarakat. Dia mencari pembalasan dari mereka sahaja dan ingin mendapatkan bahagian

    pembalasannya dalam bentuk nama, kemasyhuran, pengaruh dan kekuasaan di dunia ini

    sahaja. Dalam perkataan lain, ia boleh diertikan bahawa dia telah menjadikan masyarakat

    sebagai saingan Allah atau setara dengannya. Jelaslah di sini bahawa dari kecenderungan

    pemikiran ini keseluruhan khidmatnya adalah tidak kerana Allah, juga tidak ke arah cara

    hidup yang dikehendaki oleh Allah. Ianya tidak dikira sebagai amal saleh di sisi Allah

    Subhanahu Wataala.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    29/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    29

    Desakan kemungkaran ini bukan hanya membatalkan perbuatan yang di kira sebagai

    bernilai. Malahan mustahil dapat menuju ke jalan yang benar akibat desakan keji itu.

    Bentuk ganjil desakan ini ialah seseorang itu menjadi semakin berminat terhadap

    penghebohan kerjanya berdasarkan penyelesaiannya yang berjaya. Persembahan pujian

    dan sokongan (keyakinan) yang melambung tinggi merupakan matlamatnya yang nyata.Kerja yang tersembunyi tanpa diketahui oleh orang lain kecuali Allah, hilang daya penarik

    baginya. Secara ini, ruang lingkup kerjanya sempit (terbatas) hanya kepada perlakuan

    yang mempunyai kecenderungan untuk diketahui oleh umum. Segala minat kepada kerjanya

    hilang selepas dia mencapai matlamat dan mempunyai nama yang kukuh. Tidak mengira

    darjah kesungguhan, dia mungkin telah memulakan kerjanya.

    Tetapi bakti kesungguhan terhadap risalahnya mulai mengalami hakisan (menurun)

    sebaik sahaja kesalahan di atas menjalar masuk. Dia bertindak seakan-akan batuk kering

    yang merosak pati kehidupan. Adalah mustahil baginya untuk kekal kepada kesungguhanapabila dia tidak berada di mata umum dan meneruskan tugasnya untuk kewajipan

    tersebut. Dia mengukur segala-galanya melalui ukuran umum dan penerimaan umum. Dalam

    semua hal dia berhati-hati menghubungkan dirinya dengan masyarakat yang besar jika

    perancangan garis kerja itu tidak menjadikannya dikenali umum. Dia mengutamakan

    kehendak perasaannya (suara hatinya) untuk membenarkan melakukan sesuatu tindakan

    (kerja).

    Mereka yang duduk terasing dan bertafakkur, mendapati mudah mengelakkan

    kerosakan itu. Tetapi mereka yang berhadapan dengan umum untuk menjalankan tugasperubahan dan peningkatan, mendapati diri mereka dikelilingi serangan kuman batuk

    kering akhlak. Seterusnya mereka terpaksa melakukan sesuatu perkara untuk dilihat

    oleh umum. Mereka terpaksa menyesuaikan diri mereka untuk mendapat sokongan

    masyarakat dan menggunakan pengaruh ke atas mereka itu. Mereka juga perlu memberi

    huraian (penjelasan) kepada umum tentang pencapaian mereka. Terlalu banyak unsur dari

    khidmat mereka yang boleh menarik perhatian masyarakat terhadap mereka dan

    menambahkan lagi kata-kata pujian dari masyarakat. Mereka juga terpaksa berhadapan

    dengan penentangan dan terpaksa membela diri mereka dengan membuka rahsia

    sebahagian keterangan kerja-kerja yang baik. Di dalam keadaan begini adalah tidak

    mudah untuk mendapat kemasyhuran nama. Tetapi dia bukan tamak untuk mendapat

    kemasyhuran nama. Kemasyhuran nama serta penghebahan kerja boleh terjadi secara

    tabii. Namun demikian penyakit ingin mendapat kemasyhuran tidak akan menjangkiti

    pemikiran si pembuat walaupun dia mungkin memperolehi kemasyhuran tetapi itu bukan

    menjadi matlamatnya. Dia mungkin mendapat penghargaan umum tetapi pencapaian itu

    bukanlah matlamat yang ditujuinya. Keadaan untuk bercambahnya sifat bermuka-muka

    mungkin menyerangnya tetapi perkara ini tidak berkesan terhadapnya. Ini memerlukan

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    30/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    30

    kerja yang keras, sentiasa waspada dan usaha yang bersungguh-sungguh. Jika berlaku

    sedikit kelalaian sekalipun boleh memberi jalan kemasukan kuman kemunafikan.

    a. Usaha orang perseoranganUntuk menjauhi penyakit ini, usaha orang perseorangan dan jamaah adalah penting.

    Cara bagi usaha perseorangan ialah setiap peribadi perlu merancang untuk melakukan

    tugas tertentu yang boleh disembunyikan (jangan menunjuk-nunjuk) dan perlu meneruskan

    penyemakan (muhasabah) diri sendiri. Jika dia merasai lebih berpuas hati dengan amal

    soleh yang tidak dilihat oleh masyarakat; jika didapati lebih condong kepada pilihan kedua

    itu, dia perlu mengambilnya sebagai suatu amaran bahawa bermuka-muka (menunjuk-

    nunjuk) telah menjangkitinya; kemudiannya dia perlu meminta belas rahim Allah disertai

    dengan keinginan yang bersungguh-sungguh cuba menyemak dan mengelak kecenderungan

    ini dalam pemikirannya.

    b. Usaha jamaahHubungan yang demikian bukan hanya boleh memusnahkan pembalasan dari Allah

    tetapi ia juga akan menghalang permulaan usaha yang betul. Niat yang buruk akan

    menghasilkan pengaruh yang tidak sihat kepada budi pekerti. Dengan kekurangan sifat-

    sifat utama itu, adalah tidak mengkin meneapai kejayaan dalam risalah yang bertujuan

    untuk menggantikan yang buruk dengan kebaikan. Di sini kita berdepan lagi dengan

    kesukaran yang sama yang telah dikiaskan terdahulu dari ini. Dalam sebahagian raneangan

    kerja yang baik adalah tidak begitu sukar untuk menjaga niat bebas dari kekotoran.Sedikit perhubungan dengan Allah dan jiwa yang bersih adalah mencukupi. Tetapi mereka

    yang mempunyai tujuan untuk merubah bahan (sistem) hidup sesebuah negara

    keseluruhannya dan meletakkannya sepenuh ke atas landasan benar yang ditentukan oleh

    Islam. Ianya tidak boleh diminati dengan hanya pembaharuan pemikiran atau ajaran atau

    pun perubahan akhlak sahaja. Mereka juga perlu kepada pergerakan yang merangkumi

    lembaga politik dengan sewajarnya. Mereka boleh memegang kuasa secara langsung atau

    melalui perwakilan yang diakui dan disokong oleh mereka. Dalam salah satu dari dua

    keadaan ini, konsep kuasa politik tidak boleh dipisahkan dari pembaharuan dalam politik

    yang dibina. Ini seakan-akan dikelilingi oleh gelombang air laut dan membiarkan pakaian

    yang basah. Di mana satu kumpulan boleh meneruskan tugasnya dengan kesungguhan dan

    seterusnya niat ahli dan jamaah seeara keseluruhan tidak boleh dibiarkan tercemar

    dengan rasa untuk memperolehi kuasa bagi diri sendiri.

    Cara bagi usaha jamaah ialah jamaah tersebut tidak boleh membenarkan

    kecenderungan kepada sifat nifaq wujud di kalangan anggotanya. Mereka perlu

    mengehadkan penghebahan kepada umum tentang perkara yang sebenar. Walaupun

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    31/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    31

    terdetik sedikit keinginan untuk menunjuk maka lintasan itu patut dibinasakan dari awal-

    awal lagi. Dalam perbincangan kumpulan, sebarang petanda sesuatu tindakan itu akan

    menimbulkan persetujuan atau perlakuan tertentu yang menyebabkan hilang kepercayaan

    masyarakat maka ia mestilah dihindarkan. Suasana dalam jamaah perlulah merupakan

    asuhan kepada pemikiran yang tidak mempedulikan pujian dan penghinaan umum. Juga

    tidak menggalakkan keadaan pemikiran yang menjadi rendah apabila tidak mendapatpujian atau sanjungan tiada mendapat kekuatan (semangat) dengan tiada pujian dari

    masyarakat. Sekalipun sebilangan keeil sahaja ahli jamaah menunjukkan kecenderungan

    bermuka-muka, mereka tidak boleh digalakkan. Sebaliknya rawatan yang sesuai perlu

    diambil untuk menyembuhkannya.

    3. Berniat burukKesalahan dasar yang ketiga ialah bemiat buruk di mana tidak dapat menghasilkan

    kebaikan jika wujud perkara itu. Amal yang baik hanya boleh dilakukan dengan niat yangbersih (suci) untuk menyebarkan kebaikan di dalam dunia dan untuk mendapat keredhaan

    Allah Subhanahu Wataala. Niat ini tidak boleh dihubungkan dengan minat peribadi atau

    jamaah. Kita juga tidak bertujuan untuk mendapat sebarang keuntungan duniawi. Justeru

    sebarang alas an untuk mencapai sesuatu harapan atau cita-cita untuk kepentingan diri

    kita sendiri tidak boleh dikemukakan.

    Latihan ini memerlukan perjuangan yang besar bagi orang-orang perseorangan dan

    darjah kemurnian hati dan jiwa yang tinggi.

    Dalam hal ini, untuk tiba ke tempat tumpuan yang betul, kita perlu memahami

    hakikat perbezaan di antara dua perkara yang serupa. Kita perlu jelas bahawa seseorang

    yang ingin perubahan dalam cara hidup jamaah tidak boleh menyimpangi niatnya dari

    kesan perubahan politik yang terbina bersama perubahan yang lain. Jelaslah di sini

    bahawa suatu perubahan dalam corak politik membawa erti bahawa kuasa perlu berada di

    tangan mereka yang inginkan perubahan atau perlu dipegang oleh mereka yang mempunyai

    kehendak yang sama. Tetapi perbezaan yang terletak dalam kehendak kuasa untuk diri

    dan mencari kuasa sebagai dasar (untuk menjalankan prinsip Islam) adalah dua perkara

    yang berbeza. Dasar yang ditentukan dengan kuasa boleh bererti kuasa bagi pemegang

    dasar (prinsip). Tetapi secara jujur menghendaki kuasa untuk menjalankan prinsip dan

    kehendak pemegang prinsip untuk mendapatkan kuasa bagi diri mereka adalah dua

    perkara yang terpisah. Perbezaannya terletak dalam matlamatnya (intisarinya). Perkara

    kedua, dipenuhi dengan niat buruk sedangkan yang pertama tidak. Niat yang benar perlu

    ditetapkan awal-awal lagi walaupun terpaksa melibatkan harga dirinya. Tetapi

    pemikirannya tidak mempedulikan perkara yang kedua. Contoh yang ditunjuk oleh

    junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan Khalifah Ar-Rasyidin adalah tersedia jelas.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    32/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    32

    Mereka berusaha untuk menegakkan satu cara hidup yang berlandaskan Islam dengan

    menggantikan sistem hidup yang lazim (jahiliyyah). Tugas ini menuntut kuasa politik

    kerana adalah tidak mungkin menegakkan Islam tanpanya sama sekali. Dalam hal yang

    sebenar, mereka telah mendapat kuasa politik. Tetapi tiada manusia yang jujur boleh

    meragui bahawa mereka (Nabi dan Khalifah Ar-Rasyidin) bertujuan untuk mencari

    kekuasaan bagi mereka sendiri (mereka tidak bermatlamat untuk mendapat kekuasaanuntuk kepentingan diri). Sebaliknya bukti-bukti sejarah (dahulu, hari ini dan akan datang)

    penuh dengan pencari kekuasaan (tamak dan gila kuasa untuk kepentingan diri). Dan

    apakah perlu mencari mereka (Nabi dan Khalifah Ar-Rasyidin) dalam rekod sejarah yang

    lain? Malahan hari ini mereka telah menjadi ikutan kita. Jika pemegang kuasa dikira hanya

    sebagai peristiwa yang kelihatan tiada perbezaan di antara dua kumpulan namun dari

    sudut niat terdapat perbezaan yang luas di antara keduanya. Perlakuan dari dua kumpulan

    itu berhubung dengan aktiviti mereka sewaktu perjuangan dan selepas mencapai kejayaan

    lahirlah tanda yang tidak dapat disalahkan lagi bagi perbezaan di antara tujuan mereka.

    Mereka yang ikhlas menghendaki cara hidup Islam tertegak secara menyeluruh,

    mestilah secara perseorangan bagi memahami perbezaan ini. Seterusnya jamaahnya perlu

    bersama cuba meninjau bahawa niat untuk mencapai kuasa untuk diri mereka sendiri tidak

    pernah menjangkiti tubuh gerakan mereka.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    33/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    33

    BAB KEENAM

    KELEMAHAN-KELEMAHAN DIRI MANUSIA

    1. Mementingkan diri sendiri2. Tabiat tidak seimbang3. Pemikiran yang sempit (singkat akal)4. Membuat keputusan yang lemah

    Terdapat beberapa kesalahan walaupun sebenarnya tidak merosakkan asas (dasar)

    sesuatu pekerjaan. Tetapi ianya memainkan tugas terpenting dalam merosakkannya.

    Sekiranya ia dibiarkan berterusan dengan kecuaian dan kurang berhati-hati boleh

    membawa kehancuran. Syaitan memperalatkannya bagi menghalang kemajuan bagi sesuatu

    kebaikan. Ia mengalihkan kebaikan manusia kepada keburukan dan membawa gangguan ke

    dalam sesuatu jamaah. Oleh itu penting bagi menyemak kecenderungan buruk ini untukmengekalkan jamaah yang sihat. Tetapi yang lebih penting lagi ialah orang perseorangan

    dan jamaah yang berhasrat untuk membuat pembaharuan di dalam masyarakat serta

    menegakkan peraturan Islam itu berjaga-jaga supaya tidak bercampur sama sekali dengan

    unsur-unsur yang melemahkan ini.

    Dengan meneliti bersungguh-sungguh kerosakan-kerosakan ini akan jelas bahawa ia

    berpunca dari beberapa kelemahan sifat manusia dan kelemahan-kelemahan ini melahirkan

    sejumlah besar kesilapan. Untuk memudahkan memahaminya, kita perlu mengambil setiap

    kelemahan dan cuba mencari puncanya dahulu. Seterusnya mengkaji bagaimanaperkembangannya dan kerosakan-kerosakan yang dihasilkan. Dengan cara ini kita akan

    dapat mengesan pembentukkan setiap kecacatan dan akan cuba pula menentukan tempat

    sebenar bagi mengubatinya.

    1. Mementingkan diri sendiriDi antara kelemahan manusia yang paling menguasai dan mengganggunya ialah sifat

    mementingkan diri sendiri. Keadaan sebenarnya berpunca dari fitrah tabii manusia yang

    mengasihi diri sendiri. Ini bukanlah merupakan perkara yang buruk malahan perlu di dalam

    batasnya serta berguna pula. Allah telah mengurniakan gerak hati ini untuk kebaikan

    manusia sendiri yang digunakan untuk keselamatan dan kesihatannya. Jika emosi ini

    didorong oleh syaitan ia akan bertukar pengasihan yang bersangatan (berlebihan) dan

    menurut kata hati (perasaan) dan menjadikan seseorang itu mementingkan diri sendiri.

    Ini selanjutnya menjadi pembuka jalan keburukan yang sepatutnya punca kebaikan. Setiap

    peringkat peningkatannya akan menghasilkan rantaian-rantaian kesilapan (kesalahan) yang

    baru.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    34/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    34

    a. Rasa girang hati (tanpa berasa bersalah)Perangai ini membawa kecenderungan seseorang itu membuat andaian yang salah.

    Dia mula menyangka dirinya bebas dari kesalahan dan mempunyai ciri-ciri kebaikan. Dia

    akan menahan dirinya dari mengambil tahu kesalahan-kesalahannya serta kelemahannya.Dia berpuas hati hanya dengan secara meminta maaf (tidak kisah) atas semua kelemahan

    dan kekurangannya. Perasaan kepentingan diri ini ada peringkat awalnya pun sudah

    menutup pintu bagi pembaharuan dan kemajuan dengan tangannya sendiri.

    Apabila seseorang itu merasai dirinya sangat baik, ia akan memasuki hidup berpuak

    (berkelompok). Serta mengingini orang lain menganggapnya sedemikian. Dia suka

    mendengar pujian ke atas dirinya dan tidak sabar terhadap sesuatu teguran terhadapnya.

    Walaupun nasihat yang bersimpati (berguna) sekalipun akan menyakiti keakuannya. Sifat

    keakuannya memutuskan semua cara dalaman dan luaran bagi pembaharuan danpembetulan dirinya.

    Sukar bagi orang perseorangan itu mendapatkan segala yang diingini di dalam hidup

    berkelompok. Seseorang yang mementingkan diri terpaksa menanggung tarikan hidup

    berkelompok kerana dirinya membawa pertentangan dengan sifat-sifat baik masyarakat.

    Pada semua keadaan di dalam masyarakat dirasainya berlawanan dengan kehendak dan

    cita-citanya. Keadaan pertentangan ini tidak menghalangnya dari mengambil cara luaran

    atau dalaman bagi mengubah diri. Tetapi sentakan pertentangan dan kegagalan

    kehendaknya membawa kesombongan yang hancur tadi ke satu jenis kecacatan yang lebihserius. Dia mula mengetahui bahawa terlalu ramai orang yang lebih baik darinya dan

    mendapat pengurniaan lebih dari sepatutnya. Sedangkan ia tidak mendapat bahagian yang

    diingininya. Terdapat orang yang menghalangi jalannya ke peringkat yang dihormati

    kerana merasai dirinya berkelayakan penuh. Masih ramai yang mengkritiknya dan mencari

    kelemahan kebolehannya. Semua faktor ini menyemarakkan rasa cemburu dan dendam

    terhadap orang lain. Sebagai hasilnya, dia meneliti hal orang lain, mencari kesalahan

    mereka dan turut sama menceritakan keburukan mereka itu. Ia merasa senang jika

    mengetahui kesalahan mereka itu dan turut menghebohkan kepada orang lain. Dia ke sana

    sini membawa penerangan dan membuat rancangan. Jika sifatnya lemah atau menjadi

    lemah dengan aktiviti-aktiviti tadi, dia akan jadi lebih teruk dan mula membuat dosa-dosa

    yang besar seperti berita palsu, fitnah dan tuduhan palsu. Dia meneruskan dengan

    kejahatan ini dan tidak dapat menyelamatkan dirinya dari terjatuh ke dalam peringkat

    akhlak yang keji itu. Dia hanya boleh membetulkan kembali sekiranya kesilapan awalnya

    jelas baginya pada peringkat keruntuhan akhlaknya.

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    35/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    35

    Tiada gangguan sosial boleh berlaku sekiranya kesalahan di atas dibatasi pada

    seseorang itu. Pengaruhnya hanya dapat sampai kepada beberapa orang sahaja. Jika

    jumlah orang yang sedemikian begitu ketara, keseluruhan masyarakat akan dipengaruhi

    oleh perangai buruk mereka.

    Jelas bahawa saling bantah membantah akan terjadi sekiranya terdapat salingcuriga mencurigai, cuba mencari kesalahan orang lain, mengada-adakan cerita dan

    mencari-cari tempat yang ramai orang saling adu-mengadu, saling bersaingan untuk

    mengalahkan orang lain dan membongkak dahagakan untuk membalas dendam apabila

    disakiti. Hal begini tidak akan menghalangi terjadi puak-puak. Tiada tempat untuk

    mengadakan hubungan mesra dan perbincangan untuk sebarang kerjasama yang membina.

    Sebaliknya ketegangan dan perselisihan akan bercambah dan tabiat ini tidak terhad

    kepada mereka yang rosak psikologinya. Malahan yang sihat pemikirannya juga akan

    dipengaruhi. Seseorang mulia yang bersemangat boleh memikul bukan hanya kritikan yang

    benar malahan dapat mengabaikan (tolak ansur) kritikan yang salah di hadapannya. Namunbegitu umpatan itu setidak-tidaknya akan menyakiti hatinya dan sekurang-kurangnya dia

    akan percaya bahawa mereka itu turut memfitnahnya. Demikian juga seseorang yang

    berfikiran bersih dapat melupakan perlakuan yang buruk dilemparkan terhadapnya akibat

    irihati atau cemburu. Dia dapat memaafkan mereka, perosak budi pekerti yang membuat

    tuduhan palsu dan dakyah. Malahan serangan yang lebih serius dan menyakiti dapat

    dimaafkan. Namun begitu dengan kemampuannya perlu dia menyelesaikan hal itu dengan

    mereka yang budi pekertinya buruk yang telah dialaminya sendiri. Jelaslah di sini dapat

    dibayangkan betapa mudah syaitan dapat bertapak apabila masyarakat di sekeliling telah

    dijangkiti dengan keburukan di atas. Dalam keadaan begini orang yang terbaik sekalipuntidak dapat melawan ketegangannya walaupun mereka mungkin dapat menyelamatkan

    dirinya dari bergaduh.

    Rasanya tidak perlu diperkatakan di sini lagi bahawa bagi mereka yang ingin

    bekerja bersama-sama untuk pembaharuan dan peningkatan mesti bebas dari unsur-unsur

    sedemikian. Sesungguhnya penyakit mementingkan diri sendiri terbukti lebih merbahaya

    dari penyakit taun atau sebarang wabak penyakit. Tiada rancangan kerja yang membina

    dapat subur dengan kehadiran orang-orang sedemikian.

    b. Bertaubat dan memohon pengampunanPeraturan (hukum) Allah menentukan pengubatan penyakit ini sejak awal-awal lagi

    dan pada semua peringkat memberi arahan supaya menyemaknya. Di dalam kitab suci Al-

    Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. ada mengarahkan dengan menasihatkan supaya

    memohon pengampunan dan bertaubat. Mereka perlu menyedari kesalahan dan kekurangan

    mereka, mengakui kesilapan dan perlakuan salah. Di dalam menyempurnakan tugas yang

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    36/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    36

    berat, mereka tidak merasa sombong sebaliknya berperikemanusiaan serta tunduk,

    mendekati Allah dan mengharapkan pengampunannya terhadap kekurangan yang berada di

    dalam pencapaiannya. Tiada siapa yang lebih baik pencapaiannya dari Rasulullah s.a.w. dan

    tiada yang telah mencapai kerja yang lebih besar darinya. Walaupun telah mencapai kerja

    yang termulia dalam sejarah, baginda telah diarahkan oleh Allah sebagai berikut:

    #s)u!$y_t!$#xGx9$# u|Mr& uu}$9$#={t!$#%[ #ur&xm7|spt2y7n/utG$#u4)t%2$R/#s?

    Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad

    berjaya menguasai negeri Makkah) Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama

    Allah beramai-ramai Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah

    ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.An-Nasr: 1-3

    Dengan perkataan lain, saudara perlu memikirkan bahawa hanya Allah yang berhak

    dipuji bagi kejayaan sesuatu pekerjaan yang menggunakan tenaga saudara dan bukan

    saudara sendiri. Dengan kurniaannya telah memberikan kejayaan saudara dengan

    kesungguhan saudara. Sudah sepatutnya saudara merasai sedemikian dan

    membuktikannya kerana itulah sewajarnya. Oleh itu bukan sepatutnya meminta sesuatu

    penghargaannya tetapi memohon keampunannya bagi sesuatu kekurangan yang masih ada.

    Saidatina Aisyah r.a. sebagaimana dinyatakan oleh Imam Bukhari menerangkan bahawa

    Rasulullah s.a.w. selalu menyatakan sebelum kewafatannya;

    Aku memuji Allah dan mengharapkan kemaafannya dan memohon keampunannya.

    Inilah juga yang dilakukan di dalam kehidupan sehariannya. Sebagaimana yang

    dinyatakan dari Abu Hurairah r.a. oleh Imam Bukhari bahawa beliau telah mendengar

    Rasulullah s.a.w. bersabda:

    Demi Allah, aku memohon keampunan Allah lebih dari 70 kali sehari.

    Sesiapa yang menerima jiwa yang sedemikian tidak akan membiarkan rasa

    kegirangan bercambah dalam pemikirannya dan menganggapnya sebagai pohon beracun

    yang buahnya memulakan penderhakaan dan gangguan.

    c. Melahirkan kebenaran

  • 7/29/2019 Prasyarat Kejayaan Harakah Islamiyah

    37/56

    PRASYARAT KEJAYAAN HARAKAH ISLAMIYAH

    37

    Dari keterangan di atas, jika keburukan itu memenuhi pemikiran seseorang, hukum

    Allah bersedia untuk menahannya dari berterusan dalam perangai dan akhlaknya dan

    memberikan perintah yang tegas bagi