produk tiruan

Upload: mohamad

Post on 18-Jul-2015

3.139 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PRODUK TIRUANProduk tiruan semakin popular dan laris dalam pasaran tempatan.Dalam keadaan ini,usaha-usaha perlu diambil untuk melindungi produk asli daripada menjadi mangsa peniruan .jelaskan penyataan ini.

Pendahuluan Isu cetak rompak telah menjadi suatu masalah di negara ini. Kerajaan telah berusaha membanterasnya namun pengguna-pengguna masih boleh mendapatkan barangan itu daripada peniaga. Ada beberapa punca masalah ini dan cara mengatasinya.

Barang tiruan bermaksud, pembeli tidak sedar bahawa mereka dikelirukan oleh penjual agar percaya bahawa barangan yang dibeli ialah barangan asli. Barang tiruan dihasilkan apabila sesuatu barangan asli mendapat permintaan yang tinggi - boleh terdiri daripada pelbagai barangan pengguna - ubat, alat ganti, pakaian, aksesori lelaki dan wanita, makanan tambahan, alat elektrik, dll.

Isi-isi penting Popular dan laris -produk terkenal antarabangsa seperti nike, adidas, bonia, levis, coach, dll - Produk tiruan lebih murah berbanding dengan produk asli -mudah didapati di pasar raya, pasar malam, dankedai-kedai di kaki lima. -diminati oleh golongan belia dan remaja. Contoh: sekeping cakera padat tiruan bernilai hanya RM5.00 sekeping berbanding cakera padat asli bernilai RM39.90 sekeping.

Isi-isi penting 2. Kesedaran pengguna yang masih rendah. -Kebanyakan pengguna hanya memikirkan penjimatan kos atau perbelanjaan tanpa memikirkan mutu keluaran yang digunakan. -Pengguna beranggapan barangan hanya digunakan dalam jangka masa pendek seperti cakera padat tiruan filem-filem terkenal . -Kesedaran tentang harta intelek dan ilmu kepenggunaan yang rendah dalam kalangan masyarakat - menganggap berjual beli barangan tiruan bukan kesalahan besar.

Isi-isi penting 3.Penguatkuasaan undang-undang yang lemah - tindakan bermusim - bertindak berdasarkan laporan sahaja -seperti pihak kastam, polis, pihak berkuasa tempatan (PBT) - sukar kawal kerana melibatkan jumlah sindiket cetak rompak yang banyak. - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) KPDNHEP pula kekurangan kakitangan . - wujud pula masalah rasuah dalam kalangan penguatkuasa - undang-undang tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Isi-isi penting 4. Mudah didapati -Di pasar-pasar malam, di kaki-kai lima kedai dan kompleks beli belah -Dipamerkan secara terbuka. - mempercayai bahawa penggunaan barangan berjenama meningkatkan imej dan status - beli barang tiruan dapat mengisi kepuasan diri itu.

Isi-isi penting Langkah melindungi produk asli 1. Menurunkan harga produk tulen -Jika harga sebuah DVD tulen sekitar RM10.00 hingga RM15.00, maka pengguna akan memilih produk tulen kerana berkemampuan. -Dengan harga berpatutan, pengguna pasti akan mendapatkan barangan tulen yang bermutu tinggi. - Harga barangan yang berpatutan tetapi kualitinya tinggi tentu akan membuat pengguna menolak terus hasil tiruan yang kualitinya sangat rendah .

Isi-isi penting 2. Hukuman yang berat juga akan menyebabkan industri cetak rompak lumpuh. -Berdasarkan undang-undang, syarikat yang didapati bersalah melakukan kegiatan cetak rompak boleh dikenakan denda maksimum setengah juta ringgit -Pengusaha barangan cetak rompak juga boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun (h4). Selain itu lesen perniagaan mereka akan ditarik balik oleh kerajaan.

Isi-isi penting 3.Menjadikan subjek KEPENGGUNAAN sebagai subjek teras dan subjek peperiksaan. - wajib diambil oleh pelajar dalam kurikulum sekolah rendah, menengah dan di institut pengajian tinggi. -melentur buluh biar dari rebungnya,memberi pendedahan lebih awal kepada generasi awal tentang mencegah penggunaan barang tiruan.

Isi-isi penting 4. Pendidikan kepenggunaan dan kesedaran dalam kalangan pengguna sepanjang masa dalam media massa. -menyedarkan pengguna bahawa mengguna barang tiruan adalah kesalahan. -media massa perlu menyediakan iklan yang berguna mengenai bahayanya penggunaan barang tiruan.

Kesimpulan Industri cetak rompak sangat merugikan negara dari sudut pungutan cukai. Manakala para karyawan pula tidak mendapat pulangan royalti. Oleh itu semua pihak mesti bekerjasama dalam usaha membanteras kegiatan cetak rompak.