profil usahawan zero to hero - suraya

5
Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary Pengenalan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005 hingga 2011. Anggaran kekayaan beliau adalah 10.6 billion. Menurut majalah Forbes, beliau orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikat utamanya yang menggajikan lebih 110,000 orang dan 250,000 secara tidak langsung. Latar Belakang Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Anak kepada pasangan syed Nor Albukhary dan Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat, anak jati Alor Setar ini dilahirkan pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Upload: mutiara-technology

Post on 10-Nov-2015

54 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Zero to Hero

TRANSCRIPT

  • Tan Sri Syed Mokhtar Al- Bukhary

    Pengenalan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset

    sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak

    kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan,

    pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa,

    beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa pendidikan tidak menjamin

    kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai

    harta bernilai RM8.84 bilion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada

    2005 hingga 2011. Anggaran kekayaan beliau adalah 10.6 billion. Menurut majalah Forbes, beliau

    orang ke-32 terkaya di Asia Tenggara. Beliau adalah orang kedua terkaya di Asia Tenggara selepas

    pengerusi Berjaya Corp, Vincent Tan. Syarikat utamanya yang menggajikan lebih 110,000 orang dan

    250,000 secara tidak langsung.

    Latar Belakang

    Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara

    Semenanjung Malaysia. Anak kepada pasangan syed Nor Albukhary dan Sharifah Rokiah Syed

    Mohamed Rahmat, anak jati Alor Setar ini dilahirkan pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari

    Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga

    ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an,

    barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun

    1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang

    adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan

    hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja

    mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

  • Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau

    berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor

    Baru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al

    Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung

    persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheals. Pendidikan yang tertinggi

    adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak

    bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah

    diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.

    Cabaran serta kerjayaan dalam perniagaan

    Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu

    penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut.

    Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus asa bagun semula dan mengambil alih perniagaan dan

    mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi

    membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan

    menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau

    berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam

    dunia perniagaan.

    Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun

    1972, beliau Berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan

    pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori

    Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan

    perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen

    perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya

    mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga

    Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.

    Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang

    peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala

    Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52

    peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus.

    Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula.

    Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn.

    Bhd. kini mencecah RM250 juta.

    Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau

    kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak

    membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi

    membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam.

  • Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi

    mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila

    Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau

    menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi

    mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings

    mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek

    Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

    Awal Perniagaan

    1971 : Perniagaan daging di Alor Setar

    1972 : Perniagaan Pengangkutan Lori (Syarikat Pengangkutan Sentosa)

    1974 : Membeli rumah kedai pertamanya, di Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar

    1975 : Menubuhkan Syarikat Shah

    1976 : Syarikat usahasama, Bukhary Sdn. Bhd, Jalan Telok Wan Jah, Alor Setar

    1977 : Bukhary (KL) Sdn. Bhd., Jalan Pahang, Kuala Lumpur

    1978 : Menyertai delegasi Pernas ke Pesta Perdagangan Canton, China

    1979 : Syarikat Susu Mas Sdn. Bhd.

    Amtek Holdings

    Amtek Shoes

    Amteks Garment Sdn.Bhd.

    Oriental Garments Uniform Division

    Bukhari Shipping

    Bukhary Development

    Beliau mengusahakan kebanyakkan produk-produk berasaskan keperluan seperti makanan dan pakaian.

  • Kejayaan & Sumbangan

    Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang

    membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya

    di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin

    Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan

    pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung

    Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat

    dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun

    1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan

    selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus

    daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang

    terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan

    Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu

    pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat

    syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan

    memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek

    yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan

    yang termaju di rantau ini.

    Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf

    International Invesment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro

    Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal

    Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad,

    Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak

    lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan

    keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor

    pemulihan ekonomi. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan

    majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

    Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di

    mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak gas-fired di

    Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed

    Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki

    kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui

    Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga

    merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan

    pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.

    Hari ini, beliau juga memiliki syarikat Gardenia dan Proton, beliau adalah idola saya. Beliau telah

    membuktikan bahawa usahawan tidak hanya mengaut keuntungan tetapi memberi kepada yang lain

  • juga penting. Beliau telah membelanjakan jutaan ringgit untuk tujuan kebajikan seperti mendirikan

    Masjid, memberi biasiswa dan tuisyen percuma, mendirikan pusat dialysis percuma, memberi bantuan

    kepada mangsa bencana alam dan pelbagai lagi kerja-kerja kebajikan yang beliau lakukan. Beliau juga

    'Wira Dermawan Asia'.

    Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah

    kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang

    Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh

    KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato.

    KUNCI KEJAYAAN

    Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan

    dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang

    yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan

    dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai

    terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau

    memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.

    Beliau tidak mempunyai pendidikan formal di peringkat tinggi, ternyata beliau luas dalam pengalaman

    hidup terutama jatuh bangun dalam perniagaan yang menjadi gurunya sehingga dicatatkan sebagai

    Melayu terkaya di Malaysia. Sikap beliau yang komited dengan mengamalkan disiplin yang tinggi

    dancekal dalam setiap usahanya sehingga membuahkan hasil, terutamanya mengeluarkan diri dan

    keluarga dari kepompong kemiskinan.

    Rujukan

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Syed_Mokhtar_Al-Bukhary#Rujukan

    http://www.usahawan.com/tokoh-perniagaan/rahsia-kejayaan-tan-sri-syed-mokhtar-al-bukhary.html

    penulis: suraya kader ibrahim