program pengayaan

6
PROGRAM PENGAYAAN 1 Program pengayaan merupakan satu ran cangan pembelajaran yang dibentuk untuk murid-murid memperolehi pelbagai pengalaman berdasarkan aktiviti yang sejajar dengan kebolehan murid dan pemikiran murid. Aktiviti yang dirancang hendaklah: Menarik dan mencabar Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka. OBJEKTIF – OBJEKTIF PENGAYAAN 1. Supaya murid-murid dapat menggunakan kemahiran yang dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memp[erluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka. 2. Dapat menjalani aktivit-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. 3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka. 4. Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu. 5. Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran. 1 2HB APRIL 2011, KULIAH - SABTU Page 1 of 6

Upload: sohib-alquran

Post on 20-Jun-2015

9.629 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program pengayaan

PROGRAM PENGAYAAN 1

Program pengayaan merupakan satu ran cangan pembelajaran yang dibentuk untuk murid-murid memperolehi pelbagai pengalaman berdasarkan aktiviti yang sejajar dengan kebolehan murid dan pemikiran murid.

Aktiviti yang dirancang hendaklah:

Menarik dan mencabar

Memperluaskan pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka.

OBJEKTIF – OBJEKTIF PENGAYAAN

1. Supaya murid-murid dapat menggunakan kemahiran yang dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memp[erluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka.

2. Dapat menjalani aktivit-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka.

3. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.

4. Memupuk tabiat membaca melalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu.

5. Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran.

6. Memperkembangkan bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran dan sebagainya.

7. Memperkembangan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.

1 2HB APRIL 2011, KULIAH - SABTU

Page 1 of 5

Page 2: Program pengayaan

JENIS-JENIS PENGAYAAN

Aktiviti pengayaan boleh dikelaskan kepada dua kategiori;

1. Pengayaan mendatar2. Pengayaan menegak

1. Pengayaan mendatar

1.1. Pengayaan mendatar merupakan aktivit pengayaan berdasarkan kebolehan murid-murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid.

1.2. Murid-murid dalam kumpulan lambat diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti pengayaan yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas.

2. Pengayaan menegak

2.1. Pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti pengayaan akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.

PERBEZAAN ANTARA PENGAYAAN MENEGAK DAN MENDATAR

PENGAYAAN MENDATAR PENGAYAAN MENEGAK

1. Dirancang untuk kumpulan mengikut kebolehan

1. Dirancang untuk kumpulan cerdas sahaja

2. Kadar kesukaran akticviti pengayaan adalah berlainan di anatara kumpulan.

2. Kadar kesukaran aktiviit pengayaan bagi murid-murid kumpulan cerdas adalah sama.

Page 2 of 5

Page 3: Program pengayaan

3. Jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri lembaran kerja

3. jenis aktiviti pengayaan biasanya terdiri daripada kerja projek, permainan dan rekreasi

4. aktiviti pengayaan ini biasanya diberikan mengikut unit kemahiran yang di ajar.

4. Aktiviti pengayaan ini biasanya diberikan lebih daripada unit kemahiran yang diajarkan.

5. Tujuan aktiviti pengayaan ini ialah untuk memperkukuhkan kemahiran yang telah dikuasai

5. Tujuan memberi aktiviti pengayaan ini ialah mewujudkan kegembiraan dalam aktiviti pembelajaran, mencungkil bakat serta memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.

6. Setiap kumpulan akan menjalankan aktiviti pengayaan dnegan penggunaan kemahiran yang sama

6. Kumpulan cerdas menjalankan aktiviti pengayaan yang lebih mencabar sedangkan kumpulan sederhana dan lambat menjalankan aktiviti pengukuhan atau aktiviti pemulihan.

PENGELOLAAN AKTIVITI PENGAYAAN

1. OBJEKTIF

Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada semua peringkat murid dalam bilik darjah, peringkat cerdas, sederhana dan lambat. Memandangkan kebolehan tiap-tiap kumpulan adalah berbeza, maka objektif aktiviti pengayaan haruslah berlainan mengikut kesesuaian dan kebolehan serta taraf pencapaian kumpulan masing-masing.

2. BIDANG

Memandangkan kebolehan dan taraf pencapaian adalah berbeza, maka aktiviti pengayan haruslah berlainan.

Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana diberikan aktiviti pengayaan yang lebih kompleks dan mencabar. Bagi kumpulan yang lambat, aktiviti yang lebih mudah tetapi menarik.

Page 3 of 5

Page 4: Program pengayaan

3. MASA

Setiap hari; 20-30 minit.

Selepas murid-murid menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran.

Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.

4. AKTIVITI

Aktiviti pengayaan haruslah dijalankan secara tidak formal. Segala aktiviti pengayaan haruslah secara bersendirian atau secara kumpulan.

Bagi aktiviti kumpulan, guru boleh menyuruh murid yang cerdas membimbing murid-murid dalam kumpulannya atau kumpulan lambat. Cara ini memberikan peluang kepada murid yang cerdas menambah pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan mereka.

Corak aktiviti haruslah menarik, mencabar bdan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid.

Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan, guru boleh berbincang dengan murid-murid mengenai dengan hasil aktiviti mereka serta memberikan penghargaan sebagai galakan.

5. BAHAN

Bahan yang biasanya digunakan untuk aktiviti pengayaan;

Kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja dan alat-alat bantu mengajar.

Bahan-bahan pengajaran haruslah mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid boleh menjalankannya tanpa banyak bergantung daripada tunjuk ajar guru.

Page 4 of 5

Page 5: Program pengayaan

6. RUNAG / TEMPAT

Penyusunan meja dan kerusi murid adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan. Biasanya kumpulan dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Tiap-tiap kumpulan mempunyai bilangan murid yang berbeza, biasanya kumpulan sederhana lebih ramai dariapada kumpulan yang lain.

Murid-murid dalam sesuatu kumpulan tidaklah semestinya kekal dalam kumpulan itu. Mereka boleh dipindahkan mengikut kemajuan mereka dalam sesuatu mata pelajaran.

Page 5 of 5