program tanggungjawab sosial korporat cintai hutan … majutan... · kursus pemurnian...

24
Perlis International Green Ride Perhimpunan Bulanan Julai 2013 Bil. 7/2013 Sambutan Hari RTM Ke-67, Hari Hutan Antarabangsa Penyampaian Sijil Perhutanan Pengawas Hutan 04 14 17 06 Diterbitkan sejak 1932 Edisi Mei-Ogos 2013 Untuk Kakitangan Jabatan Perhutanan www.forestry.gov.my Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan Warisan Kita

Upload: dinhhanh

Post on 31-Jan-2018

270 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

Perlis International Green Ride

Perhimpunan Bulanan Julai 2013 Bil. 7/2013

Sambutan Hari RTM Ke-67, Hari Hutan Antarabangsa

Penyampaian Sijil Perhutanan Pengawas Hutan

04 14 1706

Diterbitkan sejak 1932

Edisi Mei-Ogos 2013 Untuk Kakitangan Jabatan Perhutanan www.forestry.gov.my Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

Kementerian SumberAsli dan Alam Sekitar

Program Tanggungjawab Sosial Korporat

Cintai Hutan Warisan Kita

Page 2: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 20132

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

Pihak Jawatankuasa Majutan mengalu-alukan sebarang bentuk Cadangan / Artikel / Rencana / Komen daripada seluruh warga Perhutanan.

SILA MAJUKAN KEPADA ALAMATEmel : [email protected] , [email protected] , [email protected]

SIDANG REDAKSI MAJUTAN 2013PENASIHATYBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. RahimKetua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

PENGERUSIYBhg. Dato’ Masran bin Md SallehTimbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Peran-cangan)

KETUA PENGARANGYBhg. Dato’ Hj. Nor Akhirrudin bin MahmudPengarah Kanan Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan

JAWATANKUASA MAJUTAN 2013PENGARANGMohd Radhi Chu bin Abdullah

PENOLONG PENGARANG 1Asiah binti Yaacob

PENOLONG PENGARANG 2Kumaresan Sivakave

KONSEP DAN REKA BENTUKNorica Okang

URUSAN PERCETAKAN & EDARANKamal Kusyairi bin Abd Ghani

WAKIL JABATAN PERHUTANAN NEGERIJOHORThilagawathy a/p Raja

KEDAHSiti Sarah binti Shaharuddin

KELANTANSuryani binti Mohd Nordin

MELAKAWan Yusof bin Wan Karim

NEGERI SEMBILANSiti Norhayati binti Mohamad Mastar

PAHANGMelati binti Yusof

PERAKAzni Rahman bin A.Wahid

PERLISAhmad Fikri bin Mistar

PULAU PINANGSiti Nursyuhada binti Md Hassan

SELANGORTharmizie bin Sagiran

TERENGGANUShahril bin Mohamad

WAKIL BAHAGIAN IBU PEJABAT PERHUTANANPERANCANGAN & EKONOMI HUTANKamal Kusyairi bin Abd Ghani

PENGURUSAN HUTANIzaidah binti Talib

SILVIKULTUR & PEMELIHARAAN BIOLOGI HUTANRegina Mariah Jong

LADANG HUTAN DAN PERLINDUNGAN HUTANKhairunnisa binti M. Mamat

HAL EHWAL ANTARABANGSAHarry Yong

LATIHAN PERHUTANANDurrutul Ain binti Ahmad Zainudin

PENGUATKUASAAN HUTANAhmad Faizal bin Yusof

KEJURUTERAAN HUTANAb. Rashid bin Othman

KHIDMAT PENGURUSANHairul bin Abdul Hamid

PENGURUSAN MAKLUMATMutia Anggerek binti Jusoh

TEKNIKAL & INDUSTRI KAYUZulazfar Husaini bin Abdullah Sani

PERUNDANGAN DAN PENDAKWAANReanee Lee

FOREST ECO-PARK & HUTAN TAMAN NEGERIHj. Helmy Tariq bin Othman

KOMUNIKASI KORPORAT & PERHUBUNGAN AWAMSiti Syafiqah binti Yusop

SEKRETARIAT BAKAUSulahi @ Suhaili bin Hj. Rosli

SETIAUSAHA PUSPANITAZuraida binti Mohd Aziz

SETIAUSAHA PKSIPMuhammad Ezhar bin Yusuf

JURUFOTODzulkifli bin TukimanHairul bin Abdul Hamid

Dari Meja Ketua Pengarang

KANDUNGAN

EDISI MEI-OGOS 2013BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN UNTUK PEGAWAI PENYIASAT JABATAN PERHUTANAN 3

NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIA

PERLIS INTERNATIONAL GREEN RIDE 2 4

KURSUS ICT 2/2013 - KESELAMATAN ICT 5

KURSUS PEMURNIAN PENYELENGGARAAN BUKU LOD KENDERAAN DAN PANDUAN KE ARAH PEMANDU BERKUALITI 5

MAJLIS SAMBUTAN HARI RTM KE-67,HARI HUTAN ANTARABANGSA DAN HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA 6

TAHUN 2013 PERINGKAT NEGERI PERAK

LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PERHUTANAN (DASAR DAN PERANCANGAN) KE PROJEK PERINTIS 8

CENTRAL FOREST SPINE

KURSUS DESKTOP MANAGEMENT 8

KURSUS PENGGUNAAN GIS DAN GPS DALAM PENENTUAN DAN SEMAKAN SEMPADAN LUAR HSK 9

BENGKEL SUB-MODUL PENGURUSAN CUTI BAGI PEMBANTU TADBIR CUTI BAHAGIAN/UNIT IBU PEJABAT 9

PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

KURSUS PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS DAN CARDIO PULMONARY RESUSTANCY (CPR) 10

SEMINAR KEBANGSAAN PEMULIHARAAN HUTAN PERSISIRAN PANTAI NEGARA TAHUN 2013 10

SAMBUTAN HARI PERHUTANAN ANTARABANGSA TAHUN 2013 11

PAMERAN KARNIVAL PEKAN BUDAYA DUNGUN 2013 11

PROGRAM EKSPLORASI GUA TEMPURUNG PUSPANITA IPJPSM 11

LATIHAN MENEMBAK SIRI 1/2013 12

KURSUS PENGENALAN INDUSTRI BERASASKAN KAYU 12

KURSUS PENILAIAN KUALITI AIR SUNGAI BIL. 1/2013 13

KURSUS KEM BINA INSAN 14

KURSUS MODUL PENANDAAN POKOK BAGI PROJEK MEREPLIKASI PELAKSANAAN 15

SISTEM RADIO FREQUENCY IDENTIFICATION (RFID)

LAPORAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2013 BIL. 7/2013 16

OPERASI BERGERAK DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) 17

DALAM MENANGANI AKTIVITI PEMBALAKAN HARAM

FLORIA PUTRAJAYA 2013 17

KEJOHANAN BOWLING PUSPANITA IPJPSM SEMPENA HARI BAPA 2013 18

BENGKEL PENGECAMAN SPESIES BULUH 18

LAPORAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERHUTANAN PENGAWAS HUTAN SESI TAHUN 2012/2013 19

JUALAN PUSPANITA IPJPSM SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERHUTANAN PENGAWAS HUTAN SESI 2012/2013 20

MAJLIS PENYAMPAIAN KANDAT, PERSARAAN KAKITANGAN TAHUN 2013 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN 20

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2012

TAKLIMAT PEMANTAPAN PELAKSANAAN MC DAN I (HUTAN ASLI) KE ARAH PENCAPAIAN ZERO CARS KEPADA 21

PENOLONG PEMELIHARA HUTAN GRED G27 - G36 JABATAN PERHUTANAN PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT 22

PROJEK “CINTAI HUTAN WARISAN KITA” ANJURAN MALAKOFF CORPORATION BERHAD DENGAN KERJASAMA JABATAN

PERHUTANAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR 23

APA ITU POKOK BAOBAB 24

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam satu Malaysia.

Alhamdulillah, setinggi-tingi kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya jua dapatlah kita bersua dalam Buletin MAJUTAN Edisi Mei-Ogos tahun 2013. Di kesempatan ini, saya merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada kumpulan sidang redaksi dan penyumbang artikel yang sama-sama terlibat di dalam proses penghasilan buletin ini.

Buletin MAJUTAN Edisi Mei hingga Ogos tahun 2013 merupakan terbitan Ke-2 pada tahun ini. Sejajar dengan itu, Buletin MAJUTAN Edisi Mei hingga Ogos kembali lagi dengan penyampaian berita dan peristiwa yang penuh berinformasi. Program- program yang dirancang telah berjaya diadakan dengan lancar hasil kerjasama semua warga kerja JPSM dan ianya telah dimuatkan dalam MAJUTAN ini. Sesunguhnya dengan adanya penerbitan sebegini dapat memberi ruang kepada semua warga lebih proaktif dalam menyumbang artikel terkini untuk dikongsi bersama semua warga JPSM.

Harapan saya semoga ianya dapat memberi suntikan semangat baharu kepada semua warga JPSM supaya lebih cemerlang, gemilang di masa akan datang. Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”“HUTAN UNTUK KESEJAHTERAAN MASYARAKAT”“JPSM BERWAWASAN”“1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

Page 3: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 3

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

BENTONG, 12 MEi 2013 - Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan

Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah mengadakan Bengkel Penyediaan Kertas Siasatan untuk Pegawai Penyiasat Jabatan Perhutanan Negeri Semenanjung Malaysia buat julung kalinya pada 12 hingga 17 Mei 2013 di Cherengin Hills Convention & SPA Resort, Kampung Janda Baik, Bentong, Pahang. Bengkel ini telah dihadiri seramai 44 orang Pegawai Penyiasat daripada Jabatan Perhutanan Negeri dan turut hadir bersama ialah penceramah Pegawai Undang-Undang daripada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan IPJPSM. Tujuan utama Bengkel ini adalah untuk mempersiapkan pegawai penyiasat di negeri dalam menjalankan tugas-tugas siasatan dengan mengikuti prosedur dan peruntukan perundangan bagi menyediakan kes-kes kesalahan hutan untuk didakwa di mahkamah. Bengkel ini berjalan dengan lancar dengan adanya interaksi yang sangat baik dan berkesan di antara penceramah dan peserta. Justeru, mendapat sambutan yang sangat mengalakkan daripada Jabatan-jabatan Perhutanan Negeri untuk meneruskan siri kedua yang mana lebih menekankan kepada skop pengendalian kes mahkamah

BENGKEL PENYEDIAAN KERTAS SIASATAN UNTUK PEGAWAI PENYIASAT JABATAN PERHUTANAN NEGERI SEMENANJUNG MALAYSIADisediakan oleh: Reanee Lee, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Ucapan perasmian oleh Dato’ Hj. Nik Mohammad Shah bin Nik Mustafa, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Operasi dan Teknikal)

Sesi ceramah disampaikan oleh pegawai-pegawai daripada Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Semenanjung Malaysia

Perbincangan kumpulan di antara para peserta yang hadir ke Bengkel

Lakonan semula Prosedur Permohonan Reman di Mahkamah di hadapan majistret

Taklimat kertas siasatan oleh Pegawai Penyiasat di hadapan Timbalan Pendakwa Raya

Page 4: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 20134

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

PERLIS INTERNATIONAL GREEN RIDE 2Disediakan oleh: Ridzuan bin Man dan Mahfuzah binti Badian, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

Majlis Perasmian oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail

Sesi bergambar beramai-ramai sebelum kayuhan basikal bermula

Riders melawat kilang memproses air minuman mineral semulajadi milik Syarikat T.H. Mineral Water Industries (M) Sdn. Bhd. di Hutan Simpan Wang Mu

Riders berehat di Gua Kelam dan bergambar di Pameran orkid yang dianjurkan oleh Persatuan Orkid Perlis

BUKiT AYER, 12 MEi 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah mengadakan Program “Perlis International

Green Ride 2” Sempena Hari Keputeraan DYMM Tuanku Raja Perlis Ke-70 bertempat di Kompleks Sukan Basikal Lasak, Bukit Ayer, Perlis. Program ini telah dirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalulail. Baginda turut mencemar duli dalam menyertai kayuhan pada pagi tersebut di laluan kayuhan VIP iaitu merentasi Empangan Tasik Timah Tasoh.

“Riders” yang terlibat pada hari tersebut terdiri dari hampir seluruh negara seperti dari Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis dan Thailand. Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan masyarakat yang sihat dan menyelamatkan bumi dengan cara mengurangkan pengeluaran karbon dioksida. Program seumpama ini mampu menyemai dan memupuk rasa sayang serta tanggungjawab memelihara kehijauan alam semulajadi hutan kepada semua peringkat lapisan masyarakat.

Page 5: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 5

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

PULAU LANGKAWi, 16 MEi 2013 – Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung

Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan Kursus Pemurnian Penyelenggaraan Buku Lod Kenderaan & Panduan ke Arah Pemandu Berkualiti bertempat di Hotel Seaview, Pulau Langkawi, Kedah. Penceramah yang dijemput bagi menyampaikan kursus ini adalah Puan Norlilie Binti Padil dari Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Semua pemandu di Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menghadiri kursus selama 3 hari ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi meningkatkan penambahbaikan kepada penyelenggaraan buku log kenderaan disamping memberi suntikan semangat ke arah meningkatkan mutu perkhidmatan dan menerapkan budaya kerja yang cemerlang.

Peserta kursus sedang melaksanakan senaman ketegangan otot bagi memberi tumpuan terhadap taklimat.

Penyampaian cenderahati kepada tenaga pengajar.

KURSUS PEMURNIAN PENYELENGGARAAN BUKU LOD KENDERAAN DAN PANDUAN KE ARAH PEMANDU BERKUALITIDisediakan oleh: Puan Suhana @ Noorhuda bt Suhaimi, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Bergambar kenangan bersama peserta dan tenaga pengajar

iPJPSM, 15 MEi 2013 - Bahagian Pengurusan Maklumat B(PM) dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan B(LP) Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah menganjurkan kursus Keselamatan ICT di Bilik Mesyuarat Pengurusan Maklumat,

IPJPSM. Kursus telah mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan peserta. Kursus ini juga dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu Sesi 1 yang telah dihadiri seramai 17 peserta pada 15 Mei 2013 manakala Sesi 2 seramai 16 peserta pada 16 Mei 2013.

Antara objektif kursus adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam aspek-aspek keselamatan ICT dan meningkatkan tahap keselamatan persekitaran rangkaian agar terhindar dari sebarang ancaman siber serta menilai dan membincangkan isu-isu keselamatan ICT semasa agar dapat mengatasinya pada masa akan datang.Penceramah dan fasilitator bagi kursus ini ialah Encik Ibrahim bin Kayat (PPTM) dan Encik Mohamad Azrul bin Ridzuan (Juruteknik Komputer). Seramai 33 peserta telah menghadiri kursus ini yang melibatkan 15 Bahagian di Ibu Pejabat JPSM.

Kursus ini dimulakan dengan pengenalan kepada keselamatan ICT. Kemudian para peserta didedahkan isu–isu keselamatan dan contoh–contoh serangan siber. Peserta kemudian diberi pendedahan berkenaan Dokumen Keselamatan ICT (DKICT) JPSM. Akhir sekali, semua peserta membuat amali berdasarkan modul yang dirancang. Secara umumnya peserta berpendapat persembahan penceramah dan fasilitator adalah sangat baik. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta memberi kerjasama yang amat baik. Berikut merupakan cadangan-cadangan pengukuhan untuk kursus ini di masa hadapan iaitu menambah skop kursus dan menyediakan fasiliti yang lebih terkini.

Secara keseluruhannya, pihak penganjur/urusetia berpendapat bahawa objektif kursus telah tercapai dengan kehadiran peserta kursus seramai 95% yang telah dipilih menghadiri kursus ini. Ketidakhadiran peserta yang dipilih telah dimaklumkan kepada urusetia sebelum ini dan gantian peserta telah pun dibuat.

KURSUS ICT 2/2013 - KESELAMATAN ICTDisediakan oleh: Mohd Azizul bin Zulkifli, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Page 6: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 20136

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

iPOh, 18 MEi 2013 – Jabatan Perhutanan Negeri Perak buat julung kalinya telah bekerjasama dengan Radio Televisyen

Malaysia (RTM) Perak dan Telekom Malaysia (TM) Perak bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari RTM Ke-67, Hari Hutan Antarabangsa & Hari Telekomunikasi Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2013 yang bertemakan ’Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’. Sambutan ini telah berlangsung selama dua (2) hari pada 18 hingga 19 Mei 2013 di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK), RTM Perak, Jalan Musa Mahadi, Ipoh.

Majlis telah dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr. Ahmad Jailani Bin Muhamed Yunus selaku Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik, Jabatan Penyiaran Malaysia diikuti ucapan aluan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Abd. Rahim iaitu Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Tuan Haji Badrul Hisham Bin Bahari selaku Pengurus Besar TM Negeri Perak turut mengambil peluang untuk menyampaikan ucapan di dalam majlis tersebut. Selain daripada gimik perasmian, Pelancaran Buku Herba turut dilancarkan dan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perak, Y.A.B Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abdul Kadir dengan diiringi oleh Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Abd. Rahim dan Pengarah Perhutanan Negeri Perak, YBhg. Dato’ Hj. Roslan Bin Ariffin sekaligus merasmikan penubuhan Forest Island Amanjaya & Halaman Herba As Syifa’.

Tanaman Pokok Bersama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia

Perasmian Forest Island Amanjaya Penglihatan

MalaysiaPerasmian Halaman Herba As Syifa’ Penerangan Pokok Herba oleh Salah

Seorang Kakitangan Jabatan Perhutanan

Ucapan Perasmian oleh YAB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd Kadir

MAJLIS SAMBUTAN HARI RTM KE-67,HARI HUTAN ANTARABANGSA DAN HARI TELEKOMUNIKASI SEDUNIA TAHUN 2013 PERINGKAT NEGERI PERAKDisediakan oleh: Hidayah binti Abdul Rashid, Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Gimik Pelancaran Pelancaran Buku Herba oleh Menteri Besar Perak

Page 7: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 7

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

Keistimewaan sambutan pada kali ini ialah melibatkan kerjasama di antara tiga agensi yang unggul yang sememangnya signifikan kerana ia berjaya menyahut wawasan Strategi Lautan Biru Nasional (National Blue Ocean Strategy - NBOS). Kerjasama ini merupakan satu langkah yang terbaik dalam memperkasakan kesedaran masyarakat terhadap alam sekitar bukan sahaja di kalangan kakitangan kerajaan malah syarikat swasta turut prihatin terhadap perkara ini. Selain itu, pengisian program yang dianjurkan amat menarik antaranya, aktiviti menanam pokok bersama Persatuan Orang Cacat Penglihatan Malaysia yang melibatkan seramai 50 orang peserta. Aktiviti seumpama ini bukan sahaja mampu menyedarkan golongan remaja dan belia tentang betapa pentingnya penjagaan pokok dan hutan malah juga tidak mengetepikan golongan orang kurang upaya (OKU) dalam sama-sama memastikan kelestarian alam dijaga.

Selain itu, pelajar sekolah juga turut hadir memberi sokongan dengan menyertai pelbagai aktiviti yang menarik seperti mengikuti ceramah perhutanan, program bijak sifir, pertandingan mewarna, PC Assemble, persembahan Choral Speaking dari pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Treacher Methodist, Taiping dan aktiviti menanam pokok. Pada sebelah malamnya pula, pelbagai pengisian telah dirangka antaranya Program Wacana Ilmu yang telah disampaikan oleh Ustaz Harith fadilah Abdul Halim, dari Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Pelbagai pameran turut disediakan di mana bukan sahaja tiga agensi besar ini yang terlibat malah agensi lain seperti Kraftangan Malaysia juga turut menyerikan lagi majlis dengan mengadakan pameran selama dua hari tersebut. Kedatangan para pengujung yang tidak henti-henti sehingga malam penutupnya menambahkan lagi kemeriahan sambutan majlis ini. Majlis diakhiri dengan persembahan nyanyian seperti Dato’ Dr Ahmad Nawab, Najwa Latif, Lan Kristal, Nasir Wahab dan Nor Shila Amin.

Bergambar Kenangan Bersama Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Perak, RTM Perak dan TM Perak

Lawatan Ke Tapak Pameran

Ceramah Perhutanan yang disampaikan kepada pelajar sekolah

Persembahan oleh Kumpulan Nasyid Yahanana, Sekolah Menengah Agama Ghazali Jawi, Gerik

Sidang Akhbar bersama VIP

Page 8: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 20138

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

TEMERLOh, 23 MEi 2013 - Bersempena dengan mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Bil. 3/2013 yang diadakan pada 23 Mei 2013 di Negeri Pahang , YBhg. Dato’

Masran Bin Md Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) dan diiringi oleh 15 orang ahli mesyuarat telah mengadakan lawatan ke Projek Perintis Central Forest Spine di Daerah Temerloh, Pahang. Objektif utama lawatan tersebut adalah untuk melihat fokus utama projek iaitu penyambungan semula Hutan Simpanan Kekal yang terpisah di Daerah Temerloh, Pahang dengan koridor ekologi (ecological linkages). Taklimat mengenai Outcome Projek Perintis Central Forest Spine Tahun 2011 telah disampaikan oleh Encik Koh Hock Lye, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Hutan dan dibantu oleh En. Azmi B. Abdul Rahman, Penolong Pegawai Kanan (Central Forest Spine) YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan (Dasar dan Perancangan) mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah melawat kawasan projek dan sesi perbincangan.

LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH PERHUTANAN (DASAR DAN PERANCANGAN) KE PROJEK PERINTIS CENTRAL FOREST SPINEDisediakan oleh: Noorshathiroh binti Saidin, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Encik Koh Hock Lye, Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Hutan sedang memberi taklimat pelaksanaan Projek Perintis Central Forest Spine di Daerah Temerloh, Pahang kepada semua ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Projek Bil. 3/2013

KUANTAN, 4 JUN 2013/19 JUN 2013 – Unit Teknologi Maklumat Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah

menganjurkan Kursus Pengurusan Desktop pada 4 hingga 5 Jun 2013 (Siri 1) dan 19 hingga 20 Jun 2013 (Siri 2) bertempat di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan. Sejumlah 50 orang kakitangan dari Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Tujuan kursus ini diadakan bertujuan menambah kemahiran kakitangan berkaitan penyelesaian masalah rutin dalam penggunaan peralatan ICT. Penceramah jemputan untuk kursus ini adalah Puan Latifah binti Sisam, daripada Jabatan Perdagangan POLISAS.

Objektif kursus adalah untuk memahirkan peserta menguruskan perisian dan perkakasan komputer supaya dapat menyelesaikan masalah rutin penggunaan komputer dan memberi pendedahan kepada peserta kepentingan penyelenggaraan komputer.

KURSUS DESKTOP MANAGEMENTDisediakan oleh: Najihah binti Aderis@Idris, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Bergambar kenangan bersama penceramah dan semua peserta kursus

Peserta sedang melaksanakan latihan amali Peserta melaksanakan amali sacara hands-on

Page 9: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 9

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

KURSUS DESKTOP MANAGEMENTDisediakan oleh: Najihah binti Aderis@Idris, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

iPJPSM, 4 JUN 2013 - Seksyen Geoformatik, Bahagian Pengurusan Maklumat B(PM) dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan B(LP) Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan

Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah menganjurkan kursus Penggunaan GIS Dan GPS Dalam Penentuan dan Semakan Sempadan Luar HSK Bagi Kakitangan Gred G11 - G27 pada 4-6 Jun 2013 bertempat di Bilik Mesyuarat Bahagian Pengurusan Maklumat, IPJPSM.

Antara objektif kursus ini ialah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada peserta kursus mengenai penggunaan perisian ArcView dan peralatan GPS, di samping bagi memberi latihan berhubung pengunaan GIS dan GPS dalam penentuan sempadan HSK.Penceramah dan fasilitator bagi kursus ini ialah Encik Shahrulnizam bin Kasmani, Puan Noorazila binti Yatim, Encik Wan Ahmad Zaky Bin Abd. Halim, Encik Mohd. Shahril Bin Yusop, Puan Noorizah binti Mat Ghani dan Cik Erni Marlina bt Mohamed.

Sepanjang tiga(3) hari, peserta didedahkan dengan Perkembangan dan Kepentingan Penggunaan Teknologi GIS, RS dan GPS dalam Aktiviti Perhutanan, Eksplorasi Aplikasi ArcView, Eksplorasi Penggunaan Alat GPS, amali berkenaan Kalibrasi dan Pengemudian Alat GPS, Pengesahan Kedudukan Topografi Maklumat di lapangan dan aktiviti memuat turun dan menyunting data yang dicerap semasa amali dengan data GIS dan Imej menggunakan perisian ArcView.

Secara umumnya peserta berpendapat persembahan penceramah adalah memuaskan dan penceramah-penceramah yang ada perlu dikekalkan untuk sesi kursus yang seterusnya. Sepanjang kursus berlangsung, para peserta memberi kerjasama yang amat menggalakan. Secara keseluruhannya, pihak penganjur/urusetia berpendapat bahawa objektif kursus telah tercapai dengan kehadiran peserta kursus seramai 100% yang telah dipilih menghadiri kursus ini.

KURSUS PENGGUNAAN GIS DAN GPS DALAM PENENTUAN DAN SEMAKAN SEMPADAN LUAR HSKDisediakan oleh: Norazila Binti Yatim, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Peserta kursus sedang mempelajari keadah membuat cerapan koordinat lokasi menggunakan GPS

Peserta kursus sedang mengambil cerapan koordinat lokasi menggunakan GPS

PULAU PiNANG,10 JUN 2013 - Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah

mengadakan Bengkel Sub- Modul Pengurusan Cuti Bagi Pembantu Tadbir Cuti Bahagian/Unit Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 10 hingga 12 Jun 2013 bertempat di Bayview Beach Resort, Pulau Pinang. Penceramah bagi kursus adalah Puan Nurul Aishah binti Karis Pegawai Teknologi Maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan dibantu oleh Puan Siti Shaeah binti Md Ibrahim, Pembantu Tadbir HRMIS daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).

BENGKEL SUB-MODUL PENGURUSAN CUTI BAGI PEMBANTU TADBIR CUTI BAHAGIAN/UNIT IBU PEJABAT PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIADisediakan oleh: Pn. Suhana@Noorhuda bt Suhaimi, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Peserta-peserta kursus sedang melaksanakan latihan amali

Page 10: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 201310

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

KURSUS PENGENALAN PERTOLONGAN CEMAS DAN CARDIO PULMONARY RESUSTANCY (CPR)Disediakan oleh: Najihah binti Aderis@Idris, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Peserta mendengar taklimat yang disampaikan

Peserta diberi pendedahan mengenai cara-cara rawatan

Teknik Cardio Pulmonary Resustancy (CPR)

Bergambar kenangan peserta kursus dan penceramah

UMT KUALA TERENGGANU, 11 JUN 2013 - Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara Tahun 2013 bertemakan

“Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Untuk Kesejahteraan Masyarakat” akan diadakan pada 11-13 Jun 2013 bertempat di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Terengganu. Seminar ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Razif Bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Sains & Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau & Air, Kerajaan Negeri Terengganu. Seminar Kebangsaan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Negara merupakan salah satu aktiviti pengukuhan di bawah Program Penanaman Pokok Bakau dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara. Seminar seperti ini yang telah diadakan secara bersiri sejak tahun 2006 merupakan platform untuk membincangkan pelbagai aspek pemeliharaan dan pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara, isu, cabaran dan input-input terkini bagi membantu kejayaan pelaksanaan program pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara yang lebih berkesan. Melalui seminar ini juga dapat memberikan peluang kepada masyarakat setempat untuk turut mengambil bahagian secara aktif dan mendapat manfaat hasil daripada perbincangan dan pembentangan sepanjang seminar ini.

Objektif Seminar adalah bagi:-i. Menyediakan ruang untuk membincangkan isu, masalah, cabaran serta usaha- usaha pengurusan dan pemuliharaan hutan pesisiran pantai negara;ii. Mendapatkaninput-input terkini bagi memastikan pelaksanaan program tanaman yang lebih berkesan di masa hadapan;iii. Meningkatkan inisiatif-inisiatif kesedaran awam terhadap tujuan dan kepentingan program pemuliharaan pesisiran pantai; daniv. Mengeratkan kerjasama di kalangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, institusi-institusi tempatan dan Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam pemuliharaan dan pemeliharaan hutan pesisiran pantai negara.

SEMINAR KEBANGSAAN PEMULIHARAAN HUTAN PERSISIRAN PANTAI NEGARA TAHUN 2013Disediakan oleh: Sharil bin Mohamad, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Hutan Pesisiran Pantai Untuk Kesejahteraan Masyarakat

KUANTAN, 11 JUN 2013 – Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengadakan Kursus Pengenalan Pertolongan Cemas dan Cardio Pulmonary Resustancy (CPR) pada 11 Jun

2013 bertempat di Pusat Latihan Pembangunan Hutan, Belimbing Kuantan. Peserta kursus adalah terdiri daripada Pengawas Hutan dan Pekerja Awam Khas. Kursus ini bertujuan untuk memberi kefahaman tentang prinsip Pertolongan Cemas dalam usaha menyelamatkan nyawa, mengelakkan keadaan dari menjadi lebih teruk dan memberi kelegaan dan keselesaan kepada pesakit. Taklimat disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Encik Choi Chee Ping dan Cik Cheng Kah Wai dari Persatuan Bulan Sabit Merah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Page 11: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 11

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

KUALA TERENGGANU, 13 JUN 2013 - Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Terengganu 2013

telah berlangsung pada 13 Jun 2013 di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir, Kuala Terengganu. Sambutan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air Negeri Terengganu. Majlis ini turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato’ Prof. Dr. Haji Abdul Rahman bin Abdul Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, Dato’ Masran bin Md. Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia (Dasar & Pembangunan), Tuan Haji Azmi bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Prof. Dr. Effendy bin Abd. Wahid, Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu dan juga ketua-ketua jabatan serta agensi kerajaan Negeri dan Persekutuan. Majlis ini turut diserikan dengan persembahan kawad kaki, koir dan juga upacara penanaman pokok di pantai tersebut.

SAMBUTAN HARI PERHUTANAN ANTARABANGSA TAHUN 2013Disediakan oleh: Sharil bin Mohamad, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Penyampaian cenderahati kepada YB Dato’ Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Sains dan Teknologi, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Air Negeri Terengganu.

PAMERAN KARNIVAL PEKAN BUDAYA DUNGUN 2013Disediakan oleh: Sharil bin Mohamad, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Rekabentuk Gerai Pameran Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan sempena Karnival Pekan Budaya Dungun

DUNGUN, 14 JUN 2013 - Pejabat Hutan Daerah Terengganu Selatan telah mengambil bahagian dalam pertandingan Gerai Pameran sempena Karnival

Pekan Budaya Dungun dengan berjaya mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan ini. Karnival Pekan Budaya Dungun telah dirasmikan oleh Y.B. Roslee bin Daud, Pengerusi Jawatankuasa Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Kepenggunaan & Koperasi Negeri Terengganu. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pameran ini.

GUA TEMPURUNG, 15 JUN 2013 – Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam (PUSPANITA) cawangan IPJPSM dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak telah menganjurkan Program Eksplorasi Gua Tempurung. Seramai 22 orang ahli

PUSPANITA telah menyertai lawatan yang julung kali diadakan. Pengerusi PUSPANITA IPJPSM Datin Hjh. Soriati Abdul Samad telah turut sama menyertai aktiviti lasak ini. Antara objektif program ini adalah bagi menyemai rasa cinta alam sekitar disamping berpeluang untuk melihat keunikan bentuk muka bumi Gua Tempurung yang tersendiri.

PROGRAM EKSPLORASI GUA TEMPURUNG PUSPANITA IPJPSMDisediakan oleh: Zuraida binti Mohd Aziz, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Merakam gambar kenangan bersama Pengerusi PUSPANITA PPN Perak, Datin Jamilah bt Ujang

Peserta Program Eksplorasi Gua Tempurung Mendaki cerun dalam Gua Tempurung

Page 12: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 201312

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

LATIHAN MENEMBAK SIRI 1/2013 Disediakan oleh: Sharil bin Mohamad, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

Sesi latihan yang telah disusun bagi menguji kecekapan menggunakan senjata api

Bergambar kenangan peserta Kursus Pengenalan Industri Berasaskan Kayu

MERANG, KUALA TERENGGANU, 16 JUN 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengadakan Latihan Menembak Siri1/2013 bertempat di Lapang Sasar Lembah Bidong, Merang, Terengganu. Seramai 65 orang pegawai dan

kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menyertai latihan menembak ini. Turut serta dalam latihan menembak ini adalah Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Tuan Haji Azmi bin Nordin. Latihan Menembak ini diadakan bagi meningkatkan kecekapan pegawai dan kakitangan jabatan dalam menggunakan senjata api terutamanya untuk tujuan penguatkuasaan Hutan, Akta Perhutanan Negara 1984 dan Enakmen Industri Berasas Kayu 1986.

Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu dan pegawai-pegawai sedang menjalani latihan di lapang sasar

Encik Zainal Abidin Bin Atan memberi keterangan lebih lanjut jenis mesin kayu dan output penghasilan potongan kayu yang di perolehi kepada kakitangan yang terlibat dalam Unit Industri Berasas Kayu.

KURSUS PENGENALAN INDUSTRI BERASASKAN KAYU Disediakan oleh: Noor Ain binti Abd Karim, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

PORT DiCKSON, 17 JUN 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menganjurkan kursus Pengenalan Industri Berasaskan Kayu kepada kakitangan berpakaian seragam pada 17 – 19 Jun

2013 bertempat di Pusat Ekopelancongan Sungai Menyala, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 15 orang peserta daripada Jabatan Perhutanan Negeri Selangor dan 15 orang peserta lagi Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah menyertai kursus ini.

Objektif kursus ini adalah untuk mengenali Industri Berasaskan Kayu secara dekat dan impak kepada negeri, proses kerja yang terlibat dengan Indutri Berasakan Kayu dan Perlesenan dalam industri serta pemantauan.

Page 13: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 13

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

MERAPOh, 17 JUN 2013 - Bahagian Pengurusan Hutan B(UH) dengan kerjasama Bahagian Latihan Perhutanan B(LP), Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM) telah mengadakan Kursus Penilaian Kualiti Air Sungai Bil. 1/2013

kepada kakitangan Gred G11 hingga G26 pada 17 hingga 20 Jun 2013 bertempat di Taman Negara, Merapoh, Kuala Lipis, Pahang. Seramai 23 orang peserta terdiri daripada pegawai-pegawai berpakaian seragam dari Jabatan Perhutanan Negeri dan Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia telah mengikuti kursus ini dengan jayanya.

Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada kakitangan Jabatan berkaitan dengan kaedah pengukuran parameter kualiti air sungai bagi menambah pengetahuan dan kemahiran dalam bidang hidrologi terutamnya bagi pegawai-pegawai yang terlibat dalam tugasan berkaitan pemantauan kualiti air sungai dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK). Kursus ini telah dijalankan secara teori dan praktikal yang melibatkan penggunaan peralatan dan bahan kimia di samping penggunaan petunjuk biologi bagi mengukur kualiti air sungai. Majlis penutup kursus telah dirasmikan oleh Pengarah Perhutanan

Para peserta memberi perhatian sepenuhnya semasa sesi ceramah di dalam dewan

Para peserta khusyuk mendengar penerangan daripada demonstrator semasa sesi praktikal di lapangan

Penyampaian cenderahati kepada Dato’ Hj. Mohd. Paiz bin Kamaruzaman yang merasmikan perasmian penutup

Bergambar kenangan semua peserta kursus

KURSUS PENILAIAN KUALITI AIR SUNGAI BIL. 1/2013 Disediakan oleh: Marina binti Omar, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Cara untuk membaca suhu air Peserta perlu fokus dan berhati-hati dalam melakukan penilaian kualiti air melalui kaedah kimia

Sampel yang dapat ditangkap akan dirujuk pada buku panduan yang telah disediakan untuk mengetahui status kualiti air sungai

Peserta sedang menyiapkan tugasan kumpulan

Cara untuk mengetahui kekeruhan air adalah menggunakan panduan yang telah disediakan

Kaedah untuk menentukan nilai pH air

Dalam menilai kualiti air melalui kaedah biologi, peserta dikehendaki untuk mencari sampel hidupan yang terdapat dalam sungai

Page 14: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 201314

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

KURSUS KEM BINA INSANDisediakan oleh: Noor Ain binti Abd Karim, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

SELANGOR, 21-23 JUN 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah menganjurkan kursus Kem Bina Insan kepada kakitangan berpakaian seragam lantikan baru pada 21 – 23 Jun 2013 bertempat di Kem Bina Semangat, Kuala Kubu Bahru, Selangor. Seramai 60 orang peserta telah menyertai kursus ini.

Objektif kursus adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara kakitangan terutamanya bagi lantikan baru dan lantikan lama dan menerapkan nilai-nilai yang positif dikalangan kakitangan Jabatan terutamanya bagi lantikan baru.

Tenaga Pengajar bagi kursus ini adalah terdiri daripada Pegawai-pegawai Yayasan Selangor, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Page 15: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 15

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

KURSUS MODUL PENANDAAN POKOK BAGI PROJEK MEREPLIKASI PELAKSANAAN SISTEM RADIO FREQUENCY IDENTIFICATION (RFID)Disediakan oleh: Najihah binti Aderis @ Idris, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

KUANTAN PAhANG, 25 JUN 2013 – Unit Pengurusan Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telah mengadakan Kursus Modul Penandaan Pokok Bagi Projek Mereplikasi Pelaksanaan Sistem Radio Frequency Identification (RFID) pada 25 & 26 Jun

2013 bertempat di Pejabat Pembangunan Hutan, Bukit Sekilau, Kuantan Pahang.

Objektif kursus adalah Memberi pemahaman dan pendedahan kepada Kakitangan JPN Pahang dan Kontraktor Pembangunan menggunakan Sistem RFID dalam Penandaan Pokok. Justeru itu kursus ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan amali secara “Hands-On” kepada kakitangan dan kontraktor terlibat mengenai Pelaksanaan Sistem RFID di Negeri Pahang.

Peserta kursus adalah terdiri daripada Pegawai dan Kakitangan Unit Pengurusan Hutan dan Unit Teknologi Maklumat, JPN Pahang dan Kontraktor Pembangunan Hutan (Pesaka Irong Trading). Penceramah adalah En. Hamidi bin Abd Halim dan dibantu oleh fasilitator pegawai-pegawai daripada Bahagian Pengurusan Hutan, Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia.

Sesi bergambar bersama Y. Bhg. Dato’ Hj. Mohd Paiz bin Kamaruzaman, Pengarah Perhutanan Negeri Pahang

Pengajar menunjukkan penggunaan Sistem Radio Frequency Identification (RFID) ketika latihan di lapangan

Peserta menjalankan amali penandaan pokok menggunakan Sistem Radio Frequency Identification (RFID)

Majlis Penutup Kursus Modul Penandaan bagi Projek Mereplikasi Pelaksanaan Sistem Radio Frequency Identification (RFID) Di Negeri Pahang telah dirasmikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri Pahang

Page 16: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 201316

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

LAPORAN MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JULAI 2013 BIL. 7/2013 Disediakan oleh: Durrutul Ain binti Ahmad Zainudin, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

iPJSM, 17 JULAi 2013 – Bahagian Latihan Perhutanan B(LP) telah menganjurkan perhimpunan bulanan bil. 7/2013 bertempat di Dewan

Damar Minyak, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (IPJPSM). Turut serta dalam majlis ini ialah Pengarah-pengarah Perhutanan Negeri dan juga Pegawai-pegawai Kanan dan Pegawai-pegawai Hutan Daerah. YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd Rahman bin Hj. Abd. Rahim Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dalam ucapan aluan pada kali ini turut merasai suasana yang berbeza dari majlis sebelum ini kerana merekodkan penyertaan yang ramai.

YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd Rahman bin Hj. Abd. Rahim mengingkatkan hadirin supaya senantiasa patuh kepada peraturan pejabat dan akur kepada dateline. Ini sangat penting kerana ketidakpatuhan kepada sesuatu arahan akan menyebabkan pelbagai kesulitan kepada lain-lain kakitangan dan turut menjejaskan perancangan dan tugasan yang telah diatur dan menjejaskan KPI Jabatan dan Kementerian. Selain itu, YBhg. Dato’ Prof. Dr. juga meminta semua warga perhutanan memperkasakan diri dengan penguasaan bahasa inggeris baik dari segi penulisan mahupun pertuturan. Ketua pengarah mahu semua warga perhutanan dapat menguasai bahasa inggeris setanding dengan pegawai daripada lain-lain agensi. ini bagi membolehkan nama Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia berada di platform antarabangsa dalam seminar, konvensyen, forum dan sebagainya.

Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia juga meminta setiap warga perhutanan agar menjadi kelasi yang baik kepada kapten ‘bahtera hijau’ yang dikemudi oleh beliau di lautan yang luas dan bergelora. Beliau tidak mahu ada mutiny dan penebuk kapal yang semata-mata mahukan air. Ini membawa maksud beliau mengarapkan kerjasama daripada semua warga perhutanan membantu beliau khasnya dan JPSM khususnya membudayakan nilai-nilai murni dalam kerjaya perhutanan dalam mencapai wawasan menjelang negara maju 2020.

Selain itu, beliau mengambil kesempatan pada perhimpunan bulanan ini mengucapkan selamat menyambut ramadhan al mubarak. Majlis ini diakhiri dengan penyampaian sijil penghargaan kepada jawatankuasa majlis penyampaian sijil perhutanan pengawas hutan sesi 2012/2013, anugerah khas 30 tahun perkhidmatan dan penyampaian sijil dan hadiah kepada kumpulan nasyid nada rimba yang menjuarai pertandingan nasyid antara jabatan dan agensi di bawah NRE.

Nyanyian lagu warisan hijau oleh hadirin Kehadiran Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri

Pendaftaran kehadiran YBhg. Dato’ Prof. Dr. KPPSM

Anugerah khas 30 tahun berkhidmat

Penyampaian sijil penghargaan kepada Pengarah Bahagian Latihan sempena Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan Pengawas Hutan sesi 2012-2013

Ucapan amanat oleh KPPSM

Pendaftaran kehadiran warga perhutanan

Anggota kumpulan Nasyid Nada Rimba

Page 17: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 17

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

Anggota kumpulan Nasyid Nada Rimba

OPERASI BERGERAK DENGAN KERJASAMA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM) DALAM MENANGANI AKTIVITI PEMBALAKAN HARAMDisediakan oleh: Abu Bakar bin Rapee, Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan

FLORIA PUTRAJAYA 2013Disediakan oleh: Ridzuan bin Man, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis

Semasa pengoperasian pemeriksaan balak di Balai Pemeriksa Hutan (BPH)

GUA MUSANG, 20 JULAi 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengadakan Operasi Bergerak bagi menangani ketirisan hasil dan aktiviti pembalakan haram. Fokus

operasi lebih tertumpu di sekitar Balai Pemeriksa Hutan (BPH) Laloh dan Gua Musang. Hasil operasi ini telah menahan beberapa buah lori balak dan telah mengambil tindakan pembetulan ke atas Pas Pemindah tersebut. Operasi diketuai oleh PPK I, Encik Faiz Aiman Bin Ashaari dan PPK II, Encik Mohd Faiz bin Mohd Nordin manakala SPRM diketuai oleh Encik Ismail Mohd.

PUTRAJAYA, 22 JUN 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Perlis telah menyertai Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2013 (Floria Putrajaya 2013) di Pesisiran Tasik, Presint 2. Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah berkenan

merasmikan Festival Bunga dan Taman Putrajaya 2013. Baginda turut melawat tapak pameran yang menempatkan lebih 5,000 pokok bunga orkid pelbagai spesies. Baginda juga berkesempatan mencemar duli untuk melawat tapak pameran anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis bersama Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, MADA Negeri Perlis, Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis dan Persatuan Orkid Perlis.

Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menandatangani buku pelawat Floria 2013 di tapak Pameran anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis

Encik Ridzuan bin Salleh (kanan) Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis menyampaikan buku Orkid yang diterbitkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis kepada Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai cenderahati

Yang di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sempat bermesra dengan seekor ular Sawa Albino milik Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis. Sambil ditemani oleh Yang Mulia Tengku Norriah Binti Tengku Mahamud selaku Pengurus Taman Ular dan Reptilia Negeri Perlis (kiri) dan Encik Ridzuan bin Salleh, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (tengah)

Hadir sama Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Tan Sri Aseh Che Mat. Program anjuran PPj dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan itu bermula 22 Jun sehingga 30 Jun yang bertemakan ‘Bunga Orkid Khazanah Tropika’.

Antara tarikan Floria Putrajaya tahun ini adalah pameran koleksi bunga orkid yang dinamakan sempena nama orang kenamaan, pertandingan bunga orkid dengan pelbagai spesies, rupa bentuk dan keharuman, Taman Diraja, Taman Inovasi, Taman Jamuan Teh dan perarakan bot berhias “Magic of the Night” pada setiap malam.

Page 18: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 201318

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

KEJOHANAN BOWLING PUSPANITA IPJPSM SEMPENA HARI BAPA 2013Disediakan oleh: Zuraida binti Mohd Aziz, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

DAMANSARA, 29 JUN 2013 – PUSPANITA IPJPSM dengan

kerjasama Kelab Bowling Perhutanan Malaysia (KBPM) telah mengadakan Program Kejohanan Bowling PUSPANITA IPJPSM Sempena Hari Bapa 2013 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman B. Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bertempat Pin Junction, Cineleisure Damansara. Penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Bowling PUSPANITA IPJPSM

Gambar kenangan bersama Yang Berusaha Tuan Penceramah, Peserta dan urusetia kursus

Pembelajaran teori di Dewan Kuliah.

Latihan Amali di lapangan Pembelajaran teori di Dewan Kuliah

Latihan Amali di lapangan Sesi pembentangan kumpulan

SUNGAi SiPUT, 2 JULAi 2013 - Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Perak

telah menganjurkan satu Bengkel Pengecaman Spesies Buluh bertempat di Kompleks Latihan Perhutanan Sungai Siput Perak. Seramai 23 orang peserta dari semua Jabatan Perhutanan negeri dan Bahagian IPJPSM. Bengkel tiga (3) hari yang dijalankan meliputi kaedah pembelajaran teori di dalam dewan kuliah, amali di lapangan dan perbincangan dalam kumpulan serta sesi pembentangan bagi setiap kumpulan peserta. Penceramah bagi bengkel ini adalah Tn. Hj. Abd. Razak Bin Othman daripada Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) dan dibantu oleh beberapa orang urusetia dari Bahagian Silvikultur & Pemeliharaan Biologi Hutan.

Bengkel ini bertujuan memberi kefahaman dan pengetahuan kepada para peserta untuk mengenalpasti spesies buluh yang tumbuh liar di dalam hutan. Antara ciri-ciri pengecaman buluh adalah dari segi ciri bentuk batang dan rebung, warna pada batang dan rebung, saiz batang buluh, saiz rumpun buluh, kelopak pada batang buluh dan sebagainya. Ketika latihan amali di lapangan, para peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan diminta untuk mencari beberapa spesies buluh di dalam hutan untuk dikenalpasti mengikut kaedah ciri pengecaman yang telah dipelajari. Pihak urusetia berpendapat bahawa objektif bengkel telah tercapai berdasarkan kepada beberapa komen positif daripada peserta yang menyatakan bengkel ini menarik dan sangat berguna kepada mereka. Walaubagaimanapun beberapa cadangan juga diterima supaya bengkel diadakan di kawasan yang mempunyai lebih banyak spesies buluh.

BENGKEL PENGECAMAN SPESIES BULUHDisediakan oleh: Nur Azfan bt Anuar, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Page 19: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 19

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

KEPONG, 02 JULAi 2013 - Bahagian Latihan Perhutanan Kepong telah menyempurnakan

dua (2) peristiwa penting iaitu Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2012-2013 kepada seramai 74 orang graduan FORTRAIN dan pelancaran buku Ukuran Tanah Untuk Perhutanan dan Amalan Silvikultur Perhutanan Semenanjung Malaysia. Majlis sederhana tetapi meriah ini telah diseZmpurnakan oleh Y.B Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar,

Dalam ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia telah membangkitkan beberapa isu mengenai perhutanan dan salah satu adalah cabaran-cabaran dalam membangunkan modal insan sektor perhutanan yang mampu mentransformasi minda kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi agar sehaluan dengan hala tuju dasar negara dan penyediaan tenaga berkemahiran bagi memenuhi permintaan pasaran tenaga semasa serta membentuk rimbawan yang berkebolehan melaksanakan pelbagai kerja pada sesuatu masa (multi-tasking).

Manakala itu, Y.B Menteri dalam ucapan perasmiannya turut membangkitkan senario perhutanan masa kini yang menjadi isu utama pemerhatian dunia mengenai pengurusan hutan dan peranan terhadap pembangunan sosio-ekonomi dan kestabilan alam sekitar serta mengwar-warkan semua rimbawan bersama-sama berusaha menzahirkan perhutanan sebagai satu platform yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Sebelum itu Y.B. Menteri turut diberi penghormatan menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan oleh graduan Sijil Perhutanan Pengawas Hutan dan menyaksikan persembahan kawad formasi segerak yang dilakukan oleh pelatih Renjer Hutan sesi 2012-2014.

Upacara bergambar kenangan beramai-ramai berlatarbelakangkan Dewan Alwy bersama graduan dan menanam pokok spesies Mahkota dewa (Phaleria macrocarpa) mengakhiri majlis

LAPORAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERHUTANAN PENGAWAS HUTAN SESI TAHUN 2012/2013 Disediakan oleh: Kumaresan Sivakave, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

YB Menteri menerima tabik hormat daripada komandan

YBhg.Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman bin Hj.Abd Rahim sedang menyampaikan ucapan alu-aluan

YB Menteri sedang menyampaikan ucapan perasmian

YB Menteri melancarkan dua buah buku terbitan JPSM. Pelancaran buku : Ukuran Tanah Untuk Perhutanan : Amalan Silvikultur Perhutanan Semenanjung Malaysia

YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia menerangkan sesuatu kepada Y.B. Menteri mengenai produk perhutanan semasa melawat gerai pameran perhutanan

YB Menteri menyiram pokok Mahkota Dewa yang baharu ditanam

Y.B. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar diiringi YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia dan En. Borhanudin Bin Hj Arshad, Pengarah Bahagian Latihan Perhutanan memeriksa perbarisan

Sesi penyampaian sijil dan hadiah

secara rasmi. Bahagian Latihan Perhutanan dan FORTRAIN khususnya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Y.B Datuk Seri G. Palanivel, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar dan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd. Rahman Bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia kerana komited untuk hadir pada majlis ini walaupun mempunyai jadual tugasan yang padat. Kepada semua graduan, Bahagian Latihan Perhutanan mengucapkan tahniah dan selamat menjalani kerjaya dalam apa-apa bidang sekalipun dan senantiasa memainkan peranan untuk menaikkan imej FORTRAIN.

Page 20: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 201320

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

KEPONG, 2 JULAi 2013 – PUSPANITA IPJPSM telah mengambil bahagian dengan membuka gerai jualan barangan makanan bersempena Majlis Penyampaian Sijil Perhutanan Pengawas Hutan Sesi 2012/2013 yang diadakan di Dewan Alwy, Kepong, Selangor. Gerai JualanAntara makanan yang dijual adalah seperti nasi lemak, nugget, sosej, kuih-muih, keropok dan buah-buahan.

JUALAN PUSPANITA IPJPSM SEMPENA MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL PERHUTANAN PENGAWAS HUTAN SESI 2012/2013Disediakan oleh: Zuraida binti Mohd Aziz, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Gerai jualan makanan anjuran PUSPANITA

MAJLIS PENYAMPAIAN KANDAT, PERSARAAN KAKITANGAN TAHUN 2013 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) TAHUN 2012Disediakan oleh: Shahril bin Mohamad, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 4 JULAi 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah menganjurkan satu acara iaitu Majlis Penyampaian Kandat, Persaraan Kakitangan Tahun 2013 dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012 yang telah diadakan di Dewan Konvensyen, Tingkat 2 Blok Podium, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Majlis ini dirasmikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri, Yang Berusaha Tuan Haji Azmi bin Nordin. Seramai 58 orang kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 9 orang penerima kandat dan 25 orang kakitangan yang bersara Tahun 2013. Penganugerahan ini adalah satu tanda pengiktirafan jabatan kepada kakitangan terhadap prestasi kerja cemerlang yang telah disumbangkan kepada jabatan.

Sesi bergambar bersama Yang Berusaha Tuan Haji Azmi bin Nordin, Pengarah Perhutanan Negeri, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri dan semua Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Semasa Ucapan Perasmian Majlis Penyampaian Kandat, Persaraan Kakitangan Tahun 2013 dan Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2012 di Dewan Konvensyen, Tingkat 2 Blok Podium, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu

Jualan makanan mendapat sambutan pengunjung

Page 21: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 21

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

KEPONG, 4 JULAi 2013 – Bahagian Perancangan & Ekonomi Hutan (Seksyen Pensijilan Hutan) telah menganjurkan Taklimat Pemantapan Pelaksanaan MC&I (Hutan Asli) ke Arah

Pencapaian Zero CARs bertempat di Dewan Alwy, Bahagian Latihan Perhutanan Kepong. Taklimat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Peserta kursus ini adalah merupakan semua Penolong Pegawai Pemelihara Hutan Gred G27 hingga G36 yang berkhidmat di bawah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. Manakala Taklimat Pemantapan Pelaksanaan MC&I (Hutan Asli) ke Arah Pencapaian Zero CARs telah disampaikan oleh Yang Berusaha Encik Mohd. Radhi Chu bin Abdullah, Ketua Seksyen Pensijilan Hutan.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memantapkan pelaksanaan MC&I di peringkat Jabatan Perhutanan Negeri (JPN) dan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia serta mempertingkatkan amalan pengurusan dan pembangunan hutan di peringkat JPN. Selain itu, taklimat ini juga bertujuan memastikan kelemahan-kelemahan yang masih ada diatasi sepenuhnya bagi memastikan jabatan berjaya mencapai Zero CARs dalam pensijilan pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia.

TAKLIMAT PEMANTAPAN PELAKSANAAN MC DAN I (HUTAN ASLI) KE ARAH PENCAPAIAN ZERO CARS KEPADA PENOLONG

PEMELIHARA HUTAN GRED G27 - G36 JABATAN PERHUTANAN SEMENANJUNG MALAYSIA

Disediakan oleh: Norica Okang, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Sesi bergambar Y. Bhg. Dato’ Prof. Dr. Hj. Abd Rahman bin Hj. Abd. Rahim

Yang Berusaha Encik Mohd. Radhi Chu bin Abdullah sedang menyampaikan taklimat MC dan I (Hutan Asli)

Sesi soal jawab bersama peserta taklimat

Peserta taklimat yang hadir merupakan Penolong Pemelihara Hutan Gred G27 hingga G36

Penyampaian cenderahati kepada YBhg. Dato’ Prof Dr. Hj. Abd Rahman bin Hj. Abd. Rahim, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia

Penyampaian cenderahati kepada Yang Berusaha Encik Mohd. Radhi Chu bin Abdullah selaku penceramah taklimat.

Page 22: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 201322

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

PULAU PANGKOR, 6 JULAi 2013 – Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) buat julung kalinya telah bekerjasama

dengan Syarikat Malakoff Corporation Berhad dalam menganjurkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat, Projek “Cintai Hutan Warisan Kita” di Resort Jabatan Perhutanan, Hutan Lipur Pulau Pangkor (U). Kerjasama ini merupakan kejayaan kali kedua JPNPk dalam merealisasikan strategi lautan biru selepas berjaya bekerjasama dengan RTM Perak dan TM Perak dalam menjayakan Sambutan Hari RTM ke-67, Hari Hutan Antarabangsa dan Hari Telekomunikasi Sedunia di Kompleks Jabatan Penyiaran Malaysia Negeri, Ipoh pada 18 hingga 19 Mei 2013 yang lalu.

Objektif program ini diadakan adalah untuk mengayakan semula kawasan berkenaan dengan spesies pokok hutan seperti Balau putih, Balau pasir, Meranti singkawang merah, Kempas, Kulim, Beruas, Tulang daing dan Mempari. Hal ini bertepatan dengan kesungguhan dan hasrat murni serta komitmen kerajaan dalam menerap dan memperkasa pengurusan khazanah hutan untuk kesejahteraan masyarakat sejagat.

Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Berusaha Encik Bani Bin Zainal Azmian selaku Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Korporat Syarikat Malakoff Corporation Berhad

dan majlis perasmian pula telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Roslan Bin Ariffin, Pengarah Perhutanan Negeri Perak. Upacara melepaskan 150 ekor spesies Burung Merbuk dan Burung Terkukur telah menjadi simbolik dalam usaha mengimbangkan sistem ekologi semulajadi selaras dengan usaha pemuliharaan alam sekitar. Antara pengisian program yang dijalankan adalah upacara menanam 200 anak pokok bersama 50 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor di sepanjang pesisiran pantai. Selepas selesai aktiviti menanam pokok, para pelajar juga tidak ketinggalan mengikuti ceramah perhutanan yang disampaikan oleh pegawai dari JPNPk yang bertajuk ’Hutan Kita’. Aktiviti seumpama ini mampu menyedarkan golongan belia tentang betapa pentingnya penjagaan flora dan fauna dalam usaha memastikan kelestarian alam dijaga bersama.

Pihak Malakoff Corporation Berhad turut menyumbangkan RM3,000 kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor bagi menjalankan program-program yang berkaitan dengan alam sekitar dan sumbangan 10 buah papan tanda yang diletakkan di sekitar kawasan Hutan Lipur Pulau Pangkor bagi tujuan kesedaran pemuliharaan alam sekitar. Program diakhiri dengan aktiviti penyampaian sijil dan cenderahati kepada pelajar sekolah tersebut.

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORATPROJEK “CINTAI HUTAN WARISAN KITA” ANJURAN MALAKOFF CORPORATION BERHAD DENGAN KERJASAMA JABATAN PERHUTANAN NEGERI PERAK DARUL RIDZUANDisediakan oleh: Nor Hidayah binti Abdul Rashid, Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Warga kerja Jabatan Perhutanan Negeri Perak

Pihak urusetia program dari JPNPk dan Syarikat Malakoff Corporation Berhad bergambar kenangan bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor

YB Dato’ Haji Roslan Bin Ariffin, Pengarah Perhutanan Negeri Perak menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan projek “Cintai Hutan Warisan Kita”

Syarikat Malakoff Corporation Berhad memberi sumbangan sebanyak RM 3,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor

Salah satu papan tanda yang telah disumbangkan oleh Syarikat Malakoff Corporation Berhad

Aktiviti menanam 200 anak pokok di sepanjang persisiran pantai Hutan Lipur Pulau Pangkor (U) bersama pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pangkor

Upacara melepaskan 150 ekor burung oleh YB Dato’ Haji Roslan Bin Ariffin, Pengarah Perhutanan Negeri Perak sebagai simbolik perasmian majlis

Page 23: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 2013 23

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

iPOh, 2 Julai 2013 - Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan satu Program Lawatan Sambil Belajar ke Jabatan Perhutanan

Negeri Perak. Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada kakitangan Jabatan terhadap penyampaian cara penubuhan denai interpretasi. Seramai 20 orang kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah menyertai program lawatan ini. Sebanyak 2 Hutan Lipur Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang dilawati iaitu Hutan Lipur Ulu Kernas dan juga Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Larut Matang

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KOSONG

Page 24: Program Tanggungjawab Sosial Korporat Cintai Hutan … Majutan... · kursus pemurnian penyelenggaraan buku lod kenderaan dan panduan ke ... majlis penyampaian kandat, persaraan kakitangan

MAJUTAN EDISI MEI-OGOS 201324

Jabatan PerhutananSemenanjung Malaysia

Glencoe Baobab (Adansonia digitata L.) yang biasa dikenali sebagai pokok baobab adalah satu genus yang mempunyai lapan spesis; 6 pokok semulajadi di Madagascar, 1 di Afrika dan 1 di Australia. Nama lainnya termasuklah boab, boaboa, bottle tree, upside-down tree dan monkey bread tree. Pokok dari spesis ini boleh mencapai ketinggian sehingga 5 – 30 meter dan dahannya berdiameter 7 – 11 meter. Glencoe Baobab, contoh Baobab Afrika di Limpopo Province, Africa Selatan adalah merupakan pokok baobab terbesar yang masih hidup dikatakan 47 meter tingginya (154 kaki) dan purata diameternya pula 15.9 meter (52 kaki). Pokok baobab dikatakan boleh hidup beribu tahun lamanya, namun sukar untuk dibuktikan fakta ini. Disebabkan usia pokok tersebut yang lama iaitu hidup semenjak 800 tahun yang lalu, pokok Baobab ini digelar ‘pokok abadi’ oleh penduduk tempatan.

APA ITU POKOK BAOBAB

KEGUNAAN POKOK BAOBAB

SEBAGAi PENYiMPAN AiRPokok Baobab menyimpan air dalam batang pokoknya yang kelihatan seperti membengkak itu (sehingga 120,000 liter) untuk membantu memberi kelembapan kepada kawasan persekitarannya . Ini berlaku pada waktu bermusim terutama musim kering kontang dengan meluruhkan daun-daunnya.

MAKANANDaun Baobab biasanya digunakan dalam masakan sebagai sayuran di Afrika. Ianya boleh dimakan segar atau pun setelah dikeringkan, digelar kuka dan selalunya dibuat sup. Buahnya pula berkhasiat mungkin terdapat lebih vitamin C berbanding buah limau dan dikatakan juga melebihi kandungan kalsium daripada dalam susu lembu. Isi buahnya yang dikeringkan dan telah diasingkan dari bijinya dimakan begitu sahaja atau dicampurkan ke dalam bubur nasi atau susu. Di Malawi, isi buahnya digunakan untuk membuat jus yang berkhasiat. Di Zimbabwe pula, buahnya yang digelar mawuyu itu adalah buahan tempatan dan digunakan untuk membuat krim tartar . Di sebahagian tempat di Afrika Timur pula, isi buah yang dikeringkan disaluti dengan gula (selalunya berwarna merah) dan dijual dalam bungkusan sebagai candy yang dipanggil “ubuyu”. Biji baobab kebanyakannya digunakan untuk memekatkan kuah sup tetapi ada juga yang menjadikannya bahan perap dalam masakan, atau pun dikisar untuk diekstrak minyak sayuran. Pokok Baobab juga adalah merupakan sumber fiber, dye (pewarna) dan minyak mentah. Isi buah baobab boleh disimpan lama untuk digunakan dalam proses pengeluaran minuman ringan tetapi mestilah disimpan dalam bekas yang kedap udara.

BUAh BAOBABSebelum lampu hijau diberi oleh Kesatuan Eropah terhadap penggunaan buah baobab untuk dijadikan makanan atau bahan perasa, beberapa orang luar telah pun mengetahui nilai istimewanya. Sebuah syarikat di Itali, Baobab Fruit Company Senegal (BFCS) telah menghasilkan rangkaian produk daripada buah baobab di Senegal sejak beberapa tahun lalu termasuk isi buah, biji dan minyak untuk dijual di Eropah sebagai makanan tambahan dan produk kosmetik. “Bagi kami, ia adalah buah masa depan. Ia mampu memberi kesan besar di Afrika,” kata Laudana Zorzella dari BFCS di Dakar yang telah mengkaji potensi buah baobab sejak sedekad lalu. – Sumber Reuters