project sejarah tingkatan 3 2011
DESCRIPTION
My sejarah projek, do what u want with it, but just remember, change the names.....TRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH TINGGI KOTA KINABALU, KOTA KINABALU
KAJIAN SEJARAH 2011
DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
NAMA : Anand Kukreja
TINGKATAN : 3 Ceria
ANGKA GILIRAN : HA018K043
NAMA GURU : Pn. Yong Shu Lan
T.Tangan Murid T.Tangan Guru
…………………………………… ……………………………………….
(Anand Kukreja) (Pn. Yong Shu Lan)
Senarai Kandungan
Tajuk Kajian _
Senarai Kandungan _
Penghargaan _
Objektif Kajian _
Kaedah Kajian _
Hasil Kajian _
Rumusan _
Lampiran _
Rujukan _
Elemen 3 _
Penghargaan
Saya ingin menggunakan peluang ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada
Pihak yang turut menyumbang kepada penghasilan projek ini, terutama sekali ibu bapa saya
yang mendorong saya sepanjang perjalanan ini. Saya juga ingin mengucap terima kasih
kepada guru sejarah saya, Cikgu Yong Shu Lan, yang menolong dalam menjawab apa jua
soalan yang saya ada. Selain itu, saya ingin memrakamkan terima kasih kepada kawan-kawan
saya, terutama Bishant Kumar, Daniel Siew Woon Chen, Tan Ping Quan, Rayvinshie
Selvadurai, Hong Yi Zhi dan Mohd Nuwair Aysrani bin Musa kerana membantu mendapat
informasi yang diperlukan untuk penghasilan projek ini. Akhir sekali, saya berterima kasih
kepada pegawai-pegawai DBKK yang menolong saya mendapat informasi yang terperinci
tentang sejarah DBKK.
Objektif Kajian
Objektif Kajian ini adalah seperti berikut:
1. Mengenali DBKK
Kajian ini dapat membuat pelajar mengetahui dengan lebih lanjut tentang
peranan DBKK dalam pentakbiran Sabah.
2. Semangat Patriotisme
Secara tidak langsung, semangat patriotisme dapat diterapkan di dalam minda
pelajar
3. Memperluas pengalaman dalam membuat sesuatu kajian
Dengan menghasilkan Kajian sejarah ini, pelajar dengan tidak langsung akan
mempelajari kaedah-keadah untuk membuat kajian yang bermutu.
Pengetahuan ini boleh digunakan apabila mereka dewasa kelak.
Kaedah Kajian
Dalam penghasilan projek ini, saya telah menggunakan beberapa Kaedah untuk
mengumpulkan maklumat, iaitu:
1. Internet
Saya telah melayari laman web DBKK untuk mendapat maklumat yang diperlukan.
2. Temu Ramah
Saya telah menemu ramah beberapa pegawai dari DBKK untuk mendapat maklumat
yang diperlukan.
3. Lawatan
Saya telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Negeri Kota Kinabalu dan ke bilik
sumber DBKK untuk mengumpul maklumat yang diperlukan.
4. Risalah
Saya telah menggunakan risalah dan buku-buku dari DBKK untuk mendapat
maklumat yang diperlukan oleh kajian ini.
Hasil Kajian
Institusi Pentakbiran Tempatan
Sebagai badan pihak berkuasa tempatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK)
menjalankan fungsi dan peranan mentakbir Bandaraya Kota Kinabalu ke arah mencapai
matlamat bandaraya mesra insan dan mesra alam. Fokus utama DBKK adalah kebersihan,
keindahan dan keselamatan merupakan agenda berterusan DBKK di bawah pentakbiran
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu di dalam memastikan matlamat mejadikan Bandaraya Kota
Kinabalu tumpuan dunia menjadi nyata. Misi DBKK merupakan untuk mengurus takbir
bandaraya kota kinabalu melalui penyampaian perkhidmatan yang cekap, telus, dan
professional untuk kesejahteraan masyarakat setra pembangunan yang seimbang. Visinya
pula merupakan untuk menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya peranginan semula jadi
dengan pembangunan yang mampan, mesra dan sejahtera menjelang 2020. Zon pentakbiran
utama dengan keluasan keseluruhan adalah 350 kilometer persegi. Zon pentakbiran yang
dimaksudkan adalah Zon 1(KK Proper, Segama, Sinsuran, Kampung Air, Bandaran Berjaya,
Natikar, Padang Merdeka), Zon 2(Tanjung Aru, Kepayan Ridge, Sadong Kaya, Sembulan),
Zon 3(Karamunsing, Sri Gaya, Luyang, Hiltop, Gaya Park, Jalan Lintas), Zon 4(Likas), Zon
5(Damai, Kolombong, Sebahagian kawasan Inamam), Zon 6(Menggatal, sebahagian kawasan
Inanam, Sepangar Telipok, Indah Permai).
Carta organisasi
MayorBahagian Audit
Ketua Pengarah
Timbalan Ketua Pengarah Sektor Teknikal Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pengurusan Sumber manusia Jabatan Perancangan Bandaraya Jabatan Kesihatan dan Prekhidmanatan Bandar
Jabatan Hal Ehwal Koprat Jabatan Kejuruteraan Jabatan Landskap
Jabatan Kewangan dan Korprat Jabatan Komputer Jabatan Penguatkuasa
Jabatan Penilaian Jabatan Penyelidikan dan Koordinasi Jabatan Pengurusan Suburban
Jabatan Pengurusan dan Pelaburan Harta Unit Penyelidikan dan Tander
Jabatan Perundangan
Latar Belakang
Pada tahun 1881, sebuah penempatan awal telah ditubuhkan oleh British North
Borneo Chartered Company. Pada tahun 1899, sebuah penemuan tanah di Teluk Gaya
dinamakan Jesselton. Pada jangka masa 1942-1945, Kesselton ditakluki oleh tentera Jepun.
Pada tahun 1945, apabila Jepun mengunduri tenteranya, seluruh Jesselton musnah akibat
peperangan yang berlaku. Pada 1946, Borneo utara dijadikan koloni british. Pada 16
September 1963, Sabah mencapai kemerdekaan dan bergabung dengan Malaya dan
membentuk Malaysia. Pada tahun 1967, Jesseltok bertukar kepada Kota Kinabalu dan
Lembaga Bandaran Kota Kinabalu ditubuhkan(Pengerusi pertama YBhg. Datuk Lai En
Kong) Pada tarikh 1 Januari 1979, Lembaga Bandaran Kota Kinabalu ditukar nama kepada
Majlis pembandaran Kota Kinabalu.(Pengerusi pertama YBhg. Datuk Kamaruddin Lingam).
Pada 2 Febuari 2000, Kota Kinabalu diberi status Bandar Raya. Majlis Pembandaran Kota
Kinabalu ditukar nama kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK). Undang- undang
yang telah diluluskan oleh DBKK adalah 27 undang-undang kecil, local government
ordinance 1961, town dan country planning ordinance 1950, trades licencing ordinance 1949,
public entertainment’s ordinance 1958, Public health ordinance 1960, Enakmen Bandaraya
kota kinabalu 1996 dan enakmen hidup liar 1997.
Fungsi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai banyak peranan. Satu daripada
fungsinya ialah untuk menjaga kebersihan dengan menyediakan perkhidmatan
pembandaran seperti pembuangan sampah, pembentungan, pembersihan paritm longkang
dan pemotongan rumput. Selain itu, fungsinya juga ialah untuk menyediakan dan
memelihara kemudahan awam bagi keselesaan penduduk umpamanya jalanraya, parit-
parit, lampu-lampu jalan, tempat letak kereta, pasar-pasar awam, pusat peranginan dan
kemudahan awam. Sementara itu, fungsinya juga ialah untuk menyedia dan
menyelenggara keindahan Bandar dan kemudahan rekreasi seperti taman-taman, pantai-
pantai, tepian dan pemisah jalan, tempat pelancongak dan peranginan. Aktiviti merancang
dan mengendali pembangunan dengan Ordinan Perancangan Bandar dan Undang-Undang
Kecil Bangunan melalui pelan-pelan pembangunan, bangunan dan pengawalan bangunan
karam merupakan satu lagi peranan DBKK. DBKK juga bertanggungjawab untuk
mengendali kesihatan umum melalui penguatkuasaan Undang-Undang dan pengawalan
melalui lesen-lesen perniagaan, pejaja-pejaja dan sebagainya. DBKK juga akan melabur
dalam projek-projek pembangunan yang menuntungkan untuk menambah sumber
kewangan. Akhir sekali, DBKK bertanggungkawabnuntuk memperbaiki kualiti
kehidupan melalui penyediaan dan pengawalan kemudahan yang berfaedah kepada warga
kota.
Peranan setiap Jabatan di dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab untuk Pengurusan
pembangunan organisasi, pengurusan latihak kakitangan dan peperiksaan
anggota/kakitangan, pengurusan perkhidmatan, pengurusan pencen, saran, kemudahan
dan Pusat Sumber dan maklumat Personal.
Jabatan Hal ehwal Korprat
Jabatan Hal Ehwal Koprat berkuasa dalam pengerusan mesyuarat dan pengurusan fail,
pengurusan bekalan dan inventori, pengurusan kebudayaan dan pelancongan,
pengurusan pejabat, perhubungan awam dan antarabangsa, dan mengurus semua
aduan awam.
Jabatan kewangan dan belanjawan
Jabatan kewangan dan belanjawan bertanggungjawabdalam perancangan dan analisa
kewangan DBKK, pengurusan dan pentakbiran kewangan, pengurusan pengeluaran
lesen perniagaan, dan penyelerasaan permohonan peruntukan pembangunan kerajaan
negeri dan kerajaan persekutuan.
Jabatan penilaian
Tanggungjawab Jabatan penilaian ialah untuk melaksanakan Kerja penilaian ke atas
hartanah berkadar untuk tujuan taksiran, pengurusan pemprosesan dan kelulusan
papan iklan dan pengurusan nama kawasan, jalan, nombor bangunan.
Jabatan pengurusan dan pelaburan harta
Jabatan pengurusan dan pelaburan harta pula bertanggungjawab dalam pengurusan
hartanah DBKK secara keseluruhan, pengurusan jual beli rumah milik DBKK/penyewaan
harta milik DBKK, pengurusan dan pembangunan GIS, dan pengurusan terminal bas
bandaraya.
Jabatan perundangan
Jabatan Perundangan bertanggungjawab untuk menasihat undang-undang, pendakwaan
dan pembelaan, mengkaji serta menggubal undang-undang, dan menyediakan serta
menggubal dokuman perjanjian, usahasama dan kontrak.
Jabatan perancangan bandaraya
Jabatan perancangan bandaraya bertanggungjawab untuk perancangan dan pembangunan
bandaraya ke arah “Natura City Resort”, pemprosesan pelan pembangunan, pelan
bangunan, sijil menduduki bangunan, pengurusan pengangkutan awam dan pengurusan
lalu lintas, dan menyediakan garis panduan yang jelas dalam melaksanakan pelan
pembangunan bandaraya.
Jabatan kejuruteraan
Jabatan Kejuruteraan berfungsi untuk menyelenggara jalanraya, perparitan, Kerja tanah,
pembentungan, lampu jalan, bangunan/struktur, dan laluan pejalan kaki.
Jabatan Komputer
Jabatan Komputer bertanggungjawab untuk memberukan khidmat bantuan ICT kepada
semua jabatan dan pengguna, penyelenggeran sistem computer, pengurusan
pembangunan sistem komputer, pengurusan menaiktaraf sistem rangkaian DBKK, dan
menguruskan perolehan perkakasan dan perisian.
Jabatan penguatkuasaan
Jabatan penguatkuasaan bertanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang yang
digunapakai oleh DBKK, menguruskan penaja dan peniaga kecil, menguruskan kesihatan
umum dan menguruskan maklumat dan pendidikan awam.
Jabatan landskap
Jabatan landskap bertanggungjawab untuk menguruskan pelan induk landskap untuk
perancangan dan pembangunan landskap seluruh bandaraya, menguruskan dan
penyelenggaran landskap seluruh bandaraya, menguruskan dan penyelengaran taman-
taman awam, menguruskan pelan landskap/kawasan lapang untuk sijil menduduki,
meningkatkan tanaman pokok dari pelbagai saiz, bentuk dan jenis sebagai usaha
penghijauan, menganjurkan aktiviti sosial, rekreasi, dan mengurus tapak semaian untuk
keperluan harian dan jangka panjang.
Jabatan pengurusan suburban
Jabatan pengurusan suburban bertanggungjawab untuk menguruskan dan melaksana
projek luar bandar, menguruskan gerakan desa program pembangunan rakyat termiskin,
menguruskan jawatankuasa gerakan bencana alam, dan menyelaras perlantikan ketua-
ketua kampung, JKKK.
Jabatan penyeledikan dan koordinasi
Jabatan penyelidikan dan koordinasi bertanggungjawab untuk mengenal pasti keperluan
stratergik untuk pembangunan sosio ekonomi, fizikal dan persekitaran serta pertumbuhan
bandaraya sebagai pusat pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan aktiviti sosial,
mengadakan penyelidikan berhubung pembangunan sosio ekonomi dan persekitaran
bandaraya, memantau pelaksana program pembangunan sosio ekonomi bandaraya Kota
Kinabalu, bertindak sebagai coordinator antara Jabatan-jabatan dalam dan luar DBKK,
menyelaras program LA21 dan bertindak sebagai penyelaras kepada jawatankuasa
pameran DBKK.
Bahagian Audit Dalam
Jabatan bahagian audit dalam bertanggungjawab untuk menguruskan penilaian sistem
perakaunan dan sistem kawalan dalaman, memeriksa maklumat akaun dan kawalan
transaksi, dan mengkaji perlaksanaan tugas, dasar, perancangan dan prosedur DBKK
Unit perolehan kontrak dan tander
Unit perolehan kontrak dan tander bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan
kontrak dan tander, dan menggubal prosedur dan menyediakan garis panduan tander dan
kontrak.
Peranan DBKK
1. Pendidikan
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengadakan program seperti kempen
Pejabat tanpa sampah dan kempen kampung tanpa sampah untuk mendidik
masyarakat tentang cara untuk membuang sampah dengan betul.
2. Kemasyarakatan
Acara seperti Hari Bertemu Pelanggan dan Hari Bersama Masyarakat dapat
memperkukuh semangat kemasyarakatan yang sedia ada dalam hati
masyarakat.
3. kebudayaan
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mengadakan persembahan kebudayaan
sempena Hari Ulangtahun Bandaraya setiap tahun.
4. Pelancongan
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menyediakan buku ‘City Guide’ untuk
kemudahan pelancong ynag berkunjung ke Kota Kinabalu. DBKK juga
mempromosikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai destinasi pelancongan
yang unik.
Perkembangan DBKK
1) Sumber kewangan
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai banyak sumber kewangan,
antaranya adalah cukai am dan cukai pintu, yuran tandas awam, dan saman
seperti saman kereta dan sebagainya.
2) Kemajuan yang dicapai
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK) telah menyediakan kemudahan-
kemudahan asas seperti lorong pejalan kaki berbumbung dan tandas awam
bertaraf 5 bintang. DBKK juga telah mewujudkan taman-taman awam ynag
bersih dan mesra pengguna. DBKK juga mempertingkatkan tahap keselamatan
awam dengan membanteras jenayah. Ini semua untuk menjadikan Kota
Kinabalu sebuah Bandaraya yang bersih, indah dan selamat.
3) Penghargaan\pengiktirafan
DBKK akhirnya berjaya mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2008 bagi
semua proses kerja utama di DBKK
4) Perancangan masa hadapan
DBKK akan merancang ke masa depan dengan menjadikan Kota Kinabalu
bebas sampah, memperkasakan Rakan Bandaraya dan mengatasi masalah
kesesakan lalu lintas.
Rumusan
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh
masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini,banyak pengetahuan, pengajaran
dan nilai yang telah saya pelajari.
Dalam penghasilan kerja krusus sejarah, saya telah mempelajari tentang fungsi-fungsi
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu(DBKK) dengan lebih mendalam lagi. Ini membolehkan
saya untuk menghargai peranan DBKK.
Justeru itu, disarankan masyarakat sekeliling supaya bekerjasama dengan pihak
DBKK untuk menjaga kebersihan, keindahan dan keselamatan di kawasan masing-masing
demi mencapai kehidupan yang sejahtera dan harmoni.
Akhir sekali, saya berbangga sebagai seorang rakyat Malaysia, khususnya Sabah
kerana megetahui negeri ini mempunyai organisasi yang berdedikasi dan berjiwa rakyat
seperti DBKK.
LAMPIRAN
Rujukan
Risalah
Kenali,2011,Terbitan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Orang Sumber
Pn. Siti Amirah Binti Osman (Pegawai Bilik Sumber JPSM, DBKK)
Pn. Sarinah Madkassim (Pegawai Pejabat Pengarah JPSM)
Pn. Noratas@Hayati Owin (Pegawai Bahagian Perhubungan awam DBKK)
En. Fred Stanislaus(Pegawai Khidmat Pelanggan DBKK)
Internet
Laman Web Rasmi DBKK- http://www.dbkk.sabah.gov.my/bm/content/news
Lawatan
Saya telah melawat ke bangunan DBKK dan untuk mendapat maklumat yang diperlukan.
i.
Elemen 3
Bagaimanakah institusi pentakbiran tempatan dapat memperkukuh integrasi nasional
di negara kita?
Institusi pentakbiran tempatan seperti Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di
sesebuah kawasan memang mampu memainkan peranan penting dalam proses
memperkukuh intergrasi nasional di Negara kita khasnya Malaysia yang
mempunyai masyarakat berbilang kaum. Dalam hal ini, institusi pentakbiran
tempatan telah dipertanggungjawab untuk menjalankan pelbagai tugas
mahupun aktiviti demi memperkukuh intergrasi nasional di Negara ini.
Antara program yang telah dijalankan termasuk mengadakan Hari
Bersama Masyarakat dan Hari Bertemu Pelanggan. Program-program ini bukan
sahaja mampu memupuk nilai persefahaman dan permuafakatan dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum di Negara kita malahan mesyarakat yang
berbilang bangsa juga berpeluang bekerjasama dan tolong-menolong antara
satu sama lain semasa mereka menganjurkan dan menjayakan sesuatu
program.
Nilai bersatu padu dan berharmoni juga dapat dipupuk semasa mereka
ynag terlibat dalam aktiviti-aktiviti anjuran BewanBandaraya seperti Kempen
Kitar Semula, Kempan Pejabat Tanpa Sampah, Kompleks Pusat Beli-Belah Tanpa
Sampah, dan Kampung Tanpa Sampah. Di samping itu, semangat muhibah atau
semangat bermasyarakat juga dapat diterapkan dalam kalangan masyarakat
semasa aktiviti seperti gotong-royong diadakan di sesuatu tempat. Tambahan
pula, masyarakat setempat juga berpeluang untuk belajar tentang nilai bertolak
ansur dan bertoleransi sesame sendiri agar dapat hidup secara aman dan damai
di sesuatu tempat.
Seterusnya, Dewan Bandaraya juga berfungsi untuk menjaga kebersihan
setempat dan bertanggungjawab untuk memungut cukai tanah serta cukai pintu.
Tugas-tugas ynag dijalankan mampu melatih masyarakat setempat agar
bertindak wajar iaitu mematuhi peraturan dan undang-undang untuk membayar
cukai ynag ditetapkan oleh pentakbir tempatan. Tindakan ini secara tidak
langsung membuktikan atau menonjolkan sikap rakyat yang menyokong
kerajaan dan melibatkan diri dalam usaha penbangunan Negara.
Gambar ini menunjukkan saya bersama dengan pegawai yang ditemuramah, Encik Fred Satnislaus yang bertugas sebagai pegawai khidmat pelanggan di DBKK.
Gambar di atas menunjukkan sijil-sijil pengiktirafan MS ISO 9001:2008 yang dianugerahkan
kepada DBKK.