projek inovasif.docx

50
Lampu Perhiasan Vorteks Dari Putaran Medan Magnet WEDNESDAY, JANUARY 12, 2011 .Label: Elektrik / Elektronik , Inovasi , Lampu , Mekanikal , Projek dan Rekaan Rekacipta lampu perhiasan dari bahan terbuang yang menghasilkan efek vorteks daripada pusaran air. Sumber pencahayaan adalah daripada LED dan pusaran air (vorteks) dihasilkan oleh logam yang diputarkan oleh medan magnet tanpa sentuhan secara langsung (direct contact).

Upload: nor-zaidi

Post on 29-Sep-2015

40 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Lampu Perhiasan Vorteks Dari Putaran Medan MagnetWEDNESDAY, JANUARY 12, 2011.Label:Elektrik / Elektronik,Inovasi,Lampu,Mekanikal,Projek dan RekaanRekacipta lampu perhiasan dari bahan terbuang yang menghasilkan efek vorteks daripada pusaran air. Sumber pencahayaan adalah daripada LED dan pusaran air (vorteks) dihasilkan oleh logam yang diputarkan oleh medan magnet tanpa sentuhan secara langsung (direct contact).

Saya tertarik dengan rekabentukTV Boxrekaan watakEdward Nigma / Riddlerdi dalam filemBatman Foreverdi mana bentuk TV Box tersebutdirasakan cukup unik untuk diolah menjadi lampu perhiasan.

Manakala idea bagi manggabungkan rekabentuk lampu dan vorteks pusaran air pula timbul di hujung minggu yang bosan :)

Jika dilihat dari rajah skematik di bawah, konsep rekaan lampu ini sebenarnya adalah mudah. Mohon maaf kerana rajah di dalam bahasa inggeris. Ini kerana rekaan ini pada asalnya telah saya terbitkan di lamanInstructablespada 2008.

Kipas penyejuk dijadikan sebagai pemutar. Magnet dari jenisNeodymiumdilekatkan tengah-tengah kipas. Daripada rajah skematik, dapat dilihat objek yang di label sebagaistirrer. Ia adalah jalur logam (besi) yang berputar bersama putaran magnet. Ianya disalutiepoxybagi mengelakkannya dari berkarat.Menguji vorteks yang terhasil. Air suling digunakan bagi mengelakkan air menjadi keruh bagi tempoh masa panjang

.Rekaan Pemantul Parabolik Untuk Isyarat 3G, EDGE, Wi-Fi, dsbTHURSDAY, JANUARY 6, 2011.Label:Antenna,Inovasi,Projek dan RekaanRekaan pemantul parabolik untuk menambahbaik penerimaan isyarat RF ini dihasilkan oleh seoranghammerMalaysia dengan callsign9W2BSR. Digunakan bersamadongleUSB, pemantul berbentuk parabolik bertindak memfokus isyarat ke satu titik fokus seterusnya meningkatkan keamatannya (intensity).Bergantung kepada peranti RF yang digunakan, pemantul parabolik ini berupaya menambahbaik penerimaan isyaratEDGE, GPRS, 3G, HSDPA, Wi-Fi, WiMAX, dsb.

Kunci rekaan ini adalah kelengkungan permukaan pemantul parabolik, posisidongleUSB di titik fokus parabola dan bahan yang digunakan sebagai elemen pemantul (reflector element).

Kerangka asas dibina baripada platacrylicmanakala elemen pemantul terdiri daripadakerajang aluminum (aluminum foil).Selain kerajang aluminum, sebagai alternatif, jejaringlogam (wire mesh) juga boleh digunakan sebagai elemen pemantul.

WobblyBot - Rekacipta Robot Pengimbang Diri Domo KunTHURSDAY, APRIL 21, 2011.Label:Inovasi,Mekanikal,Projek dan Rekaan,RobotRekacipta robot yang berupaya bergerak dan mengimbangkan diri di atas dua roda tanpa penggunaan meter pecutan (accelerometer), giroskop (gyroscope) dan pengawal mikro (microcontroller). Robot ini dinamakan WobblyBot (Wobbly + Robot) kerana ia berayun mengikut daya-daya gerakkan yang dikenakan kepadanya.

Menukar rekaan robot menjadi watak karikatur Jepun Domo Kun pula adalah satu ideawhimsicalsekadar suka-suka :) Video demonstrasi boleh disaksikan di bawah.

Rekacipta iniasalnyaadalah rekaanyang dihasilkan atas dasar penerokaan dan permainan idea semata-mata, namun tanpa disangka ianya telah mendapat liputan meluas laman-laman teknologi/rekacipta terkenal antarabangsa sepertiHacked Gadget,Hack A Day, InstructablesdanEngadget:)

Latar Belakang

Terdapat banyak rekacipta robot yang berupaya mengimbangkan diri diatas dua roda, namun kesemuanya mengaplikasikan konsep bandul terbalik (inverted pendulum) dimana keseimbangan dicapai dengan memastikan kedudukan roda robot senantiasa berada di bawah pusat graviti melalui pacuan motor yang dikawal dengan bantuanaccelerometer, gyroscopedanmicrocontroller.

Saya sebaliknya mensasarkan rekaan robot yang lebih ringkas. Cabaran utama adalah untuk merekabentuk robot yang dapt mencapai keseimbangan yang sama dengan hanya memaipulasi dimensi dan daya fizik asas semata-mata. Oleh kerana rekaan robot sebegini tidak wujud sebelum ini, saya tidak menggunakan kit-kit robotik sedia ada sebaliknya perlu merekabentuk bahagian-bahagian robot secarascratch-build.

Setelah bermain dengan pelbagai idea dan percubaan-percubaan yang gagal, akhirnya keseimbangan dicapai melalui dimensi robot yang merendahkan pusat graviti agar berada di bawah titik pangsi (pivot) serta dengan bantuan beban penimbal (counter-weight) yang bertindak melawan daya putaran (torque) yang dihasilkan oleh motor pemacu.

Lakaran rekabentuk kerangka asas robot. Perisian yang digunakan untuk lakaran adalahGoogle SketchUp.

Lakaran rekabentuk kerangka asas robot. FailSketchUpboleh dimuat turun disini.

Pelantar berayun (cradle) bagi robot ini diperbuat daripada kombinasi stokMedium Density Fiberboard (MDF)dan stok aluminum (L bardanFlat bar). Pelantar ini adalah pusat graviti bagi robot.Nota: Dalam konteks rekacipta dan kejuruteraan, stok adalah terma umum yang merujuk kepada bahan binaan / pembuatan berbentuk generik tidak kira sama ada daripada logam, kayu, polimer dan sebagainya. Definisi dari wikipedia:

Building stock, in whichever material, can be plain sheets, strips, bars, tubes, rods, or even structural shapes such as L or T girders. Stock can also be extruded, embossed or textured to replicate a certain prototype material.

Panjang pelantar adalah terpulang kepada kretiviti anda, namun lebarnya dibentuk untuk memuatkan bateri bersaiz D. Kedudukan bateri perlu berada di tengah-tengah pelantar kerana ia mempunyai dua fungsi, sebagai pembekal tenaga elektrik, dan sebagaiballast,atau beban penimbal (counter-weight) kepada robot.

DC Geared Motordigunakan sebagai pemacu roda. Rating motor yang digunakan adalah 12V, 100mA, 130RPM dan Torque 58.8mN.m. Motor sebegini digunakan kerana RPM operasinya adalah rendah dan berupaya menghasilkantorqueyang tinggi untuk memacu robot.

Motor dipaut secara terus kepadaFlat Baraluminum yang telah dibengkokkan. Shaft motor merupakan titik pangsi bagi robot, dan pusat graviti (pelantar) perlu berada di bawah titik ini.

Saya menghabiskan begitu banyak masa bagi mencari roda yang menepati dimensi ukuran yang diperlukan (diameter luaran 110mm dan diameter pautan shaft 3mm) namun tidak berjaya. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghasilkan sendiri roda tersebut secarascratch-builddaripada stok MDF berketebalan 1cm menggunakan peralatanCircle CutterdanDrill Press. Lapisan luran roda dilapisi jalur getah yang diregangkan daripada tiub tayar motosikal yang dipotong.

Litar kawalan RC dipaut pada plaform diatas pemegang bateri. Litar sebegini boleh dihasilkan sendiri, atau dengan cara yang lebih mudah iaitu melalui peleraian komponen permainan kerata permainan kawalan jauh (RC Car).

Memandu Uji WobblyBot Separa Siap

Pemilihan bahan yang bersesuaian untuk kerangka badan robot adalah penting untuk keseimbangan dan kestabilan.

Kerangka bahagian badan robot diperbuat daripada kayuBalsa, sejenis kayu yang boleh diperolehi daripada kedai pembekal alat kesenian (Art Store) tertentu. Balsa adalah sesuai kerana ianya bahan kerangka paling ringan berbanding penggunaan aluminum, plastik, dan jenis-jenis kayu yang lain, tetapi lebih kukuh daripada bahan seperti busaStyreneatauPolyStyrene.

Jika tiada akses kepada kayuBalsa, mungkin boleh menggunakan bahan lain seperti dawai untuk kerangka, tetapi anda juga perlu menambah beban penimbal tambahan pada pelantar untuk mengekalkan keseimbangan.

Beban penimbal tambahan yang saya gunakan adalah daripada plumbum atau timah pengimbang yang biasa digunakan bagi mengimbang tayar kereta (wheel balancing).

Ia ditampal secara terus kepada pelantar berayun. Semakin berat beban penimbal yang ditambah kepada pelatan, semakin kurang ayunan robot, tetapi semakin tinggi beban yang perlu ditampung oleh motor pemacu.

Jumlah berat beban penimbal yang sesuai untuk rekaan anda bergantung kepada rekabentuk yang anda gunakan. Anda mungkin memerlukan beberapa percubaan dan pengujian sebelum dapat menetukan berat yang sesuai. Saya berpuas hati dengan berat tambahan 250 gram setelah beberapa percubaan dan pengujian.

Ini adalah langkahoptional. Pengawal (controller) robot yang diubahsuai daripada alat kawalan RC agar lebih intuitif. 4 suis SPST (single pole single throw) dari jenispush ON release OFFdigunakan. 2 suis di bahagian atas pengawal perlu ditekan serentak untuk robot bergerak lurus ke hadapan, dan dua suis di bagagian bawah pengawal pula ditekan serentak untuk bergerak lurus ke balakang. Gerakkan membelok dan berpusing pula terhasil dengan menekan kombinasi suis-suis tersebut.

Perumah diperbuat daripada cardboard.

Litar Pemodulatan Lebar Denyut (PWM)TUESDAY, JANUARY 4, 2011.Label:Eksperimen dan Panduan,Elektrik / ElektronikLitar Pemodulatan / Modulasi Lebar Denyut (Pulse Width Modulation PWM)rekaan sendiri mengunakan IC pemasa 555 untuk kawalan kelajuan motor, pencahayaan dan lain-lain lagi.

Terdapat banyak rekaan litar PWM di luar sana, namum berbeza dengan kebanyakkan rekaan litar lain, litar ini direkabentuk untuk menggunakanjumlah komponen yang paling minimumseterusnya mengecilkan saiz papan litar yang diperlukan.Ia juga mudah diubahsuai, serta murah untuk dihasilkan.

Litar PWM pada dasarnya berfungsi untuk menghasilkan denyutan (pulse) tenaga elektrik dalam frekuensi tertentu. Pendekatan ini digunakan secara meluas dialam litar komersil seperti pemalap lampu (light dimmer), pengawal kelajuan motor dan sebagainya.

Senarai Komponen1. IC Pemasa 555 - 12. Perintang boleh laras 100k - 13. Diod 1N4148 - 24. Kapasitor 100nF - 2

Bagaimana Litar BerfungsiBayang tindakan menyalakan sebuah mentol lampu pijar (incandescent bulb) di rumah. Jika diperhatikan dengan teliti, anda akan dapati mentol tersebut tidak menyala ke kecerahan penuh dengan serta merta apabila suis dihidupkan (ON). Sebaliknya ia akan mengambil masa beberapa saat (sekitar 2 saat) untuk mencapai tahapkecerahan penuh.

Begitu juga apabila mematikan suis (OFF), mentol tidak akan terpadam dengan serta merta, sebaliknya akan mgambil masa (juga beberapa saat) untuk padam sepenuhnya. Bayangkan pula jika anda berupaya menghidupkan dan mematikan suis berulangkali dengan pantas (contohnya 30 kali sesaat). Mentol tersebut tidak akan berkelip sebaliknya ia akan memalap.

Kitaran menghidup dan mematikan suis (ON / OFF) ini dikenali sebagaiduty cycle. Kadar dan tempoh masa duty cycle menentukan kadar kemalapan / keterangan mentol tersebut.

Dengan merujuk kepada rajah skematik litar, apabila litar dibekalkan kuasa, kapasitor C1 pada mulanya akan berada dalam keadaan nyahcas. Maka pin Trigger (pin 2) akan berada dalam keadaan LOW seterusnya memacu pin Output (pin 3) ke keadaan HIGH. Pin Discharge (pin 7) akan turut ke keadaan HIGH mewujudkan litar pintas ke bumi (Ground).

Apabila pengecasan kapasitor C1 mencapai 2/3 nilai voltan bekalan kuasa (nilai +V), pin Treshold (pin 6) akan diaktifkan dan memacu pin Output (pin 3) dan pin Discharge (pin 7) ke keadaan LOW. Masa yang diambil untuk C1 mengecas bergantung kepada kedudukan perintang boleh laras R1.

Pada ketika ini, pin Output (pin 3) akan berada dalam keadaan LOW. Oleh itu kapasitor C1 akan mula dinyahcas melalui diod D2 dan perintang boleh laras R1. Apabila nyahcas kapasitor C1 menurun sehingga 1/3 nilai voltan bekalan kuasa (nilai +V), pin Trigger (pin 2) akan sekali lagi ke keadaan LOW, seterusnya memacu pin Output (pin 3) ke keadaan HIGH. Pin Discharge (pin 7) akan turut ke keadaan HIGH mewujudkan litar pintas ke bumi (Ground). Kitaran berulang.

Kitaran diatas berulang sebanyak 144 kali setiap saat memberikan frekuensi 144Hz.

Litar ini mampu menampung voltan antara +3V hingga +18V dan arus sehingga 200mA (max)

Panduan Pengubahsuaian

Secara ringkasnya, ubah nilai R1 atau C1 atau kedua-duanya bagi mendapatkan frekuensi yang anda ingini. Sebagai contoh, menggandakan nilai R1 akan merendahkan frekuensi kepada 1/2, begitu juga dengan menggandakan nilai C1. Menggandakan kedua-dua nilai R1 dan C1 akan merendahkan frekuensi kepada 1/4 dan seterusnya.

Bagi meningkatkan nilai voltan dan arus yang boleh ditampung oleh litar, anda boleh menambahkan FET atau transistor kuasa kepada litar.Bagi masih baru dengan IC pemasa 555 dan litar PWM, berdasarkan penerangan di atas, mungkin dilihat rekaan litar ini begitu rumit, namun setelah anda membina dan melihat sendiri bagaimana litar ini brfungsi, segala penerangan di atas akan menjadi lebih jelas.Bermain dan bereksperimenlah dengan pelbagai kombinasi komponen.

Alat Pengaduk / Pengocak Untuk Membangun Papan Litar Bercetak (PCB)SATURDAY, JUNE 4, 2011.Label:Elektrik / Elektronik,Inovasi,Mekanikal,Projek dan RekaanRekacipta alat pengaduk / pengocak (agitator). Fungsi utama alat ini adalah untuk membangunkan papan litar bercetak (PCB) dengan lebih pantas.

Namun demikian, selain untuk pembangunan papan litar, alat ini juga boleh digunakan di dalam makmal-makmal, hospital, di dapur atau dalam apa sahaja aplikasi yang memerlukan adukkan cecair secara konsisten untuk sesuatu tempoh masa.

Latar Belakang

Proses punaran (etching) di dalam membangunkan papan litar bercetak (Printed Circuit Board - PCB) biasanya melibatkan penggunaan larutan punaran (etching solution) sepertiFerric Chloride. Konsep di sebalik teknik ini ialah larutan punaran ini akan menghakis lapisan tembaga yang terdedah, manakala permukaan tembaga yang terlindung akan terpelihara membentuk jalur litar yang diingini.

Tindakbalas menghakis ini adalah proses kimia yang perlahan jika tiada campur tangan manusia. Bergantung kepada ketebalan lapisan tembaga, proses ini boleh mengambil masa berjam-jam lamanya.

Bagi mempercepatkan tindakbalas kimia yang berlaku, larutan perlu diaduk secara berterusan. Dengan adukkan berterusan, masa yang diperlukan untuk proses punaran dapat dipendekkan sehingga 10-15 minit sahaja.Saya merekabentuk alat ini memandangkan tempoh masa 10-15 minit juga boleh dikira tempoh masa yang panjang (dan memenatkan) untuk mengaduk larutan secara berterusan dengan tangan. Bak kata pepatah "KemalasanKeperluan Adalah Punca Kepada Penciptaan":)

Rekaan ini pada dasarnya merubah daya emparan yang dihasilkan oleh motor penggetar (vibrator motor) kepada pergerakkan linear / lateral. Kelajuan putaran motor menentukan amplitud gerakan linear yang terhasil. Semakin laju putaran motor, semakin tinggi daya linear, tetapi semakin rendah amplitudnya. Jalur polimerABS(berwarna hitam) mempunyai 3 fungsi. Sebagai penyokong pelantar, sebagai pengekang / pengubah daya emparan serta sebagai pelibas yang membawa pelantar kembali kedudukan asal.

Pelantar adukkan dilapisi denganAnti-Slip Mat bagi mengelakkan bekas adukkan dari tergelincir. Sumber elektrik diperolehi daripadaAC-DC Adapter 12V.

LitarPulse Width Modulation(PWM) berasaskan IC pemasa 555 digunakan untuk mengawal kelajuan motor.Butiran rekaan litar ini pernah diterbitkan di laman ini satu ketika dahulu danboleh dirujuk di sini.

Pemasa (timer) mekanikal digunakan untuk mengawal tempoh masa adukkan. Pemasa mekanikal boleh diperolehi daripada pembekal/ kedai yang menjual komponen peralatan elektrikal. Pemasa di bawah adalah model pemasa yang digunakan di dalam ketuhar elektrik (electric oven). Selain daripada ketuhar,toasterserta mesin basuh model lama juga menggunakan pemasa mekanikal sebegini.

Oleh kerana adukkan akan mengasilkan getaran, pelekap (suction cup) getah digunakan bagi melekapkan agitator ini ke permukaan meja atau lantai. Ia juga mengingkatkan kecekapan agitator dengan memastikan daya yang terhasil daripada motor ditukar kepada amplitud linear / lateral dengan lebih cekap.

Dua tombol digunakan, satu untuk mengawal kelajuan, dan satu lagi untuk mengawal tempoh masa adukkan. Setelah tamat tempoh masa yang ditetapkan, bekalan tenaga elektrik akan diputuskan danagitatorakan berhenti dengan sendirinya

Rekacipta Lampu SolarMONDAY, AUGUST 8, 2011.Label:Elektrik / Elektronik,Lampu,Projek dan Rekaan,Teknologi Hijau,Tenaga SolarRekaan lampu berasaskan LED yang dikuasakan oleh tenaga matahari (lampu solar) untuk pencahayaan kawasan kediaman. Walaupun versi ini direkabentuk untuk pautan pada dinding, ianyaboleh diubahsuai dengan mudah untuk lain-lain bentuk pemasangan.

Menghasilkan rekacipta berasaskan tenaga boleh baharu (renewable energy/ teknologi hijau) bukanlah perkara yang sukar. Sesiapa sahaja mampu berekacipta asalkan mempunyai kemahuan. Rekaan lampu solar ini diharap dapat memberi inspirasi kepada anda untukbereksperimentasidan bermain dengan idea rekacipta berasaskantenaga boleh baharu.

Rekaan lampu solar ini menggunakan solar panel (panelPhotovoltaic / PV) buatan sendiri yang digunakan untuk mengecas bateri Asid-Plumbum (Lead-Acid) melalui teknik yang dikenali sebagaiTrickle Charging.

Artikel Berkaitan:Panduan Praktikal Sel Solar (Photovoltaic Cell)

Litar pensuisan bertindak mengecas bateri di waktu siang dan akan menyalakan lampu LED secara automatik apabila mengesan cahaya persekitaran menjadi malap. Tahap sensitiviti / kepekaan pengesanan cahaya pula boleh dilaras melalui tombol pada bahagian hadapan lampu.

Lampu LED menyala apabila persekitaran menjadi malap/gelap. Semakin gelap keadaan persekitaran, semakin terang cahaya lampu.

Pemasangan lampu solar di dinding rumah.

Kedudukan dan penghalaan lampu boleh dilaras pada paksi mendatar dan menegak bagi membolehkan fokus pencahayaan di tempat yang anda ingini.

Bahagian-bahagian pada lampu solar yang telah siap.Tali yang dapat dilihat pada lampu membolehkan lampu dimatikan dan dinyalakan (secara manual) apabila dipaut pada tempat tinggi. Tarik untuk ON, dan tarik sekali lagi untuk OFF (Pull ON - Pull OFF switch).Klik imej di bawah untuk paparan yang lebih besar.

Solar PanelReady Madevs Solar Panel Buatan Sendiri

Anda boleh dikira amat bernasib baik jika menemui panel solar yang memberikan rating voltan dan arus yang sepadan dengan keperluan rekaan anda.

Realitinya,panel solarready-madeyang boleh diperolehi di pasaran Malaysia datang dengan pilihan-pilihan rating kuasa yang begitu terhad (5W, 10W, 20W, 30W dsb).Satu contoh solar panel 5W yang boleh diperolehi di pasaran memberikan rating 17.82V dan 285mA (rating voltan dan arus ini berbeza-beza bergantung kepada jenis dan pengeluar).

Kerapkali rating ini tidak berpadanan dengan keperluan rekaan anda. Untuk tujuan pemadanan, tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel tersebut perlu melalui proses perubahan (conversion) agar menepati keperluan litar. Malangnya prosesconversionbukanlah suatu proses yang cekap dan akan mengakibatkan kehilangan tenaga (loss) yang tinggi.Anda boleh membuat tempahan solar panel yang menepati keperluan rekaan anda secara terus dari pengeluar namun melainkan anda mempunyai wang saku yang banyak, kos yang terlibat adalah terlalu tinggi dan tidak masuk akal untuk projek sebegini.

Atas faktor-faktor yang dinyatakan inilah pendekatan menghasilkan panel solar sendiri adalah pilihan yang lebih praktikal.

Solar panel dibina menggunakan unit-unit kecil sel solardengan rating 5V, 50mA.

Unit sel solar ini memberikan prestasi lebih baik berbandingsel solar yang diuji sebelum inidimana di bawah matahari yang terik, ia mampu menjana sekitar 5.13V dan 57mA. Pelantar panel diperbuat daripada plat akrilik (Acrylic) yang dipotong menjadi segiempat sama dan digerudi untuk memberikan akses kepadacontact pointsetiap sel solar.TIPS: Sel solar yang mudah diperolehi di Malaysia mempunyai rating 5V-30mA, 5V-50mA, 5V-100mA, 12V-50mA dan 12V-100mA. Uji terlebih dahulu sel solar tersebut sebelum membuat pembelian dalam jumlah banyak kerana kerapkali prestasi sel solar yang dijual tidak berupaya mencapai rating yang dijanjikan.

Sebelum membina panel, bahagian belakang sel solar disusun dan ditampal dengan pita pelekat bagi mengelakkan ia bergerak. Sel-sel ini kemudiannya dilekatkan pada permukaan plat akrilik.

Penyambungan wayar kepada setiap sel adalahsecara kombinasi selari dan bersiri.

Panel solar yang telah siap. Sisi solar paneldi rivetkandengan stok aluminum L bar. Bahagian atas solar panel diletakkanPhototransistoruntuk pensuisan dan pengesanan cahaya. Di bawah sinaran matahari terik, solar panel ini mampu menjana sekitar 2.6 Watt.

Pemilihan Bateri Simpanan Tenaga

Bateri simpanan berfungsi menyimpan tenaga elektrik yang dijana oleh solar panel di waktu siang, dan berfungsi membekalkan tenaga yang tersimpan tersebut untuk menyalakan lampu LED di waktu malam.

Terdapat pelbagai jenis bateri di luar sana, namun bateri-bateri daripada jenis Asid Plumbum (Lead-Acid),Nickel Cadmium (Ni-Cad), Lithium-Ion (Li-Ion), Lithium Polymer (Li-Po)danNickel-Metal Hydride (Ni-Mh)boleh dicas semula (rechargeable).

Daripada kesemua jenis bateri ini pula, bateri jenisNi-CaddanLi-Ionmemerlukan arus dan voltan yang malar sertalitar kawalan pengecasanagar ianya dapat dicas dengan selamat tanpa risiko terlebih cas (overcharging). Kedua-dua bateri ini tidak begitu sesuai digunakan untuk aplikasi rekacipta berkaitan solar kerana keamatan cahaya matahari sentiasa berubah-ubah dan tertakluk kepada keadaaan cuaca.

Contoh-contoh bateri yang boleh dicas semula (rechargeable). Contoh bateri Ni-Cad dalam foto di atas dileraikan daripada sebuah lampu solar murahan dari China yang hanya dapat bertahan sekitar 2 bulan sebelum rosak.BateriNi-MhdanLead-Acidpula mempunyai toleransi yang tinggi terhadap arus pengecasan yang berubah-ubah. Dengan menggunakan teknik yang dikenali sebagaiTrickle Charging, bateriNi-MhdanLead-Aciddapat dicas dengan selamat (tanpa risiko terlebih cas) tanpa menggunakan litar kawalan selagi arus pengecasan adalah tidak melebihi 10% rating arus bateri tersebut.

Jika dibandingkan prestasi antara bateriNi-MhdanLead-Acid, bateri jenisLead-Acidmempunyai keupayaan kapasiti menyimpan cas yang lebih tinggi berbandingNi-Mh. Mengambilkira kesemua faktor ini, bateriLead-Acidadalah pilihan paling ideal untuk untuk rekacipta sebegini, dan tidak hairanlah ia juga digunakan dengan meluas di dalam aplikasi-aplikasi tenaga solar komersil.BateriLead-Acidyang mudah diperolehi di pasaran Malaysia adalah dengan rating 6V dan 12V (dengan dimensi fizikal dan rating arus yang berbeza).

Perumah lampu yang memuatkan litar dan bateri. Saya memilih bateriLead-Acid6V (rating paling rendah dan agak mudah diperolehi). Rating arus bagi bateri ini adalah 4.5AH (Amp Hour). Maka ianya dapat dicas melalui teknikTrickle Chargingdengan arus tidak melebihi 450mA ( 10% rating arus bateri).Nilai voltan dan arus yang dilabelkan di bahagianCharging Instructionbateri di atas adalah panduan bagi penggunakan litar pengecasan dari sumber elektrik malar (contohnya pengecas komersil yang menggunakan bekalan elektrik dari soket dinding) dan tidak boleh diaplikasikan secara terus untuk konteksTrickle Chargingdan janakuasa tenaga boleh baharu.

Litar pengecasan / pensuisan lampu solar.

Rajahskematiklitar. Tujuh butir LED putih yang disambung secara selari membentuk lampu LED.

UPDATE - Mac 2012:Atas permintaan para pembaca, berikut adalah litar pengesacan solar paling ringkas yang boleh dibina. Ia merupakan litar pensuisan secara manual (menggunakan suisSingle Pole Double Throw-SPDT). Secara idealnya, voltan daripada solar panel perlusekurang-kurangnya110% daripada voltan bateri, dan arus solar panel perlulah tidak lebih 10% arus bateri.

Contoh litar pengecasan solar yang ringkas.

Contoh suisSingle Pole Double Throw (SPDT).

Weather Proofing

Pengkalisan cuaca atauwheather proofingadalah langkah tambahan bagi lampu solar yang akan diletakkan di persekitaran yang terdedah kepada elemen cuasa (seperti hujan, panas dan kelembapan). Cara paling mudah dan murah adalah dengan menyaluti komponen eletronik serta menutup segala lubang dan penyambungan dengan menggunakanhot melt glue / glue gun.

Eksperimen Turbin Janakuasa AnginSUNDAY, NOVEMBER 7, 2010.Label:Eksperimen dan Panduan,Teknologi Hijau,Turbin AnginEksperimen bagi merekabentuk turbin janakuasa angin. Menghasilkan tenaga elektrik daripada angin merupakan proses mengubah tenaga kinetik kepada tenaga elektrik. Untuk menghasilkan rekaan turbin yang melaksanakan perubahan asas ini sebenarnya satu proses yang mudah, yang sukar adalah bagaimana untuk memaksimumkan kecekapan, terutama di kawasan berpotensi kelajuan angin rendah seperti di Malaysia.

Artikel berkaitan: Turbin Janakuasa Angin Mikro V1.0 Panduan Praktikal Sel Solar (Photovoltaic Cell)

Tiada sistem turbin yang 100% efisyen, yakni tenaga 100% tenaga kinetik daripada angin dapat diubah kepada tenaga elektrik. Bahkan sistem yang 50% efisyen juga adalah mustahil berdasarkan teknologi semasa. Namun diharap ianya tidak melunturkan semangat anda untuk bereksperimentasi :)

Perkara penting yang harus dipertimbangkan adalah lokasi pemasangan dan potensi kelajuan angin di kawasan tersebut. Sekiranya anda tinggal di bandar atau sub-bandar, anda juga perlu mengambilkira faktor keluasan halaman rumah, hadangan bangunan dan lain-lain.

Rapid Prototypegolongan yang kurang mampu :) Rekaan di atas adalah binaan ala kadar untuk bereksperimen.

Generator

Pemilihan dan rekaan generator boleh menentukan sejauh mana keberjayaan atau kegagalan sesuatu rekaan turbin. Semua generator terdiri daripada magnet kekal dengan gegelung wayar kuprum berenamel (enamelized copper wire). Arus yang terhasil akan mengikut Hukum Tangan Kanan Fleming (Fleming Right Hand Rule). Terdapat dua pilihan iaitumenghasilkan generator sendiri, ataumengunakan motor magnet kekal sebagai generator.

Motor magnet kekal sebenarnya adalah penjana yang berfungsi secara terbalik. Gandar atau axlemotor tersebut akan berputar apabila tenaga elektrik dibekalkan. Sebaliknya jikaaxlediputarkan, tenaga elektrik akan dihasilkan.

Secara jujurnya pilihan menghasilkan generator sendiri adalah lebih menarik sebagai projek eksperimentasi terutama jika anda mempunya akses kepada kemudahan fabrikasi atau wang saku yang agak banyak.

Saya sepertimana ramai rakyat Malaysia yang lain tidak mempunyai akses kepada kemudahan bengkel / makmal fabrikasi, maka hanya perlu berpuas hati dengan komponenready-madeyang diubahsuai.Meskipun generator asas dapat dihasilkan sendiri dengan mudah dengan merujuk kepadaFleming Right Hand Rule,namun jika membandingkan generator pada saiz yang sama, saya dapati prestasi menggunakan motor magnet kekal sebagai generator sebenarnya adalah lebih baik daripada generator hasilan sendiri (yang dibina tanpa kemudahan fabrikasi dan peralatan terhad).

Pemilihan Motor Magnet Kekal Yang Sesuai

Semua jenisDC motoryang mempunyai magnet kekal boleh digunakan untuk tujuan ini.Brushless DC motorseperti yang digunakan sebagai kipas penyejukkan komputer juga boleh digunakan untuk tujuan ini (model terntentu sahaja, dan sila rujuk kekangan yang mungkin timbul di bahagian seterusnya). Motor AC daripada peralatan rumah seperti kipas angin, pengisar (blender) dan sebagainya umumnya adalah dari jenis induksi dan ianya tidak sesuai untuk tujuan penjaan tenaga.

Masalah yang timbul adalah dari segi rating RPM (Revolutions Per Minute). Motor DC daripada sumber kereta mainan kawalan jauh, kipas penyejuk (cooling fan) dan sebagainya mempunyai rating RPM yang tinggi, bermakna ianya direka untuk operasi pada kelajuan tinggi. Bagi motor jenis ini, saya dapati untuk menghasilkan cukup tenaga untuk menyalakan sebutir LED 5mm dengan malap memerlukan putaranaxleyang amat pantas.

Kelajuan ini adalah jauh lebih tinggi daripada putaran yang dapat dihasilkan oleh tiupan angin yang biasa. Sebagai contoh, DC motor daripada model kereta kawalan jauh mempunyai RPM sekitar 20000 atau lebih.Saya dapati bahawa motor daripada dek pemain kaset (bagi pembaca daripada generasi iPod, dek pemain kaset digunakan secara meluas pada era 80an - 90an sebelum wujudnya CD, MP3 Player dan iTunes) memberikan prestasi yang lebih baik daripada kebanyakan DC motor yang lain kerana ianya direka untuk beroperasi sekitar 2000 3000 RPM . Lebih baik, namun masih tidak memuaskan hati.

Adakalanya jika bernasib baik, rating RPM motor akan dilabel pada motor. Adakalanya hanya model motor sahaja yang tertulis dan anda perlu merujuk kepadadatasheetyang dimuat turun secara online (Google adalah rakan anda).

Selalunya, tiada sebarang label terdapat pada motor, maka anda perlu mengagak berdasarkan saiz motor dan kegunaannya. Motor daripada alatan permainan, dan alatan elektrik yang menggunakan bateri umumnya mempunyai rating RPM tinggi.Berdasarkan pengalaman, motor DC dengan RPM rendah begitu sukar diperolehi dari pembekal Malaysia (onlinemahupunoffline) melainkan dari jenis DC motor bergear (DC geared motor). Malangnya motor dari jenis bergear, meskipun mempunyai RPM rendah (serendah 60rpm) ianya tidak sesuai kerana mekanisma gear di dalam motor menghalang putaran bebasaxle.

Jika anda mempunyai akses kepada komponen kereta,motor power windowmungkin sesuai sebagai generator. Saya tidak berpeluang mengujinya kerana ianyamemerlukan peralatan pemotongan logam untuk mengaksesaxlesecara terus. Selain itu geseran ataupundragdaripada motor jenis ini juga adalah tinggi.

Rating Voltan dan Arus

Selain RPM rendah, voltan dan arus operasi (operating voltage / current) juga memainkan peranan penting, tetapi ianyabukanlah keperluan.

Perkara yang harus diingat adalah,semakin tinggi voltan operasi,semakin tingi arus operasidansemakin rendah rating RPM,maka semakin baik fungsi motor tersebut sebagai generator.

Stepper Motor Sabagai Generator

Stepper motormerupakan pilihan terbaik berdasar eksperimentasi terhad yang dilakukan, ini adalah kerana meskipun model yang saya gunakan adalah mempunyai rating 12V dan 900mA,stepper motordireka untuk operasi pada RPM rendah. Harus diambilkira bahawa meskipun ia dioperasikan oleh arus DC, arus yang dijana pula adalah arus AC. Maka litar rektifikasiadalah diperlukan.

Walaupun terdapat beberapa pilihanstepper motordi dalam simpanan, saya memilih untuk menggunakanstepper motordari jenisBipolar. Motor dari jenis ini umumnya mempunya 4 wayar (foto di bawah). Sementara motor dari jenisUnipolarumumnya mempunyai 5 atau 6 wayar. Tujuannya adalah untuk mempermudahkan litar rektifikasi yang perlu dibina.

Sumberstepper motor Bipolarini adalah daripada sebuah mesin pencetak (printer) HP yang rosak. Sekiraya anda tidak mempunyai akses kepada pencetak yang boleh dileraikan, boleh mencuba mesin faks, tetapi sumber terbaik untukstepper motoradalah mesin fotokopi (sukar untuk ditemui dalam keadaan terbuang, namun jika nasib anda cukup baik, mesin fotokopi merupakan sumber berharga untuk pelbagai komponen yang sukar diperolehi di pasaran).

Sekiranya anda mempunyai pilihan beberapastepper motor, selain daripadaUnipolardengan 4 wayar, anda juga disaran untukmemilihstepper motoryang mempunyacoggingyang kecil.Coggingterhasil daripada tarikan magnet kekalterhadapamaturedi dalam motor. Cogging yang kecil membolehkan bilas kipas beputar pada tork pemula yang rendah. Tork (torque) adalah daya memutar yang terhasil daripada putaran bilah turbin. Jikacoggingadalah tinggi, maka sukar untuk bilah turbin ini untuk mula berputar.

Cara mudah untuk mengesancoggingadalah dengan memutaraxledengan jari. Semakin tinggicoggingsemakin tersekat-sekat putaranaxle. Pilih Unipolar stepper motoryang mempunyaicoggingyang rendah.Stepper motoryang mempunyai darjah putaran yang kecil (contohnya1.8 degree per step) mempunyaicoggingyang rendah. Nilaidegree per stepini biasanya terdapat padastepper motor, jika tiada, anda perlu merujukdatasheetonline.

Konfigurasi Turbin

Terdapat dua konfigurasi di dalam rekaan turbin sama ada mengunakan paksi mendatar (horizontal axis wind turbine - HAWT) atau paksi menegak (vertical axis wind turbine - VAWT).

Diringkaskan, rekaan VAWT tidak perlu mengambilkira arah tiupan angin. Ia mampu berputar dengan angin dari semua arah. Pendekatan HAWT pula adalah sedikit mencabar dari segi rekaan. Ia memerlukan sirip ekor (tail fin) bagi memastikan bilah turbin senantiasa selari dengan arah tiupan angin. Galas (bearing) membolehkan putaran paksi rewang (yaw) dan HAWT juga memerlukan mekanisma sama ada dalam bentukslip ringsataucummutatorbagi mengelakkan wayar daripada berpintal apabila turbin beralih arah berulang kali.

Oleh kerana saya mensasarkan kegunaan pada kelajuan angin rendah, saya memilih konfigurasi HAWT kerana dari segi prestasi, ianya lebih cekap menukar tiupan angin kepada daya putaran.

Jenis Bilah Bagi Konfigurasi HAWT

Saya mendapati prestasi rekabentuk bilah tirus yang biasa digunakan sebagai penujah (propeller) memberikan tork yang rendah meskipun menggunakan bilah yang mempunyai sudut lengkungan (pitch) yang tinggi. Ia direkabentuk untuk memberikan tujahan pada kelajuan angin tinggi. Namun daya putaran yang dihasilkan pada angin rendah tidak memadai untuk melawancoggingmotor yang saya gunakan, maka bilah hanya kekal kaku. Secara teori, bilah yang lebih panjang mampu mengatasi masalah ini (dan tiupan angin yang kuat), namun ianya menjadikan saiz keseluruhan turbin menjadi besar.

Bilahaxial flowdaripada kipas angin elektrik memberikan prestasi terbaik pada angin rendah. Oleh kerana bilahaxial flowdirekabentuk untuk menggerakkan isipadu udara yang maksimum, ia mampu menghasilkan tork yang mencukupi pada kelajuan angin rendah.

Namun jika di kawasan yang mempunyai purata kelajuan angin yang tinggi, bilah jenis propeller adalah lebih efisyen. Turbin angin yang sering kita lihat diwind farmkomersil menggunakan variasi bilah jenis propeller atas sebab tersebut.

Idea Penambahbaikan

Magnet Berkuasa Tinggi

Magnet yang digunakan di dalam motor elektrik biasanya adalah daripada jenis Ferrite. Bagi meningkat potensi janaan tenaga turbin, rekaan generator sendiri dengan magnet berkuasa tinggi dari jenisNeodymium Iron Boron(NIB) dengan nilai gred antara 30-52 boleh digunakan.

Neodymiumgred N52 mempunyai kekuatan tertinggi, tetapi mudah dilemahkan sekiranya terdedah kepada haba kepanasan (demagnetization). MagnetNeodymiumdi dalam cakera keras (hard drive) bergantung kepada model dan pengeluar adalah dari gred sekitar N30 N40 dan berupaya menahan kepanasan sehingga 80 darjahCelsius.Tetapi satu cakera keras umumnya hanya mempunyai 2 butir magnet sahaja, anda perlu meleraikan antara 4 hingga 5 cakera keras untuk memperolehi jumlah magnet yang mencukupi untuk projek turbin.

Jalan terakhir adalah pembekal online dari luar negara.Artikel berkaitan:Panduan Magnet Ferrite, Alnico dan Neodymium Untuk Projek Rekacipta

Gear

Menggunakan gear untuk menaikkan RPM. Kombinasi gear dari jenisspurmahupunpiniondengan nisbah 1:10 contohnya mampu meningkatkan RPM sehingga 10 kali ganda. Tetapi harus diingatbahawatork yang diperlukan untuk memutar bilah turbin akan turut meningkat.

Saya ada berkunjung ke beberapa kedai yang menjual komponen permainan kawalan jauh bagi mencari kombinasi gear yang bersesuaian (dan tepat) bagistepper motoryang saya gunakan tetapi gagal. Jika tiada sumber gearready-madeyang tepat, sebaiknya anda mengelak daripada mengunakan gear sama sekali kerana ia akan mengakibatkanlossyang agak tinggi.Jika anda mempunyai akses kepada mesin pemotong laser (Laser Cutter) resolusi tinggi, masalah dapat diselesaikan dengan mudah dengan merekabentuk sendiri kombinasi gear yang anda perlukan.

Sekiranya anda ada menemui sumber tempatan untuk membeli / membuat tempahan pelbagai jenis gear (pada harga berpatutan), sila berkongsi di ruangan komen.

Motor

Motor yang cukup terkenal di kalangan mereka yang bereksperimen dengan turbin angin adalah motor pemacu pita maknetik (magnetic tape drive) komputer kerangka utama (mainframe) dari era 70an-80an daripada pengeluarAmetek. Ianya beroperasi pada arus dan voltan tinggi (sehingga 50V) pada RPM rendah.

Menghasilkan Rekacipta Elektronik Menggunakan Photo-InterrupterSATURDAY, MAY 21, 2011.Label:Eksperimen dan Panduan,Elektrik / Elektronik,Projek dan RekaanPanduan bagi memahami fungsiphoto-interrupterdan mengaplikasikannya di dalam projek rekacipta elektronik anda.Contoh sebuahphoto-interrupter. Unit di atas diperolehi daripada peleraian sebuah mesin pencetak.

Bagaimana Photo-Interrupter Berfungsi

Photo-interruptermerupakan sejenis komponen elektronik yang terdiri daripada dua komponen utama iaitu LED infra merah (IR / infrared LED) dan pengesan cahaya (biasanya dalam bentukphototransistor).

Ia berfungsi dengan mengesan sebarang hadangan terhadap pancaran cahaya IR LED. Sekiranya pancaran cahaya terhalang oleh sesuatu objek,phototransistorakan berhenti mengalirkan arus elektrik.

Oleh kerana sifat dan fungsiphoto-interrupter,ia digunakan secara meluas di dalam aplikasi pengesan objek, sebagai alternatif kepada suis penghad (limit switch), pengesan gerakkan, pengesan kelajuan serta sebagai pembilang.Sebuah mesin pencetak sebagai contoh, menggunakan photo interrupter untuk mengesan kehadiran kertas di dalampaper feed tray, mengesan kemasukkan kertas (ketika mula mencetak) dan pengeluaran kertas (sesudah selesai cetakan), menesan penutup yang terbuka, serta bagi mengesan kertas yang tersangkut di dalam mesin.

Di dalam sebuah tetikus bebola trek (trackball mouse) pula,photo-interrupterberfungsi sebagai pembilang gerakkan pada satah X dan satah Y. Gerakkan yang dibilang diterjemahkan menjadi gerakkanmouse pointerpada skrin komputer. Malangnyatrackball mousekini tidak lagi dihasilkan (teknologi kini beralih kepada penggunaanoptical mouse) dan ia hanya boleh diperolehi dalam bentuksurplus.

Litar Asas Photo-Interrupter

Litar asas menggunakan photo-interrupter.

LED biru digunakan sebagaiindicator. LED tersebut akan menyala apabila tiada objek yang menghalang pancaran IR LEDphoto-interrupter, dan akan terpadam apabila wujudnya halangan.

TIPS: Cahaya dalam spektrum infra merah (infrared) tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Untuk mengesahkanphoto-interrupteranda beroperasi atau tidak, gunakan kamera digital atau kamera telefon bimbit anda untuk melihat pancaran IR LED yang terhasil. Jikaphoto-interruptorberfungsi dengan baik, anda akan berupaya melihat cahaya ungu kebiruan (yang malap) di celahanphoto-interruptermenerusi skrin kamera / telefon anda.

Contoh Rekacipta Menggunakan Photo-Interrupter

Penggera yang mendemonstrasikan fungsi dan operasiphoto-interrupter.

Dengan menggantikan LED Biru dengan sebuahpiezoelectic buzzer. Litar terdahulu diubahsuai menjadi sebuah litar penggera ringkas.

Penggera sebegini dengan mudah juga dapat dihasilkan menggunakanlimit switchmekanikal sebagai penggantiphoto interrupter.

TIPS:Photo-interrupterboleh diperolehi di keda-kedai menjual komponen elektronik. Namun jika anda tidak mempunyai akses kepadaphoto-interrupter ready-made, anda boleh menghasilkannya sendiri dengan mengunakan kombinasi IR LED danphototransistoryang dibeli secara berasingan.