projek kecil etnomatematik
TRANSCRIPT
1
Cara-Cara Mengatasi Masalah Penerapan Etnomatematik Dalam Pengajaran
Matematik Sekolah Rendah Yang Efektif di Daerah Kuala Selangor
Jamuna, Dhanaletchumy, Chandrakala dan Anthiri
Pengajian Matematik
Abstrak
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti cara-cara mengatasi kesukaran
penerapan etnomatematik dalam pengajaran matematik sekolah rendah di
daerah Kuala Selangor. Seramai 20 orang guru sekolah jenis kebangsaan
dan guru sekolah kebangsaan terlibat dalam kajian ini.Sampel pula dipilih
melalui persampelan rawak berstrata manakala pendekatan yang digunakan
dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu soal selidik. Kemudian,
data-data di analisis dengan menggunakan Ms Excel. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa responden-responden menerima kaedah etnomatematik
sebagai kaedah matematik dan cara mengatasi masalah penerapan
etnoamtematik. Analisis mengikut kategori sekolah kebangsaan dan jenis
kebangsaan adalah berbeza dari segi pemilihan cara mengatasi masalah
penerapan etnomatematik dalam pengajaran yang paling efektif.
Walaubagaimanpun, didapati bahawa responden bersetuju dengan ketiga-
tiga cara mengatasi masalah penerapan etnomatematik..
Kata kunci : Etnomatematik, Ms Excel, kuantitatif
1.0 PENGENALAN
Etnomatematik ialah matematik yang mengambil kira budaya di mana matematik itu
berkembang. Menurut Maria (1999), etnomatematik merupakan kaedah untuk menjelaskan
atau memikirkan matematik dalam budaya dan mikro budaya di mana ahli-ahlinya
berhubungan antara satu sama lain dengan menggunakan komunikasi biasa. Manakala
Shaharir (2002) pula mendefinisikan etnomatematik Melayu sebagai matematik tinggalan
tamadun Melayu yang diajar, diucap, diujar, ditulis, dipakai dan dibaca dalam bahasa Melayu
dan mengikut nilai Melayu. Bagi menjelaskan tafsiran matematik Melayu pula, kupasan oleh
2
Shaharir (2001) lebih menyeluruh, iaitu Matematik yang mengikut persepsi rumpun Melayu,
termasuklah matematik yang diubahsuai kegunaan, konsep dan teorinya mengikut budaya
Melayu yang luas, termasuk cara hidup, nilai, kepercayaan, ideologi, agama dan sebagainya.
Etnomatematik ialah sesuatu yang mengkaji hubungan antara matematik dengan
budaya. Andaian yang dibuat ialah budaya mempengaruhi matematik dan begitu juga
sebaliknya. Interaksi dan saling mempengaruhi antara budaya dan matematik membentuk
etnomatematik. Dengan kata lain, etnomatematik membabitkan kajian tentang matematik
yang mengambil kira budaya dalam matematik itu tersebut terbentuk dan berkembang.
Sesetengah orang mengaitkan etnomatematik dengan cara kumpulan budaya yang berbeza
menggunakan matematik dan dengan bentuk matematik yang berubah akibat dari keadaannya
yang terkandung dalam aktiviti pembudayaan yang mempunyai tujuan lain dari melakukan
matematik secara langsung. Aktiviti tersebut termasuklah membina rumah, menganyam
tikar, membina kolam ikan, menukar wang, menimbang benda, menyukat ramuan bagi
sesuatu masakan, menyatakan masa, melukis potret dan menenun kain.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Dalam pendidikan Matematik, etnomatematik merupakan satu kajian mengenai
perkaitan di antara matematik dan budaya. Etnomatematik juga boleh dikatakan sebagai
budaya tanpa ekspresi yang bertulis dan boleh didefinisikan sebagai matematik yang
dipraktikkan dikalangan kumpulan budaya. Ethnomatematik menyumbang ke arah
pemahaman budaya dan juga pemahaman tentang matematik serta perkaitan di antara kedua-
duanya. Secara ringkas, bidang etnomatematik menumpukan aspek sejarah dan falsafah
matematik dan dikaitkan dengan pendidikan atau pengajaran matematik mengikut budaya
sesuatu bangsa.
Dalam konteks pendidikan, etnomatematik memberi keutamaan dalam hal-hal seperti
bagaimana nilai budaya mempengaruhi pengajaran, pembelajaran dan sukatan.
Etnomatematik dalam pendidikan matematik juga mempengaruhi dinamik budaya dalam
politik dan sosial. Akhirnya, terdapat juga pengkritik yang mendakwa bahawa pendidikan
matematik di sesetengah negara terlalu menekankan etnomatematik untuk menggalakkkan
kepelbagaian budaya sementara menghabiskan masa yang terlalu singkat pada kandungan
matematik teras dan ini menyumbang kepada pembelajaran pseudosains.
3
Kurikulum adalah untuk murid-murid dan seperti yang disarankan oleh Hamilton
(2005), adalah penting murid-murid kita didahulukan. Murid-murid harus diberi peluang
untuk memilih topik, kaedah bagi mempelajari topik tersebut dan cara belajarnya sekali.
Tetapi di negara kita, kita sedia dibekalkan dengan kurikulum siap dengan kaedah dan
aktiviti-aktivitinya sekali. Murid-murid mahupun para guru terikat dengan garis panduan
yang diberikan oleh kementerian kita.
Jika kita lihat melalui matlamat pendidikan matematik itu sendiri, kita tidak dapat
melihat unsur etno dalam matematik di mana kurikulum lebih berfokus kepada sains dan
teknologi. Senario kurikulum matematik di negara kita memperlihatkan subjek matematik
dipandang sebagai satu subjek yang sangat penting. Sesungguhnya ramai yang beranggapan
bahawa pengajian matematik sebagai suatu keperluan.
Di Malaysia terdapat tiga jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan, Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Walaupun sukatan kurikulum
yang digunakan adalah sama tetapi bahasa penghantarannya berbeza. Jadi unsur-unsur
etnomatematik tidak dapat disampaikan secara sama rata kepada semua murid. Guru-guru
akan menyampaikannya mengikut budaya dan bahasa masing-masing dan ini mungkin akan
merumitkan murid untuk memahami etnomatematik yang terdapat budaya lain. Hal ini turut
disokong oleh seorang penyelidik terkenal iaitu Karen Francois (2009).
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Walaupun terdapat beberapa ciri etnomatematik dalam pendidikan terkini, sejauh
manakah guru-guru menghubungkaitkannya dalam pengajaran mereka? Maka , timbulnya
isu-isu dari aspek guru untuk penerapan kaedah ini dalam pengajaran mereka. Isu pertama
yang dihadapi oleh para guru ialah kurangnya pengetahuan etnomatematik di kalangan
mereka. Terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa pengajar di peringkat sekolah
mahupun institusi tinggi kurang berpengetahuan dalam bidang matematik dan kurikulum
yang sedia ada, Shirley (2006). Apatah lagi dengan bidang etnomatematik. Menurut
penyelidik-penyelidik terkenal seperti Francois dan Kerkhove (2009), para pengajar di
sekolah atau institusi tinggi mahupun guru pelatih yang sedang mendidik kurang memberi
perhatian terhadap nilai matematik yang merupakan akar umbi untuk pendidikan matematik.
4
Selain daripada masalah pengetahuan guru, isu lain yang timbul adalah dari segi
peluang bagi perlaksanaannya. Seperti yang kita sedia maklum, pendidikan matematik di
Malaysia adalah berdasarkan kurikulum pendidikan yang telah digubal oleh pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia. Di dalam kurikulum tersebut telah dinyatakan matlamat
dan objektif pembelajaran. Turut dinyatakan juga adalah masa dan juga kaedah pembelajaran
yang dirasakan sesuai. Oleh yang demikian, guru tertakluk kepada kurikulum yang
disediakan. Menurut Olay dan Rosa (2006), guru tidak diberi kepercayaan atau peluang untuk
bekerja selain daripada kurikulum dan teks yang dibenarkan. Berhadapan dengan kekangan
seperti ini, guru-guru terus menggunakan kaedah-kaedah yang sedia ada dalam pengajaran
mereka. Ianya menjadi kebiasaan kepada para pengajar untuk menggunakan kaedah
tradisional untuk mengajar matematik di sekolah. Lebih-lebih lagi mereka lebih selesa
dengan penggunaan kaedah tersebut.
Terdapat murid-murid yang berpendapat bahawa matematik adalah satu perkara yang
sukar dan membosankan. Pembelajaran matematik dianggap satu beban terutamanya apabila
ia melibatkan pengiraan yang rumit dan angka semata-mata. Bagi mereka, matematik adalah
subjek yang sukar untuk menguasai dan terlalu kompleks untuk menyelesaikannya.
Kebanyakan pengiraan matematik memerlukan formula-formula yang kompleks untuk
menyelesaikannya. Disebabkan formula yang kompleks ini, murid gagal dalam
menyelesaikan soalan matematik. Secara tidak langsung, minat mereka terhadap subjek
matematik semakin kurang dan lemah.
Tahap kefahaman dan pencapaian murid di sekolah dalam penguasaan kemahiran
matematik masih lagi rendah dan ini bergantung kepada kaedah dan pendekatan yang
diamalkan oleh guru. Menurut MarzitaPuteh (2002), ramai di antara murid yang ditemubual
meluahkan bahawa formula dan kaedah yang dipelajari dan perlu digunakan di dalam
pengiraan selalunya menyebabkan kekeliruan.
Dalam kajian ini nanti, cara-cara mengatasi kesukaran penerapan etnomatematik
dalam pengajaran matematik sekolah rendah di daerah Kuala Selangor akan dikaji dan
dianalisis untuk mengenalpastipandangan guru mengenai kaedah etnomatematik dan cara
mengatasi kesukaran penerapan etnomatematik yang paling efektif.
5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, kajian ini diharapkan akan dapat:
a) Mengenalpasti penerimaan kaedah etnomatematik dan cara mengatasi penerapan
etnomatematik.
b) Mengenalpasti cara mengatasi kesukaran penerapan etnomatematik yang paling
efektif
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Berdasarkan kajian di atas, kajian ini akan menjawab soalan-soalan berikut :
a) Bagaimanakah penerimaan kaedah etnomatematik dan cara mengatasi kesukaran
penerapan etnomatematik?
b) Apakah cara mengatasi kesukaran penerapan etnomatematik yang paling efektif?
6.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan ke atas guru sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di
daerah Kuala Selangor.
7.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini terbatas kepada perkara-perkara yang berikut :
a) Kajian ini melibatkan 20 orang guru, Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis
Kebangsaan yang dipilih secara rawak di daerah Kuala Selangor.
b) Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti cara mengatasi kesukaran penerapan
etnomatematik dalam pengajaran matematik sekolah rendah di daerah Kuala Selangor
6
8.0 REKA BENTUK KAJIAN
Pendekatan kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk kuantitatif di
mana soal selidik digunakan untuk mengkaji penerimaan kaedah etnomatematik dan cara
mengatasi kesukaran penerapan etnomatematik yang efektif di sekolah rendah. Bentuk kajian
ini dipilih kerana pengkaji mudah mengumpulkan maklumat serta dapat menumpukan lebih
perhatian terhadap kajian yang dilakukan. Pengkaji telah membuat rujukan di perpustakaan
awam, melayari internet dan mengedarkan soal selidik di sekolah.
9.0 SAMPEL KAJIAN
Populasi bagi kajian ini adalah guru-guru yang mengajar mata pelajaran matematik di
sekolah rendah daerah Kuala Selangor, Selangor. Dalam pemilihan sampel kajian, kaedah
pensampelan rawak berstrata mengikut kadar dipilih kerana tempoh kajian adalah pendek
dan ahli sampel dipilih mengikut peratus guru yang mengajar matematik di sekolah. Melalui
kaedah ini, dua jenis sekolah dipilih iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Untuk mewakili Sekolah Kebangsaan di Daerah Kuala Selangor, Sekolah Kebangsaan Sultan
Abdul Aziz dan Sekolah Kebangsaan Tanjung Keramat dipilih manakala untuk mewakili
sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bukit Rotan Baru, Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil Vageesar, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pui Chi dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Aik Thee dipilih. Setelah sekolah-sekolah dipilih sebagai lokasi untuk
kajian, pemilihan sampel secara rawak dilakukan.
Sampel yang diambil untuk kajian ini ialah seramai 4 orang masing-masing dari
Sekolah Kebangsaan dan 3 orang masing-masing dari sekolah jenis kebangsaan. Sejumlah 20
responden diberikan soal selidik untuk kajian ini. Hal ini adalah disebabkan tempoh untuk
melaksanakan kajian ini adalah pendek. Rasional pemilihan sampel kajian di kalangan guru
sekolah rendah adalah kerana tahap tersebut adalah tahap permulaan pelajar mencorakkan
hala tuju masa depan mereka. Maka guru-guru di tahap inilah yang perlu menggunakan
pelbagai kaedah pengajaran supaya pelajar dapat mempelajari matematik dengan penuh
keseronokan dan mengukuhkan pengetahuan asas matematik mereka. Walaupun semua guru
matematik sedaya upaya mengajar mata pelajaran tersebut, sebagai langkah pertama, kajian
ini dijalankan ke atas guru sekolah rendah supaya pengkaji boleh mengetahui penerimaan
7
kaedah etnomatematik di kalangan guru dan cara mengatasi paling efektif untuk kesukaran
penerapan etnomatematik dalam pengajaran matematik.
10.0 INSTRUMEN KAJIAN
Satu instrumen kajian telah digunakan dalam kajian ini. Ia merupakan borang soal
selidik yang terdiri daripada soalan berkenaan kajian .Tuckman(1994), menyatakan bahawa
soal selidik digunakan oleh para penyelidik untuk menukarkan maklumat yang diperoleh dari
subjek kepada bentuk data. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini, terdiri daripada
tiga bahagian iaitu Bahagia A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A terdiri daripada 3
soalan deskriptif iaitu mengenai latar belakang guru . Bahagian B pula terdiri daripada 5
soalan berkaitan dengan penerimaan kaedah etnomatematik dan cara mengatasi kesukaran
penerapan etnomatematik manakala Bahagian C pula terdiri daripada tiga sub-bahagian
tentang cara mengatasi kesukaran penerapan etnomatematik di mana setiap sub bahagian
terdiri daripada lima soalan. Soalan-soalan yang disediakan dalam soal selidik adalah jenis
soalan tertutup.
Di akhir kajian, penerimaan kaedah etnomatematik dan cara mengatasi kesukaran
penerapan etnomatematik yang paling efektif dikenal pasti serta perbandingan cara mengatasi
yang efektif di antara sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan telah dibuat.
11.0 KAJIAN RINTIS
Sebelum kajian sebenar dijalankan, kajian rintis telah dilakukan terlebih dahulu untuk
mengetahui kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik yang dibina. Kajian rintis tersebut
telah dilakukan ke atas 5 orang responden yang terdiri daripada guru matematik Sekolah
Kebangsaan Assam Jawa. Menurut AziziYahya et. al (2007), bagi setiap instrumen soal
selidik yang dibentuk, penyelidik perlulah menjalankan kajian rintis. Ia bertujuan mengukur
kesahan soalan soal selidik dan juga melatih penyelidik mentadbir instrumen yang dibentuk
itu. Data yang diperoleh daripada kajian rintis itu dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistic Package For The Social Science (SPSS). Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan
itu, didapati nilai Alpha yang diperolehi adalah 0.85. Menurut MohdSalleh dan Zaidatun
(2001), nilai pekali Alpha yang melebihi 0.6 menunjukkan instrumen kajian mempunyai nilai
8
kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh digunakan untuk kajian sebenar. Oleh itu, soalan
soal selidik tersebut digunakan untuk kajian sebenar.
12.0 ANALISIS DATA
Bahagian A : Latar Belakang
Carta 1: Bilangan Responden Mengikut Jantina
Carta 2: Bilangan Responden Mengikut Kategori Sekolah
0 5 10 15
Perempuan
Lelaki
Bilangan Responden
Jan
tin
a
Bilangan Responden Mengikut Jantina
0
2
4
6
8
10
12
14
Sekolah Kebangsaan Sekolah Jenis Kebangsaan
Bila
nga
n R
esp
on
de
n
Kategori Sekolah
Bilangan Responden Mengikut Kategori Sekolah
9
Carta 3: Peratus Responden Mengikut Tahun Mengajar
Carta 1 menunjukkan bilangan responden mengikut jantina. Didapati seramai 14
responden daripada keseluruhan adalah guru perempuan manakala seramai 6 responden
adalah daripada golongan lelaki. Carta 2 pula menunjukkan bilangan responden mengikut
kategori sekolah. Kebanyakan responden adalah dari sekolah jenis kebangsaan iaitu seramai
12 responden manakala selebihnya adalah dari sekolah kebangsaan. Hal ini adalah
disebabkan sekolah jenis kebangsaan dibahagikan kepada dua aliran iaitu sekolah jenis
kebangsaan Tami dan Cina. Carta 3 menunjukkan peratus responden mengikut tahun
mengajar di sekolah. Didapati kebanyakan responden mengajar tahun 1, 4 dan5 iaitu 20 %
masing-masing. Responden yang mengajar tahun 2 dan 6 pula adalah sebanyak 15 % masing-
masing. Peratus responden yang mengajar tahun 3 ialah sebanyak 10 % daripada keseluruhan
sahaja. Walaupun terdapat perbezaan peratus di antara bilangan responden yang mengajar
tahun 1 hingga 6 tetapi perbezaan di antara peratus responden dari setiap tahun sedikit
sahaja.
Tahun 120%
Tahun 215%
Tahun 310%
Tahun 420%
Tahun 520%
Tahun 615%
Peratus Responden Mengikut tahun Mengajar di Sekolah
10
Bahagian B : Penerimaan Kaedah Etnomatematik dan Cara Mengatasi Penerapan
Etnomatematik.
Jadual 1: Penerimaan Guru Terhadap Kaedah Etnomatematik dan Cara Mengatasi
Kesukaran Penerapan Etnomatematik Mengikut Kategori Sekolah
Item Kategori
Sekolah
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Tidak
Pasti Setuju
Sangat
Setuju Min
f % f % f % f % f %
1 SK 0 0.0 1 13.0 1 13.0 2 26.0 4 48.0 4.13
SJK 0 0.0 1 8.3 1 8.3 4 33.4 6 50.0 4.25
2 SK 0 0.0 0 0.0 1 13.0 2 26.0 5 61.0 4.5
SJK 0 0.0 2 16.7 1 8.3 5 41.7 4 33.4 3.92
3 SK 1 13.0 1 13.0 0 0.0 4 33.4 2 26.0 3.62
SJK 0 0.0 1 8.3 1 8.3 6 50.0 4 33.4 4.08
4 SK 0 0.0 0 0.0 1 13.0 4 33.4 3 39.0 4.25
SJK 0 0.0 0 0.0 1 8.3 5 41.7 6 50.0 4.42
5 SK 0 0.0 0 0.0 1 13.0 2 26.0 5 61.0 4.5
SJK 0 0.0 0 0.0 1 8.3 6 50.0 5 41.7 4.33
Purata
peratus
dan min
SK 2.5 5.0 10.0 35.0 47.5 4.2
SJK 0.0 6.7 8.3 43.3 41.7 4.2
Jadual 1 menunjukkan data analisis kekerapan, peratusan dan min responden
berkenaan penerimaan guru terhadap kaedah etnomatematik dan cara-cara mengatasi
kesukaran penerapan etnomatematik mengikut kategori sekolah. Berdasarkan jadual tersebut,
didapati bahawa purata min bagi persoalan kajian yang pertama ialah 4.2 untuk kedua-dua
kategori sekolah. Nilai min tertinggi dicatat oleh item 2 dan 5 iaitu 4.5 bagi kategori sekolah
kebangsaan manakala item 4 iaitu 4.42 bagi kategori sekolah jenis kebangsaan.
Purata peratus responden bersetuju dengan persoalan kajian pertama ialah 82.5 % bagi
kategori Sekolah Kebangsaan dan 85 % peratus bagi kategori Sekolah Jenis Kebangsaan.
Walau bagaimanapun, didapati item 3 iaitu „Saya berpendapat masalah penerapan kaedah ini
boleh diatasi jika murid-murid mampu mengatasi masalah ‟math anxiety‟ ‟ mencatat nilai
min sebanyak 3.62 untuk kategori sekolah kebangsaan dan item 2 iaitu ”Saya berpendapat
kaedah ini sesuai digunakan dalam pengajaran harian saya” mencatat nilai min sebanyak 3.92
untuk kategori sekolah jenis kebangsaan. Walaupun nilai min adalah kurang daripada 4 tetapi
nilai-nilai tersebut adalah hampir kepada skor 4(setuju).
11
Bahagian C: Cara Mengatasi Kesukaran Penerapan Etnomatematik
Jadual 2 (i): Kategori Sekolah Kebangsaan
Mengatasi Masalah “Maths Anxiety” di kalangan murid
Item
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Tidak
Pasti Setuju
Sangat
Setuju Min
f % f % f % f % f %
6 0 0.0 0 0.0 0 0.0 5 62.5 3 37.5 4.38
7 1 12.5 0 0.0 1 12.5 3 37.5 3 37.5 3.88
8 0 0.0 0 0.0 0 0.0 6 75.0 2 25.0 4.25
9 0 0.0 1 12.5 1 12.5 2 25.0 4 50.0 4.13
10 0 0.0 0 0.0 0 0.0 4 50.0 4 50.0 4.50
Purata
peratus
dan min
2.5 2.5 5.0 50.0 40.0 4.23
Jadual 2 (ii) : Kategori Sekolah Jenis Kebangsaan
Mengatasi Masalah “Maths Anxiety” di kalangan murid
Item
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju Tidak Pasti Setuju
Sangat
Setuju Min
f % f % f % f % f %
6 0 0.0 0 0.0 0 0.0 7 58.3 5 41.7 4.42
7 0 0.0 1 8.3 1 8.3 6 50.0 4 33.3 4.08
8 0 0.0 0 0.0 0 0.0 7 58.3 5 41.7 4.42
9 0 0.0 0 0.0 0 0.0 4 33.3 8 66.7 4.67
10 0 0.0 0 0.0 0 0.0 4 33.3 8 66.7 4.67
Purata
peratus
dan min
0.0 1.7 1.7 46.7 50.0 4.45
Jadual 2 (i) dan (ii) menunjukkan cara mengatasi kesukaran penerapan etnomatematik
dalam pengajaran matematik; mengatasi masalah maths anxiety‟ di kalangan murid mengikut
kategori sekolah. Daripada jadual 2(i), item 10 iaitu „Saya akan memastikan murid-murid
seronok mempelajari matematik melalui kaedah etnomatematik‟ yang mempunyai nilai min
yang tertinggi bagi kategori sekolah kebangsaan manakala dari jadual 2(ii), item ke 9 (Saya
akan mengurangkan latihan yang membebankan murid-murid.) dan 10 (Saya akan
memastikan murid-murid seronok mempelajari matematik melalui kaedah etnomatematik)
12
mempunyai nilai min yang tertinggi dan sama iaitu 4.67. Walaupun nilai min tertinggi adalah
berbeza, tetapi kedua-dua kategori sekolah memilih item ke 10 sebagai item yang paling
disetujui di kalangan responden. Peratus responden bersetuju dengan cara mengatasi masalah
maths anxiety untuk mengatasi masalah kesukaran penerapan etnomatematik adalah tinggi
iaitu 96.7 % bagi kategori sekolah jenis kebangsaan manakala 90 % bagi kategori sekolah
kebangsaan. Purata min juga adalah tinggi iaitu 4.45 bagi kategori sekolah jenis kebangsaan
dan 4.23 bagi kategori sekolah kebangsaan yang merupakan nilai dalam lingkungan sangat
setuju. Selain itu, nilai min bagi kesemua item dalam bahagian ini adalah tinggi iaitu melebihi
nilai 4 kecuali satu item bagi kategori sekolah kebangsaan iaitu 3.88.
Jadual 3 (i) Kategori Sekolah Kebangsaan :
Memperluaskan pengetahuan etnomatematik
Item
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Tidak
Pasti Setuju
Sangat
Setuju Min
f % f % f % f % f %
11 0 0.0 0 0.0 0 0.0 6 75.0 2 25.0 4.25
12 0 0.0 0 0.0 1 12.5 3 37.5 4 50.0 4.38
13 0 0.0 0 0.0 0 0.0 2 25.0 6 75.0 4.75
14 0 0.0 0 0.0 0 0.0 3 37.5 5 62.5 4.63
15 0 0.0 0 0.0 0 0.0 4 50.0 4 50.0 4.50
Purata
peratus
dan min
0.0 0.0 2.5 45.0 52.5 4.50
Jadual 3 (ii) Kategori Sekolah Jenis Kebangsaan :
Memperluaskan pengetahuan etnomatematik
Item
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju Tidak Pasti Setuju
Sangat
Setuju Min
f % f % f % f % f %
11 2 16.7 0 0.0 0 0.0 4 33.3 6 50.0 4.00
12 0 0.0 0 0.0 0 0.0 6 50.0 6 50.0 4.50
13 0 0.0 0 0.0 1 8.3 5 41.7 6 50.0 4.42
14 0 0.0 0 0.0 1 8.3 3 25.0 8 66.7 4.58
15 0 0.0 0 0.0 0 0.0 7 58.3 5 41.7 4.42
Purata
peratus
dan min
3.3 0.0 3.3 41.7 51.7 4.38
13
Jadual 3 (i) dan (ii) menunjukkan cara mengatasi kesukaran penerapan etnomatematik
dalam pengajaran matematik; guru memperluaskan pengetahuan etnomatematik mengikut
kategori sekolah. Jadual 3 (i) menunjukkan nilai purata min yang lebih tinggi iaitu 4.5
berbanding dengan jadual 3 (ii) iaitu 4.38. Selain itu, peratus responden bersetuju dengan
cara mengatasi ini adalah tinggi untuk kedua-dua kategori sekolah iaitu 97.5 % bagi sekolah
kebangsaan dan 93.4 % bagi kategori sekolah jenis kebangsaan. Item yang mencatat nilai min
tertinggi ialah item ke 13 (Saya ingin memperluaskan pengetahuan saya dalam bidang
etnomatematik) bagi kategori sekolah kebangsaan dan item ke14 (Saya rela menghadiri
kursus berkaitan dengan etnomatematik.) bagi kategori sekolah jenis kebangsaan. Cara
mengatasi melalui memperluaskan pengetahuan etnomatematik juga sangat disetujui oleh
responden dari kategori sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.
Jadual 4 (i) Kategori Sekolah Kebangsaan :
Menggabungjalinkan etnomatematik dengan kurikulum sedia ada
Item
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju
Tidak
Pasti Setuju
Sangat
Setuju Min
f % f % f % f % f %
16 0 0.0 0 0.0 1 12.5 4 50.0 3 37.5 4.25
17 0 0.0 0 0.0 1 12.5 4 50.0 3 37.5 4.25
18 0 0.0 0 0.0 1 12.5 4 50.0 3 37.5 4.25
19 0 0.0 0 0.0 1 12.5 4 50.0 3 37.5 4.25
20 0 0.0 0 0.0 0 0.0 4 50.0 4 50.0 4.50
Purata
peratus
dan min
0.0 0.0 10.0 50.0 40.0 4.3
Jadual 4 (ii) Kategori Sekolah Jenis Kebangsaan :
Menggabungjalinkan etnomatematik dengan kurikulum sedia ada
nItem
Sangat
Tidak
Setuju
Tidak
Setuju Tidak Pasti Setuju
Sangat
Setuju Min
f % f % f % f % f %
16 0 0.0 0 0.0 2 16.7 7 58.3 3 25.0 4.08
17 0 0.0 1 8.3 0 0.0 6 50.0 5 41.7 4.25
18 0 0.0 0 0.0 1 8.3 5 41.7 6 50.0 4.42
19 0 0.0 0 0.0 0 0.0 3 25.0 9 75.0 4.75
20 0 0.0 0 0.0 2 16.7 5 41.7 5 41.7 4.25
Purata
peratus dan
min
0.0 1.7 8.3 43.3 46.7 4.35
14
Jadual 4 (i) dan (iii) pula menunjukkan cara mengatasi masalah kesukaran penerapan
etnomatematik dalam pengajaran matematik melalui penggabungjalinan etnomatematik
dengan kurikulum sedia ada mengikut kategori sekolah. Peratus responden bersetuju dengan
bahagian ini ialah 90% bagi kedua-dua kategori sekolah. Purata nilai min juga adalah lebih
kurang iaitu 4.3 bagi kategori sekolah kebangsaan dan 4.35 bagi kategori sekolah jenis
kebangsaan. Item yang mencatat nilai paling tinggi ialah item ke 20 (Saya mampu
menggabungjalinkan etnomatematik dengan kurikulum sedia ada untuk topik-topik tertentu
dalam matematik.) iaitu 4.5 bagi kategori sekolah kebangsaan dan item ke 19 (Saya tidak
mengalami kesukaran dalam penyediaan bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan
kaedah etnomatematik.) iaitu 4.75 bagi kategori sekolah jenis kebangsaan. Justeru,
kebanyakan responden berasa penggabungjalinan etnomatematik juga mampu mengatasi
masalah penerapan etnomatematik.
13.0 PERBINCANGAN
Secara keseluruhannya, kebanyakan responden daripada kedua-dua kategori
menerima kaedah etnomatematik sebagai kaedah matematik yang sesuai digunakan dalam
pengajaran mereka Selain itu, responden-responden juga menerima ketiga-tiga cara untuk
mengatasi kesukaran penerapan etnomatematik dan bersetuku mempraktikkan di negara
kita.Ini menunjukkan masalah pembelajaran matematik di kalangan pelajar juga boleh diatasi
melalui kaedah etnomatematikterutamanya apabila „math anxiety‟dapat diatasi. Bukan itu
sahaja, pengetahuan yang luas mengenai etnomatematik di kalangan guru mampu
menggalakkan mereka menghubungkaitkan etnomatematik dalam pengajaran harian mereka.
Daripada hasil analisis tentang cara mengatasi masalah penerapan etnomatematik
dalam pengajaran matematik didapati bahawa responden daripada kedua-dua kategori
bersetuju bahawa ketiga-tiga cara mengatasi kesukaran penerapan etnomatematik mampu
membawa perubahan dalam sistem pendidikan negara kita. Responden dari kategori sekolah
kebangsaan berpendapat keutamaan perlu diberi kepada cara mengatasi masalah yang kedua
iaitu guru perlu memperluaskan pengetahuan etnomatematik mereka manakala responden
dari kategori sekolah jenis kebangsaan memilih cara mengatasi masalah yang pertama iaitu
mengatasi masalah „maths anxiety‟ di kalangan murid-murid sebagai cara yang paling efektif
untuk penerapan etnomatematik.
15
14.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya ialah guru-guru bersetuju dengan kaedah etnomatematik yang mampu
membawa perubahan dalam sistem pendidikan di negara kita. Malah mereka berpendapat
bahawa isu-isu yang timbul di negara kita berkenaan penerapan etnomatematik dalam
pengajaran mampu diatasi jika guru berfikiran positif dan sentiasa memperluaskan
pengetahuan mereka dalam bidang etnomatematik serta mencuba sesuatu yang baru di dalam
bilik darjah . Gurulah yang berperanan untuk mengatasi masalah „maths anxiety‟ di kalangan
murid-murid supaya murid-murid lebih seronok mempelajari matematik. Kaedah
etnomatematik sememangnya mampu memberangsangkan murid-murid mempelajari
matematik melalui pengalaman dan warisan mereka.
16
SENARAI RUJUKAN
Katsap, A. & Silverman, F. L. (2008). A Case Study of the Role of Ethnomathematics among
Teacher Education Students from Highly Diverse Cultural Backgrounds. Journal
ofMathematics and Culture, v3(1). Diambil pada 10 November 2013 daripada
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&ved=0CFcQ
Orey, D. C. & Rosa, M. (2006). Ethnomathematics: Cultural Assertions and Challenges
Towards Pedagogical Action. Diambil pada 24 Oktober, 2013 daripada
http://ufop.academia.edu/DanielOrey/Papers/299448/Ethnomathematics_Cultural_Assertions
_and_Challenges_Towards_Pedagogical_Action
Karen Francois &Kerkhove.(2010)Ethnomathematics and the philosophy ofmathematics
(education).Diambil pada 21 Oktober 2013 daripada
http://www.lib.uni-bonn.de/PhiMSAMP/Data/Book/PhiMSAMP-
bk_FrancoisVanKerkhove.pdf
Nancy Ng.(2013). Hubungan Tingkah Laku Pengajaran Efektif Dan Kualiti Etika Terhadap
Profesion Keguruan Dalam Kalangan Guru Matematik Di Daerah Beluran, Sabah. Diambil
pada 10 November 2013 daripada http://ums.academia.edu/NancyNgYutKuanNg
Abdul Kalamudinsah A.K, Rusmiza R, Noraini M.S, NurulAziyan A.A.(2012). Diskusi Isu
Semasa dalam pendidikan matematik. Diambil pada 20 Oktober 2013 daripada
http://diskusimatematik.blogspot.com/2012/05/pembentangan-isu-12-etno-matematik.html
Karen Francois.(2009).The Role Of Ethnomathematics Within Mathematics Education.
Diambil pada 20 Oktober 2013 di
http://ife.ens-lyon.fr/publications/edition-electronique/cerme6/wg8-08-francois.pdf
Helene Smuts.(2009). Africa meets Africa Project: Making a living through the Mathematics
of Zulu Design. Diambil pada 10 November 2013 dari
http://www.africameetsafrica.co.za/makingaliving.html
Tuckman (1994). Dalam Wan Norain Binti Wan Mamat @ Wan Ali (2007). Pandangan
Guru Terhadap Latihan Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris.
Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.
Widad Othman ( 1998 ). “Kaedah Mengajar Lukisan Kejuruteraan”
17
LAMPIRAN
Borang Kaji Selidik
Cara-Cara Mengatasi Masalah Penerapan Etnomatematik dalam Pengajaran
Matematik Sekolah Rendah di Daerah Kuala Selangor.
Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Soal selidik ini dibentuk untuk mendapatkan cara mengatasi kesukaran penerapan
etnomatematikyang efektif di kalangan guru sekolah rendah.
Diharapkan anda menjawab semua soalan dengan ikhlas bagi membantu kumpulan
penyelidik untuk mencadangkan penambahbaikan dalam perlaksanaan ini.
Segala maklumbalas yang diberikan akan diRAHSIAKAN.
Kerjasama anda melengkapkan soal selidik iniadalah amat dihargai.
Bahagian A: Latar Belakang
Bagi setiap item, sila tandakan (x) atau isi tempat kosong pada ruangan yang berkaitan.
1. Jantina
[ ] Lelaki [ ] Perempuan
2. Kategori sekolah tempat berkhidmat:
[ ] Sekolah Kebangsaan
[ ] Sekolah Jenis Kebangsaan
5. Tahun anda mengajar Matematik
[ ] Tahun 1 [ ] Tahun 4
[ ] Tahun 2 [ ] Tahun 5
[ ] Tahun 3 [ ] Tahun 6
18
Bagi setiap item, sila bulatkan untuk menyatakan pendapat anda mengikut skala yang
diberikan.
Bahagian B : Penerimaan Kaedah Etnomatematik dan Cara Mengatasi Penerapan
Etnomatematik.
No Perkara San
ga
t
tid
ak s
etu
ju
Tid
ak
setu
ju
Tid
ak p
asti
Setu
ju
San
ga
t
setu
ju
1 2 3 4 5
1 Saya menerima kaedah etnomatematik sebagai kaedah
pengajaran matematik . 1 2 3 4 5
2 Saya berpendapat kaedah ini sesuai digunakan dalam
pengajaran harian saya. 1 2 3 4 5
3 Saya berpendapat masalah penerapan kaedah ini boleh diatasi
jika murid-murid mampu mengatasi masalah ’math anxiety’. 1 2 3 4 5
4
Saya berpendapat masalah penerapan kaedah ini boleh diatasi
jika guru memperluaskan pengetahuan dalam bidang
etnomatematik.
1 2 3 4 5
5 Saya berpendapat masalah penerapan kaedah ini boleh diatasi
jika kaedah ini digabungjalinkan dalam kurikulum sedia ada.
1 2 3 4 5
Bahagian C: Cara Mengatasi Kesukaran Penerapan Etnomatematik
No Perkara San
ga
t
tid
ak s
etu
ju
Tid
ak
setu
ju
Tid
ak p
asti
Setu
ju
San
ga
t
setu
ju
1 2 3 4 5
i) Mengatasi masalah ’maths anxiety’ di kalangan murid-murid
6 Saya menggunakan pelbagai kaedah dalam pengajaran
matematik. 1 2 3 4 5
19
7 Saya menitikberatkan pengajaran melalui pengalaman sendiri. 1 2 3 4 5
8 Saya akan menghubungkaitkan aktiviti harian murid-murid
dalam pengajaran. 1 2 3 4 5
9 Saya akan mengurangkan latihan yang membebankan murid-
murid. 1 2 3 4 5
10 Saya akan memastikan murid-murid seronok mempelajari
matematik melalui kaedah etnomatematik.
1 2 3 4 5
ii) Memperluaskan pengetahuan etnomatematik
11 Saya ingin mengetahui makna dan istilah sebenar
etnomatematik. 1 2 3 4 5
12 Saya ingin tahu kepentingan etnomatematik dalam pengajaran
matematik. 1 2 3 4 5
13 Saya ingin memperluaskan pengetahuan saya dalam bidang
etnomatematik 1 2 3 4 5
14 Saya rela menghadiri kursus berkaitan denganetnomatematik. 1 2 3 4 5
15
Saya akan memikirkan perhubungan di antara teori-teori dan
etnomatematik. 1 2 3 4 5
iii) Menggabungjalinkan etnomatematik dengan kurikulum sedia ada
16 Saya tidak menghadapi masalah untuk merancang aktiviti yang
boleh menerapkan nilai budaya dalam pengajaran. 1 2 3 4 5
17 Saya akan menjalankan aktiviti yang boleh menerapkan nilai
kepelbagaian budaya. 1 2 3 4 5
18
Saya mendapat galakan daripada pihak pentadbiran sekolah
untuk menerapkan etnomatematik dalam pengajaran saya. 1 2 3 4 5
20
19
Saya tidak mengalami kesukaran dalam penyediaan bahan
bantu mengajar yang bersesuaian dengan kaedah
etnomatematik.
1 2 3 4 5
20 Saya mampu menggabungjalinkan etnomatematik dengan
kurikulum sedia ada untuk topik-topik tertentu dalam matematik. 1 2 3 4 5
~ ~ ~ T E R I M A K A S I H ~ ~ ~