promosi ubatan tentukan pilihan pengguna

12
PR PR PR PR PROMOSI UB OMOSI UB OMOSI UB OMOSI UB OMOSI UBA A AT T TAN AN AN AN AN TENTUK TENTUK TENTUK TENTUK TENTUKAN PILIHAN AN PILIHAN AN PILIHAN AN PILIHAN AN PILIHAN PENGGUNA PENGGUNA PENGGUNA PENGGUNA PENGGUNA PR PR PR PR PROMOSI UB OMOSI UB OMOSI UB OMOSI UB OMOSI UBA A AT T TAN AN AN AN AN TENTUK TENTUK TENTUK TENTUK TENTUKAN PILIHAN AN PILIHAN AN PILIHAN AN PILIHAN AN PILIHAN PENGGUNA PENGGUNA PENGGUNA PENGGUNA PENGGUNA BARANGAN ELEKTRIK BERBAHAYA AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS KOMPUTER BARU DIBELI TIDAK BERKUALITI PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS MELATIH KANAK-KANAK MENGURUSKAN WANG BADAN RADIKAL YANG TERDAPAT DALAM BADAN BARANGAN ELEKTRIK BERBAHAYA AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS KOMPUTER BARU DIBELI TIDAK BERKUALITI PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS MELATIH KANAK-KANAK MENGURUSKAN WANG BADAN RADIKAL YANG TERDAPAT DALAM BADAN

Upload: others

Post on 18-Oct-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

PRPRPRPRPROMOSI UBOMOSI UBOMOSI UBOMOSI UBOMOSI UBAAAAATTTTTANANANANANTENTUKTENTUKTENTUKTENTUKTENTUKAN PILIHANAN PILIHANAN PILIHANAN PILIHANAN PILIHAN

PENGGUNAPENGGUNAPENGGUNAPENGGUNAPENGGUNA

PRPRPRPRPROMOSI UBOMOSI UBOMOSI UBOMOSI UBOMOSI UBAAAAATTTTTANANANANANTENTUKTENTUKTENTUKTENTUKTENTUKAN PILIHANAN PILIHANAN PILIHANAN PILIHANAN PILIHAN

PENGGUNAPENGGUNAPENGGUNAPENGGUNAPENGGUNA

BARANGAN ELEKTRIK BERBAHAYA

AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT

PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

KOMPUTER BARU DIBELI TIDAK BERKUALITI

PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

MELATIH KANAK-KANAK MENGURUSKAN WANG

BADAN RADIKAL YANG TERDAPAT DALAM BADAN

BARANGAN ELEKTRIK BERBAHAYA

AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KREDIT

PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

KOMPUTER BARU DIBELI TIDAK BERKUALITI

PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS

MELATIH KANAK-KANAK MENGURUSKAN WANG

BADAN RADIKAL YANG TERDAPAT DALAM BADAN

Page 2: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

Masyarakat pengguna mengeluh. Kos hidup mereka kian meningkat. Hargabarangan semakin naik, begitu juga bayaran utiliti dan kemudahan awam sabantahun meningkat. Tahun lalu, harga bahan berasaskan petroleum naik 30 sen.Awal tahun ini lima konsesi tol menaikkan kadar tol mereka. Mereka yangmenaiki kenderaan sendiri mengeluh kenaikan harga minyak dan kadar tol.

Nampaknya, terpaksalah mereka mengurangkan perbelanjaan yang lain, jikaingin terus menggunakan kenderaan sendiri. Sebelum ini setiap bulan bertukarbaju baru, kini tidak lagi. Mungkin dua tiga bulan atau setahun sekali baruditukar. Ada yang apabila bila musim perayaan barulah beli pakaian baru.

Belanja dapur juga dikurangkan. Tetapi belanja makan di luar tidak berubahkerana hampir setiap hari bekerja terpaksa makan di luar. Hanya hari minggusahaja barulah makan di rumah. Nampaknya tidak boleh juga dikurangkan belanjamakan, kerana harga makanan yang dibeli di luar juga kian meningkat.

Memang tidak dinafikan, setiap tahun ada pertambahan pendapatan. Dahuluketika pendapatan kecil, cukup untuk menampung perbelanjaan. Tapi kini apabilapendapatan meningkat, masih tak mencukupi. Memanglah tidak mencukupi,dahulu tidak ada telefon bimbit, astro dan sebagainya. Jumlah pemilik telefonbimbit pada masa ini lebih kurang 21 juta. Manakala pelanggan Astro lebihkurang 1.9 juta. Dalam pada itu pemegang kad kredit pula lebih kurang 8 juta.Pada tahun 2005, sebanyak RM40.2 juta perbelanjaan menggunakan kad kredit.Dalam tempoh yang sama, sebanyak RM743.7 juta merupakan jumlah hutangkad kredit yang gagal dilunaskan.

Ramai di antara pemegang kad kredit yang membayar kad kredit merekamengikut jumlah minimum yang dikenakan. Cuba bayangkan berapa banyakfaedah yang mereka perlu bayar sehingga semua bayaran kad kredit merekaselesai dibayar.

SIDANG REDAKSIPENASIHAT

Y. Bhg. En. Mohd Zain Mohd DomKetua Setiausaha

Kementerian Perdagangan Dalam Negeridan Hal Ehwal Pengguna

KETUA SIDANG PENGARANGIsmail bin Jantan

TIMBALANKETUA SIDANG PENGARANG

Mohd Yusof bin Abdul Rahman

SIDANG PENGARANGMasri bin Misran

Azendi bin Mohd ZawawiNazleen bte Mohd Emran

Indrani ThuraisinghamSiti Rahayu bte Zakaria

DICETAK OLEHSyarikat Asas Jaya

Buletin Pengguna merupakan penerbitanushasama di antara Kementerian Perdagangan

Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna danFOMCA. Ia diterbitkan pada setiap bulan.

Sumbangan artikel amat dialu-alukan.Sila hantarkan sumbangan kepada:

EDITORBuletin Pengguna

No. 1D-1, Bangunan SKPPKJalan SS9A/17

47300 Petaling JayaSelangor Darul Ehsan

Bahagian Hal Ehwal PenggunaKementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna

Aras 4, Lot 2G3, Presint 2Pusat Pentadbiran

Kerajaan Persekutuan62623 Putrajaya

[email protected]

LAMAN WEB KPDN & HEPwww.kpdnhep.gov.my

LAMAN WEB FOMCAwww.fomca.org.my

E-ADUANhttp://e-aduan.kpdnhep.gov.my

SMS E-ADUAN32255

HOTLINE KEMENTERIAN1-800-886-800

Artikel yang disiarkan dalam Buletin Penggunaini tidak semestinya mencerminkan pendirian

dan dasar Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Hal Ehwal Pengguna atau FOMCA.

Ia merupakan pendapat penulis sendiri.

BULETINPENGGUNA MINDMINDMINDMINDMINDA EDITA EDITA EDITA EDITA EDITOROROROROR

SENDA PENGGUNA

Janganlah marah! Kawan saya kata yang inisistem sekuriti yang paling canggih!

Page 3: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

Rekod terawal penjanaan tenaga di Malaysia boleh dijejakbalik ke Rawang, sebuah bandar perlombongan kecil diSelangor. Dua pedagang, Loke Yew dan ThamboosamyPillai, telah memasang sebuah penjanakuasa elektrik padatahun 1894 untuk menjalankan operasi perlombonganmereka. Kebanyakan operasi perlombongan telah mulamengeksploitasikan potensi kuasa elektrik. Stesen tenagapertama di Malaysia, Sempam Hydroelectric PowerStation in Raub, yang dibina oleh Raub Australian GoldMining Company pada tahun 1900.

Pada awal 80-an, Perdana Menteri Malaysia ketika itu,Dato’ Seri Dr.Mahathir Mohamad, telah menyatakanbahawa kerajaan akan mula melaksanakan dasarpenswastaan. Lembaga Lektrik Negara (LLN) merupakansalah satu entiti yang dikenalpasti untuk penswastaan.Pelbagai pihak telah menyuarakan kebimbangan merekamenerusi badan-badan Kesatuan dan pelbagai protes telahdijalankan.

Bantahan tersebut menjurus kepada tiga isu utama:1) Keuntungan akan diutamakan daripada kebajikan

awam.2) Lembaga boleh dipindahkan kepada pemilikan asing

menerusi pembelian saham di pasaran terbuka, dan3) LLN mempunyai prestasi yang baik dan mengaut

keuntungan. Oleh itu, tidak sepatutnya menjadi sasaranpenswastaan. Namun demikian, meskipun denganbantahan pelbagai pihak, rancangan untukpenswastaan LLN tetap diteruskan. Pelbagai isu danmasalah teknikal telah ditangani dan akhirnya, duaAkta baru telah diwujudkan untuk penubuhan entitiswasta baru (Tenaga Nasional Berhad) danmenggantikan Akta Elektrik yang lama.Masakini, TNB merupakan pembekal elektrik utama di

Malaysia. TNB memiliki hampir 60% aset penjanaan disemenanjung Malaysia dan hampir 50% penjanaan diseluruh Malaysia menerusi badan-badan subsidiari danmemegang monopoli transmisi dan pengagihan elektrik disemenanjung Malaysia. TNB mempunyai aset bernilai lebihRM65 billion dan tapak pelanggan seramai 6.8 juta disemenanjung Malaysia dan Sabah. Di Sabah dan Sarawak,dua syarikat utiliti yang lebih kecil membekalkan elektrikkepada kedua-dua negeri tersebut. Sabah ElectricitySdn.Bhd. (SESB), sebuah subsidiari TNB merupakanpembekal tunggal di Sabah manakala negeri Sarawak pula

KEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAKEPENGGUNAAN DAN DAN DAN DAN DALALALALALAMAMAMAMAM555550 T0 T0 T0 T0 TAHUN MERDEKAHUN MERDEKAHUN MERDEKAHUN MERDEKAHUN MERDEKAAAAA

MAC 2007 > 3

dibekalkan oleh Sarawak Electricity Supply Corp (SESCo)yang dimiliki penuh oleh kerajaan negeri. Sektorpenjanakuasa bebas (IPP) memiliki kira-kira 40% daripadakapasiti penjanaan negara.

Isu pengguna berbangkitKenaikan tarif elektrik sebanyak 12% oleh TNB pada

Jun 2006 telah menimbulkan kebimbangan dan kerisauandi kalangan pengguna tentang kenaikan kos taraf hidup.Walaupun mereka yang menggunakan kurang daripada200kWh tidak akan terjejas secara langsung oleh kenaikanitu, namun kesan sampingan inflasi datang daripada sekitarindustri dan swasta yang mengenakan kos tambahanmereka kepada pengguna. Ramai masih mempertikaikanbahawa justifikasi untuk kenaikan tarif adalah semata-matauntuk menanggung kerugian dan kemerosotan prestasiTNB. Ramai, terutamanya badan-badan sivil masyarakatmenekankan bahawa masalah dan isu-isu dalaman yangmembelenggu TNB seperti perbalahan denganpenjanakuasa bebas dan pengurusan yang lemah tidaksepatutnya menjadi tanggungan rakyat.

Antara masalah-masalah yang sering dihadapipengguna

Pada masa ini kerja-kerja pembekalan, kaliberasi danpemeriksaan meter dilakukan oleh pembekal elektrikatau anak syarikatnya, yang mana telah menimbulkanpersoalan dari segi konflik kepentingan dan ketelusan.Sewajarnya kerja-kerja ini dilaksanakan oleh sebuahbadan bebas yang menjalankan perkhidmatan kaliberasiyang disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga atauKementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK),sebagaimana kaliberasi alatan timbangan menurut AktaTimbang dan Sukat di bawah KementerianPerdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Kerja-kerja pemasangan meter elektrik tidak diselia dandiperiksa bagi memastikan ia dipasang secara yangbetul. Bacaan sebenar meter jarang sekali diaudit,khususnya bagi pengguna baru dan kalangan penggunabesar tenaga elektrik. Ini menyebabkan masalahkerugian bukan teknikal dan pengebilan yang terkurang

PPPPPerererererkhidmakhidmakhidmakhidmakhidmatantantantantanBekalan Bekalan Bekalan Bekalan Bekalan TTTTTenaenaenaenaenagggggaaaaaElektrikElektrikElektrikElektrikElektrik

Bersambung ke muka 8

Page 4: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

4 < MAC 2007

Akhbar-akhbar tempatan akhir-akhir ini melaporkan bahawakebanyakan kebakaran di rumah disebabkan penggunaanperalatan elektrik yang tidak selamat, terutamanyatelevisyen.

Mengikut Peraturan Elektrik 1994, 31 jenis peralatanelektrik rumah harus mematuhi standard Malaysia (MS)yang berkaitan. Semua peralatan elektrik rumah harusmempunyai label MS yang sesuai. Contoh-contoh labeladalah seperti berikut:

WA 1234567 – Wiring Accessories – Aksesori kabel

AV 1234567 – Audio Video – Audio dan Video

HS 1234567 – Household Appliances – PeralatanRumah

LT 1234567 – Luminaires – Lampu (Penyinaran)

Suruhanjaya Tenaga (ST) bertanggungjawab dalammenguatkuasakan standard-standard ini dan SIRIM Berhadtelah ditugaskan untuk menjalankan ujian terhadapperkakas/ peralatan elektrik yang tersenarai dalamPeraturan Elektrik 1994.

Isu-isu dan Cabaran kepada PenggunaTetapi beberapa aspek penguatkuasaan dan pendidikan

pengguna yang tidak berkesan telah menyebabkanlambakan peralatan elektrik rumah yang tidak mematuhistandard keselamatan seperti dalam Peraturan di atas dipasaran di Malaysia. Peralatan yang tidak mematuhistandard tersebut boleh didapati pada harga yang lebihmurah daripada peralatan elektrik yang mematuhi standard.

Pengguna harus mementingkan keselamatan merekadan melaksanakan hak mereka untuk mendapatkan produkyang selamat. Tindakan begini akan memastikan supayahanya produk yang mematuhi standard keselamatan dijualdi pasaran. Tindakan sedemikian oleh pengguna harusdipraktikan bagi semua jenis produk penggunaterutamanya makanan, perubatan, peralatan elektrik,

STSTSTSTSTANDANDANDANDANDARDARDARDARDARD

Barangan Elektrik Berbahayakenderaan, peralatan keselamatan seperti topi keledar,perkhidmatan restoran, keselamatan tempat kerja dansebagainya.

Seksyen 19 Akta Perlindungan 1999 tentang piawaiankeselamatan memberikan kuasa kepada Menteri untukmenjadikan sebarang standard keselamatan mandatori.Kuasa akta ini harus dilaksanakan untuk sebarang produkyang harus mempunyai ciri-ciri keselamatan untukperlindungan pengguna dan juga alam sekitar.

Peralatan-peralatan elektrik dan elektronik yang tidakmematuhi standard dan tidak tahan lama akanmenyumbang kepada beban sisa merbahaya. Ini adalahkerana peralatan elektrik dan elektronik mengandungibahan-bahan merbahaya atau toksik seperti, logam beratcadmium, merkuri, plumbum, sebatian kromium,polychlorinated biphenyl (PCB) dan polybrominatedbiphenyl (PBB).

Pembuangan sisa peralatan elektrik dan elektronik (EE)akan menyebabkan bahan-bahan merbahaya di atasmencemari tanah dan sumber-sumber air. Oleh keranainilah negara-negara kesatuan Eropah telah mengenakansekatan ke atas peralatan EE yang tidak mematuhistandard mandatori bagi kandungan bahan-bahanmerbahaya di atas. Label bagi mendidik pengguna supayatidak membuang sisa EE ke aliran sampah biasa adalahseperti berikut.

Pengeluar dan pengeksport peralatan EE ke Eropahterpaksa mematuhi standard tersebut dan juga membantudi dalam menguruskan sisa-sisa EE selepas peralatan-peralatan mereka tamat hayat penggunaan dan terpaksadilupuskan.

Polisi kerajaan sedemikian dan pendidikan penggunaserta pengguna-pengguna yang bertanggungjawab akanmenjayakan usaha meningkatkan tahap kualiti hidup rakyatdan keselamatan alam sekitar di Malaysia.

Sumbangan: Persatuan Pengguna Standard Malaysia

Page 5: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

MAC 2007 > 5

Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit- Saluran Kaunseling dan PengurusanKewangan Secara Berhemat

Adakah anda atau sesiapa yang anda kenalsedang mengalami situasi seperti yang di bawahini?

Senario 1Anda telah berbelanja besar dengan menggunakanlima kad kredit sehingga tidak mampu membayarbalik hutang kad kredit anda melainkan denganjumlah ansuran bulanan minimum hutang itu. Cajkewangan (faedah) yang dikenakan atas bakihutang kad kredit yang belum dibayar bertambahdari bulan ke bulan menjadikan jumlah hutangkad kredit anda meningkat. Beban kewangan inisemakin merisaukan anda dan kini di luar kawalananda sehingga telah menjejaskan keharmonianhidup anda.

Senario 2Anda dan pasangan anda akan berkahwin dalammasa yang terdekat ini. Selepas berkahwin andabercadang untuk memiliki sebuah rumah dansebuah kereta idaman. Tetapi apabila memikirkanbeban kewangan yang akan ditanggung ataspembelian ini, anda berasa khuatir untukmeneruskan hasrat murni anda. Pelbagai persoalanbermain dalam fikiran anda sama ada anda mampuatau tidak menguruskan kewangan dengan baik jikaanda meneruskan hasrat tersebut.

Dua senario di atas merupakan antara contoh masalahmengenai pengurusan kredit yang dikendalikan oleh AgensiKaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).

AKPK ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagimenyediakan saluran kaunseling dan pengurusan kreditkepada peminjam dan bakal peminjam individu bagimendapatkan khidmat nasihat tentang pengurusan kredityang baik.

SkopAntara perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK adalahseperti yang berikut:• Nasihat dan Khidmat Kaunseling Mengenai

Pengurusan KewanganMenyediakan khidmat nasihat pengurusan kewanganyang merangkumi bajet kewangan, pengurusan wangdan isu-isu kredit termasuk menganalisis kedudukankewangan serta mengenal pasti pilihan terbaik untukmenguruskan perbelanjaan anda.

• Pendidikan KewanganProgram pendidikan kewangan kepada pengguna,terutamanya mengenai penggunaan kredit dengan carayang betul dan kemahiran asas pengurusan wang sertatip untuk menggunakan kredit secara bertang-gungjawab.

• Program Pengurusan KreditMembantu menyediakan pelan pembayaran balikpinjaman melalui rundingan dengan penyediaperkhidmatan kewangan anda. Pelan tersebut akanmembantu anda membayar balik pinjaman danmengawal semula pengurusan kewangan anda.

Syarat dan Kelayakan untuk Menyertai ProgramPengurusan Kredit1. Mestilah mempunyai pinjaman / pembiayaan seperti:

pinjaman perumahan, sewa beli, kad kredit, kad cajatau pinjaman persendirian yang diperoleh dari mana-mana institusi kewangan yang dikawal selia oleh BNM.

2. Mestilah mempunyai sumber pendapatan bersih bulananyang stabil.

3. Belum diisytiharkan bankrap.

Semua perkhidmatan yang disediakan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :-

1. Pejabat AKPK, Aras 8, Maju Junction Mall,Kuala Lumpur.

2. Pejabat cawangan AKPK di bangunan BankNegara Malaysia Pulau Pinang, Kuala Terengganu,Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching.

3. Cawangan institusi kewangan di semua negeri.Talian Am : 03-2698 8575Talian Faks : 03-2698 1575E-mel : [email protected] Web : http://www.akpk.org.myTalian Bebas Tol : 1800 88 2575

Sila nantikan artikel yang akan mengetengahkan isuberkaitan pengambilan deposit secara haram dalamkeluaran akan datang.

Page 6: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

Pada 15 Mac setiap tahun, pertubuhan pengguna seduniadunia menyambut Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia.Seperti juga tahun-tahun sebelumnya, ConsumerInternational (CI) , sebagai persatuan antarabangsa yangdianggotai oleh lebih 250 buah persatuan pengguna dari115 buah negara, menetapkan tema tertentu. Bagi tahun2007, tema yang dipilih ialah Promosi Ubat-Ubatan YangTidak Beretika. Berikutan itu juga CI melancarkan kempenberkaitan promosi ubatan yang tidak beretika yangberlangsung selama dua tahun.

Apakah yang dimaksudkan dengan PromosiUbat-Ubatan?

Sebahagian besar pengguna tidak menyedari bahawapilihan ubat-ubatan yang diambil dipengaruhi oleh promosiyang telah dilakukan oleh syarikat pengeluar ubat-ubatan.Promosi ubat-ubatan dilakukan dengan pelbagai bentuk.Umpamanya, promosi secara terbuka biasanya dilakukanmelalui pengiklanan di majalah, pemberian produk sampelsecara percuma dan mengunjungi klinik-klinik perubatanoleh wakil jualan untuk menguji produk ubat-ubatan yangbaru dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, pada masa ini, promosi ubat-ubatan dilakukan secara tidak langsung, seolah-olahpromosi tersebut tidak ada kaitannya dengan ubat-ubatantertentu. Membiayai kempen kesedaran sesuatu penyakitdan menulis artikel di dalam jurnal-jurnal perubatanmerupakan kaedah terkini yang digunakan oleh syarikatfarmaseutikal utama dalam memasarkan produk ubat-ubatan mereka.

Kaedah Promosi Ubat-UbatanDalam usaha promosi ini, syarikat pengeluaran

farmaseutikal menggunakan pendekatan seolah-olah iadilakukan secara sah mengikut undang-undang dan tidakberpihak. Ini menyebabkan pengguna terkeliru danmendapat maklumat yang salah terhadap ubat-ubatan yangmereka beli.

Promosi yang disasarkan kepada doktorPengiklanan bercetakBrosur produkMenulis artikel dalam jurnal yang mereka biayai danlanggani.Kunjungan oleh wakil jualan.

Pandangan pakar dalam sesuatu bidangProduk sampel

Membiayai persidanganPendidikan perubatan secara berterusanHadiah dan sumbanganInternet dan laman web produk

Promosi melalui anggota sosial yang lainMelobi menggunakan saluran politikMembiayai aktiviti pelajar perubatan dan farmasiMembiayai kumpulan pesakit

Promosi yang disasarkan kepada penggunaPengiklananSampel produkPemeriksaan kesihatan secara percumaPamplet yang diedarkan di farmasi dan klinikKempen kesedaran penyakitLaman web tentang ubat-ubatan.

Mengapa kaedah pemasaran ini tidak beretikaPengeluar ubat-ubatan sama seperti syarikat

perniagaan yang lain, iaitu mereka juga mementingkankeuntungan. Oleh itu, bagi meningkatkan jualan produk,maka mereka cuba untuk meningkatkan permintaanpengguna terhadap produk tersebut.

Dalam usaha itu, mereka berkecenderungan untukmenggunakan pelbagai kaedah promosi ubat-ubatan yangtidak beretika. Antara kaedah yang tidak beretika ini ialah:

Mempromosi ubat-ubatan yang mengelirukan sertamembuat dakwaan yang mengelirukan.Melindungi sebarang risiko dan kesan sampingan ubat-ubatan mereka dengan sengajaMemberikan insentif kewangan kepada doktor yangmemberikan preksripsi ubat-ubat mereka kepadapenggunaMenggunakan kempen kesedaran penyakit untukmempromosi ubat-ubat mereka.Kaedah-kaedah yang digunakan ini menyebabkan

pengguna menggunakan sesuatu ubat-ubatan secara tidakrasional. Keadaan ini mempunyai potensi untukmendedahkan pengguna terhadap risiko kesihatan yangmembahayakan.

ISU PENGGUNAISU PENGGUNAISU PENGGUNAISU PENGGUNAISU PENGGUNA

Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia 2007

PrPrPrPrPromosi Ubaomosi Ubaomosi Ubaomosi Ubaomosi UbatantantantantanTidak BeretikaTidak BeretikaTidak BeretikaTidak BeretikaTidak Beretika

6 < MAC 2007

Page 7: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

MAC 2007 > 7

Kawal selia promosi ubat-ubatanPada masa ini, tidak terdapat maklumat yang jelas

tentang pihak yang bertanggungjawab dalam memastikansesuatu promosi ubat-ubatan itu dijalankan secaraberetika. Seringkali jawapan kepada persoalan ini lebihmenjurus kepada penguasaan oleh syarikat ubat-ubatansendiri.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mempunyaipenanda aras dalam menentukan tentang promosi ubat-ubatan yang tidak beretika. Walau bagaimanapun, kriteriaini sudahnya sesuatu yang wajib dilaksanakan dan tidakmempunyai sebarang obligasi undang-undang. Pihakberkuasa kesihatan sesebuah negara perlu menggubalperaturannya sendiri untuk mengawal selia aktiviti berkaitanpromosi ubat-ubatan. Biarpun begitu, ketegasan peraturan-peraturan tersebut berbeza bagi sesebuah negara danrantau tertentu.

Di Eropah umpamanya, kebanyakan negara di benuaini, menyokong kawalan kendiri bagi sektor industri, dankerajaan mereka tidak begitu aktif dalam memantausalahlaku korporat. Manakala di negara rantau Asia,Amerika Latin dan Afrika, masalah rasuah dan tadbir urusyang lemah, turut membantutkan usaha memantau aktivitipromosi ubat-ubatan.

Rentetan daripada itu, kawalan kendiri industri menjadipemantau kepada promosi ubat-ubatan yang tidak beretika.Dalam usaha itu, mereka mewujudkan beberapa kodindustri yang perlu dilaksanakan oleh industri secarasukarela untuk mengawal selia aktiviti promosi ubat-ubatan.Kod-kod ini mempunyai perbezaan kandungan yang ketara.Dan seringkali pula ia gagal dikuatkuasakan.

Dengan pengecualian kepada Amerika Syarikat danNew Zealand, kebanyakan negara telah mengharamkanpengiklanan berkaitan preskripsi ubat-ubatan secara teruskepada pengguna. Walau bagaimanapun, dengan menajakumpulan pendesak pesakit tertentu, membiayai kempenkesedaran penyakit, mewujudkan laman web danmenawarkan khidmat hospitaliti kepada pakar kesihatan,syarikat pengeluar ubat-ubatan telah menemui kaedahterbaru dan lebih berkesan bagi mempengaruhi pendapatpengguna.

Promosi Ubat-Ubatan Menjejaskan kesihatanSyarikat pengeluar ubat-ubatan sering kali mengatakan

bahawa mereka memberikan maklumat yang amat berhargadan membangkitkan kesedaran tentang masalahkesihatan. Namun hakikatnya, kaedah promosi ubat-ubatanyang tidak beretika turut menyumbangkan implikasi yangserius terhadap kesihatan dan keselamatan pengguna.Umpamanya, pengeluar ubat-ubatan Merckmenyembunyikan maklumat tentang penyakitkardiovaskular akibat penggunaan ubat Vioxx, walaupuntelah mengetahui kesan buruk ubat ini empat tahunsebelum ia ditarik daripada pasaran pada tahun 2004,termasuk di Malaysia. Syarikat ini membelanjakansebanyak AS$160 juta setahun untuk memasarkan ubatini. Di Amerika Syarikat sahaja, Vioxx telah menyebabkanberlakunya 88,000 hingga 140,000 kes penyakit jantung.

Kes yang berlaku terhadap Vioxx, menyebabkan

persatuan pengguna begitu prihatin terhadap promosi ubat-ubatan tidak beretika:

Ia melanggar hak asas pengguna untuk mendapatkanmaklumat terhadap ubat-ubatan yang mereka gunakan.Ia mempromosi penggunaan ubat yang tidak rasionaldalam kalangan pengguna, yang seterusnya bolehmembahayakan nyawa mereka.

Tindakan yang perlu diambilKeseluruhan kempen secara global ini adalah untuk

mengurangkan risiko terhadap kesihatan dan keselamatanpengguna akibat promosi ubat-ubatan yang tidak beretikaini.

Kempen CI tentang Promosi Ubat-Ubatan tidak beretikaini melakar beberapa tindakan progresif, iaitu:

Industri perlu dipertanggungjawabkan untuk mematuhikod sejagat dalam promosi ubat-ubatan yang beretika.Kerajaan perlu menguatkuasakan peraturan bagipromosi ubat-ubatan bagi memastikan hak penggunauntuk mendapatkan keselamatan dan maklumat.Memastikan hak pengguna untuk menikmati ubat-ubatan yang boleh dipercayai serta mendapat maklumattentang ubat-ubatan dan kesihatan secara yang telus.

CI berhasrat agar promosi ubat-ubatan yang tidakberetika ini ditukarkan dengan maklumat ubat-ubatan yangjelas, boleh dipercayai dan maklumat yang telus. Ini adalahkerana kesihatan pengguna perlulah mengatasikeuntungan korporat. Oleh itu syarikat pengeluar perlumemaklumkan tentang pembiayaan kempen kesedaranpenyakit, mendedahkan sepenuhnya data ujian klinikal,dan menghentikan amalan pemberian hadiah kepadadoktor. Semua bentuk peraturan, sama ada di peringkatsejagat, serantau mahupun negara, hendaklah meliputisemua perkara berkaitan promosi ubat-ubatan, termasukdi laman web dan kempen kesedaran penyakit. Maklumattentang ubat-ubatan tidak sewajarnya hanya disediakanoleh syarikat pengeluar ubat-ubatan, tetapi juga oleh pihakketiga yang bebas dan boleh dipertanggungjawabkan.

Page 8: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

Komputer Baru DibeliKomputer Baru DibeliKomputer Baru DibeliKomputer Baru DibeliKomputer Baru DibeliTidak BerkualitiTidak BerkualitiTidak BerkualitiTidak BerkualitiTidak Berkualiti

RURURURURUANGAN NCCCANGAN NCCCANGAN NCCCANGAN NCCCANGAN NCCC

ADIL PROFESIONAL BERKESAN

No. 1D, Bangunan SKPPK,Jalan SS9A/1747300 Petaling JayaSelangorTel : 03-7877 9000Faks : 03-7874 8097Emel : [email protected]

8 < MAC 2007

Seorang pengguna telah mengadu kepada NCCC tentangmasalah yang beliau hadapi apabila membeli komputer.Pengadu telah membeli 4 buah komputer daripada sebuahsyarikat pengedar komputer. Malangnya, selepas 2 hingga4 bulan dari tarikh penerimaan, komputer-komputertersebut didapati mengalami kerosakan.

Antara kerosakan-kerosakan yang dialami ialah monitordan tetikus tidak berfungsi, tanda pada papan kekuncimenjadi kabur dan terdapat masalah pada perisianmicrosoft office. Pengguna tersebut telah memaklumkanhal berkenaan kepada syarikat tersebut melalui surat,namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak syarikatberkenaan. Kecewa dengan sikap syarikat tersebut, beliautelah meminta bantuan NCCC.

TINDAKAN NCCCNCCC telah menulis surat rasmi kepada pemilik

syarikat berkenaan dan mengemukakan aduan yang dibuatoleh pengguna tersebut. NCCC memberi tempoh 7 harikepada pihak kedai untuk memberikan penjelasan tentangtindakan mereka itu. Sekiranya gagal berbuat demikian,NCCC akan menasihatkan pengguna untuk membawamasalah itu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna untukdiselesaikan. Beberapa hari selepas itu, pihak syarikattersebut telah bersetuju untuk menyelesaikan masalahtersebut dengan menghantar technician syarikat ke tempatpengguna untuk menyelesaikan dan membaiki komputeryang bermasalah itu.

NASIHAT NCCCPembeli seharusnya mengetahui bahawa setiap barang

yang dibeli, terutamanya barangan elektrik mempunyaiwaranti. Selagi barangan tersebut masih di dalam tempohwaranti, mereka boleh mendapatkan perkhidmatan untukmembaiki barang tersebut ataupun diganti dengan barangbaru.

atau terlebih, sama ada yang merugikan penggunaatau pembekal utiliti sendiri.Amalan menggunakan faktor pendaraban dalampengiraan tenaga sebenar yang dibekalkan ketikamembaca meter hendaklah dihentikan bagimengelakkan kesilapan dalam pengebilan. Meteryang dipasang hendaklah daripada jenis yang sesuaidari segi bebanan elektrik, khususnya bebanandengan faktor tenaga yang rendah. Syarikat bekalanelektrik perlu menjalankan pemeriksaan danpengauditan terhadap meter yang dipasang darisemasa ke semasa, terutamanya terhadappengguna yang banyak menggunakan tenaga elektrikbagi mengesan sebarang kerosakan di peringkatawal. Walaupun peraturan yang ada pada masa inimembenarkan ketidaktepatan meter sehingga tigaperatus, namun begitu syarikat perlu memeriksa,menguji, menentuukur dan menggantikan metersekiranya rosak secara berkala.Para pengguna masih mengadu tentang kekerapangangguan bekalan elektrik, juruteknik pembekalelektrik yang agak lambat bertindak mengatasimasalah yang dialami serta sikap tidak mesrapengguna di kalangan kakitangan bahagian khidmat

pelanggan semasa mengendalikan aduanpengguna.Lampu jalan tidak berfungsi sepenuhnya di beberapakawasan. Malahan timbul kekeliruan di antaraperanan pembekal elektrik dan pihak berkuasatempatan yang sepatutnya menyediakan danmenyelenggarakan kemudahan tersebut.Gangguan elektrik juga mengakibatkan gangguanserius terhadap pembekal utility yang lain sepertibekalan air. 30% daripada gangguan bekalan air diSelangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah akibatdari bekalan elektrik putus.

Secara keseluruhannya, walaupun kita menghargaijanji dan jaminan syarikat-syarikat pembekal elektrikbahawa kualiti dan perkhidmatan akan ditingkatkan darimasa ke semasa, namun masih terdapat pelbagai isuyang masih membelenggu pengguna. Disebabkanbekalan elektrik merupakan keperluan asas hidup danmonopoli yang wujud dalam industri, pengguna hanyaboleh bergantung kepada TNB dan berharap agar pihakindustri akan melaksanakan tanggungjawab sosial dannasionalnya untuk kepentingan dan kesejahteraanrakyat.

dari muka 3 ...

Page 9: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

MAC 2007 > 9

Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)Perjanjian ini merupakan agenda globalisasi serantau

- persiapan menghadapi globalisasi dunia. Perjanjian inibertutjuan untuk:

Menggalak perdagangan serantau,Meningkatkan aliran gerak barangan dan kemasukanpelaburan di kawasan ini dengan lebih pesatMembuka pasaran yang lebih luasMenggalakkan penyaluran keperluan sumber import danpengeluaran barangan eksportMengurangkan kos transaksi perniagaanRuang jalinan perindustrian.

AFTA menggalak peluang pelaburan negara ASEAN melaluiperdagangan bebas dengan menghapuskan sekatan tarifserta bukan tarif di kalangan anggota-anggota ASEAN.

Menurunkan duti import bagi barangan yangdiperdagangkan di rantau ASEAN ke paras 0-5% &menghapus semua bentuk halangan bukan tarif.Memaksa (negara ASEAN) Malaysia bersaing dengannegara-negara pengeluarMenggunakan satu skim pengurangan tarif yangdipanggil Common Effective Preferential Tariff (CEPT)atau Tarif Keutamaan Efektif AmSkim yang menjadualkan tingkat-tingkat pengurangantarif daripada 0 - 5% sehingga 2003 untuk enam negaraasal ASEANAFTA akan berkuatkuasa di Vietnam pada 2006, Laosdan Myanmar pada 2008 dan Kampuchea pada 2010.Senarai AFTA - 9,000 barangan dalam pengurangantarif antara 0 hingga 5%.Skim CEPT meliputi barangan perkilangan, baranganpertanian yang diproses dan yang tidak diproses.

Perjanjian AFTA membahagikan barangan kepada:Senarai Pengecualian Sementara untuk semua barangkilang dan barangan pertanian yang diproses.Senarai Sensitif untuk barangan pertanian yang tidakdiproses seperti tembakau, gula, buah-buahan, khinzir,ternakan ayam dan susu.Senarai Pengecualian Am iaitu barangan2 yangdikecualikan daripada pengurangan tarif untuk menjagakepentingan sekuriti nasional, tumbuh-tumbuhan,

haiwan, manusia dan moral dan bahan artistik danbernilai sejarah.Protokol Mengenai Tatacara Khas untuk BaranganPertanian Belum Diproses, Barangan Sensitif dan AmatSensitif diberi jangka masa yang lebih lama untukdimasukkan ke dalam Skim CEPT.Barang-barang dalam Senarai Sensitif akandimasukkan ke dalam Skim CEPT mulai tahun 2003dan akan hanya mencapai duti tidak melebihi 5% padatahun 2010.Malaysia telah meletakkan beras di dalam Senarai AmatSensitif.Perdagangan beras hanya dimasukkan ke dalam SkimCEPT pd 1 Januari 2005 dan untuk pasaran terbukahanya pada 1 Januari 2010.Tambahnya lagi, pada 2010, Malaysia masih lagimempunyai hak melindungi pasaran beras tempatanmelalui duti import sebanyak 20%.

Perdagangan Bebas Malaysia dan AmerikaSyarikat (MUFTA)

Pada 10 Mei 2005, Dato' Seri Rafidah Aziz, MenteriPerdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), bersamaRobert Zoellick Wakil Perdagangan AS (USTR) telahmenandatangani perjanjian rangkakerja pelaburan danperdagangan (TIFA) di Washington, AS.

Perjanjian ini adalah memulakan perundingan perjanjianperdagangan bebas (FTA) antara Malaysia dan AmerikaSyarikat.

Dengan pelaksanaan FTA Malaysia-AS, ia akanmembuka pasaran Amerika masuk ke dalam pasaranMalaysia dalam bidang-bidang seperti berikut:

PelaburanPerlindungan Harta IntelekPemindahan TeknologiBioteknologiPromosi dan Perlindungan PelaburanPerolehan PerkhidmatanPerkhidmatanPerubatanPertanian

Sumber: www.wikipedia.com

PerjanjianPerdagangan

Bebas

PERDPERDPERDPERDPERDAAAAAGANGANGANGANGANGANGANGANGANGAN

Page 10: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

KELKELKELKELKELAB PENGGUNAAB PENGGUNAAB PENGGUNAAB PENGGUNAAB PENGGUNA

10 < MAC 2007

Aktiviti ini dilakukan untuk mengenal pasti corak pemilihanpara pelajar semasa membeli sesuatu produk ataubarangan yang berada dipasaran.

Langkah-langkah:-a) Berikut adalah jadual dan apakah perkara yang menjadi

keutamaan kepada pelajar apabila memberi sesuatubarangan.

b) Sila letakkan skor 1=Sangat tidak penting 2= tidakpenting 3=tidak pasti 4=penting dan 5=sangant pentingdalam kotak berkenaan.

c) Kumpulkan maklumat yang diperolehi daripada setiappelajar dan kirakan jumlah peratusan tertinggi (apakahperkara yang menjadi keutamaan pelajar memilihbarangan tersebut.

d) Bincangkan secara berkumpulan dan minta pelajarterangkan mengenai beberapa perkara:-i) Perkara keutamaan yang mendapat peratusan

tertinggi

ii) Mengapa pelajar memilih perkara tersebut? Faktor persekitaran

Pengaruh daripada rakan sebayaIklan di media elektronik atau media cetak,Keputusan /pemilihan oleh ibu dan bapaTidak ambil peduli terhadap produk tersebut.

iii) Apakah perkara yang mendapat peratusan terendah.Mengapa terjadi sedemikian?

Tiada maklumat mengenai produkKurang pengetahuanTiada kesedaran

e) Pelajar akan memperolehi keputusan pada 10 barangantersebut dan dapat mengenalpasti perkara yang seringdi beri keutamaan oleh pelajar terutama remaja semasamembuat pembelian terhadap sesuatu barangan.

f) Sekiranya perlu lakarkan "carta" untuk menarikperhatian rakan sekelas semasa membuatpembentangan.

MengMengMengMengMengenal Penal Penal Penal Penal Pasti Kasti Kasti Kasti Kasti KeutamaaneutamaaneutamaaneutamaaneutamaanAAAAApapapapapabila Membelibila Membelibila Membelibila Membelibila Membeli

Page 11: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

MAC 2007 > 11KEWKEWKEWKEWKEWANGANANGANANGANANGANANGAN

SATU kajian mengenai pengurusan wang oleh MajlisPendidikan Tabungan Rakyat Amerika Syarikat dan InstitutPenyelidikan Faedah Pekerja pada 2001 mendapatimajoriti ibu bapa berasa yakin terhadap pemahamanmereka menguruskan wang.

Dalam pada itu, kajian berkenaan turut membongkarkansikap dan tindakan negatif ibu bapa dengan 55 peratusdaripada mereka menanggung hutang kad kredit setiapbulan. Lebih memeranjatkan kurang daripada separuh ibubapa mengakui mereka mempunyai bajet yang dirancang.

Walaupun kajian itu dibuat di Amerika Syarikat, adakemungkinan senario ini boleh berlaku di Malaysia.Persoalannya, sebagai ibu bapa, berapa ramaikah antarakita mendidik anak sejak kecil mengenai cara menguruskanwang dengan bijak, misalnya menggalakkan merekamenabung?

Yang pasti, sesetengah ibu bapa tidak begitu terdedahdengan pengurusan kewangan ketika kecil dan setelahberkeluarga dan mempunyai anak, mereka berasa tidakbegitu selesa mengenai tanggungjawab keibubapaanmengenai aspek ini.

Sebelum mendidik anak cara menguruskan wang,pastikan ibu bapa boleh mencerminkan diri mereka sebagai’role model’. Cara berkesan mendidik anak menguruskanwang adalah melalui teladan.

Penggunaan kad kredit mungkin menggambarkanpersepsi salah iaitu kita ada akses untuk ’wang yangtiada had’. Jadi, mungkin kita patut mengurangkanpenggunaan kad kredit ini supaya lebih mudahditerangkan penggunaan wang kepada anak.Sebelum membeli-belah, ibu bapa dan anak perlumenyenaraikan barangan ingin dibeli.Hakikatnya, jika ibu bapa tidak mahu anak mereka terusjumud dalam soal wang, giatkan usaha proaktifmendidik anak supaya ’celik wang’.Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak mengenaipengurusan kewangan agar mereka lebih berkeyakinandan bertanggungjawab kemudian hari.Tabiat mengurus wang harus disemai sejak awal,seawal mereka tahu mengira dan tahu menggunakanwang. Seperti kata pepatah ‘melentur buluh biarlah darirebung.’ Seelok-eloknya semaikan tabiat itu seawalumur 13 tahun dan usah tunggu hingga remaja, keranamereka terlalu sibuk dengan dunia remaja.Ibu bapa perlu menjelaskan perbezaan elaun yangdiberikan kepada anak-anak berdasarkan usia dankeperluan perbelanjaan. Pemberian elaun itu bolehmendidik mereka bagaimana menggunakan sumberkewangan secara bijak, berwaspada ketika membelisupaya sumber kewangan itu boleh digunakan untukjangka panjang.

Ibu bapa paling arif menentukan kaedah yang sesuaidengan kematangan anak mereka. Misalnya pada usia11 hingga 14 tahun, ajaklah anak menyertaiperbincangan mengenai bajet keluarga supaya merekatahu ke mana wang disalurkan.Pada usia 16 hingga 18 tahun pula, bantulah anak untukmenjadi lebih berdikari dengan mendapatkan merekakad ATM. Galakkan mereka menambahkan simpanandengan bekerja sambilan terutama pada cutipersekolahan.Ajar mereka cara mengendalikan rekod kewangan yangboleh memantau segala pendapatan dan perbelanjaan.Jika anda melatih anak mendapatkan barangan diinginidengan menyimpan sendiri duit, maka barang itu pastiakan lebih dihargai.Tonjolkan teladan baik seperti mengutip wang yangjatuh atau mengira balik wang baki yang diterimaselepas membayar dan tidak terus menyumbatnya kedalam dompet. Biarpun tindakan sebegini agak kecil,ia memberi impak besar kepada anak menilai hargawang.Pastikan juga rekod kewangan disimpan dengan kemasdan susunan teratur seperti perancangan kewangan danbajet. Dan fahami aliran perbelanjaan wang keluarga.Luangkan waktu lapang secara berkualiti denganbermain permainan seperti ’saidina’ atau ’monopoly’,kerana ia boleh mendidik anak memahami konsepmelabur. Juga timba ilmu menguruskan kewanganmelalui bahan bercetak dan internet.Awasi perkembangan dan kemajuan anak melalui

perbincangan boleh dilakukan di rumah pada masa lapang.Terangkan aspek praktikal mengenai pengurusan wangseperti menabung berbanding berbelanja, membuatpembelian bijak memandangkan pengurusan wang bijakmembantu anak-anak menetapkan matlamat hidup kelak.

MelaMelaMelaMelaMelatih Ktih Ktih Ktih Ktih Kanak-kanakanak-kanakanak-kanakanak-kanakanak-kanakMengurMengurMengurMengurMenguruskan uskan uskan uskan uskan WWWWWangangangangang

Page 12: PROMOSI UBATAN TENTUKAN PILIHAN PENGGUNA

TTTTTALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ALIAN ADUADUADUADUADUAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNAN PENGGUNA BEBA BEBA BEBA BEBA BEBAS AS AS AS AS TTTTTOL :OL :OL :OL :OL : 1-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-8001-800-886-800 SMS: SMS: SMS: SMS: SMS: 32255 32255 32255 32255 32255 E-ADU E-ADU E-ADU E-ADU E-ADUAN:AN:AN:AN:AN: http://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnhehttp://e-aduan.kpdnheppppp.g.g.g.g.gooooovvvvv.m.m.m.m.myyyyy

KESIHAKESIHAKESIHAKESIHAKESIHATTTTTANANANANAN

12 < MAC 2007

Satu kemusykilan yang wujud tentang oksigen ialah kitatidak boleh hidup tanpanya, dan pada masa yang sama,oksigen adalah membahaya kepada kehidupan kita.Tekanan oksidatif merupakan satu keadaan yangantioksidan dalam badan tidak dapat menahan radikalbebas yang dijana dan adalah dipercayai ia merupakansebab utama lebih darpada 60 jenis penyakit degeneratifdari arthritis kepada kanser, penyakit jantung, dan jugakegagalan sistem keimunan badan.

Proses yang mengakibatkan besi berkarat dan buahepal untuk bertukar warna sedang berlaku di dalam setiapsel hidup dalam badan. Secara amnya kita sedang'berkarat' di dalam badan tanpa menyedarinya. Denganitu, adalah penting untuk kita mengetahui dengan lebihmendalam proses ini dan cara-cara untuk melindungi dirikita daripada ancaman ini.

Radikal bebasDalam proses

menggunakan oksigen untukmenghasilkan tenaga dalamsel, radikal bebas turutterbentuk. Radikal bebas jugadibentuk semasa andamenghidu asap, bahan kimiapencuci dalam rumah, asaprokok, dan juga meminum airyang tercemar. Bersenam,pendedahan kepada cahaya matahari, berpenyakit,kandungan gula dalam darah yang tinggi turut menyumbangkepada pembentukkan radikal bebas. Menurut parapenyelidik, radikal bebas boleh memusnahkan enzim,protein, lemak, molekul DNA, dan juga membran sel danstrukturnya - lantas mengubah cara sel mengekod bahangenetik. Ia juga boleh mengaktifkan sel-sel kanser danmelemahkan sistem keimunan badan. Berita yang baiknyaialah terdapat banyak cara untuk melindungi diri kitadaripada ancaman radikal bebas.

AntioksidaBadan kita mempunyai sistem pertahanan terhadap

radikal bebas dikenali sebagai antioksidan. Antioksidanmempunyai abiliti untuk meneutralkan kesan radikalbebas; selagi ia mempunyai bilangan yang mencukupiuntuk melindungi sel-sel persekitaran.

Badan kita juga berupaya membentuk antioksidannyasendiri, lima daripadanya adalah Superoxide Dismutase(SOD), Catalase, Alpha Lipoic Acid, Coenzyme Q10, danGlutathione Peroxidase. Walaupun antioksidan semulajadiini amat berkesan untuk meneutralkan radikal bebas,namun masalahnya ialah kemampuan badan untuk

menghasilkan dalam bilangan yang mencukupi. Walaupunantioksidan juga boleh didapati dari sumber makanan,namun ia adalah susah untuk menahan radikal bebas yangsentiasa terbentuk dalam badan. Oleh itu, terbentuklahpasaran untuk antioksidan tambahan.

Jenis-jenis antioksidan yang wujud dan fungsinya

Beta karotenaBeta karotena merupakan antioksidan kuat yang

menyerang dan meneutralkan oksigen bebas yangmerupakan radikal bebas berbahaya yang bolehmenjejaskan mata, kulit dan paru-paru.

Vitamin CVitamin C berupaya mengurangkan kerosakan radikal

bebas dalam bahagian berair badan seperti plasma darah,cecair paru-paru, cecair mata, dan juga cecair antara sel.Ia juga berfungsi melindungi sistem saraf badan dariserangan radikal bebas. Fungsi lain vitamin C juga adalahia membantu dalam penjanaan vitamin E dalam badan.

Vitamin EAntioksidan yang mencegah pengoksidaan lemak

dalam membrane sel, dimana ia berfungsi menguatkanlapisan luar sel dari serangan radikal bebas. Kajian jugamenunjukkan bahawa vitamin E membantu dalammencegah lemak tepu daripada pengoksidaan yangmembentuk plak dalam arteri.

Zat sokongan antioksidanZat berikut bukanlah antioksidan tetapi merupakan

komponen penting enzim antioksida badan.

ZinkZink mempunyai ciri-ciri antioksidan yang melindungi

badan dan ia diperlukan untuk mengoptimumkankeberkesanan vitamin E dan A. Ia juga merupakan bahanutama enzim antioksida superoxide dismutase (SOD).

SeleniumSelenium merupakan mineral yang mempunyai sinergi

yang mantap dengan vitamin E. Ia juga merupakankomponen penting dalam enzim antioksidan glutathioneyang menukar radikal bebas hidrogen peroksida kepadaair.

Kuprum dan manganKedua-dua mineral ini merupakan komponen penting

dalam SOD.

Bahan RBahan RBahan RBahan RBahan Radikal adikal adikal adikal adikal YYYYYangangangangangTTTTTerererererdadadadadapapapapapat Dalam Badant Dalam Badant Dalam Badant Dalam Badant Dalam Badan