proposal ala

Download Proposal Ala

Post on 04-Jul-2015

204 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL G75536

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Membaca adalah amat penting dalam hidup manusia. Dengan membaca kita dapat menggali lebih banyak ilmu pengetahuan daripada pelbagai sumber yang kita inginkan. Hadis nabi sendiri ada mengatakan Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap orang Islam. Rasulullah s.a.w sendiri telah diajak membaca oleh malaikat Jibril ketika baginda di Gua Hira.

Peringkat awal kanak-kanak telah didedahkan dengan pembelajaran secara lisan atau komunikasi. Mereka akan didedahkan dengan segala aspek seperti fonologi, morfologi, sintaksis dan juga simantik. Kemahiran membaca pula merupakan satu daripada aspek kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh setiap individu. Selepas setiap kanak-kanak itu menguasai kemahiran lisan, mereka akan mula belajar kemahiran membaca. Kemahiran membaca dapat dikatakan sebagai satu peningkatan kepada kebolehan berbahasa, daripada kebolehan mengamati dan memahami simbolsimbol lisan kepada kebolehan mengenal, menyusun dan memahami simbol-simbol tulisan. (Zulkifley Hamid,2006:140)

Penguasaan kemahiran lisan boleh diperolehi oleh individu itu secara tidak formal. Ini berbanding dengan kemahiran membaca yang tidak membolehkan seseorang mengenal simbol-simbol tulisan secara sendiri atau semulajadi. Oleh itu, kemahiran membaca tidak dapat berlaku melainkan dengan dengan adanya pengajaran dan pembelajaran secara formal.

1

SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL G75536

Pelbagai takrif atau definisi telah diberi kepada perkataan membaca. Lado (1980) mengatakan bahawa membaca itu bermaksud mengungkapkan pola-pola bahasa daripada bentuk tulisannya. Smith (dalam Mengantar Simanjuntak, 1985: 3) pula mengatakan: Membaca adalah satu proses psikolinguistik yang berlaku apabila seseorang membentuk semula di dalam pemikirannya (dengan sebaik mungkin) erti yang telah diterbitkan oleh seseorang penulis dalam bentuk tulisan yang kemudian dibaca oleh pembaca tadi.

Atan Long (1978) telah menghuraikan proses membaca sebagai satu proses yang melibatkan, Kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi suara (bahasa) dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Steinberg (1982:197) mengatakan proses membaca boleh didefinisikan sebagai, Satu bentuk komunikasi dan tujuannya adalah untuk menerima maklumat melalui bentuk-bentuk tertulis.

Smith dan Johnson (1980) menambah satu lagi aspek dalam cubaan mereka mendefinisikan proses membaca bahawa inti bagi sesuatu proses membaca ialah komunikasi yang diwujudkannya. Proses membaca dianggap sebagai proses komunikasi kerana dalam perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea antara penulis dengan pembaca. Seseorang itu tidak dikatakan membaca sekiranya dia gagal mendapatkan mesej apa yang hendak disampaikan penulis dalam penulisannya. Kesimpulannya proses membaca adalah sesuatu yang kompleks. Pembaca perlu mengenal lambang-lambang tulisan, menterjemahkannya dan seterusnya memberikan makna.

Perkembangan bahasa kanak-kanak adalah berbeza pada setiap peringkat umur mereka. Seperti bayi semasa dilahirkan tidak menguasai apa-apa bahasa, tetapi pada umur lima tahun , kebanyakannya sudah mengetahui banyak perbendaharaan kata dan telah menguasai tatabahasa dengan baik. Perkembangan bahasa antara seorang kanakkanak dengan kanak-kanak yang lain adalah berbeza. Ada yang mengalami

2

SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL G75536

perkembangan bahasa yang cepat dan ada kanak-kanak yang lambat. Perkembangan bahasa perlu diambil berat sejak awal kanak-kanak lagi kerana apabila kanak-kanak boleh menguasai bahasa dengan baik seperti menguasai pelbagai perbendaharaan kata dan juga tatabahasa, ini akan memudahkan mereka untuk mempelajari kemahiran membaca dan menulis.

Seperti yang telah dinyatakan, kemahiran membaca tidak mungkin dikuasai tanpa proses pengajaran dan pembelajaran. Walau berapa panjang pun hayat seseorang dia tidak akan dapat membaca sekiranya individu itu tidak belajar membaca.

Proses membaca merupakan proses dua hala iaitu, pada hala pertama, otak (ingatan) mendapatkan makna atau pengetahuan daripada teks, dan pada hala kedua, pengetahuan yang sedia ada dalam ingatan jangka panjang akan dipancarkan kepada teks secara terperinci dan diperkaya pentafsirannya. Dengan kata lain, ingatan jangka pendek akan memproses dan mencuba memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis menerusi hasil penulisannya. Kemudian, maklumat yang telah difahami akan diuji dan diintegrasi dengan maklumat sedia ada dalam ingatan jangka panjang pembaca. (Zulkifley Hamid,2006:142). Pengajaran bahasa di peringkat awal mempunyai beberapa ciri tertentu. Pertamanya ia harus melibatkan seberapa banyak latihan yang mungkin. Latihan ini menggunakan pelbagai bentuk yang berasaskan rangsangan gerak balas. Guru akan memberikan pelbagai bentuk pengajaran manakala pelajar atau murid akan memberikan pelbagai gerak balas berdasarkan rangsangan tadi. Keduanya, adalah berfokus kepada pemahaman atau perubahan kognitif. Ini bermaksud pengajaran membaca tidak bermula dengan memperkenalkan nama atau bentuk huruf tetapi bermula dengan belajar mengenali perkataan.

3

SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL G75536 1.2 Latar Belakang kajian

Membaca merupakan satu proses pembelajaran yang amat penting bagi peringkat awal seseorang individu. Individu yang tidak boleh membaca boleh dianggap buta huruf dan ketinggalan zaman. Lebih-lebih lagi dalam kecanggihan arus teknologi yang serba mencabar hari ini. Sesuatu yang amat merugikan apabila kita masih jauh ketinggalan dalam segala aspek untuk dibandingkan dengan negara-negara maju. Oleh itu. Membaca merupakan satu asas pembelajaran yang utama bagi setiap individu untuk meneroka sesuatu yang lebih jauh lagi.

Kaedah pembelajaran klasik yang didedahkan sejak dahulu lagi adalah bermula dengan pengenalan huruf iaitu daripada A hingga ke Z. Para pelajar dikehendaki menghafal rupa dan nama setiap abjad yang terkandung dalam sesuatu bahasa. Pendekatan ini juga dipanggil atomistik. Ini bermaksud pelajaran bermula daripada unsur yang terkecil bermula dengan huruf sehinggalah kepada suku kata, perkataan, ayat, wacana dan seterusnya.

Bagi kaedah abjad ini murid-murid akan didedahkan dengan bunyi-bunyi vokal dan konsonan. Kemudian mengeja dengan mencantumkan dua huruf vokal dan konsonan menjadi suku kata seperti ba, ca, da dan seterusnya. Setelah itu suku kata itu akan membentuk pula perkataan mudah seperti bola, ibu, mata dan sebagainya. Dengan kata lain, murid-murid mesti mengenal dan menghafal namanama huruf sebelum didedahkan kepada peringkat membaca mudah. Di sinilah punca kelemahan kaedah ini iaitu memaksa murid-murid mengenal dan menghafal bunyibunyi yang tidak bermakna sebelum mereka diajar membaca perkataan-perkataan yang bermakna. Proses ini juga memakan masa yang agak lama kerana murid akan melalui langkah demi langkah sebelum dapat membina sesebuah perkataan. Murid yang masih belum menguasai aspek ini akan dikumpulkan dalam kumpulan yang lemah dan diberi proses pemulihan.

4

SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL G75536

Di sinilah satu perkaedahan baru telah diperkenalkan untuk merangsang murid-murid yang lemah ini supaya cepat membaca. Kaedah yang ingin dinyatakan di sini ialah kaedah cepat membaca e-Xra.

E-Xra ialah singkatan kepada 'eclectic-Express reading approach'. Ia merupakan satu teknik membaca cepat melalui pengecaman bunyi suku kata tanpa perlu mengenal huruf dan mengeja. Kanak-kanak membaca sejurus mengenal dua suku kata yang pertama. Kaedah ini memudahkan ibu bapa dan guru mengajar anakanak membaca dengan lebih berkesan, sistematik dan cepat. E-Xra merupakan satusatunya kaedah cepat baca di Malaysia yang mendapat Anugerah Rekacipta 2003 dari Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Baru-baru ini, e-Xra C.E.P.A.T. telah berjaya merangkul Pingat Emas di 5th Invention/ Inovation Competition 2006 yang dikendalikan oleh Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (satu-satunya syarikat persendirian yang memenangi Pingat Emas. Kaedah cepat membaca E-Xra ini membolehkan kanak-kanak empat tahun ke atas dan kanak-kanak yang bermasalah atau lemah membaca menguasai kemahiran asas membaca secepat 1 3 bulan. Kaedah ini juga sama seperti penggunaan buku Iqra yang digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam untuk mengajar pelajar Islam membaca Al-Quran. Kaedah cepat membaca e-Xra ini telah diasaskan oleh pasangan suami isteri iaitu Puan Rohayati Haroun dan suaminya Profesor Dr. Mohamed Amin Embi.

5

SALASIAH BT IDRIS@ISMAIL G75536

1.3

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah cepat membaca ini dalam perkembangan bacaan murid. Di samping itu turut diharapkan melalui kaedah ini juga dapat mengurangkan masalah buta huruf dalam kalangan kanak-kanak lemah. Melalui kaedah ini juga diharapkan dapat membantu kanakkanak menguasai kemahiran membaca dengan baik serta dapat menarik minat mereka dalam mempelajari dan menguasai kemahiran bahasa dengan baik.

1.4

Pernyataan Masalah

Masalah penguasaan membaca dalam kalangan kanak-kanak sudah banyak diperkatakan dan masalah ini melibatkan hampir semua sekolah rendah di seluruh negara. Masalah penguasaan membaca melibatkan masalah seperti tidak boleh membaca dan menulis dengan sempurna. Kadang kala, terdapat kanak-kanak yang boleh membaca tetapi tidak faham apa yang dibacanya. Ini mungkin kerana kurang tumpuan perhatian, tidak aktif membaca, tidak faham makna sesuatu perkataan dan sebagainya. Adakalanya, terdapat kanak-kanak yang mengatakan dia faham isi kandungan sesuatu perenggan dalam buku yang dibacanya, tetapi apabila disoal, dia tidak dapat memberikan jawapan yang memuaskan. Masalah membaca sering terdapat dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Ini boleh