proposal kajian tindakan 1 (1).doc

35
HBEF 2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN TAJUK: KEBERKESANAN LOMPAT KUADRAN DALAM MENINGKATKAN TAHAP KETANGKASAN DI KALANGAN MURID TAHUN 5 SEMESTER MEI 2014 Name & (Mayric Number) : Apner Bin Siau Contact / Phone Number : 019-841 9480 E-Mail : [email protected] Tutor's Name : En.Shahrul Ikhwan Abdullah Learning Centre : Sandakan

Upload: apner-siau

Post on 07-Sep-2015

105 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

HBEF 2503

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN

TAJUK:

KEBERKESANAN LOMPAT KUADRAN DALAM MENINGKATKAN TAHAP KETANGKASAN DI KALANGAN MURID TAHUN 5

SEMESTER

MEI 2014

Name & (Mayric Number): Apner Bin Siau

Contact / Phone Number: 019-841 9480

E-Mail: [email protected]

Tutor's Name: En.Shahrul Ikhwan Abdullah

Learning Centre: Sandakan

Date of Submission: 5 September 2014

NAMA PENYELIDIK:

APNER BIN SIAU

TAJUK:

KEBERKESANAN LOMPAT KUADRAN DALAM MENINGKATKAN TAHAP KETANGKASAN DI KALANGAN MURID TAHUN 5

SEKOLAH:

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT MARY TOWN(M),SANDAKAN

1.0PENDAHULUAN

1.1Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Semasa mula mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di kalangan murid tahap 2,iaitu murid tahun 5,saya mendapati majoriti murid mempunyai tahap ketangkasan yang rendah.Dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani tahun 5,ada beberapa aktiviti yang memfokus kepada tahap ketangkasan murid.Dalam kemahiran permainan badminton umpamanya,ramai murid yang menghadapi masalah untuk bergerak dan menukar arah semasa memukul atau mengembalikan bulu tangkis.Memang diakui,ada di kalangan murid yang baru berjinak-jinak dengan permainan ini.Ini mungkin disebabkan batasan berkaitan dengan tahap kemahiran mereka dalam permainan ini.Walau bagaimanapun,aspek kemahiran boleh diasah apabila murid-murid ini mempunyai tahap ketangkasan yang baik.Selain itu,sebagai guru Pendidikan Jasmani,saya bukan sahaja memberi fokus kepada sukan badminton.Saya juga memberi fokus utama dalam permainan popular seperti permainan bola sepak.Dalam permainan bola sepak juga aspek ketangkasan amatlah penting terutamanya apabila menyertai pertandingan.Keupayaan mengelecek dan mengubah arah dalam kadar yang pantas merupakan antara kunci utama dalam kemahiran permainan ini.Para pemain perlu mampu bergerak pantas mencari ruang kosong apabila melakukan serangan ke arah pintu gol lawan.Ini sama juga situasinya semasa pasukan bertahan daripada serangan pasukan lawan,iaitu kembali ke dalam posisi bertahan.Sekali lagi kebolehan ini merujuk kepada tahap ketangkasan seseorang pemain itu.Situasi ini berdasarkan pengalaman saya sebagai guru penasihat bola sepak sekolah yang telah membawa murid menyertai pertandingan bola sepak kategori umur bawah 12 tahun peringkat daerah Sandakan.Hasil daripada pemerhatian yang saya lakukan ke atas pasukan bola sepak,jelas menunjukkan mereka memerlukan perubahan dari aspek ketangkasan.

Jikalau diteliti akan masalah berkaitan dengan tahap ketangkasan murid,pengkaji merasakan bahawa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani belum mencapai matlamatnya.Sebagai guru,sepatutnya pengkaji dapat menerapkan unsur kecergasan dalam diri murid.Pengkaji juga seharusnya dapat menerapkan sikap mementingkan tahap kecergasan bukan sahaja semasa di sekolah,malah semasa di manapun mereka berada.Dari aspek murid,pula pembelajaran yang dilalui murid sepatutnya memberi kesan kepada keupayaan mereka meningkatkan tahap ketangkasan

Pada semester Januari tahun 2013,satu tugasan yang diberikan ada mengkehendaki saya melakukan kajian tentang kecergasan fizikal di kalangan murid tahun 6.Tugasan tersebut memberi fokus kepada bateri ujian Lompat Kuadran dalam menilai tahap ketangkasan murid.Melalui tugasan itu saya mendapati ramai murid sama ada yang aktif dalam sukan dan permainan ataupun tidak,menunjukkan tahap ketangkasan yang kurang memuaskan.Dengan keadaan sebegini timbul rasa kegusaran kerana sepatutnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini antara lainnya dapat membantu murid meningkatkan tahap kecergasan fizikal mereka.Sehubungan dengan itu,saya terpanggil untuk menjalankan ujian untuk mengetahui di mana tahap ketangkasan murid-murid yang saya ajar selama ini.Apabila memperolehi maklumat tentang tahap kecergasan mereka nanti,saya percaya,saya akan mempunyai panduan untuk membimbing mereka meningkatkan tahap ketangkasan masing-masing.Oleh yang demikian,saya berpendapat bahawa ujian ini amat sesuai dilakukan untuk mengkaji tahap ketangkasan murid secara keseluruhan,kerana keputusannya mudah diperolehi melalui ujian yang mudah dan ringkas.Sedar dengan batasan ini,maka saya mengambil inisiatif membuat satu kajian yang memberi fokus kepada meningkatkan tahap ketangkasan murid dengan memilih bateri ujian Lompat Kuadran.Oleh kerana saya hanya memilih satu jenis bateri ujian sahaja,maka saya telah membuat beberapa pengubahsuian dari aspek prosedur dan kelengkapan peralatan.Dari aspek prosedur,walaupun melakukan sedikit ubah suai namun saya masih berpegang kepada prinsip bateri ujian Lompat Kuadran.Dari aspek kelengkapan peralatan pula,saya menggunakan peralatan yang bertujuan untuk menambah minat murid dalam melakukan ujian ini selain menambah aras kesukarannya.

Maka,daripada pengalaman yang dilalui,pengkaji ingin melakukan perubahan dalam meningkatkan tahap ketangkasan melalui aktiviti yang mudah dan menarik.Aktiviti menguji tahap ketangkasan ini nanti akan diselitkan dengan aktiviti berunsur permainan agar murid berasa seronok dan tidak bosan sepanjang proses pembelajaran mereka.

1.2Refleksi Sorotan Literatur

Pada masa ini,belum ada definisi tepat tentang ketangkasan dalam komuniti sains sukan. Istilah ini digunakan untuk pelbagai konteks sukan, tetapi dengan percanggahan yang begitu besar, ini merumitkan pemahaman kita tentang apa komponen yang perlu dilatih untuk meningkatkan ketangkasan. Satu takrifan baru ketangkasan adalah dicadangkan: "pergerakan seluruh badan yang pesat dengan perubahan halaju atau arah sebagai tindak balas kepada rangsangan". Ketangkasan mempunyai hubungan dengan kualiti fizikal yang mudah dilatih seperti kekuatan, kuasa dan teknik, serta komponen kognitif seperti teknik visual-pengimbasan, kelajuan pengimbasan-visual dan jangkaan. Ujian ketangkasan secara amnya terhad kepada ujian komponen fizikal seperti perubahan laju arahan, atau komponen kognitif seperti jangkaan dan pengiktirafan corak. Ujian baru ketangkasan yang menggabungkan langkah-langkah fizikal dan kognitif adalah digalakkan(Sheppard&Young,2006).(cited)

Menurut Wee Eng Hoe(1996) di dalam Wong Ling Syu(2004),kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada dua iaitu kecergasan fizikal berasaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor.Ketangkasan terangkum dalam kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor bersama-sama dengan koordinasi,kuasa,imbangan,masa tindak balas dan kelajuan.Oleh itu,bagi mencapai kecergasan fizikal yang berasaskan perlakuan motor yang cemerlang,kesemua aspek kecergasan fizikal ini perlu dikuasai dengan baik.(cited)

Tahap ketangkasan sesorang individu mampu memberi manfaat bukan sahaja dalam aktiviti seperti sukan dan permainan.Dalam keadaan kecemasan,ketangkasan juga dapat membantu individu mengurangkan risiko kecederaan. Menurut Gambetta (2005),tahap kecergasan fizikal yang tinggi seperti kekuatan, kuasa dan ketangkasan saling berkait rapat antara satu sama yang lain.Ini membuktikan bahawa untuk mencapai kekuatan dan kuasa,seseorang individu tersebut perlu mempunyai tahap ketangkasan yang baik.Dengan lengkapnya elemen ini maka kecergasan tahap tinggi dapat dicapai oeh individu terbabit.

Tahap prestasi tahap ketangkasan subjek hanya menunjukkan peningkatan yang sedikit. Ini kerana program latihan tidak tertumpu kepada tahap ketangkasan semata-mata sebaliknya ianya merangkumi semua aspek kecergasan. Jika program hanya tertumpu kepada latihan ketangkasan, kemungkinan tahap ketangkasan akan menunjukkan peningkatan yang lebih tinggi. Menurut Brown (2005), program latihan yang khusus mampu meningkatkan aspek yang khusus dengan lebih baik dan lebih memberangsangkan.Ini jelas menunjukkan bahawa bagi mencapai tahap kecergasan fizikal yang khusus,penumpuan perlu diberikan kepada latihan fizikal yang khusus.Jikalau program latihan yang digunakan tidak memberi tumpuan yang khusus maka peningkatan tahap ketangkasan tidak akan dapat dilihat dengan ketara.Maka dengan itu,bagi membantu murid mencapai tahap ketangkasan,hanya ujian khusus untuk meningkatkan tahap ketangkasan sahaja akan dipilih.

Menurut Sheppard dan Young(2006) dalam Brughelli,Cronin,Levit,at.al(2008), menggambarkan beberapa faktor yang dianggap penting dalam menentukan keupayaan "COD"(Change of direction) yang boleh diperhatikan termasuk kemahiran teknikal, kelajuan dan kualiti otot kaki.Berdasarkan kenyataan ini,pengkaji membuat kesimpulan awal bahawa bagi mencapai tahap ketangkasan yang baik,maka responden perlu memahami dan menguasai aspek teknikal lompat kuadran.Selain itu responden juga perlu mempunyai tahap kelajuan dan kualiti otot kaki.Memandangkan responden didalam lingkungan umur 11 tahun,maka usaha pengkaji ialah cuba untuk menerapkan kelajuan dan pembinaan otot kaki melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan.

Norlaila Razali(2011),dalam kajian tentang keperluan pemain bola jaring,menyatakan bahawa kecergasan berasaskan lakuan motor merujuk kepada fungsi dan keupayaan seseorang itu yang membolehkannya bertanding dalam aktiviti sukan dengan lebih bertenaga,berdaya kuasa,kekuatan,daya tahan,ketangkasan dan juga koordinasi dengan lebih cekap.Melalui pernyataan ini,pengkaji berpendapat bahawa komponen ketangkasan merupakan komponen yang perlu ada dalam setiap sukan kerana tanpa komponen ini,tahap kecergasan dalam sukan tidak akan dapat dicapai sepenuhnya.

2.0FOKUS KAJIAN

Sebelum melaksanakan ujian ini beberapa perkara telah saya pertimbangkan mengenai bateri ujian yang dipilih.Antaranya ialah;

i.Aspek Kebolehtadbiran Ujian.

Kajian ini mudah ditadbir dan diuruskan kerana ia tidak memerlukan peralatan dan kemahiran pengkaji yang tinggi.Walaupun kawasan sekolah adalah kecil,namun ia tetap boleh dilaksanakan kerana ujian ini tidak memerlukan kawasan yang luas.Ujian ini nanti akan dilakukan di kawasan teduh untuk mengelakkan murid tergangu oleh keadaan panas terik.

ii.Kepentingan

Ujian ini,walaupun ringkas,namun ia mempunyai kepentingan untuk memenuhi keperluan salah satu aspek kecergasan berdasarkan perlakuan motor.Apabila tahap ketangkasan murid dapat ditingkatkan,sekolah secara tidak langsung boleh mendapat manfaat terutamanya dalam acara-acara sukan yang diceburi oleh murid seperti Bola Sepak.

iii.Kebolehgunaan

Ujian Lompat kuadran ini nanti boleh diaplikasikan dalam permainan ketangkasan seperti galah panjang dan Bola Beracun.Permainan ini dapat diterapkan dalam stesen-stesen kecil semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

iv.Kerjasama

Semasa membuat kajian ini juga,saya akan memohon kebenaran daripada Guru Besar dan guru mata pelajaran yang saya gunakan waktu mata pelajaran mereka.saya juga akan memaklumkan kepada Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tentang kepentingan ujian ini pada masa akan datang.

v.Kesesuaian

Saya berpendapat,kajian ketangkasan menggunakan bateri ujian Lompat Kuadran boleh menjadi perintis kepada ujian-ujian yang lebih sukar pelaksanaannya.Kajian ini juga dapat menyediakan garis panduan bagaimana membantu meningkatkan ketangkasan murid untuk diaplikasikan dalam pelbagai jenis sukan dan permainan.

Dalam kajian ini,pengkaji telah memberi fokus kepada hanya satu bateri ujian ketangkasan iaitu ujian Lompat Kuadran.Sepanjang tempoh dua tahun lebih mengajar subjek Pendidikan Jasmani tahap 2,saya mendapati bahawa majoriti murid mempunyai tahap ketangkasan yang rendah sama ada semasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau semasa mengikuti aktiviti sukan dan permainan.Murid-murid ini memang amat berminat dengan aktiviti fizikal yang dilakukan semasa pengajaran dan pembelajaran,namun oleh kerana mereka tidak mempunyai ketangkasan yang baik,kadang kala aktiviti tersebut menjadi membosankan kerana mereka tidak dapat meningkatkan kemahiran akibat batasan ketangkasan masing-masing.

Situasi sebegini sepatutnya tidak berlaku kepada murid-murid sekolah rendah yang sedang membesar dengan pesat.Jika dilihat kepada aktiviti murid-murid ini,mereka banyak menghabiskan masa dengan bermain di sebelah petang.Jadi,akan menjadi tanda tanya mengapa mereka tidak memiliki tahap ketangkasan yang baik?

Sebagai guru Pendidikan Jasmani,saya tidak mahu dilabel gagal dalam usaha meningkatkan tahap kecergasan fizikal murid.Saya perlu selain menambah minat murid dalam mata pelajaran ini,juga pada masa yang sama membantu murid meningkatkan kecergasan dari aspek ketangkasan.

Maka,saya memilih untuk melakukan perubahan yang bukan drastik tetapi dengan harapan berupaya meningkatkan tahap ketangkasan di kalangan murid agar mereka dalam jangka masa yang berterusan mampu mencapai tahap kecergasan yang menyeluruh.

Saya juga berpendapat,jenis ujian ini adalah ringkas dan tidak memakan masa yang lama.Tempat untuk melaksanakan ujian ini juga tidak memerlukan kawasan yang luas.Ini sangat sesuai dengan infrastruktur yang ada di sekolah tempat saya mengajar sekarang.Selain itu,ujian ini juga telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain,maka terdapat panduan dari segi prosedur dan norma yang jelas.

Menurut Hopper(2002) dalam Gallahue (1996),perkembangan motor dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak berlaku dengan pesat semasa mereka dalam lingkungan umur 8 tahun hingga 12 tahun.Jadi sewajarnya murid-murid ini mampu menyesuaikan kebolehan fizikal mereka dengan ujian yang akan dilakukan kelak.

Sebagai guru Pendidikan Jasmani yang baru mengajar mata pelajaran ini selama dua tahun setengah,saya amat berharap apa yang akan saya lakukan ini nanti akan dapat menjadi panduan untuk mengenalpasti murid yang rendah tahap ketangkasan dan seterusnya mengadakan satu latihan khusus bagi mengurangkan masalah tersebut dan seterusnya mengatasinya dalam jangka masa panjang.

Saya juga amat berharap ujian Lompat Kuadran ini nanti dapat menentukan tahap ketangkasan murid.Melalui data yang diperolehi nanti,saya akan cuba merawat masalah ini dengan membuat latih tubi dengan berfokus kepada ujian yang sama.

3.0OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian yang ingin dicapai oleh penyelidik berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti ialah,

3.1Objektif Umun

3.1.1Meningkatkan tahap ketangkasan murid tahap 2

3.2.Objektif Khusus

3.2.1Membantu murid bergerak dari arah kiri ke kanan dan sebaliknya dengan pantas.

3.2.2Membantu murid bergerak ke depan dan ke belakang dan sebaliknya dengan pantas.

3.2.3Membantu murid bergerak secara zig-zag melalui kon dengan pantas

4.0KUMPULAN SASARAN

Menurut Gay & Airasian(2003),populasi kajian merujuk kepada kumpulan yang menjadi sasaran kepada pengkaji,iaitu kumpulan yang menjadi hasil penyelidik untuk digeneralisasikan.Pendapat lain menyatakan,persampelan berkaitan dengan proses memilih sebilangan subjek daripada sesuatu populasi yang dijadikan responden kajian(Chua Y.P,2004).Kumpulan sasaran yang dijadikan persampelan amat penting kerana apabila sampel yang digunakan tidak sesuai dengan skop kajian maka ia akan memberi kesan kepada kesahan dan kebolehpercayaan kajian nanti.

Bagi memastikan pemilihan responden kajian yang dijangka memberi hasil yang memuaskan,maka saya telah memilih kelas tahun 5 Iswara.Pemilihan kelas ini berdasarkan faktor kehadiran murid-muridnya ke sekolah setiap hari yang sangat memuaskan.Responden kajian yang menjadi sampel kajian saya ini adalah jenis persampelan mudah atau conveniance sampling.Ini kerana subjek kajian yang dipilih mudah untuk diperolehi oleh guru yang membuat kajian.

Saya telah mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk kelas ini bermula dari awal tahun lagi.Oleh yang demikian, saya dapat melihat perkembangan mereka dalam aktiviti fizikal yang dilakukan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.Murid kelas ini terdiri daripada 27 orang kesemuanya dengan pecahan saiz tubuh badan atau bentuk tubuh badan,berat,tinggi, bangsa,tahap kecergasan dan kedudukan sosial yang pelbagai.Murid-murid ini juga terlibat dalam aktiviti sukan dan permainan yang berbeza di sekolah.

Bagi melaksanakan kajian ini,bateri ujian yang digunakan akan diuji di kawasan sekolah,iaitu di dewan terbuka sekolah.Kemudian,latih tubi dengan menggunakan ujian yang sama akan turut dilaksanakan di tempat yang sama sepanjang tempoh masa dalam anggaran dari bulan September hingga awal November.

5.0TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1Perancangan Tindakan

Dalam bahagian ini,saya akan memperincikan tindakan yang saya akan lakukan untuk melaksanakan kajian terhadap ketangkasan dengan menggunakan bateri ujian Lompat Kuadran.Oleh itu saya memilih model yang yang telah diketengahkan oleh Kurt Lewin(1984) dalam Rosinah Edinin(2011).

Dalam model ini,saya cuba untuk memecahkannya kepada beberapa kitaran berdasarkan model di atas semasa Pengajaran dan Pembelajaran dan uga semasa menjalankan kajian ini.

5.1.1Perancangan

Dalam fasa perancangan ini,saya cuba memastikan agar perancangan dilakukan dengan sistematik supaya ujian dapat dijalankan dengan lancar.Saya bercadang untuk melakukan ujian rintis terlebih dahulu dengan menyasarkan seramai 5 orang responden sahaja.Kemudian,saya akan menjalankan ujian pra pada minggu hadapan selama dua hari berturut-turut.Setiap sesi ujian pra nanti akan memakan masa selama 50 minit.Oleh kerana saya hanya mengajar kelas ini selama sejam bagi satu sesi Pengajaran dan Pembelajaran,maka berdasarkan pengalaman lalu semasa melakukan ujian ini,masa merupakan kekangan utama lebih-lebih lagi untuk responden yang ramai.Oleh itu,masa selama 50 minit untuk setiap satu sesi ujian pra ini nanti pasti akan mencukupi untuk bilangan murid seramai 27 orang.Ujian pra ini juga saya akan jadikan landasan bagi murid untuk memahirkan diri dengan prosedur Lompat Kuadran supaya,mereka dapat melakukannya bukan sahaja di sekolah malah di mana sahaja mereka berada untuk meningkatkan tahap ketangkasan masing-masing.Selain itu,ujian pra ini juga akan dapat menentukan di mana tahap ketangkasan responden ini berada.Selepas itu,saya akan meneruskan dengan intervensi.Untuk tujuan ini juga,saya akan meminta kebenaran secara rasmi daripada pihak pengurusan sekolah dan memaklumkan secara lisan kepada guru mata pelajaran lain yang terlibat untuk menggunakan masa mata pelajaran lain selama 50 minit.

Sebelum melakukan ujian ini,saya membimbing murid melakukan aktiviti regangan dan pemanasan badan yang memfokus kepada bahagian kaki.Ujian pra ini nanti akan mengkehendaki setiap responden melakukan dua kali percubaan dengan selang masa rehat selama 2 hingga 3 minit.Melalui ujian pra ini nanti,mana-mana murid yang mencapai tahap baik dalam ketangkasan akan dikecualikan daripada latih tubi meningkatkan tahap ketangkasan.Murid-murid ini nanti akan membantu saya mentadbir latih tubi dan ujian seterusnya.

Bagi memastikan ujian psikomotor ini berjalan dengan lancar dan dapat menghasilkan skor ujian yang sah,beberapa langkah telah dikenalpasti.

Langkah pertama ialah membuat analisis tentang kualiti kecergasan motor atau fizikal yang hendak diukur.Dalam konteks ini,kecergasan yang hendak diukur ialah ketangkasan.

Langkah kedua ialah memilih jenis bateri ujian yang hendak digunakan.Pemilihan bateri ujian ini haruslah mengambil kia beberapa kriteria.Menurut Burton & Miller(1998) dalam Ahmad Hashim(2004),antaranya ialah ia haruslah bersifat realistik dan munasabah,mudah untuk dilakukan,ekonomik,tidak memakan masa yang lama unuk ditadbir,mempunyai prosedur yang lengkap serta releven dengan pelbagai jenis sukan dan permainan dan pertandingan.

Langkah ketiga ialah memperkenalkan prosedur ujian kepada murid yang akan membantu guru.Dalam ujian ini nanti,penyelidik memerlukan sekurang-kurangnya 3 orang pembantu,iaitu dua orang sebagai pencatat lakuaan lompatan dan seorang pencatat masa.Dalam langkah ini nanti,ujian Lompat Kuadran akan diuji dari satu fasa ke fasa lain dan disemak sama ada ia menepati prosedur.

Langkah keempat ialah menentukan kebolehpercayaan ujian ini.Bagi tujuan ini pengkaji akan melakukan kaedah uji dan ulang uji.Responden yang dipilih dalam ujian rintis nanti adalah sebahagian daripada populasi sebenar.Menurut Ahmad Hashim(2004),sesuatu ujian yang baik mestilah mempunyai nilai kebolehpercayaan antara .85 dan keatas.Walaubagaimanapun,nilai yang tinggi ini tidak memberi kesan positif kepada penguji jikalau pentadbiran ujiannya tidak cekap.

Langkah kelima ialah menyemak semula semua prosedur ujian,arahan,kaedah pentadbiran dan skor setiap item

Langkah keenam ialah melaksanakan ujian sebenar,mengumpul data dan membuat analisis untuk penilaian.Skor mentah yang diperolehi akan ditukarkan kepada skor piawai.

5.1.2Tindakan

Oleh kerana saya hanya memfokus kepada penggunaan bateri ujian Lompat Kuadran dalam kajian ini,maka saya akan menyediakan peralatan yang akan saya ubahsuai supaya ia bersifat mudah alih dan mesra pengguna selain mudah untuk dipasang dan ditanggalkan.Semua bahan yang diperlukan dalam menghasilkan peralatan akan saya lampirkan dalam bahagian kos kajian.Oleh kerana sebelum ini saya sudah pernah melakukan ujian ini,maka saya akan memperuntukan masa selama 20 minit untuk membuat tayangan slaid gambar Lompat Kuadran.Saya kemudiannya akan melakukan demonstrasi dan selepas itu meminta murid melakukannya bergilir-gilir bagi membiasakan diri dengan ujian ini.Ini amat penting kerana,kekurangan kemahiran dalam ujian ini boleh menjejaskan keputusan yang saya perolehi nanti.

5.1.3Pemerhatian

Sebelum melakukan ujian pra nanti,saya akan menyediakan semua peralatan lengkap yang akan digunakan sepanjang ujian dan latih tubi meningkatkan ketangkasan menggunakan ujian Lompat Kuadran ini.Saya juga akan memberi taklimat kepada setiap murid tentang tujuan ujian ini dan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.Ini merupakan aspek yang sangat kritikal kerana saya ingin memperolehi keputusan yang betul-betul mempunya kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Semasa murid mencuba ujian ini nanti,saya akan merakam pergerakan mereka agar sebarang kesilapan boleh di lihat oleh murid sendiri dengan jelas,dan mereka akan berusaha membetulkannya nanti sebelum ujian sebenar diadakan.

5.1.4Refleksi

Apabila selepas ketiga-tiga tindakan di atas telah saya lakukan nanti,saya akan cuba mencari apakah kelemahan dalam pelaksanaan ujian,sama ada dari aspek kemahiran pentadbiran ujian,kelengkapan,peralatan,masa dan kesungguhan responden.Saya juga berpandukan kepada Cissik(2004),yang mengatakan bahawa jangka masa yang paling sesuai meningkatkan kecergasan ialah selama empat hingga lapan minggu.Tempoh masa September hingga Awal November hanya sebagai cadangan bagi mengelakkan sebarang kekangan yang dijangka berlaku terutamanya cuti menjelang peperiksaan UPSR,ujian bulanan pada September dan cuti pertengahan semester pada September.

5.2Perancangan Cara Mengumpul Data

5.2.1Perancangan Mengumpul Data

Kajian tindakan memerlukan beberapa cara bagi mengumpul data atau maklumat.Jenis data yang dikumpulkan dalam sesuatu kajian biasanya dalam bentuk kuantatif dan kualitatif(Othman Lebar,2011).Dalam kajian ini,saya akan pertama sekali melakukan ujian rintis.Ujian ini pada pendapat saya amat penting kerana ia akan menguji kesesuaian instrumen yang diguna pakai nanti.Selain itu ia juga berguna untuk mengukur sejauh mana keberkesanan ujian yang dijalankan agar dapat digunakan pada kajian masa akan datang.

Bagi melaksanakan ujian rintis ini nanti,saya akan memilih secara rawak 20 orang murid dari kelas tahun 5.Ujian rintis ini nanti sama dengan ujian sebenar,iaitu saya akan melakukan ujian pra diikuti oleh ujian pasca.Jikalau ujian ini memang berkesan dalam menguji ketangkasan dan sekaligus meningkatkan ketangkasan,kesemua responden yang dipilih akan melalui ujian sebenar,iaitu ujian pra dan kemudian ujian pasca.

Dalam ujian pra dan ujian pasca nanti,kaedah kuantatif yang digunakan adalah berdasarkan data numerik yang akan dikumpul daripada kesemua 27 orang responden dengan menggunakan pengukuran objektif dan analisis statistik data numerik.Ini sesuai seperti apa yang dikatakan oleh Ary,Jacobs dan Razavieh(2002).Menurut sabitha Marican(2005),kaedah kuantatif perlu digunakan sekiranya kajian memerlukan penjelasan yang jitu dalam bentuk numerik.Kajian berbentuk kuantatif ini sering berkait dengan pengiraan yang meliputi nombor dan formula tertentu.Hasil kajian nanti boleh ditunjukkan dalam bentuk jadual dan perkiraan statistik.Oleh kerana kaedah kuantatif ini melibatkan nombor dan pengiraan,pembolehubah yang terlibat dalam kajian ini akan dioperasikan sebelum diukur.Dalam kaedah kuantatif juga,kesahan dan kebolehpercayaan diutamakan.

Melalui kaedah kuantatif ini nanti,ujian Lompat Kuadran yang dijalankan akan direkodkan menggunakan borang skor yang mudah dan ringkas.Ini bertujuan memudahkan murid yang melepasi tahap ketangkasan tertentu untuk membantu penyelidik melakukan perekodan data ujian.Borang yang digunakan akan disertakan dalam bahagian lampiran.

5.3Perancangan Cara Menganalisis Data

Dalam kajian ini nanti,pengkaji akan menjalankan ujian Lompat Kuadran.Semasa proses pelaksanaan kajian ini,ujian pra dan ujian pasca yang dijalankan akan direkodkan datanya mengikut setiap responden.Sampel dan populasi kajian terdiri daripada murid tahun 5 pada tahun ini.

Bagi memudahkan pengiraan data yang agak banyak daripada kesemua 27 responden,pengkaji akan menggunakan SPSS(Statistical Package for Social Science) versi 19.SPSS merupakan perisian statistik berasaskan windows.Perisian ini amat berguna kepada pengkaji untuk menganalisis kemasukan data yang besar,tanpa perlu membuat pengiraan secara manual,atau membina formula seperti dalam excel.Dengan menggunakan SPSS,data yang dimasukkan boleh dianalisis dan menukar kepada bentuk jadual atau graf.

Bagi ujian pra nanti,pengkaji akan memperolehi data yang menunjukkan sejauh mana tahap ketangkasan murid tahun 5.Seterusnya latih tubi akan dilakukan untuk meningkatkan tahap ketangkasan melalui latih tubi berbentuk permainan ketingting yang diubahsuai.Selepas melalui tempoh latih tubi,satu ujian pasca akan dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas tahap ketangkasan murid yang terkini.

Dalam kajian yang dilakukan nanti,pengkaji akan meminta setiap responden melakukan dua kali cubaan.Daripada dua percubaan ini nanti,min atau purata lakuan lompatan akan dikira.Min ini perlu dikira bagi menentukan kecenderungan memusat dalam sesuatu pencerapan.

Dalam aktiviti kecergasan fizikal berasaskan perlakuan motor,kaedah uji dan ulang uji akan memberikan dua data,iaitu set data pertama untuk ujian pertama dan set data kedua untuk ujian kedua.Pengkaji beranggapan bahawa pada ujian pertama nanti,pengetahuan responden tentang ujian masih kurang.Manakala pada ujian kedua,selain pengetahuan,tahap ketangkasan responden juga dijangka bertambah baik.Oleh yang demikian,pengkaji menjangkakan set data yang diperolehi tidak sama.

Kedua-dua set data ini nanti boleh dikorelasikan untuk mendapatkan nilai kebolehpercayaan.Oleh itu,pengkaji akan menggunakan SPSS untuk mengira pekali korelasi Pearson.Menurut Safrit dan Wood(1995),dan Miller(1998),dalam Ahmad Hashim(2004),mencadangkan nilai pekali korelasi atau pekali kebolehpercayaan antara .80 hingga 1.00 adalah tinggi,.60 hingga.79 adalah sederhana tinggi,.40 hingga .59 sederhana, .20 hingga .39 rendah dan .00 hingga .19 menunjukkan tiada perkaitan.

Pengkaji juga akan menggunakan graf bar untuk menunjukkan data yang diperolehi oleh setiap responden dalam setiap percubaan yang dilakukan.Selain itu pengkaji akan menggunakan graf garis untuk menunjukkan perbezaan pencapaian responden dalam ujian pra dan ujian pasca.Selain itu,pengkaji turut merekodkan data responden seperti tinggi dan berat badan kerana pembolehubah ini nanti boleh digunakan dalam kajian hadapan.

5.4Perancangan Pelaksanaan Kajian

(a) Jadual Pelaksanaan Kajian

Bil

Aktiviti

Tarikh Pelaksanaan

01

Membuat tinjauan awal tentang Pengajaran dan PJK murid tahun 5

23 Jun 2014

02

Mengenalpasti masalah kajian berdasarkan situasi Pengajaran dan Pembelajaran PJK tahun 5

26 Jun 2014

03

Mengumpul data awal berkenaan masalah yang dikaji

10 Julai 2014

04

Berbincang dengan penyelia tentang tajuk kajian

13 Julai 2014

05

Membuat rujukan dari pelbagai sumber tentang kesesuaian masalah yang akan dikaji

14-17 Julai 2014

06

Mula menulis kertas cadangan

20 Julai 2014

07

Mencari sumber sorotan literatur berkaitan tajuk yang dipilih

20 Julai 2014

08

Membina instrumen kajian

29 Julai 2014

09

Mendapatkan maklumat tentang penggunaan SPSS

2 Ogos 2014

10

Menghantar draf proposal kajian kepada penyelia

27 Ogos 2014

11

Membuat penambahbaikan proposal kajian tindakan

29 Ogos 2014

12

Memohon kepada pentadbir sekolah untuk melaksanakan kajian semasa Pengajaran dan Pembelajaran dan memohon perlantikan guru

4 September 2014

13

Menghantar Proposal Kajian Tindakan yang telah ditambahbaik kepada Penyelia

5 September 2014

(b)Kos Kajian

Bil

Jenis Bahan

Kuantiti

Harga

(RM)

Jumlah

(RM)

01

Hand Tally Counter

2 unit

14.00

28.00

02

Paip PVC

12 meter

2.00

24.00

03

Sambungan Siku 90 sama

4 unit

1.00

4.00

04

Sambungan TEE sama

4 unit

1.00

4.00

05

Gelang Getah

1 plastik

4.00

4.00

06

Laminating film

7 keping

0.70

4.90

07

Kad manila

4 keping

1.20

4.80

JUMLAH(RM)

73.70

6.0BIBLIOGRAFI

Ahmad Hashim. (2004).Pengukuran Kecergasan Motor(p. 83).Tanjung Malim,Perak: Quantum Books

Brown, l. (2005). Training for Speed, Agility and Quickness, (2nd ed.) Champaign, IL : Human Kinetics

Brughelli, M., Cronin, J., Levin, G., & Chaouachi, A. (2008). Understanding change of direction ability in sport.Sports Medicine,38(12), 1045-1063.

Cissik,J.(2004).Sport Speed and Agility Training.Monterey,CA:Coaches Choice Publications.

Gambeta,H.(2005).Fitness Exercise in Sport.London.Harcourt Brace Jovanovich,Inc.

Hopper, T. (2002). Teaching games for understanding: The importance of student emphasis over content emphasis.Journal of Physical Education, Recreation & Dance,73(7), 44-48.

Razali, N. (2011).Pencapaian tahap ketangkasan pemain bola jaring pelbagai posisi melalui latihan ketangkasan di daerah Kinta Utara(Doctoral dissertation, Universiti Pendidikan Sultan Idris).

Sheppard, J. M., & Young, W. B. (2006). Agility literature review: classifications, training and testing.Journal of sports sciences,24(9), 919-932.

Wee,Eng Hoe.(1996).Gerak kerja kokurikulum(sukan).Shah Alam:Penerbitan Fajar Bakti

LAMPIRAN

KAD SKOR UJIAN LOMPATAN

NAMA PENCATAT:..................................................................

NAMA PESERTA:..................................................................

JANTINA:Lelaki

PERCUBAAN: 1/2

JUMLAH KESALAHAN LOMPATAN ( Y )

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

*Tandakan ( / ) pada nombor mengikut jumlah kesalahan lompatan

JUMLAH LAKUAN Y:...........

TANDATANGAN PENCATAT:...........................................................

TANDATANGAN PESERTA:...........................................................

NAMA GURU:...........................................................

TANDATANGAN GURU:..........................................................

KAD SKOR UJIAN LOMPATAN

NAMA PENCATAT:..................................................................

NAMA PESERTA:..................................................................

JANTINA:Lelaki

PERCUBAAN:1/2

JUMLAH LAKUAN LOMPATAN ( X )

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

*Tandakan ( / ) pada nombor mengikut jumlah lakuan lompatan

JUMLAH LAKUAN X:...........

TANDATANGAN PENCATAT:...........................................................

TANDATANGAN PESERTA:...........................................................

NAMA GURU:...........................................................

TANDATANGAN GURU:..........................................................

Borang Analisis Ujian Lompat Kuadran

Responden

Jantina

Tinggi

( cm )

Berat

( kg )

Jumlah

Lakuan Lompatan

( X )

Jumlah Kesalahan

Lompatan

( Y )

Skor Sebenar

Ujian lompat Kuadran

[ X - Y ]

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Borang Skor

Bil

Responden

Skor

Tahap

Klasifikasi Skor

Lelaki

Tahap

Perempuan

31 lompatan

Cemerlang

33 lompatan

23 - 30

Amat baik

27 - 32

13 - 22

Baik

14 - 26

7 - 12

Sederhana

8 - 13

0 - 6

Lemah

0 - 7

_1470416725.bin