proposal pr baru print
TRANSCRIPT
PROPOSAL “KEMPEN KESEDARAN OBESITI”
1.0 TUJUAN
Tujuan kami menyediakan proposal ini adalah untuk mendapatkan pertimbangan dan kerjasama
dari ahli lembaga pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meluluskan Kempen
Kesedaran Obesiti ini dalam menggalakkan masyarakat Malaysia membina standard kesihatan
yang berkualiti.
2.0 LATAR BELAKANG
Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak
berlebihan atau satu keadaan dimana seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan dan
tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko untuk seseorang mendapat penyakit kronik. Secara
umumnya, obesiti terjadi disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan di pelbagai bahagian
tubuh seseorang sehingga mengakibatkan pertambahan berat tubuh yang tidak normal.
Menurut Pakar Perunding Perubatan (Endokrinologi), Jabatan Perubatan Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Profesor Madya Dr. Nor Azmi Kamarudin,
peningkatan penyakit diabetes di negara ini sejajar dengan meningkatnya masalah obesiti. Tidak
semua orang yang obes makan lebih banyak daripada jumlah yang dimakan oleh individu yang
berat tubuhnya normal, tetapi yang pastinya ialah orang obes makan lebih banyak daripada apa
yang diperlukan oleh tubuhnya.
1
Pada tahun 2000, kadar peningkatan diabetes meningkat hingga 10 peratus berbanding
tiga peratus pada tahun 1992. ``Di England, peningkatan obesiti sama banyaknya dengan masa
yang dihabiskan ketika menonton televisyen,'' jelas Dr. Nor Azmi. Tambah beliau, dalam usaha
menurunkan berat badan masalah yang sering timbul ialah mengekalkannya. ``Biasanya apabila
kita telah berusaha untuk mengurangkan berat badan, masalah yang muncul ialah untuk
mengekalkan berat badan baru yang telah kita peroleh,'' ujarnya
Secara saintifiknya obesiti terjadi akibat pengambilan kalori yang tinggi melebihi
daripada keperluan harian. Pengambilan kalori adalah berbeza-beza mengikut individu. Ia
didasarkan dari aspek pekerjaan, peringkat umur, dan jantina. Ini kerana keperluan kalorin yang
berbeza bagi setiap orang.
Untuk mengenalpasti tahap obesiti seseorang Indeks Jisim Badan (BMI) digunakan iaitu
satu piawai antarabangsa dengan membahagikan berat dan tinggi. Mengikut skala antarabangsa
ini, individu yang mempunyai BMI 18.5 sehingga 24.9kg/m ditakrifkan sebagai normal, lebih
25kg/m sebagai terlebih berat, lebih 30kg/m obes lebih 40kg/m sebagai terlalu obes.
Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Selain itu
juga, obesiti di kalangan penduduk Malaysia menunjukkan peningkatan ketara dari 4.4 peratus
pada 1996 kepada 14 peratus pada 2006, iaitu peningkatan lebih tiga kali ganda. Kini
dianggarkan 1.7 juta penduduk adalah menghidap obesiti dan lebih membimbangkan obesiti
berkait rapat dengan risiko NCD seperti diabetes, penyakit jantung, strok dan hipertensi.
Kajian kesihatan dan Mobiditi Kebangsaan ketiga (HNHMS III) yang dijalankan oleh
Kementerian Kesihatan pada 2006 pula mendapati bahawa masalah obesiti dikalangan kanak-
kanak paling ramai dalam lingkungan usia pra-sekolah dan sekolah rendah. Keadaan tersebut
2
berlaku disebabkan beberapa faktor penyumbang termasuk kegagalan ibu bapa memahami
keperluan pemakanan sebenar kanak-kanak ketika tempoh tumbesarannya.
Sebagai contoh kecenderungan ibu bapa membiarkan anak-anak terlalu bergantung
makanan rapu (junk food) yang sememangnya diketahui tidak mengandungi khasiat-khasiat yang
diperlukan untuk tubuh badan kanak-kanak. Begitu juga mengunjungi rangkaian restoran
makanan segera yang kian menjadi satu budaya di kalangan keluarga di bandar-bandar besar.
Kesemua itu menyumbang kepada gaya hidup tidak sihat dan sedikit sebanyak menjadi punca
kepada obesiti di kalangan kanak-kanak.
Merujuk pada akhbar Kosmo (Isnin, 22 Mac 2010), sebanyak 60 peratus daripada rakyat
Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas didapati mengalami masalah berat badan berlebihan dan
obesiti. Apa yang lebih membimbangkan, masalah yang sama turut dikesan berlaku di kalangan
remaja dan kanak-kanak dengan lebih 20 peratus daripada mereka mengalami masalah yang
sama.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, trend ini cukup membimbangkan
kerana kegemukan berupaya menyumbang kepada gaya hidup yang tidak sihat di kalangan
rakyat. Berdasarkan kiraan Indeks Jisim Badan (BMI) sebanyak 30 peratus rakyat Malaysia
berusia 18 tahun ke atas mencatat bacaan 23 ke atas menandakan terlebih berat dan 30 peratus
lagi bacaan 27.5 ke atas iaitu mengalami obesiti.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih satu bilion manusia seluruh
dunia mengalami masalah berat badan dan jika berterusan kadar obesiti akan meningkat sehingga
1.5 bilion menjelang 2015. Menurut Dekan Fakulti Perubatan dan Pengarah Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Prof Datuk Dr Lokman Saim dalam kajian Morbiditi
3
dan Kesihatan Kedua 1996 mendapati sebanyak 16.6 peratus orang dewasa mengalami berat
badan berlebihan dan 4.4 peratus lagi tergolong dalam kumpulan obesiti (Bernama, 3 jun).
"Ini bermakna satu daripada lima orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan dan
keadaan ini sangat membimbangkan kerana kegemukan lazimnya dikaitkan dengan penyakit
kronik kardiovaskular, kencing manis dan darah tinggi. Pencegahan dan perawatan hendaklah
dilakukan di peringkat awal dengan mengamalkan pemakanan seimbang selain amalan gaya
hidup sihat," kata Dr Lokman lagi.
Selain daripada itu, satu kajian telah dijalankan dan mendapati kaum lelaki lebih
cenderung mengalami obesiti. Kajian yang melibatkan lebih 14 000 peserta dari 10 negeri di
Amerika mendapati pengambilan makanan berdaging adalah lebih tinggi dikalangan lelaki.
Lebih daripada dua pertiga kaun lelaki adalah obesiti malah ianya juga mencatatkan kadar
kematian lebih tinggi untuk sesetengah jenis penyakit berbanding wanita.
Antara faktor obesiti ialah:
1) Genetik atau keturunan - Obesiti merupakan penyakit kronik yang mempunyai kaitan
dengan faktor keturunan. Jika seseorang individu itu mempunyai ibu bapa yang obes,
kemungkinannya adalah besar untuk individu tersebut mewarisi obesiti.
2) Gaya hidup – gaya hidup dikaitkan dengan gaya pemakanan yang tidak sihat yang
diambil oleh ibu bapa. Secara tidak langsung anak-anak akan terdorong untuk mengikut
cara pengambilan makanan tersebut. Contohnya jika pemakanan harian sebuah keluarga
itu terdiri dari pengambilan lemak yang tinggi maka anak tersebut akan turut terdorong
untuk mengambil makanan tersebut dan seterusnya menyebabkan obesiti.
3) Pemakanan - Kualiti makanan yang diambil juga merupakan penyebab obesiti. Makanan
yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi.
4
obesiti boleh dielakkan dengan mengurangkan pengambilan makanan yang telah diproses
seperti makanan segera, makanan dalam tin dan lain-lain lagi.
4) Kurang melakukan senaman - Obesiti juga boleh disebabkan oleh kurangnya melakukan
aktiviti luar. Seseorang yang kurang bersenam dan kurang melakukan aktiviti lebih
mudah untuk mendapat obesiti.
5) Sakit - Didalam kes-kes tertentu obesiti boleh disebabkan oleh sesuatu penyakit seperti
hypothyroidism atau sindrom Cushing. Selain itu juga, pengambilan beberapa jenis ubat
tertentu boleh menyebabkan obesiti.
6) Sindrom metabolik- Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan
seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap
kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya.
Kesesuaian Berat Badan (BMI)
Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI (Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian
(m2) 1.7x1.7 Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:
1. Normal: 17-25
2. Berat badan berlebihan: 25-30
3. Obesiti tahap I: 30-35
4. Obesiti tahap II: 35-40
5. Obesiti tahap III: 40 ke atas
5
Cara Mengukur Tahap Obesiti
Selain berat badan berlebihan, seseorang boleh menilai sama ada ia tergolong dalam kategori
obesiti melalui ukuran diameter di pusat:
• Bagi wanita jika ukuran melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi mendapat penyakit dan
dikategorikan dalam golongan obesiti.
• Bagi lelaki jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi untuk mendapat penyakit
dan dikategorikan dalam golongan obesiti.
Implikasi Obesiti
Risiko menghidap pelbagai penyakit seperti:
• Penyakit hipertensi
• Penyakit jantung koronari
• Diabetes Mellitus
• Kanser terutamanya kanser buah dada, usus dan lain-lain
• Gout dan sakit sendi (osteoartritis)
• Masalah pernafasan - sleep apnea syndrome
• Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)
• Bagi wanita mereka biasanya menghadapi masalah sakit puan seperti kitaran haid yang tidak
menentu, ketidak- suburan dan sebagainya.
• Risiko psikososial:
Individu yang terlalu gemuk akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana mereka
menjadi bahan bualan. Dari aspek sosial, masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan
6
tidak ramai yang ingin bergaul dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami
obesiti kurang mendapat peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering
dikaitkan dengan tabiat malas.
Langkah-langkah untuk Mengurangkan Risiko Obesiti
1. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan
gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan.
Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
2. Elakkan menggunakan susu pekat manis.
3. Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
4. Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
5. Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
6. Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
7. Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1
kilogram sebulan.
8. Senaman: Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30
minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaik-baiknya amalkan senaman
selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.
Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.
9. Ubat-ubatan - Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10
peratus berat badan. Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:
7
-Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman
memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh.
Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki
sistem penghadaman makanan.
-Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia
akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa
kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan
sebagainya.
-Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki
sensitiviti sel terhadap hormon insulin. - Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh
menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia
boleh menimbulkan kesan sampingan.
10. Pembedahan - Pembedahan ini bukan pembedahan kosmetik yang boleh menguruskan
badan. Ia hanya digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius. Jaminan
keberkesanan kaedah ini ialah sebanyak 90 peratus dengan pengurangan berat badan antara 30
hingga 50 kilogram. Namun, ia juga mempunyai implikasi tersendiri seperti muntah, kekurangan
zat vitamin dan jahitan terbuka. Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah:
- Jaw wiring - mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu tersebut tidak boleh
makan dengan banyak.
- Gastric reduction - mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi
dengan banyak.
8
- Ile-jujenal bypass (Roux-EnY) - pembedahan pintasan di mana perut akan disambung
terus ke usus kecil sekali gus menghalang makanan daripada dihadamkan.
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama program “Kesedaran Obesiti” ini bertujuan memberi pendedahan awal
berkaitan pencegahan dan pengawalan penyakit Obesiti. Hal ini kerana penyakit obesiti akan
memberi implikasi yang buruk kepada penghidapnya kerana ia mudah untuk mendapat penyakit
kronik lain seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya. Kesedaran masyarakat mengenai
pentingnya pencegahan penyakit obesiti dari awal adalah penting bagi mengelakkan ianya dari
berlarutan. Disamping itu, program ini juga bermatlamat untuk menjadikan setiap individu
memiliki kesihatan yang berkualiti dan mangamalkan gaya hidup yang sihat.
4.0 OBJEKTIF
Berikut merupakan objektif utama program ‘Kesedaran Obesiti’ dilancarkan:
i. Menurunkan BMI bagi remaja 18 tahun dan ke atas bagi kumpulan terlebih berat
badan dengan bacaan BMI 23 kepada bacaan BMI 17 iaitu dalam lingkungan
berat badan normal.
ii. Mengurangkan BMI bagi remaja 18 tahun ke atas bagi kumpulan obesiti tahap I
dengan bacaan BMI 27.5 kepada bacaan BMI 25 dan ke bawah.
iii. Mengurangkan pesakit obesiti yang berumur 18 tahun ke atas daripada 60 %
kepada 40 % dan yang berumur 18 tahun ke bawah daripada 20 % kepada 10%.
9
iv. Mengurangkan kumpulan yang mengalami berat badan berlebihan iaitu lelaki
daripada 48% kepada 20% dan wanita daripada 62% kepada 30%.
v. Menilai kefahaman audiens berkenaan bahaya penyakit obesiti melalui borang
kajian soal selidik yang akan diedarkan semasa karnival.
5.0 TEMA DAN MESEJ PROPOSAL
Tema Kempen Kesedaran Obesiti adalah untuk memperbaiki kesihatan dan mendorong
masyarakat mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan cara yang betul serta mencegah
penyakit obesiti dari awal kerana obesiti boleh mengundang kepada penyakit kronik yang boleh
mendatangkan pelbagai implikasi yang teruk kepada penghidapnya. Oleh itu, atas kesedaran
akan pentingnya tentang penjagaan kesihatan kami berbesar hati untuk mengadakan Kempen
Kesedaran Obesiti. Mesej yang dibawa oleh program ‘Kesedaran Obesiti’ adalah tentang bahaya
penyakit Obesiti ini sekiranya tidak dikawal dan diatasi dengan segera.
6.0 AUDIENS
Audiens kami terdiri daripada semua golongan rakyat Malaysia. Fokus audiens kami
ialah golongan remaja yang obesiti dan yang mempunyai kecenderungan untuk mendapat obesiti
serta ibubapa. Kami memilih golongan remaja yang obesiti dan remaja yang berisiko untuk
mendapat obesiti kerana untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang perlunya menjaga
kesihatan untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik.
10
Selain itu, hal ini penting sebagai pencegahan awal obesiti bagi remaja yang mengalami
masalah obesiti, kempen ini dapat membantu remaja untuk mengatasi obesiti dari berlarutan ke
masa tua yang akan mendatangkan implikasi yang teruk yang menyebabkan mereka terdedah
untuk mendapat penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung dan gout.
Oleh itu adalah amat penting untuk memberi fokus kepada remaja supaya tidak
membantutkan proses kehidupan mereka kerana kajian menunjukkan mereka yang obesiti
mempunyai mempunyai perasaan tidak yakin diri seperti yang dinyatakan oleh Pensyarah Kanan
Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu, Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Dr. Alvin Ng bahawa isu berat badan bukan hanya melibatkan kesihatan
fizikal badan, malah turut memberi kesan kepada psikologi dan emosi golongan ini yang mana
menyebabkan tahap keyakinan diri yang rendah (Utusan Malaysia, 2008).
Seterusnya audiens kami ialah ibubapa. Daripada dapatan Kajian kesihatan dan Mobiditi
Kebangsaan ketiga (HNHMS III) yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan pada 2006
mendapati bahawa masalah obesiti dikalangan kanak-kanak adalah yang paling ramai dalam
lingkungan usia pra-sekolah dan sekolah rendah. Jadi sebagai individu yang paling rapat dengan
kanak-kanak mereka perlulah peka dengan keadaan ini.
Selain itu, ibubapa juga merupakan individu-individu yang mempunyai pengaruh kepada
anak-anak jadi adalah perlu untuk ibubapa mempunyai pengetahuan tentang obesiti dan faktor-
faktor penyebabnya. Hal ini dapat mengawal anak-anak juga ibubapa itu sendiri dalam menjaga
pemakanan dan kesihatan. Hal yang sama turut dinyatakan oleh Setiausaha Persatuan Pediatrik
Gastroentorologi dan Pemakanan Eropah, Dr. Johannes Taminuau bahawa ibu bapa harus
memainkan peranan untuk menghalang anak-anak mendapat obesiti sejak dari awal. Ini kerana
11
kajian menunjukkan bahawa ramai kanak-kanak yang obes akan terus mengalami kelebihan
berat badan sepanjang hayat mereka.
7.0 SALURAN DAN STRATEGI KOMUNIKASI
7.1 Karnival
Saluran yang telah dipilih bagi mengadakan program Kesedaran Obesiti ini ialah melalui
karnival. Karnival merupakan satu saluran sosial yang digunakan untuk menyalurkan maklumat
secara langsung dan bersemuka dengan audiens. Karnival dipilih adalah kerana ia lebih mudah
untuk memberikan informasi secara langsung dan dapat berkomunikasi dengan pengunjung dan
audiens secara bersemuka. Ini akan dapat memastikan bahawa mesej dan matlamat yang ingin
dicapai melalui karnival ini adalah tercapai. Selain itu, karnival juga dapat menarik lebih ramai
audiens daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk menyertainya dengan pembukaan pelbagai
gerai dan aneka program yang telah disediakan. Mereka akan memperoleh lebih banyak
informasi yang berguna untuk menjaga kesihatan dan dapat merasai sendiri pengalaman dengan
penyertaan dalam beberapa program yang telah di sediakan.
Karnival ini akan dijalankan selama 2 hari manakala kempen bagi karnival Kesedaran
Obesiti ini berlangsung selama sebulan dan karnival ini merupakan acara kemuncak bagi
Program Kesedaran Obesiti ini. Karnival diadakan selama 2 hari iaitu pada hari sabtu dan ahad
bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Pemilihan hari
pada hujung minggu adalah bagi membolehkan masyarakat menyertainya bersama-sama
keluarga dan rakan-rakan. Ini akan menarik lebih ramai pengunjung ke karnival berkenaan.
12
7.2 Rawatan obesiti 1 Malaysia
Rawatan Obesiti 1 Malaysia merupakan hasil gandingan dan usahasama dengan
perkidmatan yang ditawarkan oleh Klinik 1 Malaysia yang telah dilancarkan oleh Perdana
Menteri Malaysia pada 7 Januari 2010 dengan penubuhan 50 buah klinik di seluruh negara. Ini
bertepatan dengan gagasan yang dibawa oleh kepimpinan beliau iaitu ‘Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan’. Rawatan obesiti ini adalah sebahagian perkhidmatan yang akan
ditawarkan oleh Klinik 1 Malaysia selain daripada rawatan untuk penyakit ringan, pemeriksaan
kesihatan dan yang terbaru rawatan pergigian (Utusan Malaysia, 2010). Bayaran yang dikenakan
hanya RM 1 dan sebagai permulaan, perkhidmatan rawatan obesiti hanya akan diadakan di 5
Klinik 1 Malaysia di kawasan Kuala Lumpur.
Rawatan obesiti yang akan ditawarkan adalah khidmat nasihat berkenaan masalah obesiti
yang dihadapi, pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah dan gula dalam darah, perkhidmatan
kaunseling dan juga cara pemulihan. Bagi golongan yang ingin menyertai boleh datang sendiri
ke Klinik 1 Malaysia atau mendaftar dengan melayari laman web sosial iaitu
Facebook/obesiti/klinik1malaysia. Selain itu, bagi individu yang telah mendaftarkan diri dalam
mendapatkan rawatan obesiti, Klinik 1 Malaysia ini akan dipantau dari masa ke semasa melalui
Facebook dan juga check-up bulanan.
Setiap klinik akan menempatkan seorang pegawai kesihatan berkaitan obesiti sebagai
permulaan dan akan ditambah dari masa ke semasa. Ini selaras dengan usaha kerajaan bagi
memerangi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD). Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai
menyebut bahawa 300 pakar nutrisi akan ditempatkan di hospital dan klinik seluruh Malaysia
dan sebagai permulaan, 50 pakar nutrisi telah memulakan tugas secara tetap dan 60 pakar nutrisi
13
secara sambilan bagi menawarkan khidmat nasihat mengenai amalan pemakanan sihat kepada
mereka yang memerlukan (Bernama, Ogos 13,2009). Beliau juga menambah akan memasukkan
peruntukan berkenaan penyelidikan berkenaan obesiti dan nutrisi dalam Rancangan Malaysia
Ke-10 dan akan menubuhkan pusat-pusat khas yang boleh membimbing masyarakat
mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu, matlamat untuk menubuhkan bahagian rawatan obesiti
di Klinik 1 Malaysia dilihat akan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Bagi memeriahkan lagi karnival dan menarik golongan obesiti untuk bersama-sama
melibatkan diri dalam karnival, Klinik 1 Malaysia akan dibuka di tapak karnival tersebut. Maka,
golongan obesiti yang ingin mendapatkan rawatan atau masyarakat yang ingin mendapatkan
maklumat berkenaan penyakit obesiti ini boleh menghadirkan diri semasa karnival berlangsung.
7.3 Slot khas
Bagi karnival Kesedaran Obesiti ini, slot khas akan dikendalikan oleh pakar psikologi,
pakar pemakanan dan seorang artis. Bagi slot pakar psikologi, ia akan disampaikan oleh
Pensyarah Kanan Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Alvin Ng. Antara topik yang akan diperbincangkan
adalah berkenaan masalah yang dihadapi oleh golongan obesiti dari segi psikologi dan emosi
mereka. Beliau juga akan mengupas berkenaan langkah-langkah yang boleh diambil untuk
mengembalikan keyakinan diri bagi individu obesiti dan bagaimana untuk memberi perangsang
kepada anak-anak atau rakan-rakan yang mengalami masalah obesiti ini. Dalam hal ini, semua
14
pihak perlu memainkan peranan bagi membantu golongan ini supaya keluar daripada ‘kurungan’
dan melibatkan diri dengan aktiviti luar serta mendapatkan rawatan.
Slot pakar pemakanan pula akan disampaikan oleh pakar pemakanan dari Nestle dengan
tajuk ‘Gaya Hidup’. Jika dilihat dalam dunia yang serba pantas sekarang, ramai individu atau
keluarga sering mengambil jalan pintas dengan menyediakan diri atau keluarga mereka dengan
makanan segera tanpa memikirkan kesan atau keburukan makanan tersebut. Selain makanan,
minuman bergas dan bergula juga antara yang menyumbang kepada masalah obesiti ini.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mengeluarkan kenyataan bahawa rakyat
Malaysia merupakan pengguna gula ke-8 tertinggi di dunia dengan penggunaan 26 sudu teh gula
sehari, 3kg sebulan dan kira-kira 37kg dalam setahun. CAP juga menyatakan bahawa kira-kira
1,000 minuman bergas diminum setiap 1 minit di Malaysia.
Oleh itu, gaya hidup yang ringkas dan melalaikan ini patut ditukar bagi mengekalkan
kesihatan jangka masa yang panjang. Pakar Pemakanan Nestle akan menerangkan bagaimana
untuk mengambil makanan dalam jumlah dan kuantiti yang betul dan juga kebaikan pengambilan
makanan yang berkhasiat. Bagi situasi kehidupan sekarang yang lebih bergantung kepada
makanan segera, maka Pakar Pemakanan Nestle akan menunjukkan cara penyediaan makanan
yang berkhasiat dan juga mudah untuk disediakan menggunakan seperti bijirin. Bagi ibu dan
bapa yang turut meluangkan masa mereka bersama anak-anak di karnival ini akan mendapat
input yang berguna untuk menjaga pemakanan keluarga terutama bagi anak-anak mereka. Bagi
remaja dan golongan obesiti pula, mereka akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan dan
juga tidak lagi mengamalkan diet yang tidak sihat.
15
Slot ketiga merupakan slot bersama selebriti. Selebriti yang menjadi pilihan dalam
karnival kali ini adalah pelakon komedi tanah air iaitu Syaniza Hisham atau lebih dikenali
sebagai Syanie. Tujuan pengambilan Syanie sebagai selebriti pilihan karnival adalah kerana
Syanie mempunyai pengalaman berkenaan obesiti dan merasai sendiri penyeksaan apabila
terpaksa melakukan pembedahan gastric bypass akibat daripada masalah obesiti ini
(http://www.kosmo.com.my). Pada 28 Mei 2009, Syanie telah dimasukkan ke hospital kerana
tahap kesihatannya yang semakin membimbangkan. Tujuan utama Syanie menjalani
pembedahan ini bukan kerana mahu kelihatan kurus seperti yang digembar-gemburkan oleh
orang ramai, tetapi kerana masalah jantungnya yang tidak dapat bertahan lama sekiranya beliau
tidak melakukan pembedahan. Ini kerana masalah obesiti menyebabkan jantung terpaksa bekerja
2 kali ganda dari sepatutnya, oleh itu pembedahan perlu segera dilakukan bagi menyelamatkan
nyawa Syanie.
Walaupun pada mulanya Syanie tidak mahu melakukan pembedahan tersebut, namun
setelah berfikir berkenaan kebaikannya, Syanie nekad untuk dibedah. Syanie tidak mahu lagi
menyusahkan keluarganya terutama ibunya yang semakin tua. Risiko yang perlu ditanggung oleh
Syanie amat tinggi, sekiranya kurang bius akan menyebabkan terjaga sebelum pembedahan
selesai dan sekiranya terlebih bius akan menyebabkan koma. Jadi nasihat Syanie adalah supaya
golongan yang berbadan besar dapat menjaga kesihatan dengan baik dan biarlah pembedahan
menjadi jalan terakhir bagi menguruskan badan kerana ia amat berisiko tinggi. Selepas
pembedahan, Syanie lebih menjaga pemakanan dan selera makan dapat dikurangkan. Ini antara
pengalaman yang berguna bagi masyarakat supaya sedar akan kepentingan menjaga kesihatan
dan mencegah daripada mendapat penyakit obesiti. Bagi telah mendapat penyakit ini diharap
16
akan dapat mencari jalan penyelesaian dengan bantuan dan nasihat daripada pakar sebelum
terlambat.
7.4 Pementasan teater
Bagi menggambarkan kehidupan sebenar dan keinginan golongan obesiti ini yang sering
dicemuh dan dipandang rendah oleh masyarakat, satu pementasan teater akan diadakan bagi
memperlihatkan realiti sebenar keinginan golongan ini yang ingin hidup seperti individu lain,
bersukan seperti individu lain dan juga bergaya dengan pakaian yang cantik dan mengikut arus
fesyen semasa. Teater ini akan dilakonkan oleh sukarelawan daripada laman web sosial
Facebook, pelajar dari sekolah menengah dan Syanie sendiri. Tempoh sebulan akan dapat
menarik ramai golongan obesiti untuk menyertai Facebook dan dari laman web itu dan peluang
akan diberikan kepada mereka untuk turut sama menyertai pementasan teater tersebut.
Pementasan teater ini menceritakan kehidupan sebenar golongan obesiti dan adalah lebih mudah
sekiranya pelakon pementasan ini dari golongan obesiti.
Ini dapat menyedarkan masyarakat bahawa golongan obesiti ini perlu dibantu dan
bukannya diasingkan daripada masyarakat hanya kerana mereka berbadan gempal. Walaupun
mereka mengasingkan diri daripada masyarakat, seharusnya sebagai rakan dan ibubapa perlu
mengambil langkah yang betul bagi membolehkan mereka menikmati hidup seperti insan lain
kerana mereka juga berhak untuk menikmati kehidupan ini. Bagi golongan obesiti pula,
pementasan ini diharapkan akan dapat memberikan penyedaran untuk lebih menjaga kesihatan,
mengawal pemakanan, mendapatkan nasihat daripada pakar-pakar yang bertauliah dan juga
dapat meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berhadapan dengan masyarakat.
17
7.5 Futsal, sukaneka dan aktiviti sukan ringan
Bagi menarik pengunjung yang datang ke karnival untuk beriadah, satu aktiviti riadah
akan disediakan kepada mereka. Aktiviti ini akan dibahagkan kepada 3 aktiviti iaitu futsal untuk
remaja dan golongan dewasa termasuk lelaki dan juga wanita, kedua ialah aktiviti sukaneka
untuk kanak-kanak dan ketiga ialah aktiviti sukan ringan seperti senaman aerobik ringkas.
Pembahagian ini adalah bagi membolehkan setiap golongan menyertai aktiviti riadah
yang sesuai dan mendatangkan kesan kepada mereka. Bagi golongan obesiti, mereka tidak
mampu untuk melakukan aktiviti yang lasak dan berat kerana tubuh mereka yang berat dan
mudah letih, maka senaman aerobik secara ringkas akan diadakan dengan menunjukkan langkah
demi langkah. Ini sesuai untuk dilakukan secara berterusan setiap hari oleh golongan ini semasa
di rumah. Jadi, ini sekaligus dapat memberikan input dan pendekatan baru kepada golongan ini
supaya lebih menjaga kesihatan dengan mengawal pemakanan dan melakukan aktiviti riadah.
7.6 Pertandingan masakan
Sebelum tirai dilabuhkan bagi hari kedua karnival Kesedaran Obesiti ini, satu
pertandingan masakan akan dilakukan bagi menguji kefahaman pengunjung karnival terhadap
mesej yang ingin disampaikan. Selepas mendengar penerangan daripada pakar pemakanan dan
mendapatkan maklumat tambahan melalui edaran risalah semasa karnival berlangsung,
pertandingan ini diadakan untuk menguji semula. Ini dapat melihat kefahaman dan pengunjung
dapat mencuba sendiri untuk menyediakan makanan yang ringkas dan berkhasiat untuk diri dan
keluarga mereka.
18
Pertandingan masakan ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu untuk golongan ibu
dan untuk golongan obesiti. Tujuan pembahagian ini kerana sukatan dan makanan yang
diperlukan untuk golongan obesiti dan juga bagi keluarga yang tidak mempunyai masalah obesiti
adalah berlainan. Ini turut dijelaskan dalam kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan
Jasmani, Institut Perguruan Ilmu Khas dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Institut
Perguruan Batu Lintang (2007) iaitu bagi golongan obesiti, mereka perlu mengambil makanan
yang rendah lemah, kurang 30% kalori dan 12% protein. Ini berbeza dengan sukatan yang
diperlukan bagi individu yang tidak mempunyai masalah obesiti atau anak-anak yang masih
dalam proses pertumbuhan.
8.0 TAKTIK
8.1 Laman sosial Facebook
Menurut kajian yang dijalankan oleh Facebook.com, pengguna bagi Facebook di seluruh
dunia sehingga Februari 2010 ialah seramai 316,402,840 (Facebook, 2010). Daripada jumlah
tersebut, di Malaysia sahaja memperlihatkan penggunaan Facebook mencatatkan jumlah
penggunaan yang paling tinggi iaitu menghampiri 5 juta pengguna. Ini dinyatakan sendiri oleh
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya sempena Jamuan
Petang 1 Malaysia iaitu jumlah pengguna aktif Facebook dari Malaysia kini mencecah hampir 5
juta orang bersamaan 17% yang memiliki akaun Facebook, sekaligus menjadikannya laman
sosial yang paling banyak dan yang paling popular dikunjungi oleh rakyat Malaysia (Bernama,
2010).
19
Sebagai inisiatif bagi menarik golongan obesiti untuk mendapatkan bantuan dan
melibatkan diri dalam masyarakat, pemilihan saluran menggunakan laman web sosial ini akan
menarik lebih ramai golongan obesiti untuk menyertainya. Laman web ini dikhaskan untuk
golongan obesiti yang ingin mendapatkan bantuan kesihatan, khidmat nasihat dan kaunseling
disamping bertukar maklumat dan pandangan bersama rakan-rakan lain. Medium ini dilihat
sesuai kerana golongan obesiti kurang gemar untuk keluar dari rumah untuk bergaul dengan
masyarakat. Jadi sebagai permulaan mereka boleh memilih medium ini bagi mendapatkan
maklumat berkenaan masalah yang dihadapi oleh mereka.
Selain bertindak sebagai sebuah laman web sosial, Facebook bagi golongan obesiti ini
juga mempunyai usahasama dengan Klinik 1 Malaysia, bahagian rawatan obesiti. Bagi mana-
mana individu yang mempunyai masalah obesiti dan memerlukan bantuan, mereka boleh
menghubungi talian bantuan yang disediakan di dalam laman web tersebut berkenaan khidmat
nasihat, kaunseling dan lain-lain yang mana dikendalikan oleh Klinik 1 Malaysia, bahagian
rawatan obesiti.
Melalui laman web Facebook ini, mereka tidak perlu malu dan segan dalam
membicarakan berkenaan masalah obesiti mereka. Ini kerana rata-rata glongan yang mempunyai
masalah kegemukan atau obesiti ini mempunyai masalah untuk bergaul dan berinteraksi dengan
orang lain kerana tiada keyakinan diri. Pensyarah Kanan Psikologi, Unit Psikologi Kesihatan,
Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Alvin Ng
mengatakan bahawa isu berat badan bukan hanya melibatkan kesiatan fizikal badan, malah turut
memberi kesan kepada psikologi dan emosi golongan ini yang mana menyebabkan tahap
keyakinan diri yang rendah (Utusan Malaysia, 2008).
20
Oleh itu, dengan adanya laman web sosial ini, golongan obesiti dapat mengambil langkah
pertama dalam melibatkan diri dengan masyarakat dan mendapatkan bantuan daripada pakar
yang berkenaan. Laman web ini juga merupakan alternatif jangka panjang dalam memberikan
informasi, galakan dan memantau aktiviti golongan obesiti selain menarik mereka untuk
menghadiri aktiviti yang akan dijalankan oleh Klinik 1 Malaysia dari masa ke semasa.
8.2 Media cetak dan media elektronik
Organisasi kami menggunakan karnival sebagai saluran utama dalam menyampaikan
mesej berkenaan obesiti. Ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada audians tentang
pentingnya dalam menjaga kesihatan bagi mengelakkan berlakunya penyakit obesiti yang
semakin hari semakin meningkat. Oleh itu, kami merasa terpanggil bagi menganjurkan karnival
ini supaya audians sedar akan risiko dan kesan daripada penyakit obesiti ini. Manakala terdapat
lima saluran kecil yang digunakan dalam penyampaian mesej yang lebih menjurus kepada
pendekatan pelbagai tahap khalayak seperti dokumentari, penayangan filem pendek, bengkel,
pementasan teater dan sessi gaya hidup sihat.
Manakala, media yang digunakan dalam perlaksanaan karnival ini ialah melibatkan
penggunaan media cetak dan media elektronik. Media cetak adalah terdiri daripada penggunaan
iklan di dalam bentuk akhbar Berita Harian, Kosmo, The Star, Sin Chew Daily dan Tamil
Nanban serta billboard dan brosur. Waktu penyiaran karnival ini akan dipaparkan setiap hari
dalam tempoh sepanjang tempoh karnival ini berlangsung. Bagi akhbar Berita Harian, Kosmo,
The Star, Sin Chew Daily dan Tamil Nanban kami memilih untuk memaparkan iklan karnival ini
di muka surat 2 kerana di muka surat ini pembaca akan lebih fokus akan pembacaan mereka dan
21
apabila mereka menyelak surat khabar mereka seterusnya akan terlebih dahulu melihat muka
surat 2. Kami bukan sahaja akan memaparkan iklan tentang karnival semata-mata tetapi juga
turut diselitkan dengan pelbagai informasi yang berkaitan dengan penyakit obesiti dalam
pelbagai aspek seperti faktor, kesan dan langkah mengatasinya.
Manakala media eletronik pula terdiri daripada iklan selama satu minit melalui saluran
TV3, RTM2 dan 8TV serta melibatkan penggunaan radio, seperti ERA, MY FM, THR RAAGA,
HITZ FM dan KL FM. Dalam saluran TV3, iklan akan disiarkan pada jam 3 petang, waktu
selingan iklan telemovie, selingan berita jam 8 malam dan selingan wanita hari ini pada jam 12
tengahari. Manakala saluran RTM2 pula akan disiarkan pada waktu selingan berita tamil pada
jam 7.30 hingga 8 malam dan selingan berita cina pada jam 8 hingga 8.30 malam. Manakala
8TV pula akan disiarkan pada waktu selingan Mid Day Mandarin News pada jam 12.30
tengahari dan selingan waktu Mandarin News pada jam 8 malam .
Organisasi kami akan menyiarkan iklan tersebut selama sebulan sepanjang kempen untuk
karnival tersebut berlangsung pada setiap hari. Tujuan organisasi kami memilih waktu-waktu
penyiaran iklan tersebut adalah disebabkan pada waktu tersebut audiens akan tertumpu kepada
penantian kepada siaran berikutnya. Iklan yang di keudarakan radio-radio adalah seperti radio
ERA, MY FM, THR RAAGA, HITZ FM dan KL FM pula adalah sebanyak 3 kali dalam sehari
setiap minggu dalam jangka masa sebulan, pada waktu pagi dari pukul 6 hingga 8 seterusnya
pada jam 12 hingga 2 petang dan jam 5 hingga 7 petang.
Karnival kami akan bermula dengan nyanyian lagu Negaraku dan ucapan aluan serta
ucapan dari Menteri Besar sebagai tanda penghormatan kepada negara dan Menteri Besar yang
hadir. Penayangan dokumentari dari pakar kesihatan pula bertujuan untuk memberi pendidikan
22
kepada para hadirin tentang makanan yang boleh mengakibatkan obesiti serta cara mencegah
penyakit ini. Dalam sesi Gaya Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan, Wakil dari Jacob, Beras
Feaza dan Nestle masing-masing akan memberi bimbingan dan pandangan kepada para hadirin.
Wakil Jacob dan Nestle dapat menyumbang kepakaran mereka tentang kandungan nutrien yang
kita perlukan kepada para hadirin. Wakil beras Faeza pula akan bertanggungjawab membantu
mengajar cara pemakanan yang sihat. Penayangan dokumentari kedua pula ialah penayangan
kisah benar dari pesakit obesiti untuk memberi kesedaran kepada para hadirin mengenai
pengenalan dan kejayaan dari pesakit obesiti serta cara mencegah dan mengubati penyakit
obesiti. Kejayaan pesakit obesiti akan ditayangkan dan mereka akan berkongsi pengalaman
menerusi klip video. Kuiz kesihatan pula bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan para
hadirin. Para hadirin juga dapat mengetahui cara menjaga kesihatan daripada dijangkit penyakit
menerusi kuiz kesihatan ini. Perlawanan futsal dipilih kerana ia merupakan satu permainan
dalaman dan berkumpulan. Jadi, ia sesuai untuk para hadirin yang takut pada pancaran matahari
kerana pemainanan ini dijalankan di dalam stadium sukan.
Pada hari kedua, karnival ini dimulakan dengan senaman aerobik dan sukaneka. Senaman
ini paling mudah, paling digemari oleh masyarakat setempat kini serta amat berkesan untuk
mengurangkan lemak dalam badan kita. Pertandingan masakan pula bertujuan untuk mengajar
ibubapa kini cara memasak yang betul, sihat serta tidak terlampau manis, masin dan berminyak.
Hubungan antara remaja dengan ibubapa dapat dieratkan menerusi pertandingan memasak ini.
Sesi gaya hidup sihat kedua adalah dari Kementerian Penerangan kerana mereka merupakan
pakar nutrien dan khasiat yang berkaliber dan popular serta dapat memberi bimbingan dan
cadangan tabiat pengambilan makanan yang seimbang. Dalam bengkel “Sayangi Diri Anda”,
para hadirin akan diajar gaya pemakanan yang sihat dan seimbang oleh pakar-pakar nutrien.
23
Sebelum mengakhiri karnival ini, cabutan bertuah dijalankan demi menarik perhatian para
hadirin daripada balik. Seterusnya, penyampaian hadiah bagi perlawanan futsal dan cenderahati
kepada tetamu jemputan sebagai tanda penghargaan atas kesudian mereka menyertai karnival ini.
Kami memilih media elektronik seperti RTM2, TV3 dan 8TV untuk mempromosikan
karnival obesiti yang dijalankan sepanjang masa ini. Hal ini disebabkan stesen-stesen TV
tersebut merupakan media elektronik tempatan yang terkenal dan pilihan utama kepada
masyarakat Malaysia. Buktinya RTM2, TV3 dan 8TV, menunjukkan bilangan perangkaan
penonton TV3 adalah sebanyak 73% dan RTM2 iaitu sebanyak 42% dan 8TV sebanyak 37%.
Pemilihan RTM2 dipilih kerana merupakan pilihan utama bagi ibu bapa manakala TV3 pula
sesuai untuk semua bangsa dan tahap umur dan 8TV pula sesuai untuk bangsa Cina. Dengan ini,
seluruh rakyat yang berbilang bangsa dapat mengetahui kewujudan karnival obesiti ini dan
seterusnya mengunjungi karnival ini untuk menghabiskan masa lapang mereka.
Media elektronik seterusnya yang digunakan adalah siaran radio. Stesen radio tempatan
yang popular seperti ERA FM, MY FM, THR RAAGA, HITZ FM dan KL FM merupakan
saluran yang lain untuk mempromosikan karnival obesiti. Stesen radio tersebut dipilih kerana
fokus kepada semua bangsa di Malaysia.
Kami memilih stesen radio ERA bagi menyasarkan pendengar berbangsa Melayu untuk
menyampaikan mesej kami. Ini kerana stesen ERA ialah stesen yang mempunyai bilangan
pendengar yang tinggi berbanding stesen Melayu yang lain seperti SINAR dan sebagainya.
Jumlah pendengar yang mendengar stesen ini dalam satu minggu pada tahun 2009 ialah 2, 167
000 orang berbanding pendengar stesen SINAR hanya seramai 3, 823 000 orang. Ini
menunjukkan stesen radio ERA ialah stesen yang diminat oleh ramai pendengar Melayu.
24
Kami memilih stesen radio MY FM bagi menyasarkan pendengar berbangsa Cina untuk
menyampaikan mesej kami. Ini kerana MY FM ialah stesen yang mempunyai bilangan
pendengar bangsa Cina yang tinggi berbanding stesen Cina yang lain seperti stesen 988 dan One
fm. Jumlah pendengar yang mendengar stesen ini dalam satu minggu pada tahun 2009 ialah
3, 985 000 orang berbanding pendengar stesen SINAR hanya seramai 1, 482 000 orang. Ini
menunjukkan stesen radio MY FM ialah stesen yang menduduki tangga teratas berbanding
stesen Cina yang lain.
Kami memilih stesen radio THR Raaga bagi menyasarkan pendengar berbangsa India
untuk menyampaikan mesej kami. Ini kerana stesen ialah stesen yang mempunyai bilangan
pendengar yang tinggi berbanding stesen bahasa Tamil yang lain seperti Minnal FM. Jumlah
pendengar yang mendengar stesen ini dalam satu minggu pada tahun 2009 ialah 3, 177 000
orang berbanding pendengar stesen SINAR hanya seramai 617 000 orang. Ini menunjukkan
stesen radio THR Raaga ialah stesen yang didengar oleh pendengar berbanding stesen Minnal
FM yang lain.
Hitz FM merupakan radio bahasa Inggeris paling popular dan berada pada tangga ke-
tujuh jika dibandingkan dengan radio bahasa Inggeris yang lain iaitu Fly FM. Jumlah pendengar
yang mendengar stesen ini dalam satu minggu pada tahun 2009 ialah 1, 287 000 orang
berbanding pendengar stesen Fly FM hanya seramai 800 000 orang sahaja. Walaupun radio ini
merupakan radio bahasa inggeris, tetapi semua bangsa boleh mendengar radio ini tidak kira
Melayu, Cina atau India.
Stesen radio yang seterusnya ialah KL FM. Stesen radio tersebut dipilih kerana fokus
audiens ini tertumpu kepada penduduk sekitar Kuala Lumpur. Jumlah pendengar yang
25
mendengar stesen ini dalam tempoh masa seminggu pada tahun 2009 adalah sebanyak 132,000
orang pendengar.
Stesen-stesen radio berperanan untuk menyebarkan karnival obesiti kepada target audiens
terutamanya bagi mereka yang sibuk. DJ dalam stesen radio masing-masing berperanan untuk
membujuk para pendengar tentang kepentingan kewujudan karnival ini serta mendorong
pendengar untuk mengunjungi, sekiranya mempunyai masa lapang. DJ juga berfungsi untuk
melaporkan tempat, masa dan tujuan karnival ini kepada pendengar setiap sejam. Dengan ini,
karnival ini bukan saja dapat disebarkan kepada penonton televisyen malah dapat disebarkan
kepada pendengar radio yang berada di mana sahaja.
Selain radio, karnival juga dapat disebarkan menerusi Facebook kepada masyarakat.
Facebook akan bekerjasama dengan klinik tempatan untuk memberi informasi mengenai obesiti
kepada seluruh masyarakat. Talian pemberitahuan atau inform line akan disediakan khas oleh
klinik dan diletakkan di laman web facebook. Dengan itu, sebarang pertanyaan dan perolehan
maklumat mengenai obesiti boleh dilakukan menerusi facebook yang popular kini. Keadaan ini
dapat membantu menyebarkan karnival secara tidak langsung kepada masyarakat.
Selain media elektronik, media cetak seperti billboard dan brosur turut digunakan dalam
mempromosikan karnival obesiti ini. Billboard dan brosur yang cantik dan kreatif dapat menarik
perhatian masyarakat setempat. Billboard akan diletakkan di jalan utama yang berhampiran
dengan lokasi karnival tersebut dalam tempoh masa sebulan sebelum karnival obesiti tersebut
berlangsung. Manakala brosur dan poster akan diedarkan kepada penduduk di sekitar Kuala
Lumpur terutamanya di pusat membeli belah dan kawasan tumpuan orang ramai. Keadaan ini
berfungsi untuk mempromosikan karnival obesiti ini kepada masyarakat akan berlangsungnya
26
karnival tersebut. Dengan itu, masyarakat yang jarang menonton televisyen dan radio dapat
mengetahui berita mengenai karnival ini di luar.
Media cetak seterusnya yang telah dipilih ialah surat khabar seperi Berita Harian, Kosmo,
The Star , Sin Chew Daily dan Tamil Nanban. Iklan-iklan mengenai karnival ini dapat disiarkan
kepada pembaca melalui iklan dalam surat khabar yang berbeza bahasa iaitu bahasa Melayu,
Cina dan Tamil. Keadaan ini dapat mempromosi dan menyebarkan karnival ini kepada
masyarakat kita yang berbilang bangsa. Pemilihan akhbar-akhbar tersebut adalah kerana
mempunyai jumlah pembaca yang paling tinggi bagi pembaca akhbar melayu, cina dan india.
Surat khabar Berita Harian dan Kosmo dipilih sebagai medium utama bagi
menyampaikan mesej karnival obesiti ini kepada golongan melayu. Pemilihan akhbar ini adalah
lebih sesuai untuk menyampaikan mesej iklan berbanding Harian Metro kerana Harian Metro
didapati kurang sesuai. Khalayak sasaran untuk Harian Metro adalah bagi penduduk kampung
dan berpendidikan rendah.
Surat khabar ini mempunyai bilangan membaca yang ramai di Malaysia mengikut kajian
yang dilakukan oleh Nielsen. Kajian yang dijalankan oleh AC Nielsen mendapati The Star
merupakan akhbar berbahasa Inggeris mempunyai pembaca yang ramai sejak tahun 2004 hingga
2008. Contohnya, pada tahun 2005, The Star mencatatkan 9% dari jumlah keseluruhan pembaca
akhbar Inggeris berbanding akhbar-akhbar harian Inggeris lain seperti New Straits Times, The
Sun dan Malay Mail.
Surat khabar Sin Chew Daily pula dipilih sebagai saluran media cetak yang berbahasa
Cina untuk menyampaikan mesej kami. Ini kerana surat khabar ini mempunyai bilangan
pembaca berbangsa Cina yang lebih tinggi di Malaysia berbanding dengan surat khabar Cina
27
lain seperti China Press, Guang Ming, Nanyang, Kwong Wah, dan Oriental Daily News.
Contohnya, pada tahun 2004 dan 2005, kajian Nielsen mendapati akhbar ini mempunyai 18%
pembaca dari jumlah keseluruhan pembaca akhbar Cina di Malaysia iaitu masing-masing 9%
pada tahun 2004 dan 2005.
Seterusnya kami memilih surat khabar Tamil Nanban sebagai saluran media cetak yang
berbahasa Tamil ini untuk menyampaikan mesej kami. Ini kerana surat khabar ini mempunyai
bilangan pembaca yang tinggi di kalangan masyarakat berbangsa India. Berdasarkan kajian yang
dijalankan oleh Nielsen, Tamil Nanban mempunyai purata 2% daripada jumlah pembaca akhbar
berbahasa Tamil di Malaysia dari tahun 2003 hingga 2007
9.0 LOGISTIK
Kami telah memilih tarikh untuk promosikan karnival ini selama sebulan iaitu pada tarikh
22 November hingga 22 December 2010 bagi melaksanakan Karnival Obesiti ini. Manakala
lokasi yang paling sesuai untuk menganjurkan karnival ini pula telah dipilih di Stadium Bukit
Jalil, Kuala Lumpur. Program ini akan berlangsung bermula dari pukul 8 pagi hingga 10 malam.
Hari pertama karnival ini, program bermula dari pukul 8 pagi hingga ke pukul 10 malam,
manakala pada hari kedua program ini pula bermula dari pukul 8 pagi hingga 7 malam. Stadium
Bukit Jalil, Kuala Lumpur telah dipilih sebagai lokasi karnival kami kerana lokasinya yang luas
dan mampu untuk menampung audians yang ramai sepanjang dua hari karnival tersebut
berlangsung.
Pada hari tersebut juga kami telah menjemput beberapa orang kenamaan VIP dalam
menjayakan lagi karnival ini antaranya ialah Manteri Besar Selangor, Kementerian Kesihatan
28
dan juga Kementerian Penerangan. Faktor utama, kami telah memilih Kementerian Kesihatan
dan juga Kementerian Penerangan adalah kerana mereka merupakan golongan yang berpengaruh
atau berfungsi sebagai pemimpin pendapat yang mana mampu untuk mempengaruhi audians
bagi menyertai Karnival Obesiti ini dan keadaan ini sekaligus mampu menarik perhatian pihak
media untuk turut membuat liputan akan Karnival Obesiti tersebut.
Selain itu, mereka juga adalah golongan yang mampu untuk memberi kesedaran kapada
masyarakat dengan memberi ceramah kesihatan obesiti ini. Malahan, beberapa artis Malaysia
yang pernah dan terlibat dalam obesiti juga turut di jemput iaitu Syani untuk memeriahkan lagi
karnival salama dua hari tersebut. Pada kebiasaannya, apabila para artis dilibatkan dalam mana-
mana program, audians lebih tertarik kepada kehadiran mereka dan sekaligus mampu untuk
menarik audians turut menyertai Karnival Obesiti ini. Selain itu, kerana ia berkait rapat dengan
pengalaman realiti hidupnya berkaitan dengan masalah kegemukan dan ini dapat memberi
motivasi kepada golongan sepertinya.
Manakala bagi perbelanjaan keseluruhan karnival obesiti selama sebulan ini secara
keseluruhannya ialah sebanyak RM 4,877,900. Ini termasuklah kos untuk iklan di media cetak
dan media elektronik. Bagi iklan di media cetak kami telah memilih akhbar Berita Harian,
Kosmo, The Star, Sin Chew Daily, dan Tamil Nanban bagi menarik lebih ramai lagi masyarakat
untuk menghadiri Karnival Obesiti tersebut. Kami memilih akhbar tersebut kerana akhbar
tersebut merupakan akbar yang paling disukai oleh masyarakat.
Manakala RTM1,TV3 dan 8TV dipilih pula adalah kerana kami telah mendapati bahawa
TV3 dan RTM2 mempunyai penonton yang ramai serta menjadi pilihan utama masyarakat
Malaysia, perangkaan menunjukkan bilangan penonton TV3 adalah sebanyak 73% dan RTM2
iaitu sebanyak 42%.
29
Seterusnya, Radio ERA, MY FM, THR RAAGA, HITZ FM dan KL FM dipilih kerana
radio tersebut mencatatkan jumlah pendengar yang paling tinggi mengikut kaum di Malaysia.
Brosur juga digunakan bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting tentang objektif utama
karnival ini, serta memberi pendedahan umum tentang penyakit obesiti. Manakala billboard pula
amat sesuai kerana ia berbentuk kekal dan semua orang boleh baca dalam jarak yang jauh kerana
saiznya yang besar dan bergantung kepada penggunaan tulisan yang jelas dan mampu
mempengaruhi audians untuk menyertai karnival ini.
Kami juga menyediakan kemudahan pengangkutan bagi artis jemputan, yang terlibat
dalam karnival ini. Selain itu, pihak kami juga menyediakan kemudahan keselamatan khas yang
terdiri daripada ambulans, anggota pasukan bulan sabit merah dan anggota polis. Ambulans dan
anggota bulan sabit merah disediakan bagi penyediaan kecemasan yang tidak diduga, manakala
pihak anggota polis disediakan adalah bagi mengawal kesesakan persekitaran karnival dan
kesesakan lalulintas sepanjang karnival berlangsung.
9.1 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
BIL PERKARA ANGGARAN KOS(seunit/sehari)
Jumlah kos
1. IKLAN DI MEDIA CETAK-SURAT KHABARBERITA HARIAN
KOSMOTHE STARSIN CHEW DAILYTAMIL NANBAN
-BROSUR
SEPARUH M/SURAT30 HARI X RM4000=RM120,000 X 1 UNIT SURAT KHABAR= RM 120,000
SEPARUH M/SURAT30HARI X RM3000 =RM90 000 X 4 UNIT SURAT KHABAR= RM 360, 000
RM3.00 X 100,000
RM 120,000
RM 360,000
RM300,000
30
-BILLBOARD
ORG=RM300,000
RM 5,000 X 10 UNIT RM 50,000
2. MEDIA ELEKTRONIK-TELEVISYENRTM2
TV3
8TV
-RADIOERA
MY FMTHR RAAGAHITZ FMKL FM
RM 30,000 X 2 KALI SEHARI X 4 KALI SEMINGGU X 4 MINGGU = 16 SLOT ( 1MINIT ) X 2= RM 960, 000RM 38, 000 X 3 KALI SEHARI X 4 KALI SEMINGGU X 4 MINGGU = 16 SLOT ( 1 MINIT ) X 3= RM 1,824,000RM 35,000 X 2 KALI SEHARI X 4 KALI SEMINGGU X 4 MINGGU = 16 SLOT ( 1 MINIT ) X 2=RM 1, 120,000
30 SAAT = RM 450 X 3KALI SEHARI = RM1350 X 7 HARI X 4 MINGGU = RM 37 800
30 SAAT = RM 300 X 3 KALI SEHARI = RM 900 X 7 HARI X 4 MINGGU = RM 25, 200
RM 3,904,000
RM 63,000
3. PERALATAN
-KANOPI-KERUSI -MEJA-SPEAKER,MIKROFON, LCD/SKRIN-PENTAS-PERALATAN MASAKAN- MAKANAN/ MINUMAN
15 UNIT X RM400= RM6000 500 UNIT X RM 15 = RM 7500100 UNIT X RM20 = RM 2000
10 SET X RM 100 = RM10001 UNIT X RM 5000 = RM 5000RM 20001000 X RM 5 = RM 5000
RM 28,500
31
4. HADIAH-KUIZ-PERTANDINGAN MASAKAN
-PERTANDINGAN FUTSAL
RM 100X10 ORANG= RM1,000RM 900
1=RM 500 2=RM 300 3=RM100
RM 500
RM 2,400
5. KOS CENDRAMATA-MENTERI BESAR SELANGOR-KEMENTERIAN PENERANGAN -WAKIL JACOB-WAKIL BERAS FAIZA-WAKIL NESTLE-ARTIS JEMPUTAN
RM 10000
RM 7000RM 5000RM 5000RM 5000RM 3000X 1 ORANG= RM 3000
RM 35,000
6. KOS LAIN-LAIN-KESELAMATAN-URUS SETIA-PENYELANGGARAAN-PENGANGKUTAN
RM 5000
RM 10,000
RM 15,000
JUMLAH KESELURUHAN RM 4,877,900
9.2 ANGGARAN PENAJAAN
1. MENTERI BESAR SELANGOR RM 50 000
2. KEMENTERIAN PENERANGAN RM 50 000
3. WAKIL SYARIKAT KOPRAT
-TELEKOM ( komunikasi) RM 25 000
-JACOB ( sumbangan hamper X RM 10 X 500) RM 25 000
32
-BERAS FAIZA ( sumbangan hamper X RM 10 X 500) RM 25 000
- NESTLE ( sumbangan hamper X RM 10 X 500) RM 25 000
JUMLAH RM 200 000
10.0 TARIKH / TEMPAT PERLAKSANAAN
Tarikh : 25-26 Disember 2010
Hari : Sabtu dan Ahad
Tempat : Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur
10.1 ATURCARA PROGRAM ‘KESEDARAN OBESITI’
Tarikh : 25 Disember 2010 (Sabtu)
Masa Aktiviti Lokasi
8.00am-9.30am Majlis Perasmian Pembukaan Karnival dan Pameran “Obesiti” Lagu Negaraku
Ucapan Aluan Ucapan Perasmian Menteri Besar Perlis Majlis Perasmian Persembahan Perasmian Stadium Bukit
Jalil, Kuala Lumpur.9.30am-10.30am Penayangan Dokumentari (Pakar Kesihatan)
10.30am-12.00pm Sessi Gaya Hidup Sihat Kementerian Kesihatan Wakil Appeton Wakil Slim World Wakil Fernleaf
12.00pm-1.00pm Jamuan untuk tetamu jemputan
33
1.00pm-3.00pm Konsert Tetamu Khas
Syani
3.00pm-5.00pm -Penayangan Dokumentari (Kisah Benar)-Kuiz kesihatan
5.00pm-7.00pm Perlawanan Futsal ( Saringan )
7.00pm-8.00pm Penayangan filem pendek
8.00pm-10.00pm Pementasan Teater
Tarikh: 26 Disember 2010 (Ahad)
Masa Aktiviti Lokasi
8.00am-10.00am Senaman aerobik Sukaneka
Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
10.00-12.00pm Pertandingan masakan ( Ibubapa )
12.00pm-1.30pm Sessi Gaya Hidup Sihat Wakil Nestle
1.30pm-3.30pm Bengkel “ Sayangi Diri Anda ”
3.30pm-5.00pm Perlawanan Futsal ( Akhir )5.00pm-7.00pm Majlis Penutup
Cabutan Bertuah Penyampaian Hadiah Bagi Perlawanan
Futsal Penyampaian Cenderahati kepada
Tetamu Jemputan
11.0 PENILAIAN
34
Penilaian sesuatu program dilakukan adalah dengan tujuan melaksanakan
penambahbaikan terhadap program tersebut pada masa-masa akan datang. Penilaian terhadap
pelaksanaan program adalah amat penting untuk dilaksanakan. Keadaan ini adalah bertujuan
melihat keberkesanan dan kelancaran sesuatu program yang dijalankan. Penilaian yang
dilaksanakan ini juga adalah bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan-permasalahan yang
wujud dan kaedah mengatasinya yang boleh diambil.
Bagi program “Kempen Kesedaran Obesiti” yang dilaksanakan ini, beberapa kaedah
penilaian akan dilaksanakan dalam menilai program serta aktiviti yang telah dirancang. Semasa
program ini dijalankan kaedah penilaian dari segi pemerhatian akan dilaksanakan oleh beberapa
kakitangan yang bertanggungjawab terhadap sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. Pemerhatian
kakitangan ini adalah merangkumi aspek-aspek seperti penilaian terhadap jumlah hadirin yang
hadir, peserta yang menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, alatan-alatan teknikal yang
digunakan, tahap penglibatan kakitangan yang menjalankan setiap aktiviti dan beberapa aspek
lain yang diambil kira. Penilaian semasa program dijalankan adalah dijalankan bagi melakukan
penambahbaikan program semasa program dijalankan.
Kaedah penilaian lain yang akan digunakan adalah kaedah soal selidik. Kaedah ini
adalah bertujuan melihat tahap pemahaman peserta terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan
serta sejauhmana aktiviti yang disertai ini memberi kesan terhadap peningkatan permahaman
peserta berkenaan obesiti. Selain itu, soal selidik yang dilaksanakan ini juga akan merangkumi
soalan-soalan yang dapat menunjukkan tahap penerimaan peserta terhadap setiap aktiviti yang
dijalankan. Berdasarkan kaedah soal selidik ini secara tidak langsungnya akan dapat membantu
pihak urusetia melakukan penilaian terhadap aktiviti-activiti yang dirancang sama ada aktiviti ini
dapat membantu organisasi mencapai target yang ditetapkan iaitu mengurangkan serta mengatasi
35
masalah obesiti dikalangan rakyat Malaysia. Pelaksanaan kaedah soal selidik ini akan
dilaksanakan selama 2 hari program berlangsung. Borang-borang soal selidik akan diedarkan
kepada setiap peserta yang menyertai aktiviti yang dijalankan dan pemilihan secara rawak pula
akan dilakukan dalam pengedaran soal selidik kepada pengunjung yang hadir tetapi tidak
menyertai aktiviti yang dilakukan.
Pertandingan-pertandingan seperti pertandingan memasak makanan kesihatan juga akan
dijadikan sebagai salah satu program yang dibentuk bagi melakukan penilaian terhadap program
ceramah yang dijalankan. Melalui pertandingan ini, pihak penganjur akan melihat kepada tahap
pengetahuan berkenaan obesiti yang diperolehi oleh setiap peserta yang menyertai ceramah-
ceramah yang dijalankan sepanjang karnival yang dilakukan dalam melakukan penilaian ini
syarat utama setiap peserta yang ingin menyertainya mestilah menghadiri setiap ceramah
kesihatan yang dilakukan.
Kaedah penilaian lain yang dilakukan dalam menilai prestasi karnival ini adalah melalui
penyertaan-penyertaan orang ramai terhadap aktiviti-aktiviti yang dilakukan sepanjang dua hari
program berlangsung. Penilaian akan dilaksanakan melalui berapa ramai ahli masyarakat yang
terlibat. Dari segi pengetajuan dan penilaian terhadap objektif pula penilaian jenis ini akan
melihat kepada sejauhmana peserta berjaya menjawab kuiz-kuiz yang dijalankan pada karnival
ini. Soalan berkaitan kuiz ini akan diambil daripada setiap program yang dibuat. Hadiah menarik
akan disediakan bagi menarik minat peserta untuk menyertai aktiviti yang dibuat.
36