prosedur pengurusan kandungan portal bahagian perkhidmatan
TRANSCRIPT
Notis Kerahsiaan:
Segala maklumat yang terkandung di dalam dokumen ini adalah untuk penerima yang dimaksudkan sahaja dan dokumen ini berkemungkinan mengandungi rahsia dan/atau perkara berperingkat. Mana-mana pemintasan, ulasan, penghantaran semula, penyebaran, atau penggunaan lain, atau sebarang perbuatan ke atas maklumat ini oleh individu atau entiti yang selain daripada penerima yang dimaksudkan adalah dilarang oleh undang-undang dan mereka adalah tertakluk kepada liabiliti jenayah dan/atau sivil.
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
PROSEDUR PENGURUSAN KANDUNGAN PORTAL
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Versi 1.0
PENGESAHAN DOKUMEN
Dokumen ini disediakan oleh:
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Disemak oleh:
NamaJawatan
Tarikh
Disahkan oleh:
Nama :
Jawatan :
Tarikh :
Mohd BCdzi,{bdulAzizPeq/6ng Perigarah Kanan (PF)LAprn 2013
40{-t-or. r,lor-[ Hanah othmanTimbalan Pengarah Dasar & Pembangunan Farmasi
\a lq / 2-Dt3
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
tofu-{rc
aharigarah Kanan (PF)
Dato'Eisah Bt. A. Rahman
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
3 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
REKOD PINDAAN
Tarikh Versi Keterangan Disediakan oleh
01/04/2013 1.0 Asal Mohd Radzi Abdul Aziz
4 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN .......................................................................................................................................... 5
Objektif ............................................................................................................................................... 5
Skop ..................................................................................................................................................... 5
Terminologi ......................................................................................................................................... 5
Rujukan ............................................................................................................................................... 5
Semakan Dokumen ............................................................................................................................. 5
Tadbir Urus Portal BPF ............................................................................................................................ 6
Komponen tadbir urus ........................................................................................................................ 6
Pasukan tadbir urus Portal BPF ........................................................................................................... 6
Kumpulan kerja Portal BPF ................................................................................................................. 7
Pemohon dan Pelulus ......................................................................................................................... 7
PROSEDUR PENGURUSAN KANDUNGAN ................................................................................................ 8
Menambah kandungan ....................................................................................................................... 8
Carta alir kerja ................................................................................................................................. 9
Meminda kandungan ........................................................................................................................ 10
Carta alir kerja ............................................................................................................................... 11
Menghapuskan Kandungan .......................................................................................................... 12
Carta alir kerja ............................................................................................................................... 12
Pengecualian Khas Bagi Kandungan Memerlukan Pengemaskinian Segera ..................................... 13
LAMPIRAN ............................................................................................................................................. 14
SENARAI JADUAL DAN RAJAH Rajah 1: Struktur tadbir urus Portal BPF ................................................................................................. 6
Jadual 1: Peranan jawatankuasa tadbir urus Portal BPF ......................................................................... 6
Rajah 2: Carta alir kerja bagi aktiviti menambah kandungan ................................................................. 9
Rajah 3: Carta alir kerja bagi aktiviti meminda kandungan sedia ada .................................................. 11
Rajah 4: Carta alir kerja bagi aktiviti menghapuskan kandungan sedia ada ......................................... 12
5 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
PENGENALAN
Objektif Tujuan prosedur ini adalah untuk menggariskan tatacara pengurusan kandungan meliputi aktiviti
memuat naik, meminda dan menghapuskan kandungan dalam Portal Rasmi Bahagian Perkhidmatan
Farmasi KKM.
Skop Prosedur ini harus diguna pakai di Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM bagi menguruskan
kandungan dalam portal rasmi bahagian di http://www.pharmacy.gov.my.
Bagi dokumen yang diklasifikasikan sebagai terperingkat (Terhad, Sulit, Rahsia dan Rahsia Besar),
kaedah pengendaliannya hendaklah mematuhi semua arahan keselamatan yang berkuat kuasa.
Terminologi Kandungan Apa-apa jenis maklumat termasuk tulisan, imej, klip video, klip audio,
carta, lampiran, pautan dan sebagainya yang dimuatkan dalam sistem pengurusan portal.
Muat naik Memuat naik adalah proses memindahkan data dari peranti seperti komputer ke suatu sistem seperti pelayan web, pelayan FTP atau lain-lain sistem yang serupa dengannya.
Pembekal kandungan Individu yang dilantik secara rasmi sebagai pembekal kandungan bagi portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM .
Pemohon Individu yang mengisi borang permohonan sama ada untuk memuat naik, meminda atau menghapuskan kandungan dalam portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.
Pentadbir portal Individu yang dilantik secara rasmi sebagai pentadbir portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.
Penyelaras Individu yang dilantik secara rasmi sebagai penyelaras bahagian bagi portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.
Siar Proses membenarkan sesuatu kandungan dalam portal rasmi Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM dipaparkan kepada pelawat.
Sistem pengurusan portal Sistem yang digunakan untuk menguruskan kandungan dalam portal.
Rujukan a) Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003, Garis Panduan Mengenai
Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan.
b) Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2006, Pengurusan Laman Web/Portal Sektor Awam.
Semakan Dokumen Dokumen ini akan disemak dan diselenggara oleh Seksyen Pengurusan Maklumat, Bahagian
Perkhidmatan Farmasi KKM
6 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
Tadbir Urus Portal BPF
Komponen tadbir urus Bagi meningkatkan kualiti portal, tadbir urus Portal BPF dibahagikan kepada dua (2) komponen
utama iaitu:
(a) Pengurusan kandungan portal
Pengurusan kandungan portal melibatkan aktiviti pengumpulan, pengkajian semula dan
paparan kandungan di dalam portal bagi memastikan kandungan yang dimuatkan terkini,
tepat dan sahih. Proses pengurusan kandungan portal meliputi penulisan, semakan teks
penulisan, semakan editorial, kelulusan pihak pengurusan agensi dan penerbitan dalam
portal.
(b) Penyelenggaraan portal
Penyelenggaraan portal merupakan tindakan untuk memastikan portal berfungsi dalam
keadaan baik dan mesra pelanggan. Tindakan penambahbaikan secara berterusan
dilaksanakan dengan menambah ciri-ciri baru mengikut keperluan dan persekitaran semasa
agensi.
Pasukan tadbir urus Portal BPF Tadbir urus Portal BPF dikawal selia oleh tiga (3) jawatankuasa bagi memastikan segala urusan
berjalan lancar. Struktur dan peranan jawatankuasa tersebut ditunjukkan dalam rajah dan jadual
berikut:
Rajah 1: Struktur tadbir urus Portal BPF
Jawatankuasa Tanggungjawab
Jawatankuasa Induk ICT BPF KKM Menetapkan dasar dan prosedur pengurusan portal agensi.
Jawatankuasa Pengurusan Portal BPF KKM Memastikan pengurusan portal dibuat mengikut dasar yang ditetapkan.
Jawatankuasa Teknikal ICT BPF KKM Memberi bantuan teknikal bagi pengurusan portal.
Jadual 1: Peranan jawatankuasa tadbir urus Portal BPF
JK Induk ICT BPF KKM
JK Pengurusan Portal BPF KKM
JK Teknikal ICT BPF KKM
7 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
Kumpulan kerja Portal BPF Bagi memastikan proses pengurusan kandungan dan penyelenggaraan portal berjalan dengan
lancar, tugas-tugas berkaitan proses berkenaan dikendalikan oleh tiga (3) kumpulan kerja yang
dilantik secara rasmi iaitu penyelaras portal, pembekal kandungan dan pentadbir portal.
Tanggungjawab kumpulan-kumpulan ini adalah seperti berikut:
Tanggungjawab Pembekal Kandungan: 1. Memuatkan kandungan yang ke dalam laman portal.
2. Memastikan kandungan lengkap, tiada kesilapan ejaan, tatabahasa dan pautan pada
kandungan (broken link) serta mematuhi format yang ditetapkan.
3. Memastikan kandungan yang dimuat naik mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
4. Bekerjasama dengan pemohon dan penyelaras dalam keseluruhan proses pengurusan
kandungan.
Tanggungjawab Penyelaras Portal: 1. Menyelaras dan menyemak maklumat yang disediakan oleh pembekal kandungan bagi
memastikan maklumat lengkap, seragam dan sesuai sebelum dipaparkan kepada umum
melalui portal.
2. Menyelaras tugasan pembekal kandungan.
3. Memaklumkan kepada pentadbir portal jika pembekal kandungan bertukar keluar, berhenti
atau terdapat pertukaran pegawai pembekal kandungan.
Tanggungjawab Pentadbir Portal: 1. Menguruskan, mengemaskinikan dan menambah baik reka bentuk dan fungsi portal.
2. Membaik pulih ralat berkaitan kandungan, pautan, fungsi dan sebagainya.
3. Memastikan prestasi laman web serta tahap kebolehcapaian dalam keadaan yang terbaik.
4. Memantau dan menyediakan laporan statistik dan analisis portal.
Pemohon dan Pelulus Bagi memastikan kandungan yang dimuatkan adalah tepat dan berkualiti, peranan penting perlu
dimainkan oleh pemohon dan pelulus sebagai pihak yang berpengetahuan dalam sesuatu maklumat
yang disediakan. Oleh itu pemohon dan pelulus bertanggungjawab dalam perkara berikut:
Tanggungjawab Pemohon: 1. Menyediakan maklumat yang lengkap, tepat, sahih dan terkini.
2. Memastikan segala maklumat yang melibatkan pihak ketiga telah mendapat keizinan untuk
dipaparkan melalui portal.
3. Mendapatkan kelulusan untuk maklumat disiarkan.
4. Bekerjasama dengan pembekal kandungan untuk sebarang pindaan dalam proses
kemasukan atau pengemaskinian kandungan.
Tanggungjawab Pelulus: 1. Memastikan maklumat adalah lengkap, tepat, sahih dan terkini serta tidak bertentangan
dengan mana-mana polisi dan dasar kerajaan sebelum diluluskan.
8 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
PROSEDUR PENGURUSAN KANDUNGAN
Menambah kandungan 1. Permohonan untuk memuat naik kandungan boleh dibuat dengan mengisi borang pengurusan
kandungan melalui pembekal kandungan yang dilantik untuk bahagian masing-masing. Pemohon
bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat yang lengkap, tepat, sahih dan terkini sebelum
diserahkan kepada pembekal kandungan.
2. Pembekal kandungan bertanggungjawab untuk memastikan maklumat dimuat naik ke dalam
sistem pengurusan portal serta memastikan tiada kesilapan ejaan, tatabahasa, pautan dan
sebagainya pada kandungan. Pembekal kandungan perlu memastikan segala maklumat yang
diperlukan telah dimasukkan ke dalam sistem pengurusan portal dan mengemaskinikan
maklumat berkaitan ke dalam borang pengurusan kandungan. Borang tersebut perlu
dikembalikan kepada pemohon bersama-sama cetakan paparan kandungan untuk mendapatkan
kelulusan. kandungan daripada sistem serta lain-lain lampiran dokumen yang berkaitan dengan
kandungan.
3. Kelulusan hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Jabatan, Pengarah atau Timbalan Pengarah
sahaja. Semakan perlu dibuat bagi memastikan kandungan tidak bertentangan dengan polisi
kerajaan serta tidak melanggar tatacara penggunaan Internet. Pemohon bertanggungjawab
untuk bekerjasama dengan pembekal kandungan sekiranya sebarang pindaan perlu dibuat
sebelum kelulusan dikeluarkan. Borang yang telah diluluskan perlu diserahkan kepada
penyelaras portal.
4. Penyelaras bertanggungjawab menyemak kandungan bagi memastikan format maklumat
seragam, sesuai dan telah diluluskan sebelum disiarkan. Proses siaran kandungan perlu
dilaksanakan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh selesai semakan bagi kandungan yang lengkap
dan sesuai disiarkan. Bagi kandungan yang tidak lengkap atau tidak sesuai, penyelaras hendaklah
memaklumkan pembekal kandungan untuk dipinda semula.
5. Bagi permohonan yang tidak diluluskan untuk paparan, pembekal kandungan bertanggungjawab
menghapuskan kandungan tersebut.
6. Borang permohonan yang telah siap diproses hendaklah diserahkan kepada pentadbir portal
untuk difailkan.
9 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
Carta alir kerja
Carta alir kerja bagi aktiviti menambah kandungan adalah seperti berikut:
Tambah Kandungan Baru
Pembekal KandunganPemohon Penyelaras Pelulus
Pros
es
Mula
Sediakan kandungan
Isi borang pengurusan kandungan
Muat naik kandungan
Kemas kini borang pengurusan kandungan
Dapatkan kelulusanSemak untuk
kelulusan
Lulus?
Semakan penyelaras
Lulus?
Siarkan
Failkan
Tamat
Ya
Ya
Hapus kandungan
Pinda
Tidak
Tidak
Rajah 2: Carta alir kerja bagi aktiviti menambah kandungan
10 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
Meminda kandungan 1. Permohonan untuk meminda kandungan boleh dibuat dengan mengisi borang pengurusan
kandungan melalui pembekal kandungan yang dilantik untuk bahagian masing-masing. Pemohon
bertanggungjawab untuk menyediakan maklumat yang lengkap, tepat, sahih dan terkini sebelum
diserahkan kepada pembekal kandungan.
2. Pembekal kandungan bertanggungjawab untuk memastikan maklumat dimuat naik ke dalam
sistem pengurusan portal sebagai versi baru serta memastikan tiada kesilapan ejaan,
tatabahasa, pautan dan sebagainya pada kandungan. Pembekal kandungan perlu memastikan
segala maklumat yang diperlukan telah dimasukkan ke dalam sistem pengurusan portal dan
mengemaskinikan maklumat berkaitan ke dalam borang pengurusan kandungan dengan
mengepilkan cetakan kandungan daripada sistem serta lain-lain lampiran dokumen yang
berkaitan dengan kandungan. Borang tersebut perlu dikembalikan kepada pemohon bersama-
sama cetakan paparan kandungan untuk mendapatkan kelulusan.
3. Kelulusan hanya boleh diberikan oleh Ketua Jabatan, Pengarah atau Timbalan Pengarah sahaja.
Semakan perlu dibuat bagi memastikan kandungan tidak bertentangan dengan polisi kerajaan
serta tidak melanggar tatacara penggunaan Internet. Pemohon bertanggungjawab untuk
bekerjasama dengan pembekal kandungan sekiranya sebarang pindaan perlu dibuat sebelum
kelulusan dikeluarkan. Borang yang telah diluluskan perlu diserahkan kepada penyelaras portal.
4. Penyelaras bertanggungjawab menyemak kandungan bagi memastikan format maklumat
seragam, sesuai dan telah diluluskan sebelum disiarkan. Proses siaran versi baru kandungan
perlu dilaksanakan dalam masa tiga (3) hari dari tarikh selesai semakan bagi versi kandungan
yang lengkap dan sesuai disiarkan. Bagi versi kandungan yang tidak lengkap atau tidak sesuai,
penyelaras hendaklah memaklumkan pembekal kandungan untuk diperbaiki.
5. Bagi permohonan yang tidak diluluskan untuk paparan, pembekal kandungan bertanggungjawab
menghapuskan versi kandungan tersebut.
6. Borang permohonan yang telah siap diproses hendaklah diserahkan kepada pentadbir portal
untuk difailkan.
11 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
Carta alir kerja
Carta alir kerja bagi aktiviti meminda kandungan sedia ada adalah seperti berikut:
Pinda Kandungan Sedia Ada
Pembekal KandunganPemohon Penyelaras Pelulus
Pros
es
Mula
Sediakan kandungan
Isi borang pengurusan kandungan
Muat naik versi baru
Kemas kini borang pengurusan kandungan
Dapatkan kelulusanSemak untuk
kelulusan
Lulus?
Semakan penyelaras
Lulus?
Siarkan versi baru
Failkan
Tamat
Ya
Ya
Hapus versi pindaan
Pinda
Tidak
Tidak
Rajah 3: Carta alir kerja bagi aktiviti meminda kandungan sedia ada
12 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
Menghapuskan Kandungan
1. Permohonan untuk menghapuskan kandungan boleh dibuat dengan mengisi borang pengurusan
kandungan sama ada oleh pembekal kandungan yang dilantik atau mana-mana kakitangan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.
2. Kelulusan hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Jabatan, Pengarah atau Timbalan Pengarah
sahaja.
3. Borang permohonan yang telah lengkap dan diluluskan perlu diserahkan kepada penyelaras
untuk diproses. Proses tarik balik siaran perlu dilaksanakan dalam tempoh tiga (3) hari dari
tarikh semakan.
4. Borang permohonan yang telah siap diproses hendaklah diserahkan kepada pentadbir portal
untuk difailkan.
Carta alir kerja
Carta alir kerja bagi aktiviti menghapuskan kandungan sedia ada adalah seperti berikut:
Hapus Kandungan Sedia Ada
Pemohon/Pembekal Kandungan Penyelaras Pelulus
Pros
es
Mula
Isi borang pengurusan kandungan
Dapatkan kelulusanSemak untuk
kelulusan
Lulus?
Failkan
Tamat
Tidak
Hapus kandungan Ya
Rajah 4: Carta alir kerja bagi aktiviti menghapuskan kandungan sedia ada
13 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
Pengecualian Khas Bagi Kandungan Memerlukan Pengemaskinian Segera Kandungan berikut boleh dimuat naik secara terus oleh pembekal kandungan tanpa kelulusan Ketua
Jabatan, Pengarah atau Timbalan Pengarah serta semakan penyelaras:
a) Siaran/kenyataan akhbar yang dikeluarkan atau ditandatangani sendiri oleh Pengarah, Ketua
Jabatan atau peringkat yang lebih tinggi.
b) Direktori kakitangan Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.
c) Kalendar aktiviti.
d) Lain-lain kandungan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Portal BPF KKM.
14 | 14
Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM
Versi 1.0
LAMPIRAN
BPF/310-3
RUJ
BORANG PENGURUSAN KANDUNGAN PORTAL RASMI BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Jenis Permohonan: Pautan Kandungan:
Cipta kandungan baru1 Tajuk:
Pinda kandungan sedia ada1,2
Hapus kandungan sedia ada2 ID Kandungan3 Bahasa Melayu
Sebab untuk pinda atau hapus kandungan: Bahasa Inggeris
Sila kepilkan cetakan laman/kandungan/dokumen bagi permohonan cipta atau pinda kandungan
Maklumat Pemohon Maklumat Pembekal Kandungan4
Tandatangan
Nama
Jawatan
Bahagian
Dengan menandatangani ruangan ini anda bersetuju mengakui bahawa segala maklumat yang dimuatkan dalam kandungan ini adalah tepat, terkini dan sahih serta telah mendapat keizinan sewajarnya dari pihak berkaitan untuk disiarkan melalui Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.
KELULUSAN (Ketua Jabatan / Pengarah / Timbalan Pengarah)
Kandungan ini diluluskan untuk siaran melalui portal BPF KKM
Tandatangan & Cop Rasmi
Tarikh:
Kandungan ini TIDAK DILULUSKAN untuk siaran melalui portal BPF KKM atas sebab-sebab berikut:
SEMAKAN (Penyelaras Portal)
Kandungan ini telah disemak dan diakui sesuai untuk disiarkan melalui portal BPF KKM
Tandatangan & Cop Rasmi
Kandungan ini telah disemak dan didapati TIDAK SESUAI disiarkan atas sebab-sebab berikut:
Tarikh semakan: Tarikh terbit (jika berkenaan):
Diis
i ole
h p
em
bek
al k
and
un
gan
D
iisi o
leh
pe
mo
ho
n &
pe
mb
eka
l kan
du
nga
n
BPF/310-3 BORANG PENGURUSAN KANDUNGAN PORTAL RASMI
BAHAGIAN PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Panduan Pengisian Borang
1. Sila kepilkan cetakan laman/kandungan/dokumen bagi permohonan cipta/pinda kandungan
2. Bagi permohonan pindaan atau penghapusan kandungan sedia ada, sebab permohonan perlu dinyatakan.
3. Kandungan hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu DAN Bahasa Inggeris kecuali bagi kandungan berikut:
a. Petikan akhbar
b. Siaran media, kenyataan akhbar dan ulasan artikel jika dikeluarkan hanya dalam satu bahasa
c. Lain-lain kandungan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Portal BPF KKM
4. Permohonan oleh pemohon bukan dari kalangan pembekal kandungan Portal BPF perlu melalui salah seorang
pembekal kandungan yang dilantik mengikut bahagian masing-masing. Pembekal kandungan ini bertanggung
jawab untuk mengisi maklumat ke dalam sistem manakala pemohon bertanggungjawab menyediakan
maklumat yang lengkap serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap maklumat kandungan yang diberikan.
5. Pemohon adalah terikat dengan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003, Garis
Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan dan Prosedur
Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.
6. Jawatankuasa Pengurusan Portal berhak menambah, meminda atau menarik balik sebarang maklumat dan
kandungan mengikut kesesuaian dari semasa ke semasa.
Senarai Nama Pembekal Kandungan Portal BPF
Penguatkuasaan Farmasi Amalan & Perkembangan Farmasi Pengurusan Farmasi & Pentadbiran
1. Pn. Nurul Hayati Bohari
2. Cik Nur Aziah Mohd Razali
3. Pn. Aimi Zulkifli
4. En. Mohd Bokhari Mohamed Nor
5. Cik Wong Hui Shean
6. Cik Ros Aimi Osman
7. En. Ahmad Zuhri Bin Md Ali
8. Cik Nur Ilyana Binti Mohamad
9. Pn. Sitinor Alina Bt Mohd Rossely
1. Pn. Nik Nuradlina Nik Adnan
2. Pn. Hariana Binti Haris
3. En. Kamarudin Ahmad
4. Pn. Nur Hunaina binti Md.Yusuf
5. Pn. Norazimah Abdul Manan
6. Cik Siti Nurul Fathihah Bt Baharudin
7. En. Mohd. Azuwan B. Mohd Zubir
8. Pn. Norhamizah Mateni
9. En. Tineshwaran Velvanathan
10. Cik Hammira Binti Abdul Razak
11. Cik Umi Kalthum Mohd
12. Cik Noor Liyana Yusup
1. En. Khairul Iman Muzakir
2. En. Mohd Shahril Mat Nordin
3. En. Muhammad Mawardi Bin Zakaria
4. En. Muhammad Syafiq Bin Saleh
5. En. Soon Thien Loong
6. Pn. Azlyna Zainudin
7. En. Muhamad Azlan Bin Bashirun
8. En. Azlan Ahmad
9. Cik Nazeta Binti Jinail
Senarai ini mungkin berubah dari semasa ke semasa. (Kemaskini terakhir: 17 April 2013)
Dapatkan BORANG PENGURUSAN KANDUNGAN PORTAL yang terkini di http://www.pharmacy.gov.my/v2/node/929 atau imbas kod QR di sebelah kiri. Sila rujuk Prosedur Pengurusan Kandungan Portal Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM sebagai panduan di http://www.pharmacy.gov.my/v2/node/776