proses kaunseling egan

68

Upload: azuanamin

Post on 24-Jun-2015

1.600 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 2: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 3: PROSES KAUNSELING EGAN

• Diperkenalkan oleh Gerard Egan, seorang professor dalam bidang Pengajian Psikologi dan Orgranisasi di University Layola, Chicago.

• Beliau juga merupakan, seorang koordinator program di Pusat Perkembangan Organisasi di universiti tersebut.

Page 4: PROSES KAUNSELING EGAN

• Banyak mengajar dan menulis berkenaan dengan komunikasi, kaunseling, pendidikan kaunselor, keberkesanan perniagaan dan pengurusan, perkembangan pengurusan, kepimpinan dan pengurusan inovasi dan perubahan.

• Juga mengendalikan bengkel tentang tajuk-tajuk tersebut di USA dan sekitarnya.

Page 5: PROSES KAUNSELING EGAN

• Selain itu, Egan juga turut menjadi perunding kepada berbagai-bagai syarikat dan institusi di seluruh dunia.

• Beliau telah menerima anugerah daripada Persatuan Universiti (University Association) di atas sumbangan hebat beliau dalam bidang Perkembangan Sumber Manusia.

Page 6: PROSES KAUNSELING EGAN

THE SKILLED HELPER MODEL

• Menurut Egan, model dalam proses menolong adalah seperti PETA yang membantu kaunselor tahu apa yang perlu dilakukan semasa berinteraksi dengan klien.

Page 7: PROSES KAUNSELING EGAN

• Selain itu, model juga berperanan sebagai :-

• pemandu kaunselor dalam menentukan di mana kaunselor berada ketika bersama klien.

• Bantu kaunselor tentukan jenis intervensi / pendekatan terbaik untuk bantu klien

Page 8: PROSES KAUNSELING EGAN

TITIK MULA KEPADA PROSES KAUNSELING

• Egan mengatakan bahawa klien yang menyumbang kepada titik permulaan proses kaunseling.

• Klien akan datang kepada kaunselor untuk bantuan kerana :–Situasi masalah–Potensi yang tidak digunakan.

KLIEN DENGAN SITUASI BERMASALAH DAN PELUANG YANG TIDAK DIGUNAKAN

Page 9: PROSES KAUNSELING EGAN

SITUASI MASALAH(PROBLEM SITUATIONS)

• Klien kebiasaannya hadir untuk mendapatkan bantuan kerana mereka menghadapi

i) krisisii)kesusahaniii)kesukaraniv)kecewav) bimbang

Page 10: PROSES KAUNSELING EGAN

samb

• Kerana ini adalah masalah yang tidak boleh kita samakan dengan penyelesaian masalah matematik kerana dalam hal ini kerap kali emosi bergolak dan tidak ada penyelesaian yang jelas

Page 11: PROSES KAUNSELING EGAN

samb

• (D`Zurilla & Goldfried, Egan G 1990). Adalah lebih baik untuk dinyatakan

bahawaklien hadir bukan dengan masalah tetapidengan situasi masalah“ Situasi masalah ia itu masalah-masalah

yang kompleks dalam kehidupan yang tidak dapat mereka dikendalikan dengan baik”

Page 12: PROSES KAUNSELING EGAN

PELUANG YANG TERLEPAS DAN POTENSI YANG TIDAK

DIGUNAKAN• titik mula untuk membantu.• Dalam hal ini, persoalannya ialah

bukan apa yang salah tetapi apa sepatutnya dilakukan dengan lebih baik

Page 13: PROSES KAUNSELING EGAN

PROSES KAUNSELING

• Egan telah membahagikan proses kaunseling kepada 3 Tahap utama iaitu :

1. Senario Semasa (Present Scenario)2. Senario Dikehendaki (Preferred

Scenario)3. Strategi : Menuju Matlamat (Getting

There)

Page 14: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 15: PROSES KAUNSELING EGAN

TAHAP 1: THE PRESENT SCENARIO(senario sekarang)

• Membantu klien mengenalpasti, meneroka dan menjelaskan situasi masalah dan peluang yang terlepas.

Klien tidak boleh menguruskan masalah atau potensi yang terlepas melainkan ia perlu faham dahulu mengenai situasi masalah dan peluang yang terlepas. Penerokaan dan penjelasan masalah ini berada ditahap 1.

Page 16: PROSES KAUNSELING EGAN

TAHAP 2:PREFERRED SCENARIO(SENARIO YANG DIINGINI)

• Membantu klien membina matlamat, objektif atau agenda berorientasikan tindakan bagi memahami masalah.

Apabila klien sudah memahami akan situasi masalah atau peluang ia akan dapat mengembang dengan lebih jelas Klien yang dirujuk perlu faham tentang perubahan yang dikehendaki oleh individu yang menghantar mereka

Page 17: PROSES KAUNSELING EGAN

TAHAP 3:STRATEGY:GETTINGTHERE

(menuju matlamat)

• Bantu klien bertindak mengikut strategi bagi mencapai matlamatKlien sudah tahu apa yang mesti mereka sempurnakan dan dimana harus bertindak tetapi masih perlu bantuan dalam menentukan bagaimana untuk mendapatkan. Tahap 3 ini adalah tahap perubahan dari situasi semasa kepada situasi dikehendaki. Lebih kepada TINDAKAN

Page 18: PROSES KAUNSELING EGAN

Hasil: Tindakan Yang Lakukan : Semua Tahap

• Membantu klien bertindak berdasarkan kepada apa yang mereka pelajari melalui proses menolong.Kesimpulan

membantu klien bertindak terhadap apa yang telah mereka pelajari dalam proses menolong.Dalam model ini klien perlu bertindak bagi pihaknya bermula dari saat mula sesi hingga tamay, berbeza daripada kebanyakan proses lain yang biasanya dibuat dihujung sesi.Klien yang dirujuk perlu dibantu untuk bertindak kadangkala didesak untuk bertindak. Tidak semudah apa yang kita lihat dalam gambajarah.Model ini adalah sistematik, kejayaan peringkat adalah bergantung kepada kualiti peringkat 1

Page 19: PROSES KAUNSELING EGAN

Tahap 1 : (Mengenalpasti Dan Memperjelaskan Situasi

Masalah Dan Peluang Yang Tidak Digunakan)

Kita jarang meminta bantuan daripada kaunselor professional. Kita mengendalikan masalah dalam urusan kehidupan sama ada berjaya atau tidak, secara sendirian atau dengan bantuan secara tidak rasmi dari keluarga, rakan.

Disebelah pihak. Mereka masih mencari dan tidak dapat berupaya mengendalikan masalah dalam kehidupan mereka dimana mereka tidak mahu berkongsi dengan keluarga, rakan dan merasakan rakan dan keluarga tidak cukup berupaya untuk membantu,

Page 20: PROSES KAUNSELING EGAN

Mereka mungkin akan meminta bantuan sekiranya:Jika masalah itu serius dan benar-benar mengangguJika mereka serius mengenai masalah pengurusan masalah dan mengembangkan peluang.Jika mereka percaya ia benar-benar boleh membantu

Page 21: PROSES KAUNSELING EGAN

• LANGKAH 1-A: PENCERITAAN

Membantu klien menceritakan

kisahnya:

• Kaunselor tidak dapat memberikan perkhidmatan jika klien gagal untuk mengembangkan pemahaman klien tentang kesukaran dan kemungkinan dalam kehidupannya.

Page 22: PROSES KAUNSELING EGAN

• LANGKAH 1-B: BLIND SPOTSBantu klien supaya lebih sedar dan mengatasi

blindspots dan mengembangkan perspektif

baru dalam dirinya dan situasi masalahnya.

Satu perkara penting Kaunselor boleh membantu klien mengenalpasti blind spots mengembang yang baru bagi situasi masalah dan peluang yang tidak terlepas

Ramai orang gagal untuk mengatasi masalah dalam kehidupan mereka atau menggunakankan peluang kerana mereka tidak melihat dari sudut perspektif yang baru.

Page 23: PROSES KAUNSELING EGAN

• LANGKAH 1-C: MENCARI KEKUATANBantu klien mengenalpasti dan bertindak atas

masalah,isu, atau peluang yang boleh

mendatangkan kelainan

Leverage adalah istilah yang digunakan secara

umum bagi langkah 3 ini. Ia merangkumi 3

aktiviti yang berkaitan.Pertama: saranan yang bernilaiKedua: jika klien telah menceritakan kisahnya, mendedahkan/catatkan nombor masalah pada setiap masa atau situasi masalah yang dibincangkan menjadi kompleks, selepas itu criteria diperlukan bagi menentukan perlu dilakukan dahulu.Dengan kata lain kaunselor perlu membantu klien menstabilkan keutamaan dan mencari apa yang terbaik semasa berurusan dengan situasi masalah yang kompleks.

Page 24: PROSES KAUNSELING EGAN

Tahap 2 :(Membangunkan Senario Yang Diingini)

Pada tahap kedua ini pendekatan kearah menguruskan masalah.

Pada kacamata EganAda sesetengah orang mengambil

pendekatan “ satu-tahap” dalam menangani masalah

-Bila berlaku sesuatu masalah terus bertindak .

Ada mengambil pendekatan“ dua-tahap”dalam menguruskan masalah iaitu

1)analisis masalah2)teroka penyelesaian, kemudian bertindak menguruskan masalah atau peluang yang

tidak digunakan

Page 25: PROSES KAUNSELING EGAN

• LANGKAH 2-A: KEMUNGKINAN

Bantu klien mengembangkan

Kemungkinan untuk masa

depan yang baik.

Kaunselor membantu klien melihat

kemungkinan yang akan berlaku

sekiranya keadaan permasalahan

klien menjadi lebih baik.

Page 26: PROSES KAUNSELING EGAN

• LANGKAH 2-B: AGENDABantu klien menterjemahkan kemungkinan

tadi kepada agenda-agenda yang realistic

dan boleh dicapai.

Berbagai kemungkinan boleh dikembangkan

berdasarkan kepada matlamat yang mungkin

diperolehi dalam proses menolong.

 

Page 27: PROSES KAUNSELING EGAN

• LANGKAH 2-C: COMMITMENTBantu klien mengenal pasti galakan yang

membolehkan mereka untuk meningkatkan

komitmen terhadap agenda yang dibentuk.

Sebaiknya klien memilih sendiri agenda

mengikut pandangannya,

Kaunselor yang berkesan akan menyerahkan

tanggungjawab untuk membuat pilihan

kepada klien

Page 28: PROSES KAUNSELING EGAN

MERUMUSKAN STRATEGI DAN RANCANGAN

Page 29: PROSES KAUNSELING EGAN

• Menerangkan bagaimana matlamat hendak dicapai / disempurnakan

• Ada klien yang tahu apa yang mereka inginkan tetapi tidak tahu bagaimana matlamat tersebut hendak dicapai

• Ada pula klien yang bertindak tanpa mengetahui apa sebenarnya yang mereka kehendaki.

Page 30: PROSES KAUNSELING EGAN

• Oleh yang demikian, imej-imej kabur tentang matlamat ini perlu diransang dan klien perlu dibantu agar tindakan mereka mempunyai arah dan tujuan yang betul.

Page 31: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 32: PROSES KAUNSELING EGAN

LANGKAH 1 : SUMBANGSARAN (BRAINSTORMING) STRATEGI

• Membantu klien ‘brainstorm, strategi-strategi untuk melaksanakan agenda ya ng telah dirancang / disenaraikan di dalam Tahap 2

Page 33: PROSES KAUNSELING EGAN

• Di dalam langkah ini, klien dibantu untuk memikirkan bagaimana untuk mencapai matlamat yang telah dirancang berdasarkan strategi-strategi.

• Strategi-strategi ini berkemungkinan untuk menjadi lebih berkesan jika dipilih daripada beberapa kemungkinan yang dinyatakan pada tahap 2.

Page 34: PROSES KAUNSELING EGAN

• ‘Preffered scenario’ adalah matlamat, penamat, kejayaan atau hasil-hasil yang ingin dicapai dalam proses menolong. Sementara strategi pula adalah satu set tindakan yang dibentuk untuk mencapai matlamat tersebut.

• Sekiranya ‘preffered scenario’ ini sesuatu yang kompleks, ia perlu dibahagikan kepada beberapa hasil atau pencapaian yang berkaitan.

Page 35: PROSES KAUNSELING EGAN

• Setiap sub-matlamat ini kemudiannya perlu mempunyai strategi-strategi mereka yang tersendiri.

• Proses ‘divide and conquer’ ini boleh membawa kepada kejayaan dan penyelesaian masalah walaupun pada mulanya kelihatan mustahil.

Page 36: PROSES KAUNSELING EGAN

• Satu sebab mengapa gagal dalam mencapai matlamat adalah kerana mereka tidak meneroka jalan yang berbeza dalam mencapai dan menyelesaikan matlamat.

• Mereka memilih sesuatu strategi tanpa membuat penerokaan yang menyeluruh, mencuba strategi tersebut dan apabila gagal, mereka terus mengatakan matlamat tersebut tidak boleh dilaksanakan.

Page 37: PROSES KAUNSELING EGAN

• Menzahirkan seberapa banyak startegi atau jalan akan meningkatkan kemungkinan untuk salah satu atau kombinasi beberapa strategi yang dibentuk, akan sesuai dengan keadaan klien.

• Dalam peringkat ini, seberapa banyak strategi yang mungkin perlu diteroka.

Page 38: PROSES KAUNSELING EGAN

• Strategi yang kelihatan pelik atau ganjil mungkin akan memberikan klu untuk satu tindakan yang lebih realistik.

• Teknik seperti brainstorming dan fantasi selalunya dapat membantu klien mengenalpasti strategi berbeza untuk mencapai matlamat.

Page 39: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 40: PROSES KAUNSELING EGAN

LANGKAH 2 : MEMILIH STRATEGI YANG TERBAIK

• Membantu klien memilih set strategi yang menepati persekitaran dan keupayaan klien

Page 41: PROSES KAUNSELING EGAN

• Setelah beberapa pilihan tindakan yang berbeza telah dikenalpasti, klien dan kaunselor bersama-sama mengkaji pilihan yang ada dan cuba memilih pilihan yang terbaik, sama ada 1 atau kombinasi beberapa pilihan.

• Terbaik bermaksud strategi atau kombinasi beberapa strategi yang memenuhi kehendak, keutamaan dan kemampuan klien.

Page 42: PROSES KAUNSELING EGAN

• Strategi ini perlu dinilai dari sudut realistik.

• Pilihan yang dibuat juga, perlu dibuat dari sudut nilai klien itu sendiri.

• Realistik ini penting kerana tiada gunanya memilih satu strategi yang pasti akan gagal / tidak dapat dicapai

Page 43: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 44: PROSES KAUNSELING EGAN

LANGKAH 3 : MENUKAR STRATEGI MENJADI

RANCANGAN

• Membantu klien merumus rancangan, iaitu prosedur ‘step by step’ untuk mencapai / melaksanakan setiap matlamat yang dibina dalam ‘preffered scenario’

Page 45: PROSES KAUNSELING EGAN

• Strategi yang nak dipilih perlu diterjemahkan kepada ‘step by step plan’.

• Klien lebih mudah bertindak sekiranya mereka mengetahui apa yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah.

• Tempoh masa yang realistik bagi melaksanakan setiap langkah perlu dititik beratkan.

Page 46: PROSES KAUNSELING EGAN

• Salah satu cabaran bagi model ini ialah tuntutan disiplin dalam menjayakan sesi terletak di atas bahi klien.

• Tanggungjawab kendiri klien masih menjadi nilai utama dalam tahap ini.

• Matlamat, strategi dan tindakan mesti dibuat oleh klien sendiri. Kaunselor hanya membantu untuk meransang klien bertindak.

Page 47: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 48: PROSES KAUNSELING EGAN

• Fungsi perancangan ialah memulakan dan memberi panduan kepada klien dalam bertindak terhadap pengurusan masalah dan pengembangan peluang klien.

• Tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk melaksanakan apa yang dirancang membawa kepada satu proses yang dipanggil ‘transition phase’.

Page 49: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 50: PROSES KAUNSELING EGAN

• Terdapat beberapa perkara yang boleh dibuat oleh kaunselor untuk membantu klien menyediakan diri untuk melaksanakan ‘action program’:

1. bantu klien dalam ‘immediate preparation’ untuk bertindak. “forewarned is forearmed”. Kaunselor membantu klien melihat kesukaran yang mungkin timbul ketika membuat perancangan utk berubah.

Page 51: PROSES KAUNSELING EGAN

2. kaunselor boleh memberi sokongan dan cabaran kepada klien ketika klien bertindak. Klien perlu sokongan dan cabaran dari dalam dirinya sendiri dan juga sokongan dan cabaran dari orang lain. Kaunselor juga boleh mencabar klien untuk berubah mencapai apa yg dirancang dengan menggerakkan kesemua kemampuan yang ada.

Page 52: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 53: PROSES KAUNSELING EGAN

PENILAIAN BERTERUSAN

• Kebanyakkan model menolong, penilaian biasanya dibuat dipenghujung proses.

• Menurut model ini, penilaian ini telah terlewat. Maka kerana itu, penilaian bagi model ini diletakkan di setiap tahap sepanjang proses.

Page 54: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 55: PROSES KAUNSELING EGAN

•Di dalam model ini, penilaian bukanlah langkah atau peringkat akhir proses kaunseling, bahkan ia adalah satu proses yang dilaksanakan secara berterusan

Page 56: PROSES KAUNSELING EGAN

MENGATASI KEKEKOKAN / KEKAKUAN KETIKA MENJALANKAN SESI

• Kaunselor yang baru terlibat dengan sesi kaunseling, kadangkala mengalami kekakuan / kekekokan ketika menggunakan model menolong, kemahiran dan teknik di dalam sesi kaunseling.

Page 57: PROSES KAUNSELING EGAN

• Latihan dan pengalaman diperlukan bagi membolehkan kaunselor menerapkan semua elemen di dalam model ini dengan lancar.

• Langkah-langkah berikut boleh dijadikan panduan bagi membantu tujuan ini :

1.Melihat / meniru (modeling) sesi yang dijalankan oleh kaunselor yang lebih berkemahiran

Page 58: PROSES KAUNSELING EGAN

2. Latihan langkah demi langkah (step by step practice) yang diselia oleh seseorang yang boleh menegur dan memperbaiki sesi yang dijalankan.

3. Latihan lanjutan kemahiran individu di luar sesi latihan.

4. Latihan yang diselia terhadap perjalanan keseluruhan model.

Page 59: PROSES KAUNSELING EGAN

FLEKSIBEL DALAM MENGGUNAKAN MODEL

• Kaunselor baru atau kaunselor yang berpengalaman tetapi kurang berkemahiran, kadang kala akan menggunakan model ini secara terlalu rigid.

• Model ini hanya membantu perjalanan proses. Fleksibel sangat diperlukan ketika sesi berjalan.

Page 60: PROSES KAUNSELING EGAN

URUTAN DAN PERTINDIHAN

• Perjalanan proses yang telah diterangkan sebelum ini hanya satu proses yang dilihat dari sudut dan logik dan ideal. Namun demikian, di dalam kehidupan sebenar, proses menolong tidaklah sebegitu mudah dan teratur.

Page 61: PROSES KAUNSELING EGAN

• Perjalanan proses kaunseling sebenar biasanya tidaklah semudah dan teratur seperti mana yang telah diterangkan sebelum ini.

• Walalupun garis panduan perjalanan proses telah diberikan, kaunselor perlu peka dan bertindak balas dengan realiti sebenar yang berlaku semasa sesi berjalan.

Page 62: PROSES KAUNSELING EGAN

• Tahap atau langkah dalam proses kaunseling mungkin bertindih atau berpatah balik ke belakang demi menyesuaikan apa yang diutarakan oleh klien dengan turutan langkah proses yang diutarakan oleh Egan.

• Keadaan ini dapat diterangkan dengan gambarajah berikut.

Page 63: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 64: PROSES KAUNSELING EGAN
Page 65: PROSES KAUNSELING EGAN

THE ‘STAGE SPESIFIC’ SPEACIALIST

• Ada kaunselor yg berkecenderungan untuk menguasai dan pakar dengan satu-satu tahap.

• Ada yang mahir dan menguasai penerokaan, ada yg pakar dalam membuat konfrontasi dan ada yg pakar dan menguasai tahap tindakan dalam proses kaunseling.

Page 66: PROSES KAUNSELING EGAN

• Kaunselor yang mahir dengan setengah-setengah proses sahaja biasanya bukan sahaja meningkatkan risiko untuk mengabaikan keperluan klien, malahan mereka juga tidak efektif walaupun dalam kepakaran mereka sendiri.

Page 67: PROSES KAUNSELING EGAN

PRINSIP, BUKANNYA FORMULA

• Model yang diperkenalkan ini, adalah satu prinsip asas dalam membantu klien menguruskan hidup mereka dengan lebih berkesan.

• Namun begitu, model ini bukannya satu formula mudah dalam menyelesaikan masalah klien.

Page 68: PROSES KAUNSELING EGAN

• Klien dan kaunselor perlu bekerja sama dalam menterjemahkan prinsip-prinsip dalam model ini kepada cara penyelesaian mengikut kesesuaian kes yang diutarakan klien.