prospek dan dasar - bank negara malaysia | … termasuk singapura. a anggaran r ramalan sumber:...

23
Prospek dan Dasar Persekitaran Ekonomi Antarabangsa Ekonomi Malaysia pada Tahun 2006 Dasar Monetari pada Tahun 2006 Dasar Fiskal pada Tahun 2006 Rencana: Langkah-langkah Penting yang Diumumkan dalam Bajet Tahun 2006 Dasar Sektor Kewangan pada Tahun 2006 92-98 99-106 106-107 107-109 107-108 109-113

Upload: hadung

Post on 09-May-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Prospek dan Dasar

Persekitaran Ekonomi AntarabangsaEkonomi Malaysia pada Tahun 2006Dasar Monetari pada Tahun 2006Dasar Fiskal pada Tahun 2006 Rencana: Langkah-langkah Penting yang Diumumkan dalam Bajet Tahun 2006Dasar Sektor Kewangan pada Tahun 2006

92-9899-106

106-107107-109107-108

109-113

92

Prospek dan Dasar

Jadual 3.1Ekonomi Dunia: Penunjuk Ekonomi Utama

Pertumbuhan KDNK Benar (%) Inflasi (%)

2004 2005a 2006r 2004 2005a 2006r

Pertumbuhan Dunia 5.1 4.3 4.3 – – –Perdagangan Sedunia 10.3 7.0 7.4 – – –

Negara-negara Perindustrian Utama 3.3 2.6 2.6 2.0 2.2 2.0

Amerika Syarikat 4.2 3.5 3.3 2.7 3.4 2.8

Jepun 2.3 2.8 2.5 0.0 -0.3 -0.1

Kawasan euro 2.1 1.3 1.7 2.1 2.2 1.8

United Kingdom1 3.2 1.8 2.0 1.3 2.1 1.9

Asia Timur 7.9 7.2 7.0 ~ 7.2 3.4 3.1 3.3 ~ 3.6

NIE Asia 6.0 4.8 4.6 ~ 4.9 2.3 2.2 2.3 ~ 2.4

Korea 4.6 4.0 5.0 3.6 2.7 3.0

China Taipei 6.1 4.1 4.3 1.6 2.3 1.7

Singapura 8.7 6.4 4.0 ~ 6.0 1.7 0.5 0.5 ~ 1.5

Hong Kong China2 8.6 7.3 4.0 ~ 5.0 -0.4 1.1 2.3

Republik Rakyat China 10.1 9.9 9.4 3.9 1.8 3.0

ASEAN3 6.4 5.4 5.1 ~ 5.9 3.8 5.9 4.8 ~ 6.0

Malaysia 7.1 5.3 6.0 1.4 3.0 3.5 ~ 4.0

Thailand 6.2 4.5 4.8 ~ 5.8 2.7 4.6 3.5 ~ 5.0

Indonesia 5.1 5.6 5.0 ~ 5.7 6.1 10.4 7.0 ~ 9.0

Filipina 6.0 5.1 5.7 ~ 6.3 6.0 7.6 8.0 ~ 8.5

1 Berdasarkan indeks harga pengguna terharmoni Eurostat.2 Inflasi merujuk kepada harga komposit.3 Termasuk Singapura.a Anggaranr Ramalan

Sumber: Tabung Kewangan Antarabangsa, Datastream, OECD Economic Outlook, Sumber daripada pihak berkuasa negara.

PERSEKITARAN EKONOMI ANTARABANGSA

Perkembangan pada Tahun 2005Pada tahun 2005, pengembangan ekonomi global kekalpada kadar yang kukuh sebanyak 4.3%. Pertumbuhanini masih tetap berdaya tahan meskipun dalam keadaanharga minyak yang lebih tinggi, kadar faedah yangmeningkat, ketidakseimbangan yang besar dalamimbangan pembayaran dan gangguan daripadabencana alam. Meskipun ekonomi Amerika Syarikat(AS) dan RR China kekal sebagai pemacu utamapertumbuhan global, pemulihan di Jepun dan kawasaneuro memperoleh momentum pada separuh tahunkedua, seterusnya menyediakan sokongan tambahankepada ekonomi global. Perbelanjaan pengguna adalahmapan, diperkukuh sebahagian besarnya oleh kesankekayaan, terutamanya daripada pasaran perumahanyang memberangsangkan di beberapa ekonomi utama.Perbelanjaan pelaburan terus berkembang,mencerminkan keadaan permintaan yang utuh,

kedudukan kewangan korporat yang lebih matang danpenggunaan kapasiti yang meningkat. Sementara itu,pertumbuhan di rantau Asia kukuh pada separuh tahunkedua apabila trend meningkat kitaran elektronik globalmenjadi nyata. Secara keseluruhan, pertumbuhan globalyang lebih tinggi dicerminkan dalam pengembanganperdagangan dunia yang berterusan, yang meningkatpada kadar yang mantap sebanyak 7%.

Permintaan global yang kukuh juga merupakan faktorpenting dalam memacu harga komoditi global ke tahaplebih tinggi pada tahun 2005. Meskipun keadaan bekalansecara relatif agak terhad dan Taufan Katrina menaikkanharga minyak ke tahap yang belum pernah dicapai padasuku ketiga, prestasi pertumbuhan ekonomi global yangkukuh juga mengekalkan permintaan. Secara keseluruhan,pertumbuhan global mempamerkan daya tahan yang lebihpadu terhadap kejutan tenaga, dengan sebahagian besarkesannya diimbangi oleh peningkatan produktiviti,pertumbuhan pendapatan yang berterusan dan penjanaan

Prospek dan Dasar

93

kekayaan seiring dengan kecekapan tenaga yangmeningkat dan penambahbaikan teknologi sepanjangtempoh dua dekad kebelakangan ini. Oleh itu, walaupunharga minyak dan komoditi yang lebih tinggi memberikansedikit kesan atas inflasi, akibatnya agak sederhanamemandangkan peningkatan produktiviti yang mapan,globalisasi pengeluaran dan kemunculan sumber bekalanyang kompetitif daripada beberapa rantau di seluruh duniamembantu mengurangkan kesan sampingannya.Persekitaran inflasi yang secara relatif terkawalmembolehkan pihak berkuasa kewangan di seluruh duniamenaikkan kadar faedah secara beransur-ansur danberperingkat-peringkat. Aktiviti pasaran kewangan secaraumum meraih manfaat daripada keadaan mudah tunaiyang lebih daripada mencukupi dan pertumbuhanekonomi yang mapan. Pasaran ekuiti di Jepun dan Eropahmencatat peningkatan yang kukuh, mencerminkanprospek bagi pemulihan ekonomi yang berterusan danprestasi korporat yang bertambah baik. Sementara itu,kadar faedah yang meningkat di AS menyokong dolar ASberbanding dengan mata wang utama lain.

Pada tahun 2005, AS terus menerajui pertumbuhan dikalangan negara perindustrian utama. Pertumbuhanadalah menyeluruh, dengan momentum permintaandalam negeri yang teguh, terutamanya hasil sumbanganyang kukuh daripada perbelanjaan penggunaan, yangdisokong oleh pasaran perumahan yang melambung. Disamping itu, keadaan pasaran pekerja yang semakinbertambah baik merangsang lagi perbelanjaanpengguna. Kedudukan kewangan korporat yangmantap, perbelanjaan pelaburan berkaitan perumahandan langkah percukaian untuk menggalakkanpenghantaran balik dana mendorong pengembanganaktiviti pelaburan swasta seterusnya. Meskipun mendapatimpak daripada taufan yang melanda Pantai Teluk, danharga minyak yang mencatat tahap tertinggi, prestasiekonomi AS terus kekal berdaya tahan pada separuhtahun kedua. Keyakinan pengguna, pasaran pekerja danaktiviti perniagaan kembali pulih sejurus selepas impakTaufan Katrina. Dalam sektor kerajaan, defisit fiskalbertambah baik disebabkan hasil cukai yang lebih tinggidan perbelanjaan yang berkurang sedikit. Namun begitu,permintaan dalam negeri yang kukuh berserta hargaminyak yang tinggi mengakibatkan defisit akaun semasayang semakin melebar.

Pemulihan ekonomi di Jepun adalah nyata sepanjangtahun 2005, disokong oleh permintaan dalam negeriyang lebih kukuh dan diperkukuh oleh permintaan luarnegeri pada bahagian penghujung tahun itu.Permintaan dalam negeri di Jepun disokongterutamanya oleh pertumbuhan dalam pelaburan,sementara pemulihan dalam penggunaan didorong oleh

perkembangan yang positif dalam keadaan pasaranpekerja. Sementara itu, prestasi eksport meningkat padaseparuh tahun kedua, sejajar dengan peningkatankitaran elektronik global.

Pemulihan ekonomi dalam kawasan euro lebih kukuhpada separuh kedua tahun 2005, disokong terutamanyaoleh eksport yang lebih besar. Ini menyebabkanperbelanjaan pelaburan meningkat sederhanasementara pengeluaran perindustrian memperolehmomentum. Walaupun keyakinan perniagaanmeningkat dengan ketara pada akhir tahun 2005,seperti yang dicerminkan oleh penunjuk German Ifo danZEW, sentimen pengguna kekal lemah,menggambarkan tahap pengangguran yang kekaltinggi. Namun begitu, pembaharuan berkaitan pekerjamenunjukkan sedikit hasil dari segi kefleksibelanpasaran pekerja yang bertambah baik seperti yangdilihat dalam paras pekerjaan separuh masa dankontrak yang semakin meningkat.

Sementara itu, pertumbuhan di UK perlahan padatahun 2005, memandangkan pengguna dan firmamengekang perbelanjaan penggunaan dan pelaburanekoran keadaan dalam negeri yang lebih lemah akibatpasaran perumahan yang semakin lembap.

Di rantau Asia, pertumbuhan kekal teguh pada 7.2%pada tahun 2005, berikutan kelembapan sektorelektronik yang lebih sederhana daripada yangdijangkakan. Namun begitu, pertumbuhan adalahsederhana sedikit berikutan pertumbuhan yang tinggisebanyak 7.9% pada tahun 2004 dalam keadaanlonjakan harga minyak, kitaran pengetatan monetaridan sedikit kelembapan dalam permintaan IT global. RRChina terus menerajui pengembangan serantau dengananggaran pertumbuhan yang disemak sebanyak 9.9%.Pertumbuhan serantau bersifat menyeluruh, didorongoleh permintaan dalam dan luar negeri.

Pada tahun 2005, eksport meningkat 20% (2004:28.5%). Selepas sedikit kelembapan pada separuhtahun pertama, prestasi eksport meningkat padaseparuh tahun kedua seiring dengan pemulihankitaran teknologi global. Penggunaan swasta terusberkembang pada kadar yang stabil di rantau ini,dengan peningkatan pendapatan mengimbangi impakharga minyak yang lebih tinggi dan dasar monetariyang lebih ketat. Di Korea, penggunaan swastasemakin meningkat, berikutan kedudukan kewanganisi rumah yang bertambah baik sejak terletusnyagelembung kredit pada tahun 2002. Sebaliknya,pelaburan tetap meningkat pada kadar lebihsederhana di beberapa ekonomi serantau. Walau

94

bagaimanapun, pelaburan tetap di RR China terusberkembang dengan pesat meskipun pihak berkuasanyamengambil langkah untuk menyederhanakanpertumbuhan dalam beberapa sektor tertentu.

Lebihan akaun semasa di rantau ini terus kukuh, tetapimempamerkan trend yang menyimpang. Lebihan di RRChina ketara lebih besar, mencerminkan eksport yangberterusan kukuh, tetapi mengecil di sebilangannegara serantau tertentu disebabkan sebahagiannyaoleh impak harga minyak yang tinggi. Ini, bersama-sama dengan trend dalam aliran modal mengakibatkankadar pengumpulan rizab asing sederhana padaseparuh tahun kedua.

Prospek pada Tahun 2006Prospek ekonomi tahun 2006 adalah ke arahpengembangan global yang kekal positif. Keluarandunia dan perdagangan dunia masing-masingdiunjurkan untuk berkembang pada kadar yangkukuh sebanyak 4.3% dan 7.4% pada tahun 2006.Pertumbuhan global dijangka berkembang merentasekonomi utama, dengan ekonomi Jepun dan Eropahmemainkan peranan yang lebih penting. Satu lagiciri yang ketara ialah trend pelaburan yangmeningkat dengan lebih kukuh, yang dapat dilihatdalam beberapa ekonomi utama. Bagi rantau Asia,kitaran menaik elektronik global dijangka semakinpesat berikutan perbelanjaan berkaitan ICT dalamekonomi perindustrian yang lebih tinggi danpermintaan antara rantau yang lebih kukuh.Meskipun rangsangan monetari berkurang akibat

kenaikan kadar faedah, keadaan monetari teruskekal akomodatif terhadap pertumbuhan.

Negara PerindustrianPada tahun 2006, pertumbuhan ekonomi AS dijangkamengekalkan momentum pertumbuhan tahun 2005,dengan KDNK benar meningkat 3.3%. Pelaburandijangka muncul sebagai pemacu pertumbuhan yanglebih kukuh. Kedudukan korporat yang utuh, kapasitipenggunaan yang meningkat dan tahap inventori yangrendah dijangka mendorong perbelanjaan modalseterusnya, terutamanya bagi perbelanjaan yangberkaitan dengan penaikan taraf dan penggantian ICTserta sektor tenaga bagi projek pembinaan semulapascaKatrina. Meskipun pertumbuhan dijangka menjadisederhana sedikit akibat pasaran perumahan yang lebihlembap, namun perbelanjaan pengguna AS akan terusberkembang memandangkan peluang pekerjaan yangbertambah dan pertumbuhan pendapatan dijangkasemakin kukuh pada tahun 2006. Dari segi fiskal,perbelanjaan pembinaan semula pascataufan jugadijangka bakal menyediakan lebih dorongan kepadaekonomi AS. Namun begitu, defisit akaun semasa ASyang besar dijangka semakin melebar, diburukkan lagioleh harga minyak yang tinggi, permintaan dalamnegeri yang mapan dan aliran keluar pembayaranfaedah yang lebih tinggi.

Di Jepun, pemulihan ekonomi dijangka kekal mantap,dengan pertumbuhan pada tahun 2006 dijangkamapan dan melebihi 2% bagi tahun ketiga berturut-turut. Permintaan dalam negeri kekal sebagai pemacupertumbuhan, diterajui oleh pelaburan dan diiringi olehpengembangan penggunaan swasta yang mapan.Pengembangan dalam penggunaan swasta akan

Ekonomi global dijangkamengembang pada kadar yangkukuh sebanyak 4.3% padatahun 2006, dijana olehpertumbuhan yang lebihseimbang di semua negaraperindustrian utama.Pertumbuhan akan disokongoleh peningkatan pelaburandan kitaran elektronik disamping keadaan mudah tunaiyang terus menggalakkan.

AS Jepun Kawasan euro UK

2006r2005a

Graf 3.1 Negara-negara Perindustrian Utama: Pertumbuhan KDNK Benar (2005-2006)

0.0

0.5

1.0

1.5

2.0

2.5

3.0

3.5 3.53.3

2.8

2.5

1.3

1.7 1.82.0

4.0

Perubahan tahunan (%)

a Anggaranr Ramalan

Prospek dan Dasar

95

inflasi yang berpanjangan, yang mungkin disebabkanoleh kenaikan harga minyak yang tinggi mungkinmenghasilkan kadar faedah global yang lebih tinggi.Dalam pasaran kewangan, penjajaran semula mata wangutama yang tidak teratur boleh melembapkan aliranperdagangan dan pelaburan. Namun setakat ini, sistemdan pasaran kewangan antarabangsa telah menunjukkanpeningkatan dalam kapasiti untuk menggunakan semulaaliran modal secara teratur. Selain kebimbangan tersebut,penyebaran wabak selesema burung mungkin mengubahprospek global dan serantau. Walau bagaimanapun,berdasarkan pengalaman dengan SARS, negara serantaulebih bersedia untuk menangani ancaman ini.

Ekonomi Asia TimurSejajar dengan jangkaan peningkatan dalamperdagangan dunia dan persekitaran global yang terusmenggalakkan, pertumbuhan di rantau Asia Timurdiramal kekal kukuh pada 7.0 - 7.2%. Pertumbuhanakan disokong oleh pemulihan dalam sektor elektronikdan pengukuhan yang berterusan dalam permintaandalam negeri. Pertumbuhan di RR China dijangka kekalkukuh berdasarkan sektor eksport yang menggalakkandan langkah-langkah kerajaan untuk mengimbangisemula pertumbuhan dengan mempromosikanpembangunan luar bandar dan penggunaan swasta.Pertumbuhan di negara Asia yang lain juga diunjurkanmeningkat berikutan prospek sektor eksport yang lebihpositif, asas yang semakin kukuh dan prospek pelaburanyang lebih tinggi.

disokong oleh peningkatan yang lebih kukuh dalamkeadaan pekerjaan, upah dan pendapatan, meskipunwujud kekangan akibat rancangan untukmengurangkan elaun cukai individu dan menaikkansumbangan pencen. Pemulihan eksport ke pasaranutama sejak separuh kedua tahun 2005 dijangkaberterusan hingga ke tahun 2006. Sementara itu,pemulihan yang berterusan dalam ekonomi dalamnegeri, juga dicerminkan oleh sektor perbankan danjuga pasaran aset yang bertambah baik.

Dalam kawasan euro, pemulihan ekonomi di Jerman,Perancis, Itali dan Sepanyol dijangka meningkat padatahun 2006. Berikutan ekonomi Itali yang semakinbebas daripada kemelesetan dan pertumbuhan diJerman dan Perancis yang semakin kukuh, KDNK benarsecara keseluruhan, dijangka berkembang 1.7%.Namun begitu, pemulihan, terutamanya di Jerman,yang menyumbang hampir 30% kepada KDNKkawasan euro, terus disokong terutamanya olehpermintaan luar negeri memandangkan penggunaanswasta dalam negeri kekal sederhana. Sementarasentimen perniagaan bertambah baik, sentimenpengguna yang lemah serta kadar pengangguran yangmasih pada tahap yang tinggi, mungkin mengekangprospek pertumbuhan dalam negeri yang lebih kukuhdalam kawasan euro.

Di UK, pertumbuhan KDNK benar diunjurkan kekalsederhana, dan dijangka meningkat 2% pada tahun2006. Penggunaan isi rumah dijangka kekal lembapmemandangkan hutang isi rumah telah mencapai tahaptertinggi dan kesan kekayaan daripada kenaikan hargarumah semakin berkurangan. Sungguhpunperbelanjaan kerajaan dijangka menjadi sederhana padatahun 2006, ia akan terus menyokong pengembanganekonomi di UK memandangkan pelaburan sektorswasta kekal berhati-hati meskipun keuntungankorporat berada pada tahap yang kukuh. Walaubagaimanapun, seiring dengan pemulihan kawasaneuro yang semakin bertambah baik, UK mungkin dapatmeraih manfaat daripada perkembangan ini keranaeksportnya yang kebanyakannya disalurkan ke kawasaneuro, mulai beransur pulih.

Walaupun pertumbuhan global pada tahun 2006dijangka kekal pada kadar yang stabil, terdapat beberaparisiko yang boleh menjejaskan prospek pertumbuhan itu.Risiko kenaikan harga minyak yang tinggi dan berterusanpada tahap yang tinggi itu masih menjadi kebimbangankerana imbangan bekalan-permintaan semakin ketat danketidakpastian geopolitik masih berterusan. Namun,harga minyak yang tinggi sahaja dijangka tidak akanmenjejaskan kestabilan pertumbuhan. Kenaikan dalam

Pertumbuhan ekonomi AsiaTimur dijangkamemberangsangkan padakadar 7.0-7.2%. Iniberdasarkan pemulihan lebihteguh dalam kitaranelektronik global danpermintaan dalam negeriyang terus kukuh.Dalam sektor luar negeri, kitaran elektronik globaldijangka menaik selepas berada pada tahap palingrendah pada pertengahan tahun 2005, dengan inimengekalkan pertumbuhan yang lebih kukuh dalameksport serantau. Pemulihan dijangka menyeluruh, hasilpermintaan yang lebih kukuh terhadap keluaran akhirutama seperti elektronik pengguna, komputer peribadi,telefon mudah alih dan peranti paparan. Sehubunganini, perdagangan serantau bersedia untuk mendapat

96

faedah daripada pemulihan yang lebih kukuh danpasaran dalam negeri di Jepun yang lebih terbuka.

Dalam sektor dalam negeri, permintaan agregat kekal stabil,disokong oleh asas ekonomi yang memberangsangkandalam keadaan pertumbuhan yang terus kukuh. Generasiyang lebih muda dengan kuasa berbelanja mengikutkehendak sendiri dan cita rasa yang menjurus kepadaperalatan elektronik, akan meningkatkan lagi penggunaan.Permintaan swasta akan juga mendapat manfaat daripadapeningkatan sektor runcit moden yang berciri peruncitglobal yang besar sebagai respons kepada polaperbelanjaan yang berubah-ubah. Perkembangan positiflain termasuk potensi yang besar dalam pelanconganberikutan kenaikan dalam pendapatan, pasaran luas yangbelum diterokai, terutamanya RR China dan India disamping perkembangan pesat syarikat penerbangantambang murah. Bagi sesetengah negara, pengiriman wangoleh pekerja yang semakin meningkat memberi kesanpositif dalam menyokong perbelanjaan, mengurangkankemiskinan dan membantu pembangunan di negara asal.Sementara kadar pelaburan di banyak negara masih rendah,tanda-tanda yang wujud kebelakangan ini memberigambaran bahawa terdapat peningkatan dalam trendpelaburan. Ini termasuk penggunaan kapasiti yang tinggi,pertumbuhan dalam import barangan modal, rancanganpelaburan untuk meningkatkan perbelanjaan infrastruktur,memulihkan semula sektor harta tanah dan aliran masukpelaburan langsung asing yang berterusan.

Pada tahun 2006, Ekonomi Perindustrian Baru Asiasebagai satu kumpulan dijangka mencatat

pertumbuhan 4.6 - 4.9% dalam KDNK benar, disokongoleh kekukuhan permintaan dalam negeri dan eksportyang semakin meningkat. Pertumbuhan eksportdijangka semakin teguh berikutan pemulihan sektorelektronik global seterusnya.

RR China akan terus menerajui pertumbuhan di rantauini dengan pertumbuhan KDNK benar dijangkamencapai 9.4% pada tahun 2006. Meskipun eksportakan kekal sebagai pemacu utama, permintaan dalamnegeri akan memainkan peranan yang semakin pentingdalam ekonomi negara itu. Khususnya, dasar cukai yangmenggalakkan seperti pembaharuan cukai pendapatandan pemansuhan cukai pertanian, dan langkah-langkahsokongan yang lain dijangka merangsang penggunaan.Tambahan pula, pembangunan luar bandar dijangkabertambah pesat, dengan pelaksanaan Program LimaTahun RR China ke-11 pada awal tahun 2006. Namun,kebimbangan mengenai kenaikan semula dalampertumbuhan pelaburan aset tetap dan lebihan kapasitidalam beberapa sektor, masih lagi wujud, meskipunlangkah dasar telah diambil untuk memperlahankanpertumbuhan sektor-sektor tertentu.

Di Korea, KDNK benar dijangka mengembang padakadar yang lebih pesat sebanyak 5% pada tahun 2006.Pengembangan ekonomi dijangka didorong oleheksport dan pemulihan dalam permintaan dalam negeri.Pemulihan dalam penggunaan swasta dijangkaberterusan, hasil daripada kemajuan seterusnya dalampenstrukturan semula kedudukan kewangan sektor isirumah, kesan kekayaan yang positif daripada pasaransaham dan pengukuhan keyakinan pengguna.

Pertumbuhan di Hong Kong SAR, diunjurkan pada4 - 5%, diterajui oleh eksport dan penggunaan swasta.Pasaran pekerja yang kukuh dan upah yang meningkatdi samping pasaran perumahan yang bertambah baik,dijangka menyokong perbelanjaan pengguna, lantasmengurangi impak negatif yang timbul akibat kadarfaedah yang tinggi. Sementara itu, pertumbuhan KDNKbenar China Taipei dijangka meningkat ke paras 4.3%,mencerminkan eksport yang lebih tinggi danpenggunaan dalam negeri yang stabil. Prestasi eksportmungkin bertambah baik pada tahun 2006 disebabkanpeningkatan dalam sektor teknologi dan kekukuhanpermintaan AS dan RR China yang berterusan.

Di Singapura, pertumbuhan dijangka mencapai4 - 6%, disokong oleh permintaan global yang kukuhterhadap barangan elektronik dan pasaran pekerja yangbertambah baik, harga aset yang lebih tinggi danketibaan pelancong yang mapan. Dari segi industri,sektor perkilangan dijangka akan didorong oleh kapasiti

2006r2005a

Graf 3.2 Negara-negara Serantau: Pertumbuhan KDNK

a Anggaran r Ramalan

0.0 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0

Republik RakyatChina

Korea

Hong Kong China

China Taipei

Singapura

Thailand

Filipina

Indonesia

Malaysia5.3

5.0 ~ 5.75.6

5.7 ~ 6.35.1

4.8 ~ 5.84.5

4.0 ~ 6.06.4

4.34.1

4.0 ~5.07.3

5.04.0

9.49.9

6.0

Perubahan tahunan (%)

Prospek dan Dasar

97

baru yang akan mula beroperasi dalam industrifarmaseutikal. Pembinaan pusat peranginan bersepadu,pusat kewangan baru dan pengubahsuaian kawasanmembeli belah dijangka merangsang pertumbuhanaktiviti pembinaan, iaitu pengembangan yang pertamabagi sektor ini dalam tempoh tujuh tahun.

Sebagai satu kumpulan, ekonomi ASEAN-41 dijangkaberkembang 5.3 - 5.9% pada tahun 2006.Pertumbuhan di Indonesia dijangka sederhana sedikitdalam julat 5 - 5.7%. Perbelanjaan pengguna akanterus disokong oleh guna tenaga yang stabil danpendapatan boleh guna yang meningkat dalampersekitaran kadar inflasi dan kadar faedah yang lebihtinggi. Satu lagi faktor pertumbuhan yang utama ialahpeningkatan pelaburan, berikutan langkah-langkahuntuk menyokong perbelanjaan infrastruktur dankemajuan pembaharuan rangka kerja pengawalseliaandan undang-undang percukaian yang berterusan bagimemperbaiki iklim pelaburan. Di Thailand,pertumbuhan KDNK benar dijangka kekal sekitar4.8 - 5.8%. Pengembangan ekonomi akan disokongoleh pemulihan industri elektronik global, seiringdengan prospek untuk eksport pertanian yang lebihtinggi berikutan cuaca yang bertambah baik danpemulihan dalam industri pelancongan. Sementara itu,pelaburan juga dijangka meningkat denganperlaksanaan projek mega bagi beberapa tahun yangakan datang. Pertumbuhan KDNK benar di Filipinapula diunjurkan berkembang 5.7 - 6.3%. Keluaranpertanian dijangka kembali pulih daripada kesan burukmusim kemarau tahun 2005, sementara penggunaanswasta dijangka dapat dikekalkan oleh aliran masukkiriman wang yang kukuh daripada pekerja di luarnegara. Jurang fiskal diunjurkan terus mengecil kepada2.2% daripada KDNK pada tahun 2006 berikutanpengenalan cukai ditambah yang diperluaskan.

Meskipun harga minyak yang tinggi masih menjadi puncakebimbangan, impaknya terhadap rantau ini, sehinggakini, agak sederhana. Walau bagaimanapun, tekananinflasi kekal disebabkan potensi kesan sampingandaripada Indeks Harga Pengeluar terutama di negaraASEAN. Di samping itu, meskipun terdapat sedikitkenaikan harga baru-baru ini, kesan sampingan hargaminyak yang lebih tinggi masih tidak sepenuhnya dibeberapa negara yang memberikan subsidi bahan api.

Prospek pertumbuhan pada tahun 2006 juga terdedahpada risiko wabak selesema burung. Impak ekonomikeseluruhan dijangka kecil, jika wabak itu dibendungmemandangkan sektor ayam itik mencakupi bahagiankecil KDNK bagi negara yang terjejas. Namun begitu,

wujud kebimbangan bahawa strain selesema tersebutmungkin bermutasi ke dalam bentuk yang menyebabkanberlakunya jangkitan dari manusia ke manusia danmengakibatkan kematian dan kos ekonomi lain yanglebih tinggi. Impaknya terhadap pertumbuhan serantaumungkin lebih ketara daripada Sindrom Pernafasan Akutyang Teruk (SARS) disebabkan oleh kadar mortaliti yanglebih tinggi dan penularan ke kawasan geografi yanglebih luas. Sekiranya berlaku wabak, bagi negara yanglebih terbuka perdagangannya, pergantungan padapelancongan dan juga kepadatan penduduk yang akanpaling teruk terjejas.

Kadar Faedah dan Kadar Pertukaran Mata WangPada tahun 2005, dasar monetari di negaraperindustrian utama kekal akomodatif. Memandangkanpertumbuhan ekonomi yang mapan dan peningkataninflasi yang disebabkan terutamanya oleh harga tenagayang semakin tinggi, beberapa bank pusat mulamenaikkan kadar faedah dengan berturut-turutdaripada paras yang rendah menjurus ke arah pendirianyang lebih neutral.

Di AS, dalam persekitaran pertumbuhan yangmemberangsangkan dan kebimbangan terhadap tekananinflasi, Federal Reserve Board (Fed) AS menaikkankadar faedah lapan kali sebanyak 25 mata asas setiap kalisepanjang tahun 2005, menjadikan kadar Federal Funds4.25% pada akhir tahun. Dalam pernyataan bulanDisember, pihak Fed memansuhkan perkataan'akomodatif' yang sering diulang-ulang dalampernyataan dasarnya, justeru memberi isyarat bahawakadar telah meningkat semakin hampir kepada parasneutral daripada paras rendah 1% sejak pertengahantahun 2004. Di kawasan euro, European Central Bankmenaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada2.25% pada bulan Disember 2005 dalam keadaanpengembangan bekalan wang dan pertumbuhan kreditbagi sektor swasta. Sebaliknya, di UK, perbelanjaanpengguna yang lebih rendah dalam keadaan pasaranperumahan yang lemah mengakibatkan Bank ofEngland menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mataasas kepada 4.50% pada bulan Ogos 2005.

Sepanjang tahun 2005, dengan kadar faedah jangkapendek rasmi (kadar panggilan semalaman tanpa cagaran)hampir kosong peratus di Jepun, Bank of Japan (BOJ)meneruskan penggunaan langkah-langkah kelegaankuantitatif, yang diperkenalkan lima tahun lalu, untukmenyuntik mudah tunai dalam sistem perbankan bagimembendung tekanan deflasi. Sasaran langkah kelegaankuantitatif untuk baki akaun semasa bank perdagangandan institusi kewangan di BOJ adalah antara 30-35 trilionyen (2001: 6 trilion yen) pada penghujung tahun 2005.1 Merujuk pada Indonesia, Thailand, Malaysia dan Filipina.

98

Pada tahun 2005, negara serantau menaikkan kadarfaedah secara menyeluruh sejajar dengan perkembanganglobal. Meskipun kadar kenaikannya berbeza dari satunegara ke negara yang lain, tindakan ini bertujuan untukmembendung tekanan inflasi dan membatasi kesanpusingan kedua dalam menghadapi kenaikan hargaminyak di samping pemansuhan subsidi bahan api.Negara yang telah menaikkan kadar faedah termasukIndonesia, Thailand, India, Filipina dan China Taipei.Sementara itu, Singapura mengekalkan dasar ‘naik nilaisederhana dan beransur’ bagi dolar Singapura.

Pada tahun 2006, bila dan magnitud langkah dasarmonetari itu bergantung pada faktor khusus bagisesebuah negara, termasuk kekukuhan pertumbuhanekonomi, jangkaan inflasi, pergerakan kadar pertukaranasing dan prestasi pasaran kewangan.

Sepanjang tahun 2005, dalam pasaran pertukaranmata wang asing, dolar AS menambah nilai dengan

ketara berbanding dengan tiga mata wang utama, iaitueuro, paun sterling dan yen, lantas berubah arahdaripada susut nilai yang dicatatkan pada tahun 2004.Faktor utama yang menyumbang kepada keutuhandolar AS ialah kebezaan hasil yang memihak kepadadolar AS dan prestasi ekonomi yang secara relatif lebihkukuh di AS.

Secara keseluruhan, jika diukur dari sudut wajaranperdagangan2, dolar AS menambah nilai sebanyak 3.5%sepanjang tahun 2005. Khususnya, peningkatan nilaidolar AS amat ketara berbanding dengan euro (10%),paun sterling (13%) dan yen (13%). Kadar naik nilaiberganda yang dicatat oleh dolar AS berbanding dengantiga mata wang utama adalah yang paling kukuh sejaktahun 1999. Dengan dolar AS yang lebih kukuh, euromengakhiri tahun 2005 pada kadar E1=USD1.1849sementara yen pula pada kadar USD1=¥117.75. Susutnilai yen juga terus terjejas oleh aliran keluar yang kukuhdaripada pelabur tempatan berikutan peningkatankeinginan terhadap aset kewangan asing disebabkankeyakinan pelabur yang meningkat ekoran pemulihanekonomi Jepun yang berterusan.

Di rantau Asia, sementara prestasi kadar pertukaranbercampur-campur, mata wang serantau terusmempamerkan kefleksibelan yang bertambahberbanding dengan dolar AS. Antara mata wangserantau, peso Filipina mencatat peningkatan nilai yangpaling tinggi sebanyak 6% berbanding dengan dolar AS,disokong oleh aliran masuk kiriman wang yang tertinggidan kedudukan fiskal negara yang bertambah baik. WonKorea dan RMB masing-masing menambah nilai kira-kira2.6% dan 2.5% berbanding dengan dolar AS. Bagi RMB,selepas naik nilai sebanyak 2.1% berikutan perubahandalam rejim kadar pertukaran mata wang, RMBmenambah nilai lagi sebanyak 0.5%. Walaubagaimanapun, mata wang serantau lain menyusut nilaiberbanding dengan dolar AS, dengan rupiah Indonesiamencatat susut nilai terbesar sebanyak 6%.

Pada tahun 2006, pergerakan dolar AS berbandingdengan tiga mata wang utama dijangka didorong olehbeberapa faktor. Ini termasuk tanggapan pelaburterhadap kebezaan kadar faedah dan prestasipertumbuhan, laluan ke arah penyelarasan dalamketidakseimbangan global, prestasi pasaran ekuiti danbon dan pembahagian semula aset global antara matawang utama. Selain itu, isu yang berkaitan trend inflasidan premium risiko geopolitik yang khusus bagisesebuah negara juga boleh mempengaruhi sentimenterhadap mata wang utama.

200120001999 2002 2003 2004 20062005

Graf 3.3 Negara-negara Perindustrian Utama: Kadar Faedah RasmiKadar, %

0

1

2

3

4

5

6

7

United Kingdom(Kadar berian pinjaman asas)

Amerika Syarikat(Kadar dana Persekutuan)

Jepun(Kadar semalaman)

Kawasan Euro(Kadar pembiayaan semula)

2.50

4.50

0.0

4.50

1999 2000 2001 2002 2003 2004 20062005

Euro, Sterling Yen

Graf 3.4 Pergerakan Dolar AS berbandingMata Wang Utama

USD/£

USD/Euro

¥/USD

0.80

1.00

1.20

1.40

1.60

1.80

2.00

100

105

110

115

120

125

130

135

140

2 Indeks nominal menyeluruh Federal Reserve Board AS.

Prospek dan Dasar

99

EKONOMI MALAYSIA PADA TAHUN 2006

Ekonomi Malaysia dijangka terus kukuh pada tahun2006. KDNK benar dijangka meningkat pada kadaryang lebih pesat, iaitu 6%, didorong oleh eksport yangkukuh dan permintaan dalam negeri yang berdayatahan. Kitaran meningkat bagi separa konduktor global,pertumbuhan global yang mapan dan harga komoditiutama yang lebih tinggi dijangka memberikankesan positif atas eksport serta penggunaan danpelaburan swasta.

Penunjuk semasa menyarankan bahawa peningkatanindustri separa konduktor global yang bermula padaseparuh kedua tahun 2005 akan menjadi lebih pesatpada tahun 2006. Malaysia dijangka mendapatfaedah daripada perkembangan yang menggalakkan

tanpa menjejaskan kemapanan fiskal jangka panjang.Pada tahun 2006, harga dijangka meningkat, didorongterutamanya oleh faktor tolakan kos. Namun begitu,inflasi dijangka kekal pada paras yang terurus padatahun 2006 kerana pengembangan kapasiti danpeningkatan produktiviti ekonomi dalam negeri akanmembantu membendung tekanan harga. Oleh itu,dasar monetari akan terus menyokong pertumbuhan.Walaupun terdapat risiko yang boleh menjejaskanpertumbuhan, asas makroekonomi yang kukuh dankepelbagaian struktur ekonomi akan memberikan dayaketahanan ekonomi.

Permintaan Dalam NegeriFaktor-faktor yang telah menyokong permintaandalam negeri pada tahun 2005 dijangka terus memberirangsangan pada tahun 2006. Permintaan dalamnegeri agregat dijangka terus meningkat 5.9% padatahun 2006, dengan perbelanjaan sektor swasta terusmenjadi pendorong utama. Penggunaan swastadijangka meningkat 6.8%, mengatasi kadarpertumbuhan keseluruhan buat tahun ketujuhberturut-turut. Pengguna dijangka mendapat manfaatdaripada pendapatan yang lebih tinggi berikutanprospek ekonomi dan keadaan pekerjaan yangbertambah baik, serta harga komoditi utama yanglebih tinggi. Biarpun kadar faedah telah meningkat,kemampuan sektor isi rumah untuk meminjam tidakterjejas kerana kadar faedah kekal di paras yangrendah. Meskipun hutang isi rumah semakinmeningkat, kemampuan sektor itu membayar balikhutang dijangka kekal mapan ekoran suasanapendapatan boleh guna isi rumah yang terusmeningkat. Secara relatif, penduduk Malaysia yangterdiri daripada golongan pekerja muda lebihcenderung untuk berbelanja, seterusnya menyokongpermintaan pengguna. Oleh itu, pertumbuhanpenggunaan dijangka didorong terutamanya olehpertumbuhan pendapatan dan faktor demografi,dengan keadaan kredit memainkan peranan sokongan.Walaupun pertumbuhan penggunaan kekal tinggi,nisbah penggunaan swasta semasa kepada KDNK(43.7%) di Malaysia masih merupakan antara nisbahyang terendah di dunia. Kesemua penunjuk inimemperlihatkan bahawa penggunaan swasta akanterus meningkat.

Sementara penggunaan swasta merupakan sumberpenting pertumbuhan, namun pelaburan swastapula memainkan peranan sokongan yang semakin kuatdalam mengekalkan pertumbuhan ekonomi untukjangka masa yang lebih panjang. Pada tahun 2006,permintaan luar dan dalam negeri yang menggalakkanakan mendorong pelaburan swasta untuk meningkat

Pertumbuhan dijangka teruskukuh pada tahun 2006. KDNKbenar dijangka meningkatpada kadar yang lebih pesat,iaitu 6% didorong oleheksport yang kukuh danpermintaan dalam negeri yangkekal berdaya tahan. Sektorswasta akan terus menjadipendorong utamapertumbuhan bagi tahunkeempat berturut-turut.

ini dengan pertumbuhan eksport perkilangan yanglebih kukuh, terutamanya dalam segmen komputerdan separa konduktor. Permintaan dalam negeri akandipacu oleh sektor swasta buat tahun keempatberturut-turut memandangkan perbelanjaan sektor isirumah akan kekal sebagai sumber pertumbuhan yangpenting. Sama pentingnya, pengembangan yangberterusan dalam pelaburan swasta akan memastikankemapanan pertumbuhan dalam jangka masapanjang melalui pengembangan stok modal yangproduktif. Sehubungan ini, usaha akan digiatkan lagiuntuk meningkatkan sumbangan pelaburan swastakepada pertumbuhan.

Tumpuan Kerajaan akan terus diberi kepadapengukuhan kedudukan fiskal dengan matlamatutamanya untuk menyokong pertumbuhan ekonomi

100

10%. Dengan kedudukan kewangan sektor korporatmeningkat dengan stabil, firma-firma akan terus berupayamembiayai pelaburan mereka dengan menggunakan danayang dijana secara dalaman. Di samping itu, keadaanpasaran kewangan terus kondusif bagi firma untukmenggunakan atau memasuki pasaran modal untukmembiayai pelaburan mereka. Menyedari betapapentingnya pelaburan swasta dalam jangka masa panjang,usaha telah diambil untuk meningkatkan sumbanganpelaburan swasta kepada pertumbuhan. Kerajaan terusmemberi penekanan terhadap penambahbaikan saluranpenyampaian sektor awam dan mengambil langkahmengurangkan kos pengendalian perniagaan. Insentifpelaburan khusus untuk setiap pelabur diwujudkan bagimenarik pelaburan daripada industri berteknologi tinggidan berintensif pengetahuan, khususnya di bidangpertumbuhan baru dalam sektor pertanian, perkilangan

dan perkhidmatan. Penekanan yang lebih serius telahdiberi kepada pembangunan sumber manusia bagimemenuhi keperluan industri baru itu. Menyedaripersaingan global yang semakin meningkat , Kerajaan jugamemperhebat galakan pelaburan dalam negeri,terutamanya pelaburan oleh PKS.

Pertumbuhan pelaburan swasta dijangka lebih menyeluruhpada tahun 2006 dengan sejumlah besar perbelanjaandijangka disalurkan kepada sektor perkilangan danperkhidmatan serta industri minyak dan gas. Perbelanjaanmodal dalam sektor perkilangan yang mencakupi satupertiga daripada jumlah pelaburan swasta, dijangkamencatat pertumbuhan yang kukuh, disokong olehpeningkatan dalam industri separa konduktor sertapenggunaan kapasiti yang tinggi dalam sektor itu. Firmaperkilangan, terutamanya industri E&E serta kimia dankeluaran kimia dijangka menambah pelaburan untukmempertingkatkan kecekapan dan produktiviti bagimemenuhi permintaan yang lebih kukuh. Di samping itu,penekanan Kerajaan terhadap projek teknologi tinggi danberkemahiran lebih tinggi dijangka meningkatkanpelaburan dalam projek nilai ditambah yang tinggi. Nisbahintensiti modal yang kekal tinggi bagi projek perkilanganyang diluluskan sejak tiga tahun yang lepas, yangberpurata RM324,136 (2000-2002: purata RM315,249)mencerminkan anjakan berterusan ini dalam menuju kearah pengeluaran nilai ditambah yang lebih tinggi.

Dalam sektor perkhidmatan, pelaburan yang dijangkalebih besar diperoleh daripada subsektor

Sementara penggunaanswasta kekal sebagai sumberutama pertumbuhanpermintaan dalam negeri,namun pertumbuhanpelaburan swasta akan lebihmenyeluruh, meliputikebanyakan sektor dalamekonomi.

Jadual 3.2KDNK Benar mengikut Perbelanjaan (1987=100)

2005a 2006r 2005a 2006r

Perubahan tahunan Sumbangan kepada pertumbuhan(%) KDNK benar (mata peratusan)

Permintaan dalam negeri1 7.3 5.9 6.6 5.5Perbelanjaan sektor swasta 9.5 7.4 5.7 4.6

Penggunaan 9.2 6.8 4.5 3.4Pelaburan 10.8 10.0 1.2 1.2

Perbelanjaan sektor awam 3.1 3.0 0.9 0.9Penggunaan 5.9 3.2 0.9 0.5Pelaburan 0.4 2.7 0.1 0.4

Perubahan dalam stok -2.9 1.0

Eksport bersih barangan dan perkhidmatan 19.3 -5.4 1.5 -0.5Eksport 8.4 8.9 9.8 10.7Import 7.6 10.0 8.3 11.2

Keluaran Dalam Negeri Kasar Benar 5.3 6.0 5.3 6.0

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.1 Tidak termasuk stok.a Awalanr Ramalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Prospek dan Dasar

101

telekomunikasi, pengangkutan dan utiliti. Dalamsubsektor telekomunikasi, pengendali telefon selularswasta dijangka terus melabur untuk meningkatkankapasiti rangkaian dan mempertingkatkan kemudahanjalur lebar berikutan jangkaan kenaikan permintaanterhadap perkhidmatan penyiaran generasi ketiga (3G).Perbelanjaan modal dalam industri perkhidmatanpengangkutan juga dijangka bertambah terutamanyaprogram menambah bilangan pesawat oleh syarikatpenerbangan dan pembangunan kemudahanpelabuhan. Dalam sektor utiliti, perbelanjaan modaldijangka kekal tinggi hasil penambahbaikan loji rawatanair dan pengagihan yang sedang berjalan sertapembangunan loji jana kuasa yang akan beroperasidalam tempoh dua tahun akan datang.

Pelaburan dalam sektor perlombongan dijangkameningkat dengan kukuh berikutan perbelanjaan modalyang lebih tinggi oleh syarikat minyak swasta yangberoperasi di Malaysia. Perbelanjaan untuk cari gali dantinjauan diterajui terutamanya oleh syarikat yang terlibatdalam penerokaan laut dalam dan laut sangat dalam,manakala syarikat yang terlibat dalam penerokaanbukan laut dalam pula beralih daripada aktiviti cari galikepada aktiviti pembangunan dan pembinaankemudahan pengeluaran. Perbelanjaan modal dalamsektor pembinaan pula akan disokong oleh projekpembinaan jalan raya yang diswastakan yang masihberjalan dan projek-projek perumahan.

Pada tahun 2006, perbelanjaan awam dijangkameningkat sederhana apabila pelaksanaan RancanganMalaysia Kesembilan bermula pada bulan April 2006.Penggunaan awam dijangka meningkat sederhanasebanyak 3.2% disebabkan terutamanya olehperbelanjaan atas bekalan dan perkhidmatan yang lebihtinggi untuk terus memperbaiki sistem penyampaiansektor awam bagi menyokong aktiviti sektor swasta.Pengurusan perbelanjaan berhemat oleh Kerajaanmemberikan kefleksibelan kepada Kerajaan untukmemberi tumpuan kepada usaha pembangunan bandardan luar bandar. Peruntukan perbelanjaanpembangunan terbesar pada tahun 2006 adalah untuksektor ekonomi, iaitu untuk pembangunan danpenambahbaikan sektor pertanian, industri daninfrastruktur bagi mencapai pembangunan ekonomiyang seimbang dan komprehensif. Sementara itu,peruntukan perkhidmatan asas yang lebih baik, sepertipendidikan, penjagaan kesihatan dan perumahan, kekalsebagai agenda utama pembangunan sektor sosial.Berikutan pengembangan yang kukuh pada tahunlepas, perbelanjaan modal oleh PABK dijangkameningkat lagi pada tahun 2006, walaupun pada kadaryang lebih perlahan. Sejumlah besar daripada

perbelanjaan modal tersebut akan dibuat oleh tiga PABKterbesar, iaitu Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS),Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom MalaysiaBerhad (TM). Perbelanjaan modal PETRONAS terusdikuasai oleh aktiviti pelaburan huluannya berikutanpenemuan baru medan minyak dan gas pada tahun-tahun kebelakangan ini dan termeterainya kontrakperkongsian pengeluaran baru. Penambahbaikan danpengembangan infrastruktur telekomunikasi danpenjanaan serta pengagihan kuasa masing-masing akanmenjadi aktiviti pelaburan utama bagi TM dan TNB.Hasilnya, pelaburan awam dijangka meningkat 2.7%.

Prospek Mengikut SektorDari segi penawaran, pertumbuhan pada tahun 2006dijangka menyeluruh dan seimbang, disokong olehpengembangan dalam semua sektor ekonomi, termasukpembinaan. Dua sektor utama, iaitu sektor perkilangandan perkhidmatan akan menyumbang kira-kira 5.7 mataperatusan daripada pertumbuhan 6% dalam KDNK danmencakupi kira-kira 90% daripada ekonomi.Pertumbuhan sektor perkilangan dijangka kukuh sejajardengan peningkatan kitaran separa konduktor globalmanakala sektor perkhidmatan dijangka mengekalkanprestasi kukuh kerana sokongan aktiviti berkaitanperdagangan yang lebih tinggi, dan peningkatan yangberterusan dalam aktiviti penggunaan dan perniagaan.Sektor komoditi dijangka melihat pertumbuhan yang lebihmenyeluruh dengan peningkatan dalam pengeluarangetah, minyak mentah dan segmen pertanian lain,manakala pengeluaran minyak sawit mentah akanmengalami konsolidasi selepas mencatat pertumbuhankukuh selama tiga tahun. Sektor pembinaan dijangkamencatat pertumbuhan positif seiring dengan peningkatandalam segmen kejuruteraan awam.

Pertumbuhan pada tahun2006 dijangka menyeluruhdan seimbang serta disokongoleh pengembangan dalamsemua sektor ekonomi,termasuk pembinaan.Pertumbuhan nilai ditambah sektor perkilangan dijangkabertambah kukuh pada 7% pada tahun 2006 (2005:4.9%). Pertumbuhan akan diterajui oleh segmen elektronikdan elektrik (E&E), dan diperkukuh lagi oleh permintaan luarnegeri yang kukuh terhadap keluaran berasaskan sumberseperti keluaran kimia, petroleum dan getah. Dalam industriberorientasikan pasaran dalam negeri, jangkaan prestasiindustri berkaitan pembinaan yang bertambah baik akanterus menyokong pengembangan sektor itu.

102

Dalam sektor E&E, penilaian terkini mendapati bahawapemulihan industri separa konduktor global yangbermula semenjak pertengahan tahun 2005 akan teruskukuh pada tahun 2006. Pandangan tentang kitaranmenaik dalam sektor ini disokong oleh penunjuk masahadapan seperti peningkatan dalam nisbah book-to-bill bagi kelengkapan separa konduktor semenjakbulan Mac 2005, dan pertumbuhan mapan dalamtempahan baru dan tempahan yang belum dipenuhiuntuk elektronik di AS. Pakar industri turut berkongsipandangan yang sama, iaitu pemulihan dijangkasederhana dan mapan, dengan jualan separakonduktor global dijangka berkembang 7.9 ~ 9.5%pada tahun 2006 dan 7 ~ 10.6% pada tahun 2007(2005: 6.8 ~ 7%). Kitaran semasa akan disokong olehpermintaan yang memberangsangkan dari rantau AsiaPasifik, terutamanya bagi peralatan elektronikpengguna dan pelaburan berkaitan ICT yang lebihkukuh di negara perindustrian.

Kitaran menaik dalam sektor separa konduktor globalpada tahun 2006 dijangka menyeluruh hasil doronganpengembangan dalam kesemua segmen produk,termasuk komputer, alat elektronik pengguna,komunikasi dan automotif. Penggunaan cip yang lebihmeluas, terutamanya dalam segmen automotif sertakandungan cip yang lebih tinggi dalam peralatanelektronik akan terus menyokong permintaan globalterhadap separa konduktor. Memandangkan daya saingMalaysia yang kuat dalam segmen komputer dan separakonduktor, ini akan membolehkan Malaysiamemanfaatkan pertumbuhan menyeluruh yang bakalberlaku pada tahun 2006. Pada tahun tersebut,pelaburan semula yang berterusan dalam E&E danprojek pengembangan yang dilaksanakan oleh syarikatelektronik multinasional di Malaysia akan meningkatkankapasiti pengeluaran serta membolehkan Malaysiamendapat manfaat daripada trend menaik dalamindustri separa konduktor global.

Sektor perkhidmatan akan kekal kukuh pada tahun2006 dengan mencatat pertumbuhan sebanyak 6%.Pada tahun ini, pertumbuhan sektor perkhidmatan akanditerajui oleh segmen perkhidmatan pengantara,sementara segmen perkhidmatan akhir akanberkembang pada kadar sederhana sejajar dengan trendpenggunaan swasta.

Dalam segmen perkhidmatan pengantaraan, jangkaanpertumbuhan yang lebih tinggi dalam eksportperkilangan dan perdagangan antara rantau akan terusmemperkukuh pertumbuhan subsektor pengangkutan,penyimpanan dan komunikasi. Apa yang penting, aktivitiberkaitan perdagangan seperti logistik dan perkhidmatanlain yang berkaitan dengan pengangkutan seperti aktivitipelabuhan dan pengangkutan muatan diramalmenyokong pertumbuhan sektor pengangkutan. Ini jugamerupakan sebahagian daripada aktiviti yang berkaitandengan perkilangan yang akan diberi penekanan dibawah Pelan Induk Perindustrian Ketiga, yang akandilaksanakan mulai tahun 2006 sehingga 2020.Sementara itu, industri telekomunikasi pula akan terusmeningkat dengan kukuh didorong terutamanya olehsegmen selular berikutan bertambah besarnya jumlahpelanggan dan pengembangan dalam perkhidmatangenerasi ketiga (3G) oleh syarikat telekomunikasi utama.

Sementara itu, permintaan bagi pembiayaanperdagangan dan jenis kredit yang lain oleh sektorperniagaan, khususnya daripada perusahaan kecil dansederhana (PKS), dijangka meningkat sejajar denganpertumbuhan sektor perkilangan dan aktivitiperdagangan yang pesat. Di samping produk danperkhidmatan kewangan yang inovatif yang ditawarkanoleh sektor perbankan, aktiviti pemberian pinjamanyang lebih tinggi akan meningkatkan pendapatanfaedah dan pendapatan berasaskan fi. Jangkaanpenubuhan lebih banyak bank Islam dan syarikat takafulpada tahun 2006 akan terus meningkatkanpertumbuhan dalam subsektor kewangan, insurans,harta tanah dan perkhidmatan perniagaan. UsahaKerajaan menggalakkan pertumbuhan bidang baru,seperti perkhidmatan berkaitan teknologi maklumat danperkhidmatan perkongsian serta aktiviti penggunaansumber luar, termasuk penggunaan sumber luar bagiproses perniagaan, juga dijangka memberi hasil yangpositif dan menyumbang kepada pertumbuhan yanglebih tinggi dalam segmen perkhidmatan perniagaan.

Segmen perkhidmatan akhir dijangka berkembang padakadar yang sederhana sejajar dengan aktiviti penggunaanswasta pada tahun 2006. Namun begitu, aktivitipelancongan dijangka bertambah pesat berikutan aktivitipromosi besar-besaran oleh sektor awam dan swasta

Jadual 3.3KDNK Benar mengikut Sektor (1987=100)

2005a 2006r

Perubahan tahunan (%)

Pertanian 2.1 2.0

Perlombongan 0.8 5.0

Perkilangan 4.9 7.0

Pembinaan -1.6 1.0

Perkhidmatan 6.5 6.0

KDNK Benar 5.3 6.0

a Awalanr Ramalan

Sumber: Jabatan Perangkaan MalaysiaBank Negara Malaysia

Prospek dan Dasar

103

dalam persediaan menghadapi Tahun Melawat Malaysia(TMM) 2007. Kerajaan meletakkan sasaran ketibaansebanyak 17.5 juta pelancong pada tahun 2006 dan lebihdari 20 juta pelancong semasa TMM 2007 (2005:jangkaan sebanyak 16.4 juta). Hasilnya, perbelanjaan lebihtinggi oleh pelancong dan sektor isi rumah akanmenyokong subsektor perdagangan borong dan runcit,hotel dan restoran, yang dijangka berkembang pada kadaryang mapan sebanyak 6% pada tahun 2006. Sektorperkhidmatan akan terus menjadi antara pemacupertumbuhan utama di samping sektor perkilangan, dalammenyokong pertumbuhan ekonomi keseluruhan.

Sektor pertanian dijangka mencatat pertumbuhan 2%pada tahun 2006. Minyak sawit mentah yang mencakupikira-kira satu pertiga daripada nilai ditambah sektorpertanian, dijangka tumbuh sebanyak 1.6% (2005: 7%).Pengeluaran dijangka terjejas oleh kitaran menurundalam kadar hasil selepas mencapai pertumbuhanpengeluaran yang kukuh selama tiga tahun berturut-turut. Pengeluaran yang sederhana juga sebahagiannyadisebabkan oleh jangkaan pertambahan yang lebihperlahan dalam kawasan matang (+0.9%; 2005: 5.3%).Sebaliknya, pengeluaran getah dan pengeluaranpertanian lain dijangka pulih daripada prestasi lemahpada tahun 2005 akibat cuaca buruk. Pengeluaran getahdijangka meningkat 2.3% kepada 1.15 juta tan padatahun 2006 kerana pekebun kecil mempergiat lagi aktivitipenorehan, didorong jangkaan harga getah yang kukuh.

Pertumbuhan dalam sektor perlombongan dijangkabertambah kukuh kepada 5% pada tahun 2006,didorong terutamanya oleh jangkaan peningkatandalam pengeluaran minyak mentah (termasukkondensat: 3.9%, 2005: -4.9%). Pertumbuhan jugaakan disokong oleh peningkatan sederhana dalampengeluaran gas asli pada tahun 2006 (6.9%; 2005:11.3%) disebabkan oleh kadar penggunaan loji-lojiMLNG di Sarawak hampir mencecah kapasiti penuh.

Selepas merosot selama dua tahun berturut-turut,sektor pembinaan dijangka pulih untuk mencatatpertumbuhan positif yang kecil sebanyak 1%, diterajuiterutamanya oleh peningkatan subsektor kejuruteraanawam. Subsektor kejuruteraan awam akan disokongoleh aktiviti pembinaan yang lebih pesat dalam industriminyak dan gas serta projek awam dengan bermulanyaprojek baru di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.Subsektor kediaman dan bukan kediaman dijangkaberkembang lagi disokong oleh suasana pembiayaanyang menarik dan aktiviti perniagaan yang cergas.Sementara itu, subsektor kediaman dijangkaberkembang sederhana berikutan pengembangankukuh sejak beberapa tahun yang lalu. Segmen bukan

kediaman pula akan terus bertambah baik, hasilpersekitaran perniagaan yang menggalakkan, yangseterusnya meningkatkan kadar penghunian ruangperniagaan dan pejabat.

Harga dan Guna TenagaFaktor-faktor penawaran utama yang menyebabkankenaikan inflasi pada akhir tahun 2005, iaitu harga tenagadan komoditi bukan tenaga yang tinggi dijangkaberterusan pada tahun 2006. Inflasi tolakan kos dijangkameningkat berikutan kenaikan harga produk petroleumoleh Kerajaan pada 28 Februari 2006. Tekanan permintaanjuga dijangka akan meningkatkan inflasi kerana aktivitiekonomi dalam negeri dijangka mapan pada tahun 2006.Tanpa sebarang pelarasan harga tambahan, inflasidijangka memuncak pada separuh pertama tahun 2006.Seterusnya, inflasi mungkin akan reda pada suku ketigatahun 2006 dengan berakhirnya kesan pelarasan hargayang dilaksanakan pada tahun 2005. Bagi tahun 2006keseluruhannya, kadar inflasi purata dianggarkan beradadalam julat antara 3.5% hingga 4.0%.

Walau bagaimanapun, prospek inflasi masih dalam keadaantidak menentu dengan prospek inflasi dipengaruhi olehfaktor luar negeri dan tekanan tolakan kos dalam negeri.Dengan ketiadaan kenaikan harga bahan api pada tahunini, ketidakpastian utama adalah dikaitkan dengan kesansekunder daripada impak sampingan beberapa kenaikanharga bahan api sebelumnya yang masih belum dialamioleh keseluruhan rangkaian bekalan. Harga minyakantarabangsa yang kekal pada paras yang tinggi mungkinmemberikan tekanan ke atas kos input pengeluar dalamnegeri. Kenaikan tarif elektrik yang disemak juga akanmemberikan kesan kepada inflasi.

Sebahagian daripada risiko kenaikan inflasi dalamnegeri mungkin dapat dikurangkan, denganpenambahbaikan struktur yang sedang dilaksanakandalam ekonomi Malaysia. Pengembangan kapasiti

1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006r

Graf 3.5 Indeks Harga Pengguna

Perubahan tahunan (%)

r Ramalan

0

1

2

3

4

5

104

sektor perniagaan dan peningkatan produktiviti yangberterusan akan menambah potensi keluaran ekonomidan menghindari pengetatan pasaran bagi input faktor.Persaingan yang berterusan antara perusahaanperniagaan juga akan mengurangkan tekanan inflasi.

Sejajar dengan pertumbuhan ekonomi dalam negeriyang lebih kukuh pada tahun 2006, pertumbuhanpekerjaan dijangka meningkat kerana lebih banyakpeluang pekerjaan diwujudkan dalam kebanyakansektor ekonomi. Oleh itu, pengangguran dijangkakekal rendah pada tahap 3.5%. Selain daripada usahaberterusan untuk meningkatkan produktiviti tenagapekerja, Kerajaan juga akan terus mengkaji semuladasar mengenai pekerja dengan harapan untukmengurangkan masalah kekurangan pekerja mahirdan merapatkan jurang antara pengeluaran sistempendidikan dengan keperluan pasaran pekerjaan.

Imbangan PembayaranKedudukan imbangan pembayaran dijangka kekalmantap pada tahun 2006 dengan lebihan akaunsemasa yang kekal besar (17.2% daripada KNK),disokong oleh imbangan perdagangan yang kukuh.Pertumbuhan eksport yang kukuh (12.5%) didorongoleh peningkatan berterusan dalam eksportperkilangan, khususnya eksport elektronik pengguna,akan menyumbang kepada lebihan akaun

perdagangan yang lebih besar. Pertumbuhan eksportkomoditi juga dijangka dikekalkan oleh harga yangtinggi. Dalam akaun kewangan, aliran masukpelaburan langsung asing (FDI) yang stabil akan turutmemperkukuh keseluruhan imbangan pembayaran.

Pertumbuhan eksport barangan perkilangandijangka menjadi kukuh kepada 12% pada tahun 2006(2005: 10.1%) kerana sektor E&E mendapat manfaatdaripada peningkatan dalam industri separa konduktorglobal. Eksport E&E akan disokong oleh permintaanglobal yang kukuh terhadap komputer, terutamanyakomputer mudah alih dengan fungsi tanpa wayar, danjuga jangkaan peningkatan dalam permintaan separakonduktor hasil daripada aplikasi cip yang lebih meluasdalam pelbagai segmen. Pada masa yang sama, eksportkeluaran berasaskan sumber seperti keluaran kimia,getah dan petroleum juga dijangka menggalakkan, danakan berkembang pada kadar yang kukuh keranapermintaan global yang mantap dan harga yang lebihtinggi sejajar dengan jangkaan peningkatan hargakomoditi pada tahun 2006.

Kenaikan harga komoditi juga dicerminkan olehpendapatan eksport yang lebih tinggi daripadakomoditi pertanian yang dijangka mencatatpertumbuhan dua angka iaitu sebanyak 10.5% padatahun 2006 (2005: 3.4%). Perolehan daripadaeksport minyak sawit dijangka meningkat 6.3%

Lebihan akaun semasadijangka kekal besar, disokongoleh imbangan perdaganganyang kukuh. Aliran masuk FDIdijangka meningkat, hasilpermintaan yang lebih mantapberikutan kadar penggunaankapasiti yang tinggi sertapelaburan dalam industri baru.Pelaburan ke luar negara olehsyarikat Malaysia juga diramalmeningkat pada tahun 2006,mencerminkan minat syarikatyang bertambah untukmempelbagaikan operasi keluar negara.

Jadual 3.4Imbangan Pembayaran

2005a 2006r

RM bilion

Barangan 126.5 138.4Akaun perdagangan 99.8 108.3

Eksport (% perubahan tahunan) 11.0 12.5Import (% perubahan tahunan) 8.5 13.4

Perkhidmatan -10.2 -10.3

Imbangan barangan danperkhidmatan 116.2 128.1

Pendapatan -21.5 -23.7Pindahan semasa -17.0 -15.0

Imbangan akaun semasa 77.8 89.4% daripada KNK 16.4 17.2

Akaun kewangan -42.0 -

Kesilapan dan ketinggalan -23.0 -antaranya:

Pengurangan nilai rizab hasildaripada penilaian semulapertukaran asing -15.5 -

Imbangan keseluruhan 12.8 -

Nota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.a Anggaranr Ramalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

Prospek dan Dasar

105

(2005: -5.3%) dalam suasana harga eksport yanglebih tinggi, iaitu pada RM1,550 setan pada tahun2006 (2005: RM1,456 setan). Kenaikan harga akandidorong terutamanya oleh permintaan, disokongpula oleh permintaan global yang lebih tinggi,khususnya daripada pengguna baru untuk biodieselberasaskan sawit serta daripada pembeli tradisi.Pasaran juga cergas berikutan laporan bahawa RRChina akan meningkatkan pembelian pada tahun2006, berikutan pemansuhan kuota import atasminyak sawit dan penyeragaman struktur dutiimport untuk semua minyak yang boleh dimakanbermula pada 1 Januari 2006. Pertumbuhan eksportgetah juga dijangka kukuh lagi sebanyak 21.6%(2005: 11.3%) dengan mendapat manfaat daripadakenaikan harga getah (620 sen sekilogram; 2005:513 sen sekilogram). Prospek bagi harga getah yangteguh pada tahun 2006 lahir daripada jangkaanbahawa permintaan akan terus mantap, khususnyadari RR China; kekangan pengeluaran getah aslidunia; dan kesan harga minyak mentah yang tinggiatas harga getah tiruan, yang merupakan keluaranpetrokimia. Bagi dua bulan pertama tahun 2006,harga getah SMR20 meningkat 46.2% kepadapurata 683 sen sekilogram.

Eksport mineral dijangka terus berkembang sebanyak18.6% hasil perolehan yang lebih tinggi daripadaminyak mentah (termasuk kondensat) dan gas asli cecair(LNG). Peningkatan ini akan disokong oleh harga lebihtinggi serta pertambahan dalam kuantiti yang dieksport,sejajar dengan jangkaan peningkatan pengeluarankomoditi ini. Bagi tahun 2006 secara keseluruhan,harga eksport minyak mentah Malaysia dijangka beradapada purata yang lebih tinggi, iaitu USD62 setong(2005: USD55.93 setong) atau kenaikan 10.9%daripada paras harga tahun 2005. Pada dua bulanpertama tahun 2006, harga Tapis Blend Malaysiaberpurata USD65.40. Harga minyak mentah akan terusdipengaruhi oleh faktor asas memandangkan jurangantara penawaran dan permintaan global semakin kecilberikutan keadaan prospek pertumbuhan global yangbertambah baik. Sentimen terhadap harga minyak akanjuga dipengaruhi oleh faktor geopolitik yang mungkinmenggugat bekalan global. Sejajar dengan jangkaanharga tenaga yang lebih tinggi di pasaran global, hargaeksport LNG juga dijangka meningkat lagi kepadaRM1,120 setan (2005: RM947 setan). Dalam senarioharga yang meningkat, dan kenaikan dalampermintaan, khususnya dari RR China, India danAmerika Syarikat, eksport LNG dijangka naik 24.6%.

Pertumbuhan import (13.4%) dijangka terhasil daripadaimport barangan pengantara yang lebih tinggi, sejajardengan unjuran pengeluaran dan eksport sektorperkilangan yang lebih kukuh, terutamanya segmenelektrik dan elektronik. Import barangan modal dijangkabertambah kukuh (11.5%) seiring denganpengembangan kapasiti dalam sektor perkilangan,perkhidmatan dan minyak dan gas. Import baranganmodal bagi industri perkhidmatan yang meningkatdijangka diterajui oleh peningkatan kapasiti rangkaiansyarikat telekomunikasi dan pengembangan aktivitipelaburan oleh syarikat penerbangan dan perkapalan.Peningkatan aktiviti cari gali dan pengeluaran dalamindustri minyak dan gas berikutan penemuan medanminyak baru juga akan menghasilkan peningkatanimport barangan modal.

Defisit akaun perkhidmatan dijangka kekal pada 2%daripada KNK. Aliran keluar dalam akaunpengangkutan dijangka lebih besar, sejajar denganjumlah perdagangan yang lebih tinggi. Sementara itu,perolehan daripada pelancongan dijangka kekal menjadipenyumbang terbesar kepada perolehan perkhidmatan.Defisit akaun perkhidmatan lain yang bertambah baikdijangka disebabkan oleh eksport perkhidmatankomunikasi, perniagaan dan komputer dan maklumat.Perolehan yang lebih tinggi daripada perkhidmatankomputer dan maklumat adalah selari dengan trend

Jadual 3.5Eksport dan Import

2005a 2006r

RM bilion

Eksport kasar 533.8 600.6(% perubahan tahunan) 11.0 12.5

Barangan perkilangan 429.9 481.4(% perubahan tahunan) 10.1 12.0antaranya:

Elektronik 208.2 235.1(% perubahan tahunan) 10.4 12.9Barangan elektrikal 74.5 84.7(% perubahan tahunan) 8.9 13.6Kimia dan keluaran kimia 29.7 32.6(% perubahan tahunan) 7.0 9.6

Mineral 52.3 62.0(% perubahan tahunan) 27.1 18.6

Pertanian 37.4 41.3(% perubahan tahunan) 3.4 10.5

Import kasar 434.0 492.3(% perubahan tahunan) 8.5 13.4

Barangan modal 60.7 67.7(% perubahan tahunan) 9.5 11.5

Barangan pengantara 308.3 351.8(% perubahan tahunan) 7.2 14.1

Barangan penggunaan 24.6 26.1(% perubahan tahunan) 5.9 6.0

a Awalanr Ramalan

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia dan Bank Negara Malaysia

106

meningkat dalam aktiviti penggunaan sumber luar,peruntukan kumpulan sokongan dan perkhidmatanpemprosesan back-office.

Defisit akaun pendapatan diunjur kekal pada 4.6%daripada KNK. Defisit ini disebabkan oleh keuntungan dandividen terakru yang lebih tinggi bagi pelaburan syarikatmultinasional (MNC) di Malaysia. Ini selari dengan prestasikukuh eksport industri elektrik dan elektronik serta industriminyak dan gas. Keuntungan dan dividen terakru bagisyarikat Malaysia yang melabur di luar negeri juga dijangkameningkat. Syarikat Malaysia yang melabur dalam sektorminyak dan gas, perladangan, infrastruktur dan utilitidijangka memberi sumbangan yang lebih tinggi kepadaaliran masuk pendapatan.

Akaun kewangan dijangka bertambah baik hasildaripada aliran masuk modal jangka panjang, khususnyapelaburan langsung asing (FDI). FDI dijangka meningkat,dengan bahagian yang besar masih dalam bentukpelaburan semula oleh MNC yang beroperasi di Malaysia.Berikutan paras FDI lebih tinggi yang diluluskan oleh MITIpada tahun 2005 (RM17.9 bilion; 2004: RM13.1 bilion),terutamanya dari Amerika Syarikat, Jepun dan Singapura,FDI dalam sektor perkilangan dijangka meningkat denganpelaksanaan projek, terutamanya yang berkaitan denganaktiviti elektrik dan elektronik peringkat lebih tinggi.Pelaburan dalam sektor perkhidmatan juga dijangkakekal tinggi, disokong oleh liberalisasi yang berterusandan kemasukan peserta baru dalam subsektorkewangan, insurans, harta tanah dan perkhidmatanperniagaan, serta pengembangan operasi dalamsubsektor perdagangan borong dan runcit, hotel danrestoran. Sektor minyak dan gas pula akan terusmenerima aliran masuk modal yang besar, terutamanyabagi aktiviti cari gali dan pengeluaran, berikutanpenemuan beberapa medan minyak baru.

Pelaburan di luar negeri oleh syarikat Malaysia dijangkaterus bertambah pada tahun 2006 didorong oleh usahasyarikat untuk mempelbagaikan kegiatan dan meletakkandiri mereka di peringkat global bagi melahirkan sinergi lebihtinggi terhadap aktiviti korporat mereka. Pelaburan ini akanterus bersifat menyeluruh dan disalurkan ke sektor minyakdan gas, perkilangan, utiliti, pembinaan dan perkhidmatan.

DASAR MONETARI PADA TAHUN 2006

Pada tahun 2006, dasar monetari akan terusmenekankan pertumbuhan ekonomi dalam persekitaranharga yang stabil. Oleh itu, teras dasar makroekonomiadalah untuk menyediakan persekitaran yangmenyokong supaya aktiviti ekonomi berada pada tahapyang mapan dalam jangka masa sederhana.

Prospek pertumbuhan ekonomi di peringkat global danserantau dijangka kekal cerah meskipun harga minyakdan komoditi adalah tinggi. Ini akan dimantapkan lagioleh pengukuhan kitaran elektronik global yangmeningkat. Impak pengembangan daripada sektor luarnegeri terhadap ekonomi Malaysia dijangka teruspadu. Berdasarkan momentum yang dicapai padaseparuh kedua tahun 2005, pertumbuhan KDNKdijangka terus meningkat pada tahun 2006. Prestasieksport yang lebih kukuh akan dapat mengekalkanpenggunaan dalam negeri dengan pesat, sementarakeadaan permintaan luar dan dalam negeri yangmemberangsangkan akan terus mendorongpeningkatan aktiviti pelaburan.

Dalam keadaan ekonomi yang bersedia untukmencatat prestasi yang mantap, cabaran utama dasarmonetari pada tahun 2006 adalah untuk memastikanjangkaan inflasi terkawal dengan baik dan keadaanpembiayaan menyokong aktiviti pelaburan. Prospekinflasi bergantung kepada beberapa faktor luar dandalam negeri. Di peringkat antarabangsa, hala tujuharga minyak antarabangsa akan terus diberiperhatian utama. Setakat ini, subsidi bagi bahan apidan produk tenaga telah sedikit sebanyak melindungiekonomi negara daripada impak keseluruhan kejutanharga minyak global. Walaupun tidak akan ada lagikenaikan harga bahan api pada tahun ini berikutanpelarasan harga bahan api yang dilaksanakan baru-baru ini, masih wujud sedikit ketidakpastianmengenai magnitud impak pusingan kedua terhadapparas harga am. Paras harga minyak antarabangsayang terus tinggi mungkin memberi tekanan kepadakos input pengeluar dalam negeri. Walaubagaimanapun, faktor seperti penambahan kapasitidan produktiviti sektor perniagaan yang terusbertambah baik, serta persaingan yang berterusan dikalangan firma dijangka dapat mengurangkan sedikittekanan inflasi. Dengan mengambil kira faktor-faktorini, tekanan inflasi di Malaysia dijangka kekalterkawal, dengan unjuran kadar inflasi purata antara3.5% hingga 4.0% pada tahun 2006.

Bagi menyelaras keadaan monetari kepada persekitaransemasa, OPR dinaikkan sebanyak 25 mata asas kepada3.25 peratus pada 22 Februari 2006. Bank NegaraMalaysia akan terus melaksanakan dasar monetaridengan cara yang akan mengimbangi keperluan untukmembendung jangkaan inflasi sambil terus menyokongpertumbuhan. Justeru, dasar monetari akan bertindakbalas terhadap perkembangan baru, di dalam mahu pundi luar negeri, yang memberi implikasi terhadap prospekkestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mapandalam jangka masa sederhana.

Prospek dan Dasar

107

Peralihan rejim kadar pertukaran kepada rejim apunganterurus tidak mengubah rangka kerja atau operasi dasarmonetari. Dasar monetari terus menumpukan perhatianpada keadaan dalam negeri dengan OPR sebagaimekanisme isyarat bagi mencapai matlamat dasar. Olehitu, kadar faedah tidak akan digunakan sebagaiinstrumen untuk mempengaruhi aliran modal atau kadarpertukaran. Meskipun operasi campur tangan dua haladigunakan untuk menangani volatiliti kadar pertukarandan pergerakan kadar pertukaran yang melampauekoran aliran modal yang besar, Bank Negara Malaysiaakan membiarkan kadar pertukaran ringgit ditentukanoleh asas-asas ekonomi dan keadaan pasaran. Ini sejajardengan matlamat dasar kadar pertukaran yangdinyatakan, iaitu memastikan supaya ringgit tidak terlebihnilai atau terkurang nilai secara berterusan.

Seperti pada tahun 2005, Jawatankuasa Dasar Monetari(MPC) dijadualkan bermesyuarat lapan kali pada tahun2006, dengan pilihan untuk mengadakan mesyuarattambahan apabila perlu. Kalendar mesyuarat MPC,bersama-sama dengan jadual penyiaran PernyataanDasar Monetari, disiarkan di laman web Bank NegaraMalaysia pada bulan Disember 2005. Bank NegaraMalaysia akan terus mengambil inisiatif tambahan pada

tahun 2006 untuk mempertingkatkan komunikasi dalampenggalakan pemahaman lebih mendalam terhadapobjektif, proses, dan pelaksanaan dasar monetari.

DASAR FISKAL PADA TAHUN 2006

Bajet Tahunan 2006 ialah Bajet tahunan pertama bagiRancangan Malaysia Kesembilan (2006-10). Oleh itudasar fiskal tahun 2006 akan tertumpu pada usaha

Jadual 3.6Kewangan Kerajaan Persekutuan

RM bilion % perubahan

2005p 2006B 2005p 2006B

Hasil 106.3 114.61 6.9 7.8Perbelanjaan mengurus 97.7 101.2 7.1 3.6Akaun semasa 8.6 13.3Perbelanjaan pembangunan kasar 30.5 33.5 5.8 9.7Terimaan balik pinjaman 3.3 0.7

Imbangan keseluruhan -18.7 -19.4(% daripada KDNK) -3.8 -3.61 Termasuk kehilangan hasil bersih sebanyak RM1 bilion daripada cukai yang

diperkenalkan dalam Bajet 2006.a AwalanB BajetNota: Angka-angka tidak semestinya terjumlah disebabkan oleh penggenapan.

Langkah-langkah Penting yang Diumumkan dalam Bajet Tahun 2006

Strategi Pertama: Melaksanakan Langkah Proaktif Kerajaan ke arah Memesatkan Kegiatan Ekonomi

Bidang dasar Langkah-langkah

• Membenarkan badan berkanun berautonomi kewangan untuk menentukanskim perkhidmatan mereka sendiri.

• Mempercepat pengeluaran visa, terutamanya untuk pekerja berpengetahuandan profesional dalam bidang ICT dan perkhidmatan kewangan.

• Memperluaskan penggunaan ICT untuk memudahkan urusan antara orang ramaidengan kerajaan.

• Memperkenalkan kaedah baru sistem perolehan Kerajaan dalam usaha mengurangkankos, mempertingkatkan ketelusan dan memastikan nilai berpatutan.

Strategi Kedua: Menyediakan Persekitaran Mesra Perniagaan

• Menyediakan pelepasan berkelompok bagi semua syarikat pemastautin yangditubuhkan di Malaysia.

• Membenarkan kerugian terkumpul dan elaun modal yang tidak diserap semasatempoh perintis dibawa ke hadapan.

• Menganggap pendapatan syarikat induk pelaburan yang tersenarai di BursaMalaysia sebagai pendapatan perniagaan.

• Membenarkan anggaran kerugian daripada projek perumahan kos rendah diimbangioleh anggaran keuntungan daripada projek pembangunan harta tanah yang lain.

Memperbaiki lagisistem penyampaianperkhidmatan awamdan perolehan Kerajaan

Mengurangkan koskendalian perniagaan

108

Strategi Ketiga: Membangunkan Modal Insan

• Pelepasan cukai secara automatik bagi setiap anak yang sedang menuntut diinstitut pengajian tinggi tempatan atau yang diiktiraf.

• Memperkenalkan pelepasan cukai kepada anak kurang upaya yang sedangmenuntut di pusat pengajian tinggi.

• Memperluas skop pelepasan cukai individu sebanyak RM5,000 kepada pengajianprofesional, perakaunan dan undang-undang.

• Membenarkan potongan cukai atas perbelanjaan pembangunan dan kepatuhankeperluan peraturan dalam memperkenalkan kursus baru oleh IPTS.

• Potongan cukai dua kali kepada syarikat awam tersenarai yang membayar elaunkepada peserta di bawah program Latihan Siswazah Menganggur.

Strategi Keempat: Meningkatkan Kesejahteraan Dan Kualiti Hidup Rakyat

• Pengurangan cukai jalan sebanyak 40% bagi kenderaan diesel persendirian yangmelebihi 1,600 cc, kecuali di Sarawak.

• Membenarkan suami dan isteri menuntut satu harta tanah setiap seorang bagipengecualian Cukai Keuntungan Harta Tanah.

• Menambah kadar cukai atas minuman keras dan rokok.

• Memperkenalkan insentif cukai kepada syarikat yang membekalkan perkhidmatanpenjimatan tenaga.

Mempertingkatkanpembangunan modalinsan

Meringankan bebankewangan Rakyat

Lain-lain

Strategi Kedua: Menyediakan Persekitaran Mesra Perniagaan

Bidang dasar Langkah-langkah

• Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah bagi penyatuan danpengambilalihan syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

• Membenarkan potongan cukai atas perbelanjaan perundangan, penilaian danperunding bagi penubuhan Amanah Pelaburan Hartanah.

• Membenarkan potongan cukai bagi diskaun pada asas akruan sehingga kematanganbon untuk bon yang diterbitkan oleh syarikat.

• Menambah Tabung untuk Makanan sebanyak RM300 juta.

• Menubuhkan syarikat baru untuk membangunkan perladangan hutan secara komersial.

• Khazanah Nasional akan menubuhkan Syarikat Pertanian dan Makanan Nasionaldengan modal sebanyak RM500 juta.

• Menubuhkan Dana Modal Sains Hayat Malaysia, dengan RM100 juta daripadaKerajaan.

• Memperkenalkan insentif cukai kepada syarikat yang layak yang beroperasi di luar MSC.

• Pengurangan 50% duti setem yang dikenakan atas pinjaman sehinggaRM1 juta yang diambil oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

• Bank PKS akan menubuhkan dana modal usaha niaga berjumlah RM1 bilion untukmembiayai PKS.

Memantapkan pasaranmodal

Memodenkan sektorpertanian

Membangunkan sektorICT dan bioteknologi

Lain-lain

Prospek dan Dasar

109

menjana pertumbuhan yang lebih berkualiti dalamtempoh terdekat bagi menyediakan asas yang kukuhkepada pertumbuhan mapan jangka panjang. BajetTahun 2006 mengetengahkan pelbagai langkah bagimeningkatkan daya tahan negara dan keupayaan untukmemenuhi kemunculan cabaran luaran, berikutanpeningkatan harga minyak, kadar faedah global yanglebih tinggi dan persaingan global yang semakin sengit.

Unjuran Bajet Tahun 2006 secara keseluruhannyasejajar dengan pendirian fiskal berhemat Kerajaan.Dengan ekonomi mengekalkan momentumpertumbuhannya, kedudukan keseluruhan kewanganKerajaan Persekutuan dijangka lebih kukuh padatahun 2006. Defisit fiskal yang disasarkan terusberkurang kepada RM18.4 bilion atau 3.5% daripadaKDNK berbanding dengan 3.8% pada tahun 2005. Disamping itu, selepas mengambil kira potensikehilangan hasil bersih sebanyak RM1 bilionberikutan langkah-langkah percukaian yangdiperkenalkan dalam Bajet Tahun 2006, defisit fiskaldianggar mencapai RM19.4 bilion atau 3.6%daripada KDNK.

Jumlah perbelanjaan Kerajaan Persekutuan (tidaktermasuk simpanan, luar jangka) diperuntukkan padaRM134.7 bilion, iaitu pertambahan sederhana sebanyak5% daripada perbelanjaan sebenar 2005 (2005: +6.8%).Dari segi perbelanjaan pembangunan, perhatian khusustelah diberikan kepada sektor ekonomi dan sosial dalamusaha mengurangkan ketidakseimbangan pendapatanantara kawasan luar bandar dengan bandar. Di sampingmeningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistempenyampaian perkhidmatan awam, Kerajaanmemperkenalkan beberapa langkah untuk merangsangpelaburan swasta, termasuk meningkatkan persekitaranmesra perniagaan melalui pelbagai langkah cukai danbukan cukai untuk meningkatkan daya saing perniagaan;mempelbagaikan sumber pertumbuhan dalam bidangbaru yang mempunyai potensi pertumbuhan ekonomiyang tinggi; menguatkan pembangunan modal insan;membangunkan lagi pasaran modal serta memperkukuhpembangunan perusahaan kecil dan sederhana.Langkah-langkah penting yang diumumkan dalam BajetTahun 2006 diringkaskan dalam rencana khas.

Matlamat utama dasar fiskal Kerajaan adalah untukmemastikan kedudukan kewangan KerajaanPersekutuan kekal kukuh dan mapan bagi jangkasederhana. Fokus utama adalah untuk mengekalkandefisit fiskal pada tahap yang wajar yang dengannyakeseimbangan antara usaha mengekalkanpertumbuhan ekonomi dengan usaha memeliharakemapanan fiskal jangka panjang dapat dicapai.

DASAR SEKTOR KEWANGAN PADA TAHUN 2006

Berlatarbelakangkan perubahan dan perkembanganberterusan yang mencorakkan landskap kewangan dancabaran yang wujud ekoran liberalisasi ekonomi dankewangan, teras dasar sektor kewangan pada tahun2006 akan terus tertumpu pada pengukuhan peranan,kapasiti dan sumbangan sektor kewangan dalamtransformasi ekonomi, dan dengan itu merealisasikanstrategi yang digariskan dalam Rancangan MalaysiaKesembilan dengan jayanya. Khususnya, dasar akantertumpu ke arah memelihara kestabilan yang telahdapat dikekalkan dalam tahun-tahun sebelumnyadengan mengukuhkan lagi daya tahan dan daya saingkeinstitusian dan sistemik, mengekalkan infrastrukturkewangan yang cekap dan berkesan, dan menggalakkanpersekitaran pengawalseliaan yang kondusif, yangmerangsang sistem kewangan yang progresif, dinamikdan berdaya tahan. Usaha ini akan dilengkapi olehinisiatif pendidikan pengguna dan rangka kerjaperlindungan pengguna yang berterusan supayapengguna sentiasa mempunyai maklumat yang cukupdan berupaya membuat keputusan, di sampingmemastikan urus niaga kewangan yang adil dan saksamadalam persekitaran sosioekonomi yang stabil. Tidakkurang pentingnya ialah penekanan akan terus diberikanuntuk meningkatkan lagi kecekapan pelbagai segmenekonomi mengakses pembiayaan, bagi membolehkanmereka menyumbang dengan berkesan ke arahpembangunan dan transformasi ekonomi, terutamanyadalam suasana perubahan struktur yang sedangberlangsung dalam ekonomi negara.

Dengan Pelan Induk Sektor Kewangan kini dalamfasa kedua, bank asing yang diperbadankan dinegara ini (locally-incorporated foreign bank atauLIFB) dijangka menjadi lebih bersepadu denganekonomi negara dalam memenuhi keperluanperbankan yang meningkat. Kefleksibelan operasiyang diberi kepada LIFB melalui penubuhancawangan tambahan akan mempertingkatkan akseskepada perkhidmatan perbankan kepada segmenmasyarakat yang lebih besar, termasuk mereka dikawasan luar bandar. Kefleksibelan operasi ini jugaakan membolehkan LIFB lebih memahami keperluanpelbagai segmen ekonomi, justeru membolehkanmereka memainkan peranan yang lebih langsungdalam pembangunan ekonomi. Pada masa yangsama, rangkaian LIFB yang diperkembangkan jugaakan menyediakan orang ramai dengan pelbagaiproduk dan perkhidmatan yang lebih meluas. BankNegara Malaysia akan terus memantau sumbangandan keberkesanan LIFB selaras dengan pembukaancawangan tambahan tersebut.

110

Sementara kemajuan dalam pembangunan kapasiti dankeupayaan amat menggalakkan sehingga kini,pembangunan sekumpulan kakitangan yang berbakatdan berkemahiran terus diberi keutamaan. Dengan kadarperubahan sektor kewangan yang semakin pantas, danpermintaan yang semakin meningkat terhadap instrumenkewangan yang terbeza dan lebih kompleks olehekonomi, keperluan terhadap sumber manusia yangberpengetahuan dan cekap dalam sektor kewanganmenjadi lebih kritikal, bukan sahaja sekadar memenuhipermintaan tersebut bahkan untuk memastikanketersediaan bakat terbaik dan ahli profesional berkalibertinggi bagi memajukan industri perbankan. Pelaburandalam pembangunan bakat akan mewujudkan nilai danmeningkatkan prestasi sesebuah institusi. Sementaraterdapat kekurangan dalam bakat tersebut di Malaysiaberikutan kadar pembangunan yang pesat, sistem danpasaran kewangan yang lebih maju di dunia telahmewujudkan kepakaran dalam pelbagai aspek operasiperbankan. Bagi membolehkan industri perbankan diMalaysia menarik bakat asing tersebut untukmengukuhkan industri domestik dan memupukkeupayaan domestik, terutama dalam sektor yang baru,kajian semula sedang dilaksanakan untuk memberi,antara lainnya, lebih kefleksibelan kepada institusiperbankan dalam pengambilan kakitangan yangmempunyai kepakaran seumpama itu.

Kemunculan bank pelaburan dijangka merintis jalan bagipembangunan dan kematangan pasaran modal Malaysiaseterusnya. Meskipun perkembangan ini akan membukapeluang perniagaan yang baru, khususnya aktivitimerentas sempadan, risiko dan cabaran baru jugadijangka muncul. Berdasarkan ciri aktiviti perbankanpelaburan, usaha pada tahun 2005 telah ditumpukan kearah penyeragaman peraturan dan menyediakanmekanisme bagi penyelarasan dan kerjasamapengawalseliaan antara Bank Negara Malaysia denganSuruhanjaya Sekuriti, untuk mengelakkan pertindihanfungsi dan memastikan konsistensi dasar dan peraturanbagi bank pelaburan. Memandangkan usaha ini telahdisempurnakan, maka dasar pada tahun 2006 akantertumpu pada usaha untuk melaksanakan rangka kerjabank pelaburan. Selain bank saudagar yang sedangberoperasi, peserta baru akan muncul ekoran transformasibroker universal dan syarikat diskaun kepada bankpelaburan. Penekanan akan diberikan terhadap menilaikekukuhan dan kemampuan peserta baru tersebut.Berdasarkan keperluan yang ketat yang perlu dipatuhibank pelaburan, pemeriksaan usaha wajar akan dijalankanterhadap bakal peserta itu dengan matlamat untukmemastikan mereka memiliki prasyarat untuk memikulperanan baru masing-masing. Selain daya saing yangsemakin sengit, kemasukan peserta baru ke dalam industri

juga dijangka akan meningkatkan mobiliti kakitangan, danoleh itu, perlunya pembangunan sumber manusia yangberterusan. Sementara itu, penyepaduan aktivitiperbankan dan pasaran modal di bawah satu entititunggal akan melibatkan risiko yang lebih meluas, yangperlu disatukan dan diuruskan sebaiknya bagi memastikandaya tahan, kemantapan dan kestabilan sektor kewangan.

Memelihara kemantapan dan kestabilan sistem perbankanterus menjadi agenda utama Bank Negara Malaysia, bukansahaja bagi pembangunan sektor ini, tetapi juga untukmenggalakkan pertumbuhan aktiviti ekonomi yang mapandan kemakmuran negara. Pada tahun 2005, penekananyang lebih tinggi diberikan bagi menggalakkan amalanpengurusan risiko dan piawaian tadbir urus korporat yangmantap dalam industri perbankan. Manakala usaha iniakan terus dilaksanakan pada tahun 2006, perhatian akanlebih ditumpukan pada pengukuhan kapasiti keinstitusianpeserta pasaran bagi menghadapi sebarang kemungkinankejutan kewangan atau ketidakseimbanganmakroekonomi, dan untuk mempunyai ketangkasanuntuk menghadapi cabaran masa hadapan. Untuk tujuanini, satu kaji selidik dijalankan pada tahun 2005 untukmenilai tahap kesediaan institusi perbankan untukmenghadapi kecemasan dan gangguan yang di luardugaan terhadap operasi mereka. Maklum balas danmaklumat yang dikumpulkan daripada kaji selidik iniberguna dan akan digunakan sebagai input dalamperumusan garis panduan mengenai pengurusankesinambungan perniagaan bagi sektor perbankan, yangbakal dikeluarkan pada tahun 2006. Garis panduan inibertujuan memberi penekanan akan pentingannyapengurusan kesinambungan perniagaan yang baik danmemastikan institusi perbankan dilengkapi dengankeupayaan pemulihan perniagaan, yang diperlukan untukmeneruskan fungsi-fungsi perniagaannya yang pentingdengan segera atau serta-merta seandainya berlakugangguan yang besar.

Dalam persekitaran yang sentiasa berubah,tanggungjawab mengekalkan kestabilan sistemkewangan tidak lagi merupakan tanggungjawab BankNegara Malaysia sahaja. Industri perbankan, bersama-sama dengan pelanggan dan pemegang sahamnya sertapihak berkepentingan lain turut bertanggungjawab atastindakan mereka dan berkongsi tugas untukmengekalkan kestabilan sistem secara keseluruhannya.Bagi mencapai matlamat ini, Bank Negara Malaysia telahmenyempurnakan kajian semula dasar pemegangansaham yang dijangka dilaksanakan pada tahun 2006.Dasar ini bertujuan meluaskan peranan pemegang sahamdalam mengawasi prestasi dan tingkah laku institusimereka dan keberkesanan pihak pengurusan dalammenjalankan perniagaan dengan bertanggungjawab,

Prospek dan Dasar

111

cekap dan profesional. Dengan penyertaan pelaburkeinstitusian yang lebih giat dalam sektor perbankan, iadijangka menyumbang ke arah kemajuan dalam aspek-aspek ini dalam institusi perbankan tersebut.

Usaha perundingan dan kerjasama dengan industriperbankan akan dipertingkatkan dengan semakinhampirnya tarikh pelaksanaan Basel Capital Accord yangbaru (Basel II). Ini bagi membolehkan pengawal selia danjuga institusi perbankan mengenal pasti danmembincangkan isu-isu penting dan memantau prosespersediaan bagi memastikan pelaksanaan Basel II berjalanlancar. Maklum balas daripada perundingan akandigunakan sebagai input dalam kertas konsep bagi Basel II.Memandangkan keperluan Basel II yang rumit dan meluas,satu siri kertas konsep akan dikeluarkan dengan kertaskonsep pertama yang menyentuh berhubung dengankaedah pendekatan asas bagi risiko kredit dan operasi.

Malaysia tetap komited ke arah kesejajaran amalanperakaunannya dengan piawaian antarabangsa melaluipenerimapakaian Piawaian Pelaporan Kewangan(Financial Reporting Standards atau FRS) baru dan yangdisemak. Yang ketara ialah FRS 139 yang bakaldikuatkuasakan yang menetapkan peraturanperakaunan baru mengenai pengiktirafan, pengukurandan pengelasan instrumen kewangan dalam penyatakewangan, peraturan mengenai kaedah penjejasan asetdan peruntukan, dan keperluan baru bagi penggunaanperakaunan perlindungan nilai. PenerimapakaianFRS139 akan melibatkan banyak pertimbangan danpenganggaran, sistem dan prosedur yang kompleks,dan pergantungan pada model penilaian dalaman olehinstitusi perbankan, khususnya untuk peruntukan danpengukuran instrumen kewangan. Oleh itu, keupayaaninstitusi perbankan melaksanakan FRS 139 bergantungpada keupayaan dalaman dan ketersediaan infrastrukturmasing-masing, bagi memastikan penyata kewanganmereka bukan sahaja terus memberikan gambaran yangbenar dan adil, tetapi juga boleh dipercayai untukdigunakan dalam konteks penilaian pengawalseliaan.Dalam hal ini, Bank Negara Malaysia akanmengeluarkan satu garis panduan yang menggariskankeupayaan dan pengharapan penting yang mestidipenuhi oleh institusi perbankan sebelum pelaksanaanFRS 139. Skop pengharapan pengawalseliaan termasukkeperluan yang berkaitan dengan semakan kredit danperuntukan penjejasan nilai bagi pelaksanaan keperluanperuntukan yang efektif dalam institusi perbankan,pengiktirafan dan pembatalan pengiktirafan perjanjianjual dan beli balik (sell and buy back agreement) danpembiayaan yang dijual dengan rekursa di bawahkontrak Islam, dan opsyen nilai saksama bagi instrumenkewangan.

Pemantauan yang berterusan dan menyeluruh amatpenting untuk memastikan pengenalpastian danpenilaian kelemahan dan kerapuhan sistem kewangandengan tepat dan menepati masa. Memandangkankesalinghubungan yang rapat antara sektor perbankandengan ekonomi, pendekatan dan skop pengawasanoleh penyelia pada tahun-tahun kebelakangan ini telahdiperluas bagi meliputi pemantauan secara makro danmikro, dan penilaian penunjuk keteguhan kewangan.Pada peringkat makro, inisiatif akan tertumpu ke arahmempertingkatkan skop dan kedalaman rangka kerjapengawasan dengan mengguna pakai lebih banyakinstrumen yang bersifat ke hadapan untuk memantaupersekitaran kewangan dan ekonomi. Ini melibatkanpengasimilasian perkembangan dalam pelbagai komponenekonomi dan pasaran kewangan dengan sektorperbankan dan menilai implikasinya. Satu perkara yangbanyak diberi perhatian baru-baru ini ialah peningkatanpendedahan sektor perbankan kepada sektor isi rumahdan tahap keberhutangan isi rumah yang meningkatdengan ketara. Walaupun perkembangan ini masih padaparas berhemat setakat ini, Bank Negara Malaysia akanterus berwaspada bagi memastikan kemapanan sektor isirumah dan bagi memelihara kestabilan kewangan. Initermasuk pengenalan langkah-langkah untukmengukuhkan lagi pengurusan risiko institusi perbankandalam mengurus pendedahan mereka kepada sektor ini,dan mengelak sektor isi rumah daripada meminjam secaraberlebihan. Ini adalah penting untuk memastikan sektor isirumah terus mampu menyumbang ke arahpengembangan ekonomi yang mapan.

Dengan pengenalan instrumen kewangan baru yangberterusan, tugas memastikan pemantauan yangberkesan oleh penyelia menjadi lebih kompleks danmencabar. Dalam melangkah ke hadapan,pengawasan yang lebih rapi juga perlu dijalankan padatahap institusi. Dalam hal ini, rangka kerja ujiantekanan akan dipertingkatkan untuk memastikankeberkesanannya sebagai instrumen dalam menilaidaya tahan institusi perbankan terhadap pelbagai jeniskejutan ekonomi dan kewangan. Bukti anekdotmenunjukkan bahawa pengetahuan dan pemahamantentang peristiwa-peristiwa yang membawa kepadakrisis dan ketidakstabilan pada masa lampaumemberikan maklumat yang amat bernilai kepadapara penyelia. Oleh itu, dengan pengesanan awalketerdedahan dan kelemahan yang wujud dalamsesebuah institusi perbankan, campur tangan yangawal dan bersesuaian harus dilaksanakan bagimemelihara kestabilan sistem perbankan.

Struktur kumpulan institusi kewangan yang semakinkompleks memerlukan pendekatan pengawalseliaan

112

yang lebih holistik untuk membantu penyelia membuatpenilaian yang lebih tepat terhadap pendedahan risikosesebuah konglomerat kewangan dan kecukupansistem pengurusan risiko pada peringkat kumpulan.Selepas mengambil kira maklum balas daripada industrihasil daripada penerbitan kertas konsep yang pertama,kertas konsep yang kedua berhubung dengan rangkakerja penyeliaan bersepadu konglomerat kewanganakan dikeluarkan pada tahun 2006.

Pada peringkat pengawalseliaan, tumpuan juga akandiberikan untuk memperkukuh keupayaan dan kapasitipenyelia supaya lebih bersedia menghadapi persekitaranyang berubah dan semakin mencabar dalam pasarankewangan dan ekonomi. Ini penting terutamanya denganpelaksanaan Basel II dan sejajar dengan langkah BankNegara Malaysia ke arah menerima pakai rangka kerjapengawalseliaan berasaskan prinsip dengan pertimbanganmerupakan satu unsur penting dalam penyeliaan danpenilaian daya tahan sesebuah institusi perbankan. Prosesanalitis yang rapi di bawah rangka kerja Basel IIsememangnya mencabar dari perspektif penyeliaan,terutama dalam membangun maklum balas dan rangkakerja penilaian yang bersesuaian bagi proses ini.Permerhatian pengawalseliaan perlu memastikan bahawaproses analitis dijalankan untuk membantu prosesmembuat keputusan dan bukan hanya untuk memenuhiharapan pengawalseliaan semata-mata atau memberikanpenekanan yang berlebih-lebihan pada pengesahanprosedur kuantitatif dan statistik yang terperinci. Penyeliajuga perlu menjalani latihan yang awal dan rapi untukmempercepat usaha pembinaan kapasiti bagimembolehkan pengenalpastian isu yang relevan apabilamenjalankan penilaian pengawalseliaan. Dalam hal ini,pelbagai inisiatif telah diaturkan pada tahun 2006 untukmempercepat latihan dan pembangunan kemahiran.

Penambahbaikan rangka kerja pendidikan pengguna danpengukuhan infrastruktur bagi perlindungan penggunayang lebih baik akan terus menjadi keutamaan bagimewujudkan sebuah sektor perbankan yang progresifdan bagi memupuk keyakinan orang ramai terhadapsistem kewangan. Dengan produk dan perkhidmatankewangan yang semakin kompleks, dan pengharapanyang lebih tinggi terhadap pengguna untuk lebihbertanggungjawab dalam mengurus kewangan mereka,usaha akan terus ditumpukan ke arah peningkatan tahapcelik kewangan supaya keputusan yang lebih bermaknadapat dibuat, bersesuaian dengan kehendak dan kapasitimereka terhadap risiko. Pengguna yang lebihberkeyakinan dan bijak dari segi kewangan akan lebihberupaya untuk mempengaruhi pembekal perkhidmatankewangan dan mendorong persaingan dan prestasi.Tumpuan penting terus diberikan untuk menggalakkan

pendedahan dan ketelusan pada tahap yang lebih tinggidi samping pertambahan dalam kebolehbandinganmaklumat dalam sistem kewangan. Dalam hal ini, tugasmerumus rangka kerja ketelusan dan pendedahanproduk yang lebih menyeluruh akan diperhebat. Secaraprinsip, rangka kerja ini bertujuan memberi penggunamaklumat yang mencukupi dan relevan untuk membuatkeputusan yang bijak mengenai produk dan perkhidmatankewangan. Dalam meneruskan usaha untuk mengukuhkanrangka kerja perlindungan pengguna, lebih penekananakan diberikan pada isu-isu yang berkaitan denganperadaban pasaran bagi memastikan semua penggunadilayan dengan adil dan saksama. Penubuhan AgensiKaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) pada bulanApril 2006 merupakan suatu pencapaian penting dalampembangunan infrastruktur perlindungan penggunayang menyeluruh di Malaysia. Memandangkanmomentum bagi perbelanjaan isi rumah dan hutang isirumah dijangka berterusan pada masa hadapan, AKPKakan menjadi saluran penting kepada para individu untukmendapat perkhidmatan kaunseling kredit, penyusunansemula dan penjelasan hutang, dan memperolehpendidikan kewangan daripada pakar dan ahliprofesional berhubung dengan pengurusan kewangandan hutang mereka.

[Sila rujuk rencana mengenai Penubuhan AgensiKaunseling dan Pengurusan Kredit untuk mendapatkanbutir-butirnya.]

Memastikan operasi sistem pembayaran dalamkeadaan selamat dan cekap akan terus menjadiobjektif dasar yang penting. Sejak beberapa tahunyang lepas, industri perbankan telahmemperkenalkan beberapa sistem pembayaran runcitberasaskan elektronik secara berperingkat-peringkat,menyempurnakan perpindahan kad ATM dan kreditkepada infrastruktur berasaskan cip danmemanfaatkan teknologi seperti alat telekomunikasimudah alih bagi menyediakan perkhidmatanpembayaran yang lebih selesa. Dengan pencapaianini, tumpuan dasar pada tahun 2006 adalah ke arahmenyediakan persekitaran yang menyokongpengenalan lebih banyak kaedah pembayaran secaraelektronik, menggalakkan penggunaan saluranpembayaran rasmi dan menyelaras usaha industriuntuk perpindahan kepada pembayaran secaraelektronik. Kecekapan pemerosesan cek akanditingkatkan dengan memanfaatkan teknologipengimejan untuk memangkas cek, seterusnyamengurangkan pengendalian cek secara fizikal dalamproses penjelasannya. Pada masa yang sama, langkahpenambahbaikan perkhidmatan pembayaranelektronik sedia ada akan diambil bagi menggalakkan

Prospek dan Dasar

113

penggunaan saluran pembayaran secara elektronikdengan lebih meluas. Untuk menggalakkanpenggunaan saluran pembayaran rasmi pula, institusiperbankan akan dibenarkan melantik ‘ejenpemungutan’ pihak ketiga bagi memudahkan akseskepada perkhidmatan pengiriman wang mereka. Selainitu, institusi bukan bank yang layak akan jugadibenarkan untuk menawarkan perkhidmatanpengiriman wang. Dalam menerajui industri untukmenggunakan kaedah pembayaran yang lebihberkesan dari segi kos, sebuah badan penyelaras akandiwujudkan untuk melibatkan pelbagai pihakberkepentingan dalam menggalakkan perpindahankepada cara pembayaran secara elektronik di peringkatkebangsaan. Di samping itu, usaha akan diteruskanuntuk meningkatkan piawaian keselamatan industridan mewujudkan mekanisme untuk mengurangkanrisiko pembayaran dengan berkesan. Denganpertumbuhan urus niaga e-perbankan, garis panduanperbankan Internet akan disemak bagi memastikanindustri menerima pakai amalan terbaik danmemperuntukkan sumber yang mencukupi untukmembanteras jenayah siber dan serangan digital.Selanjutnya, mekanisme penjelasan ‘pembayaransemasa pembayaran’ (payment versus payment) akandiperkenalkan untuk mengurangkan risiko yangberkaitan dengan urus niaga kadar pertukaran asingantara bank, terutama bagi dagangan USD dan RM.

Pada tahun 2006, teras dasar utama bagi sektorperbankan Islam akan terus tertumpu padapengukuhan daya tahan sistem perbankan Islam danpeningkatan kapasiti dan keupayaan institusikewangan Islam. Ini adalah sejajar dengan matlamatmempertingkatkan integrasi sektor perbankan Islamdomestik dengan landskap kewangan Islamantarabangsa, dan mengukuhkan kedudukanMalaysia sebagai pusat kewangan Islam yangterulung. Rangka kerja pengawalseliaan bagi institusikewangan Islam akan diperkukuh berikutanpengeluaran piawaian mengenai kecukupan modaldan pengurusan risiko oleh Lembaga PerkhidmatanKewangan Islam. Institusi kewangan Islam dikehendakimematuhi keperluan baru mulai 1 Januari 2007. Disamping itu, rangka kerja mengenai tadbir uruspemegang akaun pelaburan dan garis panduansemakan mengenai tadbir urus korporat bagi institusikewangan Islam akan diperkenalkan oleh BankNegara Malaysia bagi mengukuhkan lagi rangka kerjakeinstitusian. Bidang lain yang akan dipertingkatkantermasuk penambahbaikan rangka kerjaperundangan dan Syariah, pembangunan produk danpasaran, dan pembangunan modal insan sertapendidikan pengguna.

Rangka kerja perundangan dan pengawalseliaandijangka diperkukuh dengan pembentangan AktaBank Islam 1983 yang dipinda di Parlimen pada tahun2006. Usaha juga akan ditumpukan ke arah memenuhikeperluan tenaga kerja melalui penubuhan PusatPendidikan Kewangan Islam Antarabangsa(International Centre for Education in Islamic Financeatau INCEIF) pada bulan April 2006. Pembangunanbakat merupakan salah satu faktor penting yangdikenal pasti untuk menambah inovasi produk danperkhidmatan perbankan Islam dan INCEIF dijangkamemperluas kumpulan bakat yang diperlukan dalampasaran kewangan Islam global. Dasar dan inisiatifbaru juga akan ditumpukan untuk menjadikanpersekitaran perkhidmatan kewangan Islam diMalaysia lebih sesuai dan mesra pelaburan kepadamasyarakat kewangan Islam antarabangsa. Usahapromosi dan pemasaran akan disasarkan untukmenarik dana daripada individu dan syarikatmultinasional, khususnya dari negara-negara Islam,untuk menggunakan Malaysia sebagai platform bagikeperluan pelaburan dan pembiayaan mereka.

Teras dasar bagi institusi kewangan pembangunan (IKP)pada tahun 2006 adalah untuk mengukuhkan lagikapasiti dan keupayaan IKP ke arah memupuk danmembangunkan IKP yang cekap, berkesan dan teguhdalam menyediakan sokongan kewangan dan bukankewangan kepada sektor ekonomi yang disasarkan.Dengan sempurnanya usaha perasionalan yangmelibatkan empat IKP pada tahun 2005, melangkah kehadapan, inisiatif akan ditumpukan pada peningkatanfungsi dan skop aktiviti IKP dalam memenuhi mandatmereka dan keperluan kewangan dan pembangunansektor sasaran masing-masing. Ini, antara lain, termasukpengukuhan kapasiti kewangan IKP di sampingmemperluas pelbagai produk dan perkhidmatan yangditawarkan IKP. Untuk tujuan ini, usaha seterusnya akandiambil untuk meningkatkan outreach dankeberkesanan khidmat nasihat yang disediakan oleh IKPkepada PKS, terutama melalui kerjasama denganagensi-agensi Kerajaan yang berkaitan.

Satu lagi tumpuan penting ialah penambahbaikanpersekitaran pengawalseliaan untuk memudahkanoperasi IKP melalui keperluan berhemat dan piawaianpengawalseliaan yang khusus, dan jugameningkatkan kekukuhan kewangan dan amalanpengurusan risiko mereka. Penekanan juga akandiberikan ke arah meningkatkan kecekapan IKP.Dalam hal ini, inisiatif akan diambil untuk merumusrangka kerja pengukuran prestasi yang menyeluruhbagi IKP, yang terdiri daripada penunjuk prestasikewangan dan bukan kewangan.